frontpagexp3

26
7/23/2019 FrontpageXP3 http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 1/26  Pengenalan : Lelaman Web adalah satu bentuk media yang mengandungi dokumen hyperteks yang terdiri dari teks , grafik ,jadual ,animasi , pautan ,borang , javascript , video dan bunyi yang dipaparkan di internet. Ia begitu meluas digunakan dan bersifat global. Lelaman individu mahupun institusi negara memanfaatkan teknologi terkini ini untuk memaparkan prinsip , produk mahupun maklumat . Sehubungan dengan itu , kursus asas ini memberi peluang kepada guru untuk mempelajari kaedah mudah membina laman web berasaskan perisian bina laman web MS Frontpage®. MS Frontpage ® adalah perisian membina serta mengurus tapak web. Perisian MS Frontpage® ini juga mempunyai kebolehan untuk mengimport carta dari MS Excel, teks dari MS Word , borang jadual dari MS Access serta imej grafik. Anda boleh membina laman web tanpa asas pengaturcara ( HTML ). HTML ialah kata singkatan bagi Hypertext Markup Language .Ia terdiri dari dokumen teks dalam bentuk ASCII ( as-ki ) iaitu format teks global dan difahami oleh semua jenis komputer. Ini membolehkan pengunjung membaca dokumen yang disertakan dalam lelaman web yang dilayarinya.Kod ASCII ini tidak berformat dan bercampur.Anda tidak dapat mengenal yang mana satu kod perenggan mula , huruf tebal dan sebagainya. Untuk memformat dokumen ini anda perlu belajar kod khas yang di namakan HTML Peserta kursus akan didedahkan dengan aplikasi ini dengan tujuan untuk membina laman web sekolah masing masing.Pakej MS Office XP Profesional yang dibekalkan disekolah sekolah termasuk perisian ini memudahkan para peserta terus kepada kandungan kursus tanpa perlu melakukan proses instalasi . Mulakan dengan mengklik butang Start > Program > dan klik > Elemen-elemen asas yang terdapat pada antaramuka MS Frontpage® adalah hampir sama dengan perisian MS Office yang lain. Paparan asas tersebut ialah  Jendela Tugas ( Task Pane ) di sebelah kanan , dan ruang kerja di sebelah kiri skrin. Pada hamparan kerja kursur kelihatan berkelip (aktif ) . Apabila anda menaip teks , ia akan dimasukkan ke laman web pada lokasi tersebut. Terdapat tiga bar utama dalam MS Frontpage® iaitu Bar Tajuk  yang terletak di bahagian atas tetingkap. Bar Tajuk memaparkan nama laluan ke lipatan web ( folder ) yang dibuka. Dalam kursus ini kita akan menyediakan lipatan web . Semua fail yang diperlukan akan dimasukkan ke lipatan tersebut. Bar kedua ialah Bar Menu. Bar ini mengandungi arahan untuk membuka menu dan memilih sub-menu di dalamnya. Kekunci windows juga boleh digunakan untuk membuka menu ini. Gunakan kekunci  Alt + F ( file ) E ( Edit ) V ( View ) I ( Insert ) F ( Format ) T ( Tools ) a ( Table ) r ( Frame ) W ( Windows ) H ( Help ) Menggunakan arahan kekunci pintas windows ini amat penting untuk membolehkan kita bekerja dengan pantas dan cepat tanpa menggunakan penunjuk tetikus. Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] ms- 1 -

Upload: saudaramarkjue

Post on 17-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 1/26

 

Pengenalan :

Lelaman Web adalah satu bentuk media yang mengandungi dokumen hyperteks yang terdiri dari teks , grafik ,jadual,animasi , pautan ,borang , javascript , video dan bunyi yang dipaparkan di internet. Ia begitu meluas digunakan danbersifat global. Lelaman individu mahupun institusi negara memanfaatkan teknologi terkini ini untuk memaparkanprinsip , produk mahupun maklumat . Sehubungan dengan itu , kursus asas ini memberi peluang kepada guru untukmempelajari kaedah mudah membina laman web berasaskan perisian bina laman web MS Frontpage®. MSFrontpage® adalah perisian membina serta mengurus tapak web.

Perisian MS Frontpage® ini juga mempunyai kebolehan untuk mengimport carta dari MS Excel, teks dari MS Word ,borang jadual dari MS Access serta imej grafik. Anda boleh membina laman web tanpa asas pengaturcara ( HTML ).

HTML ialah kata singkatan bagi Hypertext Markup Language .Ia terdiri dari dokumen teks dalam bentuk ASCII (as-ki ) iaitu format teks global dan difahami oleh semua jenis komputer. Ini membolehkan pengunjung membaca

dokumen yang disertakan dalam lelaman web yang dilayarinya.Kod ASCII ini tidak berformat danbercampur.Anda tidak dapat mengenal yang mana satu kod perenggan mula , huruf tebal dan sebagainya.Untuk memformat dokumen ini anda perlu belajar kod khas yang di namakan HTML

Peserta kursus akan didedahkan dengan aplikasi ini dengan tujuan untuk membina laman web sekolah masingmasing.Pakej MS Office XP Profesional yang dibekalkan disekolah sekolah termasuk perisian ini memudahkan parapeserta terus kepada kandungan kursus tanpa perlu melakukan proses instalasi .

Mulakan dengan mengklik butang Start > Program > dan klik >Elemen-elemen asas yang terdapat pada antaramuka MS Frontpage® adalah hampir sama dengan perisian MSOffice yang lain. Paparan asas tersebut ialah  Jendela Tugas ( Task Pane  ) di sebelah kanan , dan ruang kerja disebelah kiri skrin. Pada hamparan kerja kursur kelihatan berkelip (aktif ) . Apabila anda menaip teks , ia akandimasukkan ke laman web pada lokasi tersebut.

