fiqh ibadat topik 9 zakat

19
7/13/2019 fiqh ibadat Topik 9 zakat http://slidepdf.com/reader/full/fiqh-ibadat-topik-9-zakat 1/19   PENGENALAN Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Ia menjadi satu institusi penting dalam sistem ekonomi dan jaminan sosial ummah. Oleh kerana kedudukannya yang sangat penting dalam agama Islam, al-Quran menyebutnya sebanyak 82 kali yang kebanyakannya digandingkan dengan perintah menunaikan solat. Dalam konteks ekonomi, sewajarnya zakat menjadi aset penting umat Islam dalam kerangka mengurangkan kemiskinan ummah dan pada masa yang sama dapat menangani isu-isu sosioekonomi yang lain dan akhirnya meningkatkan martabat ummah. Topik ini akan menerangkan kepada anda tentang definisi zakat, hikmah pensyariatannya, harta yang wajib dikeluarkan zakat, syarat-syarat wajib zakat dan kaedah pengiraan zakat. Topik ini juga akan memfokuskan kepada hukum membayar zakat secara terperinci terutamanya hukum keengganan membayar zakat sama ada menafikan kewajipannya ataupun sebaliknya. T T o o p p i i 9 9   Konsep Zakat Harta dan Fitrah Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi zakat dan hikmah di sebalik pensyariatannya; 2. Menerangkan hukum zakat dan syarat-syarat wajib zakat; 3. Membezakan dua jenis zakat; 4. Mengenal pasti asnaf yang berhak menerima zakat; dan 5. Menghuraikan isu semasa yang berkaitan dengan zakat. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: nooridzam

Post on 04-Nov-2015

136 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

konsep zakat harta dan zakat fitrah serta penerangannya

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Ia menjadi satu institusi penting dalam sistem ekonomi dan jaminan sosial ummah. Oleh kerana kedudukannya yang sangat penting dalam agama Islam, al-Quran menyebutnya sebanyak 82 kali yang kebanyakannya digandingkan dengan perintah menunaikan solat. Dalam konteks ekonomi, sewajarnya zakat menjadi aset penting umat Islam dalam kerangka mengurangkan kemiskinan ummah dan pada masa yang sama dapat menangani isu-isu sosioekonomi yang lain dan akhirnya meningkatkan martabat ummah. Topik ini akan menerangkan kepada anda tentang definisi zakat, hikmah pensyariatannya, harta yang wajib dikeluarkan zakat, syarat-syarat wajib zakat dan kaedah pengiraan zakat. Topik ini juga akan memfokuskan kepada hukum membayar zakat secara terperinci terutamanya hukum keengganan membayar zakat sama ada menafikan kewajipannya ataupun sebaliknya.

    TTooppiikk

    99 Konsep

    Zakat Harta dan Fitrah

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan definisi zakat dan hikmah di sebalik pensyariatannya;

    2. Menerangkan hukum zakat dan syarat-syarat wajib zakat;

    3. Membezakan dua jenis zakat;

    4. Mengenal pasti asnaf yang berhak menerima zakat; dan

    5. Menghuraikan isu semasa yang berkaitan dengan zakat.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 162

    DEFINISI ZAKAT

    Sebelum anda meneruskan pembacaan, apakah yang anda faham tentang zakat? Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya di bawah. Zakat boleh didefinisikan kepada TTIGA bahagian, iaitu dari segi bahasa, istilah dan juga syarak. Jadual 9.1 menerangkan setiap definisi tersebut.

    Jadual 9.1: Definisi Zakat

    Perspektif Definisi Zakat

    Bahasa Berkembang, keberkatan, bertambah dan penyucian.

    Istilah Nama bagi harta tertentu, yang wajib dikeluarkan pada kadar tertentu dan diagihkan kepada golongan tertentu.

    Syarak Menurut pendapat Mazhab Shafie ia merupakan suatu kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan.

