fiqh ibadat topik 2 "solat fardu"

Upload: nooridzam

Post on 04-Nov-2015

114 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pengertian solat serta rukun-rukun solat.Bahagian-bahagian waktu solat.

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Dalam topik kedua ini, kita akan membincangkan solat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sekalipun solat perkara yang sudah sebati dalam hidup kita, namun kadang-kadang kita melakukannya tanpa ilmu yang memadai. Topik ini akan membantu anda semua melakukan solat dengan penuh kefahaman, Insya Allah. Bak kata pepatah, Rumah kecil tiang seribu, rumah besar tiang sebatang, namun agama tiangnya lima, iaitu solat lima waktu.

    TTooppiikk 22

    Solat Fardu

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan pengertian solat, dalil dan hukum pensyariatan solat;

    2. Menerangkan syarat wajib dan syarat sah solat;

    3. Membezakan waktu-waktu solat fardu;

    4. Mengenali waktu makruh solat dan sebab yang membolehkan mengqada solat; dan

    5. Mengenal pasti rukun dan perkara yang membatalkan solat; dan

    6. Mengenal pasti solat sunat dan berbagai jenis sujud.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Anda diminta merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu (jilid 1) tulisan Wahbah al-Zuhaili untuk memahami dengan lebih teliti isu-isu mengenai solat, terutama mengenai khilaf fuqaha bersabit hukum-hukum solat.

    AKTIVITI 1.1

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 20

    DEFINISI DAN DALIL PENSYARIATAN SOLAT

    Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam. Malah, Rasulullah s.a.w. mengibaratkan solat sebagai tiang agama. Tanpa tiang, sebuah bangunan itu tidak dapat didirikan dengan kukuh. Begitu juga dengan agama Islam. Tanpa solat, agama sesorang itu tidak kukuh. Oleh kerana solat itu penting, maka kita harus melakukannya dengan betul seperti yang dikehendaki. Jika tidak betul, maka solat itu dikira tidak sah. Solat yang tidak sah itu tidak diterima dan dianggap tidak bersolat. Untuk mendapat solat yang sah, seseorang itu perlu belajar dengan guru yang muktabar. Justeru itu, topik ini merupakan bahan asas untuk membimbing pembaca ke arah pembelajaran ibadat solat.

    2.1.1 Definisi

    Dalam makna seharian bahasa Arab, solat bererti doa. Maksud solat sebagai doa turut disebut dalam ayat 103 Surah al-Taubah:

    Maksudnya: Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenangan jiwa bagi mereka.

    Dari segi istilah syarak pula, solat bererti perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

    2.1

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    21

    2.1.2 Dalil

    Dalil syarak yang berkaitan dengan pensyariatan solat antara lain ialah: (a) Al-Quran. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 103:

    ! "#$%& Maksudnya: Sesungguhnya solat itu diwajibkan ke atas mukmin pada waktu yang tertentu.

    (b) Sunnah Ibn Abbas r.a meriwayatkan maksudnya:

    Sesungguhnya Nabi mengutuskan Muadz ke Yaman lalu Baginda bersabda: Serulah kamu mereka itu supaya menyaksikan bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan sesungguhnya aku Muhammad pesuruh Allah. Sekiranya mereka taat demikian, ajarlah mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka solat lima waktu dalam sehari semalam.

    (c) Ijma umat Islam bahawa waktu solat adalah lima waktu sehari semalam. Semua nas syarak ini menunjukkan bahawa solat itu wajib ditunaikan.

    HUKUM MENINGGALKAN SOLAT

    Pernahkah anda meninggalkan solat, sama ada disengajakan, uzur atau terlupa? Apakah agaknya hukum Allah ke atas mereka yang meninggalkan solat? Perbincangan berikut akan menghuraikannya. Sebenarnya, ada dua kategori orang yang meninggalkan solat iaitu:

    2.2.1 Meninggalkan Solat Kerana Ingkar dan Tidak Percaya

    Orang yang tidak melakukan solat kerana ingkar dan tidak percaya atau mempersendakan hukum bahawa solat itu wajib, fuqaha sependapat mengatakan hukumnya kafir dan murtad, terkeluar daripada Islam. Hakim wajib memerintahkan orang ini bertaubat di atas perbuatannya. Sekiranya dia

    2.2

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 22

    bertaubat, dia terlepas daripada hukum bunuh. Sebaliknya, jika dia tidak mahu bertaubat, dia boleh dihukum bunuh atas jenayah murtad.

    2.2.2 Meninggalkan Solat Bukan Kerana Ingkar

    Mereka yang meninggalkan solat bukan kerana ingkar berlaku dalam dua keadaan iaitu: (a) MMeninggalkan solat kerana terlupa atau tertidur Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa keadaan seperti ini tidak

    berdosa, namun orang terbabit wajib menggantikannya pada waktu yang lain.

    (b) MMeninggalkan solat kerana malas, sibuk atau memandang ringan

    Hukumnya berdosa. Namun, para fuqaha tidak sependapat sama ada hukumnya kafir dan wajib dihukum bunuh atau tidak kafir.

    Pendapat pertama, iaitu pendapat jumhur fuqaha yang terdiri daripada Imam Malik, al-Syafie dan Abu Hanifah hukumnya tidak kafir tetapi dia dihukum fasik. Bagi Imam Malik dan al-Syafie wajib ke atas hakim meminta supaya orang yang meninggalkan solat itu bertaubat terlebih dahulu. Sekiranya dia tidak bertaubat, hakim hendaklah melaksanakan hukum hudud iaitu bunuh. Bagi Imam Abu Hanifah, hakim tidak boleh melaksanakan hukum bunuh. Dia hanya dibolehkan melaksanakan hukum takzir sehingga dia menunaikan solat semula.

