projek upm baru 2 to hard bound

141
BAB 1 PENGENALAN Bab ini membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian kepentingan kajian, skop dan limitasi kajian, definasi operasional bagi pengukuran variabel kajian dan rumusan. 1.2 Latar Belakang Kajian Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan Negara (Ayob, 2004). Peranan sistem pendidikan penting dalam pembangunan negara pada abad ke-21. Kajian menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mencapai status Negara maju yg menumpu kepada pembangunan industri yang berteraskan teknologi maklumat. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha Negara, Kementerian Pelajaran telah mengorak langkah membuat anjakan paradigma kepada budaya berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah-sekolah. Dalam konteks ini tanggungjawab pemimpin sekolah dilihat amat relevan dengan kehendak, keperluan pendidikan semasa kerana sekolah yang cemerlang sudah pasti diterajui pemimpin yang berkualiti. Kajian ini masih relevan dalam pengurusan pendidikan yang mementingkan kualiti dan meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebagai cabaran untuk dicapai. Kualiti guru dan kepimpinan Guru Besar turut merupakan keutamaan kedua dalam rancangan Malaysia Ke-10 1

Upload: sheela-raja-rathanam

Post on 20-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

BAB 1

PENGENALAN

Bab ini membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian

kepentingan kajian, skop dan limitasi kajian, definasi operasional bagi pengukuran variabel

kajian dan rumusan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman

dan tuntutan keperluan Negara (Ayob, 2004). Peranan sistem pendidikan penting dalam

pembangunan negara pada abad ke-21. Kajian menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka

mencapai status Negara maju yg menumpu kepada pembangunan industri yang berteraskan

teknologi maklumat. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha Negara,

Kementerian Pelajaran telah mengorak langkah membuat anjakan paradigma kepada budaya

berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah-sekolah. Dalam konteks ini tanggungjawab pemimpin

sekolah dilihat amat relevan dengan kehendak, keperluan pendidikan semasa kerana sekolah

yang cemerlang sudah pasti diterajui pemimpin yang berkualiti. Kajian ini masih relevan dalam

pengurusan pendidikan yang mementingkan kualiti dan meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi

(KPI) sebagai cabaran untuk dicapai. Kualiti guru dan kepimpinan Guru Besar turut merupakan

keutamaan kedua dalam rancangan Malaysia Ke-10 bagi tempoh 2011-2015. Guru-guru di

sekolah perlu dikaji tahap komitmen mereka terhadap tugas dan pengaruh kepimpinan

instruksional Guru Besar dan menentukan pencapaian dan kualiti dalam bidang akademik

murid.

Kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan

Negara bertaraf dunia adalah merupakan agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia

khususnya dan juga kerajaan Malaysia amnya. Kementerian Pelajaran telah memberikan

kepercayaan penuh kepada sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek seperti yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1

Page 2: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1999). Ibu bapa pula melihat sekolah sebagai sebuah institusi

yang mampu mendidik, membimbing dan menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi

perkembangan dunia yang semakin mencabar. Hasrat yang begitu tinggi daripada pelbagai pihak

terhadap peranan yang dimainkan sekolah ini menuntut pemimpin dan guru-guru agar

melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Memandangkan pentingnya faktor komitmen guru ke atas kecemerlangan sekolah dan

peningkatan prestasi murid maka sewajarlah faktor ini diberi perhatian yang serius supaya ia

terus kekal dalam diri guru. Tugas pendidik secara amnya adalah mendidik, iaitu berusaha

mengembangkan seluruh potensi murid sama ada potensi psikomotor, kognif dan efektif.

Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru-guru perlu memberikan komitmen

dalam menjalankan peranan sebagai individu yang tanggungjawab di sekolah . Persoalannya di

sini ialah bagaimanakah cara membina dan mengekalkan komitmen dalam diri guru-guru di

Sekolah Tamil?

Penulisan berasaskan pandangan cendekiawan barat yang menyatakan bahawa kepimpinan

Instruksional (Hallinger & Murphy, 1985; De Bevoise, 1984; Blasé, 2000; Quinn, 2002)

mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kejayaan sesebuah sekolah. Kepimpinan instruksional

dikatakan berfungsi sebagai kunci keberkesanan sesebuah sekolah (DeBevoise, 1984) dan

pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan ini mampu menjadikan sekolah lebih berkesan

(Halliger & Murphy, 1985) Kepimpinan ini juga dikatakan semakin penting sekarang berikutan

meningkatnya tuntutan masyarakat ke atas sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran

(southworth, 2002). Malah, keterujaan untuk melonjakkan tahap pencapaian akademik di

sekolah-sekolah dalam abad ini telah menjadi satu wabak yang menuntut Guru Besar untuk

berfungsi secara langsung sebagai pemimpin instruksional (Leithwood, 2003, dipetik dalam

Hallinger , 2005; Murphy, 2002.)

2

Page 3: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Hakikat kepentingan kepimpinan instruksional Guru Besar telah diterima oleh Kementerian

pendidikan Malaysia (1990) yang menggariskan lima peranan penting Guru Besar dalam seminar

kebangsaan kepimpinan Instruksional ke-2 iaitu pengurusan merangkumi kefahaman tentang

falsafah, matlamat pendidikan, penyediaan bahan kokurikulum, penyeliaan kokurikulum,

pengesanan dan pengurusan maklumat, pengurusan budaya sekolah, pengurusan kakitangan,

pengurusan kokurikulum dan hubungan masyarakat.

Guru juga bertanggungjawab mengelola bilik darjah, bilik-bilik khas dan menjalankan tugasan

berkenaan perkeranian seperti memasukkan data-data berkaitan pencapaian murid secara dalam

talian /manual selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, guru-guru

dikerah untuk memastikan prestasi akdemik pelajar berada di tahap optimum. Ini menjadikan

segelintir guru berpendapat bahawa tugas-tugas mereka kini amat berat untuk dipikul.

Menurut Salwa (1996) dalam kebanyakkan guru terutamanya di sekolah tugas-tugas bukan

akademik lebih banyak daripada tugas-tugas akademik terutama sekali semasa cuti penggal atau

semester sekolah. Dengan demikian, tugas dilaksanakan adalah pelbagai dan memerlukan

komitmen yang tinggi agar tugas dapat dilaksanakan . Masyarakat meletakkan harapan yang

tinggi kepada guru-guru sekolah dalam usaha melahirkan masyarakat yang berkualiti, berilmu,

bermoral dan berkemahiran tinggi. Untuk merealisasikan semua matlamat tersebut disifatkan

sebagai individu yang bertanggungjawab memimpin sekolah yang bertugas lebih teratur dan

berkesan.

Kepimpinan instruksional Guru Besar perlu menangani perkara yng berkaitan guru iaitu

pemantauan, penilaian, perkembangan profesional dan latihan dalam perkhidmatan manakala

dalam kurikulum, kepimpinan instruksional perlu memilih bahan dan pelbagai latihan dalam

skop dan susun aturnya yang sesuai dengan murid. Berkaitan dengan murid-murid pula,

kepimpinan instruksional perlu mengawasi dan memantau pembelajaran murid.

3

Page 4: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Berdasarkan pernyataan di atas, kecemerlangan sesebuah negara banyak dipengaruhi oleh

kepimpinan Guru Besar. Ini disebabkan Guru Besar dapat menggerakkan sekolah itu maju dalam

bidang akademik atau menjadi mundur menjadi sekolah yang tidak berkesan. Guru Besar mesti

memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional dan memberi sepenuh tumpuan kepada

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Gaya kepimpinan ini boleh menimbulkan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru. Oleh itu,

fokus kajian ini cuba melihat kepimpinan instruksional guru besar terhadap komitmen

pengajaran guru.

1.3 Pernyataan masalah.

Peranan Guru besar dalam memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah

menjadi fokus utama kajian pendidikan (Hallinger, 2008). Kajian-kajian tersebut menurut beliau

telah menghasilkan dapatan yang membuktikan bahawa pemimpin instruksional yang berkesan

sangat diperlukan untuk kejayaaan sesebuah sekolah. Guru Besar harus bijak menyesuaikan

kepimpinanannya yang membawa sekolah ke arah yang lebih berkesan dan cemerlang. Menurut

Sergiovanni (1995) tugas menjadikan sekolah yang berkesan dapat dilaksanakan sekiranya dapat

melaksanakan segala aktiviti pendidikan serta mengurus pelbagai bentuk sumber di bawah

jagaannya. Sehubungan itu, Guru Besar disarankan supaya berperanan sebagai pemimpin

pengajaran Ibrahim (2001) .

Menurut Shah (2001), perasaan pengetua yang hanya menjalankan pentadbiran kini tidak lagi

sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi wawasan 2020 yang menuntut

pelbagai perubahan dalam pendidikan.

Dalam konteks ini, para sarjana pendidikan (Fullan 2001, Deal & Peterson 2000 , Abdul Shukor

2004) mendedahkan terdapat beberapa kelemahan dalam kepimpinan Guru Besar yang boleh

4

Page 5: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

mengalihkan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan lebih berkesan. Antara kelemahan

utama ialah amalan kepimpinan Guru Besar yang sentiasa merujuk kepada model birokratik

menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin komitmen guru di

sekolah. Apabila berbicara tentang pengaruh kepimpinan Guru Besar kepada komitmen guru

pula (Hutching 2000) mendapat hampir 40 peratus guru kurang komited dan bermotivasi rendah

malah menyalahkan kepimpinan sekolah dianggap lemah dan tidak berprihatin kepada guru

sebagai punca utama masalah utama komitmen guru. Begitu juga hasil penemuan oleh National

Foundation of British Education Research 2001 mendapati bahawa kualiti kepimpinan Guru

Besar adalah faktor utama kepada penurunan tahap komitmen guru-guru.

Hasil kajian tentang aras psikologi guru di Malaysia pula oleh Noran Fauziah dan Mahdzam

(1993) menunjukkan bahawa semakin ramai guru mengalami impak psikologi yang mampu

mengugat profesionalisme. Ramai guru tidak puas hati terhadap kepimpinan sekolah , tidak hadir

ke sekolah, ponteng kelas, burn out yang dapat mencemarkan professional keguruan di Malaysia.

(Zubaidah 1999). Adakah senario ini berpunca ini daripada kurangnya komitmen dan

ketidakpercayaan guru terhadap kepimpinan sekolah yang didapati gagal menawan hati para

guru. Ini perlu dikupas dengan mendalam supaya langkah positif dapat diambil dengan segera

dalam mengenalpasti masalah itu.

Oleh itu, situasi komitmen yang terdapat dalam sorotan kajian lepas menunjukkan guru-guru

kurang komited dan bermotivasi rendah menjalankan tugas di sekolah. Maka satu kajian ke

arah mengenalpasi pengaruh dan impak kepimpinan instruksional Guru Besar ke atas guru-guru

perlu dijalankan untuk mendapat cabaran yang lebih mendalam. Perhubungan antara Guru Besar

dan guru adalah gabungan yang mantap dalam menghasilkan pelajaran yang boleh

menambahkan kecemerlangan sekolah. Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh mana

hubungan kepimpinan Guru Besar yang diserlahkan melalui peranannya sebagai pemimpin dan

hubungan komitmen guru dalam pelajaran di sekolah.

5

Page 6: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

1.4 Objektif kajian

Berdasarkan pada permasalahan yang dikemukakan di atas, kajian ini dijalankan untuk,

1. Mengenalpasti tahap kepimpinan instruksional Guru Besar di Sekolah Rendah Tamil di

Daerah Petaling Perdana.

2. Mengkaji tahap komitmen Guru Sekolah Rendah Tamil di Daerah Petaling Perdana.

3. Mengkaji hubungan antara kepimpinan instruksional Guru Besar dengan komitmen guru.

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :-

1. Apakah tahap kepimpinan instruksional Guru besar di Daerah Petaling Perdana?

2. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Tamil di Daerah Petaling Perdana.

3. Adakah terdapat perbezaan tahap komitmen guru-guru berdasarkan ciri-ciri

demografi di Sekolah Tamil Daerah Petaling Perdana?

4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional dengan

komitmen guru-guru di Sekolah Tamil Petaling Perdana?

1.6 Kepentingan kajian

Pendidikan di Malaysia adalah salah satu wadah yang ampuh bagi menjana pembentukan

individu yang ampuh bagi menjana pembentukan individu yang boleh menyumbang kepada

pembangunan negara. Menyedari hal ini betapa pentingnya sistem pendidikam di Negara kita

sering mengalami perubahan, inovasi dan reformasi. Perkara ini telah berlaku semenjak

terzahirnya Penyata Razak 1976 sehingga wujudnya Akta pendidikan 1996. Antara Perubahan

yang berlaku termasuklah terbentuknya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1984,

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1986), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 1988

hinggalah kepada yang kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula

dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Kejayaan sesuatu pendidikan dinilai melalui

6

Page 7: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

tahap pembelajaran dan perkembangan murid melalui sistem tersebut. Kementerian Pelajaran

Malaysia bertekad untuk meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk

meletakkan dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2012). Kementerian ini telah menetapkan misi utamanya untuk mewujudkan

sistem pendidikan bertaraf dunia bagi merealisasikan potensi sepenuhnya setiap individu.

Kepentingan keberkesanan pengurusan sekolah sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Faktor-

faktor yang menyumbang ke arah sekolah berkesan adalah pelbagai dan kompleks untuk

dicerakinkan bagi memudahkan pihak-pihak tertentu untuk merancang program-program ke arah

mewujudkan sekolah berkesan (Sazali, 2004). Namun begitu kajian ini dapat memberi sedikit

sumbangan kepada literatur sekolah berkesan dengan memberi fokus kepada faktor kepimpinan

instruksional. Faktor ini dianggap penting dan boleh dianggap peramal yang kuat kepada

meningkatkan komitmen guru seterusnya kejayaan akademik pelajar. Pemimpin instruksional

harus menterjemahkan peranan utama seorang Guru Besar sebagai pemimpin kecemerlangan

pembelajaran. Untuk itu, seorang Guru Besar bukan sekadar kukuh dan mantap dari segi idea

yang konkrit malah kemahiran teknikalnya. Ia memerlukan satu tafsiran semula terhadap peranan

Guru Besar iaitu berdasarkan kepimpinan instruksional yang mengetepikan hambatan-hambatan

seperti struktur birokrasi, mencipta semula perhubungan yang lebih berkesan dan

memperkembangkan satu kerangka perancangan yang strategik (sufa’ at, 2005). Findley (1992)

menegaskan bahawa jika sesebuah sekolah itu dijuruskan sebagai komuniti pembelajaran yang

berjaya disebabkab oleh kepimpinan Guru Besar. Oleh sebab itulah, kajian kepimpinan

pengajaran ini menjadi penting.

Permasalahan-permasalahan yang dinyatakan terdahulu dan kepentingan yang dinyatakan di atas

maka kajian tentang kepimpinan instruksional didapati penting dikaji kerana beberapa sebab

seperti berikut:

1. Maklumat mengenai kepimpinan pengajaran amat penting untuk membantu Guru besar,

penolong kanan, guru Matapelajaran, ketua bidang, ketua panitia, guru-guru dan

pentadbir pendidikan usaha membimbing, membantu dan mendorong guru-guru untuk

meningkatkan komitmen mereka dalam pengajaran.

2. Membantu pemimpin sekolah dalam mempertingkatkan kualiti kepimpinan mereka

dalam pengajaran.

7

Page 8: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

3. Hasil kajian ini dapat menilai semula fungsi kepimpinan pengajaran guru besar yang

dapat meningkatkan komitmen guru.

4. Memberi panduan kepada kepimpinan sekolah untuk mengatur strategi-strategi tertentu

yang lebih berkesan dalam memahami keperluan dan kehendak guru-guru.

5. Kajian ini juga dapat menghasilkan maklumat kepada pegawai-pegawai di peringkat

Kementerian, Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah dalam menentukan aspek-aspek

kepimpinan pengajaran yang perlu diberi keutamaan apabila menyusun kursus-kursus

dalam perkhidmatan atau program perkembangan professional untuk pemimpin

pengajaran.

1.7 Skop Dan Limitasi Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kepimpinan pengajaran Guru Besar sekolah

rendah. maka dapatan daripada kajian ini tidak menggambarkan secara keseluruhan kepimpinan

Guru Besar-Guru Besar di sekolah daerah lain atau negeri lain di Malaysia. Pengkaji hanya

memilih satu dimensi kepimpinan pengajaran iaitu menilai kepimpinan pengajaran guru,

menyelaras kokurikulum, memantau kemajuan akdemik pelajar. Responden kajian ini

merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang dari enam bulan. Memandangkan pengkaji

menghadapi kekangan masa, tenaga dan sumber kewangan maka kajian ini hanya dapat

dijalankan lima buah sekolah Tamil sekitar Petaling Perdana. Oleh disebabkan, kajian ini hanya

menggunakan soal selidik, maka dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya kepada tahap

kefahaman, komitmen, keikhlasan dan kejujuran responden menjawab setiap item yang diberikan

oleh responden.

Definisi operasional

Bahagian ini akan menerangkan secara terperinci definisi variabel bebas dan variabel bersandar.

Pengkaji akan menghuraikan definisi oprasional kepimpinan instruksional dan komitmen guru

terhadap pengajaran sekolah.

8

Page 9: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Kepimpinan Instruksional

Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan seseorang untuk

memerintah, mengarah, mendorong dan menpengaruhi subordinat atau orang bawahan untuk

melaksanakan sesuatu tanggungjawab untuk mencapai matlamat organisasi (Norsilawati, 1998).

Wan Mohd Zhid (1993) menyifatkan kepimpinan adalah pembolehubah yang sangat penting

dalam organisasi iaitu akan menjadi satu longgokan manusia sahaja. Ini bertepatan dengan

saranan yang dikemukakan oleh Anthony (2010) yang menyatakan bahawa Guru Besar sebagai

pemimpin instruksional perlu melaksanakan usaha-usaha secara berterusan ke arah melahirkan

guru-guru yang efektif. guru-guru perlu ditanamkan dengan nilai-nilai dan kepercayaan tentang

tanggungjawab sebagai agen perubahan.

Komitmen guru

Komitmen membawa maksud positif, suatu perasaan positif terhadap pencapaian dan prestasi

yang diingini oleh seseorang. Makin tinggi perasaan positif, makin kuat perasaan komitmenya.

Sehubungan dengan itu, istilah komitmen yang digunakan dalam kajian ini didefinasikan sebagai

pengorientasian individu untuk mengenal pasti dan melibatkan diri dengan menerima

kepercayaan, nilai-nilai, matlamat sekolah dan kesediaan untuk memberikan usaha yang

bersungguh terhadap kemajuan sekolah serta mempunyai keinginan yang kuat untuk terus

berkhidmat di sekolah tersebut.

9

Page 10: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Bab 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan sorotan literatur dan dapatan kajian lalu yang berkaitan dengan

kepimpinan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional dan pengaruhnya terhadap komitmen

guru dalam pengajaran di sekolah. Perbincangan ini akan menjurus kepada konsep, model dan

dapatan kajian lalu mengenai ciri-ciri kepimpinan instruksional Guru Besar dan komitmen guru

mengikut dimensi. Berdasarkan sorotan literatur satu kerangka konseptual telah dikemukakan

bagi kajian ini. Menerusi penjelasan dari pelbagai sumber dalam sorotan literatur ini, maka isi

dapatan menerangkan dengan lebih jelas lagi berkaitan hubungan kepimpinan instruksional Guru

Besar dengan komitmen guru-guru.

2.2 Konsep kepimpinan

Dalam mencapai kecemerlangan pendidikan bertaraf global, pelbagai perubahan dalam bidang

pendidikan telah berlaku di Malaysia. Menurut Boohene & Williams (2012), Chase (2009),

Drzensky, Egold, & Dick (2012) dan Jainabee & Jamelaa (2011), perubahan adalah sesuatu yang

semula jadi dan perubahan pendidikan akan berlaku apabila terjadinya perubahan yang pesat dari

aspek ekonomi, sosial, politik, dan teknologi maklumat di dalam dunia. Sehubungan itu, bidang

pendidikan perlu bersedia dengan cabaran untuk menyediakan generasi muda masa kini bagi

menangani cabaran globalisasi terutamanya dalam persaingan mencari ilmu pengetahuan. Ini

adalah kerana pendidikan adalah faktor utama yang menjadi asas bagi merealisasikan aspirasi

negara (Pelan Strategik Interim, 2012).Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang

dan melaksanakan pelbagai perubahan dan inovasi pendidikan di sekolah. Dalam usaha pihak

KPM menambah baik sistem pendidikan negara, Pelan Strategik Interim 2011-2020 telah

dilancarkan bagi melaksanakan beberapa transformasi pendidikan. Daripada 14 inisiatif strategik

yang digariskan, sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) merupakan satu teras strategik ke arah penambahbaikan kaedah penilaian murid sedia ada.