Terdapat tiga bar utama dalam MS Frontpage® iaitu Bar Tajuk  yang terletak di bahagian atas tetingkap.Bar Tajuk memaparkan nama laluan ke lipatan web ( folder ) yang dibuka.Dalam kursus ini kita akan menyediakan lipatan web . Semua fail yang diperlukan akan dimasukkan ke lipatantersebut.

Bar kedua ialah Bar Menu. Bar ini mengandungi arahan untuk membuka menu dan memilih sub-menu di dalamnya.Kekunci windows juga boleh digunakan untuk membuka menu ini. Gunakan kekunci  Alt + F ( file ) E ( Edit ) V ( View ) I (Insert ) F ( Format ) T ( Tools ) a ( Table ) r ( Frame ) W ( Windows ) H ( Help )

Menggunakan arahan kekunci pintas windows ini amat penting untuk membolehkan kita bekerja dengan pantas dancepat tanpa menggunakan penunjuk tetikus.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 1 -

Page 2: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 2/26

Bar ketiga ialah Bar Alatan.Bar Alatan mengandungi palang Standard dan palang Format. Anda tidak perlu paparkankesemua ikon bar tersebut. Apungkan bar dengan menyeretnya ke lokasi tertentu supaya ruang kerja menjadiluas.Sekiranya anda memerlukan sesuatu perintah, ketik ‘ butang jatuh bawah’   pada baris bar tersebut untukmengaktifkannya.

Aktifkan pilihan View ( Alt+V) supaya satu palang View yang mengandungi pilihan paparan Page Folders , Report ,Navigation , Hyperlink , dan Task.

paparan normal

paparan hyperteks

Lihat hasil kerja

 

Paparan Page bermaksud ruang kerja dalam keadaan aktif untuk menerima kerja kerja penyuntingan , memasukkanteks , imej ,grafik , animasi atau mengubahsuai lelaman sedia ada. Lipatan Page akan dinamakan new_page_1.htm apabila anda mengetik arahan Page tersebut.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 2 -

Page 3: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 3/26

 

 Jika anda mengklik tetingkap HTML  akan terpapar pada ruang kerja bahasa pengaturcaraan.Jika anda sudah mahirdengan script ini anda boleh mengedit lelaman anda di sini.

Pilihan paparan Folders  pula membenarkan pengguna melihat susunan lipatan tapak web. Pada paparan ini kitadapat melihat susunan data web yang dibina. Anda boleh mengklik fail yang disenaraikan untuk melihatkandungannya sebagaimana di bawah.

Pada paparan Report pula anda dapat melihat analisis laman yang anda bina,  termasuk masalah  yang mungkinwujud dalam binaan web anda sebagaimana rajah di bawah.

Anda boleh mengesan kelemahan ini dan memperbaiki kesilapan tersebutsebelum laman web dipautkan ke internet.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 3 -

Page 4: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 4/26

Anda juga boleh melihat rajah aliran kandungan web yang dibina melalui pilihan Navigation.Melalui paparan ini anda boleh menyusun semula kesesuaian aliran pergerakan kandungan web yang dibina .

Melalui pilihan Hyperlinks, anda dapat melihat rajah pautan dalam lelaman yang dibina bagi sesuatu kandunganpilihan yang dirangkaikan sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Klik sekali kandungan dalam senarai lipatan untuk melihat rangkaiannya.Klik dua kali untuk melihat fail htm. yang dirangkaikan.Ctrl+klik untuk melihat sambungan rangkaian dalam paparan Preview.

Yang terakhir sekali dalam palang View ialah pilihan  Task  yang berperanan mengingatkan anda senarai tugas yang

perlu dilakukan untuk menyiapkan lelaman anda.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 4 -

Page 5: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 5/26

 

Lelaman web secara am nya mempunyai beberapa ciri asas.Ciri ini ini bukanlah syarat mutlak. Walau bagaimanapunciri ciri asas ini boleh dijadikan panduan berguna untuk kita membina laman web.

Antara ciri asas laman web ialah :

a.  sepanduk grafik ( untuk lelaman yang menggunakan tapak web percuma + teks animasi )b.  gambar ( gambar utama + gambar gambar lain dikepilkan dalam pautan gal eri )c.  kepala laman ( nama –tajuk lelaman yang anda bina )d.  teks perenggan ( susunan teks yang ditaip )e.  latar belakang ( gambar+warna latar lelaman web )f.  garis melintang ( garis yang memisahkan antara teks+tajuk )g.  pautan grafik ( imej yang dipautkan ke lelaman lain )h.  pautan teks ( teks yang dipautkan ke lelaman lain )i.  kaki laman. ( nama + hakcipta pembina laman )

Sepanduk Grafik lazimnya muncul dalam lelaman anda sekiranya anda menggunakan tapak web percuma sepertiGeocities , Yahoo dan lain lain. Sepanduk atau iklan web ini tidak kena mengena langsung dengan maklumatpaparan lelaman anda. Ia lazimnya bersifat perniagaan atau perkhidmatan yang diiklankan oleh penaja lelamananda. Penaja tersebutlah yang membayar caj penyelenggaraan lelaman anda.

Bagi lelaman web sekolah , meletakkan web anda menggunakan tapak web percuma sebenarnya tidak begitupraktikal kerana kebanyakan penyedia tapak web tidak mengambil kira maklumat lelaman yang anda luncurkan.Oleh itu kerap kali banner atau sepanduk grafik yang diletakkan di lelaman anda bersifat semi lucah . Ada baiknyaanda melanggan tapak web berbayar atau percuma yang diusahakan oleh penyedia tapak web tempatan sepertiMesra.Net , SchoolNet, TMNet , Jaring dan lain lain lagi.