    Manakala pendapat kedua iaitu pendapat Imam Ahmad Ibn Hanbal hukumnya kafir dan wajib dibunuh. Hujahnya ialah hadis riwayat Jabir di mana Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Perbezaan antara muslim dengan kafir ialah meninggalkan solat. Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

    Maksudnya: Perjanjian antara kami (muslim) dan kafir ialah solat. Sesiapa meninggalkan solat, maka dia kafir.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    23

    SYARAT WAJIB SOLAT

    Sekalipun solat diwajibkan, namun ia tidak diwajibkan secara mutlak ke atas semua manusia dan dalam semua keadaan. Ada syarat-syarat tertentu solat itu diwajibkan. Solat diwajibkan ke atas mereka yang memenuhi beberapa syarat seperti dinyatakan dalam Jadual 2.1 berikut.

    Jadual 2.1: Enam Syarat Wajib Solat

    Syarat Huraian

    Islam Solat tidak wajib ke atas orang kafir untuk melaksanakannya di dunia kerana ia tidak sah. Walaupun begitu, ia wajib ke atas balasan di akhirat.

    Berakal

    Solat tidak diwajibkan ke atas orang gila, kanak-kanak, orang yang pengsan dan orang mabuk tanpa sengaja kerana golongan ini bukan mukallaf. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Terangkat qalam (hukum) terhadap tiga golongan iaitu kanak-kanak sehingga baligh, orang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga sembuh.

    Suci Suci daripada darah haid dan nifas.

    Sampai seruan

    Sampai seruan Islam. Mereka yang tinggal di kawasan jauh yang tidak sampai seruan Islam tidak diwajibkan solat.

    Baligh Mencapai umur baligh apabila seseorang itu bermimpi atau genap umur lima belas tahun atau darah haid bagi kanak-kanak wanita.

    Mampu Mampu menunaikan solat. Mengikut mazhab Syafie, mereka yang semula jadi cacat penglihatan dan pendengaran tidak wajib solat kerana tidak mampu untuk mengajar mereka cara-cara solat.

    2.3

    1. Dari sudut bahasa, solat bererti doa. Berikan kesesuaian pengertian doa dalam pengaplikasian solat fardu dan sunat.

    2. Ada berbagai cara solat ditinggalkan dan ada berbagai hukum dikenakan ke atas mereka yang meninggalkannya, sesuai dengan sebab mereka meninggalkannya. Huraikan dengan terperinci perkara ini.

    SEMAK KENDIRI 2.1

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 24

    SYARAT SAH SOLAT

    Tidak semua solat yang dilakukan dikira sah. Ada enam syarat yang perlu disempurnakan untuk solat yang dilakukan dianggap sah. Syarat-syarat sah solat ialah seperti berikut: (a) SSuci daripada hadas Maksudnya orang yang ingin menunaikan solat mestilah suci daripada

    hadas kecil dan besar dan suci daripada najis. Dalil kepada syarat ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

    Allah tidak menerima solat tanpa bersuci. (b) MMumaiyiz Mumaiyiz maksudnya dapat membezakan. Kanak-kanak dikira mumaiyiz

    apabila dia dapat membezakan antara sesuatu yang merbahaya kepada dirinya dan membezakan yang bersih dan yang kotor. Pada kebiasaannya, kanak-kanak mencapai keupayaan ini pada usia tujuh tahun ke atas.

    (c) MMengetahui peraturan solat Maksudnya orang yang ingin menunaikan solat mestilah mengetahui

    cara-cara solat didirikan dan dapat membezakan antara rukun sunat solat. (d) MMengetahui masuk waktu solat Mengetahui masuk waktu dikira sudah memadai dengan azan telah masuk

    waktu atau bertanya kepada penduduk di tempat solat didirikan. (e) MMenutup aurat Tahukah anda bahawa aurat lelaki luar dan dalam solat adalah tidak sama,

    sedangkan aurat wanita luar dan dalam solat adalah sama? Ini bukan satu diskriminasi jantina, tetapi terdapat hikmat perbezaan fitrah silang jantina di mana:

    Aurat lelaki dalam solat dan luar solat bersama lelaki dan wanita yang

    mahram dengannya ialah anggota badan antara pusat dengan lutut. Aurat lelaki bersama wanita ajnabi pula ialah seluruh badan.

    Aurat wanita dalam solat dan luar solat ialah seluruh badan kecuali muka

    dan kedua-dua tapak tangan. Aurat wanita bersama wanita pula ialah anggota badan antara pusat dengan lutut. Aurat wanita bersama lelaki ajnabi (yang sah dikahwininya) ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

    2.4

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    25

    (f) MMengadap kiblat Bagi mereka yang berada berhampiran Kaabah mengadap qiblat dikira

    sempurna apabila dia menghadap tepat ke Kaabah. Bagi mereka yang berada jauh dari Kaabah, mengadap kiblat cukup dengan hanya setakat mengadap ke arah Kaabah.

    WAKTU SOLAT FARDU

    Mungkin anda kurang sedar bahawa penentuan waktu tertentu bagi solat lima waktu (mula masuk dan habis waktu) sebenarnya mengajar kita untuk peka terhadap waktu, di samping memberi isyarat bahawa waktu atau masa itu sangat berharga kepada seseorang. Seperti yang kita tahu, solat fardu ialah Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Syariat Islam telah menentukan masa permulaan dan akhir bagi semua waktu-waktu tersebut. Ini dijelaskan Allah dalam ayat 103 Surah al-Nisa:

    Maksudnya: Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang mukmin.

    (a) WWaktu solat Zohor Mula masuk waktu Zohor ialah apabila matahari gelincir ke sebelah barat.

    Gelincir matahari bererti matahari condong ke sebelah barat dan berterusan hinggalah bayang sesuatu itu sama dengan jasadnya. Apabila bayang sesuatu sama dengan jasadnya, itu menandakan akhir waktu bagi solat zohor. Penentuan awal dan akhir waktu Zohor ini dijelaskan Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:

    Waktu Zohor bermula apabila matahari gelincir dan berakhir apabila

    bayang seseorang itu sama panjang dengan jasadnya sehingga masuk waktu Asar.

