fiqh ibadat topik 5 "solat jumaat"

18
PENGENALAN Jika anda mahu menunjukkan kehebatan bangsa, anda perlu menghebahkan ke seluruh dunia. Jika Ahmad inginkan kehebatan keluarganya diketahui umum, dia perlu mencanangkan kehebatan itu ke setiap telinga. Begitu juga dengan syariat Islam, kesempurnaan dalam ajaran yang dibawanya perlu dihebahkan. Pelbagai amalan berbentuk syiar dalam syariat Islam yang mencanangkan kehebatan agama Islam. Justeru itu, terdapat ibadat yang dilakukan sekali seumur hidup iaitu menunaikan ibadat haji. Berpuasa dalam bulan Ramadan pula wajib dilaksanakan setahun sekali, manakala sebulan sekali disunatkan melaksanakan puasa seperti yaum al-bayadh pada hari ke-13, 14 dan 15 dalam setiap bulan Islam. Di samping itu, diwajibkan pada semua lelaki Islam yang telah baligh menunaikan solat Jumaat setiap minggu dan yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam adalah mendirikan solat lima waktu dalam sehari. T T o o p p i i k k 5 5 Solat Jumaat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dalil dan hikmah solat Jumaat; 2. Menerangkan syarat dan rukun solat Jumaat; dan 3. Menyelesaikan permasalahan berkaitan solat Jumaat.

Upload: nooridzam

Post on 16-Dec-2015

128 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pengertian solat jumaat.Syarat solat jumaat

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Jika anda mahu menunjukkan kehebatan bangsa, anda perlu menghebahkan ke seluruh dunia. Jika Ahmad inginkan kehebatan keluarganya diketahui umum, dia perlu mencanangkan kehebatan itu ke setiap telinga. Begitu juga dengan syariat Islam, kesempurnaan dalam ajaran yang dibawanya perlu dihebahkan. Pelbagai amalan berbentuk syiar dalam syariat Islam yang mencanangkan kehebatan agama Islam. Justeru itu, terdapat ibadat yang dilakukan sekali seumur hidup iaitu menunaikan ibadat haji. Berpuasa dalam bulan Ramadan pula wajib dilaksanakan setahun sekali, manakala sebulan sekali disunatkan melaksanakan puasa seperti yaum al-bayadh pada hari ke-13, 14 dan 15 dalam setiap bulan Islam. Di samping itu, diwajibkan pada semua lelaki Islam yang telah baligh menunaikan solat Jumaat setiap minggu dan yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam adalah mendirikan solat lima waktu dalam sehari.

    TTooppiikk

    55 Solat Jumaat

    HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan dalil dan hikmah solat Jumaat;

    2. Menerangkan syarat dan rukun solat Jumaat; dan

    3. Menyelesaikan permasalahan berkaitan solat Jumaat.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    76

    DALIL PENSYARIATAN DAN HIKMAH SOLAT JUMAAT

    Solat Jumaat difardukan ke atas Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam ketika Baginda berada di Makkah dan hampir berhijrah ke Madinah. Namun demikian, Baginda tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kerana kedudukan Islam yang belum kukuh lagi. Di samping itu, keadaan masyarakat ketika itu tidak mengizinkan Baginda untuk menghimpunkan para sahabatnya untuk menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun, solat Jumaat yang pertama dilaksanakan ialah di Madinah dan Asad bin Zurarah merupakan orang pertama yang menghimpun orang ramai untuk keluar menunaikan solat Jumaat di Madinah sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke sana. Musab bin Umair ialah orang pertama yang mengimamkan solat Jumaat. Musab terus mengimamkan solat Jumaat di Madinah sehinggalah Baginda berhijrah. Selepas itu, solat Jumaat diimamkan oleh Rasulullah s.a.w.

