forum matematik - science.utm.my · muhammad fauzee hamdan dan en. wan rohaizad wan ibrahim penilai...

2
FORUM MATEMATIK Siri 19 / 97 / 713 12 Julai 2015 / 25 Ramadhan 1436H [email protected] FM15.06 Shazirawati (Ketua Editor) Anati Norazlina Tok Itam Zarina Mohamed Mohd Fauzi Md Arif BERITA Ceramah Usahawan. JK Alumni, Hubungan Industri & Kebolehpekerjaan telah menganjurkan Program Ceramah Usahawan pada 2 Jun 2015. Program ini dihadiri oleh pelajar tahun akhir SSCE dan SSCM dan En. Azizi Nor Fizi Jamion dari Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. telah dijemput sebagai penceramah. Staf terlibat: Dr. Zarina Mohd Khalid (Pengerusi), Dr. Amidora Idris, En. Muhammad Fauzee Hamdan dan En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim Penilai Industri. Cik Aishah Ali dari Clinical Research Center (CRC), Hos- pital Sultan Ismail telah dijemput sebagai penilai industri dalam Simposium PSM baru-baru ini. Tadarus Al Quran. Program Tadarus Al Quran sempena Ramadhan telah diadakan di kalangan staf wanita JSM bermula 21 Jun 2015. Lebih daripada 50 peserta terlibat termasuk pelajar-pelajar pascaijazah. Program ini diakhiri dengan Majlis Khatam Al Quran pada 9 Julai 2015. SIMPOSIUM PSM 2015 Tahniah kepada penyelia dan pelajar yang telah dinobatkan sebagai pem- bentang terbaik dalam Simposium PSM 2015. 1. SALWA BT MD NOAH (Penyelia: Dr. Yeak Su Hoe) 2. YEO PEI WAH (Penyelia: PM Dr. Mukhidin Muminov) 3. NURUL HUDA BILHIKMAH (Penyelia: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin) 4. SITI NORAINA BT SULIMAN (Penyelia: PM Dr. Ali Hassan Mo- hamed Murid) 5. WAN NOR ZALEHA BT AMIN (Penyelia: PM Dr. Ali Hassan Mo- hamed Murid) 6. NURHAFIQAH BT ABD WAHAB (Penyelia: Dr. Amidora Idris) 7. FARAH SURIANI BT KASHIIE (Penyelia: Pn. Halijah Osman) 8. CHANG CHI SHIN (Penyelia: Dr. Zaiton Mat Isa) 9. NORFARAHSHIKIN BT KIPLI (Penyelia: En. Ibrahim Mohd Jais) 10. CHAN POH CHING (Penyelia: PM Dr. Khairil Anuar Arshad) 11. NURHAFIZA BT MOHD SABRI (Penyelia: Dr. Rashidah Ahmad) 12. SHARIFA AMALINA BT SADIKON (Penyelia: Dr. Zaitul Marzila- wati Zainuddin) 13. FARAH AHYANI NT MOHAMAD PUAD (Penyelia: PM Dr. Maizah Hura Ahmad) 14. SHARAINIE BT SAHRIN (Penyelia: PM Dr. Fadhilah Yusof) 15. ANG JUNE LEONG (Penyelia: PM Dr. Robiah Adnan) TOK ITAM Assalamualaikum dan salam sejahtera Pukul 5.30 petang. Tok Itam terkandas dalam kesesakan lalulin- tas yang luar biasa di simpang Angsana-Skudai arah utara. Ber- hensot-hensot. Akhirnya lepas juga. Kenapa sesak? Bazaar Ramadhan membuatkan banyak pemandu meletak kereta di tepi jalan sahaja; tempat yang tidak dibenarkan meletak kereta. Tetapi Tok Itam tidak rasa marah pun melihat pemandu yang meletak kereta bukan di tempatnya hingga menyebabkan ke- sesakan lalulintas. Dan tiada pun kedengaran bunyi hon kereta daripada pemandu lain menyuarakan rasa marah mereka. Tidak seperti selalu yang tentunya hiruk pikuk pemandu lain membun- yikan hon mereka tanda marah. Kenapa agaknya?..... ……ITS RAMADHAN. Ya ia berlaku dibulan Ramadhan. Bulan mulia bulan berpuasa di mana kita mengawal emosi, mengawal nafsu. Kita lebih sa- bar, lebih berhemah. Inilah beberapa perkara yang Tok Itam perhatikan semasa bulan Ramadhan. Masjid dan surau bertambah bilangan jemaahnya. Banyak tazkirah dalam radio dan masjid. Al Quran dibaca dengan lebih kerap. Kaunter-kaunter zakat terdapat di merata tempat termasuk di pusat membeli belah. Muka ceria walaupun mengantuk. Air Kathira. Yusof Taiyoob. Duit kertas baru. Sampul duit raya. Kesesakan lalu lintas di lebuhraya melampau. Pelita minyak tanah. Meriam buluh. Cedera dek mercun. Kuih raya. Tarawikh. Lintas langsung Tarawikh dari Mekah. Itulah kelebihan bulan Ramadhan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Upload: others