    2.5

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 26

    (b) WWaktu solat Asar Awal masuk waktu Asar bermula apabila berakhir waktu Zohor, iaitu

    apabila bayang sesuatu itu sama panjang dengan jasadnya. Akhir waktu Asar pula ialah apabila matahari tenggelam. Hujah bagi penentuan waktu ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Sesiapa mendapat satu rakaat Asar sebelum matahari tenggelam

    sesungguhnya dia mendapat solat Asar. (c) WWaktu solat Maghrib Awal masuk waktu Maghrib ialah apabila matahari tenggelam dan akhir

    waktunya pula ialah apabila hilang syafaq merah. Ini didasarkan kepada hadis riwayat Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:

    Waktu Maghrib ialah selagi syafaq merah tidak hilang. (d) WWaktu solat Isyak Mula masuk waktu Isyak apabila hilang syafaq merah dan akhir waktunya

    hingga terbit fajar sadiq, iaitu fajar kedua setelah warna putih (cerah) merentangi di atas ufuk.

    (e) WWaktu solat Subuh Awal masuk waktunya ialah setelah naik fajar kedua iaitu warna putih

    cerah merentang di atas ufuk dan akhir waktunya sehingga naik matahari. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

    Sesiapa mendapat dua rakaat sebelum naik matahari, beliau telah

    mendapat waktu Subuh.

    WAKTU MAKRUH SOLAT

    Mengikut mazhab Syafie, status makruh mendirikan solat ada dua iaitu makruh tahrim dan makruh tanzih (Rajah 2.1).

    2.6

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    27

    Rajah 2.1: Waktu-waktu makruh solat

    (a) MMakruh tahrim

    Waktu makruh tahrim ada tiga:

    (i) Selepas subuh hingga naik matahari, kurang lebih satu pertiga jam.

    (ii) Semasa naik matahari sehingga ia kelihatan setinggi sebatang tombak pada pandangan mata, lebih kurang 20 minit selepas matahari naik.

    (iii) Waktu istiwa, iaitu apabila matahari berada betul-betul di tengah-tengah langit atau di atas kepala hinggalah ia gelincir ke barat.

    Adalah makruh tahrim mendirikan solat pada ketiga-tiga waktu tersebut.

    Hukum makruh tahrim ini didasarkan kepada hadis di mana Rasulullah S.A.W. melarang para sahabat mendirikan solat pada tiga waktu, iaitu ketika matahari naik sekadar tinggi sebatang tombak pada pandangan mata (20 minit selepas matahari naik), waktu istiwa sehingga gelincir matahari dan waktu matahari hampir tenggelam.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 28

    (b) MMakruh tanzih

    Waktu makruh tanzih pula ada dua:

    (i) Waktu matahari berwarna kekuningan dan hampir tenggelam.

    (ii) Selepas solat Asar hingga tenggelam matahari.

    Dalam kedua-dua waktu ini, solat makruh tanzih didirikan. Hukum ini didasarkan kepada hadis yang bermaksud:

    Tidak sah solat selepas Subuh sehingga matahari naik dan tidak sah solat selepas asar sehingga tenggelam matahari.

    HUKUM MENGQADA SOLAT

    Sepanjang hidup ini, kita mungkin telah meninggalkan solat kerana terlupa atau kerana sesuatu keuzuran. Kita bersyukur kerana tidak diambil tindakan kerana meninggalkan solat dalam keadaan ini, namun kita diwajibkan mengqadanya. Para fuqaha sependapat mengatakan orang yang terlupa dan tertidur lalu tidak mendirikan solat mereka wajib mengaqa solat yang tertinggal itu pada masa lain. Hujahnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Apabila seseorang kamu terlupa menunaikan solat atau tertidur hendaklah dia menggantikannya apabila mengingatinya. Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum mengqada solat bagi orang yang tidak menunaikan solat dengan sengaja dan orang yang tidak menunaikan solat kerana pengsan atau tidak sedarkan diri.

    2.7

    Buat kajian lapangan bersama rakan tutorial anda untuk mengetahui sejauh mana kefahaman masyarakat tentang waktu-waktu yang diharam dan dimakruhkan solat.

    AKTIVITI 2.2

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    29

    2.7.1 Hukum Mengqada Solat Ditinggalkan dengan Sengaja

    Para fuqaha telah khilaf tentang hukum mengqada solat bagi seseorang yang meninggalkannya dengan sengaja. Ada dua pendapat mengenai isu ini: (a) PPendapat Jumhur Fuqaha Mengikut jumhur fuqaha yang terdiri daripada imam empat mazhab,

    mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib mengqadakannya. Hujah mereka ialah daripada hadis riwayat Abu Qatadah yang bermaksud:

    Mereka menceritakan kepada nabi tentang mereka tertidur daripada

    menunaikan solat. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya perbuatan tertidur itu tidak melampau, yang melampau ialah tidak menunaikan solat semasa jaga. Oleh itu, apabila seseorang kamu terlupa atau tertidur daripada menunaikan solat hendaklah dia mengqadakannya apabila dia ingat.

    (b) PPendapat Abu Daud dan Ibn Hazm al-Zahiri Abu Daud dan Ibn Hazm dari mazhab al-Zahiriyah berpendapat bahawa

    mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, malah solat yang didirikan sebagai ganti itu tidak sah. Hujah pendapat ini ialah firman Allah dalam ayat 4 dan 5 Surah al-Ma`un:

    ' "(& )* + ",& Maksudnya: Kecelakaan bagi orang-orang yang solat yang lalai daripada solat mereka.

