fire ext (bahan binaan)

9
PENGENALAN Secara umumnya, kita mengetahui bahawa kebakaran sering berlaku di bangunan-bangunan seperti pejabat, tempat kerja, kilang, bengkel, hotel, pusat membeli belah, hospital, sekolah dan rumah. Kebakaran adalah salah satu bencana yang menyebabkan kehilangan nyawa. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa kebakaran yang baik dapat dilaksanakan. Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untuk menghapuskannya dari berlaku kebakaran dirumah, di tempat kerja dan dipersekitaran anda. ANSWER ALL QUESTION a) As we all know, fire is one of the most terrible killers in our modern society. State and elaborate 6 cause that contribute. PUNCA-PUNCA KEBAKARAN YANG UTAMA ; 1. Haba , 2. Oksigen , 3. Bahan bakar Dan PUNCA KEBAKARAN YANG LAIN ; 4. Faktor kecuaian manusia, 5. Faktor kejadian berlaku dengan sendiri, 6. Faktor kemalangan Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu :-Haba, oksigen dan bahan bakar 1. Haba : - Haba antara salah satu punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. - Punca-punca haba termasuk percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan besi panas.

Upload: acik-fai-rusz

Post on 13-Jul-2015

1.508 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fire ext (bahan binaan)

PENGENALAN

Secara umumnya, kita mengetahui bahawa kebakaran sering berlaku di bangunan-bangunan

seperti pejabat, tempat kerja, kilang, bengkel, hotel, pusat membeli belah, hospital, sekolah dan

rumah.

Kebakaran adalah salah satu bencana yang menyebabkan kehilangan nyawa. Bencana

sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa kebakaran yang baik dapat

dilaksanakan.

Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya kebakaran. Oleh itu, sebagai

rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang

harus dilakukan untuk menghapuskannya dari berlaku kebakaran dirumah, di tempat kerja dan

dipersekitaran anda.

ANSWER ALL QUESTION

a) As we all know, fire is one of the most terrible killers in our modern society. State and elaborate 6 cause that contribute.

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN YANG UTAMA ;

1. Haba , 2. Oksigen , 3. Bahan bakar

Dan PUNCA KEBAKARAN YANG LAIN ; 4. Faktor kecuaian manusia, 5. Faktor kejadian berlaku dengan sendiri, 6. Faktor kemalangan Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu :-Haba, oksigen dan bahan bakar

1. Haba : - Haba antara salah satu punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. - Punca-punca haba termasuk percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan besi

panas.

Page 2: Fire ext (bahan binaan)

2. Oksigen :

- Pengudaraan persekitaran menjadi perangsang (membantu) kepada berlakunya kebakaran.

3. Bahan mudah bakar :

- Menggunakan bahan binaan yang mudah terbakar dalam bangunan Contohnya ;

- minyak tanah atau petrol menjadi punca kepada berlakunya kebakaran - suratkhabar, langsir, pakaian, dan perabot adalah tergolong dalam bahan bakar.

4. Kecuaian Manusia : Contohnya ;

- Membuang putung rokok merata-rata kepada bahan mudah terbakar - Pembakaran terbuka - Pendawaian yang tidak sempurna iaitu didirikan secara haram dan tidak mematuhi

piawai. - Kecuaian pengguna ubat nyamuk, dapur gas, minyak tanah / bahan api mudah

terbakar

5. Kejadian berlaku dengan sendiri : - Kecuaian dalam penggunaan perkakasan-perkakasan elektrik atau perkakasan yang

rosak atau cuai - Pendawaian litar elektrik yang kurang sempurna / kurang selamat

Contohnya ; - Kilat, litar pintas - Tindakbalas bahan kimia

6. Kemalangan : Contohnya ; - Pelanggaran akibat kemalangan - Sengaja atau khianat

b) There are 2 general systems in fire protection system, active and passive. Explain 3 examples of each active protection systems and passive protection.

Active protection systems ;

- System keBOMBAan yg dipasang pd bangunan bertujuan untuk mengesan, memberi

amaran, mengawal & memadam kebakaran.

