format hard disk dan install windows xp

15
Format Hard Disk dan Install Windows XP | Cet ak | Eme l pada 10-04-2009 21:12 Dilihat 567 Favoured 11 "Alamak! Windows XP aku kena virus, slow giler ... Nak kena format ni... terbang RM40" atau lebih? Jangan risau. Apa yang diperlukan adalah CD Windows XP dan driver komputer anda. Berikut ditunjukkan langkah demi langkah cara-cara untuk instalasi Wndows XP Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini. Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence: (Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama) 1. Hidupkan komputer anda. 2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS. 3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features. 4. Pilih Boot Sequence.

Upload: nor-azizah-abdul-hamid

Post on 01-Feb-2016

273 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ICTL

TRANSCRIPT

Page 1: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Format Hard Disk dan Install Windows XP | Cetak |  Emel

 

pada 10-04-2009 21:12

Dilihat 567    

Favoured 11

"Alamak! Windows XP aku kena virus, slow giler ... Nak kena format ni... terbang RM40" atau lebih? Jangan risau. Apa yang diperlukan adalah CD Windows XP dan driver komputer anda. Berikut ditunjukkan langkah demi langkah cara-cara untuk instalasi Wndows XP

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

1. Hidupkan komputer anda.2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.

4. Pilih Boot Sequence.

Page 2: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.

     

6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.

2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang

Page 3: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3.

3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.

4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.

5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.

Page 4: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

6. Sekiranya Hard Disk anda:* masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.* tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.7. Buat satu partition dengan menekan butang C.

8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.

9. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.

Page 5: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

10. Tekan butang C untuk setuju.

11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.

Page 6: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.

Install Windows XP

1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.

Page 7: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

     

2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.

     

3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.

Page 8: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

     

4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.

     

5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.

Page 9: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

    

6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

     

7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.

Page 10: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

    

8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

    

2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

Page 11: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

    

3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.

    

4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.

Page 12: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

    

5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.

Page 13: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

Page 14: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

     

7. Klik pada butang Finish.

     

8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

Page 15: Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Terakhir dikemaskini: 10-04-2009 21:12