Anda juga sebenarnya boleh membina sepanduk grafik ini , contohnya anda meletakkan iklan perkhidmatan PIBG ,koperasi sekolah atau syarikat buku yang membekalkan keperluan sekolah . Ini bermaksud individu atau syarikat

tersebut membayar caj penyelenggaraan lelaman web sekolah yang anda langgan daripada penyedia tapak webberbayar.

Sepanduk grafik  lazimnya mempunyai imej dan teks beranimasi dengan tujuan untuk menarik perhatian pengunjung.Lelaman web mempunyai piawaian tersendiri bagi sepanduk grafik ini. Saiz bagi sepanduk grafik adalah sepertiberikut :

a. Sepanduk penuh : 468X60 pikselb. Sepanduk separuh : 234X60 pikselc. Sepanduk navigasi menegak : 72X392 pikseld. Sepanduk menegak : 120X240 piksele. Kekotak segi empat sama : 125X125 pikself. Kekotak mikro : 88X31 piksel

Anda boleh membina sepanduk ini dalam Adobe Photoshop / Imej Ready atau PaintShop Pro atau lain lain perisian.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 5 -

Page 6: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 6/26

 

Lelaman web sebaiknya mempunyai gambar utama. Teks sahaja tidak banyak membantu menarik minatpengunjung untuk terus melayari lelaman tersebut. Oleh yang demikian , paparkan gambar yang sesuai dengantajuk laman. Setelah itu , keterangan tentang gambar dan maklumat lain ( teks serta gambar gambar ) hendaklahdisusun dengan baik dalam teks perenggan.Keterangan lanjut berhubung gambar atau perenggan teks utama bolehdicapai pada pautan galeri gambar dan pautan teks untuk maklumat terperinci yang disediakan dalam lipatan web.

Kepala Laman web menjadi pra syarat utama dalam pembinaan laman web. Carian oleh enjin carian seperti Google,akan memudahkan pengunjung mencari laman web yang jelas headernya. Heading 1 adalah teks yang paling besardalam sesebuah laman web dan mempunyai enam aras. Aras 4 untuk tulisan tebal bagi perenggan teks sementaraaras 6 adalah yang terkecil dalam saiz huruf lelaman web.

Contoh Heading mengikut aras.

Dalam laman web , garis melintang juga penting untuk mengasingkan antara dua bahagian dalam laman web. Andaboleh meletakkan garis melintang pada antara dua bahagian perenggan teks. Jika anda menggunakan jadual

pangsi dari acuan dalam MS Frontpage®  garis llintang ini tidak begitu sesuai. Kekunci Alt+ I + L boleh digunakanuntuk mengaktifkan arahan garis melintang.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 6 -

Page 7: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 7/26

Kandungan laman web juga tidak dapat lari daripada visual-visual tambahan bagi menyokong perenggan teks.Peluncur internet boleh memaparkan pelbagai format grafik,tetapi asasnya terdapat tiga jenis grafik yang bolehdipaparkan tanpa memerlukan software sokongan ( plug in ) iaitu JPG , GIF dan PNG . MS Frontpage®  mempunyaikelebihan untuk kita menggunakan apa jua format grafik kerana ia akan menukar kepada format yang diselaraskansecara automatik. Anda hendaklah menyediakan visual bergambar dengan saiz resolusi yang kecil  ( tidak melebihi600X800 piksel ) untuk memudahkan proses alih papar di dalam internet.

Pembinaan latar belakang laman web juga tidak lari daripada adunan warna ataupun imej grafik yang kontemporari.Walaubagaimanapun pilihan anda , sama ada warna atau imej grafik , pastikan kedua duanya tidakmenenggelamkan heading atau perenggan teks di hadapannya. Opacity atau fill bagi cahaya gambar dan warna

hendaklah di bawah 50 % supaya tidak kelihatan bercampur dengan teks.

Anda boleh menggunakan kemahiran aplikasi Photoshop atau PaintShop Pro untuk menyediakan latar belakang yangmenarik. Kemahiran ini dalam kursus yang dianjurkan diperingkat PKG boleh dimanafaatkan oleh peserta.Anda juga boleh menggunakan templete warna yang disediakan oleh MS Frontpage®.

Gunakan warna latar gelap ( hitam ) supaya grafik anda di bahagian depan jelas kelihatan . Bagi laman web sekolah,Imej yang sesuai ialah gabungan gambar sekolah dengan aktiviti yang dijalankan. Konsep pertindihan gambar dalamperisian Photoshop boleh dimanafaatkan untuk paparan begini sebagaimana gambar di atas.

Keperluan asas yang terakhir sekali dalam pembinaan laman web ialah Kaki Laman ( footer  ).Kaki laman bermaksudsatu senarai pendek yang mengandungi tahun , nama pembina dan simbol hakcipta © . Saiz huruf di bahagian inibiasanya lebih kecil dari teks perenggan.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 7 -

Page 8: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 8/26

 

Setelah anda mengetahui asas keperluan laman web , maka langkah pertama untuk membina laman web sekolah

ialah menyediakan bahan kandungannya.Sebelum itu para peserta kursus mestilah menetapkan elemen asas bagilaman web sekolah masing masing. Antara elemen asas yang perlu ada ialah ;

a.  Laman Utama :Pada bahagian ini peserta kursus akan menggunakan acuan kosong.Peserta akanmenyediakan grafik dan laluan masuk ke gerbang menu.Laman ini merupakan pintu masuk kepada lain lain capaian.Di bahagian ini kita akanmenggunakan hamparan kerja kosong.

b.  Galeri Gambar:Pada bahagian ini peserta kursus akan menggunakan templete yang disediakan.

c.  Laman Komentar / ForumPada bahagian ini peserta kursus akan menggunakan templete yang disediakan.

d.  Laman EmailPada bahagian ini peserta kursus akan menggunakan templete yang disediakan.