Post on 15-Sep-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FORUM MATEMATIK - science.utm.my · Muhammad Fauzee Hamdan dan En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim Penilai Industri. Cik Aishah Ali dari Clinical Research Center (CRC), Hos- pital Sultan

FORUM MATEMATIK Siri 19 / 97 / 713 12 Julai 2015 / 25 Ramadhan 1436H [email protected] FM15.06

Shazirawati (Ketua Editor) Anati Norazlina Tok Itam Zarina Mohamed Mohd Fauzi Md Arif

BERITA

Ceramah Usahawan. JK Alumni, Hubungan Industri & Kebolehpekerjaan

telah menganjurkan Program Ceramah Usahawan pada 2 Jun 2015. Program

ini dihadiri oleh pelajar tahun akhir SSCE dan SSCM dan En. Azizi Nor Fizi

Jamion dari Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. telah dijemput sebagai

penceramah. Staf terlibat: Dr. Zarina Mohd Khalid (Pengerusi), Dr. Amidora

Idris, En. Muhammad Fauzee Hamdan dan En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim

Penilai Industri. Cik Aishah Ali dari Clinical Research Center (CRC), Hos-

pital Sultan Ismail telah dijemput sebagai penilai industri dalam Simposium

PSM baru-baru ini.

Tadarus Al Quran. Program Tadarus Al Quran sempena Ramadhan telah

diadakan di kalangan staf wanita JSM bermula 21 Jun 2015. Lebih daripada

50 peserta terlibat termasuk pelajar-pelajar pascaijazah. Program ini diakhiri

dengan Majlis Khatam Al Quran pada 9 Julai 2015.

SIMPOSIUM PSM 2015

Tahniah kepada penyelia dan pelajar yang telah dinobatkan sebagai pem-

bentang terbaik dalam Simposium PSM 2015.

1. SALWA BT MD NOAH (Penyelia: Dr. Yeak Su Hoe)

2. YEO PEI WAH (Penyelia: PM Dr. Mukhidin Muminov)

3. NURUL HUDA BILHIKMAH (Penyelia: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin)

4. SITI NORAINA BT SULIMAN (Penyelia: PM Dr. Ali Hassan Mo-

hamed Murid)

5. WAN NOR ZALEHA BT AMIN (Penyelia: PM Dr. Ali Hassan Mo-

hamed Murid)

6. NURHAFIQAH BT ABD WAHAB (Penyelia: Dr. Amidora Idris)

7. FARAH SURIANI BT KASHIIE (Penyelia: Pn. Halijah Osman)

8. CHANG CHI SHIN (Penyelia: Dr. Zaiton Mat Isa)

9. NORFARAHSHIKIN BT KIPLI (Penyelia: En. Ibrahim Mohd Jais)

10. CHAN POH CHING (Penyelia: PM Dr. Khairil Anuar Arshad)

11. NURHAFIZA BT MOHD SABRI (Penyelia: Dr. Rashidah Ahmad)

12. SHARIFA AMALINA BT SADIKON (Penyelia: Dr. Zaitul Marzila-

wati Zainuddin)

13. FARAH AHYANI NT MOHAMAD PUAD (Penyelia: PM Dr. Maizah

Hura Ahmad)

14. SHARAINIE BT SAHRIN (Penyelia: PM Dr. Fadhilah Yusof)

15. ANG JUNE LEONG (Penyelia: PM Dr. Robiah Adnan)

TOK

ITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pukul 5.30 petang. Tok Itam terkandas dalam kesesakan lalulin-

tas yang luar biasa di simpang Angsana-Skudai arah utara. Ber-

hensot-hensot. Akhirnya lepas juga. Kenapa sesak? Bazaar

Ramadhan membuatkan banyak pemandu meletak kereta di tepi

jalan sahaja; tempat yang tidak dibenarkan meletak kereta.