    2.7.2 Hukum Mengqada Solat kerana Pengsan atau Koma

    Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum mengqada solat bagi orang pengsan (tidak dapat menunaikan solat semasa pengsan). (a) PPendapat jumhur

    Mengikut jumhur fuqaha yang terdiri daripada mazhab Maliki, Syafie, Zahiriyyah dan Syiah, orang yang pengsan tidak diwajibkan mengqada solat yang ditinggalkan semasa pengsan atau koma. Hanya solat yang tidak

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 30

    ditunaikan selepas sedar daripada pengsan wajib diqada. Hujah mereka ialah seperti maksud berikut:

    Dengan mengkiaskan orang pengsan atau koma sama dengan orang gila, atas dasar kedua-duanya adalah sakit yang menyebabkan hilang akal. Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa orang gila tidak wajib mengqada solat. Maka begitulah juga orang pengsan, tidak wajib mengqada solatnya, sama seperti orang gila.

    (b) PPendapat Mazhab Hanbali

    Mazhab Hanbali berpendapat orang pengsan atau koma wajib mengqada solatnya yang ditinggalkan sama ada kerana pengsan lama atau sekejap. Hujahnya ialah maksud berikut:

    Dengan mengqiaskan keadaan pengsan dengan tidur, atas dasar kedua-duanya tidak menggugurkan kewajipan berpuasa dan tidak boleh dijadikan wali. Meninggalkan solat disebabkan tidur diwajibkan mengqada solat, maka begitulah juga meninggalkan solat disebabkan pengsan, kerana `illah kedua-dua kes ini adalah sama.

    (c) PPendapat Mazhab Hanafi

    Manakala mazhab Hanafi pula berpendapat, orang pengsan atau koma dalam masa sehari semalam atau dalam tempoh lima waktu solat atau kurang daripada itu adalah diwajibkan mengqada solat yang ditinggalkan. Sekiranya pengsan lebih daripada sehari semalam, dia tidak diwajibkan mengqada solatnya. Hujahnya ialah maksud (dengan berpegang kepada tiga athar sahabat) berikut:

    (i) Athar yang diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib. Diriwayatkan bahawa sewaktu Ali pengsan atau pitam selama empat waktu solat, dia mengqada semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh dia pengsan.

    (ii) Ibn Umar meriwayatkan bahawa seseorang yang pengsan sehari semalam, dia boleh mengqada solatnya.

    (iii) Diriwayatkan daripada Nafi` bahawa Ibn Umar pengsan selama satu bulan, dia tidak mengqada solat yang ditinggalkan dalam tempoh itu.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    31

    RUKUN SOLAT

    Lazimnya, apabila anda menunaikan sesuatu kewajipan fardu mesti ada beberapa rukun yang perlu anda sempurnakan. Jika satu sahaja daripada rukun itu tidak dilakukan, kewajipan fardu yang anda lakukan tidak dikira sah. Anda perlu mengulanginya dengan melakukan semua rukun tersebut. Begitu juga keadaannya semasa anda menunaikan solat fardu lima waktu. Mengikut jumhur fuqaha, solat fardu ada 13 rukun. Tanpa satu daripadanya, semua rukun solat yang didirikan tidak dikira sah. Berikut adalah huraian lanjut 13 rukun tersebut: (a) NNiat

    Rukun pertama adalah niat. Niat dari segi istilah syarak ialah berazam melakukan sesuatu berserta dengan perbuatan. Maksudnya, anda berhasrat untuk melakukan sesuatu lalu anda terus melakukannya. Jika anda berhasrat melakukan sesuatu tetapi anda tidak terus melakukannya, ia bukan dipanggil niat.

    Mengikut mazhab Syafie, niat solat lima waktu hendaklah mengandungi tiga unsur, iaitu niat melakukan solat fardu (disebut ) , dan melakukan solat terbabit (disebut ) dan menentukan jenis solat yang ingin didirikan (disebut ), contohnya Aku solat fardu Zohor. Niat ini hendaklah berlaku serentak semasa menyebut lafaz takbiratulihram ( ) .

    Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali berpendapat sah melakukan niat dahulu sedikit daripada takbiratulihram, dengan syarat antara niat dengan takbir tidak diselangi dengan perbuatan yang asing daripada solat seperti makan, minum dan bercakap.

    (b) QQiam (Berdiri tegak)

    Berdiri dalam solat fardu bagi yang mampu adalah rukun. Ini didasarkan kepada hadis riwayat Husain bin Umran di mana beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. berkaitan penyakit buasir yang dialaminya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

    Solatlah berdiri, sekira engkau tidak mampu berdiri solatlah duduk, sekira engkau tidak mampu duduk solatlah di atas lambungmu, sekiranya engkau tidak mampu solatlah melentang.

    (c) TTakbiratulihram Rukun ketiga ialah mengangkat takbiratulihram. Dalil bahawa

    takbiratulihram adalah rukun solat ialah:

    2.8

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 32

    (i) Firman Allah dalam surah al-Mudathir ayat 3:

    "%& Maksudnya: dan tuhanmu maka bertakbirlah.

    (ii) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Pembukaan solat ialah bersuci, iharam solat ialah takbiratulihram dan akhir solat ialah salam.

    Mengikut jumhur fuqaha, lafaz takbir yang diamalkan Rasulullah S.A.W. semasa takbiratulihram ialah Allahu Akbar ( ). Bagaimanapun mengikut pendapat Syafie, sah menyebut semasa takbiratulihram dengan lafaz Allahu Akbar ( ) atau Allahu al-Akbar ( ).

    (d) MMembaca Surah Fatihah

    Rukun keempat ialah membaca surah Fatihah. Namun fuqaha khilaf dalam kes ini. Mazhab Syafii, Hanbali dan Maliki berpendapat wajib membaca surah al-Fatihah semasa qiam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.:

    !"# $% & ' ( Maksudnya: Tiada solat (tidak sah) bagi mereka yang tidak membaca Surah Fatihah.