Membina Lipatan Bahan :

Mulakan dengan membina satu lipatan fail ( folder ) dengan mengklik butang kanan pada paparan desktop.Namakan lipatan tersebut sebagai Fail Website. Kemudian salin semua fail yang diperlukan seperti fail gambar ,audio , dan video ke dalam lipatan tersebut. Ini bagi memudahkan kita mencari sumber yang diperlukan dalam satufolder sahaja.

Lipatan fail tersebut hendaklah didaftarkan kepada MS Frontpage sebagai lipatan web.Mulakan dengan mengklikprogram MS Frontpage® Pilih File kemudian klik Open Web. Satu kotak dialog Open Web akan dibuka. Pada medan

Look In, klik lipatan Fail Website yang dibina tadi.Klik pilihan Open untuk membuka satu lagi kotak dialog AddFrontpage Information to the folder. Klik Yes untuk membolehkan MS Frontpage® menambah fail maklumat ke dalamlipatan tersebut. Setelah itu laluan ke lipatan web akan dipaparkan dalam bar tajuk MS Frontpage®.

Membina Gerbang ke Lelaman Utama:

Setelah itu peserta kursus akan memulakan langkah pertama untuk membina laman web. Laman yang dibina iniakan menjadi Gerbang ke Lelaman Utama. Mulakan dengan mengklik menu File. Kemudian pilih New > page or web.

Paparan jendela tugas ( task pane ) akan muncul di kanan ruangan kerja frontpage. Klik perintah pautan Blank Page.

Ruangan kerja akan dipaparkan dengan nama index.htm. Namakan terus lelaman tersebut untuk memudahkan andamenyusun rangkaian fail yang ada nanti. Setelah ruang kerja terpapar, anda simpan dahulu fail tersebut untuk prosesmenamakannya.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 8 -

Page 9: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 9/26

Pilih menu File kemudian pilih save untuk memaparkan pilihan Save As. Pada kotak dialog Save As .Pada medan Filename taipkan perkataan index.htm. Kemudian klik butang Change title untuk membuka kotak dialog Set page Title.

Taipkan Index.htm. Klik butang ini

Pada kekotak dialog Set Page Title taipkan Lelaman Web sekolah masing masing kemudian klik Ok.Pada Kekotak SaveAs akan terpapar nama baru bagi mengantikan tajuk halaman New Page 1. Klik save bagi menutup kekotak dialogSave As. Hamparan kerja sekarang ialah index.htm.

Langkah kedua ialah memasukkan gambar latar belakang.

Dalam kursus ini peserta akan berpeluang untuk mengedit dan membuat pengubahsuaian gambar sekolah dangambar aktiviti sekolah menggunakan perisian Adobe Photoshop 7.0. Setelah fail tersebut siap , simpan dalam format JPEG pada resolusi 600X800 piksel maksimum atau lebih kecil daripada itu. Jika failnya lebih kecil anda bolehmemaparkannya secara berulang ulang untuk memenuhkan ruang tersebut. Anda juga boleh membina fail GIF untuklatar belakang tetapi ini tidak sesuai untuk lelaman web sekolah. Simpan fail tersebut dalam lipatan Fail Website.

Mulakan dengan memformat latar belakang lelaman web tersebut. Pada menu Format pilih arahan Background danklik. Satu kekotak dialog Page Properties akan muncul. Ketik butang Browse untuk memilih fail gambar latar belakang.

Klik butang browsedan cari fail latarbelakang di lipatan

Fail Website.

Anda bolehmenetapkan pilihanwarna untuk teks,latar belakang danpilihan hyperlink

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 9 -

Page 10: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 10/26

Setelah anda selesai membuat konfigurasi latarbelakang, klik OK untuk menutup kotak dialog Page Properties. Klikpilihan Preview di kaki ruangan kerja untuk melihat hasil kreativiti anda.

Setelah itu anda boleh menaip Kepala Laman pada hamparan kerja utama tersebut. Anda boleh menaip “ SELAMAT

DATANG KE LELAMAN BERINFORMASI “ atau sebagainya. Oleh kerana lelaman ini dijadikan gerbang ke LelamanUtama, maka sebaiknya anda tidak memaparkan terlalu banyak perenggan teks.Anda boleh menggunakan pilihan Word Art pada palang melukis ( Drawing ) atau menggunakan pilihan teks

beranimasi menggunakan perisian berorientasikan GIF. Pada kursus ini peserta akan menggunakan perisian UleadCool3D 3.5 yang dirangkaikan pada menu Custom .

Klik Custom dan pilih Insert Ulead COOl 3D 3.5 file

Banner animasi ( GIF ) yangdibina menggunakan perisianUlead Cool 3D. Pergerakannyahanya dapat dilihat apabilaanda Previewkan atau Previewin Browser ( internet Explorer )

Banner statik yang dibinamenggunakan pilihan word art

Klik Custom dan pilih Insert Ulead COOl 3D 3.5 file. Paparan ruangan kerja Ulead Cool 3D akan muncul. Pastikan andamenetapkan dahulu saiz paparan yang akan dibina. Pada menu Image pilih Dimension. Pada kotak dialogDimensions , setkan saiz paparan anda kepada 468X 60 piksel ( full banner ).