    9.1.1 Sejarah Pensyariatan Zakat dan Hikmah Zakat

    Mengikut pendapat ulama yang sahih, zakat telah disyariatkan pada tahun kedua setelah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Antara hikmah zakat ialah:

    (a) Menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara golongan kaya dengan miskin.

    (b) Mewujudkan budaya suka bersedekah dan berkorban harta untuk membantu golongan miskin.

    9.1

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 163

    (c) Mempunyai peranan dalam menangani masalah pengangguran.

    (d) Memastikan keperluan anggota sesebuah masyarakat menjadi sempurna.

    HUKUM DAN SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT

    Dalam subtopik ini, kita akan melihat apakah hukum dan syarat wajib zakat.

    9.2.1 Hukum Zakat

    Apakah hukum mengeluarkan zakat bagi umat Islam? Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah. Dalil al-Quran, surah al-Baqarah ayat: 43, bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat. Manakala, dalam hadis pula Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Islam itu dibina atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadan.

    (Bukhari dan Muslim) Hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat terbahagi kepada DDUA iaitu:

    (a) KKafir dan Murtad Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkari kewajipannya.

    (b) FFasik dan Berdosa Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana bakhil atau kedekut akan dikenakan azab di akhirat.

    9.2

    AKTIVITI 9.1

    Setelah anda mengetahui pengertian zakat, dapatkah anda fikirkan jenisharta yang diwajibkan untuk zakat dan syarat yang mewajibkan zakat?

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 164

    9.2.2 Syarat Wajib Zakat

    Setelah kita mengetahui bahawa hukum zakat adalah wajib bagi umat Islam, marilah kita lihat apakah syarat wajib zakat. Syarat-syarat wajib zakat boleh dibahagikan kepada LLIMA seperti yang disenaraikan dalam Rajah 9.1:

    Rajah 9.1: Lima syarat wajib zakat

    1. Jelaskan hukum bagi orang yang enggan mengeluarkan zakat. 2. Senaraikan lima syarat wajib zakat.

    SEMAK KENDIRI 9.1

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 165

    JENIS ZAKAT

    Tahukah anda terdapat berapa jenis zakat? Zakat boleh dibahagikan kepada DUA jenis yang utama seperti yang disenaraikan dalam Rajah 9.2:

    Rajah 9.2: Dua jenis zakat

    Mari kita lihat satu persatu zakat ini dalam subtopik seterusnya.

    9.3.1 Zakat Harta

    Zakat harta adalah zakat yang dikenakan terhadap harta-harta tertentu apabila cukup nisab dan haulnya. Harta-harta tersebut terbahagi kepada LLIMA bahagian seperti yang diterangkan dalam Jadual 9.2.

    Jadual 9.1: Harta yang Diwajibkan Zakat

    Jenis Harta Penerangan

    Emas dan perak

    Sama ada yang telah ditempa atau dalam bentuk jongkong, dimiliki secara langsung ataupun tidak.

    9.3

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 166

    Binatang ternakan

    Binatang ternakan seperti unta, lembu, biri-biri dan kambing.

    Tanam-tanaman dan buah-buahan

    Makanan asasi manusia dalam keadaan biasa, boleh disimpan lama dan tidak rosak seperti kurma, anggur, padi, jagung dan gandum.

    Barang perniagaan

    Transaksi barangan untuk mendapatkan keuntungan dan ia tidak terhad kepada harta benda tertentu.

    Harta galian

    Emas dan perak yang dikeluarkan dari Bumi, manakala, harta karun adalah harta yang tertanam di Bumi sebelum kedatangan Islam.

    Apabila harta-harta ini melebihi daripada kadar yang telah ditetapkan, zakat wajib dikeluarkan oleh pemilik harta itu. Kadar ini disebut sebagai nnisab. Manakala, hhaul pula bermaksud, tempoh setahun atau 12 bulan qqamariyyah (mengikut kalendar Islam).

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 167

    Jadual 9.3: Zakat: Definisi, Nisbah, Kadar dan Contoh

    Jenis Zakat Definisi Nisab Kadar Contoh

    Emas dan Perak

    Emas

    Ditempa atau dalam bentuk jongkong atau wang kertas sebagai ganti emas.