Tetapi Tok Itam tidak rasa marah pun melihat pemandu yang

meletak kereta bukan di tempatnya hingga menyebabkan ke-

sesakan lalulintas. Dan tiada pun kedengaran bunyi hon kereta

daripada pemandu lain menyuarakan rasa marah mereka. Tidak

seperti selalu yang tentunya hiruk pikuk pemandu lain membun-

yikan hon mereka tanda marah. Kenapa agaknya?..... ……ITS

RAMADHAN.

Ya ia berlaku dibulan Ramadhan. Bulan mulia bulan berpuasa

di mana kita mengawal emosi, mengawal nafsu. Kita lebih sa-

bar, lebih berhemah. Inilah beberapa perkara yang Tok Itam

perhatikan semasa bulan Ramadhan.

Masjid dan surau bertambah bilangan jemaahnya.

Banyak tazkirah dalam radio dan masjid.

Al Quran dibaca dengan lebih kerap.

Kaunter-kaunter zakat terdapat di merata tempat termasuk di

pusat membeli belah.

Muka ceria walaupun mengantuk.

Air Kathira.

Yusof Taiyoob.

Duit kertas baru.

Sampul duit raya.

Kesesakan lalu lintas di lebuhraya melampau.

Pelita minyak tanah.

Meriam buluh.

Cedera dek mercun.

Kuih raya.

Tarawikh.

Lintas langsung Tarawikh dari Mekah.

Itulah kelebihan bulan Ramadhan. Selamat Hari Raya Maaf

Zahir dan Batin.

Page 2: FORUM MATEMATIK - science.utm.my · Muhammad Fauzee Hamdan dan En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim Penilai Industri. Cik Aishah Ali dari Clinical Research Center (CRC), Hos- pital Sultan

FM15.06 Siri 19 / 97 / 713 12 Julai 2015 / 25 Ramadhan 1436H

Pada 19 Mei yang lalu, Pertandingan Inovasi ke-8 telah dianjurkan oleh Centre for Student Inovation (UTM CSI) yang telah disertai oleh 261 peserta

daripada 66 kumpulan. Turut mengambil bahagian adalah beberapa kumpulan daripada JSM yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 2 SSCE dan

SSCM yang mengikuti matapelajaran elektif UKQU 2202 di bawah pengendalian PM Dr. Norma Alias.

Dua kumpulan pelajar JSM merupakan antara yang telah memenangi medal emas iaitu kumpulan ‘The Avengers’ dan kumpulan ‘Dynamic

Group’. Kumpulan ‘The Avengers’ yang terdiri daripada empat orang pelajar 2 SSCE iaitu Ahmad Syukran bin Hussin, Mohd Zuhair bin Zaharudin,

Nur Nasuha binti Mohd Nasrol dan Jessy telah menghasilkan satu inovasi yang dinamakan ‘Rechargeable Wireless Mouse’. Kumpulan ‘Dynamic

Group’ pula terdiri daripada empat pelajar 2 SSCM iaitu Armaeni binti Agus, Nurakmaliana binti Salimee, Nurfatin Liyana binti Abdul Rahman dan

Nurhafizahtulhusna binti Hidzir telah menghasilkan inovasi bernama Hydro Road Lamp.

Kumpulan ‘Black Horse’ dari JSM merupakan antara yang telah memenangi medal gangsa melalui inovasi mereka yang dinamakan ‘Auto

Fan Speed Controller’. Kumpulan ini terdiri daripada tiga pelajar 2 SSCM iaitu Foo Weoi Ming, Venisha A/P Thangarajoo dan Wong Hua Min. Selain

itu, Fasha Farhanni binti Abdul Khalid dari 2 SSCE telah dianugerahkan sebagai Pembentang Terbaik melalui inovasi beliau iaitu ‘Poison Ink Money

Destroyer”. Juga turut mengambil bahagian adalah Bahriah binti Malik dari 2 SSCE serta satu kumpulan dari 2 SSCM yang terdiri daripada Amirah

Farzanah binti Sulaiman, Nurul Natasha binti Che Said, Nurul Syafika binti Zupawi dan Siti Atikah Zafira binti Mohd Razali. Mereka masing-masing

menampilkan inovasi bernama ‘Peltier Cooler’ dan ‘Nanosilver Shoes Rack’.

Syabas dan Tahniah!

Sumber gambar: http://www.utm.my/csi

PERTANDINGAN INOVASI KE-8

Forum Matematik diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM JB