format kawad sk

4
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD 2015 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PEKAN KOTA BELUD 1. PAKAIAN .1 Pakaian anggota pasukan hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sahaja. .2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai. .3 Kasut kawad yang dibenarkan ialah kasut potong sahaja (dibenarkan berladam). .4 Aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad. .5 Penggantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim. 2 JANGKA MASA PERSEMBAHAN 5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 10 minit, persembahan tidak akan dinilai. 5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan sebelum melapor kepada Ketua Hakim. 5.3 Isyarat akan dibunyikan: .6 pada minit ke 10. (sekali) .7 masa tamat. (dua kali) PELAKSANAAN PERTANDINGAN 6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan. 6.2 Bilangan Anggota: .1 Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 22 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding.. 6.3 Pemeriksaan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 10 sebelum masuk ke litar pertandingan kawad.

Upload: transformes3441

Post on 03-Feb-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pertandingan

TRANSCRIPT

Page 1: Format Kawad SK

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD 2015PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SK PEKAN KOTA BELUD

1. PAKAIAN

1 Pakaian anggota pasukan hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sahaja.

2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

3 Kasut kawad yang dibenarkan ialah kasut potong sahaja (dibenarkan berladam). 4 Aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa

pertandingan kawad. 5 Penggantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum

masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.

2 JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 10 minit, persembahan tidak akan dinilai.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim.

5.3 Isyarat akan dibunyikan:6 pada minit ke 10. (sekali)7 masa tamat. (dua kali)

1 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2 Bilangan Anggota:1 Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 22 orang termasuk Ketua

Platun ketika bertanding..

6.3 Pemeriksaan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 10 sebelum masuk ke litar pertandingan kawad.

7. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Page 2: Format Kawad SK

Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM.

7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3

barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman “Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.

b. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman “Buka barisan...gerak”. c. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh

bahasa hukuman “Ke kanan...lurus. Pandang...depan”d. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua

Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( Tunas Puteri / Pengakap ) siap untuk diuji, tuan”. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman “Terima kasih tuan.”

e. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:i. Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri

bertiga-tiga , ke kiri.....pusing”.ii. Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan

bertiga-tiga, ke belakang pusing” iii. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman: “Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing”

iv. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: “Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing “.

f. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Contoh bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.

g. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.h. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).

Contoh bahasa hukuman: “bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri......pusing”.i. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’ sebanyak satu pusingan dan apabila

membelok, beri hukuman “kiri belok”. (Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).j. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon dalam pusingan pertama dan

apabila semua anggota platun selesai membelok, contoh bahasa hukuman “Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan....pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim.

k. Selepas melintasi kon , skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke

hadapan....hormat”.

Page 3: Format Kawad SK

iii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang....pusing”.

iv. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Baris akan menghadap ke belakang, ke kiri......pusing”.

v. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang......pusingHentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.

vi. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.vii. Mara mengadap, (10 – 14 langkah diakhiri dengan tabik). Bahasa

hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)

l. Tamat bahagian kawat asas

7.3. Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Contoh bahasa hukuman melapor keluar ialah “ Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (Pasukan BSMM P1 / Pengakap L1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan.” Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman “Terima kasih tuan.”

9. PENGHAKIMAN

a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut;i. Seorang Ketua Hakim ii. Seorang Penolong Ketua Hakim (kira masa dan langkah)iii. Empat orang hakim pakaian.iv. Lapan orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).v. Tiga orang hakim Ketua Platun ( termasuk Ketua Hakim).

b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan ) bagi setiap pasukan tidak diambilkira.

c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pegawai Pasukan NGO yang bertauliah, manakala hakim-hakim lain mestilah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja.

d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.

e. Keputusan hakim adalah muktamad.

Page 4: Format Kawad SK

f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :i. Pakaian 20%ii. Kawad statik dan dinamik 60%iii. Ketua Platun 20 %

Jumlah Keseluruhan 100%