    20 mithqal emas = 85 gram

    2.5 % daripada keseluruhan nilai emas yang dimiliki.

    Jongkong emas

    Bijih emas

    Wang emas

    Perkakas atau perhiasan daripada emas.

    Perak

    Ditempa atau dalam bentuk jongkong atau wang kertas sebagai ganti perak.

    200 Dirham = 595 gram

    2.5 % daripada nilai keseluruhan perak yang dimiliki.

    Jongkong perak

    Bijih perak

    Wang perak

    Perkakas atau perhiasan daripada perak

    Barang kemas perak

    Tanaman dan Buah-buahan

    Tanam-tanaman dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi manusia yang boleh disimpan lama dan tidak rosak.

    Bagi tanaman yang disiram dengan air tanpa menggunakan sebarang tenaga (seperti disiram oleh air hujan)

    Bagi tanaman yang disiram dengan air yang diangkat atau dibeli.

    Bagi tanaman yang menggunakan kedua cara di atas.

    10 %

    5 %

    7.5 %

    Padi

    Gandum

    Jagung

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 168

    Perniagaan Zakat perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada perniagaan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian atau perkongsian.

    Kadar penilaian yang bersamaan dengan nilai semasa 80 gram emas.

    2.5 % Barangan pengguna dan industri

    Perdagangan

    Hartanah pembinaan

    Kewangan dan perbankan

    Perladangan dan perlombongan

    Harta Galian dan Harta Karun

    Harta Galian Setiap benda yang dikeluarkan dari Bumi sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal.

    Harta Karun

    Harta yang tertimbus oleh perbuatan manusia atau kejadian alam.

    20 mithqal emas = 85 gram

    200 Dirham = 595 gram

    atau senilai dengannya mengikut harga pasaran semasa nisab emas atau perak

    2.5 % atau

    5 % atau

    10 % atau 20 %

    Berdasarkan kos pengeluaran.

    Emas

    Perak

    Timah

    Tembaga

    Petroleum

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 169

    (a) ZZakat Binatang Ternakan

    Binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat adalah unta, lembu dan kambing. Jika diperhatikan dalam Jadual 9.4 hingga Jadual 9.6, setiap nisab binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat mempunyai nisab yang paling minimum dan mempunyai kiraan nisab yang tertentu sehingga sampai angka yang tertentu.

    Jadual 9.4: Zakat Binatang Ternakan (Unta)

    Nisab Kadar Wajib

    5 hingga 9 Seekor kambing

    10 hingga 14 2 ekor kambing

    15 hingga 19 3 ekor kambing

    20 hingga 24 4 ekor kambing

    25 hingga 35 Seekor unta umur setahun masuk 2 tahun

    36 hingga 45 Seekor unta umur 2 tahun masuk 3 tahun

    46 hingga 60 Seekor unta betina umur 3 tahun masuk 4 tahun

    61 hingga 74 Seekor unta betina umur 4 tahun masuk 5 tahun

    76 hingga 90 2 ekor unta umur dua tahun masuk 3 tahun

    91 hingga 120 2 ekor unta betina umur 3 tahun masuk 4 tahun

    1. Sebutkan kadar nisab yang mewajibkan zakat emas dan perakdikeluarkan.

    2. Setelah jumlah padi mencukupi nisabnya, bilakah waktu yangwajib dikeluarkan zakat?

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan zakat perniagaan?

    4. Apakah perbezaan antara harta galian dengan harta karun?

    5. Kamariah memiliki seutas gelang tangan dan dia memakainyasetiap hari. Adakah dia wajib mengeluarkan zakat?

    SEMAK KENDIRI 9.2

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 170

    Apabila memiliki lebih 121 ekor unta, kadar wajibnya adalah seperti berikut:

    Setiap 40 ekor unta = Seekor unta umur 2 tahun masuk 3 tahun.

    Setiap 50 ekor unta = Seekor unta betina umur 3 tahun masuk 4 tahun.

