full deklarasi langkawi

5
DEKLARASI LANGKAWI 1.0 PENDAHULUAN Langkawi merupakan daerah Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi merupakan pulau terbesar di Malaysia. Pulau Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Nama Langkawi telah digabungkan dari perkataan “LANG” dan “KAWI’. “LANG” ertinya “HELANG” kerana pada masa dahulu pulau ini dikatakan menjadi tempat tinggal burung helang kawi. “KAWI” pula bererti “MERAH HATI” kerana burung helang yang tinggal di pulau ini mempunyai bulu berwarna merah hati dan kepalanya berwarna putih. Deklarasi Langkawi merupakan kerjasama antara semua negara-negara komanwel iaitu negara yang dijajah oleh British seperti Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Asia, dan Australia untuk menjaga dan melindungi alam sekitar. Pada bulan Oktober 1989, deklarasi telah berjaya diterima sebulat suara oleh negara Komanwel, ia sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel (CHOGM). Deklarasi Langkawi ini telah diadakan di Hotel Pelangi Beach Resort, tempat perhentian CHOGM. Ahli yang hadir ialah Setiausaha Agung Komanwel, Sir Shridath Ramphal. Deklarasi adalah pendekatan yang seimbang terhadap masalah dan menandakan sumbangan Komanwel kepada usaha sedunia untuk mencegah kemerosotan mutu alam sekitar. Hasil deklarasi ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajahan lagi. Sejarawan J.S 1

Upload: mshah5737

Post on 21-Dec-2015

335 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

deklarasi langkawi

TRANSCRIPT

Page 1: Full Deklarasi Langkawi

DEKLARASI LANGKAWI

1.0 PENDAHULUAN

Langkawi merupakan daerah Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi merupakan pulau

terbesar di Malaysia. Pulau Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman

berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Langkawi diberi status bebas cukai

pada tahun 1987. Nama Langkawi telah digabungkan dari perkataan “LANG” dan “KAWI’.

“LANG” ertinya “HELANG” kerana pada masa dahulu pulau ini dikatakan menjadi tempat

tinggal burung helang kawi. “KAWI” pula bererti “MERAH HATI” kerana burung helang

yang tinggal di pulau ini mempunyai bulu berwarna merah hati dan kepalanya berwarna

putih.

Deklarasi Langkawi merupakan kerjasama antara semua negara-negara komanwel

iaitu negara yang dijajah oleh British seperti Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan,

Afrika, Asia, dan Australia untuk menjaga dan melindungi alam sekitar. Pada bulan Oktober

1989, deklarasi telah berjaya diterima sebulat suara oleh negara Komanwel, ia sempena

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel (CHOGM). Deklarasi Langkawi ini

telah diadakan di Hotel Pelangi Beach Resort, tempat perhentian CHOGM. Ahli yang hadir

ialah Setiausaha Agung Komanwel, Sir Shridath Ramphal.

Deklarasi adalah pendekatan yang seimbang terhadap masalah dan menandakan

sumbangan Komanwel kepada usaha sedunia untuk mencegah kemerosotan mutu alam

sekitar. Hasil deklarasi ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar

telah bermula sejak zaman penjajahan lagi. Sejarawan J.S Furnivall melaporkan zaman

kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan

inginkan keuntungan yang lumayan dan pelaburan modal barat. Keuntungan dari pelaburan

itu adalah semata-mata untuk kepentingan negara mereka.

Deklarasi telah menetapkan satu ketetapan yang dicapai oleh negara-negara

berkenaan untuk bertindak secara bersama bagi menyelamatkan alam sekitar daripada

kemusnahan. Tindakan yang dipersetujui ialah merancang dan melaksanakan satu program

pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemeliharaan

dan pemuliharaan alam sekitar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

1

Page 2: Full Deklarasi Langkawi

2.0 OBJEKTIF

Deklarasi Langakawi diadakan untuk membincangkan masalah pencemaran alam sekitar

yang dihadapi seiring dengan pembangunan negara. Bukan itu sahaja, deklarasi ini juga

adalah untuk merancang dan melaksanakan satu program pendidikan yang berkesan bagi

meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar. Hal ini bagi memulihara dan memelihara keadaan alam sekitar supaya keadaan

ekosistem seimbang.