    Mazhab Hanafi tidak membataskan kepada Surah al-Fatihah sahaja. Yang wajib dibaca semasa qiam ialah tiga ayat pendek daripada mana-mana surah al-Quran atau satu ayat panjang yang menyamai tiga ayat pendek. Hujah mereka ialah firman Allah ayat 20 Surah al-Muzzammil:

    Maksudnya: Kamu bacalah apa-apa ayat yang mudah bagi kamu daripada al-Quran.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    33

    Surah al-Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat solat, sama ada solat fardu atau sunat. Ini adalah pandangan mazhab Syafie dan Maliki. Bagi mazhab Hanbali dan Hanafi berpendapat bacaan Fatihah diwajibkan dalam dua rakaat sahaja. Dua rakaat yang lain boleh membacanya atau tidak membacanya, yakni mendiamkan diri sahaja.

    (e) RRukuk

    Rukun kelima ialah rukuk. Rukuk adalah fardu bagi setiap solat melainkan solat jenazah. Dalilnya ialah hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rukuklah sehingga tamakninah (berhenti sekejap) Bagi orang yang solat berdiri sekurang-kurangnya rukuk ialah dengan membongkokkan kepala dan meletak kedua-dua tangan di atas kepala lutut. Rukuk yang paling sempurna ialah membongkok dengan menyamakan kepala, belakang dan papan punggung serta membuka jari jemari. Bagi orang yang solat, cara rukuk ialah dengan menundukkan kepala dan belakang serta dahi bersetentang dengan kepala lutut.

    (f) IIktidal selepas rukuk Rukun keenam ialah iktidal, iaitu bangun daripada rukuk sehingga berdiri tegak. Dalil iktidal selepas rukuk sebagai rukun solat ialah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada seorang yang tersalah melakukan solat yang maksudnya:

    Kemudian bangkitlah daripada rukuk sehingga engkau berdiri tegak.

    (g) SSujud

    Sujud dilakukan dua kali pada setiap rakaat, sebagaimana dinyatakan hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. mengajar seseorang melakukan solat dengan bersabda yang maksudnya:

    Kemudian sujudlah sehingga tamakninah (berhenti sebentar) kemudian bangkit daripada sujud sehingga tamakninah dalam keadaan duduk, kemudian sujudlah sehingga tamakninah dalam keadaan sujud, kemudian buatlah seumpama ini semuanya dalam solatmu.

    Cara sujud ialah dengan meletakkan dua lutut dan dua tapak tangan ke lantai, kemudian meletakkan dahi di tempat sujud di antara dua tangan, serta sebahagian daripada tapak kaki termasuk hujung jari kaki. Dengan ini

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 34

    jelas bahawa anggota sujud ada tujuh, iaitu dua lutut, dua tapak tangan, dahi dan hujung jari dua kaki.

    (h) DDuduk antara dua sujud

    Duduk antara dua sujud wajib pada setiap rakaat solat. Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bersabda: Kemudian bangkit daripada sujud sehingga tamakninah dalam keadaan duduk.

    (i) DDuduk tasyahud akhir (j) MMembaca tasyahud ketika duduk pada rakaat terakhir solat (k) MMembaca selawat ke atas Nabi S.A.W. selepas membaca tasyahud akhir (l) MMengucap salam pertama

    Dalil mengucap salam pertama rukun solat ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Pembukaan solat ialah bersuci, iharamnya ialah takbiratulihram dan tahallilnya ialah mengucap salam.

    (m) TTertib Maksud tertib ialah melakukan solat mengikut susunan yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu bermula dengan niat dan takbiratulihram sehingga berakhir dengan mengucap salam.

    PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

    Adalah tidak sempurna kita mengetahui cara-cara melakukan solat tetapi tidak mengetahui perkara-perkara yang membatalkan solat. Malah, terdapat segelintir orang Islam yang melakukan solat setiap hari tetapi solatnya tidak sah. Ini disebabkan sewaktu bersolat dia melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat tanpa disedari, seperti bergerak dengan banyak atau menyebut perkara lain yang bukan bacaan solat.

    2.9

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    35

    Ada tujuh perkara yang membatalkan solat seperti yang dijelaskan seperti berikut: (a) BBercakap-cakap dengan sengaja Bercakap dengan sengaja dalam solat, hukumnya haram dan membatalkan

    solat. Dalilnya ialah hadis riwayat Zaid bin Arqam yang bermaksud: Kami bercakap-cakap semasa solat dengan seseorang di sebelah kami

    sehinggalah turun firman Allah: Jagalah solat-solat kamu dan solat wusta dan kamu dirikanlah (solat) kerana Allah dengan penuh ketaatan. Lalu kami diperintahkan supaya diam dan kami ditegah daripada bercakap (dalam solat).

    Batas percakapan yang membatalkan solat ialah perkataan yang tersusun

    dua huruf walaupun tidak difahami atau satu huruf yang boleh difahami. Contohnya; berdehem, suara kesakitan, menangis. Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat Islam di negara kita, iaitu ramai yang suka berdehem-dehem semasa sedang solat.

    Para fuqaha tidak sependapat menentukan hukum berdehem dalam solat.

    Mengikut mazhab Syafie dan Hanafi berdehem tanpa darurat dan hajat yang sahih adalah membatalkan solat. Walaupun begitu, sekiranya berdehem kerana keuzuran atau kesakitan atau ada tujuan sahih ia tidak membatalkan solat. Bagi mazhab Maliki pula, berdehem dalam solat tidak membatalkan solat selagi tidak melakukannya dengan tujuan bermain-main atau bersenda.

    Menangis atau ketawa dalam solat tidak batal kecuali apabila zahir dua

    huruf atau satu huruf yang boleh difahami. Menangis teresak-esak dalam solat kerana mengingati atau memahami ayat-ayat yang dibaca dalam solat berkaitan syurga, neraka dan kisah-kisah orang munafik dan sebagainya tidak membatalkan solat. Sebaliknya, menangis kerana hal-hal dunia sehingga terkeluar dua huruf membatalkan solat.