Pilihan saiz banner . Gunakan saizpaparan yang sesuai untuk teks namalelaman.

Anda juga akan membina satu butang “ENTER “ untuk masuk ke lelaman utama

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 10 -

Page 11: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 11/26

Kemudian taipkan perkataan pilihan yang ingin dianimasikan seperti ‘ WELCOME” atau “SELAMAT DATANG”.

Peserta kursus akan diperincikan tentang cara cara memilih Efek yang sesuai untuk teks tersebut. Kemudian setelahselesai menguji paparan teks tersebut simpan dalam format animasi GIF.

Pada menu Fail pilih Send to Frontpage . Klik GIF Animation File. Satu kotak dialog Save as GIF Animation File akanmuncul. Nama kan fail tersebut dan simpan dalam format *.gif

Tips sebelum anda mengklik butang Save: 

a.  aktifkan Transparent backgroundjika inginkan teks dengan warnalatar.

b.  Matikan fungsi transparent jikaingin teks tanpa warna latar.

Paparkan hasil latihan anda menggunakan kaedah Preview atau Preview in browser. Melalui kaedah preview inbrowser anda boleh menetapkan lokasi gambar yang anda simpan ke lipatan Fail Website secara automatik.

Pada menu Fail pilih Preview in browser. Satu kotak dialog akan muncul. Tetapkan saiz paparan dan klik preview..

Sekiranya gambar yang dipilih tidak berada dalam lipatan fail asal , sistem akan menggesa kita untuk menelitibeberapa tetapan gambar itu yang dipaparkan dalam kotak dialog Save Embedded Files.

Anda boleh meletakkannya dalam folder image dan setelah itu klik OK.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 11 -

Page 12: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 12/26

 

Anda boleh namakan semulafail tersebut , mengubahkedudukan asal folder , serta

konfigurasi gambar ( statik )

Setelah itu anda bina satu butang sama ada dalam format Gif atau menggunakan alatan melukis . Sekiranya andamahu membina butang teks beranimasi klik menu Custom dan Pilih capaian ke perisian Ulead Cool 3D. Lalukan

sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan sebelum ini. Anda boleh memasukkan perenggan teks seperti“ENTER “ dan letakkan disudut bawah kanan lelaman tersebut. Butang ini akan disambungkan dengan lelaman utamayang akan dibina selepas ini. Anda boleh menaip perenggan teks lain seperti “ KLIK DI SINI UNTUK MASUK KELELAMAN UTAMA “.

Perkataan yang ditaip tersebut boleh di berikan effect menggunakan pilihan Dynamic HTML Effect pada menu Format.

Letakkan kursur pada perkataan tersebut dan klik ikon untuk membolehkan perenggan tersebut diaktifkan.

Anda boleh menetapkan pilihan dengan memilih pilihan Mouse Over , Mouse Click atau sebagainya dan pilihan padasenarai jatuh bawah Apply .

Memasukkan Muzik Latar :

Langkah terakhir bagi membina gerbang ke laluan laman utama ini ialah memasukkan muzik latar.Pada menu Format pilih `Background dan klik. Pada paparan kotak dialog Page Properties buka lipatan General. Klikbutang Browse untuk mencari sumber fail lagu. Lagu yang dipilih mestilah dalam format *.midi. Klik nama muzik latartersebut . Pada arahan Loop anda boleh menetapkan bilangan loopnya atau mengaktifkan pilihan Forever untukmembolehkan muzik main-ulang. Preview untuk mendengar hasil pilihan anda tersebut.

Klik butang browse dancari sumber fail muzik.Aktifkan pilihan Foreveruntuk main-ulang nadamuzik yang dipilih.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 12 -

Page 13: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 13/26

 

Membina Laman Utama

Mulakan dengan mengklik menu File . kemudian pilih New Page or Web. Paparan jendela tugas akan muncul. Padajendela tugas tersebut pilih Templete Website. Pada kotak dialog Templete Website klik Personal Web.

Sistem akan menetapkan komponen yang perlu ada dalam pilihan tersebut.Setelah itu pada jendela View klikFolder.satu senarai kandungan dalam lipatan Folder akan dipaparkan.

Klik dua kali index.htm untuk membuka hamparan kerja tersebut. Kelihatan ruangan lelaman tersebut dipenuhidengan teks dan perenggan teks serta capaian ke lelaman lain. Pada paparan ini kita dibenarkan untuk mengedit-bina maklumat baru berdasarkan ruangan jadual ( table ) atau memadam ( delete ) semua dan menambah jadualbaru untuk dimasukkan dengan maklumat yang sesuai. Pada peringkat asas ini kita akan mengubahsuai data yangterkandung dengan maklumat baru yang ingin dipaparkan.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 13 -

Page 14: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 14/26

Memformat Latar Belakang Templete :

Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah mengubah-suai latar belakang. Paparan latar belakang telahditetapkan secara automatik apabila anda pertama kali membuka bahagian pilihan ini.

Sekiranya anda ingin menukar latar belakang tersebut dengan imej yang anda bina sendiri , langkah yang perludiambil ialah membuang theme yang disetkan tersebut.

Pada menu Format pilih Theme dan klik. Satu kotak dialog Themes pilih No Theme dan klik OK. Paparan latarbelakang akan hilang. Setelah itu kembali semula ke menu Format dan pilih Background. Lalukan proses yang samasebagaimana yang dinyatakan dalam keterangan membina latar belakang pada tajuk gerbang ke laman utama.

Dalam kursus ini anda disarankan memilih themes yang ada. Lakukan penambah suaian pada pilihan Colors ,Graphics dan Text. Kemudian klik butang OK . Anda akan dapati perubahan pada rupabentuk dan susun atur ruangtemplete tersebut.