10

Page 11: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Pelaksanaan PBS ini menjadi salah satu agenda utama dalam perubahan pendidikan masa kini.

Dan sebagai satu kesinambungan kepada proses perubahan dalam sistem PBS, menerusi Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),telah digariskan beberapa transformasi termasuk

yang berkaitan dengan sistem PBS (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013).

Ini menunjukkan bahawa proses perubahan yang dijalankan di dalam sistem pendidikan di

negara kita adalah berterusan dan ditambah baik dari masa ke semasa. Oleh itu, seluruh warga

pemimpin sekolah perlulah melibatkan diri secara menyeluruh dalam memastikan perubahan

pendidikan yang dilaksanakan mencapai matlamat dari segi pemikiran, sikap, nilai, dan amalan

kerana perubahan ini memberikan impak kepada situasi pengajaran dan pembelajaran, situasi

persekitaran bilik darjah selain peranan guru dan pelajar (Tan, 2010).

Kamarudin (2009) telah mengkategorikan konsep kepimpinan kepada empat perkara iaitu

kepimpinan yang mempunyai tugas, kepimpinan yang berpengaruh, kepimpinan yang berkesan

dan kepimpinan yang positif. Menurut beliau, keempat-keempat kepemimpinan ini perlu ada

dalam seseorang pemimpin. Di samping itu juga, peranan Guru besar sebagai pemimpin

instruksional juga perlu berfokuskan perubahan dari segi minda dan sikap kerana perubahan

yang bermula dari minda dan sikap memudahkan Guru Besar untuk mempengaruhi guru-guru

dalam melaksanakan perubahan dan penambahbaikan dari segi aspek pengajaran dan

pembelajaran. Ini bertepatan dengan saranan yang dikemukakan oleh Anthony (2010) yang

menyatakan bahawa Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu melaksanakan usaha-

usaha secara berterusan ke arah melahirkan guru-guru yang efektif. Guru-guru perlu ditanamkan

dengan nilai-nilai dan kepercayaan tentang tanggungjawab sebagai agen perubahan. Kesedaran

guru-guru akan dapat membantu menyumbang ke arah inovasi dan secara tidak langsung guru-

guru akan bertindak secara sukarela mencari idea baru dan pendekatan-pendekatan yang sesuai

untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pemimpin instruksional juga perlu membantu guru-guru mengalihkan fokus mereka daripada apa

yang diajar kepada kepada apa yang pelajar belajar (Lunenburg, 2010).

11

Page 12: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Kepimpinan instruksional yang berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran turut

disokong oleh Ismail (2008) yang telah mengemukakan beberapa tingkah laku yang perlu

diamalkan oleh Guru Besar iaitu;

1. Mempunyai pengetahuan berkaitan pengajaran dan pembelajaran

2. Menentukan matlamat yang jelas program pengajaran dan pembelajaran

3. Mempunyai jangkaan tinggi terhadap pencapaian pelajar.

4. Menetapkan jangkaan melalui semangat setiakawan dan memastikan kemajuan

berterusan dicapai.

5. Menjadi teladan yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

6. Berupaya menyelesaikan masalah secara bijak bagi mencapai matlamat sekolah.

7. Mengelakkan sebarang tekanan guru.

8. Melibatkan diri sepenuhnya dalam perkara yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran

serta menurunkan kuasa kepada pentadbir menjalankan urusan lain di sekolah.

Selain itu, Hussein (2012) menjelaskan bahawa Guru Besar yang berkesan bukan hanya

berperanan sebagai pemimpin instruksional sepenuhnya namun mereka masih lagi terlibat

dengan tugas pengurusan atau pentadbiran. Pendapat ini turut disokong oleh Jamilah & Yusof

Boon (2010) menyatakan bahawa perubahan yang berlaku di era globalisasi kini, menuntut Guru

Besar supaya tidak hanya berfokuskan kepada kepimpinan yang ideal dan mampu mengubah

minda, sikap tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi supaya mempunyai komitmen pada

matlamat organisasi dan perjuangan pada tahap yang cemerlang. Mengikut Bennet (1995)

kepimpinan memberikan arah kepada kerja orang lain, membantu mereka melihat apa yang ada

dalam keadaan tertentu dan bagaimana ia harus dicapai. Dean (1985) menyatakan bahawa bagi

kebanyakkan organisasi hari ini kepimpinan bukan lagi menjadi kepunyaan seseorang individu

itu semata-mata dan dengan mengamalkan gaya autokratik, tetapi ia lebih kepada aktiviti

memimpin secara berkumpulan. Kualiti-kualiti peribadi individu yang ada dalam pasukan

tersebut adalah lengkap-melengkap antara satu sama lain dengan beberapa tanggungjawab

didelegasikan atau dikongsi bersama. Corak kepimpinan ini masih menjadikan orang atasan

sebagai ketua keseluruhan tetapi jikalau ketua melaksanakan kepimpinan ia akan disokong

rakan-rakan yang lebih senior.

12

Page 13: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Dengan ini, kepimpinan dapat mengurangkan beban tekanan ke atas individu dengan berkongsi

tugas dan tanggungjawab dalam pentadbiran. Kesimpulannya fungsi pemimpin adalah

mempengaruhi para pengikut untuk mencapai sesuatu matlamat.

2.3 Peranan dan Tugas Guru Besar.

Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh

kepimpinan Guru Besar yang berkesan. Ini bermakna Guru Besar yang dapat menggerakkan

sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-

kurikulum ke belakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.

“Guru Besar sekolah adalah orang yang paling penting dan berpengaruh di mana-mana

sekolah.Kepimpinan beliau yang akan menentukan budaya sekolah, iklim pembelajaran, tahap

profesionalisme dan semangat guru dan tahap kemenjadian pelajar. Jika sebuah sekolah yang

berdaya maju, inovatif, pembelajaran berpusatkan murid, mempunyai reputasi kecemerlangan

dalam pengajaran, prestasi pelajaran yang terbaik, ini menunjukkan kepimpinan pengetua

sebagai kunci kepada kejayaan. (Sergiovanni, 1995:hal 83).

Malah di dalam buku panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh pihak Jemaah

Nazir dan Jaminan Kualiti (2010), telah digariskan bahawa pengetua di sekolah Malaysia adalah

sebagai pemimpin instruksional di mana pengetua akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan

menjalankan pencerapan terhadap guru serta menggunakan maklum balas pencerapan bagi

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Mattar (2012) turut menyatakan pemimpin

instruksional melibatkan guru-guru dalam perancangan dan persediaan bahan pengajaran,

berbincang hal-hal berkaitan pengajaran, dan mengadakan lawatan ke kelas bagi tujuan

penyeliaan

13

Page 14: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Robiah (1989) telah menyatakan terdapat enam bidang tugas Guru Besar iaitu pertama,

perhubungan sekolah dengan masyarakat; kedua, perkembangan kurikulum dan pengajaran;

ketiga, pengurusan murid ; keempat, pengurusan kakitangan; kelima pengurusan kemudahan lain

dan keenam pengurusan kewangan.

Ahmad Tajuddin (2009) mengatakan tugas Guru Besar secara amnya boleh disenaraikan dalam

empat bidang sahaja iaitu pertama, melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh

kementerian pelajaran, kedua, mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk

menjamin pengajaran-pengajaran berjalan dengan baik; ketiga, mengawas dan menyelia disiplin,

pembelajaran murid, kegiatan sukan, persatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya dan keempat

perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar.

Oleh itu, peranan Guru besar menunjukkan bahawa tingkah laku Guru Besar adalah berkaitan

dengan beberapa aspek, iaitu kedudukannya, tuntutan dan harapan terhadap kepimpinan,

interaksi dengan staf dan orang lain dan juga hubungan Guru Besar dengan sifat-sifat organisasi

sekolah.

2.4 Kepimpinan Instruksional

Perubahan daripada Guru Besar sebagai pengurus perancangan kepada pemimpin instruksional

bermula pada 1970-an dan diteruskan sehingga ke hari ini. Kepimpinan instruksional Guru

Besar menghendaki mereka supaya menjadi pemimpin yang lebih aktif di kawasan sekolah yang

mana mempunyai kesan terhadap pencapaian murid. Jika pengurus perancangan tertumpu

kepada pelaksanaan perancangan, pemimpin instruksional pula lebih menumpu kepada

bagaimana sesuatu organisasi itu dapat meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang.

Pemimpin instruksional bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dan berusaha untuk

menyerlahkan lagi matlamat pencapaian akademik pelajar bagi seluruh organisasi, mengawal

matlamat ini sepanjang tahun dan membentuk suasana yang positif.

14

Page 15: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji secara meluas dalam tahun 1980-an dan 1990-an

(Hallinger & Taraseina, 2001). Kajian penyelidikan ini terhadap Guru Besar telah dilaksanakan

oleh Hallinger (1992) telah melahirkan bagaimana peranan Guru Besar pada tahun 30 tahun yang

lepas telah berubah dari pengurus perancangan pada era 1960-an hingga 1970-an, bertukar

kepada pemimpin instruksional pada tahun 1980-an dan pemimpin tranformasi pada tahun 1990-

an. Aliran pemikiran kepimpinan instruksional telah wujud 20 tahun yang lepas di bawah

penyelidikan fakulti pentadbiran. Konsep kepimpinan pengajaran sering dikaji menggunakan

soal selidik skala penarafan pengursan Instruksional Pengetua (Prinsipals Instructional

Management rating scale)(PIMRS). Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan instruksional

sebagai meliputi semua tindakan diambil oleh Guru Besar bagi mempertingkatkan

perkembangan pembelajaran murid-murid. Greenfield (1987) menyatakan kepimpinan

instruksional ialah tindakan-tindakan yang diambil oleh Guru Besar dengan hasrat untuk

mempertingkat keadaan pembelajaran di sekolahnya.

Di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan Guru Besar

sekolah kerana amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut

& Zamri 2007). Pada abad ke-21 amalan kepimpinan instruksional relevan dan dapat

menyumbang kepada kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005; Jabatan Perdana Menteri 2010).

Keberkesanan amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010).

Era 1960-an hingga 1970 bertukar kepada pemimpin instruksional pada tahun 1980-an dan

pemimpin tranformasi pada tahun 1990-an. Aliran pemikiran kepimpinan instruksional telah

wujud 20 tahun yang lepas di bawah penyelidikan fakulti pentadbiran. Konsep kepimpinan

pengajaran sering dikaji menggunakan soal selidik Skala Penarafan Pengurusan Instruksional

Pengetua (Principals Intructionals Management rating scale ) (PIMRS). Apakah yang

dimaksudkan dengan kepimpinan instruksional sebagai meliputi semua tindakan yang diambil

oleh Guru Besar atau wakilnya bagi mempertingkatkan perkembangan pembelajaran murid-

15

Page 16: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

murid. Greenfield (1987) menyatakan kepemimpinan instruksional ialah tindakan-tindakan yang

di ambil oleh Guru Besar dengan hasrat untuk mempertingkatkan keadaan pembelajaran di

sekolahnya.

Di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan Guru Besar

sekolah kerana amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut

& Zamri 2007). Pada abad ke-21, kepimpinan Instruksional masih relevan dan dapat

menyumbang kepada kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005 ; Jabatan Perdana Menteri 2010).

Keberkesanan amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010).

Ubben dan Hughes (1992) dalam James Ang dan Bala Sandran (2009) mengatakan matlamat

yang sering ditetapkan oleh pemimpin instruksional berkisar pada bidang pembangunan

program, staf dan murid. Ini tidak bermakna pemimpin instruksional harus menetapkan

matlamat pada setiap bidang di atas tetapi dilakukan berdasarkan keperluan sekolah. Biasanya

penetapan sesuatu bidang dibuat selepas diadakan proses analisis persekitaran, timbulnya isu

yang perlu diselesaikan atau terdapat keperluan penambahbaikan dalam bidang ini.

Leithwood dan Montgomery (1982) dalam Hussein Mahmood (2008) berpendapat bahawa para

Guru Besar yang berkesan menunjukkan tingkah laku mereka yang lebih menumpukan kepada

matlamat sekolah. Mereka memilih dan menentukan matlamat sekolah berdasarkan input

misalnya dokumen rasmi Kementerian Pendidikan. Mereka juga mengambil kira keperluan

masyarakat sekeliling dan juga para pelajar berdasarkan tanggapan mereka bagi menentukan

sekolah.

Seterunya , Heck (2013) yang membuat kajian ke atas tingkah laku kepimpinan instruksional

dalam kalangan pemimpin Sekolah Rendah dan Sekolah Menegah yang berkesan mengenalpasti

16

Page 17: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

lapan aktiviti yang sering dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ini iaitu melakukan lawatan ke

kelas-kelas, menggalakkan perbincangan mengenai isu-isu pengajaran dalam kalangan staf,

meminimumkan sebarang gangguan ke atas pengajaran dalam kelas, memberi perhatian kepada

keputusan-keputusan murid, menyertai perbincangan-perbincangan mengenai bagaimana

pengajaran boleh mempengaruhi pencapaian murid, memastikan sistem pemantauan kemajuan

murid berjalan secara sistematik, menyampaikan matlamat pengajaran kepada semua warga dan

melindungi sekolah daripada tekanan luar.

Kesibukkan tugas membatasi usaha Guru Besar untuk menyempurnakan peranan sebagai

pemimpin instruksional terutamanya untuk memantau dan menyelia pengajaran guru.

Sehubungan itu, Guru besar kerap kali meletakkan tanggungjawab menyelia dan memantau

kepada Guru kanan dan ketua Bidang (Hallinger,2005). Namun begitu, tanggungjawab Guru

Besar dalam bidang pemantauan dan penyeliaan amat penting untuk memastikan keberkesanan

pengajaran guru dan pembelajaran murid (Robinson,Lloyd, Rowe, 2009). Penyeliaan juga

merupakan aspek terpenting untuk menilai kaedah guru bertepatan dengan kehendak kurikulum

(James @ Balasandran 2009).

Oleh itu, dari perbincangan di atas jelaslah bahawa peranan utama Guru Besar adalah sebagai

pemimpin instruksional jika mahu melihat sekolah yang dipimpinnya menjadi sebuah sekolah

berkesan. Ini diperjelaskan lagi berdasarkan Pekeliling Pentadbiran 3/36 (Pindaan 1982) yang

menegaskan bahawa Guru Besar dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya

lima waktu seminggu. Dalam menjalankan tugas mengajar ini, Guru Besar peka dengan

perubahan-perubahan dalam kokurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan

alat bantu mengajar yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat dan

masalah- masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi

profesionalismnya pula, penglibatan Guru Besar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

akan mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan

pengetahun baru selari dengan perkembangan semua.

17

Page 18: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

2.4.1 Model kepimpinan Instruksional Guru Besar

2.4.1.1 Model Hallinger dan Murphy (1985)

Kajian ini menggunakan model kepimpinan instruksional yang dihasilkan oleh Hallinger dan

Murphy (1985) dengan mengemukakan peranan kepimpinan instruksional kepada tiga dimensi

iaitu menjelaskan matlamat sekolah, menguruskan program pengajaran, membentuk iklim

pembelajaran yang positif.

Model yang digunakan oleh Hallinger & Murphy (1985) ini telah dapat digunakan bagi

menjelaskan amalan instruksional di sekolah. Ini ditunjukkan melalui Jadual 2.4.1.1 tentang

model kepimpinan instruksional.

2.4.1.1 Model Kepimpinan Instruksional Hallinger & Murphy (1985)

Menjelaskan matlamat

Sekolah

Menguruskan program

pengajaran

Membentuk Iklim

Pembelajarn sekolah yang

positif

Membina matlamat

Menyebarkan matlamat

Menyelia dan menilai

pengajaran

Menyelaras

kokurikulum

Memantau kemajuan

murid-murid

Mengawal masa/waktu

pengajaran guru

Menggalakan

perkembangan professional

Meengukuhkan usaha guru

Memastikan sentiasa berada

di sekolah

Mewujudkan insentif untuk

guru dan murid

Mewujudkan standard

kecemerlangan

18

Page 19: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Menjelaskan Matlamat Sekolah

Mengikut Hallinger dan Murphy (1985), dimensi pertama iaitu dimensi penakrifan matlamat

sekolah ialah merujuk kepada tindakan-tindakan Guru Besar mendefinisikan impian dan

matlamat yang hendak dicapai. Mengikut Hallinger dan Murphy (1985) penakrifan ini penting

supaya mudah dan berfokus. Jika sesebuah sekolah tidak mempunyai fokus yang jelas,

kemungkinan sasarannya sukar dicapai kerana matlamat-matlamat pendidikan adalah banyak

dan seringkali nampak kabur serta sukar diukur secara objektif (Weick, 1976) . Seterusnya,

Hallinger dan Murphy (1985) menyebut bahawa sekolah-sekolah yang berjaya dalam

pengajaran dan pembelajaran sering menetapkan satu matlamat khusus yang bersesuaian dengan

kemampuan staf dan sumber-sumber yang boleh digembelengkan.

Mengurus Program Pengajaran

Berkaitan dengan pengurusan program pengajaran, Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan

bahawa beberapa tindakan yang mesti dilakukan oleh Guru Besar dalam dimensi pengurusan

program pengajaran ialah pencerapan dan penilaian ke atas pengajaran guru dalam bilik darjah,

membuat penyelarasan aktiviti kurikulum supaya tidak berlaku percanggahan dan membuat

pengawasan ke atas kemajuan pelajar supaya kelemahan-kelemahan dapat dikesan dengan cepat.

Hallinger dan Murphy (1985) juga menegaskan bahawa tugas utama yang patut dimainkan oleh

Guru Besar ialah memastikan matlamat sekolah dipupuk ke dalam amalan bilik darjah.

Seterusnya, Guru Besar hendaklah menyampaikan maklum balas yang konkrit berkaitan dengan

amalan pengajaran dan pembelajaran tersebut yang bertujuan untuk mempertingkat lagi

kemahiran guru dan murid. Selanjutnya, Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan tugas yang

sepatutnya dilakukan oleh Guru Besar ialah membuat penyelarasan kurikulum, supaya matlamat

sekolah selari dengan perkara yang hendak diajar dan diuji serta dengan matlamat peringkat

atasan. Penyelarasan kurikulum boleh dilakukan ini boleh dilakukan melalui perbincangan

dengan guru-guru secara rasmi atau sebaliknya. Hallinger dan Murphy (1985) menyebut bahawa

kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik adalah kerana terdapatnya penyelarasan

kurikulum yang dilakukan oleh Guru Besar.

19

Page 20: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Membentuk Iklim Pembelajarn Sekolah Yang positif

Dimensi ketiga dalam kepimpinan pengajaran ialah membentuk iklim pembelajaran sekolah

yang positif ialah membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif. Menurut Hallinger dan

Murphy (1985) iklim sekolah bermaksud norma atau sikap guru serta murid yang boleh

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Howard (1987) melihat sebagai suasana yang

menentukan pembelajaran.

Ia merangkumi perasaan yang ada pada seseorang mengenai sekolah, iaitu sama ada sebuah

sekolah merupakan satu tempat belajar yang berkesan dan sebaliknya. Iklim yang positif ialah

iklim di mana guru-guru dan murid-murid ingin menggunakan sebanyak mungkin masa yang ada

untuk pengajaran dan pembelajaran dan berasa seronok berada di situ. Dimensi ini

mengandungi aktiviti-aktiviti yang berperanan secara tidak langsung memajukan sekolah.

Tindakan-tindakan tidak langsung ini ialah seperti menyatakan harapan yang dicapai oleh muird-

murid melalui pengumuman, polisi dan juga amalan. Guru besar juga boleh mempengaruhi

murid-murid melalui sistem ganjaran di mana sistem ini boleh mempertingkatkan usaha ke arah

pencapaian yang lebih tinggi.

Namun begitu ada yang berpendapat bahawa walaupun peranan Guru besar sebagai pemimpin

instrusional adalah penting tetapi dalam era penstrukturan semula sistem pendidikan sekarang

ini, peranan mereka perlu diberi penelitian semula (Hallinger, 2003). Kedudukan mereka yang

tersepit dalam hierarki pentadbiran antara stakeholder dan guru-guru serta beban tugas

pengurusan dan pentadbiran yang perlu dipikul menyebabkan peranan mereka terbatas. Apatah

lagi skop kurikulum masa kini kian mencabar dan pelbagai menuntut pengetahuan serta

kemahiran yang tinggi daripada Guru besar sedangkan mereka tidak terlatih untuk bidang

tersebut dan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini berbanding guru-guru yang hendak

diselia oleh mereka (Hallinger, 2003).