    5.1.1 Dalil Pensyariatan Solat Jumaat

    Kita akan melihat dalil pensyariatan solat Jumaat. Hukum solat Jumaat adalah fardu ain. Kefarduannya berasingan daripada solat Zohor, yakni bukan sebagai menggantikan solat Zohor. Solat Jumaat dilakukan sebanyak dua rakaat secara berjemaah. Dalil kefarduannya adalah berdasarkan al-Quran dan hadis-hadis. Firman Allah S.W.T.:

    Maksudnya: Hai orang-orang beriman, apabila kamu diseru untuk solat Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggallah jual beli.

    (Surah al-Jumaat, 62:9)

    5.1

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 77

    Dalil hadis diriwayatkan oleh al-Nasai, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Maksudnya: Kehadiran (solat) Jumaat wajib ke atas setiap orang yang baligh.

    Daripada riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    : !" #$ %" &' (#

    Maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang diwajibkan ke atas setiap muslim secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakit.

    5.1.2 Hikmah Solat Jumaat

    Kita beralih pula untuk melihat apakah hikmah-hikmah solat Jumaat. Setiap amalan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. mempunyai hikmahnya. Begitu juga solat Jumaat yang memiliki hikmah di sebalik kefarduannya (rujuk Rajah 5.1).

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    78

    Rajah 5.1: Hikmah solat Jumaat

    Jadual 5.1 pula menerangkan dengan lebih lanjut lima hikmah tersebut.

    Jadual 5.1: Lima Hikmah di Sebalik Kefarduan Solat Jumaat

    Hikmah Keterangan

    Mengeratkan Kesatuan Umat Islam

    Perhimpunan umat Islam pada hari Jumaat untuk menunaikan solat Jumaat merupakan tanda mercu kejayaan, kesatuan dan perpaduan umat Islam. Pada perhimpunan ini, tiada perbezaan dalam kalangan umat Islam sama ada dari segi taraf, warna kulit mahupun keturunan. Sebaliknya, yang menjadi ukuran ialah tahap takwa kepada Allah.

    Melahirkan Kasih Sayang di Kalangan Manusia

    Perhimpunan setiap minggu pada hari Jumaat dapat melahirkan perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini kerana, Islam mengajar umatnya supaya tidak mementingkan diri sendiri dan bersikap toleransi serta bertolak ansur.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 79

    Menimbulkan Rasa Gerun pada Orang Kafir

    Perhimpunan umat Islam pada hari Jumaat dapat menimbulkan kegerunan dalam hati orang kafir dan seterusnya dapat menghalang mereka daripada cuba menghancurkan Islam. Perpaduan ini memperlihatkan kekuatan iman dan keteguhan jiwa ketika menjalani tuntutan yang difardukan. Agama-agama lain jarang mempraktikkan perhimpunan keagamaan secara mingguan seperti Islam. Ini secara tidak langsung dapat menarik orang kafir menilai keindahan dan kesempurnaan Islam.

    Menguji Kesabaran dan Kefahaman

    Tuntutan mengerjakan solat Jumaat merupakan satu ujian ke atas umat Islam. Umat Islam terpaksa meninggalkan semua urusan keduniaan seketika seperti bekerja dan urusan jual beli. Bagi mereka yang sibuk dengan urusan duniawi, mereka menganggap tuntutan ini akan membawa masalah kepadanya akibat memberhentikan seketika urusan yang dilakukan.

    Mendengar Nasihat dan Peringatan

    Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib mengandungi unsur-unsur nasihat dan peringatan. Peringatan ini bertujuan memberi kesedaran dan keinsafan kepada seluruh umat Islam agar sentiasa beristiqamah dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Ini akan mendatangkan kebaikan kepada umat Islam.

    SYARAT-SYARAT SOLAT JUMAAT

    Sebagaimana yang kita ketahui, setiap ibadat dalam Islam mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu, seperti wajib, sah, sunat, harus dan sebagainya. Begitu juga dengan solat Jumaat yang mempunyai syarat wajib dan syarat sahnya. Umat Islam wajib mengetahui syarat-syarat wajib dan sah ketika melaksanakan solat Jumaat. Perbincangan dalam subtopik seterusnya akan mengupas perkara ini dengan lebih jelas lagi.