- Pengendalian secara manual / automatic

- System pemadam terbahagi kepada 3 iaitu

a) System pemadam yang menggunakan air

- pili BOMBA

- system penyembur air automatic

- system pancur basah

- system pancur kering

- system salur bantu mula

- system pancur menurun

- system buih

Page 3: Fire ext (bahan binaan)

b) System yang menggunakan gas

- sistem halon

- sistem karbon dioksida

- innert gas

c) System penggera kebakaran

- peti penggera kebakaran

- alat pengesan (haba, asap, flame, & gas)

- alat penggera kebakaran kuasa elektrik / manual

Passive protection systems ;

- Merupakan pelindungan tetap, tidak berubah. - Seperti kelengkapan laluan kecemasan, ruang ekses, perkakasan BOMBA &

ketahanan struktur bangunan. - 5 kriteria perlindungan pasif iaitu

a) Jalan keluar keselamatan -utk memudahkan penghuni menyelamatan diri

b) Pemetaan -dinding yg mjadi pembahagi ruang bangunan berfungsi utk *kawal kebakaran *hadkan kerosakan *utk perancangan kebakaran *utk asingkan bahan *utk kerja pemadaman

c) Paras akses perkakas BOMBA -penyediaan kemudahan utk menyelamat & memadam kebakaran spt; *jalan lebar >6m *kecerunan jalan *halangan menegak *penempatan kereta bomba

d) Ruang akses menentang kebakaran -strategi point utk menentang kebakaran -keluasan ruang >5.57m2

e) Kekemasan dalam & siling -menentukan bahan2 binaan dr jenis bahan yg tidak mudah terbakar -tentukan pembinaan ruang dalam bangunan x haling jln keluar

c) Describe 3 purposes why ventilation system is compulsory in every building.

1. Pengudaraan untuk memenuhi keperluan kesihatan

Keperluan asas ini perlu dipenuhi tanpa sebarang pengecualian. Secara mudah kehendak ini bermaksud membekalkan oksigen dengan secukupnya untuk pernafasan dan aktiviti-aktiviti lain, serta untuk mencegah kenaikan kadar kandungan karbondioksid dan bau yang tidak diingini. Sebagai contoh, sekiranya sebuah ruang dapur tidak mempunyai lubang udara,ia mestilah dilengkapi dengan peralatan pengudaraan mekanikal lain yang berupaya mengurangkan kandungan karbondioksid dan hasil pembakaran lain dibawah paras bahaya. Syarat-syarat minimum seperti yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam

Page 4: Fire ext (bahan binaan)

1984 adalah untuk memenuhi fungsi kesihatan ini. Oleh itu sekiranya kehendak-kehendak ini tidak dipatuhi, perkara-perkara negatif yang mengancam kesihatan seperti sesak nafas, rasa terpengap dan bau yang tidak di ingini sentiasa mengganggu hidung akan dialami oleh penghuninya. Suasana tidak nyaman ini kerapkali berlaku pada waktu malam atau waktu hujan apabila penghuni menutup semua tingkap dan tidak terdapat bukaan kekal diperuntukkan pada dinding atau bumbung bangunan.

2. Pengudaraan untuk keselesaan terma

Kandungan kelembapan udara dan panas matahari yang sentiasa tinggi menyebabkan kulit kita sentiasa terasa lekit dan tidak selesa. Fenomena iklim panas lembap ini hanya boleh diredakan dengan meniupkan angin untuk mempercepatkan proses sejatan pada kulit. Di dalam hal menyediakan keadaan terma yang selesa iaitu mencegah ketidakselesaan yang disebabkan oleh kepanasan dan kelekitan kulit ini, bekalan udara yang cukup kelajuan dan kadar tukarannya adalah diperlukan. Kadar aliran dan kelajuan udara pula dipengaruhi oleh geometri ruang dan lokasi bukaan. Oleh itu penentuan awal iaitu semasa peringkat rekabentuk perlukan penelitian yang mendalam supaya perkara- perkara ini dapat diterapkan dan bukan sekadar agakan yang kurang tepat. Perlu juga diingat bahawa kelajuan udara untuk keselesaan perlu bertambah apabila suhu semakin meningkat. Oleh itu kaedah-kaedah yang innovetif perlu difikirkan agar keselesaan masih dapat dikekalkan walaupun kesan keikliman meningkat menjadi lebih kritikal khususnya pada waktu tengah hari dan lewat petang. Matlamat rekabentuk kita mestilah memafaatkan angin yang sedia ada dengan memasukkannya kedalam bangunan serta melengkapkan bangunan dengan kaedah bantuan sekiranya angin tidak diperolehi.