20

Page 21: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Berdasarkan saranan (Hallinger, 2003) maka satu set model kepimpinan yang tidak terlalu

meletakkan tanggungjawab memimpin pengajaran kepada guru Besar semata-mata harus

difikirkan. Mengikut Marks dan Pinty (2003) guru-guru juga perlu diberi kuasa untuk memimpin

pengajaran kepada Guru Besar semata-mata harus difikirkan.

Kajian ini telah menggunakan model kepimpinan instruksional yang dikemukakan oleh Menurut

Hallinger dan Murphy (1995) . Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan oleh pengkaji-

pengkaji diatas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa perkara utama dalam kepimpinan

instruksional ialah memastikan perlaksanaan pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Penekanan kepada core bussiness ini dikatakan mampu menjadikan sekolah lebih cemerlang

dalam pencapaian akademik.

2.5 Konsep Komitmen Guru

Konsep Komitmen guru dalam kerjaya dan organisasi sering menjadi pendebatan hangat dan

dikupas oleh pelbagai pihak. Beberapa model telah mengaitkan komitmen pekerja dengan ciri-

ciri pemimpin yang berkarisma, autokriti birokritik dalam organisasi moden. Komitmen berkait

rapat dengan perasaan emosi, idea, falsafah dan nilai yang dipegang atau diinternalisasikan oleh

seseorang individu ketika menjalankan tugas (Mowday, Porter & Steers, 1982).

Komitmen ditekankan sebagai satu unsur yang mempengaruhi kecemerlangan organisasi. Day

(2007) menegaskan bahawa komitmen merupakan faktor utama dalam rutin tugasan guru.

Komitmen boleh dikenalpasti , diukur dan dinilai pada diri seseorang itu berdasarkan perlakuan

dan tindakannya mengurus tugas yang telah diamanahkan oleh organisasi. Chapman (1982,

dalam Day , 2007) mentakrifkan komitmen sebagai darjah ikatan psikologi guru-guru dengan

kerjaya mereka.

21

Page 22: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Luthans (1995, dalam Setiadi , 2002 ) menegaskan bahawa komitmen organisasi merujuk kepada

kesetiaan dan mengklasfikasikannya secara spesifik kepada tiga iaitu keinginan kuat seseorang

untuk kekal menjadi anggota organisasi, keinginan untuk meningkatkan usahanya demi

organisasi dan keyakinan serta penerimaan terhadap nilai-nilai dan tujuan organisasi.

Menurut Devadoss 2013 penglibatan pekerja bukanla tinjauan tahunan tetapi maklum balas dan

pengiktirafan secara kerap. Disamping itu dapat meningkatkan produktiviti penglibatan pekerja

juga dapat mengurangkan kitar ganti pekerja serta dapat memperbaiki perkhidmatan terhadap

organisasi.

Menurut Robbins (2000), komitmen organisasi ditakrifkan sebagai subordinat sentiasa

memelihara keanggotanya berasaskan visi dan misi organisasi itu. Yahya Don, Azizah Ismail dan

Yaakob Daud (2007) pula menjelaskan bahawa komitmen dikaitkan dengan kecemerlangan

organisasi dan komitmen juga dikaitkan dengan budaya sekolah dan pengurusan sekolah.

Komitmen organisasi merujuk kepada tahap kesungguhan pekerja terhadap organisasi serta

keinginan pekerja mengukuhkan keahlian dalam organisasi. Yahya Don, Azizah Ismail dan

Yaakob Daud (2007) menambah bahawa pekerja merasakan organisasi yang dianggotainya

adalah sebahagian daripada dirinya. Kejayaan dan kecemerlangan organisasi adalah kejayaan

dan kecemerlangan bagi dirinya.

2.5.1 Model komitmen Organisasi

2.5.1.1 Model Komitmen O’ Reilly

Menurut O’Reilly (dalam Mullins, 1993), komitmen pekerja terhadap organisasi sebagai satu

ikatan psikologi di antara pekerja dan organisasi yang boleh diperlihatkan dalam tiga proses

seperti berikut:

a. Kerelaan (Compliance)

Komitmen jenis ini ialah apabila seseorang pekerja itu dipengaruhi oleh kerelaan hatinya sendiri

tanpa dipengaruhi faktor lain.

22

Page 23: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

b. Identifikasi (Identification)

Komitmen ini ialah apabila seseorang itu rela dipengaruhi oleh orang lain untuk mewujudkan

satu hubungan yang memuaskan dan individu itu berasa bangga kerana merupakan sebahagian

daripada organisasi itu.

c. Kedalaman (Internalisation)

Komitmen ini ialah apabila individu mendapati bahawa nilai-nilai organisasi itu adalah

berfaedah dan selaras dengan nilai-nilainya.

Walaupun model ini dapat memberi kesedaran kepada penyelidik tentang pelbagai dimensi yang

berada pada sifat komitmen terhadap organisasi, adalah sukar untuk membezakan di antara

idenfikasi dan interaksi kerana kemungkinan kedua-dua unsur ini adalah bergantungan.

Seseorang akan merasa bangga menjadi sebahagian daripada organisasi itu kerana

kepercayaannya terhadap nilai-nilai organisasi berkenaan.

2.5.1.2 Model komitmen Martin & Nicholls

Mengikut Martin & Nicholls (dalam Mullins, 1993), Komitmen ialah memberikan sepenuh

perhatian semasa di tempat kerja. Bagi beliau, komitmen menggunakan masa dengan cara

membina, memberikan perhatian kepada ketelitian, berusaha dengan gigih, boleh menerima

perubahan, bekerjasama dengan orang lain, membangunkan diri dan sebagainya.

Mereka telah membentuk satu model komitmen pekerja terhadap organisasi yang berdasarkan

tiga asas, di mana setiap asas mengandungi tiga faktor seperti ditunjukkan dalam rajah 2.1.

a.Perasaan pemilikan

Perasaan yang dicipta oleh pihak pengurusan dengan memastikan bahawa pekerja mempunyai

rasa kepunyaan melalui tiga faktor iaitu diberitahu, terlibat dan berkongsi kejayaan.\

23

Page 24: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

b. Perasaan Keselesaan

Perasaan yang dicapai melalui keperluan tahap tinggi melalui tiga faktor iaitu maruah,

kepercayaan dan tanggungjawab ke atas keputusan.

c. Keyakinan kepada pihak pengurusan

Pekerja mesti menghormati dan yakin akan kepimpinan pengurus dan ini hanya akan dicapai

melalui faktor kuasa, dedikasi dan ketrampilan.

Sumber : Disesuaikan daripada Mullins (1993)

Rajah 2.1 : Model Komitmen Pekerja oleh Martin & Nicholls

24

I II III

I a. diberitahu b.terlibat c.kongsi kejayaan

II a. maruah b.kepercayaan c.bertanggungjawab

III a.kuasa b.dedikasi c.ketrampilan

I

Perasaan pemilikan

III

Keyakinan kepada pihak pengurusan

II

Perasaan keselesaan

a

bc

a

b c

a

b c

Page 25: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Shann (1998) menyatakan kepuasan kerja guru adalah sebagai kayu ukur kepada komitmen dan

keinginan kekal seorang guru dalam profesion pengurusan yang menjadi penyumbang kepada

keberkesanan sekolah. Beliau menegaskan bahawa komitmen adalah satu penghubung antara

matlamat dengan misi personal, misi organisasi serta kepercayaan peribadi individu tentang misi,

sikap dan kesetiaan terhadap organisasi serta hasil nilai yang hendak dicapai. Adalah menjadi

tanggungjawab pentadbir sekolah untuk menjana, menstimulasi dan seterusnya menghidupkan

nilai komitmen pada diri, subordinat dan warga sekolah keseluruhannya.

Hal ini selari dengan pengertian komitmen guru bermaksud identifikasi, pembabitan dan

kesetiaan guru kepada sekolah. Idenfikasi guru dengan sekolah bererti tahap ikatan serta

sokongan kukuh guru menuju matlamat sekolah. Pembabitan pula bererti guru sanggup berusaha

sedaya upaya memenuhi permintaan dan sanggup meluangkan lebih masa untuk terikat dengan

aktiviti-aktiviti sekolah. Sementara kesetiaan bermaksud guru bersedia untuk terus kekal dengan

sekolahnya.

______________________________________________________________________________Berhubung rapat dengan penyelia kumpulan kerja

_____________________________________________________________________________Rendah Tinggi

_____________________________________________________________________________Berhubung rapat Rendah Tidak Komited Komited Setempatdengan pengurusanatasan dan organisasi Tinggi Komited secara Komited

global______________________________________________________________________________Sumber: Disesuaikan daripada Becker & Billing (1993)

Rajah 2.2 : Empat profil Komitmen yang Berbeza

Berdasarkan Rajah 2.2, individu yang mempunyai komitmen rendah terhadap kumpulan kerja,

penyelia, pengurusan atasan dan organisasi dikategorikan sebagai pekerja yang tidak komited.

Kumpulan ini lebih cenderung untuk berhenti kerja dan tidak berminat untuk membantu pekerja

lain. Individu yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kumpulan kerja, penyelia serta

pengurusan atasan dan organisasi dikategorikan sebagai pekerja yang komited. Seterusnya,

individu yang menunjukkan komitmen yang rendah terhadap pengurusan atasan dan organisasi

25

Page 26: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

dikategorikan sebagai komited setempat. Sementara itu, individu yang menunjukkan tahap

komitmen yang tinggi terhadap pengurusan atasan dan organisasi tetapi mempunyai tahap

komitmen yang rendah terhadap kumpulan kerja dan penyelia, mereka dikategorikan sebagai

komited secara global.

2.5.1.3 Model Komitmen Allen & Meyer (1997)

Model yang diperkenalkan oleh Becker& Billing (1993) menjadi asas kepada pembentukan

model komitmen yang diperkenalkan oleh Allen & Meyer (1997) iaitu mereka membahagikan

kepada 3 dimensi tahap komitmen organisasi iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan

komitmen normatif seperti ditunjukkan:-

Sumber : Disesuaikan daripada Allen & Meyer (1997)

Rajah 2.3 : Model Proses Komitmen Oleh Allen & Meyer

26

Polisi HRM

Persepsi Penghargaan Diri

Persepsi obligasi moral

komitmen berlanjutanPersepsi kehilangan kos terlibat

Komitmen Afektif

Komitmen Normatif

Page 27: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Komitmen afektif merujuk kepada kesanggupan subordinat untuk membantu organisasi

mencapai matlamat dan komitmen ini timbul kesan daripada ikatan emosi antara subordinat

dengan organisasi. Selain itu, komitmen afektif juga bermaksud keinginan subordinat terus

berada dalam organisasi kerana keinginan kuat melakukannya. Ini bererti, pekerja yang

mempunyai komitmen afektif yang tinggi biasanya akan mengutamakan kepentingan organisasi

lebih dari kepentingan peribadi dan tidak berminat meninggalkan organisasi sebagai balasan

terhadap sokongan dan pengiktirafan yang diterima daripada organisasi berkenaan.

Komitmen berterusan membawa pengertian subordinat berusaha untuk terus kekal dalam

organisasi kerana memikirkan ganjaran yang diterima dan kos yang ditanggung apabila

meninggalkan organisasi (Allen & Meyer , 1991 , dalam Ali Yusob Md Zain & Gill, 1999) .

Menurut Becker (1960, dalam Yahya Don, Azizah Ismail & Yaakob Daud, 2007), komitmen

yang berterusan ialah kecenderungan subordinat untuk kekal dalam organisasi kerana tidak

mampu untuk keluar daripada organisasi. Mereka percaya apabila mereka keluar daripada

organisasi, maka mereka akan kehilangan masa, usaha dan faedah serta tidak dapat

menggantikannya.

Komitmen normatif pula merujuk kepada perasaan tanggungjawab pihak subordinat berada

dalam organisasi hasil pendedahan kepada maklumat organisasi. Allen & Meyer (1993, dalam

Yahya Don, Azizah Ismail & Yaakob Daud , 2007) menyatakan komitmen normatif ialah

obligasi untuk kekal dengan organisasi kerana merasakan mereka perlu berbuat demikian.

Komitmen ini berkait rapat dengan kesetiaan seseorang pekerja terhadap organisasinya. Allen &

Meyer (1997) menyatakan pekerja yang mempunyai tahap komitmen normatif yang tinggi akan

berasa mereka perlu tinggal di dalam organisasi yang sedia ada dan tidak mahu berpindah ke

organisasi lain.

27

Page 28: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Oleh itu, model komitmen ini merujuk kepada sikap seseorang terhadap kerja dalam

organisasinya yang dipamerkan melalui usaha dan tindakan melakukan kerjasa secara

bersungguh-sungguh dan penuh iltizam untuk mencapai matlamat organisasi yang menjadi

sebahagian dirinya.

2.5.1.4 Model Komitmen Mowday

Komitmen ditakrifkan dengan pelbagai takrifan. Semakin luas bidang ini diterokai, semakin

banyak takrifan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji berkenaan. Walaubagaimanapun,

menurut Mowday et al (1982) mendefinisikan komitmen sebagai kesungguhan seseorang

individu mengidenfikasikan dirinya dalam organisasi dan penglibatan yang tinggi dalam

organisasi tersebut. Mowday et al (1982) merumuskan bahawa komitmen boleh dikategorikan

dua kumpulan besar iaitu komitmen sikap dan komitmen tingkah laku. Komitmen sikap merujuk

kepada proses psikologi yang mengikut individu kepada organisasi dan kepercayaan yang

mendalam terhadap matlamat serta nilai organisasi tersebut. Komitmen tingkah laku pula

meliputi proses bagaimana ketaatan dan kepercayaan itu dilahirkan dalam perlakuan

sehariannya.

Mowday et al (1982) seterusnya menyenaraikan tiga komponen penting yang mencirikan

komitmen iaitu kepercayaan yang mendalam dan penerimaan matlamat serta nilai organisasi,

kesediaan untuk berusaha lebih demi memajukan organisasi, dan keinginan yang tinggi untuk

terus berkhidmat dalam organisasi tersebut. Justeru, dari pandangan Mowday et al (1982)

komitmen bukan sahaja terbatas kepada kepercayaan dan perasaan tetapi tingkah laku individu

tersebut.

Oleh itu, penyelidik telah menggunakan model komitmen yang telah diperkenalkan oleh

Mowday, Portes & Steers (1982) untuk mengukur tahap komitmen guru dalam kajian ini.

Ringkasnya, komitmen merujuk kepada sikap seseorang terhadap kerja dalam organisasinya

28

Page 29: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

yang dipamerkan melalui usaha dan tindakan melakukan kerja secara bersungguh-sungguh dan

penuh iltizam untuk mencapai matlamat organisasi yang menjadi sebahagian dirinya.

2.6 Dapatan Kajian Lepas Mengenai Hubungan Antara Kepimpinan Intruksional Guru

Besar dan Komitmen Guru.

Beberapa kajian telah menunjukkan hubungan antara kepimpinan instruksional Guru Besar

dengan komitmen guru. Bagi Tyler & Kramer (1996) menyatakan dalam kajiannya, kepercayaan

yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli organisasi boleh menggalakkan kerjasama dan mampu

mewujudkan peranan tambahan dalam kalangan ahli-ahli organisasi iaitu ahli dalam organisasi

akan berkhidmat melebihi daripada jangkaan yang nantinya akan meningkatkan prestasi

organisasi (Doney et al, 1998; Mishra, 1996; Rousseau et al.,1998).

Pendapat ini juga telah disokong oleh kajian Rajnandini (2013) yang menyatakan bahawa

kepercayaan pekerja adalah faktor penting untuk menentukan hubungan antara kepimpinan

dengan komitmen kerja staf iaitu sebagai pemimpin organisasi, mereka perlu menggerakkan

komitmen pengikut ke arah pencapaian visi. Sebaliknya, pemimpin yang tidak percaya oleh

pengikut akan menyebabkan visi organisasi sukar untuk direalisasi (Tschannen-Moran, 2001;

2004 ; Hoy & Tschannen-Moran, 1999)

Mohd Suhaimi et al (2012) turut mengkaji tahap kepimpinan instruksional Guru Besar di tiga

buah sekolah menengah luar Bandar Negeri Perak. Beliau menggunakan kaedah persampelan

bertujuan dan memilih tiga buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah cemerlang,

sederhana dan lemah. Amalan kepimpinan instruksional yang dikaji adalah dalam aspek

penyelarasan program pengajaran dan pembelajaran yang kemudiannya dibahagikan kepada tiga

kategori iaitu merancang, melaksana dan memantau. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa

pada dasarnya semua pengetua di tiga buah sekolah kajian telah mengamalkan kepimpinan

29

Page 30: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

instruksional namun tahap pelaksanaan antara setiap pengetua adalah berbeza-beza. Pengetua

cemerlang di luar Bandar lebih berjaya dalam mengamalkan kepimpinan instruksional

berbanding dengan pengetua sekolah sederhana dan lemah.

2.7 Dapatan Kajian Lepas Mengenai Komitmen

Zulkifli (2008) telah mendapati untuk menentukan tahap penglibatan guru dalam membuat

keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan sokongan organisasi dan komitmen

kerja guru. Maklum balas melalui soal selidik diperolehi daripada sampel seramai 652 orang

guru yang mewakili 72 buah sekolah Menengah harian biasa yang dipilih secara rawak dari

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Keputusan kajian tersebut juga menunjukkan bahawa

terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan guru dalam membuat keputusan dengan

sokongan organisasi dan komitmen terhadap organisasi tetapi tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan keinginan guru untuk berpindah.

Mohd. Sahandri (2012) telah membuat kajian tentang komitmen kerja guru pelatih. Responden

kajian terdiri daripada 276 orang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di sekolah-

sekolah seluruh negeri Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya korelasi antara

pembolehubah bersandar (komitmen kerja) dan keseluruhan kumpulan pembolehubah bebas

adalah 0.6297 (R berganda). Jumlah varians pada pemboleh ubah bersandar yang bersekutu

secara signifikan dengan semua pembolehubah bebas dapat dijelaskan melalui kuasa dua bagi

menerangkan model regresi dengan nilai (R2) iaitu 39.65 peratus.

Kajian oleh Lokman dan M.Al- Muzammil (2008) mendapati komitmen guru adalah bergantung

kepada kepimpinan sekolah. Pengaruh utama pembentukkan tahap komitmen guru terhadap

sekolah dan kepercayaan kepada sekolah bergantung kepada corak kepimpinan atau pengetua

mengurus sekolah tersebut.

30

Page 31: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Saraswathy (2008) telah menjalankan satu kajian tentang kepuasan dan tahap komitmen kerja

dalam kalangan guru sekolah Tamil di Daerah Kulai, Johor. Hasil kajian menunjukkan guru-guru

sekolah Tamil mencapai tahap kepuasan dan komitmen pada peringkat sederhana sahaja.

Akhirnya, guru kurang berpengalaman kurang berpuas hati terhadap profesion sebagai guru

berbanding dengan guru yang berpengalaman.

Sementara Iskandar, Rohaty dan Zuria (2009) telah mengenalpasti profil kecerdasan emosi dan

profil komitmen pekerjaan dalam kalangan 265 orang pensyarah universiti di Indonesia. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan

komitmen pekerjaan pensyarah-pensyarah. Ujian regrasi mendapati dimensi kemahiran sosial

dalam kecerdasan emosi menyumbang secara signifikan kepada komitmen pekerjaan dalam

kalangan pensyarah-pensyarah.

2.8 Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan tinjauan literatur yang dikemukakan, maka pengkaji berpendapat untuk

menggunakan kepimpinan instruksional Guru Besar sebagai variabel bebas dan komitmen guru

sebagai variabel bersandar. Kajian berfokus kepada tiga dimensi dan yang diperkenalkan oleh

Hallinger dan Murphy iaitu mendefinisikan misi sekolah mengurus program instruksional dan

membentuk iklim sekolah yang positif. Komitmen guru terhadap sekolah diukur dengan

menggunakan set soal selidik komitmen organisasi (Organization Commitmen Quesntionaire-

OCQ) yang digunakan oleh Mowday et al (1982 dalam Asliza , 1999). Satu soal selidik ini terdiri

dari 15 soalan yang berkait rapat dengan perasaan emosi, idea, falsafah dan nilai yang dipegang

atau diinternalisasikan oleh guru ketika menjalankan tugas.