    Jadual 9.5: Zakat Binatang Ternakan (Lembu)

    Nisab Kadar Wajib

    30 hingga 39 Seekor lembu betina atau jantan umur setahun

    40 hingga 59 Seekor lembu umur 2 tahun

    60 hingga 69 2 ekor lembu umur setahun

    70 hingga 79 Seekor lembu umur 2 tahun dan seekor lembu umur setahun

    80 hingga 89 2 ekor lembu umur 2 tahun

    90 hingga 99 3 ekor umur lembu setahun

    100 hingga 109 Seekor lembu umur 2 tahun dan 2 ekor lembu umur setahun

    110 hingga 119 2 ekor lembu umur 2 tahun dan seekor lembu umur setahun

    30 hingga 39 Seekor lembu betina atau jantan umur setahun

    40 hingga 59 Seekor lembu umur 2 tahun

    Apabila memiliki lebih 119 ekor lembu, maka kadar wajibnya ialah:

    Setiap 30 ekor lembu = Seekor lembu umur setahun

    Setiap 40 ekor lembu = Seekor lembu umur 2 tahun

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 171

    Jadual 9.6: Zakat Binatang Ternakan (Kambing/Biri-Biri)

    Nisab Kadar Wajib

    40 hingga 120 Seekor biri-biri umur setahun atau kambing umur 2 tahun

    121 hingga 200 2 ekor biri-biri umur setahun atau 2 ekor kambing umur 2 tahun

    201 hingga 300 3 ekor biri-biri umur setahun atau 3 ekor kambing umur 2 tahun

    Apabila memiliki lebih 300 ekor kambing, kadar wajibnya ialah:

    Setiap 100 ekor biri-biri atau kambing = Seekor biri-biri atau kambing (b) Zakat Pendapatan

    Kita juga harus membayar zakat untuk diri kita sendiri iaitu zakat pendapatan. Jadual 9.7 berikut memberikan contoh bagaimana zakat pendapatan dikira.

    Jadual 9.7: Zakat Pendapatan Individu

    Zakat Pendapatan

    Definisi Contoh Nisab Kadar

    Perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapaan bebas seperti pendapatan ahli profesional

    Penggajian iaitu pendapatan atau perolehan yang diperolehi oleh seseorang melalui orang lain atau majikan

    Pendapatan bebas atau profesional, iaitu perolehan yang diperoleh oleh seseorang yang bekerja sendiri

    Sebarang usaha mengambil upah seperti pengangkutan udara, laut dan sebagainya.

    85 gram emas

    595 gram perak

    2.5 % berdasarkan kadar zakat emas

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 172

    9.3.2 Zakat Fitrah

    Apakah yang dimaksudkan dengan zakat fitrah?

    Berikut ialah dalil zakat fitrah:

    Apakah kadar fitrah dan syarat wajib mengeluarkan fitrah? Kadar fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.

    Rasulullah SAW telah menfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam.

    (Riwayat Muslim)

    Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

    SEMAK KENDIRI 9.3

    1. Amin memiliki 83 ekor unta. Berapakah jumlah zakat yang wajib dikeluarkannya?

    2. Jika kerbau yang dimiliki oleh Shamsuri mencecah 115 ekor, apakah bentuk zakat yang perlu dikeluarkannya?

    3. Berapakah jumlah kambing yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum dia wajib mengeluarkan zakat?

    4. Sekiranya unta, lembu atau kerbau dan kambing yang diternak dikenakan zakat apabila cukup nisabnya, bagaimana pula rusa yang diternak secara komersil? Adakah ia juga dikenakan zakat?

    5. Apakah sumber pendapatan yang diwajibkan zakat?

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 173

    Terdapat EEMPAT syarat wajib fitrah. Ia disenaraikan dalam Rajah 9.3.

    Rajah 9.3: Syarat wajib fitrah Berikut adalah waktu-waktu mengeluarkan fitrah berserta hukumnya (Jadual 9.8).