    5.2

    SEMAK KENDIRI 5.1

    1. Di manakah solat Jumaat mula disyariatkan? Berikan alasan mengapa solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan ketika itu.

    2. Senaraikan lima hikmah solat Jumaat serta perihalkan satu hikmah yang menarik perhatian anda. Kenapa?

    3. Pada pandangan anda, adakah hikmah dapat menimbulkan rasa gerun orang kafir terhadap umat Islam boleh diperoleh di Malaysia?

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    80

    5.2.1 Syarat Wajib Solat Jumaat

    Seseorang itu wajib mendirikan solat Jumaat apabila mencukupi enam syarat berikut (rujuk Rajah 5.2).

    Rajah 5.2: Enam syarat wajib solat Jumaat

    Berikut adalah keterangan lanjut enam syarat wajib solat Jumaat tersebut: (a) IIslam

    Solat Jumaat hanya diwajibkan ke atas umat Islam kerana asas ibadat adalah kepada Allah s.w.t. Sesiapa yang meninggalkannya akan mendapat balasan yang buruk di akhirat kerana kekufurannya.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 81

    (b) BBaligh Kanak-kanak yang tidak baligh (belum cukup umur) tidak ditaklif untuk menunaikan solat Jumaat. Walaupun begitu, sekiranya mereka melaksanakannya, maka solat mereka masih dianggap sah.

    (c) BBerakal Manusia yang kurang waras tidak diwajibkan solat Jumaat.

    (d) LLelaki Fuqaha sependapat mengatakan solat Jumaat wajib ke atas golongan lelaki, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

    : !" #$ %" &' (#

    Maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang diwajibkan ke atas setiap muslim secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakit.

    (e) BBermukim di Kawasan Tempat Mendirikan Solat Jumaat Mengikut pandangan jumhur fuqaha, musafir yang memulakan perjalanan sebelum fajar hari Jumaat diwajibkan menunaikan solat Jumaat; begitu juga yang tidak berniat untuk bermukim selama empat hari atau lebih. Mengikut mazhab Hanafi pula, musafir yang tidak berniat untuk bermukim selama lima belas hari atau lebih tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat kerana dianggap sebagai musafir dan bukan bermukim. Ini didasarkan kepada hadis:

    " Maksudnya: Tidak wajib solat Jumaat ke atas orang musafir.

    (f) SSejahtera daripada Keuzuran

    Solat Jumaat adalah wajib dilaksanakan ke atas semua umat Islam yang sihat tubuh badan, hidup dalam keadaan aman, mampu berjalan dan tidak dikurung di dalam penjara. Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas pesakit yang bimbang penyakitnya akan melarat atau lambat sembuh dan mereka yang terlalu tua. Bagi mazhab Syafie dan Maliki mereka yang cacat penglihatan tidak wajib menunaikan solat Jumaat di masjid tetapi ini tidak dipersetujui oleh mazhab yang lain. Mazhab Hanafi misalnya berpendapat mereka yang cacat penglihatan dan mempunyai pemandu wajib menunaikan solat Jumaat.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    82

    5.2.2 Syarat-syarat Sah Solat Jumaat

    Solat Jumaat sah didirikan apabila memenuhi syarat-syarat berikut seperti yang digambarkan dalam Rajah 5.3.

