forum wacana (pemanasan global)

Upload: mizazainal

Post on 18-Jul-2015

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Soalan 1 : Negara yang diklafikasikan sebagai Negara membangun? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penerbitan kerana sudi menjemput saya untuk membincangkan masalah pemanasan global ini. Seperti yang kita ketahui,masalah ini bukan masalah yang baru,tetapi telah lama wujud sejak 1800 an lagi. Semua ini terjadi berpunca daripada perbuatan kita sendiri. Kembali kita kepada soalan tuan pengerusi tadi.. Negara apakah yang di klasifikasikan sebagai Negara yang membangun. Antara ciri2 negara yang membangun ialah mempunyai system politik dan ekonomi yang stabil. Negara itu juga mempunyai system pentadbiran yang kukuh dan menjalankan aktiviti menggunakan teknologi yang tidak ketinggalan dari Negara yang lain. Negara membangun juga selalunya mempunyai hubungan diplomatic dengan Negara dunia pertama. Antara contoh Negara yang membangun ialah Negara kita sendiri, Malaysia..Seperti yang kita lihat sekarang,negara kita sudah mampu bersaing dengan Negara yang lain dalam bidang teknologi kejuruteraan, pembangunan, industry malah satu masa nanti saya yakin kita mampu berdiri standing Negara membangun yang lain.

Soalan 2 : pendapat tentang isu pemanasan global Seperti yang kita ketahui,Malaysia telah dikejutkan dengan banjir besar yang melanda Kota Tinggi, Johor pada Disember 2006. Ia melibatkan 100,000 mangsa dipindahkan dan kerajaan telah memperuntukkan RM 500 juta bagi pemulihan segala insfrastruktur yang telah rosak. Dalam pada itu,kajian awal juga mendapati bahawa beberapa buah bandar dinegara ini mungkin akan menjadi kawasan berair dalam tempoh 50 tahun lagi \kerana berada dibawah paras laut iaitu Klang, Miri dan Pekan. Mengapa perkata ini boleh terjadi????? Ini semua berpunca daripada peningkatan suhu dunia yang disebabkan oleh penipisan lapisan ozon. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) suhu bumi telah mula meningkat sejak tahun 1990. Pada tahun 2004 dan 2005 merupakan tahun yang paling panas sejak suhu bumi dicatatkan pada tahun1861. Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih. Adalah tidak mustahil jika beberapa bandar, negara dan pulau di dunia bakal tengelam selamanya jika air laut terus meningkat. Hasil pemanasan global ini juga telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya. Sebelum ini, kita ketahui bahawa negara seperti Afrika merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi kawasan gurun yang panas. Namun, baru-baru ini ia menerima kehadiran salji pada tahun 2006 (pertama sejak 25 tahun). Manakala Perancis mengalami panas melampau yang telah mengorbankan 29 penduduknya pada 2006. Tuan2 dan puan2 ,Jadi tidak mustahil suatu hari nanti malaysia akan mengalami nasib yang sama dengan negara yang saya sebutkan tadi. Itu sahaja pendapat saya tentang isu pemanasan global ini. Soalan 3 : cara mengatasi dan tindakan kerajaan.

Pada tahun 2008, WHO sebagai organisasi kesihatan dunia telah menjadikan isu pemanasan global ini sebagai tema Hari Kesihatan Dunia iaitu Melindungi Kesihatan dari Perubahan Iklim. Ini membuktikan bahawa dunia sedar bahawa kesan perubahan iklim ini menjadi ancaman kepada kesihatan dan memberi kesan kepada generasi akan datang. Berbicara tentang langkah, ramai yang menyatakan diri mereka belum bersedia. Maksudnya di sini ialah mereka belum siap untuk menggunakan kereta hybrid,belum siap untuk tidak menggunakan bahan tanpa CFC di rumah mereka,padahal itu hanya langkah kecik untuk mencegah pemanasan global. Hadirin-hadirat sekalian, Masih banyak cara untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah mengurangkan penerokaan hutan secara berleluasa untuk tujuan pembangunan seperti penebangan hutan untuk tujuan pembinaan rumah@bangunan atau pun dari segi ekonomi untuk mendapatkan manfaat daripada sumber hutan seperti pembuatan kertas , perabot dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui tumbuhan memainkan peranan untuk menyerap karbon diokside dan Langkah yang lain ialah melakukan pembangunan yang terancang iaitu dengan membina bangunan yang mesra alam dan mampu menyerap haba. Pembinaan bangunan yang berkaca tidak digalakkan kerana medium kaca itu akan memantulkan semua haba yang patutnya diserap ke ruang udara. Haba yang dipantulkan akan terperangkap di ruang udara dan ini menyebabkan haba panas berkumpul di udara dan menyebabkan pemanasan dunia. Selain itu juga,pada tahun 1997, satu perjanjian telah di tandatangani di jepun iaitu perjanjian kyoto bertujuan untuk menangani isu pemanasan global ini. Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan draf perjanjian tersebut yang menekankan kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau. Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu menghadkan pengeluaran CO2 dan gas rumah hijau yang lain. Pengharaman itu bermula dari tahun 2008 hingga 2012. Perjanjian ini menggalakkan kerjasama dari semua negara membangun dalam usaha mengatasi masalah yang kian meruncing ini.

Bagi pihak kerajaan, usaha yang telah dilaksanakan ialah mengetatkan permohonan lesen penerokaan hutan dan pembinaan perumahan yang terancang dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Reka bentuk dan bahan yang digunakan haruslah mesra alam dan mengikut piawai yang telah ditetapkan. Ini untuk memastikan malaysia tidak menjadi sebuah negara yang penuh dengan haba dan mengalami masalah yang mungkin boleh memusnahkan tanah air kita. Pihak kerajaan turut melancarkan kempen alam sekitar untuk memberi gambaran yang jelas kepada rakyat kesan pemanasan global ini kepada masa depan. Bayangkan dari sebuah daratan yang luas, malaysia akan menjadi sebuah negara yang dikelilingi pulau yang banyak yang terhasil daripada proses pemanasan global. Soalan 4 : wajarkah negara 1 salahkan negara membangun dalam isu pemanasan global? Pada pendapat saya, tidak wajar kita dipersalahkan 100 % dalam isu pemanasan global ini kerana ini isu antarabangsa. Ia bukan isu setempat kerana ia berpunca daripada aktiviti yang kita lakukan bersama seperti pembangunan yang tidak terancang, penerokaan hutan secara berleluasa, penggunaan bahan yang terlarang seperti CFC, pembakaran bahan api fosil seperti petrol,gas ,minyak. Mereka boleh menyalahkan kita sekiranya mereka bebas dari melakukan semua aktiviti ini. Setelah kita menyaksikan pelbagai fenomena dan insiden yang berlaku kebelakangan ini, kita patut sedar bahawa bumi yang kita duduki ini sudah menjangkau usia tuanya dan ia perlu diperlihara dan dijaga supaya dapat terus hidup untuk membolehkan segala hidupan diatasnya bernyawa. Itu sahaja pendapat yang boleh saya katakan..