31

Page 32: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Rajah 2.4 menunjukkan kerangka konsep kajian yang melibatkan perkaitan kepimpinan

instruksional Guru Besar, komitmen guru dan faktor demografi.

Sumber : Disesuaikan daripada Model Hallinger & Murphy dan Model Mowday, Steers & Porter

Rajah 2.4 : Kerangka Konsep Kajian Berkaitan Kepimpinan Instruksional Guru

Besar dan Komitmen Guru Sekolah Tamil Daerah Petaling Perdana.

32

Kepimpinan Instruksional Guru Besar(Model Hallinger & Murphy )

1. Menjelaskan Matlamat sekolah2. Menguruskan program pengajaran3. Membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif

Faktor Demografi Guru

1. Jantina 2. Umur3. Pengalaman Mengajar

Variabel Bebas Variable Bersandar

Komitmen guru-guru.(Model Mowday, Steers & Porter)

Page 33: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Rumusan

Sorotan kajian literatur yang dihuraikan jelas menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kuat

antara dimensi instruksioanl Guru Besar dengan komitmen guru. Pengkaji ingin melihat sama

ada korelasi itu wujud ataupun tidak dalam kalangan guru. Komitmen merupakan satu faktor

penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu organisasi. Kajian-kajian oleh penyelidik sama

ada di dalam atau di luar negeri menunjukkan komitmen seseorang guru banyak dipengaruhi

oleh faktor-faktor lain selain faktor kepimpinan instruksional. Kajian ini cuba melihat sejauh

mana kepimpinan guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

33

Page 34: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian. Antara

kandungan bab ini adalah aspek-aspek reka bentuk kajian, alat kajian, populasi, prosedur kajian,

tatacara yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data dan akhir ialah tatacara yang

digunakan untuk menganalisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif melalui tinjauan (survey) yang

bertujuan untuk mengumpul data daripada satu set populasi. Chua (2006a) menyatakan kajian

tinjauan merupakan popular kerana ciri-cirinya iaitu penggunaan yang menyeluruh berkaitan isu

dan masalah, cara pengendalian melibatkan soal-selidik atau temu bual, cara memungut data

yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat langsung dan keupayaan keputusan

kajian digeneralisasikan. Menurut Mohd.Majid (2000), penyelidikan deskriptif merupakan

penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Manakala kaedah tinjauan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Manakala

kaedah tinjauan pula merupakan salah satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat

berkenaan sekumpulan populasi (Blake & Champian, 1976). Kaedah ini dipilih kerana data dapat

dipungut dengan cepat dan menggunakan tiga bahagian iaitu bahagian A (demografi), bahagian

B (kepimpinan instruksional Guru Besar) dan bahagian C (Komitmen guru).

Soal selidik diubahsuai dengan kebenaran telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Data

kajian akan diproses melalui perisian SPSS. Persampelan rawak digunakan melibatkan pemilihan

responden daripada populasi di sekolah kajian.

34

Page 35: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Kajian ini melibatkan gaya kepimpinan instruksional Guru Besar sebagai pembolehubah tidak

bersandar (variable bebas) dan komitmen guru sebagai pemboleh ubah bersandar (variabel

bersandar).

3.3 Instrumen Kajian

Dua Instrumen soal selidik digunakan berasaskan dua pembolehubah yang dinyatakan dalam

kajian ini. Instrumen pertama dibina berdasarkan soal selidik tingkah laku kepimpinan

instruksional Guru Besar iaitu ‘Principal Instruksional Management Rating Scale’ yang direka

bentuk oleh Hallinger dan Murphy (1985). Soal selidik ini telah dibuat terjemahan oleh Mohd

Nor bin Jaafar seorang pensyarah di Maktab perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,

Kedah dan diubahsuai mengikut keperluan kajian untuk mengumpul maklumat berkaitan

kepimpinan instruksional soal-selidik tentang komitmen guru di sekolah.

Instrumen kedua ialah soal-selidik tentang komitmen guru-guru di sekolah. Intrumen ini dibina

oleh Model Mowday, Steers & Porter (1982) berkaitan Organizational Commitment Measure.

Instrumen soal selidik ini juga diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu

oleh pensyarah Bahasa Inggeris dan pensyarah sambilan Bahasa Inggeris Universiti Teknologi

MARA (UiTM), cawangan Pahang dan diubah suai oleh pengkaji bagi memenuhi keperluan

kajian berkaitan dimensi komitmen guru kepada organisasi.

Bahagian A terdiri daripada lima item demografi iaitu jantina, umur, taraf pendidikan

pengalaman mengajar dan pengalaman berkhidmat di bawah kepimpinan Guru besar sekarang.

Latar belakang demografi ini tidak akan mendedahkan segala identiti reponden dan setiap

responden akan dipastikan selesa untuk menjawabnya.

Bahagian B terdiri daripada item-item yang bertujuan mengutip data berkaitan dengan

kepimpinan instruksional Guru Besar terhadap guru-guru, yang telah dibina berdasarkan

35

Page 36: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

daripada Skala Penarafan Pengurusan Pengajaran Pengetua ‘Principal Instruction Management

Rating Scale’ (PIMRS). Item soal selidik ini diambil daripada kajian Abd. Naser (2009) & Juita

(2012). Pengkaji telah melakukan sedikit perubahan terhadap item soal selidik bagi

menjelaskan maksud yang ingin disampaikan.

Kajian ini akan mengkaji kepimpinan instruksional Guru Besar dengan melihat dimensi

mentakrif matlamat sekolah sebanyak 6 item mengurus program pengajaran sebanyak 8 item

dan menggalakkan pembelajaran positif sebanyak 11 item. Jumlah keseluruhan item ialah 25

item. Jumlah item ini adalah selaras dengan pendapat Chua (2006) yang menyatakan bahawa

bilangan item soal selidik yang paling sesuai adalah antara 10 item ke 30 item bagi kajian soal

selidik yang menggunakan kertas pensel. Keadaan ini adalah untuk memastikan responden dapat

memberikan perhatian sepenuhnya kepada soal selidik kerana penumpuan biasanya hanya 10

hingga 20 minit sahaja.

Jadual 3.1 : Pecahan Item Soal selidik Kepimpinan Instruksional Guru Besar

Dimensi Kepimpinan instruksional Guru Besar Nombor Item

Mentakrif matlamat sekolah 1-6

Mengurus program pengajaran 7-14

Menggalakan iklim pembelajaran positif 15-25

Item-item yang telah dikumpulkan dalam sesuatu dimensi adalah bertujuan untuk mengukur

tahap keberkesanan kepimpinan instruksional Guru Besar dalam dimensi yang berkenaan sahaja.

Manakala, kesemua 25 item tersebut digunakan untuk mengukur keberkesanan kepimpinan

instruksional Guru Besar secara keseluruhannya. Setiap responden dikehendaki menyatakan

tahap keberkesanan kepimpinan instruksional Guru Besar mengikut persepsi mengikut masing-

masing berdasarkan skala Likert 5 poin.

36

Page 37: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Item-item dalam bahagian C ialah tentang komitmen guru-guru di sekolah. Terdapat 15 item

terkandung dalam bahagian C ini digunakan untuk mengukur tahap komitmen tugas-tugas guru

di sekolah kajian. Pengkaji menggunakan teori yang diadaptasi daripada Model Mowday, Steers

& Porter (1982) bagi melihat komitmen dalam kalangan guru-guru di sekolah yang dikaji.

Setiap item akan menggunakan skala ordinal iaitu skala Likert yang disusun secara teratur

bermula angka yang kecil hingga ke angka yang besar iaitu 1,2,3,4 dan 5 untuk mewakili tahap

persetujuan subjek mengenai sesuatu pernyataan. Setiap responden diminta membulatkan

nombor di ruang pilihan untuk menunjukkan sejauh mana mereka bersetuju terhadap kepimpinan

instruksional Guru Besar . Julat skala Likert ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Julat Skala Likert Soal Selidik Bahagian B dan Bahagian C

Skala Skor Ordinal

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Tidak pasti 3

Setuju 4

Sangat Setuju 5

keseluruhannya item ini dapat mengukur kesudian guru memberikan sumbangan yang gigih dan

komited melalui emosi, idea, falsafah dan nilai yang dipegang atau diinternalisasikan oleh

seorang guru semasa manjalankan tugas (Mowdy et al., 1982). Setiap item menggunakan skala

Likert lima mata seperti dalam jadual atas. Responden diminta membulatkan nombor diruang

pilihan berdasarkan persepsi komitmen diri mereka terhadap sekolah.

37

Page 38: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

3.4 Kesahan

Pengkaji telah meminta pandangan penyelia, pensyarah dan pelajar sarjana untuk menilai,

menyemak dan mengubahsuai instrumen yang hendak ditadbirkan untuk mendapatkan kesahan

(validaty) yang tinggi. Hal ini selaras dengan pendapat Chua (2006) yang menyatakan kesahan

adalah merujuk kepada keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai

sebenar konsep. Pengkaji telah membuat perbincangan terlebih dahulu dengan pensyarah yang

pakar dalam kepimpinan untuk menilai dan menyemak item yang dibina. Mana-mana item yang

dirasakan tidak menepati definisi oprasional akan diubahsuai supaya ia menepati nilai konsep

sebenar yang dinyatakan dengan nilai konsep sebenar yang diukur. Pengkaji sedia mentadbir

semula item setelah berpuas hati bahawa definasi konsep-konsep di dalam konseptual selaras

dengan definisi konsep-konsep.

3.5 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan ialah merujuk kepada skor daripada instrumen kajian iaitu sama ada

instrumen itu stabil, konsisten dan sebaliknya. Dalam sesuatu penyelidikan, kebolehpercayaan

merujuk kepada keupayaan suatu kajian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila

pengukuran yang sama diulangi. Jika pengukuran pada kali yang kedua (ketiga dan seterusnya)

memberi nilai yang serupa, maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Bagi tujuan ini, satu kajian rintis telah dibuat terhadap 30 responden bagi menguji tahap

ketekalan dalaman item-item dalam instrumen tersebut. Hasil kajian rintis yang diedarkan,

pengkaji menggunakan program Statistical Package For Social Science versi 20 (SPSS) bagi

menguji ketekalan dalaman instrumen dengan menggunakan pekali alpha cronbach.

38

Page 39: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Kebolehpercayaan soal selidik adalah seperti berikut.

Jadual 3.3 Nilai Cronbach Alpha Soal selidik PIMRS dan OCQ

Item Bilangan responden Nilai Alpha

Cronbach

Skala Penarafan pengurusan pengajaran

Guru (PIMRS) 30 .79

Komitmen Organisasi (OCQ) 30 .89

Mohd Majid Konting (2005) menyatakan tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi

menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, namun pekali

kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan. Pengkaji merujuk kepada

kenyataan Chua (2006b) iaitu dalam statistik kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan

Pekali Cronbach Alpha, nilai alpha 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan kerana nilai yang

terlalu rendah menunjukkan semua item adalah serupa atau bertindih antara satu sama lain dan

menggunkan item-item yang bertindih antara satu sama lain adalah tidak diperlukan. Oleh itu,

kajian ini menetapkan aras nilai Alpha dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95 yang menunjukkan

bahawa item-item instrumen kajian boleh diaplikasikan dalam kajian sebenar untuk memastikan

kutipan data kajian ini memenuhi skopnya.

Menurut Cohen & Swerdlik, (2002) kajian rintis adalah untuk memilih item yang baik. Kajian

rintis telah dijalankan oleh pengkaji di sebuah sekolah rendah di Petaling Utama untuk mengukur

kebolehpercayaan soal-selidik yang digunakan. Kebolehpercayaan di dalam kajian merujuk

kepada keupayaan suatu kajian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang

sama diulangi.

39

Page 40: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Menurut Hair (2003), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian

menunjukkan responden telah menjawab soalan atau pernyataan dalam keadaan konsisten.

Beliau telah memberi garis panduan mengenai nilai Cronbach Alpha yang menerangkan

kekuatan hubungan seperti di dalam Jadual 3.4 di bawah

Jadual 3.4 : Pekali Saiz Cronbach’s Alpha (Peraturan Umum)__________________________________________________________________

Alpha Coefficient Range Kekuatan Hubungan__________________________________________________________________________

< 0.6 lemah

0.6 < 0.7 Sederhana

0.7 < 0.8 Baik

0.8 < 0.9 Sangat baik

0.9 Terbaik

___________________________________________________________________________

3.6 Populasi dan Sampel kajian

Populasi adalah terdiri daripada guru-guru dari lima buah Sekolah Tamil di Daerah Petaling

Perdana iaitu seramai 93 orang. Kajian ini dijalankan lima buah sekolah Tamil di Petaling

Perdana. Pemilihan sekolah berdasarkan pemilihan sekolah berdasarkan pencapaian meningkat

berterusan dalam peperiksaan awam iaitu UPSR bagi tempoh tiga tahun (2010-2013). Pemilihan

sekolah berpandukan pencapaian adalah penting untuk mengenalpasti latar belakang sekolah

kajian iaitu sama ada berpencapaian tinggi, sederhana atau rendah dalam peperiksaan awam

dengan merujuk kepada keputusan gred purata sekolah (GPS). Sekolah kajian ini mencatatkan

peningkatan GPS di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah dalam tempoh tiga tahun

berkenaan.

Populasi Kajian ini ialah orang guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Daerah Petaling Perdana

123. Sampel kajian terdiri daripada 93 orang guru yang ditetapkan mengikut jadual penentuan

saiz sampel krejcie dan Morgan (1970, dalam Chua , 2006a). Berbeza dengan Cohen, Manion

40

Page 41: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

dan Morrison (2001, dalam Chua, 2006a) penulis-penulis tersebut berpendapat bahawa

penentuan saiz sample seharusnya mengambil kira aras kesignifikanan dan ralat persampelan.

Saiz sampel bagi aras signifikan pada p<.05 ( aras kebolehpercayaan =95%) ditetapkan pada

jumlah 44 responden bagi saiz populasi yang berjumlah 50 orang.

3.7 Tatacara Pengumpulan Data.

Pengkaji berjumpa dengan Guru besar-Guru besar sekolah kajian untuk menjelaskan tujuan dan

reka bentuk kajian. Setelah mendapat kebenaran, pengkaji menentukan tarikh kajian dengan

persetujuan Guru Besar sekolah. Pada hari kajian, pengkaji mengedarkan borang soal-selidik dan

memberi sedikit penerangan sebagai panduan kepada guru-guru sebelum menjawab soal-selidik

berkenaan. Pengkaji akan mengutip semula borang tersebut setelah ia siap dijawab oleh

responden. Untuk memudahkan aktiviti perekodan data maka pengkaji memberi nombor kod

bagi setiap instrumen.

3.8 Tatacara Menganalis Data

Data yang diperolehi, direkod dan diproses menggunakan perisian SPSS. Pengkaji membuat

analisis deskriptif seperti peratusan, min, mod, median dan sisihan piawaian bagi setiap item.

Skor min digunakan bagi menentukan ukuran kecenderungan memusat yang paling kerap

digunakan. Skor mod digunakan bagi menentukan kekerapan item yang menjadi item pilihan

responden.

Sisihan piawai penting bagi menentukan sama ada taburan item adalah sama (homogen) atau

berbeza (heterrogen). Analisis Min dan Ujian t-test digunakan untuk melihat perbezaan antara

dua kumpulan. Contonhya perbezaan di antara guru lelaki dengan guru perempuan terhadap

kepimpinan pengajaran komitmen guru. Untuk menjelaskan korelasi di antara variabel bebas

dengan variabel bersandar, pengkaji akan menggunakan Ujian Spearman. Ujian Spearman

41

Page 42: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

digunakan untuk menjelaskan korelasi di antara variabel bebas dengan variabel bersandar

berdasarkan persoalan kajian.

Pekali korelasi (r) ialah nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua variabel. Nilai r ini

mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00 kerana yang sempurna jarang berlaku dalam

penyelidikan, pekali korelasi dilaporkan dalam dua titik perpuluhan (Chua, 2006). Jadual 3.5

menunjukkan kekuatan nilai pekali korelasi (r).

Jadual 3.5 : Kekuatan Nilai Pekali Korelasi

Saiz pekali Korelasi (r) Kekuatan

.91 sehingga 1.00 atau -91 sehingga -1.00 sangat kuat

.71 sehingga .90 atau -71 sehingga -90 kuat

.51 sehingga .70 atau -51 sehingga -.70 sederhana

.31 sehingga .50 atau -31 sehingga -.50 lemah

01 sehingga .30 atau -01 sehingga -. sangat lemah

.00 tiada korelasi

Sumber : Chua Yan Piaw Asas Statistik Penyelidikan (buku 2 ), 2006

Untuk menentukan tahap kepimpinan pengajaran Guru besar dan tahap komitmen guru,

taburan nilai min yang diperolehi telah dikategorikan kembali mengikut tiga tahap iaitu tinggi,

sederhana dan rendah. Julat skor min yang diperolehi mengambil nilai antara 1.00 hingga 5.00.

Bagi tujuan menganalisis, julat nilai maksima dan nilai minima ini telah dibahagi kepada tiga.

Skor-skor yang diperolehi adalah min antara 1.00 hingga 2.33 sebagai tahap rendah, min 2.34

hingga 3.66 sebagai tahap sederhana dan min 3.67 sehingga 5.00 sebagai tahap tinggi.

42

Page 43: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Ini ditunjukan seperti Jadual di bawah. Tahap analisis min seperti ini pernah juga digunakan

dalam kajian dibuat oleh Yusri (2000) dan Rosli (2005).

Jadual 3.6 : Skala tahap komitmen Guru

Skala (nilai min) Tahap Komitmen Guru

1.0 -2.33 Rendah

2.34-3.66 Sederhana

3.67-5.00 Tinggi

Secara keseluruhannya, untuk menjawab semua persoalan kajian, pengkaji menggunakan

tatacara analisis data seperti di jadual 3.7.

Jadual 3.7 : Soalan Kajian dan Tatacara Analisis data

Soalan Kajian Jenis Statistik digunakan

Apakah tahap komitmen guru Besar Statisk Deskriptif (min,mod,median,sisihan piawai)

sekolah rendah Daerah Petaling Perdana

Apakah tahap komitmen guru-guru di Statisktik Deskriptif (min, mod,median,sisihan) Daerah Petaling Perdana? Adakah terdapat perbezaan terhadap tahap komitmen guru-guru berdasarkan ciri-ciri T-test dan anova sehalademografi di sekolah Petaling Perdana?

Sejauh manakah hubungan kepimpinan instruksional Korelasi Spearman rhoGuru besar dan komitment guru di sekolahPetaling Perdana?

3.9 Rumusan

Kajian ini merupakan kajian bukan eksperimental dan berbentuk kuantitatif deskriptif. Data

dianalisis menggunakan perisian SPSS. Pengkaji juga telah menyatakan kaedah kajian,

instrumen kajian, populasi dan subjek kajian, prosedur kajian yang merangkumi cara merekod

data dan statistik yang digunakan menganalisis data.

43

Page 44: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan data yang diperolehi melalui soal selidik terhadap 93 orang guru

sekolah Tamil yang menjadi responden kajian sekolah Tamil. Penganalisaan data akan dibuat

berdasarkan jawapan soal selidik guru-guru sekolah Tamil yang diedarkan 5 buah sekolah Tamil

di Daerah Petaling Perdana. Data-data yang diperolehi daripada guru-guru sekolah Tamil ini

seterusnys dapat menjawab soalan-soalan kajian yang telah dibincangkan dalam bab yang

sebelumnya.

Penganalisisan data-data dibuat berdasarkan dua bahagian iaitu:

a. Bahagian A yang menunjukkan tentang maklumat demografi guru-guru Sekolah Tamil

Daerah Petaling Perdana yang terdiri daripada jantina, umur, kelayakan akademik tertinggi,

pengalaman mengajar dan pengalaman berkhidmat di bawah kepimpinan Guru Besar sekarang.

Data-data demografi adalah penting bagi penyelidik melihat kepelbagaian latar belakang guru-

guru sekolah Tamil yang menjadi responden dalam kajian ini.

b. Manakala bagi bahagian B pula, data-data yang dianalisis akan menumpukan kepada

menjawab persoalan kajian yang ditinjau daripada perspektif guru-guru Sekolah Tamil Daerah

Petaling Perdana terhadap sejauh manakah peranannya sebagai pemimpin instruksional sebagai

tugas yang penting dan melihat kaitannya dengan komitmen guru-guru sekolah Tamil di

sekolah. Bahagian ini juga akan menjawab soalan-soalan kajian tentang perbezaan persepsi

guru-guru Sekolah Tamil tentang peranan Guru Besar pemimpin instruksional dengan

pembolehubah demografi.