    Rajah 5.3: Lima syarat sah solat Jumaat

    Lima syarat sah solat Jumaat dihuraikan dengan lebih lanjut seperti berikut: (a) Bandar atau Kampung yang ada Penduduk Tetap

    Mengikut jumhur fuqaha, solat Jumaat tidak sah didirikan di kawasan yang tidak ada penduduk tetap (mastautin) atau kawasan penduduknya tinggal di dalam khemah-khemah seperti mereka yang tinggal di padang pasir walaupun untuk selama-lamanya. Mengikut mazhab Shafie, solat Jumaat sah didirikan di bandar atau kampung sekalipun tidak di dalam masjid dan yang menjadi keutamaan adalah tempat tersebut membolehkan jemaah berkumpul.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 83

    (b) Masuk Waktu Zohor Mengikut jumhur fuqaha, solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu Zohor. Tidak sah didirikan selepas waktu itu kerana solat Jumaat tidak boleh diqada sebagaimana hadis riwayat Anas:

    )* +, -+ .! / 0+ 1 $ 1 2'/ 3 Maksudnya: Rasulullah s.a.w. mendirikan solat Jumaat ketika matahari gelincir. Mengikut mazhab Hambali, solat Jumaat dilaksanakan sebelum gelincir matahari. Awal waktunya pula seperti mana awal solat Hari Raya. Bagi mereka, solat Jumaat adalah solat beramai-ramai yang menyerupai kedua-dua solat Hari Raya. Oleh itu, waktu solat Jumaat boleh disamakan dengan waktu solat Hari Raya.

    (c) Melaksanakan secara Berjemaah Para fuqaha sepakat menyatakan solat Jumaat tidak sah didirikan secara berseorangan. Namun, mereka berselisih pendapat mengenai bilangan jemaah yang sebenar untuk mendirikan solat Jumaat.

    Menurut mazhab Hanafi, jemaah (makmum) mestilah sekurang-kurangnya tiga orang selain daripada imam. Walaupun musafir atau pesakit, jemaah tersebut tetap dikira sebagai tiga orang. Bagi mazhab Maliki, disyaratkan kehadiran 12 orang jemaah lelaki dan mendengar khutbahnya. Mereka berhujah dengan hadis riwayat Jabir:

    #4 3)6 ( 8'! 9;

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    84

    kawasan tersebut. Mereka berhujah dengan hadis riwayat Kaab: Bahawa bilangan orang solat Jumaat pertama di Madinah bersama As`ad bin Zurarah adalah empat puluh orang.

    Juga hadis riwayat Ibn Masud:

    1 $ 0EF -+ 'E 4!( M / 0+

    Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mendirikan solat Jumaat di Madinah dan mereka yang solat bersama Baginda adalah empat puluh orang.

    (d) Tidak Didirikan Solat Jumaat lebih daripada Satu tanpa Keperluan

    Mengikut jumhur fuqaha, iaitu mazhab Syafie, Hambali dan Maliki tidak sah mendirikan solat Jumaat lebih daripada satu dalam sesebuah kampung atau kawasan kecuali ada hajat (keperluan) atau kawasan itu besar atau ramai penduduk untuk berhimpun pada satu tempat.

    Sementara itu, menurut mazhab Hanafi adalah sah mendirikan lebih daripada satu solat Jumaat di dalam satu pekan atau kawasan. Bagi mereka, tidak ada dalil yang menunjukkan tidak boleh melakukan demikian. Malah, menunaikan beberapa Jumaat di satu kawasan dapat menyediakan kemudahan kepada penduduk untuk mendirikan solat Jumaat.

    (e) Membaca Khutbah sebelum Mendirikan Solat Jumaat Untuk melengkapi syarat sah solat Jumaat, khatib mestilah membaca dua khutbah sebelum menunaikan solat Jumaat. Para fuqaha sepakat menyatakan khutbah Jumaat adalah syarat sah solat Jumaat. Ini disebabkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah menunaikan solat Jumaat tanpa dibacakan khutbah.