    (b) MMakan dan Minum Makan dan minum dengan sengaja dalam solat, sekalipun sedikit,

    membatalkan solat. Makan dan minum dengan tidak sengaja membatalkan solat dengan syarat makanan yang ditelan itu sebesar biji bijan. Sekiranya ditelan saki baki makanan yang terlekat di gigi sedikit sahaja dan ditelan dengan air liur tanpa niat untuk makan tidak membatalkan solat.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 36

    (c) PPergerakan yang banyak Kadar pergerakan yang membatalkan solat bagi mazhab Syafii ialah tiga

    kali gerak berturut-turut atau yang seumpamanya seperti melompat, selagi pergerakan itu tidak termasuk dalam perbuatan solat dan bukan untuk mempertahankan diri.

    Menambah perbuatan dalam solat dengan perbuatan yang memang

    dilakukan dalam solat, seperti rukuk dengan terlupa tidak membatalkan solat tetapi hendaklah melakukan sujud sahwi. Begitu juga mendukung atau menggendong anak ketika solat, ia tidak termasuk dalam pergerakan yang membatalkan solat. Ini didasarkan kepada hadis di mana Rasulullah s.a.w. mendukung atau menggendong cucu perempuannya, anak kepada Abi al-`As. Apabila Baginda sujud, cucunya diletakkan dan apabila Baginda berdiri cucunya diangkat semula oleh Baginda.

    (d) BBerpaling dari mengadap kiblat Maksud berpaling dari mengadap kiblat mengikut mazhab Syafie ialah

    dada seseorang yang sedang solat berpaling dari arah kiblat. (e) TTidak sempurna syarat atau rukun Tidak sempurna mana-mana syarat atau mana-mana rukun solat boleh

    membatalkan solat. Contohnya terbuka aurat dengan sengaja semasa solat atau pakaian terkena najis semasa solat.

    (f) BBeberapa kelonggaran Ada beberapa kelonggaran yang diberikan syarak semasa solat. Contohnya

    seorang yang solat dengan menggunakan isyarat kepala sebagai ganti rukuk kerana sakit, tiba-tiba kesakitannya hilang dan boleh melakukan rukuk dalam rakaat berikutnya tanpa menggunakan isyarat lagi. Dalam keadaan ini, solatnya dikira batal sekiranya dia meneruskan solatnya dengan isyarat. Bagi mazhab Hanafi, dia hendaklah memulakan solat dengan takbiratulihram yang lain. Bagi jumhur fuqaha pula, dia tidak perlu memulakan solat sekali lagi, malah dia boleh meneruskan solatnya dengan melakukan rukuk dengan sempurna tanpa menggunakan isyarat dan solatnya adalah sah.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    37

    PERKARA SUNAT SOLAT

    Maksud perkara-perkara sunat ialah amalan-amalan yang baik yang dianjurkan kepada kita melakukannya sama ada sebelum solat, semasa atau selepas solat. Melakukan perkara-perkara sunat ini akan mendapat pahala dari Allah s.w.t. dan menjadikan solat kita lebih elok dan lebih sempurna. Perkara-perkara sunat solat terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas solat seperti dalam Rajah 2.2.

    Rajah 2.2: Sunat-sunat Solat

    2.10.1 Perkara Sunat Sebelum Solat

    Perkara sunat sebelum solat ada tiga iaitu:

    (a) AAzan

    (b) IIqamah

    2.10

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 38

    (c) MMeletakkan hadang (satrah) Sebelum mendirikan solat, sunat meletakkan hadangan atau satrah antara diri orang yang bersolat dengan kiblat. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Janganlah kamu solat kecuali mengadap kepada hadangan dan jangan kamu biarkan seseorang melintas di hadapan kamu .

    (Riwayat Muslim) Contohnya menjadikan dinding, sejadah, kotak atau apa-apa yang boleh dijadikan hadangan antara orang solat dengan orang yang melintas di hadapannya. Maksudnya, orang yang melintas di hadapannya mestilah melintas di sebalik benda yang diletakkan di hadapannya sebagai penghadang.

    2.10.2 Perkara Sunat Semasa Solat

    Perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat terbahagi kepada dua bahagian iaitu: (a) SSunat Ab`ad ( ) Apakah yang dimaksudkan dengan Sunat abad? Sunat abad ialah perkara

    atau amalan yang dituntut kita melakukannya semasa kita sedang solat. Namun demikian, jika meninggalkannya tidaklah menyebabkan solat itu batal.

    Sunat Ab`ad ada lima perkara iaitu:

    (i) Membaca tasyahud awal. Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Apabila engkau duduk di pertengahan solat hendaklah engkau duduk dalam keadaan tamakninah dan iftirasy paha kiri engkau kemudian membaca tasyahud.

    (ii) Selawat ke atas Nabi selepas membaca tasyahud awal.

    (iii) Duduk untuk membaca tasyahud awal.

    (iv) Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. selepas membaca tasyahud akhir.

    (v) Membaca qunut ketika iktidal dalam rakaat kedua solat Subuh, pada akhir rakaat solat Witir di pertengahan bulan Ramadan dan ketika iktidal dalam rakaat akhir mana-mana solat untuk Qunut Nazilah. Dalilnya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Anas, bahawa Anas telah ditanya, apakah Nabi melakukan

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    39

    qunut subuh? Anas menjawab maksudnya: Ya. Beliau ditanya lagi, adakah Baginda qunut sebelum rukuk? Anas menjawab maksudnya:

    Tidak lama selepas rukuk. (b) SSunat Haiaat ()*+) Apakah pula yang dimaksudkan dengan sunat haiaat? Sunat haiaat ialah perkara-perkara sunat yang dianjurkan kita

    melakukannya semasa solat dan tahap tuntutannya adalah lebih rendah dibandingkan dengan sunat abad.