44

Page 45: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Analisis data dipersembahkan secara analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi.

Data-data yang diperolehi ini telah dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratusan, min, korelasi

dan ujian-t. Hasil penganalisaan data ini telah menjawab soalan-soalan kajian.

Bahagian A

4.2 Demografi Responden

Terdapat 93 orang guru yang telah menjadi responden dari 5 buah sekolah rendah Petaling

Perdana. Data ini dianalisis berdasarkan jantina diikuti dengan umur, kelayakan akademik

tertinggi, pengalaman mengajar dan pengalaman berkhidmat di bawah pimpinan Guru Besar

sekarang.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden yang memilih soalan kajian mengikut jantina iaitu

kategori lelaki dan perempuan.

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina_____________________________________________________________________________________Jantina kekerapan Peratus (%)______________________________________________________________________________Lelaki 30 32.3Perempuan 63 67.7Jumlah 93 100.0______________________________________________________________________________

Jadual 4.1 di atas menunjukkan seramai 93 orang guru Sekolah Rendah yang terlibat sebagai

responden kajian. Seramai 30 orang (32.3%) adalah guru lelaki dan seramai 63 orang (67.7%)

adalah guru perempuan . Ini bermaksud responden perempuan adalah lebih ramai yang terlibat

dalam kajian ini.

45

Page 46: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut kategori umur. Penyelidik telah

mengkategorikan umur responden kepada empat bahagian.

Jadual 4.2. Taburan Responden Mengikut Umur.

_____________________________________________________________________________________Umur kekerapan peratus (%)______________________________________________________________________________20 tahun -30 tahun 13 14.031 tahun -40 tahun 25 26.941 tahun -50 tahun 40 43.051 tahun -60 tahun 15 16.1Jumlah 93 100.0_____________________________________________________________________________

Jadual 4.2 di atas menunjukkan responden yang berumur 41 hingga 51 adalah paling ramai

daripada keseluruhan iaitu seramai 40 orang dan mewakili 43.0 peratus manakala peringkat

umur yang paling sedikit adalah terdiri daripada peringkat umur 20 hingga 30 tahun iaitu seramai

13 orang sahaja atau mewakili 14 peratus. Perbezaan adalah ketara. Keadaan ini menunjukkan

guru yang menjadi responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang

berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran . Manakala peringkat umur 30 hingga 40

tahun terdiri daripada 25 orang (26.9%) daripada keseluruhan responden seramai 93 orang.

Peringkat ini adalah peringkat yang kedua tertinggi. Akhir sekali peringkat umur 51 hingga 60

tahun pula seramai 15 orang (16.1%). Peringkat ini juga menunjukkan bilangan yang rendah.

46

Page 47: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Tertinggi

Penyelidik telah mengkategorikan kelayakan akademik tertinggi responden kepada empat

peringkat iaitu STPM/HSC/Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD (Doktor

Falsafah). Data menunjukkan seperti 4.3 di bawah.

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Tertinggi

______________________________________________________________________________ Kelayakan Akademik kekerapan peratus (%)______________________________________________________________________________STPM/HSC/Diploma 3 3.2Ijazah Sarjana Muda 80 86.0Ijazah Sarjana 10 10.8PhD 0 0Jumlah 93 100.0_____________________________________________________________________________

Jadual 4.3 di atas didapati bilangan responden yang memiliki kelayakan akademik tertinggi yang

paling ramai adalah ijazah sarjana muda iaitu seramai 80 orang dan mewakili 86% daripada

keseluruhan responden. Seterusnya kelayakan akademik tertinggi yang kedua ramai adalah

sarjana iaitu seramai 10 orang atau mewakili sebanyak 10.8% sahaja. Hanya tiga orang sahaja

yang memiliki STPM/HSC/Diploma yang menjadi responden. Keadaan ini menunjukkan guru-

guru Sekolah Tamil haruslah diberi galakan untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi

lagi.

47

Page 48: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Mengajar

Tempoh pengalaman mengajar juga dibahagikan kepada 4 peringkat oleh penyelidik iaitu

berdasarkan jadual 4.4 di bawah.

Jadual 4.4 : Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Mengajar

_____________________________________________________________________________________ Pengalaman Mengajar kekerapan peratus (%)______________________________________________________________________________1 tahun- 10 tahun 22 23.711 tahun- 20 tahun 39 41.921 tahun- 30 tahun 32 34.431 tahun dan keatas 0 0Jumlah 93 100.0_____________________________________________________________________________

Daripada jadual 4.4 didapati responden yang mempunyai pengalaman mengajar antara 11 tahun

hingga 20 tahun adalah yang paling ramai iaitu seramai 39 orang (41.9%). Seterusnys diikuti

oleh responden yang mempunyai pengalaman mengajar selama 21 tahun hingga 30 tahun iaitu

seramai 32 orang (34.4%). Kebanyakan guru kumpulan ini menjawat jawatan guru penolong

kanan, guru ketua bidang dan guru ketua panitia. Akhir sekali responden yang berpengalaman

mengajar dari 1 tahun hingga 10 tahun adalah bilangan yang paling rendah iaitu seramai 22

orang (23.7%) sahaja. Manakala, tiada seorang pun responden yang mempunyai pengalaman

mengajar melebihi 30 tahun.

48

Page 49: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.2.5 Taburan Pengalaman Berkhidmat di bawah kepimpinan Guru Besar Sekarang.

Kategori dalam item ini adalah dibahagikan kepada tiga iaitu 1 hingga 2 tahun, 3 hingga 4 tahun

dan melebihi 4 tahun. Taburannya boleh dilihat daripada jadual 4.5 di bawah.

Jadual 4.5 : Taburan Pengalaman Berkhidmat di bawah Kepimpinan Guru Besar

______________________________________________________________________________ Pengalaman berkhidmat di bawah kekerapan peratus (%) kepimpinan Guru Besar semasa kajian______________________________________________________________________________1 tahun- 2 tahun 72 77.43 tahun- 4 tahun 15 16.1Lebih 4 tahun 6 6.5 Jumlah 93 100.0______________________________________________________________________________

Daripada jadual 4.5 di atas menunjukkan pengalaman guru-guru Sekolah Tamil yang

berkhidmat di bawah kepimpinan guru Besar mereka semasa kajian dijalankan yang paling

tinggi ialah kategori 1 hingga 2 tahun iaitu seramai 72 orang atau 77.4%. Manakala pengalaman

guru-guru Sekolah Tamil yang berkhidmat di bawah kepimpinan Guru Besar semasa kajian

dijalankan dalam kategori antara 3 tahun hingga 4 tahun adalah seramai 15 orang atau 16.1% .

Seterusnya yang paling sedikit ialah pengalaman guru-guru yang berkhidmat di bawah

kepimpinan Guru Besar semasa kajian ialah dalam kategori lebih empat tahun iaitu 6 orang

(6.5%). Ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Bagi memudahkan lagi pemahaman

kepada analisis tentang latar belakang responden ini, penyelidik telah membina satu jadual yang

hanya menerangkan tentang maklumat demografi secara keseluruhannya berserta dengan analisis

secara kekerapan dan peratus. Taburan demografi responden ini boleh dilihat berdasarkan jadual

4.6.

49

Page 50: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Jadual 4.6 Taburan Demografi Responden

______________________________________________________________________________Bil Maklumat Demografi kekerapan Peratus ______________________________________________________________________________1. Jantina Lelaki 30 32.3 Perempuan 6 3.72. Umur tahun 20 - 30 tahun 13 14.0 31 tahun - 40 tahun 25 26.9 41 tahun - 50 tahun 40 43.0 51 tahun - 60 tahun 15 16.13. Kelayakan Akademik STPM/HSC/Diploma 3 3.2 Tertinggi Ijazah Sarjana Muda 80 86.0

Ijazah Sarjana 10 10.8PHD 0 0

4. Pengalaman 1 tahun -10 tahun 22 23.7 Mengajar 11 tahun – 20 tahun 39 41.9

21 tahun -30 tahun 32 34.431 tahun dan ke atas 0 0

5. Pengalaman Berkhidmat 1 tahun-2 tahun 72 77.4 di bawah Guru besar 3 tahun-4 tahun 15 16.1

lebih 4 tahun 6 6.5___________________________________________________________________________

50

Page 51: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Bahagian B

4.3 Tahap Kepimpinan Instruksional Guru Besar

Soalan kajian 1

Apakah tahap kepimpinan instruksional Guru Besar sekolah Rendah Tamil Petaling Perdana?

Jadual 4.7 di bawah menunjukkan data kepimpinan instruksional mengikut dimensi. Secara

keseluruhannya skor min variabel kepimpinan instruksional Guru Besar berada tahap tinggi

iaitu 4.06 sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual 4.7.

4.3.1 Kepimpinan Intruksional Mengikut Dimensi

Jadual 4.7: Kepimpinan Instruksional Mengikut Dimensi

_____________________________________________________________________________________Dimensi Min SD Tahap _____________________________________________________________________________________Menjelaskan Matlamat Sekolah 4.21 .52 Tinggi

Menguruskan program 4.01 .57 Tinggipengajaran

Membentuk iklim 3.98 .53 Tinggipembelajaran sekolah yang positif_____________________________________________________________________________________Min Keseluruhan 4.06_____________________________________________________________________________________N=93, SD= Sisihan PiawaiRendah 1.00-2.33Sederhana 2.34-3.67Tinggi 3.69-5.00

Jadual 4.7 menunjukkan bahawa tahap kepimpinan instruksional Guru Besar daripada persepsi

guru-guru Sekolah Tamil adalah tinggi bagi semua dimensi. Secara khususnya dimensi

kepimpinan instruksional Guru Besar yang paling tinggi ialah dimensi menjelaskan matlamat

sekolah (min=4.21) Bukan sahaja minnya paling tinggi, nilai SD juga adalah paling kecil

(SD=.52). Seterusnya diikuti dengan dimensi menguruskan program pengajaran (min=4.21).

Seterunya diikuti dengan dimensi membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif

51

Page 52: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

(min=3.98). Jika dibandingkan min skor bagi semua dimensi kepimpinan instruksional Guru

Besar, didapati kesemua dimensi nilai yang hampir sama. Oleh itu, tahap kepimpinan

instruksional Guru Besar daripada persepsi guru-guru sekolah Tamil di Petaling Perdana adalah

tinggi bagi semua dimensi.

4.3.1.1 Dimensi Menjelaskan Matlamat Sekolah

Jadual 4.8 menunjukkan kepimpinan instruksional Guru Besar dalam dimensi menjelaskan

matlamat sekolah secara lebih terperinci. Sebanyak 6 item yang digunakan untuk mengukur

dimensi ini.

Data jadual 4.8 menunjukkan terdapat enam item yang mengukur kepimpinan instruksional dari

sudut dimensi menjelaskan matlamat sekolah, skor tertinggi responden ialah item 5 iaitu Guru

Besar memastikan matlamat akademik sekolah yang dipaparkan di sekolah. Seramai seorang

(1.1%) memilih tidak setuju, 9 orang (9.7%) tidak pasti, 38 orang (40.9%) setuju dan 45 orang

(48.4%) memilih sangat setuju. Min bagi item ini ialah 4.37 merupakan min yang tertinggi

dalam kepimpinan instruksional bagi dimensi menjelaskan matlamat sekolah manakala sisihan

piawai ialah .70 . Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan responden bersetuju dengan pernyataan

yang terkandung di dalam item ini.

Seterusnya min yang kedua tertinggi ialah item 4 iaitu Guru Besar menjelaskan secara berkesan

misi sekolah kepada seluruh komuniti sekolah. Min yang dicatatkan bagi item ini ialah 4.35

sementara sisihan piawai ialah .619. Bagi item ini seorang tidak setuju (1.1%), 4 orang (4.3%)

tidak pasti, 49 orang (52.7%) setuju dan 39 orang (41.9%) sangat setuju.

Bagi skor item yang mencatatkan min yang ketiga tertinggi ialah item 6 (min=4.25, SD=.65.).

Pernyataan bagi item ini ialah Guru Besar sentiasa merujuk kepada matlamat sekolah semasa

perjumpaanya dengan murid. 11 orang tidak pasti (11.8%), 48 orang (4.3%) setuju dan 39 orang

52

Page 53: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

(36.6%) sangat setuju. Ini menunjukkan tiada guru yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut

terhadap peranan Guru Besar di sekolah.

Bagi dimensi ini item yang mencatatkan nilai skor yang paling rendah ialah item 3 dimana

pernyataannya adalah Guru Besar menetapkan piawaian yang tinggi untuk pengajaran guru. Skor

min bagi item ini ialah 4.01 dan nilai sisihan piawai adalah .730. Seramai 3 orang tidak setuju

(3.2%) 15 orang (16.1%) tidak pasti, 53 orang (52.7%) setuju dan 22 orang (23.7%) sangat

setuju. Hal ini memberi maksud Guru Besar kurang menetapkan piawaian yang tinggi untuk

pengajaran guru.

Oleh itu, tindakan Guru Besar memastikan matlamat akademik sekolah dipaparkan dengan jelas

di sekolah adalah tindakan guru Besar yang paling dominan dalam menjelaskan matlamat

sekolah.

Jadual 4.8 : Kepimpinan Instruksional Guru Besar dalam Dimensi menjelaskan Matlamat Sekolah.

___________________________________________________________________________________________No Pernyataan item Sangat tidak tidak setuju Sangat Min SDItem tidak setuju pasti setuju

setuju___________________________________________________________________________________________1 Guru Besar membangunkan matlamat tahunan - - 12 53 28 4.17 .63 sekolah yang 12.9% 57% 30.1% berfokus

2 Guru Besar menggunakan data pencapaian murid apabila membangunkan - 1 13 52 27 4.13 .67 matlamat akademik 1.1% 14% 55.9% 29% sekolah.

bersambung

53

Page 54: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

3 Guru Besar menetapkan piawaian yang tinggi - 3 15 53 22 4.01 .73 untuk pengajaran 3.2% 16.1% 57% 23.7% guru.

4 Guru Besar menjelaskan secara berkesan misi sekolah kepada - 1 4 49 39 4.35 .61 seluruh komuniti 1.1% 4.3% 52.7% 41.9% sekolah

5 Guru Besar memastikan matlamat akademik - 1 9 38 45 4.37 .70 sekolah dipaparkan 1.1% 9.7% 40.9% 48.4% dengan jelas di sekolah.

6 Guru Besar sentiasa merujuk kepada matlamat sekolah - - 11 48 34 4.25 .65 semasa 11.8% 51.6% 36.6% perjumpaannya dengan murid____________________________________________________________________________________________ Min keseluruhan 4.21_____________________________________________________________________________________________

4.3.1.2 Dimensi mengurus program pengajaran

Sebanyak lapan item yang digunakan untuk mengukur dimensi ini. Jadual 4.9 menunjukkan min,

sisihan piawai dan peratus responden terhadap Guru besar bagi dimensi ini.

Jadual 4.9 menunjukkan lapan item yang digunakan untuk mengukur kepimpinan instruksional

dari sudut dimensi menguruskan program pengajaran, skor tertinggi responden ialah item 8

iaitu guru Besar memaklumkan kemajuan akademik sekolah kepada murid. Seramai 6 orang

murid (6.5%) tidak pasti, 38 orang (40.9%) setuju dan 49 orang (52.7%) memilih sangat setuju.

Min bagi item ini ialah 4.46 merupakan min yang tertinggi dalam kepimpinan instruksional bagi

dimensi menguruskan program pengajaran manakala sisihan piawai ialah .61

54

Page 55: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Seterusnya min yang kedua tertinggi ialah item 7 iaitu Guru Besar membincangkan keputusan

prestasi akademik dengan guru-guru bagi mengenal pasti kelemahan kurikulum. Min yang

dicatatkan bagi item ini ialah 4.35 sementara sisihan piawai ialah .68. Bagi item ini 2 orang tidak

setuju (2.2%), 5 orang (5.4%) tidak pasti, 44 orang (47.3%) setuju dan 45.2% sangat setuju.

Bagi skor item yang mencatatkan min yang ketiga tertinggi ialah item 1 (min=3.99) SD = .68

Pernyataan bagi item ini ialah Guru Besar melaksanakan pemerhatian tidak formal di dalam bilik

darjah dari semasa ke semasa. 2 orang (2.2%) tidak setuju ,16 orang tidak pasti (17.2%), 56

orang (60.2%) setuju dan 19 orang (20.4%) sangat setuju. Bagi item 5 skor min adalah 3.90 dan

nilai sisihan piawai ialah .84. Pernyataan item ini ialah Guru Besar terlibat secara aktif dalam

menilai semula bahan kurikulum. Seorang sangat tidak setuju (1.1%), 4 orang (4.3%) tidak

setuju, 19 orang (20.4%) tidak pasti , 47 orang (50.5%) setuju dan 22 orang (30.1%) sangat

setuju.

Bagi dimensi ini item yang mencatatkan nilai skor yang paling rendah ialah item 3 di mana

pernyatannya adalah Guru besar menyemak buku latihan murid bila menilai pengajaran dalam

bilik darjah. Skor min bagi item ialah 3.80 dan nilai sisihan piawai adalah .80. 5 orang tidak

setuju (5.4%), 26 orang (28%) tidak pasti,45 (48.4%) setuju dan 17 orang (18..3%) sangat setuju.

Hal ini menunjukkan Guru Besar lebih memberi tumpuan kepada pengajaran guru semasa

membuat penyeliaan di bilik darjah dan tidak mengambil kesempatan untuk terus menyemak

buku latihan murid pada ketika itu.

Oleh itu, tindakan Guru Besar memaklumkan kemajuan akademik sekolah kepada murid adalah

tindakan Guru besar yang paling dominan dan menguruskan program pengajaran sekolah.

Jadual 4.9 kepimpinan Instruksional Guru Besar dalam Dimensi Menguruskan Program Pengajaran.

55

Page 56: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

___________________________________________________________________________________No Pernyataan item Sangat tidak tidak setuju Sangat Min SDItem tidak setuju pasti setuju setuju____________________________________________________________________________________1. Guru Besar melaksanakan pemerhatian tidak formal di dalam bilik darjah dari - 2 16 56 19 3.99 .68 semasa ke semasa. 2.2% 17.2% 60.2% 20.4%

2. Guru Besar menyatakan kekuatan-kekuatan amalan pengajaran guru - 6 20 51 16 3.83 .78 melalui maklum balas 6.5 21.5% 54.8% 17.2% selepas pencerapan di dalam bilik darjah.

3 Guru Besar menyemak buku latihan murid bila - 5 26 45 17 3.8 .80 menilai pengajaran 5.4% 28% 48.4% 18.3% dalam bilik darjah.

4. Guru Besar memantau kurikulum bilik darjah - 4 22 47 20 3.89 .78 untuk memastikan 4.3% 23.7% 50.5% 21.5% meliputi objektif kurikulum sekolah.

5. Guru Besar terlibat secara aktif dalam menilai 1 4 19 47 22 3.91 .84 semula bahan-bahan 1.1% 4.3% 20.4% 50.5% 23.7% kurikulum.

6. Guru Besar menggunakan ujian-ujian bagi menilai 1 4 18 50 20 3.90 .82 kemajuan terhadap 1.1% 4.3% 19.4% 53.8% 21.5% pencapaian matlamat sekolah.

7. Guru Besar membincangkan keputusan prestasi - 2 5 44 42 4.35 .68 akademik dengan guru-guru 2.2% 5.4% 47.3% 45.2% bagi mengenalpasti kelemahan kurikulum.

8. Guru Besar memaklumkan kemajuan akademik - - 6 38 49 4.46 .61 sekolah kepada murid 6.5% 40.9% 52.6___________________________________________________________________________________ Min keseluruhan 4.01___________________________________________________________________________________

4.3.1.3 Dimensi Membentuk Iklim Pembelajaran Sekolah Yang Positif

56

Page 57: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Berdasarkan jadual 4.10, min keseluruhan yang dicatatkan bagi item-item dimensi membentuk

iklim pembelajaran sekolah yang positif ialah 3.98. Min bagi dimensi ini adalah yang paling

rendah jika dibandingkan dengan dua dimensi yang telah diterangkan sebelum ini.