Setelah itu anda boleh melakukan pengubahsuaian susun letak ,maklumat serta butang capaian pada lamantersebut. Untuk menukar bahasa bagi butang capaian rangkaian , sila paparkan jendela View Bar. Klik pada pilihanbutang Navigation untuk memaparkan rajah aliran laman web anda.

Klik butang kanan tetikus pada pilihan namabutang capaian dan pilih Rename. Taipkannama baru bagi butang tersebut dan klik save.

Untuk menambah butang capaian,klikbutang kanan tetikus pada index.htm danpilih new page, kemudian namakan.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 14 -

Page 15: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 15/26

Memasukkan Klip Video:

Pada ruangan kiri kepala laman masukkan klip video aktiviti sekolah .Mulakan dengan mengklik menu Insert dan pilihPicture. Pada pilihan picture klik Video.

Klik senarai jatuh bawah dan cari fail video dalam lipatan Fail Website.Pastikan fail video tersebut tidak terlalu besardan disimpan dalam fail untuk paparan internet.Pastikan duration failnya tidak melebihi 30 saat untuk mengelakkanproses upload yang terlalu lama. Anda boleh memotong dan mengedit klip video menggunakan MS. Movie Maker2.0. dan lain lain perisian berasaskan Video Editor.

Pastikan setting video yang sesuai untukpaparan internet hendaklah mengambilkira kelajuan modem yang digunakan.

Anda boleh menetapkan paparan video sama ada dimainkan serentak dengan paparan lelaman ataupun hanyadimainkan setelah kursur di klik atau disentuh ( mouse over ) pada ruangan klip tersebut. Kemudian anda juga bolehmenetapkan loop serta main ulang tanpa loop . Aktifkan klip video dan pada menu Format pilih Properties. Pada kotakdialog Picture Properties buka lipatan Video. Tetapkan loop dan pilihan mula fail tersebut. Disamping itu anda jugaboleh menetapkan variasi video pada arahan Appearance dan General.

Fail klip video diletakkan disudutkanan header laman sebagai gantisepanduk grafik. Tetapan videoboleh dilakukan pada pilihan repeatdan start.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 15 -

Page 16: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 16/26

Anda boleh membina kepala laman secara beranimasi tanpa mengimport fail siap bina dari lain-lain perisian. Klikikon Web Componen .

Pada kotak dialog Web Component pilih Dynamic Effects > Marquee . Satu kotak dialog Marquee Properties akanmuncul. Taipkan perkataan bagi kepala laman web sekolah anda pada ruangan text. Lakukan pengubahsuaian

animasi dan klik OK untuk menutup kotak dialog Marquee properties.

Pilih Marquee dan taipkankepala laman di ruang text.Anda boleh memilih arahpergerakan , menetapkankelajuan dancarapergerakan dipaparkan.

Anda juga bolehmenetapkan saiz danpengulangan pergerakanteks serta warna latar

 

Setelah itu , mulalah memasukkan maklumat ke dalam ruangan ( table ) yang ada. Anda boleh menambah jadualsekiranya perlu. Masukkan maklumat am sekolah beserta dengan gambar pengetua / guru besar serta gambarpandang sudut sekolah yang sesuai. Gambar gambar tambahan sebagai sokongan kepada gambar utama akandisambungkan kepada galeri gambar pada halaman lain. Susun atur maklumat yang terkandung dilelaman utama inimemainkan peranan penting kepada pengunjung untuk terus membuka lipatan lelaman berikutnya untuk mengetahuiapakah maklumat yang disajikan kepada pengunjung.

Anda boleh memasukkan muzik latar pada laman utama ini.ikuti langkah sebagaimana yang dinyatakan dalamperenggan nota terdahulu. Anda juga boleh merangkaikan beberapa laman lain yang mempunyai pemainan ataudengar lagu online.

Anda jangan terlalu banyak membuat rangkai lelaman ( hyperlink ) ke lain lain laman atau enjin carian. Ini akanmenyebabkan laman anda ditinggalkan atau menjadi batu loncatan sahaja. Rangkaian lelaman lain ini sebaiknyamestilah yang mempunyai hubung kait dengan lelaman utama anda.

Anda boleh menambah beberapa muka surat lelaman , tetapi ada baiknya anda menyediakan satu ruangan yangsentiasa dikemaskini dengan maklumat semasa . Ruangan ini kita namakan sebagai ruangan Forum Pengunjung.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 16 -

Page 17: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 17/26

Membina Laman Perbincangan

Mulakan dengan membina sebuah lipatan fail dalam Fail Website. Klik butang kanan tetikus, pilih New >Folder.Namakan fail tersebut sebagai Fail Bincang.

Pada paparan Ms Frontpage klik New , kemudian pilih Page or Web. Pada Jendela Tugas di kanan ruang kerjafrontpage klik perintah pautan Web Site Templetes. Pada kekotak dialog Website Templetes aktifkan ikon DiscussionWeb Wizard. Kemudian klik butang Browse. Kotak dialog New Web Location akan dibuka. Klik senarai jatuh bawah dimedan Look in untuk mencari folder Bincang yang disimpan dalam Fail Website. Klik folder Bincang. Klik butang Open.Untuk menutup kotak dialog New web Location. Kini lipatan fail tersebut telah ditandakan.

Pada kotak dialog Web Site Templetes , klik butang OK untuk mengaktifkan Discussion Web Wizard.

Klik butang Browse untukmembuka kotak dialogNew web location. Carilipatan fail Bincang

Aktifkan ikon discussionweb wizard.