3. Pengudaraan untuk penyejukan struktur

Udara sebenarnya memiliki kapasiti terma yang rendah. Oleh itu sekiranya sesebuah bangunan tidak berpengudaraan, suhu udaranya tetap berada pada aras suhu permukaan dalam. Suhu permukaan dalam pula berubah mengikut purata suhu permukaan luar. Terdapat perhubungan terus di antara purata suhu permukaan luar dan dalam, iaitu ia dipengaruhi pula oleh warna dinding luar bangunan berkenaan. Suhu lazimnya meningkat sekiranya warna digelapkan. Tahap ketinggian turun-naik suhu ini pula ditentukan oleh kapasiti terma, rintangan terma dan julat suhu permukaan luar bangunan. Oleh itu suhu adara didalam bangunan terbukti dipengaruhi oleh ciri-ciri komponen binaan atau struktur banguanan. Hasil daripada beberapa penyelidikan, telah terbukti bahawa kesan penyejukan oleh pengudaraan sememangnya bergantung kepada perbezaan suhu luar dan dalam bangunan. Pengudaraan berupaya menurunkan suhu pada bahagian luar bangunan dan seterusnya mengakibatkan penurunan suhu bahagian dalam dan suhu udara yang terkandung di dalamnya. Peranan ini perlu diambilkira khususnya bagi penurunan suhu bumbung dan ruang loteng bangunan.

Page 5: Fire ext (bahan binaan)

d) Explain how an automatic sprinkler system actived to control a fire. - Merupakan alat pemadam kebakaran yg bertindak secara automatic. - Diperlukan pd bangunan-bangunan yg mempunyai risiko tinggi & tidak dihuni

sepenuh masa, bangunan-bangunan tinggi yang lebih 2 tinggi atau bangunan besar. - Terdiri dr paip paip air yang dipasng mengikut system grid dengan jarak 2m antara

satu sama lain ataupun system barisan paip dengan jarak maksima 4m antara satu sama lain dan disambung terus dr paip bekalan air utama melalui paip penaik (riser).

- Dalam system barisan paip, kepala pemercik dipasang pada jarak 4.6m antara satu sama lain.

- Apabila berlaku kebakaran, cecair berwarna dalam bebuli kaca akan mengembang apabila emnerima haba atau suhu tinggi dr api kebakaran (biasanya 68c – 180c)

- Tekanan dalam bebuli kaca akan naik dgn mendadak hingga ke satu takat dimana bebuli kaca akan mengembang dan pecah

- Injap dalam kepala pemercik akan jatuh dr kedudukannya & membenarkan air mgalir ke plat pemesong (deflector) & seterusnya menyembur ke atas api kebakaran.

- Keperluan-keperluan utk system pemercik automatic adalah ; ia mesti mempunyai kawalan pusat & alat penguji. Kawalan pusat mempunyai

injap berhenti (stop valve) yg membolehkan bekalan air ditutup sebaik shj api dipadamkan. Injap-injap lain yg dipasang di pusat kawalan ialah ijap alarm, injap cegah balik (non-return valve) & injap kebezaan (differential valve)

bekalan air hendaklah diperolehi dari tempat yang berasingan. Ini kerana sekiranya salah satu bekalan air tidak berfungsi, air boleh didapati dari bekalan air yang lain.

Plat pemesong (deflector) dlm kepala pemercik hendaklah berupaya memancutkan air pada keluasan 2m2.

e) Give a description of the portable fire extinguisher below ; i- Water base

o Alat pemadam api jenis berasaskan air o Digunakan untuk bahan pembakaran melibatkan bahan-bahan berkarbon

seperti kayu, kertas, kain, bahan pejal yg mudah terbakar dll. o Terdiri dari tabung luar yang diisikan dengan air biasa bercampur dengan

sodium mitrat & satu tabung dalam dipanggil katrij yg diisikan dgn gas CO2 termampat

Page 6: Fire ext (bahan binaan)

o Spesifikasi -silinder berwarna merah -jarak pancutan bg silinder yg beratnya 10kg ialah 4m -tempoh masa penggunaannya ialah antara 1-2minit bg silinder 10kg

o Kebaikan -tidak merbahaya & mudah digunakan -dpt bertindak dgn cepat -boleh diisi dgn mudah -ddalam silinder, air tidak beku & silinder tidak berkarat krn tindakan sodium nitrat

o Kelemahan -digunakan sekali sahaja -tidak boleh memadam kebakaran yg disebabkan minyak, eletrik

ii- Foam base o Alat pemadam jenis busa o Busa – sejenis cecair yg tidak larut & terapung di atas permukaan o Bekalan yang cukup & berterusan, dpt menutup kebakaran & mengasingkan