Secara terperincinya daripada sebelas item yang mengukur kepimpinan instruksional dari sudut

dimensi membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif, skor tertinggi responden ialah item

11 iaitu Guru besar menggunakan perhimpunan sekolah untuk memuji murid-murid yang

menunjukkan kecemerlangan akademik. Seramai 2 orang (2.2%) memilih tidak setuju , 16 orang

(17.2%) tidak pasti, 49 orang (52.7%) setuju dan 26 orang (28%) memilih sangat setuju. Min

bagi item ini ialah 4.30, merupakan min yang tertinggi dalam kepimpinan instruksional bagi

dimensi membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif manakala sisihan piawai ialah .67.

Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan yang terkandung

di dalam item ini dan tindakan Guru besar menggunakan perhimpunan sekolah untuk memuji

murid menunjukkan kecemerlangan akademik adalah tindakan Guru Besar yang paling dominan

dalam membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif.

Seterunya min yang kedua tertinggi ialah item 3 iaitu Guru besar mengelolakan hari

persekolahan dengan memaksimumkan masa pengajaran. Min yang dicatatkan bagi item ini ialah

4.19 sementara sisihan piawai ialah .69. Bagi item ini seorang sangat tidak setuju (1.1%),

seorang juga didapati tidak setuju (1.1%), 6 orang (6.5%) tidak pasti, 56 orang (60.2%) setuju

dan 29 orang (31.2%) sangat setuju.

Bagi skor item yang mencatatkan min yang ketiga tertinggi ialah item 8 (min=4.08, SD=.74)

Pernyataan bagi item ini ialah Guru Besar memastikan latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri

oleh kakitangan adalah selari dengan matlamat sekolah. Seramai 4 orang (4.3% ) tidak setuju, 10

orang tidak pasti(10.8%), 54 orang (58.1%) setuju dan 25 orang (26.9%) sangat setuju.

57

Page 58: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Terdapat dua item yang mencatatkan skor min yang sama iaitu item 4 dan item 9 (min=4.06)

tetapi nilai sisihan piawai adalah berbeza iaitu item 18 (SD=.79) manakala item 23 (SD=.74).

Pernyataan item 4 ini ialah Guru Besar meluangkan masa untuk bercakap secara tidak rasmi

dengan guru-guru semasa waktu lapang. Seramai 2 orang (2.2% ) tidak setuju, 20 orang tidak

pasti(21.5%), 41 orang (41.1%) setuju dan 30 orang (32.3%) sangat setuju. Setersnya bagi item 9

di mana pernyataannya ialah Guru Besar menyediakan sokongan yang mencukupi bagi setiap

perubahan yang diperkenalkannya di sekolah. Seramai 2 orang (2.2% ) tidak setuju, 16 orang

tidak pasti(17.2%), 49 orang (52.7%) setuju dan 26 orang (28%) sangat setuju.

Bagi dimensi ini item yang mencatatkan nilai skor yang paling rendah ialah 1 dimana

pernyataannya adalah Guru besar memastikan murid tidak akan dipanggil ke bilik guru semasa

waktu pengajaran. Skor min bagi item ini ialah 3.58 dan nilai sisihan piawai adalah .79. Seramai

6 orang (6.5% ) tidak setuju ,39 orang tidak pasti(41,9%), 36 orang (38.7%) setuju dan 12 orang

(12.9%) sangat setuju. Hal ini memberi maksud seringkali murid dipanggil ke bilik guru semasa

waktu pengajaran.

Oleh itu, data menujukkan Guru Besar kurang berperanan dalam membentuk iklim sekolah yang

positif iaitu membentuk suasana guru-guru dan murid menggunakan sebanyak mungkin masa

yang ada untuk pengajaran dan pembelajaran dan berasa seronok ketika berada di sekolah.

58

Page 59: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Jadual 4.10 : Kepimpinan Instruksional Guru Besar dalam Dimensi Membentuk Iklim Pembelajaran Sekolah yang Positif

___________________________________________________________________________________________No Pernyataan item Sangat tidak tidak setuju Sangat Min SDItem tidak setuju pasti setuju

setuju____________________________________________________________________________________________

1. Guru Besar memastikan murid tidak akan dipanggil - 6 39 36 12 3.58 .79 ke bilik guru semasa 6.5% 41.9% 38.7% 12.9% waktu pengajaran

2. Guru Besar menghehadkan aktiviti - 6 18 51 18 3.87 .79 Kokurikulum semasa 6.5% 19.4% 54.8% 19.4% waktu pengajaran

3. Guru Besar mengelolakan hari persekolahan dengan 1 1 6 56 29 4.19 .69 memaksimumkan 1.1% 1.1% 6.5% 60.2% 31.2% masa pengajaran

4. Guru Besar meluangkan masa untuk bercakap secara tidak rasmi - 2 20 41 30 4.06 .79 dengan guru-guru 2.2% 21.5% 44.1% 32.3% semasa waktu lapang.

5. Guru Besar melawat bilik darjah untuk berbincang - 6 31 40 16 3.71 .82 tentang isu-isu 6.5% 33.3% 43% 17.2% akademik dengan murid.

6. Guru Besar memberikan anugerah perkhidmatan 2 1 17 45 28 4.03 .85 cemerlang sebagai 2.2% 1.1% 18.3% 48.4% 30.1% ganjaran terhadap usaha istimewa guru.

7. Guru Besar mencadangkan kenaikan pangkat kepada guru sebagai ganjaran atas 2 2 27 37 25 3.87 .91 sumbangan istimewa 2.2% 2.2% 29% 39.8% 26.9% mereka kepada pihak sekolah.

59

Page 60: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

8. Guru Besar memastikan latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh - 4 10 54 25 4.08 .74 kakitangan adalah 4.3% 10.8% 58.1% 26.9% selari dengan matlamat sekolah.

9. Guru Besar menyediakan sokongan yang mencukupi bagi setiap perubahan - 2 16 49 26 4.06 .73 yang diperkenalkannya di 2.2% 17.2% 52.7% 28% sekolah.

10. Guru Besar mengiktiraf murid yang melakukan kerja - 4 11 56 22 4.03 .72 yang berkualiti 4.3% 11.8% 60.2% 23.7% dengan ganjaran-ganjaran moral.

11. Guru Besar menggunakan perhimpunan sekolah untuk memuji murid - 2 5 49 37 4.30 .67 yang menunjukkan 2.2% 5.4% 52.7% 39.8% kecemerlangan akademik____________________________________________________________________________________________

Min keseluruhan 3.98____________________________________________________________________________________________

4. 4 Tahap Komitmen Guru

Soalan kajian 2

Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah rendah Tamil di Petaling Perdana?

Sebagaimana telah dinyatakan dalam bab 1 , kajian ini telah menggunakan model komitmen

yang diperkenalkan oleh Mowdey, Steers & Porter (1982). Analisis berikut akan meneliti secara

terperinci skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus responden yang memilih item-item di

dalam soal selidik bahagian C. Analsis deskriptif ini juga akan memberikan gambaran

sebenarnya sejauh manakah tahap komitmen guru sekolah Tamil terhadap sekolah.

60

Page 61: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.4.1 Analisis deskriptif responden terhadap komitmen guru Sekolah Tamil.

Analisis dalam bahagian ini menumpukan maklum balas responden terhadap item-item soal

selidik Organizational Commitment Questionaire (OCQ) dalam bahagian C. Setiap item

ditandakan dengan skala 5 mata iaitu Sangat Tidak setuju (1), Tidak setuju (2); Tidak Pasti (3);

Setuju (4); dan Sangat Setuju (5). Analisis dibuat pada setiap item soal selidik berdasarkan

kekerapan dan peratus jawapan responden. Selain itu, min dan sisihan piawai bagi setiap item

juga ditentukan. Sebanyak 15 item yang digunakan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru

dalam komitmen mereka terhadap sekolah.

4.4.1 Analisis deskriptif responden terhadap komitmen guru Sekolah Tamil kepada sekolah

Analisis dalam bahagian ini menumpkan maklum balas responden terhadap item-item soal

selidik Organizational Commitment Questionaire (OCQ) dalam bahagian C. Setiap item

ditandakan dengan skala 5 mata iaitu Sangat Tidak setuju (1), Tidak setuju (2); Tidak Pasti (3);

Setuju (4); dan Sangat Setuju (5). Analisis dibuat pada setiap item soal selidik berdasarkan

kekerapan dan peratus jawapan responden. Selain itu, min dan sisihan piawai bagi setiap item

juga ditentukan. Sebanyak 15 item yang digunakan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru

dalam komitmen mereka terhadap sekolah. Dapatan hasil analisis tahap komitmen guru-guru

Sekolah Tamil ditunjukkan dalam Jadual 4.11

Jadual 4.11 Tahap komitmen Guru Sekolah Tamil

_____________________________________________________________________________________

Dimensi Min SD Tahap

_____________________________________________________________________________________

Komitmen guru sekolah Tamil 4.33 .42 Tinggi

_____________________________________________________________________________________

N=93, SD= Sisihan Piawai

61

Page 62: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Analisis menunjukkan bahawa tahap komitmen guru-guru sekolah Tamil di Petaling Perdana

sebagaimana yang dipersepsikan mereka sendiri adalah tinggi (min 4.33, SD .42). Terdapat

guru yang merasakan mereka sangat komited nilai maksimun (5.00) iaitu nilai mata skala paling

tinggi.

Secara keseluruhannya skor min dan nilai sisihan piawai bagi semua item ditunjukkan dalam

jadual 4.12 dibawah.

Jadual 4.12: Kekerapan Dan Peratus Komitmen Guru-Guru Sekolah Tamil

_____________________________________________________________________________________________

No Pernyataan item Sangat tidak tidak setuju Sangat Min SDItem tidak setuju pasti setuju

setuju_____________________________________________________________________________________________

1. Saya berasa diri saya sebahagian - 1 1 39 52 4.53 .58 dari sekolah ini 1.1% 1.1% 41.9% 55.9%

2.Saya berasa bangga memberitahu - 3 5 41 44 4.35 .73 orang lain di mana saya bertugas 3.2% 5.4% 44.1% 47.3%

3.Saya tidak akan puas hati tidak dapat membantu - 2 - 45 46 4.47 .54 sekolah meningkatkan prestasi 2.2% 48.4%4 9.5%

4.Usaha saya selama ini bukan untuk saya sahaja tetapi - - 1 36 56 4.58 .55untuk sekolah juga 1.1% 38.7% 60.2%

bersambung

5.Saya tidak keberatan untuk 1 3 2 50 37 4.28 .75 bekerja lebih masa 1.1% 3.2% 2.2% 53.8% 39.8%

6.Saya tidak akan mencadangkan kepada rakan-rakan supaya - 5 14 43 31 4.08 .83 bertukar ke sekolah lain 5.4% 15.1% 46.2% 33.3%

7.Saya tidak berasa susah hati apabila diarahkan melakukan - 2 18 53 20 3.98 .70 kerja yang agar sukar 2.2% 19.4% 57% 21.5%

8.Saya bersedia mencurahkan tenaga apabila diminta 1 - 2 64 26 4.32 .59 pada bila-bila masa 1.1% 2.2% 68.8% 28%

62

Page 63: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

9.Saya berasa tidak membazir tenaga membantu menyiapkan - - 4 55 34 4.32 .55 urusan sekolah4.3%59.1%36.6%

10.Saya bertugas dengan - - 1 42 50 4.53 .52 penuh kerelaan1.1%45.2%53.8%

11.Saya sering berusaha untuk meningkatkan profesionalisme - - 2 49 42 4.43 .54 diri semata-mata 2.2% 52.7% 45.2% untuk memajukan sekolah ini.

12.Seringkali saya bersetuju dengan polisi sekolah - 2 5 59 27 4.19 .63 berkaitan dengan guru 2.2% 5.4% 63.4% 29%

13. Saya sangat mengambil berat - - 4 57 32 4.30 .54 tentang sekolah ini. 4.3% 61.3% 34.4%

14.Bagi saya sekolah ini adalah - - 3 50 40 4.40 .55 yang paling baik untuk bekerja 3.2% 53.8% 43%

15.Keputusan untuk bekerja di sekolah ini adalah satu - - 6 49 38 4.34 .59 keputusan yang tepat bagi saya 6.5% 52.7% 40.9% ____________________________________________________________________________________________ Min keseluruhan 4.33____________________________________________________________________________________________

Dapatan analisis tahap komitmen guru sekolah Tamil sepertimana dalam jadual 4.12 mendapati

item 4 iaitu ‘usaha saya selama ini bukan untuk saya sahaja tetapi untuk sekolah juga”

mencatatkan skor min yang paling tinggi (min=4.58) daripada 15 item yang disediakan. Seorang

(1.1% ) memilih tidak setuju, 36 orang (38.7%) setuju dan 56 orang (60.2%) memilih sangat

setuju. Diikuti dengan skor min kedua paling tinggi (min =4.53) iaitu item 1 pernyataan “saya

berasa diri saya sebahagian dari sekolah ini”.

Seterusnya min yang ketiga tertinggi ialah item 10 iaitu “saya bertugas dengan penuh kerelaan”.

Min yang dicatatkan bagi item ini ialah 4.53 sementara sisihan piawai ialah .54. Bagi item ini

seorang didapati tidak pasti (1.1%), 42 orang (45.2%) setuju dan 50 orang (53.8%) sangat

setuju. Bagi skor item yang mencatatkan min yang keempat tertinggi ialah item 3 (min=4.47,

SD= .54). Pernyataan bagi item ini ialah saya tidak akan berpuas hati selagi tidak dapat

63

Page 64: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

membantu sekolah meningkatkan prestasi. Seramai 2 orang tidak pasti (2.2%), 45 orang (48.4%)

setuju dan 46 orang (49.5%) sangat setuju.

.

Seterusnya item 5 ialah tidak keberatan untuk bekerja lebih masa (min =4.28, SD =.75) Seramai

1 orang (1.1%) sangat tidak setuju, 3 orang (3.2%) tidak setuju , 2 orang (2.2%) tidak pasti, 50

orang (53.8%) setuju dan 37 orang (39.8%) sangat setuju. Item 8 pula (min =4.23, SD =.59)

Seramai 1 orang (1.1%) sangat tidak setuju, 2 orang (2.2%) tidak pasti, 64 orang (68.8%) setuju

dan 26 orang (28%) sangat setuju.

Item yang mencatatkan nilai skor yang paling rendah ialah item 7 di mana pernyataannya adalah

saya tidak berasa susah hati apabila diarahkan melakukan kerja yang sukar. Skor min 3.98 dan

nilai sisihan piawai .70. Seramai 2 orang (2.2%) tidak setuju, 18 orang (19.4%) tidak pasti, 53

orang (57%) setuju dan 20 orang (21.5%) sangat setuju. Hal ini menunjukkan terdapat guru

sekolah Tamil kurang bersedia untuk menjalankan kerja yang sukar apabila diarahkan.

Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen guru sekolah Tamil di sekitar

Petaling Perdana sebagaimana yang dipersepsikan mereka sendiri adalah tinggi. terdapat juga

guru yang merasakan mereka sangat komited (nilai maksimum =5.00) iaitu nilai mata skala yang

paling tinggi.

64

Page 65: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.5 Tahap Komitmen Guru Mengikut Demografi Responden

Soalan Kajian 3

Adakah terdapat perbezaan terhadap tahap komitmen guru-guru Sekolah Tamil

berdasarkan ciri-ciri demografi?

Tahap komitmen guru Sekolah juga dilihat berdasarkan ciri-ciri demografi responden

merangkumi 3 kumpulan iaitu jantina , umur dan pengalaman mengajar.

Tahap komitmen guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Petaling Perdana dilihat berdasarkan

kepada ciri-ciri demografi peserta kajian yang merangkumi 3 kumpulan iaitu jantina, umur dan

pengalaman mengajar. Pengkaji telah menggunakan ujian T-test dan Anova sehala bagi

menentukan adakah wujudnya hubungan yang signifikan antara variabel-variabel tersebut.

4.5.1 Tahap Komitmen Guru-guru Sekolah Tamil Mengikut Jantina

Tahap komitmen guru Sekolah Tamil terhadap sekolah juga boleh dilihat melalui perbezaan

jantina iaitu antara guru lelaki dan guru perempuan. Perbezaan ini boleh dilihat seperti di dalam

jadual 4.13.

Jadual 4.13 : Tahap Komitmen Guru Sekolah Tamil Mengikut Jantina

_____________________________________________________________________________________Jantina Bilangan min Sd t sig-t

_____________________________________________________________________________________Lelaki 30 4.40 0.13 1.167 .166

Perempuan 63 4.34 0.24 Jumlah 93 _____________________________________________________________________________________ Nota : signifikan pada aras p < .05

65

Page 66: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Berdasarkan jadual 4.13, nilai p melebihi .05 bagi tahap komitmen mengikut jantina lelaki dan

perempuan. Manakala nilai min bagi tahap komitmen lelaki ialah 4.40 dan tahap komitmen

perempuan 4.34. Ini menunjukkan tidak ada perbezaan yang ketara antara tahap komitmen guru

lelaki dan perempuan.

Jadual 4.14 : Tahap Komitmen Guru Sekolah Tamil Mengikut Umur

____________________________________________________________________________________Umur Bilangan min F sig-F _____________________________________________________________________________________20 tahun -30 tahun 13 4.50 5.70 .007 31 tahun -40 tahun 25 4.37 41 tahun -50 tahu 40 4.28 51 tahun -60 tahun 15 4.45 Jumlah 93 _____________________________________________________________________________________ Nota : signifikan pada aras p < .05

F(3,124)=

20-30 dan 40-50

20-30 dan 50-60

30-40 dan 50-60

Keputusan Anova sehala pada jadual 4.14 menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang

signifikan ( F=5.70) dan (Sig.P=0.000) antara tahap komitmen guru dengan umur pada aras

P<0.05. Nilai ini adalah rendah menunjukkan kecenderungan ke arah signifikan. Oleh yang

demikian, dapat kita katakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap komitmen

guru dan berdasarkan perbezaan umur guru. Ujian telah dibuat melalui ujian anova sehala bagi

menunjukkan hubungan signifikan antara dua kumpulan. Pengkaji menilai dari tahap signifikan p

< .05 di mana didapati nilai signifikan dalam jadual di atas ialah .007 melebihi tahap p< .05. Ini

menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kumpulan umur 20 tahun hingga 30 tahun

ialah 4.50, umur 31 tahun hingga 40 tahun ialah 4.37, umur 41 tahun hingga 50 tahun ialah 4.28

dan umur 51tahun hingga 60 tahun ialah 4.45. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang ketara

kategori kumpulan umur terhadap tahap komitmen antara kumpulan. Ini menggambarkan tahap

66

Page 67: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

komitmen guru-guru di sekolah Rendah Petaling Perdana berada pada tahap yang tinggi dan

hampir sama mengikut kumpulan umur.

Post Hoc Test dengan menggunakan Tukey HSD bagi perbezaan umur guru.

Jadual 4.15 menunjukkan keputusan ujian Post Hoc dengan menggunakan Turkey HSD bagi

mengkaji tahap komitmen berdasarkan perbezaan umur guru.

Jadual 4.28: Post Hoc Test dengan menggunakan Tukey HSD bagi perbezaan umur guru.

I J

Mean Difference

(I-J) Std Error Sig

95% Confidence Interval

Lower Bound

Upper Bound

1 2 .14923 .07411 .191 -.0448 .34323 .00838 .06965 .999 -.1739 .19074 -.05662 .08267 .903 -.2730 .1598

2 1 -.14923 .07411 .191 -.3432 .04483 -.14085 .05496 .057 -.2847 .00304 -.20585* .07073 .023 -.3910 -.0207

3 1 -.00838 .06965 .999 -.1907 .17392 .14085 .05496 .057 -.0030 .28474 -.06500 .06605 .759 -.2379 .1079

4 1 .05662 .08267 .903 -.1598 .27302 .20585* .07073 .023 .0207 .39103 .06500 .06605 .759 -.1079 .2379

Nota : 1= kumpulan20-302= kumpulan31-403= kumpulan 41-504= kumpulan 51-60

Berdasarkan jadual 4.28 didapati terdapat beberapa pasangan kumpulan umur yang

berbeza secara nyata atau signifikan.

a) Kumpulan umur 20-30 – umur 40-50 dengan perbezaan min sebesar -.00838 dan

signifikan hitung sebesar .003 (.003<0.005)

67

Page 68: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Dalam kajian ini, analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

secara statastik antara kumpulan umur 20-30 dan kumpulan umur 40-50 dengan perbezaan min

sebesar -.00838 dan signifikan hitung sebesar .003 (.003<0.005) terhadap komitmen guru.

b) Kumpulan umur 20-30 – umur 50-60 dengan min difference sebesar -.05662 dan

signifikan hitung sebesar .000 (.000<0.005)

Seterusnya, analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara

statastik antara Kumpulan umur 20-30 dan kumpulan umur 50-60 dengan perbezaan min

sebesar -.05662 dan signifikan hitung sebesar .000 (.000<0.005) terhadap komitmen guru.

c) Kumpulan umur 30-40 – umur 50-60 dengan min difference sebesar -.90962 dan

signifikan hitung sebesar .003 (.003<0.005)

Dalam kajian ini, analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

secara statastik antara Kumpulan umur 30-40 dan kumpulan umur 50-60 dengan perbezaan min

sebesar -.20585 dan signifikan hitung sebesar .003 (.003<0.005) terhadap komitmen guru.