Discussion Wizard mengandungi satu siri arahan yang perlu dipilih. MS Frontpage akan membina sebuah tapak webberdasarkan pilihan yang dibuat. Web wizard mengandungi bar progress,opsyen tapak dan butang navigasi.

Klik Next pada paparan kotak dialog discussion wizard yang pertama. Kemudian pada paparan kotak dialog yangkedua, aktifkan laman Submission Form , Table of Contents dan Threaded Replies, kemudian klik Next.

Aktifkan pilihan sebagaimanayang ditandakan , kemudianklik butang next.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 17 -

Page 18: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 18/26

Pada kotak dialog berikutnya, taipkan tajuk “ Laman Diskusi”.Nama lipatan web perbincangan diberikan sebagai _disc1. Anda boleh menukar kepada nama lain atau mengabaikannya. Klik butang Next untuk ke kotak dialogseterusnya.

Taip nama lamanperbincangan padaruangan descriptive title .

Pada kotak dialog seterusnya pilih medan input untuk borang. Pilih opsyen Subject , Comments untuk borangmenghantar mesej perbincangan.Setelah itu klik butang Next.

Aktifkan pilihansubject , comments

Pada kotak dialog seterusnya opsyen menggesa kita menetapkan sama ada pengunjung berdaftar yang bolehmenyertainya atau forum terbuka. Pilih opsyen No, anyone can post articles supaya pengunjung boleh memberikanpendapat tanpa perlu membuat pendaftaran keahlian. Sekiranya anda memilih Yes , satu borang pendaftarankeahlian akan dipaparkan ketika anda menghantar pendapat. Mesej tidak akan dihantar selagi borang tersebut tidakdilengkapkan. Penetapan borang pendaftaran akan dibina selepas wizard ini selesai .Klik butang Next seterusnya.

aktifkan

Pada kekotak berikutnya anda diminta untuk menetapkan kaedah penyusunan artikel yang dihantar. Anda bolehmenyusun menggunakan kaedah artikel lama ke baru , atau artikel baru di atas diikuti oleh artikel lama mengikutmasa /hari ia diterima . Untuk kursus ini tetapkan pilihan Newest to older.

aktifkan

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 18 -

Page 19: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 19/26

Pada kotak dialog seterusnya meminta sama ada ingin memasukkan jadual isi kandungan atau tidak. Dalam kursusini peserta hendaklah memilih pilihan Yes. Setelah itu klik butang Next.

aktifkan

Pada kotak dialog seterusnya anda diminta untuk membuat ketetapan konfigurasi bagi tema web yang mengandungipenyelarasan grafik , warna dan huruf. Klik butang Choose Web Theme. Kotak dialog Choose Theme akandipaparkan. Pilihlah rekabentuk berdasarkan Sample of Theme yang dipaparkan. Pastikan anda mengaktifkanopsyen vivid colors , active graphics dan background picture supaya anda boleh membuat perubahan pada ketigatiga opsyen tersebut. Setelah itu klik butang OK untuk menutup kotak dialog Choose Theme , kemudian klik Next.

Paparan pilihan.Kemudian aktifkanvivid colors,activegraphics danbackground picture

Pada kotak dialog berikutnya anda digesa untuk memilih sama ada membina laman berbingkai atau tidak. Pilih NoFrames dan klik butang Next. Anda telah pun selesai membuat tetapan opsyen . Klik butang Finish untuk menutupkotak dialog Discussion Web Wizard. Kini tapak web perbincangan telah dibina. Anda perlu mengaktifkan lamantersebut di ruang kerja.

aktifkan

Klik finish untukmengesahkanpembinaan tapak 

 

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 19 -

Page 20: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 20/26

Untuk melihat hasil binaan lelaman tersebut, paparkan jendela Views pada ruangan kiri hamparan kerja.Klik pilihanhyperlink. Kelihatan ikon index.htm dipaparkan bersama pautannya.Klik dua kali ikon tersebut untuk memaparkankandungan lelaman yang dibina tadi.Anda juga boleh mengklik dua kali ikon index.htm pada senarai Folder List jikaanda mengaktifkannya.

Klik dua kali ikon index.htm

 

Paparan Kandungan :

Paparan Perbincangan :

Inilah ruangan forum yangdibina. Paparkanmenggunakan Internet Explorerdan uji proses penghantarandengan mengklik Post Article.Satu ralat akan muncul.

Peluncur Internet akan memproses borang yang anda hantar. Satu ralat akan muncul kerana untuk memprosesborang anda perlukan perisian khas yang dikenali sebagai CGI ( Common Gateway Interface ) Ia hanya terdapatdalam komputer pelayan internet. Proses ini akan dilakukan sewaktu “muat naik “ ( penyalinan fail tapak web yang

dibina ke pelayan web dilakukan.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 20 -

Page 21: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 21/26

 

Proses ini akan dinyatakan dalam tajuk berikutnya. Walau bagaimana pun untuk memastikan tapak web andaberfungsi dengan baik, pelayan web anda sebaiknya ada perisian Frontpage Server Extension.

Membina Galeri Foto Berasaskan Ruang Jadual Dan Templete :

Mulakan dengan mengklik menu Fail. Pilih New > Page or Web.Pada jendela tugas New Page or Web klik pautanBlank Page. Setelah itu anda hendaklah menamakan laman kosong itu. Buka kotak dialog Save as. Klik butangChange title dan taipkan “ Gambar aktiviti sekolah “ dan klik OK. Pada medan File name taipkan galeri.htm dan klikbutang Save untuk menutup kekotak dialog tersebut.

Setelah itu pada menu View klik Task Pane untuk membuka jendela tugas New page or Web. Klik butang senarai jatuhbawah dan pilih arahan Clipboard. Pilihan ini memudahkan anda memilih gambar yang diperlukan.