O2 o Dapat memadam kebakaran yg melibatkan minyak, cecair mudah terbakar &

lemak o Bahan-bahan dalam silinder ialah 8% sodium bikarbonat bercampur 3%

bahan penstabil o Bahan penstabil terdiri daripada ;

-saponis yg terdiri dr tulang-tulang -minyak turkey & darah

o Tabung dalam / katrij diisi dgn 13% aluminium sulfurik o Spesifikasi

-silinder berwarna kuning langsat -jarak pancutan bg silinder yg beratnya 10kg ialah antara 4-5m -tempoh masa penggunaannya ialah antara 30-90s bagi berat silinder 10kg Kadar pengembangannya 1:8

o Kebaikan -x membahayakan & mudah dikendalikan -boleh diisi semula setelah digunakan -boleh digunakan utk memadam kebakaran kecil yg disebabkan oleh minyak & bahan cecair kimia -dpt menutup permukaan kebkaran dgn cepat

o Kelemahan -tidak boleh digunakan utk memadam kebakaran yg disebabkan oleh eletrik -x boleh diletakkan pada suhu terlalu panas -ia akan beku jika diletakkan pd tempat yg bersuhu sejuk

Page 7: Fire ext (bahan binaan)

iii- Types of CO2 gas o Alat pemadam api jenis gas karbon dioksida o Digunakan untuk memadam kebakaran yang melibatkan elektrik o Prinsipnya utk menyelimut & menyejukkan api kebakaran o Gas CO2 dikeluarkan secara semburan melalui ‘horn’ bg memudahkan

penghalaan kpd api o Gas CO2 diisi dalam tabung dalam bentuk cecair yang termampat pd tekanan

744psi & pada suhu 60F o Spesifikasi

-silinder berwarna hitam -jarak pancutan bg silinder yg beratnya 10kg ialah antara 2-3m -tempoh masa penggunaannya ialah antara 8-30s bagi berat silinder 10kg

o Kebaikan -gas yang dikeluarkan adalah bersih & tidak berbahaya -boleh memadam api di tempat yang tersorok -tak meninggalkan kesan -tak membantu kebakaran -cepat bertindak pada suhu biasa -boleh digunakan pada kebakaran cecair

o Kelemahan -kandungan gas tidak boleh dilihat -tidak boleh diisi semula dengan sendiri -berat sendiri tidak berpatutan dengan berat kandungan gas

iv- Type of dry powder o Alat pemadam api jenis debu kering o Boleh memadam kebakaran bagi semua jenis kebakaran o Kandungan bahan bahan kimia yang digunajkan:-

-97% sodium bikarbonat -1.5% magnesium karbonat -1% magnesium karbonat -0.5% trikalsium fosfat

o Gas CO2 diisikan dalam tabung dalam / katraj o Spesifikasi

-silinder berwarna biru muda -jarak pancutan bg silinder yg beratnya 10kg ialah antara 4-6m -tempoh masa penggunaannya adalah mengikut saiz. -bagi barat silinder 10kg ialah antara 1-2minit

Page 8: Fire ext (bahan binaan)

o Kebaikan -dapat bertindak dgn lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat2 pemadam api jenis lain

o Kelemahan Digunakan sekali sahaja

KESIMPULAN Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah keselamatan perlu di titikberat walau dimana

sahaja berada, baik di rumah, di tempat kerja, shopping mall atau pun dimana-mana kita berada

kerana kawasan ini berisiko untuk berlakunya kebakaran. Namun demikian, tidak semua

kebakaran dapat dicegah. Oleh itu, kita perlulah tahu akan cara- cara meyelamatkan diri dan

orang lain. Adalah perlu bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam memadam

kebakaran dapat membantu dalam situasi yang tidak dijangkakan.

Page 9: Fire ext (bahan binaan)

RUJUKAN

1. http://www.bomba.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=181&catid=50&Itemid=1&lang=en

2. Buku fire protection in malaysia