3.0 NEGARA TERLIBAT

Deklarasi Langkawi merupakan perisytiharan yang diusulkan oleh Ketua-ketua Kerajaan

negara Komanwel mengenai isu kelestarian alam sekitar Ia telah diusulkan pada 21 Oktober

1989 di Langkawi, Malaysia, semasa Mesyuarat Ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM)

yang kesepuluh.

Perjanjian penting dalam penggubalan perjanjian Deklarasi Langkawi adalah ikrar

oleh negara-negara maju untuk tidak menyambung bantuan masa depan pembangunan

antarabangsa bagi memberikan komitmen untuk kelestarian alam sekitar atau

memperkenalkan sekatan perdagangan. Antara negara-negara yang terlibat dalam perjanjian

Deklarasi Langkawi ini terdiri daripada negara-negara kerajaan Komanwel (terutamanya

Australia, Malaysia, Kanada, New Zealand, dan United Kingdom). Di antara komitmen yang

dibuat oleh ahli-ahli dalam Deklarasi Langkawi ialah:

a) Menyokong pembangunan mekanisme pembiayaan pembangunan lestari

antarabangsa.

b) Menyokong Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim dan mencadangkan

laporan Komanwel sendiri mengenai perubahan iklim.

c) Menggalakkan kecekapan tenaga.

d) Menggalakkan penanaman semula hutan dan pengurusan hutan yang mampan di

negara-negara membangun, dan pemuliharaan hutan dara untuk melindungi

biodiversiti.

2

Page 3: Full Deklarasi Langkawi

e) Hadkan perikanan tidak mampan, termasuk mengharamkan jaring kusut dan

memancing driftnet pelagik, sebagai sebahagian daripada satu trend di kalangan

organisasi antarabangsa.

f) Mengelakkan lambakan bahan-bahan toksik atau berbahaya di lautan atau di negara-

negara membangun.

g) Menggalakkan kesedaran awam risiko alam sekitar dan isu-isu.

4.0 KEBERKESANAN DEKLARASI LANGKAWI

Menandatangani Perjanjian dalam Deklarasi Langkawi telah menyebabkan negara Malaysia

dikenali dalam kalangan negara-negara ASEAN. Malaysia merupakan negara yang lebih ke

hadapan dalam isu kesedaran terhadap alam sekitar dan akhirnya telah melibatkan negara-

negara ASEAN dalam usaha melakukan pembangunan secara mapan. Hal ini merancakkan

lagi hubungan diplomatik Malaysia dan negara-negara lain dari sudut penjagaan alam sekitar.

Malaysia telah menandatangani perjanjian alam sekitar pelbagai hala, salah satu contohnya

Konvesyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Konvesyen Kepelbagaian Biologi dan

sebagainya. Pemimpin Malaysia kini telah mengubah beberapa dasar luar yang melibatkan

alam sekitar bagi menunjukkan keprihatinan dan usaha mereka memelihara dan memulihara

alam sekitar yang dikhabarkan telah terjejas sejak zaman penjajahan lagi.

Deklarasi Langkawi telah membuka mata pemimpin dunia dalam isu pemuliharaan

dan pemeliharaan alam sekitar. Kesannya, berlakunya sebuah pengisytiharan iaitu pada tahun

1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi

penekanan terhadap persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar. Tun Dr Mahathir telah

menunjukkan keprihatinan beliau terhadap isu ini dengan menyarankan kepada semua negara

yang melakukan pembangunan negara haruslah seimbang dengan kehidupan yang dijalankan

tanpa menggugat sumber asli yang terhad. Deklarasi ini akhirnya membawa kepada beberapa

Persidangan seperti Persidangan Perhutanan Dunia di Paris pada tahun 1991, Persidangan

Kedua Menteri-menteri Negara Membangun pada April 1992 dan Persidangan Bumi di Rio

de Janeiro Brazil pada Jun 1992.

3

Page 4: Full Deklarasi Langkawi

4