68

Page 69: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.5.2 Tahap Komitmen Guru Sekolah Tamil Mengikut Pengalaman Mengajar

Tahap komitmen guru Sekolah Tamil dapat dilihat kumpulan pengalaman mengajar yang

berbeza-beza. Perbezaan ini boleh dilihat seperti dalam jadual dibawah.

Jadual 4.15 : Tahap Komitmen Guru Sekolah Tamil Mengikut Pengalaman Mengajar

____________________________________________________________________________________Pengalaman Mengajar Bilangan min F sig-F _____________________________________________________________________________________1 tahun -10 tahun 22 4.41 1.232 .296 11 tahun -20 tahun 39 4.37 21 tahun -30 tahun 32 4.31 31 tahun ke atas 0 Jumlah 93 _____________________________________________________________________________________F(2, 91)=

Ujian telah dibuat melalui ujian anova sehala bagi menunjukkan hubungan signifikan antara

lebih dari dua kumpulan .Tahap signifikan adalah pada aras p < .05. Dalam jadual di atas,

menunjukkan nilai signifikan tahap komitmen guru-guru di Sekolah Rendah Tamil mengikut

pengalaman mengajar ialah pada tahap .296. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan

antara kumpulan berdasarkan tahun pengalaman pengajaran guru. Nilai min pula mengikut

kumpulan pengalaman ialah tempoh 1 hingga 10 tahun ialah 4.41, 11 hingga 20 tahun ialah 4.37

dan 21 hingga 30 tahun ialah 4.31. Tiada perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga kumpulan

tempoh pengalaman dan berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi nilai min 4.0. Ini

menunjukkan tahap komitmen guru-guru di Sekolah Rendah Tamil di Daerah Petaling Perdana

berada pada tahap yang tinggi dan tiada perbezaan yang ketara mengikut tempoh pengalaman

mengajar.

69

Page 70: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Oleh itu, dapatan menunjukkan terdapat ciri demografi yang tidak mempunyai perbezaan yang

signifikan dengan tahap komitmen guru seperti jantina dan tempoh pengalaman mengajar.

Manakala ciri-ciri demografi yang mempunyai perbezaan dengan tahap komitmen guru iaitu

umur.

4.6 Korelasi Kepimpinan Intruksional Guru Besar dengan komitmen guru-guru sekolah

Tamil di Daerah Petaling Perdana.

Soalan Kajian 4

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional dengan

komitmen guru-guru di Sekolah Tamil Petaling Perdana?

Analisis ini bertujuan untuk menganalisis di antara variabel bebas iaitu kepimpinan instruksional

guru besar dengan variabel bersandar iaitu komitmen Guru sekolah Tamil . Untuk mengenal

pasti samaada terdapat hubungan yang signifikan atau tidak di antara kepimpinan instruksional

Guru Besar mengikut persepsi guru dengan komitmen mereka terhadap sekolah , penyelidik

telah mengujinya menggunakan ujian Korelasi Spearman. Analisis bahagian ini juga mencakupi

korelasi di antara dimensi-dimensi di dalam variable bebas dengan variabel bersandar iaitu

komitmen guru.

70

Page 71: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.4.1 Korelasi Kepimpinan Intruksional Guru Besar dengan Komitmen guru sekolah Tamil

Jadual 4.13 menunjukkan di antara variabel bebas (Kepimpinan Intruksional Guru Besar dan

Variabel bersandar (Komitmen guru)

Jadual 4.13 Korelasi di antara kepimpinan Instruksional Guru Besar dengan Komitmen

guru.

kepimpinan Instruksional Guru Besar

Komitmen guru

Spearman’s rho Kepimpinan instruksional

Korelasi koefisien 1.000 .575**

Sig (2-hujung) .000 Komitmen Korelasi koefisien .575** 1.000

Sig (2-hujung .000 N=93 Nota : ** signifikan pada aras p < .01 ( 2-hujung) 0.0-0.20 = Sangat rendah (hampir tidak ada hubungan)0.21-0.40 = Korelasi yang rendah0.41-0.60 = Korelasi sederhana

Jadual 4.13, analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang

sederhana kuat yang signifikan di antara kepimpinan instruksional Guru Besar dengan komitmen

guru (r = .57, p < .05). Korelasi yang positif ini menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional

yang diamalkan oleh Guru besar telah mempengaruhi tahap komitmen guru sekolah Tamil

terhadap sekolah. Secara relatifnya, lebih kerap Guru Besar mengamalkan kepimpinan

intruksional maka lebih tinggi tahap komitmen guru-guru Sekolah Tamil terhadap sekolah.

71

Page 72: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.4.2 Korelasi Menjelaskan Matlamat Sekolah dengan Komitmen Guru-guru Sekolah Tamil

Jadual 4.14 menunjukkan korelasi antara menjelaskan matlamat sekolah dengan Komitmen guru.

Jadual 4.14 Korelasi di antara kepimpinan Intruksional Guru Besar dengan Komitmen guru.

Menjelaskan Matlamat Sekolah

Komitmen guru

Spearman’s rho Menjelaskan Matlamat Sekolah

Korelasi koefisien 1.000 .423**

Sig (2-hujung) .000 Komitmen Korelasi koefisien .423** 1.000

Sig (2-hujung .000 N=93Nota : ** signifikan pada aras p < .01 ( 2-hujung)0.0-0.20 = Sangat rendah (hampir tidak ada hubungan)0.21-0.40 = Korelasi yang rendah0.41-0.60 = Korelasi sederhana

Jadual 4.14 analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang

korelasi positif yang sederhana antara dimensi menjelaskan matlamat sekolah dan komitmen

guru (r = .423** ). Wujudnya hubungan korelasi yang signifikan antara menjelaskan matlamat

sekolah dengan komitmen guru dengan nilai p = .001 iaitu p < .05. Korelasi yang positif ini juga

menunjukkan bahawa peranan Guru Besar dalam menjelaskan matlamat sekolah telah

mempengaruhi komitmen guru-guru. Maka dengan ini dapat dirumuskan bahawa terdapat

hubungan signifikan antara dimensi menjelaskan matlamat sekolah dengan komitmen guru. Hal

ini demikian kerana apabila Guru Besar berjaya menjelaskan matlamat sekolah maka guru-guru

memberikan komitmen yang tinggi.

72

Page 73: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.4.3 Korelasi Dimensi Mengurus Program Pengajaran dengan komitmen Guru sekola Tamil

Jadual 4.15 menunjukkan korelasi antara mengurus program pengajaran dengan Komitmen guru

Mengurus Program Pengajaran

Komitmen guru

Spearman’s rho Mengurus Program Pengajaran

Korelasi koefisien 1.000 .507**

Sig (2-hujung) .000 Komitmen guru Korelasi koefisien .507** 1.000

Sig (2-hujung .000 N=93

NOTA** signifikan pada aras p < .01 ( 2-hujung)0.0-0.20 = Sangat rendah (hampir tidak ada hubungan)0.21-0.40 = Korelasi yang rendah0.41-0.60 = Korelasi sederhana

Jadual 4.18, analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang

korelasi positif sederhana antara dimensi mengurus program pengajaran dan komitmen guru (r

= .507**). Wujudnya hubungan korelasi ang signifikan antara mengurus program pengajaran dan

komitmen guru dengan nilai p = .000 iaitu p < .05. Korelasi yang positif ini juga menunjukkan

bahawa peranan Guru Besar dalam mengurus program pengajaran telah mempengaruhi

komitmen guru Sekolah Tamil Daerah Petaling Perdana. Maka dengan ini dapat dirumuskan

bahawa terdapat hubungan signifikan antara dimensi mengurus program pengajaran sekolah

dengan komitmen guru. Hal ini demikian kerana apabila Guru Besar berjaya mengurus program

pengajaran sekolah dengan mantap maka guru-guru memberikan komitmen yang

tinggi.Sebaliknya, Guru Besar kurang berkemahiran dalam menguruskan program pengajaran

maka komitmen yang diberikan oleh guru-guru agak rendah.

73

Page 74: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

4.5.4 Korelasi Membentuk Iklim Pembelajaran Sekolah Positif dengan komitmen Guru sekolah Tamil

Jadual 4.16 menunjukkan Korelasi Membentuk Iklim Pembelajaran Sekolah Positif dengan Komitmen Guru sekolah Tamil.

Membentuk Iklim Pembelajaran Sekolah Positif

Komitmen guru

Spearman’s rho Membentuk Iklim Pembelajaran Sekolah Positif

Korelasi koefisien 1.000 .622**

Sig (2-hujung) .000 Komitmen Korelasi koefisien .622** 1.000

Sig (2-hujung .000 N=93NOTA** signifikan pada aras p < .01 ( 2-hujung)0.0-0.20 = Sangat rendah (hampir tidak ada hubungan)0.21-0.40 = Korelasi yang rendah0.41-0.60 = Korelasi sederhana

Jadual 4.16 analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang

sederhana kuat yang signifikan di antara peranan Guru Besar dalam Membentuk Iklim

Pembelajaran Sekolah Positif dengan komitmen guru Sekolah Tamil ( r = .62 , p <0.01).

Korelasi yang positif menunjukkan bahawa peranan Guru besar telah berjaya membentuk iklim

pembelajaran sekolah yang positif telah mempengaruhi komitmen guru berbanding dengan

dimensi-dimensi lain. Ini bermakna Guru Besar berjaya membentuk iklim pembelajaran yang

positif dalam sekolah menyebabkan guru-guru memberikan komitmen yang tinggi. Sebaliknya,

iklim sekolah yang negatif boleh menyebabkan guru-guru tidak bermotivasi untuk berkhidmat.

Oleh itu, dapatan hasil kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara

kepimpinan instruksional Guru Besar dengan komitmen guru sekolah Tamil di Petaling Perdana

(r= .57, p <.01). Khususnya peranan Guru Besar dari sudut dimensi membentuk iklim

pembelajaran sekolah yang positif mempunyai pengaruh yang paling tinggi terhadap komitmen

guru Sekolah Tamil ( r = .62, p < 0.01). Manakala peranan Guru Besar dari dimensi menjelaskan

74

Page 75: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

matlamat sekolah adalah paling rendah korelasinya terhadap komitmen guru Sekolah Tamil (r

= .42, p < 0.01)

4.7 RUMUSAN

Berdasarkan data yang dipaparkan menunjukkan kepimpinan instruksional Guru Besar

mempengaruhi tahap komitmen guru-guru di Sekolah Rendah Tamil Petaling Perdana. Dimana

setiap dimensi menunjukkan korelasi dan signifikan antara dimensi dan tahap komitmen guru.

Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen dengan ciri

iaitu umur. Manakala bagi demografi pengalaman mengajar, terdapat hubungan yang signifikan

dengan komitmen kerana nilai aras p < .05.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana kuat yang signifikan

antara kepimpinan instruksional Guru besar dengan Komitmen guru Sekolah Tamil (r = .57 ,p

<.05) . Semua dimensi kepimpinan instruksional Guru besar menunjukkan hubungan signifikan

dengan komitmen guru tetapi pada korelasi yang berbeza.

Dimensi membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif mendahului dimensi yang lain di

mana terdapat perhubungan yang sederhana kuat yang signifikan terhadap tahap komitmen guru

Sekolah Tamil (r = .42, p < 0.01). Keseluruhan korelasi menunjukkan kadar pengaruh yang agak

sederhana kuat.

Dimensi ini menjelaskan matlamat sekolah menunjukkan korelasi dan signifikan antara dimensi

dan tahap komitmen guru. Dimensi menjelaskan matlamat sekolah menunjukkan korelasi pada

tahap r = .423** (p = .001), dimensi mengurus program pengajaran menunjukkan korelasi pada

tahap r = .507** (p = .006) dan dimensi membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif

menunjukkan korelasi pada tahap r = .622** (p = .000).

75

Page 76: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara amalan kepimpinan Guru

Besar bagi setiap dimensi dengan tahap komitmen guru-guru sekolah Tamil.

76

Page 77: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Bab ini membincangkan tentang semua hasil dapatan berdasarkan soalan kajian yang telah

dikemukakan. Berdasarkan perbincangan tersebut, satu rumusan akan dibuat. Ini diikuti oleh

pernyataan, implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa

hadapan berasaskan dapatan kajian. Untuk melengkapkan kajian ini satu rumusan secara

keseluruhan turut disertakan.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Perbincangan adalah berdasarkan analisis dapatan yang diperolehi mengikut turutan soalan

kajian. Ianya akan melihat beberapa aspek seperti dapatan kajian tentang tahap kepimpinan

instruksional yang diamalkan oleh Guru Besar mengikut persepsi guru-guru sekolah Tamil.

Seramai 93 orang guru di Petaling Perdana telah menjadi peserta kajian ini. Bahagian ini juga

akan membincangkan tahap komitmen guru sekolah Tamil terhadap sekolah iaitu sama ada

komitmen mereka berada pada tahap yang rendah, sederhana atau tinggi. Perbezaan tahap

komitmen guru dari aspek demografi juga akan dibincangkan dalam bahagian ini seperti jantina,

umur, kelayakan akademik tertinggi dan pengalaman mengajar.

Perbincangan ini akan menyentuh tentang kekuatan korelasi di antara kepimpinan instruksional

Guru Besar dengan komitmen guru sekolah Tamil.

5.2.1 Tahap kepimpinan Instruksional Guru Besar.

Bagi mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional Guru Besar, pengkaji telah menggunakan

model kepimpinan yang dibawa oleh Hallinger dan Murphy (1985) yang menekankan tiga

dimensi iaitu menjelaskan matlamat sekolah, menguruskan program pengajaran dan membentuk

iklim pembelajaran yang positif di sekolah.

77

Page 78: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Secara keseluruhannya skor min kepimpinan instruksional Guru Besar berada tahap tinggi iaitu

4.06 . Hal ini menunjukkan bahawa tahap kepimpinan instruksional Guru Besar daripada

persepsi guru-guru Sekolah Tamil di sekolah Daerah Petaling Perdana adalah tinggi bagi semua

dimensi. Skor min yang tinggi bagi kepimpinan ini juga berpunca daripada kesedaran tentang

kepentingan kepimpinan instruksional semakin tinggi dalam kalangan Guru Besar-guru Besar

yang dikaji. Keadaan ini berlaku disebabkan Guru Besar mendapat pendedahan dengan

menyertai kursus-kursus yang dianjurkan Bahagian Pendidikan Rendah, Majlis Guru Besar

Sekolah-sekolah Tamil (MGBT) dan juga Daerah Petaling Perdana. Kursus-kursus yang

dianjurkan bukan sahaja merangkumi kursus pengurusan sekolah tetapi juga kursus kepimpinan

instruksional. Oleh itu, ini dapat meningkatkan instruksional Guru besar dari masa ke masa.

Kepimpinan instruksional dirasakan perlu kerana pengajaran dan pembelajaran merupakan core

business Guru Besar di sekolah dan tuntutan masyarakat terhadap sekolah sebagai institusi

pembelajaran semakin mendesak pada abad ini .(Leithwood, 1994; Hallinger, 2005)

Di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan Guru Besar

sekolah kerana amat signifikan dalam melahirkan sekolah yang berkesan (Sazali, Rusmini,

Abang Hut & Zamri 2007). Dalam abad ke-21, amalan kepimpinan instruksional masih relevan

dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005; Jabatan Perdana

Menteri 2010). Keberkesanan amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010). Alimudin

(2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi agen perubahan dan

mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat memberi impak yang signifikan dalam

kecemerlangan murid.

Secara khususnya dimensi kepimpinan instruksional Guru Besar yang paling tinggi adalah

dimensi menjelaskan matlamat sekolah (min = 4.21). Dimensi ini merangkumi dua sub dimensi

yang lain iaitu membina matlamat sekolah yang jelas dan menyebarkannya kepada seluruh warga

78

Page 79: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

sekolah dan komuniti setempat. Seorang Guru Besar adalah pemimpin instruksional yang

memimpin dengan tujuan (lead with purpose, Baldoni, 2012) perlu bukan sahaja mempunyai

matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi malah perlu mengordikasikannya dengan orang

bawahannya. Di sekolah, matlamat sekolah sudah pastilah matlamat pembelajaran murid yang

hendak dicapai. Untuk itu, pengajaran yang baik oleh guru yang berdedikasi tinggi yang tahu

menggunakan maklumat yang diperolehi daripada proses pentaksiran formatif dan sumatif untuk

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran perlu dipelajari dan dikuasai oleh pemimpin sekolah.

Guru yang telah memahami dan menerima pandangan pemimpin sekolah untuk berubah dan

bersedia untuk melaksanakan perubahan perlu menyampaikannya pula kepada muridnya dari

semasa ke semasa sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu diberitahu

tentang matlamat pembelajaran ialah pencapaian cemerlang dalam peperiksaan, matlamat

pembelajaran yang baru ialah murid cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga

sahsiah, kokurikulum dan kurikulum yang boleh dipasarkan serta menjadi warganegara yang

baik (KPM, 2011).

Hussein Mahmood (1993) menyokong pendapat di atas dengan mengatakan tanggungjawab

Guru Besar termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif

sekolah dan membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan bidang

kurikulum yang lain dapat dipertingkatkan.

Seterusnya, dalam dimensi menguruskan program pengajaran menunjukkan nilai min yang

diperolehi adalah 4.01. Nilai min ini menunjukkan kepimpinan instruksional Guru besar berada

pada tahap yang tinggi. Begitu juga dengan dimensi membentuk iklim pembelajaran sekolah

yang positif dengan nilai min 3.98. Ini menunjukkan tahap kepimpinan instruksional Guru Besar

adalah berada pada tahap yang lebih tinggi.

79

Page 80: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

5.2.2 Tahap Komitmen Guru Sekolah Tamil mengikut demografi.

Secara keseluruhannya, tahap komitmen guru-guru di Sekolah Rendah Tamil Daerah Petaling

Perdana berada pada aras yang tinggi iaitu nilai min 4.33. Dari segi perbezaan jantina, tiada

perbezaan tahap komitmen antara guru lelaki dengan guru perempuan dengan nilai minnya ialah

guru lelaki 4.40 dan guru perempuan 4.34. Ini menunjukkan tiada perkaitan antara perbezaan

yang signifikan antara tahap komitmen guru dengan kumpulan umur peserta kajian.

Dapatan ini selari dengan hasil kajian Noraini (2002) yang menyatakan tidak terdapat perbezaan

signifikan mengikut jantina terhadap kajian komitmen dalam kalangan guru-guru. Mek Yam

(1999) terhadap 105 orang responden di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang mendapati

tidak terdapat perbezaan komitmen afektif berkaitan persekitaran kerja dengan umur responden.

Mohamad Nawi (2002) mendapati terdapat hubungan yang signifikan tahap komitmen dengan

jantina.

Dari aspek umur, hasil kajian menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan antara umur dan

tahap komitmen guru. Nilai min bagi umur 20 hingga 30 tahun ialah 4.50, umur 31 tahun hingga

40 tahun ialah 4.37, umur 41 hingga 50 tahun ialah 4.28 dan 51 tahun hingga 60 tahun ialah 4.45.

Ini menunjukkan tahap komitmen guru berada paras yang tinggi kerana melebihi nilai min 4.0

tetapi tiada kaitan yang signifikan dengan kumpulan umur.

Keputusan juga menunjukkan tiada perkaitan signifikan antara pengalaman mengajar peserta

kajian dengan tahap komitmen guru. Nilai min guru yang mempunyai pengalaman mengajar 1

hingga 10 tahun adalah 4.41, 11 hingga 20 tahun adalah 4.37 dan 21 tahun hingga 30 tahun ialah

4.31. Ini menunjukkan tahap komitmen guru berada paras yang tinggi kerana melebihi nilai min

4.0. Ini selari dengan hasil dapatan oleh Mathieu & Zajac (1990) yang menyatakan komitmen

lebih berkait rapat dengan pengalaman bekerja.