    Jadual 9.8: Waktu dan Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

    Waktu Hukum

    Apabila terbenam matahari pada akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.

    Wajib

    Sebelum solat Hari Raya Yang paling afdal

    Sepanjang bulan Ramadan Sunat

    Selepas solat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu syawal

    Makruh

    Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal Haram

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 174

    ASNAF ZAKAT

    Apakah yang dimaksudkan dengan asnaf zakat?

    Rajah 9.4: Orang-orang yang berhak menerima zakat

    (a) FFakir Orang yang tidak mempunyai harta untuk menampung keperluan

    makanan, pakaian dan kediamannya. Sebagai contoh, dia hanya mendapat RM3 sehari dari RM10 yang diperlukannya.

    (b) MMiskin Orang yang mempunyai harta tetapi tidak cukup untuk menampung

    keperluannya. Sebagai contoh, dia memerlukan RM10 sehari tetapi pendapatannya RM8 sahaja.

    Asnaf zakat ialah orang yang berhak menerima zakat.

    9.4

    AKTIVITI 9.4

    1. Adakah kanak-kanak dan hamba wajib membayar zakat fitrah? 2. Nyatakan secara terperinci hukum-hukum yang berkaitan

    dengan waktu membayar zakat fitrah.

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 175

    (c) AAmil Pekerja yang berjawatan dan pemungut hasil yang ditugaskan oleh

    pemerintah untuk mengumpul dan mengagihkan zakat.

    (d) MMuallaf Mereka yang baru memeluk Islam dan diharapkan dengan pemberian

    zakat dapat menguatkan pegangan mereka kepada agama Islam.

    (e) HHamba Hamba yang layak menerima zakat ialah orang yang ingin membebaskan

    dirinya daripada perhambaan (al-Mukatab), iaitu yang membuat perjanjian dengan tuannya yang akan membebaskannya apabila dia dapat memberikan sejumlah harta kepadanya.

    (f) OOrang yang Berhutang Mereka yang dibebani hutang dan tidak mampu melunaskannya.

    (g) FFisabilillah (untuk Jalan Allah) Sukarelawan yang sedang berjuang mempertahankan umat Islam tanpa

    imbuhan dan gaji.

    (h) MMusafir Orang yang dalam perjalanan yang harus atau yang ingin bermusafir

    untuk tujuan yang diharuskan oleh syarak. Berikut ialah dalil bagi orang yang berhak menerima zakat, surah at-Taubah ayat 60:

    Maksudnya:Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    SEMAK KENDIRI 9.4

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan "Asnaf"?

    2. Sebutkan golongan yang termasuk dalam asnaf.

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 176

    ISU SEMASA ZAKAT

    Terdapat DDUA isu semasa yang akan kita bincangkan, iaitu: (a) PPengeluaran Zakat Harta dengan Nilai sebagai Ganti Harta Menurut pandangan Mazhab Shafie, zakat hendaklah dikeluarkan dalam

    bentuk ainnya yang asal dan tidak harus dikeluarkan dengan nilai sebagai ganti harta. Ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut:

    : !"

    Maksudnya: Telah berkata Ibnu Umar: Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah, secupak daripada tamar atau secupak daripada gandum.

    Hadis ini jelas menunjukkan bahawa zakat hendaklah dikeluarkan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

    Manakala Mazhab Hanafi berpendapat harus mengeluarkan zakat dengan nilai sebagai ganti harta berdasarkan dalil di bawah:

    #$ %& ' #( ) *+ ,- ./ 0 Maksudnya: Setiap daripada 25 ekor lembu bintu mukhadh, sekiranya tidak ada ibnu labun.

    Hadis ini menerangkan bahawa sekiranya tidak terdapat barang asal yang hendak dikeluarkan zakat, maka ia boleh diganti dengan barangan yang lain yang seumpama dengan nilainya.