    Sunat haiaat ada lima belas perkara iaitu:

    (i) Mengangkat dua tangan ketika takbiratulihram, ketika rukuk dan bangkit daripada rukuk.

    Dalilnya; Ibn Umar meriwayatkan maksudnya:

    Aku melihat Nabi s.a.w. memulakan takbir dalam solat dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga setentang dengan dua bahunya dan apabila Baginda bertakbir untuk melakukan rukuk, Baginda melakukan dengan cara yang sama. Apabila Baginda menyebut ,-( /0) Baginda mengangkat tangannya dengan cara yang sama dan berkata (% 1 2 ).

    (ii) Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri semasa qiam.

    (iii) Melihat ke tempat sujud.

    (iv) Membaca doa iftitah selepas takbiratulihram.

    (v) Membaca al-Ta`awudz ( 345 6 7 89: ; ) sebelum membaca basmalah dan surah al-Fatihah.

    (vi) Membaca surah al-Fatihah dan surah lain dengan nyaring pada tempat yang disunatkan nyaring dan membacanya perlahan pada tempat yang disunatkan perlahan.

    (vii) Menyebut Amin setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

    (viii) Membaca surah-surah al-Quran selepas membaca surah al-Fatihah.

    (ix) Disunatkan membaca surah-surah daripada al-Quran dalam dua rakaat pertama sahaja bagi setiap solat.

    (x) Melafazkan takbir setiap kali perpindahan rukun.

    (xi) Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 40

    (xii) Meletakkan dua tangan di atas dua paha ketika duduk tasyahud awal dan akhir dengan menggenggam jejari tangan kanan, meluruskan jejari tangan kiri dan mengangkat jari telunjuk semasa tasyahud.

    (xiii) Duduk tawarruk semasa tasyahud akhir dan duduk iftirasy pada tempat yang lain.

    (xiv) Duduk iftirasy; melipatkan kaki kiri dan menghulurkan sedikit ke sebelah kanan, kemudian duduk di atasnya. Melipatkan kaki kanan yang lurus selari dengan paha kanan dan mengeluarkannya sedikit dari bawah paha. Mendirikan tapak kaki kanan dan melipatkan jari-jari kaki kanan.

    (xv) Membaca selawat ke atas Nabi Ibrahim dan membaca doa selepas tasyahud akhir.

    (xvi) Mengucap salam yang kedua.

    (xvii) Dalilnya ialah hadis riwayat Ibn Masud, bahawa Raulullah s.a.w. mengucap salam ke sebelah kanan dan sebelah kiri sehingga nampak putih pipinya sambil berkata: ( $-2 #)

    2.10.3 Perkara Sunat Selepas Solat

    Membaca istighfar, zikir dan doa. Dalilnya ialah hadis riwayat Muslim yang menjelaskan apabila Rasulullah s.a.w. selesai solat, Baginda membaca istighfar tiga kali dan membaca:

    =? @A 8 & B2 => C9& 1D => 16 => BE

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    41

    SUJUD SAHWI, TILAWAH DAN SYUKUR

    Sujud merupakan satu amalan baik yang sunat kita lakukan pada masa-masa tertentu. Hukumnya adalah sunat dan syarat melakukannya adalah sama seperti solat, itu perlu ada wuduk, menutup aurat dan mengadap kiblat. Ada tiga bentuk sujud yang sunat dilakukan iaitu:

    (a) Sujud sahwi;

    (b) Sujud syukur; dan

    (c) Sujuk tilawah.

    2.11.1 Sujud Sahwi

    Sahwi dari segi bahasa bererti lupa sesuatu. Dari segi syarak, sahwi ialah kecacatan yang berlaku semasa solat dengan sengaja atau lupa. Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan kerana berlaku kecacatan dalam solat, sama ada kerana terlupa atau lainnya. Hukum sujud sahwi Mazhab Syafie berpendapat hukum sujud sahwi adalah sunat. Sekiranya sujud sahwi tidak dilakukan, solat tidak batal. Dalilnya ialah hadis riwayat Abu Hurairah, yang menyatakan Rasulullah s.a.w. mendirikan solat Zohor dan Asar bersama mereka, kemudian Baginda memberi salam pada rakaat kedua. Lalu Dzu al-Yadain bertanya kepada Baginda s.a.w. adakah solat diqasarkan atau Baginda lupa? Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa solat tidak diqasarkan dan

    2.11

    1. Adakah bercakap dan ketawa dikira membatalkan solat?

    2. Sebutkan tiga daripada sunat-sunat haiaat.

    3. Menurut mazhab Hanafi, pengsan lebih daripada sehari semalam tidak wajib qada solat. Jika pengsan sehari semalam atau kurang wajib qada solat. Apakah hujahnya?

    4. Dalam isu niat solat, mana satu yang anda pilih: Pendapat Syafie atau Hanafi? Kenapa?

    SEMAK KENDIRI 2.2

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 42

    Baginda juga tidak lupa. Baginda lalu menambah solat dua rakaat lagi, kemudian melakukan sujud dua kali. Sebab-sebab sujud sahwi dilakukan Sebab-sebab sujud sahwi mengikut mazhab Syafie ada dua iaitu: menambah sifat solat dan mengurangkan sifat solat. (a) MMenambah sifat solat

    Ia berlaku dalam dua bentuk: (i) MMenambah perkataan

    Contohnya memberi salam pada tempat tidak sepatutnya memberi salam atau terlupa berkata-kata ketika solat. Dalam keadaan seperti ini, sujud sahwi sunat dilakukan.

    (ii) MMenambah perbuatan

    Melakukan perbuatan yang tidak membatalkan solat walaupun dengan sengaja seperti berpaling atau melangkah selangkah. Dalam keadaan seperti ini, sujud sahwi tidak perlu dilakukan sekalipun ia dilakukan dengan sengaja. Dalilnya ialah hadis fi`liyah di mana Rasulullah s.a.w. mendukung cucunya Umamah ketika solat.