80

Page 81: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

5.2.3 Korelasi Antara Kepimpinan Instruksional Guru Besar dengan Komitmen Guru-guru

Sekolah Rendah Tamil di Petaling Perdana.

Hasil dapatan kajian menunjukkan wujudnya perkaitan hubungan antara kepimpinan

instruksional Guru besar dengan komitmen guru. Kepimpinan instruksional Guru besar yang

merangkumi tiga dimensi kepimpinan instruksional seperti dinyatakan di atas, menggambarkan

persepsi yang positif oleh 93 peserta kajian. Korelasi positif digambarkan antara hubungan

kepimpinan instruksional Guru besar dengan komitmen guru dengan nilai korelasi r = .57**.

Selain itu, tahap signifikannya adalah tinggi kerana nilai sisihan piawainya ialah .000 iaitu

p<.05. Secara keseluruhannya, tahap amalan kepimpinan instruksional Guru besar

mempengaruhi tahap komitmen guru-guru di Sekolah Rendah Tamil Daerah Petaling Perdana.

Hasil kajian ini adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Aaizat, Intan dan Zainal

Ariffin (2006) yang mendapati bahawa kepimpinan instruksional mampu mewujudkan

persekitaran kerja yang kondusif sekaligus meningkatkan tahap komitmen guru. Ramai pengkaji

dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh

Hallinger dan Murphy (1985) dan Hallinger (1990) sebagai panduan. Antara perkara yang dikaji

ialah penetapan matlamat sekolah, memantau keupayaan guru mengajar dan murid belajar,

menyelia dan menilai program instruksional, mengawal masa, menggalakan perkembangan

professional dan memberi ganjaran kepada guru dan murid (Hallinger, 1985,2000) ialah

pendefinisian misi sekolah. Hallinger (2005) dalam kajian menunjukkan komitmen guru berkait

rapat dengan penyeliaan perkembangan guru serta kepimpinan instruksional Guru Besar

keseluruhannya. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab menjalankan

penyeliaan bagi menambaik tugas guru-guru dan meningkatkan komited kepada pengajaran dan

pembelajaran.

81

Page 82: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, dapatlah dirumuskan bahawa penyelidik telah berjaya

mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini.

Jawapan tersebut ialah:

1. Kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh Guru-guru Besar Sekolah Tamil di Daerah

Petaling Perdana adalah berada di tahap yang tinggi. Amalan menjelaskan matlamat sekolah

adalah lebih dominan diamalkan oleh Guru-guru Besar di Daerah Petaling Perdana berbanding

dengan menguruskan program pengajaran dan membentuk iklim pembelajaran sekolah yang

positif.

2. Komitmen guru Sekolah Tamil di Daerah Petaling Perdana terhadap sekolah juga berada di

tahap yang tinggi.

3.Tahap komitmen guru dengan dengan ciri demografi umur, jantina dan pengalaman mengajar

tiada perbezaan yang signifikan.

4. Terdapat hubungan yang sederhana kuat yang signifikan antara kepimpinan instruksional

Guru Besar dengan Komitmen guru sekolah Tamil.

5.3 Implikasi Kajian

Kajian ini membuka satu dimensi baharu untuk perkembangan ilmu pengetahuan tentang

kepimpinan instruksional dan komitmen guru di sekolah. keseluruhan kajian ini menunjukkan

bahawa tahap kepimpinan instruksional Guru Besar adalah tinggi dan baik. Manakala tahap

komitmen guru-guru juga berada pada tahap yang tinggi dan sederhana. Tidak terdapat

perbezaan pada tahap komitmen guru berdasarkan faktor demografi guru-guru. Sementara itu,

terdapat pengaruh kepimpinan instruksional terhadap tahap komitmen guru berdasarkan faktor

demografi guru-guru. Dimensi menggalakkan iklim pembelajaran positif di sekolah di lihat

dominan mempengaruhi tahap komitmen guru-guru. Hasil kajian ini selari dengan hasil-hasil

kajian yang berkaitan dengan kepimpinan instruksional Guru Besar sama ada di dalam atau di

luar Negara. Hasil daripada kajian dan tinjauan literatur, menyarankan agar Guru-guru Besar

perlu berfungsi secara berkesan sebagai pemimpin instruksional.

82

Page 83: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Hasil kajian ini akhirnya diharap membantu pihak Guru Besar untuk membaiki pengusaan ilmu

kepimpinan instruksional agar tahap kepimpinan instruksional mereka menjadi lebih tinggi dan

mantap. Dapatan kajian ini juga dilihat boleh menjadi panduan kepada pihak Guru Besar sekolah

dalam melonjakkan pencapaian akademik murid seiring dengan kepimpinan instruksional itu

sendiri. Tuntutan masyarakat untuk melihat anak-anak mereka memperoleh ilmu pengetahuan

sekolah perlu menguasai setiap fungsi dalam model kepimpinan instruksional sebagaimana

disarankan oleh Hallinger dan Murphy (1985).

Guru Besar harus memahami dengan sejelas-jelasnya dimensi-dimensi peranan dan fungsi

amalan kepimpinan instruksional supaya dapat memimpin pengajaran di sekolah dengan cekap

dan berkesan. Guru Besar juga perlu jelas tentang kemahiran-kemahiran khusus dalam setiap

dimensi serta fungsi kepimpinan instruksional agar tugas sebagai pemimpin instruksional dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnys, Guru Besar yang baru dilantik dapat menerokai dan

mengenalpasti fungsi tingkah laku kepimpinan instruksional agar dapat mereka amalkan dalam

kepimpinan mereka. Dengan mengamalkan tingkah laku tersebut, peluang pencapaian akademik

yang tinggi dalam kalangan murid-murid adalah tinggi. Program-program latihan yang dirancang

untuk Guru Besar perlu peka dan prihatin supaya dapat membantu mereka melaksanakan tingkah

laku kepimpinan instruksional di sekolah.

Guru Besar juga harus tahu bagaimana untuk meningkatkan tahap komitmen dalam kalangan

subordinatnya. Kepimpinan Guru Besar harus mengambil kira tentang aspek komitmen setiap

guru di bawah pentadbirannya agar tidak timbul perasaan tidak perasaan tidak puas hati dalam

kalangan guru-guru. Tahap komitmen guru-guru mampu mengubah iklim sesebuah sekolah sama

ada iklim yang kondusif atau sebaliknya. Hasil kajian ini diharap mampu memberi satu panduan

kepada Guru besar tentang setiap dimensi yang terdapat dalam model komitmen organisasi agar

Guru Besar boleh membangunkan semangat espirit de corps dalam kalangan guru-guru.

Kemenjadian warga sekolah banyak bergantung kepada pucuk pimpinan yang pentadbiran

83

Page 84: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

sekolah. Keberhasilan dalam sistem pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada komitmen

guru-guru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan pendidik.

Kepimpinan intruksional Guru Besar dilihat mempunyai pengaruh terhadap tahap komitmen

guru-guru. Walaupun tidak menyeluruh, namun ia tetap berlaku kerana kepimpinan instruksional

Guru Besar tidak dipraktikan sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan dapatan kajian yang

menunjukkan dimensi menggalakkan iklim pembelajaran positif di sekolah mempunyai

pengaruh terhadap komitmen guru-guru. Hasil Kajian ini diharap mampu memberi satu

gambaran tentang kepentingan Guru Besar menguasai setiap dimensi dalam kepimpinan

instruksional itu sendiri.

Peranan pemimpin merupakan faktor utama kerana ia membentuk iklim pentadbiran yang boleh

memotivasikan guru-guru untuk bekerja dengan berkesan melalui tindakan-tindakan yang boleh

mewujudkan komitmen kerja yang tinggi. Untuk itu, Guru Besar sekolah bertanggungjawab

untuk mengamalkan tingkah laku kepimpinan instruksional kerana tingkah laku tersebut terbukti

dapat mempengaruhi komitmen kerja guru-guru.

Dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan pendidikan berkualiti di

sekolah-sekolah, tumpuan terhadap kursus-kursus dan pengurusan sekolah semata-mata

mungkin tidak dapat mencapai matlamat ini. Pengetahun tentang tingkah laku kepimpinan

instruksional perlu dijadikan salah satu kurikulum kursus untuk Guru Besar. Dicadangkan juga

agar pihak pentadbir sekolah diberi peluang untuk mendalami dan menguasai ilmu tentang

kepimpinan instruksional dengan mengadakan pelbagai kursus dan program pembangunan

profesionalisme pentadbir sekolah. Setiap Guru besar harus didedahkan dan dimantapkan

dengan ilmu mengurus dan mentadbir sekolah agar mereka mampu menjadi pentadbir

bertanggungjawab dan peranan sebagai pemimpin sekolah.

84

Page 85: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

5.4 Cadangan Kajian lanjutan

Sampel kajian ini terdiri daripada guru-guru Sekolah Tamil Petaling Perdana yang memberi

tindakbalas terhadap gaya kepimpinan Guru Besar seperti yang dipersepsikan oleh mereka. Ini

merupakan pandangan satu hala sahaja dan mungkin mengakibatkan respons yang berat sebelah.

Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan agar kajian di masa hadapan menggunakan

kaedah persamplen berpecah (split sample) seperti yang dicadangkan oleh Rousseau (1985) iaitu

pandangan dan persepsi para Guru Besar turut diambil kira.

Seterusnya, kajian ini dibuat secara kuantitatif , maka dicadangkan kajian akan datang boleh

menggunakan kajian kualitatif atau gabungan kedua-duanya (kualitatif dan kuantitatif) untuk

mendapatkan data yang lebih tepat dan jelas. Selain itu, responden juga boleh diperluaskan

kepada ibu bapa, murid-murid dan Guru Besar itu sendiri.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional Guru Besar mempengaruhi

komitmen guru di Sekolah Rendah Tamil yang dikaji tanpa mengira jantina. Kajian seterusnya

boleh dibuat oleh pengkaji masa hadapan untuk mengenalpasti perbezaan tahap kepimpinan

instruksional Guru Besar lelaki dengan tahap Kepimpinan instruksional Guru Besar perempuan.

5.5 Rumusan

Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional Guru besar mempunyai

hubungan dengan komitmen guru. Walaupun dapatan telah menunjukkan komitmen guru adalah

tinggi, namun faktor ini tidak semestinya menjadi penyumbang yang utama dalam meningkatkan

prestasi sekolah.

Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan pemimpin sekolah tersebut.

Guru Besar sebagai pemimpin instruksional yang perkasa mampu mempengaruhi kualiti

85

Page 86: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

pencapaian akademik sekolah yang bermakna, mengambil kira konteks sekolah seperti status

sosio ekonomi murid, saiz sekolah, komuniti setempat. Guru besar sebagai pemimpin

instruksional bertanggungjawab untuk membentuk dan menyemai motivasi dan komitmen guru

kepada pengajaran dan matlamat sekolah.

Guru Besar perlu menjalankan peranannya sebagai pemimpin instruksional yang berkesan dan

melaksanakan kepimpinan tersebut mengikut aspek-aspek terkini dan mengikut konteks sekolah.

Dapatan kajian menunjukkan pada tahap yang tinggi, namun masih terdapat banyak ruang dalam

dimensi serta fungsi kepimpinan instruksional itu yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan

instruksional Guru Besar dengan tahap komitmen guru-guru. Dimensi menggalakkan iklim

pembelajaran positif di sekolah dalam kepimpinan instruksional Guru besar merupakan dimensi

yang mempunyai pengaruh terhadap tahap komitmen guru walaupun dalam peratusan yang

sedikit.

Komitmen yang jitu dan padu dalam kalangan guru mewujudkan semangat kekitaan dan esprit

de corps yang membolehkan mereka mempunyai sikap dan ikatan yang kuat.

Walaubagaimanapun, guru-guru menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersedia memberi

sumbangan serta tenaga kepada sekolah tetapi mereka juga bersedia untuk ditukarkan atau

berpindah ke sekolah lain.

Sebagai pemimpin instruksional, Guru besar seharusnya menunjukkan kesungguhan dan

komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam pengurusan kurikulum. Pendekatan yang berhemah

juga perlu untuk mempengaruhi guru-guru di bawahnya supaya memberikan penumpuan

sepenuhnya dalam tugas yang utama di sekolah iaitu proses pengajaran dan pembelajaran.

86

Page 87: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

RUJUKAN

Ab Rahman Jusoh (1997). Kepimpinan Pengetua Pada Prestasi Disiplin Di Sekolah.

Universiti Utara Malaysia.

Abdul Ghani, Abd. Rahman & Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya kepimpinan dalam

Pendidikan. PTS Professional, Kuala Lumpur .

Abdul Ghani , Tang Keow Ngang, (2006). Motivasi guru dan pengurusan budaya

kolaboratif pengurus pendidikan wanita. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal

Pendidikan. 31 : 97-105

Adullah Ismail. (2001). Persepsi guru terhadap kepemimpinan pengajaran

pengetua- pengetua sekolah menengah daerah Temerloh dan Bera. Tesis Sarjana

Sains: Universiti Putera Malaysia.

Andi Audryanah, (2007). Kepimpinan pengajaran dan efikasi kendiri pengetua sekolah

menengah dan hubungannya dengan pencapaian akdemik sekolah. Tesis Master

Pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Ashley Ng Yoon Mooi (2010). Kepimpinan Instruksional dan Kepimpinan

Transformational Pengetua-pengetua Negeri Perak. Pembentangan kertas, 1-2

87

Page 88: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Baron, R. A & Greenberg, J. (1990). Behavior in organizations: understanding and

managing the human sidework. Ed. Ke-3. Boston. Allyn Bacon

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur. McGraw Hill

Education.

Cohen, L, Manion, L& Morrison, K. (2002). Research methods in educations. Ed. Ke-6.

London: RoutledgeFalmer

Day, C, Harriss. A, Hadfield, M, Tolley, H, Beresford, J. (2000). Leading Schools in Times

of Change. Milton Keynes: Open University Press

DeBevoise, W. (1984) Synthesis of Research On The Principal As Instructional Leader.

Education leadership.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1999). Kementerian Pelajaran Malaysia

Fullan, M (2001), Leading in a culture of change. San Francisco: Jossey-Bass

Greenfield. W. (1987). Instructional Leadership: Concepts, Issues and Controversies.

Hall.

Hallinger, P. (1989). Developing Instructional Leadership Teams in Secondry School: A

framework. NASSP Buletin, 73 (517):84-92 .

88

Page 89: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Hallinger, P. (1992). The elvolving role of American principals: From Managerial to

instructional and transformational leaders. Journals of Educational Administration.

30(3):35-48

Hallinger, P. (1995). Culture and leadership: Developing an international perspective in

educational administration. UCEA Review, 36(1),pp3-7

Hallinger, P. (2003). Two decades of Ferment in School Leadership Development in

Retrospect: 1980-2000, Dalam P. Hallinger (Ed.). Reshaping the landscape of School

Leadership Development: A Global Perspective. Netherlands: Sweets & Zeitlinger.

Hallinger, P. (2005). Instructional leadership and school principal: a passing fancy that refuses

to fade away. Leadership & Policy in Schools. 4 (3), 221-239.

Hallinger, P.,& Taraseina, P. (2001). The principle’s role as instrukcional leader: a review of

studies using the principal intruksional management rating scale. Paper presented at.

the annual meeting of the American Educational Research Association, Seattle

Hallinger, P. (2005). Intructional leadership and the school principal : a passing fancy that

refuse to fade away. Leadership & Policy in Schools. 4 (3), 221-239.

89

Page 90: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Hussein Mahmood (2008). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: ,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussien Mahmood (2005). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah (Edisi kedua),

Kuala Lumpur, Dewan bahasa dan Pustaka.

Hutchings, M.,I Mentor, A Ross dan D Thomson. 2000. Teachers Supply and Rentention

in London. London: School of Education, University of North London.

James Ang Jit Eng (2009). Kepimpinan Instruksional: satu panduan praktikal.

Kuala Lumpur : PTS Professional

James A.J.E & Balasandran. R.2009. Kepimpinan instruksional: Satu panduan praktikal.

PTS Profesional. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Pembangunan pendidikan 2001-2010.

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

90

Page 91: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Memperkasa Kepimpinan Intruksional di

sekolah, Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Krajewski, R.J. (1977). Secondry Principals Want to be Instructional Leader

Krug, S. E. (1992). Intructional leadership: A constructivism perspective. Educational

Administration Quarterly.

Leithwood, K. & Jantzi, D. (2000). The effects of transformational leadership on

organizational conditions and student engagement with school. Toronto:

University of Toronto Press.

Martin, P.d. N, J (1987). Creating a commited workforce. Institute of personal

management.

Mek Yam Yusof. (1999). Kesan persekitaran kerja ke atas komitmen pekerja di

organiganisasi, Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

Retrived April 20, 2012 daripada http://eprints.uum.edu.my/1727.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

91

Page 92: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Mohd Suhaimi Mohamed Ali & Zaidatol Akmaliah (2007); Hussein Ahmad (2005).

Amalan Kepimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar Bandar. 14th

National Seminar on Educational Leadership and Management, 25-27.

Mowday, R.T, Porter, L.W. dan Steers , R.M. (1982). Employee-organization linkages:

The psychology of commitment, absenteeism and turnover. New York: Academic

Press.

Mowday, R. T., Steers, R. M., & Porter, R. M. (1979). The Measurement Of

Organizational Commitment. Journal of Vocational Behavior . 14: 224-247.

Mullins, J. (1993). Management and Organizational behavior. London: Pitman

Publishing

Norsilawati Yusof (1998). Keberkesanan kepimpinan pengajaran pengetua dalam

mempengaruhi prestasi akademik pelajar dan persepsi guru (satu kajian

perbandingan). Tesis Sarjana .Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Oliff. R.2006. Framing Leadership and Belonging: An Analysis of frames Utilization by

Middle School Principals and the Relationship to Students and Teachers’ Sense of

Belonging to School. Disertai PhD. Temple University. Tidak Diterbitkan.

92

Page 93: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

O’Reilly, C.d.C.,D. (1986). Organizational Commitment and psychological attachment:

The effect of Compliance, identification and internalization on prosocial behavior.

Journal of applied psychology, 7 (No.1), 492-501

Greenfield, W. (pnyt). Instructional Leadership: Concepts, Issues, And Controversie.

Boston: Allyn and Bacon, Inc. 139-152.

Ross, D. 2006. Leadership Styles of Secondry School Principals as Perceived by

Secondry School Teachers. Disertai EdD. Florida Atlantic University. Tidak diterbitkan

Sazali Yusoff, Rusmini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh & Zamri Abu Bakar

(2007). Perkaitan antara kepimpinan instruksional terhadap sekolah berkesan.

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. 17 (2):

105-117

Sergiovanni, T. J. (1984). Leadership and excellent in schooling: educational leadership.

41(5), 4-13

Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship: A Reflective Perspective. Boston : Allyn &

Bacon.

Sergiovanni, T. J. (2000).Leadership for the Schoolhouse. san Francisco: Jossey Bass

93

Page 94: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Sergiovanni, T. J. (2001). The Principalship. A reflective practive perspective. Boston:

Allyn and Bacon.

Sharil @ Chairil Marzuki (2010). Ciri-ciri kepimpinan pengetua/ guru besar yang dapat

menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Jurnal Institut Pengetua.

University Malaya 1(1), 7-17.

Sharil @ Chairil Marzuki (2010). Kepimpinan pengetua: menjana modal insane di

sekolah berkesan. kuala Lumpur : BS Print (M) Sdn. Bhd.

Shann, M.L(1998). Profesional commitment and satisfaction among teachers in urban

middle school. The Journal of Education Reasearch , 92 (2), 67-75.

Shoemaker, J., & Fraser, H.W. (1981). What can principals do? Phi Delta Kappan.

63:178-182

Southworth, G. (2003). Intructional leadership in schools: Reflection and empirical

evidence. National College for School leadership .22(1), 73-91.

Tang Keow Ngang (2006). Sokongan pengetua, Komitmen guru dan keinginan kekal

dalam profession perguruan. Prosiding seminar nasional pengurusan dan

kepimpinan pendidikan ke-13 (pp.69-80). Pahang: Institut Aminuddin Baki.

94

Page 95: Projek Upm Baru 2 to Hard Bound

Weick, K. (1976). Supervision For Better Schools. Englewood Cliffs. NJ: Prentice-Hall.

Yusof Hussein. (2004). Hubung kaitan antara komitmen guru dan stail kepimpinan.

Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

Zaffane, R. (1994). Patterns of Organizational commitment and perceived management

style : A comparison of public and private sector employees. Human Relation, 47

(8), 477-1011

95