fokus karangan pmr 2010-cara mambalas jasa guru

3
Fokus Karangan PMR 2010 - Cara untuk membalas jasa guru Soalan 1:  Guru sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Huraikan cara-cara yang perlu kita lakukan untuk membalas jasa guru Jawaban: Strategi: T= Membalas jasa guru K=Cara F= Umum Isi: 1. kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh 2. kita mestilah menghormati guru pada setiap masa 3. Kita mestilah menolong atau membantu guru 4. Kita hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka  (AR) Insan seperti Perdana Menteri, Jurutera, Doktor atau peguam mencapai kejayaan dalam hidupnya kerana diajar dan dididik oleh guru. (AR) Kejayaan mereka ini menunjukkan bahawa guru banyak berjasa kepada banyak orang. (AR) Insan yang digelar cikgu ini ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Oleh itu, (AA) kita mestilah membalas jasa mereka supaya kita tidak dianggap bagai kacang lupakan kulit . (AJ) Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api sampai jadi arang . (AH) Sebagai guru, mereka ingin melihat kita berjaya pada masa depan. (AC) Sebagai contohnya, guru ingin melihat kita berjaya dalam setiap peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. (AP) Guru sudah pasti berbangga jika kita mencapai kejayaan. Selain itu, (AJ) kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. (AH) Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. (AC) Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau mengikut perintah atau suruhannya. (AP) Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pelajaran yang kita terima daripada guru tidak berkat. Seterusnya, (AJ) kita perlu membalas jasa guru dengan menolong atau membantu guru. (AH) Dalam hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. (AC)Sebagai contohnya, kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita untuk mengangkat atau mengambil sesuatu barang di bilik guru. (AP) Melalui cara ini, kita dapat membalas  jasa guru yang telah mendidik dan mengajar kita. Bukan itu sahaja, (AJ) kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka. (AH) Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru kita pada bila-bila masa. (AC) Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru, selain menghantar ucapan `Selamat Hari Guru, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang telah berjasa kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. (AP) Melalui cara ini, kita akan dianggap sebagai murid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru. Kesimpulannya, (A Ksmpln) guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam hidup kita. (A Pndpt) Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Tanpa guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. (A Pndpt) Guru

Upload: cucumber02

Post on 07-Jul-2015

493 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fokus Karangan PMR 2010-Cara Mambalas Jasa Guru

5/9/2018 Fokus Karangan PMR 2010-Cara Mambalas Jasa Guru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/fokus-karangan-pmr-2010-cara-mambalas-jasa-guru 1/3

 

Fokus Karangan PMR 2010 - Cara untuk membalas jasa guruSoalan 1: 

Guru sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Huraikan cara-cara yang perlu kita lakukan untuk

membalas jasa guru

Jawaban: 

Strategi: 

T= Membalas jasa guru

K=Cara

F= Umum

Isi: 

1. kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh

2. kita mestilah menghormati guru pada setiap masa

3. Kita mestilah menolong atau membantu guru

4. Kita hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka

 

(AR) Insan seperti Perdana Menteri, Jurutera, Doktor atau peguam mencapai kejayaan dalam

hidupnya kerana diajar dan dididik oleh guru. (AR) Kejayaan mereka ini menunjukkan bahawa guru

banyak berjasa kepada banyak orang. (AR) Insan yang digelar cikgu ini ibarat lilin yang membakar

diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Oleh itu, (AA) kita mestilah membalas jasa mereka

supaya kita tidak dianggap bagai kacang lupakan kulit .

(AJ) Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan

bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api sampai jadi arang. (AH) Sebagai guru, mereka

ingin melihat kita berjaya pada masa depan. (AC) Sebagai contohnya, guru ingin melihat kita berjaya

dalam setiap peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. (AP) Guru sudah pasti berbangga jika

kita mencapai kejayaan.

Selain itu, (AJ) kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. (AH) Guru merupakan ibu bapa

kedua bagi kita. (AC) Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau mengikut perintah

atau suruhannya. (AP) Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pelajaran yang kita

terima daripada guru tidak berkat.

Seterusnya, (AJ) kita perlu membalas jasa guru dengan menolong atau membantu guru. (AH) Dalam

hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. (AC)Sebagai contohnya,

kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita untuk

mengangkat atau mengambil sesuatu barang di bilik guru. (AP) Melalui cara ini, kita dapat membalas

 jasa guru yang telah mendidik dan mengajar kita.

Bukan itu sahaja, (AJ) kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan

dan kesihatan yang baik untuk mereka. (AH) Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru

kita pada bila-bila masa. (AC) Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru, selain menghantar

ucapan `Selamat Hari Guru, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang telah berjasa

kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. (AP) Melalui cara ini, kita akan dianggap sebagai murid

yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru.

Kesimpulannya, (A Ksmpln) guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam hidup

kita. (A Pndpt) Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang

gelap gelita. Tanpa guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. (A Pndpt) Guru

Page 2: Fokus Karangan PMR 2010-Cara Mambalas Jasa Guru

5/9/2018 Fokus Karangan PMR 2010-Cara Mambalas Jasa Guru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/fokus-karangan-pmr-2010-cara-mambalas-jasa-guru 2/3

 

 juga umpama tongkat kepada orang buta. Oleh itu, (A Cdgn) kita wajar membalas jasa guru dan

mengingati segala pengorbanannya pada setiap masa.

Page 3: Fokus Karangan PMR 2010-Cara Mambalas Jasa Guru

5/9/2018 Fokus Karangan PMR 2010-Cara Mambalas Jasa Guru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/fokus-karangan-pmr-2010-cara-mambalas-jasa-guru 3/3