Anda boleh memasukkan sepanduk grafik sebagai kepala lelaman ini.Sama ada anda menggunakan pilihan Custom > Ulead Cool 3D ataumenggunakan pilihan Word Art untuk memaparkan tajuknya.Taipkan “ GALERI AKTIVITI SEKOLAH 2005 “

Sekiranya anda terus menaip dilelaman tersebut pastikan anda memformat teks tersebut dan berikan pilihan Heading1 untuk menjadikan ia kepala laman.

Setelah itu pada menu Table pilih arahan Insert dan klik Table . Pada kotak dialog Insert Table setkan jadual anda.Pada kursus ini anda akan membina 2 baris sel X 2 kolum dengan saiz persempadanan 2. Sementara lapik sel ialah2 dan antara ruang sel pada kadar 2.Kemudian klik butang OK untuk mengesahkan pilihan.

Setkan pilihan saiz danlayout jadual pangsi yanghendak dibina terlebih

Setelah itu bina atau masukkan butang pautan navigasi “ KEMBALI KE LAMAN UTAMA “ dan lengkapkan kakilaman.Anda boleh membina butang navigasi menggunakan pilihan bentuk pada palang Drawing sekiranya andamemerlukan kelainan bagi setiap laman yang anda bina.

Letakkan kursur pada sebelah kiri baris pada kotak jadual pertama.Pada menu Insert pilih Picture > From File dan klikuntuk membuka kotak dialog Picture. Pilih gambar dan klik OK

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 21 -

Page 22: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 22/26

 

Piksel gambar akan membesarkan ruangjadual . pada pepenjuru gambar tersebutklik dan seret ke dalam untukmengecilkannya. Kemudian taip kapsyenteks di bawahnya.

Setelah itu anda boleh memilih beberapa kaedah pemaparan gambar yang menarik.Pada menu Insert , pilih Picture

dan klik New Photo Gallery. Kotak dialog New Photo Gallery akan dipaparkan. Anda boleh memilih stail gambardipaparkan. Buka lipatan Layout. Pilihan Layout yang boleh anda pilih seperti paparan horizontal , montaj , slide showdan vertikal.

Pilihan layout dan paparansusunannya . kapsyen teks akanmuncul bila kursur menyentuhgambar yang dipaparkan.

Pada lipatan Picture klik butang Add.pilih Pictures from Files. Cari sumber gambar dalam Fail Website. Kelebihanpilihan ini ialah anda boleh mengedit saiz dan memotong gambar mengikut yang dikehendaki . Anda juga bolehmengimport terus gambar dari kamera digital atau melalui mesin pengimbas.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 22 -

Page 23: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 23/26

 

Butang Add untuk importgambar. Butang Edit untukmemotong dan menukar saizgambar. Butang Remove untuk

membuang gambar yang tidakdiperlukan.

Klik butang Move untuk susunatur gambar gambar

Taipkan kapsyen teks padaruangan Caption.

Taipkan diskripsi gambar padaruangan Description

Klik Ok setelah selesai

Setkan saiz gambar yangdiperlukan pada ruangan widthdan hight. Mengikut piksel yangdikehendaki. Perhatikankedudukan gambar pada ruler. Aktifkan maintain aspect ratiountuk mengekalkan rupabentuksaiz asal walaupun dibesarkan

Klik butang Crop untukmemotong bahagian gambaryang tidak diingini.

Klik Ok setelah selesai

Melalui pilihan ini jika kursur dibawapada gambar pengunjung bolehmenyalin atau merangkaikannyadengan perisian paparan gambarseperti Picture Viewer

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 23 -

Page 24: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 24/26

 

Menerbitkan Tapak Web:

Peserta kursus akan melakukan proses memuat naik laman web sekolah masing masing ke komputer pelayan websupaya pengunjung dapat mencapainya.Untuk membolehkan anda menerbitkan tapak web, anda perlu menjadi ahli atau dengan kata lain menjadipelanggan dengan syarikat hos web.

Syarikat hos web akan membekalkan anda dengan alamat internet atau dikenali juga sebagai URL ( uniform resourcelocator ). Dengan itu anda akan mendapat alamat web tersendiri dan pengunjung perlu menaip alamat web tersebutuntuk memasukinya.Apa yang penting ialah syarikat hos anda mesti memasang Frontpage Extansion kepada pelayan web mereka.

Menerbitkan Tapak Web HTTP ( Hypertext Transfer Protokol ):

Mulakan dengan mengaktifkan modem atau router pada server anda.Buka laman utama web anda ( index.htm ) kemudian pada menu File pilih Publish Web.Pada kekotak dialog Publish Destination taipkan alamat internet anda ke dalam medan Enter PublishDestination.Kemudian klik OK.

Taip alamat pada medan ini. 

Pelayan web akan meminta anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan sebagai langkah keselamatan danmemastikan bahawa hanya anda yang dibenarkan memasukinya secara sah.Setelah itu pada kotak dialog Publish Web , pilih senarai fail yang hendak diterbitkan dan klik butang Publish. Ms.Frontpage akan menyalin fail web sekolah anda ke dalam pelayan web dan aktiviti penyalinan itu ditunjukkan padabar progress.

Pilih senarai fail disini kemudianklik butang Publish. Klik butangshow untuk paparan lebihlengkap.

Kursus Laman Web/Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah JB/http://www.geocities.com/ppd_jb/[email protected] 24 -

Page 25: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 25/26

Page 26: FrontpageXP3

7/23/2019 FrontpageXP3

http://slidepdf.com/reader/full/frontpagexp3 26/26