    SEMAK KENDIRI 5.2

    1. Ulama khilaf mengenai isu di manakah solat Jumaat sahditunaikan. Jelaskan.

    2. Jelaskan khilaf antara jumhur ulama dengan mazhab Hambalimengenai waktu solat Jumaat sah dilaksanakan.

    3. Huraikan khilaf antara jumhur ulama mengenai bilangan solatJumaat yang boleh didirikan di sesuatu penempatan.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 85

    5.2.3 Rukun Solat Jumaat

    Terdapat dua rukun utama untuk menunaikan solat Jumaat selain daripada rukun lain yang terdapat dalam solat fardu. Dua rukun tersebut ialah: (a) SSolat Dua Rakaat

    Solat Jumaat ditunaikan dua rakaat. Ini didasarkan riwayat Umar:

    3 NO %F$ 3 "

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    86

    Rajah 5.4: Rukun dan syarat sah khutbah

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 87

    Tiga rukun khutbah tadi iaitu memuji Allah s.w.t., selawat ke atas Rasul dan kata-kata nasihat supaya bertakwa hendaklah dilaksanakan dalam kedua-dua khutbah. Sementara membaca ayat al-Quran dan doa boleh diselitkan dalam mana-mana khutbah. Walaupun begitu, lazimnya doa dibaca dalam khutbah kedua.

    PERMASALAHAN BERKAITAN SOLAT JUMAAT

    Setelah anda memahami dalil pensyariatan, hikmah dan syarat solat Jumaat, subtopik ini membincangkan beberapa permasalahan berkaitan solat Jumaat. Berikut adalah permasalahannya (rujuk Rajah 5.5).

    5.3

    AKTIVITI 5.1

    1. Sediakan teks khutbah Jumaat yang mematuhi semua rukun dansyaratnya. Tajuk khutbah anda adalah Menyantun Isu KhilafMazhab dalam Masyarakat.

    2. Sila rujuk kitab Mughni al-Muhtaj oleh Syeikh Khatib al-Syarbinidan kitab al-Fiqh al-Manhaji oleh Mustafa al-Khin untuk menukilpendapat mazhab mengenai bilangan jemaah bagi menunaikansolat Jumaat.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    88

    Rajah 5.5: Permasalahan berkaitan solat Jumaat

    Berikut adalah huraian lanjut mengenai permasalahan berkaitan solat Jumaat: (a) HHukum Orang yang Meninggalkan Solat Jumaat

    Mendirikan solat Jumaat hukumnya adalah wajib ke atas lelaki muslim yang mencukupi syarat-syaratnya. Sesiapa meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa. Ini dijelaskan dalam hadis-hadis berikut:

    Abu Hurairah dan Ibn Umar mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    -E'R+ G H'; 1 -=+ > HS - 8'; -+H4+

    -+T -

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 89

    Maksudnya: Hendaklah kamu berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat atau tidak Allah akan menutup hati kamu kemudian kamu termasuk golongan orang-orang lalai.

    Hadis riwayat Abi al-Jaadi al-Damari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    0#; 1 M#U EH, M VFG &", -

    Maksudnya: Sesiapa meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana cuai, maka Allah s.w.t. akan menutup hatinya.

    (b) BBerjual Beli Waktu Jumaat

    Apabila kedengaran azan kedua diseru, menurut jumhur fuqaha wajiblah pergi menunai solat Jumaat. Menurut mazhab Hanafi wajib pergi menunaikan solat Jumaat setelah azan yang pertama. Meskipun azan pertama tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi dilakukan pada zaman Othman r.a. Menurut mazhab Hanafi, perbuatan berjual beli serta sewa menyewa, perkahwinan, pendamaian dan kerja-kerja yang lain ketika solat Jumaat hukumnya makruh tahrim. Mengikut jumhur fuqaha perbuatan itu haram selepas mula azan kedua. Ini berdasarkan firman Allah:

    Maksudnya: Hai orang-orang beriman, apabila kamu diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka hendaklah kamu bersegera mengingati Allah.