    (b) PPengeluaran Zakat Fitrah dengan Nilai sebagai Ganti Makanan Asasi Dalam perkara ini, ulama berselisih pendapat kepada DDUA pandangan,

    iaitu: Menurut pendapat Mazhab Shafie zakat fitrah hendaklah dikeluarkan

    dengan ainnya yang asal iaitu makanan asasi seperti beras atau gandum. Ini berdasarkan kepada hadis di bawah:

    9.5

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 177

    1,2 : 3 !"

    Maksudnya: Hadis dari Ibn Umar: Rasulullah s.a.w. telah menfardukan zakat fitrah secupak daripada tamar atau secupak daripada gandum.

    Berdasarkan kepada hadis ini, mereka telah berhujah bahawa apa yang telah disebut dalam hadis tidak harus bercanggah dengannya. Sesiapa yang mengubah apa yang disebut di dalam hadis sesungguhnya dia telah meninggalkan fardu. Manakala, pendapat Mazhab Hanafi pula, zakat fitrah harus dikeluarkan dengan nilai sebagai ganti makanan asasi sebagaimana yang dijelaskan dalam dalil di bawah: Hadis yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.:

    4 56 0 6+73Maksudnya: Kayakan dan cukupkan mereka pada hari ini.

    Berdasarkan kepada hadis di atas, kekayaan boleh diperolehi melalui sumber pemakanan dan kewangan. Kemungkinan wang lebih baik kerana ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan. Zakat diberikan untuk memberi manfaat kepada fakir miskin, sekiranya mereka memerlukan makanan, kita berikan makanan tetapi sekiranya mereka memerlukan kewangan maka kita berikan mereka dalam bentuk kewangan. Ini adalah kerana mereka lebih mengetahui apa yang mereka perlukan dan kehendaki.

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 178

    Zakat boleh didefinisikan kepada tiga bahagian iaitu dari segi bahasa, istilah

    dan juga syarak. Menurut pendapat mazhab Shafie, zakat merupakan suatu kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan.

    Antara hikmah zakat ialah menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara golongan kaya dan miskin, mewujudkan budaya suka bersedekah dan berkorban harta untuk membantu golongan miskin dan boleh menangani masalah pengangguran.

    Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah. Bagi yang enggan mengeluarkannya, hukumnya adalah sama ada kafir dan murtad atau fasik dan berdosa.

    Terdapat lima syarat wajib zakat iaitu Islam, merdeka, cukup nisab dan haul, diketahui pemiliknya dan pemilikan sempurna.

    Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

    Zakat harta adalah wajib dikeluarkan apabila memenuhi syarat-syarat tertentu. Hanya emas, perak, tanaman, ternakan, barang perniagaan dan harta galian sahaja yang wajib dikeluarkan zakat.

    Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang berterusan hayat dan Islamnya dari awal Ramadan hinggalah muncul anak bulan Syawal.

    Harta yang dizakatkan hanya berhak diberi kepada lapan golongan iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, hamba yang ingin memerdekakan dirinya, orang berhutang yang tidak mampu membayar hutangnya, fisabilillah dan musafir yang putus bekalannya.

    Dua isu semasa yang berkaitan dengan zakat ialah pengeluaran zakat harta dengan nilai sebagai ganti harta dan pengeluaran zakat fitrah dengan nilai sebagai ganti makanan asasi. Terdapat beberapa pendapat ulama mengikut mazhab yang berkait dengan isu ini.

  • TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH 179

    Asnaf Dinar Dirham Amil Asnaf Dinar Dirham Fisabillilah

    Haul Hikmah Mithqal Nisab Zakat fitrah Zakat harta Zakat pendapatanAmil

    Al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa & Al-Syabaji, Ali. (2005). Manhaj fiqh al-Syafie (Jld 2). Mohd Yusof Ahmad, Abdul Kudos Othman, Jamil Abdul Wahab dan Zulkifli Muhammad al-Bakri (Penterjemah). Kuala Lumpur: Prospecta Printers.

    Al-Zuhaili, Wahbah. (2002). Fiqh dan perundangan Islam (Jld 1). Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka. Ar-Rahbawi, Abdul Kadir. (1996). Salat empat mazhab. Kuala Lumpur. Victory

    Agency.