forum.pptx

24
FORUM

Upload: zabedah-mohammed

Post on 16-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: forum.pptx

FORUM

Page 2: forum.pptx

Bentuk-bentuk forum

Forum panel

Forum perbahasan

Forum temu ramah

Forum kuliah

Forum simposium

Page 3: forum.pptx

Kemahiran-kemahiran mengendalikan forum

Kemahiran mempengerusikan

forum

Kemahiran mengawal forum

Kemahiran melahirkan pendapat

Nada dan intonansi

Kemahiran menutup forum

Page 4: forum.pptx

Terdiri daripada 3 hingga 5 orang ahli panel.

Selalunya tajuk forum diberikan lebih awal kepada ahli panel.

Ahli panel boleh berbincang

Semasa berforum, pengerusi akan mengemukakan soalan atau pandangan.

Akhirnya, pengerusi akan membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan forum tersebut.

Page 5: forum.pptx

Tajuknya bersifat kontroversi.

Semasa forum, ahli-ahli panel akan dijemput oleh pengerusi untuk membentangkan hujah-hujah secara bergilir-gilir.

Selepas itu, penonton akan diberi peluang untuk berbincang dengan ahli panel.

Page 6: forum.pptx

Mirip dengan aktiviti menemu ramah.

Selalunya seorang pakar rujuk untuk menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan.

Setelah itu, akan diadakan sesi soal jawab bersama penonton.

Page 7: forum.pptx

Seorang pakar akan dijemput untuk menyampaikan kuliah tentang sesuatu tajuk.

Setelah mengikuti kuliah tersebut, penonton akan bersoal jawab dan berinteraksi sesama sendiri.

Page 8: forum.pptx

Kemahiran mempengerusikan forum

Pengerusi memainkan peranan penting dalam pengendalian forum. Peranan pengerusi terbahagi kepada 3 tahap :

Sebelum Semasa Selepas

Page 9: forum.pptx

SEBELUM

1. Dapatkan biodata ahli-ahli panel.2. Cari maklumat tentang tajuk forum dan hayatinya.3. Menganalisis audien, (ketahui latar belakang, tahap pendidikan, taraf sosio-ekonomi, pangkat dan gelaran)4. tentukan peruntukan masa untuk setiap ahli panel.5. Sediakan soalan-soalan perbincangan yang bermutu dan menepati tajuk.6. Kenal pasti kepakaran ahli-ahli panel supaya soalan yang ditujukan sesuai dengan kepakaran mereka.

Page 10: forum.pptx

SEMASA

1. Mengambil alih majlis daripada juruacara dan ucapkan kata-kata aluan kepada peserta forum dan penonton.

2. Huraikan tajuk forum.3. Perkenalkan ahli forum dari segi biodata peribadi.4. Menerangkan syarat-syarat dan peraturan-

peraturan seperti peruntukan masa untuk sesi pembentangan dan soal jawab kepada ahli panel dan penonton.

5. Bersoaljawab dengan ahli panel pertama tentang maksud tajuk forum.

6. Memastikan ahli panel membentangkan kertas kerja dengan lancar.

7. Kawal perbincangan supaya tidak menyeleweng.8. Pastikan penglibatan aktif dari ahli panel dan

penonton.9. Kemukakan soalan yang bernas untuk

mendapatkan tindak balas yang tepat dan sesuai.10. Kemukakan soalan mengikut keahlian seseorang

ahli panel.

Page 11: forum.pptx

SELEPAS

1. Menggalakkan penonton mengemukakan soalan dan pendapat.

2. Rumuskan forum dengan menggunakan isi-isi penting yang didapati dari forum

3. Sampaikan ucapan penutup, merakamkan penghargaan, dan memohon maaf.

4. Serahkan majlis kepada juruacara.

Page 12: forum.pptx

Ahli panel perlu menguasai kemahiran untuk melahirkan pendapat yang meliputi 3 aspek :

Menentukan jenis

pendapat

Cara melahirka

n pendapat

Cara mempengaruhi audien

Page 13: forum.pptx

Ahli panel perlu membuat analisis terhadap audien untuk menentukan aspek, isi, dan cara pendapat yang sesuai dengan cita rasa penonton.

Page 14: forum.pptx

• Tentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan forum.

• Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan

• Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan meyakinkan.

Page 15: forum.pptx

• Sentiasa menumpukan perhatian terhadap hujah-hujah rakan serta pandangan daripada penonton agar tindak balas yang wajar dapat diberikan.

• Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan menyakinkan.

• Gunakan bahasa yang sesuai dengan audien dan aras pendapat.

• Elakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami.

Page 16: forum.pptx

• Gunakakan laras bahasa yang sesuai dengan majlis forum.

• Gunakan istilah mengikut laras.

• Gunakan bahasa yang jelas tepat dan tidak meleret-leret.

• Selitkan unsur kecindan atau humor dalam penyampaian pendapat.

• Menunjukkan keyakinan diri.

Page 17: forum.pptx

• Wujudkan hubungan mata dengan penonton, iaitu melihat mereka (dari mata turun ke hati).

• Gunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta.

• Menunjukkan mimik muka yang menyakinkan.

Page 18: forum.pptx

Ketika mengalu-alukan kedatangan penonton dan memperkenalkan ahli panel nada dan intonasi pengerusi selalunya mendatar dan ketika tajuk forum dinyatakan nada suara akan dinaikkan sedikit untuk menarik perhatian audien.

Page 19: forum.pptx

Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri dan intonasi yang wajar diberikan perhatian adalah seperti berikut :

• Tinggikan nada apabila hendak menarik perhatian.

• Memperlahankan dan merendahkan suara ketika hendak memujuk.

• Jangan berhujah terlalu laju atau perlahan.

Page 20: forum.pptx

• Pause – berhenti sebentar apabila perlu.

• Gunakan sebutan baku.

• Gunakan bahasa yang indah, tersusun dan mudah difahami.

• Gunakan nada yang gembira apabila hendak menghidupkan suasana yang hambar.

• Gunakan nada dan intonasi yang menggambarkan keperihan tanda keprihatinan

Page 21: forum.pptx

Dalam penutup forum, pengerusi sekali lagi menunjukkan kewibawaannya melalui kemahiran-kemahiran yang berikut :

• Ucapkan terima kasih kepada semua ahli panel yang telah menyampaikan pendapat berkenaan tajuk forum.

• Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan/pandangan. Pengerusi perlu mewujudkan suasana yang kondusif dan galakkan penonton untuk melibatkan diri.

Page 22: forum.pptx

• Bertindak sebagai fasilitator sewaktu sesi soal jawab.

• Rumuskan keseluruhan idea yang telah diforumkan, pengerusi perlu: (peka terhadap setiap aspek tajuk dan membuat kesimpulan dengan menggabungkan semua idea yang telah dihujahkan.)

Page 23: forum.pptx

• Sampaikan kata-kata penutup dengan ucapkan terima kasih kepada semua ahli panel dan semua yang terlibat.

• Menyatakan harapan agar isu dan pandangan yang dikemukakan mendatangkan manfaat kepada semua.

• Mohon maaf kepada semua sekiranya terdapat sebarang kesilapan ketika kendalikan forum

Page 24: forum.pptx

SEKIAN TERIMA KASIH