    (al-Jumaat, 62:9)

    Pengharaman jual beli dan perintah supaya menunaikan solat Jumaat diwajibkan ke atas mereka yang ditaklifkan solat Jumaat. Bagaimanapun mereka yang tidak ditaklifkan solat Jumaat termasuklah golongan wanita, kanak-kanak dan orang musafir tidak haram melakukan urusan jual beli dan sebagainya.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    90

    (c) BBercakap Semasa Membaca Khutbah Mengikut mazhab Syafie, para hadirin disunatkan diam semasa khatib membaca khutbah. Bagi mazhab Maliki dan Hambali hukumnya adalah wajib. Oleh itu, hukum bercakap semasa membaca khutbah mengikut mazhab Syafie adalah makruh dan bukannya haram. Hujah mereka ialah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

    >'T (W

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT 91

    Jumaat. Namun sah solat Zohor berjemaah, sekiranya mereka melakukannya di luar bandar.

    (f) MMenyegerakan Solat Zohor bagi Mereka yang Tidak Wajib Mendirikan Solat Jumaat Jumhur fuqaha berpendapat mereka yang tidak diwajibkan solat Jumaat boleh mendirikan solat Zohor sebelum imam mendirikan solat Jumaat sebab mereka tidak ditaklifkan solat Jumaat. Mengikut mazhab Hanafi, digalakkan mereka ini mendirikan solat Zohor selepas imam mendirikan solat Jumaat.

    Dalil solat Jumaat adalah berdasarkan al-Quran dan hadis. Antaranya ialah ayat 9 Surah al-Jumaat, hadis diriwayatkan oleh al-Nasai dan riwayat Abu Daud.

    Terdapat lima hikmah bagi solat Jumaat. Antaranya ialah mengeratkan kesatuan umat Islam, menimbulkan rasa gerun di kalangan orang kafir, mendengar nasihat dan peringatan dan lain-lain lagi.

    AKTIVITI 5.2

    1. Jelaskan pandangan ulama secara tepat waktu sebenarnya urusanjual beli dan aktiviti-aktiviti lain yang ditegah pada waktu solatJumaat.

    2. Khalid mengalami kecederaan pada kedua-dua kakinya dandoktor menasihatinya untuk berehat di rumah. Disebabkan itu,Khalid tidak boleh berjalan ke masjid dan dia tidak dapatmenunaikan solat Jumaat. Khalid menunaikan solat Zohorsebelum imam selesai solat Jumaat di masjid.

    Berpandukan pandangan ulama mazhab, apakah hukum solatZohor yang dilakukan oleh Khalid?

    3. Buat carian sumber di Internet dan bincangkan perkara berikut:

    (a) Isu wanita mengimamkan solat Jumaat.

    (b) Isu wanita dan lelaki yang bercampur dalam satu baris safsolat yang sama dalam solat Jumaat.

  • TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

    92

    Syarat wajib solat Jumaat ada enam iaitu Islam, baligh, berakal, lelaki, sejahtera daripada keuzuran dan bermukim di kawasan tempat solat didirikan.

    Syarat sah solat Jumaat pula ada lima. Antaranya ialah lokasi yang ada penduduk tetap, masuk waktu Zohor, dilaksanakan secara berjemaah dan lain-lain lagi.

    Rukun solat Jumaat yang utama ada dua (selain daripada rukun solat fardu yang lain). Dua rukun tersebut ialah solat dua rakaat dan dua khutbah.

    Terdapat beberapa permasalah yang berkaitan dengan solat Jumaat. Antaranya ialah hukum orang yang meninggalkannya, berjual beli ketika waktu Jumaat, bercakap semasa khutbah dan lain-lain lagi.

    Azan kedua

    Azan pertama

    Bermukim

    Jumhur fuqaha

    Khatib

    Khilaf

    Khutbah kedua

    Khutbah pertama

    Mastautin

    Solat Jumaat

    Syariat

    Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin talibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

    Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

    Mustafa, al-Khin. (1987). al-fiqh al-manhaj ala mazhab al-Imam al-Syafii. Damsyiqk: Dar al-Qalam.