    Melakukan sesuatu yang membatalkan solat seperti menyebut sesuatu yang bukan bacaan solat dengan terlupa.

    Menambah bilangan rakaat atau rukun solat seperti solat Zohor lima rakaat atau rukuk dua kali dalam satu rakaat. Dalam keadaan seperti ini sujud sahwi sunat dilakukan.

    Ragu-ragu bilangan rakaat. Bila seseorang meragui bilangan rakaat solatnya dia mestilah mengambil bilangan yang kurang dan menyempurnakan yang baki kemudian selepas itu melakukan sujud sahwi.

    (b) MMengurangkan sifat solat

    Mengurangkan sifat solat maksudnya tidak melakukan perkara sunat muakad, tidak melakukan sunat tidak muakad atau tidak melakukan perkara fardu.

    Seseorang yang terlupa melakukan perkara fardu seperti sujud atau rukuk; sekiranya dia teringat sebelum memberi salam, beliau hendaklah melakukan semula rukuk atau sujud yang ditinggal itu. Kemudian selepas membaca tasyahud, ssunat melakukan sujud sahwi.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    43

    Sekiranya dia teringat selepas memberi salam dan dalam tempoh masa yang tidak lama dan beliau belum melakukan sesuatu yang membatal solat, beliau hendaklah melakukan perbuatan rukuk atau sujud yang ditinggalkan dan melakukan rakaat-rakaat selepas perbuatan yang dia lupa melakukannya kemudian melakukan sujud sahwi.

    Seseorang yang terlupa melakukan sunat muakad, seperti tasyahud awal atau qunut beliau disunatkan mmelakukan sujud sahwi.

    Seseorang yang terlupa melakukan sunat tidak muakad, seperti mengucap takbir, mengangkat kedua-dua tangan semasa takbir berpindah rukun, sujud sahwi ttidak perlu dilakukan.

    Cara sujud sahwi Sujud sahwi ialah dua kali sujud dengan niat sujud sahwi. Ia dilakukan di akhir solat iaitu selepas tasyahud akhir dan sebelum memberi salam, kemudian barulah memberi salam. Bacaan semasa sujud sahwi ialah:

    2.11.2 Sujud Syukur

    Sujud syukur adalah sujud satu kali seperti sujud tilawah. Ia dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat daripada musibah atau bencana. Ia dilakukan di luar solat. Dalil pensyariatan sujud syukur ialah hadis riwayat Abu Bakrah bahawa apabila sesuatu perkhabaran gembira sampai kepada Rasulullah s.a.w., Baginda melakukan sujud syukur kepada Allah. Hukum Sujud Syukur Menurut mazhab Syafie, melakukan sujud syukur adalah sunat. Sujud syukur tidak boleh dilakukan semasa solat. Bagi mazhab Hanafi dan Maliki, sujud syukur kerana nikmat adalah makruh, kerana nikmat Allah terlalu banyak untuk dihitung. Bagaimanapun ia adalah satu pengorbanan demi mendekatkan diri kepada Allah dan diberi pahala.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 44

    Syarat-syarat sujud syukur sama seperti syarat sujud tilawah, iaitu suci daripada hadas, menutup aurat dan mengadap kiblat. Cara melakukannya ialah dengan bertakbiratulihram kemudian sujud sekali lepas itu memberi salam. Ia dilakukan di luar solat.

    2.11.3 Sujud Tilawah

    Maksud sujud tilawah ialah melakukan satu kali sujud apabila membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah. Hukum sujud tilawah adalah sunat bagi orang yang membaca ayat sajadah, dalam atau luar solat. Ia juga disunatkan bagi mereka yang mendengar ayat sajdah di luar solat. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan Ibn Umar yang menceritakan maksudnya: Rasulullah s.a.w. membacakan kepada kami satu surah yang mengandungi ayat sajdah. Baginda sujud dan kami pun sujud sehingga kami meletak dahi di tempat sujud. Terdapat empat belas ayat sajdah dalam al-Quran. Ayat-ayat ini terdapat dalam Surah al-`Araf, al-Ra`d, al-Nahl, al-Isra, Maryam, al-Haj (dua dalam surah ini), al-Furqan, al-Naml, Alif Lam Tanzil (Surah Sajdah), Hamim al-Sajdah, al-Najm, al-Insyiqaq dan al-`Alaq. Cara sujud Tilawah Jika imam dalam solat jamaah membaca ayat sajdah, makmum hendaklah sujud mengikut imam dan menyempurnakan rukun lain seperti biasa selepas sujud. Sekiranya seseorang membaca ayat sajdah atau mendengarnya luar solat dan dia ingin melakukan sujud tilawah, dia mestilah berkeadaan suci daripada najis, mengadap kiblat dan menutup aurat, kemudian bertakbiratulihram dengan mengangkat tangan kemudian sujud satu kali seperti sujud dalam solat kemudian memberi salam.

    Dalam bahasa Arab, solat bererti doa. Dari segi istilah syarak, solat bererti perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

    Dalil syarak yang berkaitan dengan pensyariatan solat ialah al-Quran, sunnah dan ijmak umat Islam. Hukumnya ialah wajib.

    Syarat wajib solat ada lima iaitu Islam, berakal, suci, sampai seruan, baligh dan mampu.

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU

    45

    Syarat sah solat ada enam iaitu suci daripada hadas, mumaiyiz, mengetahui peraturan solat, mengetahui masuk waktu solat, menutup aurat dan mengadap kiblat.

    Solat fardu ialah Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Syariat Islam telah menentukan masa permulaan dan akhir bagi semua waktu-waktu tersebut. Contohnya waktu masuk solat Zohor ialah apabila matahari gelincir ke sebelah barat.

    Mengikut mazhab Syafie, status makruh mendirikan solat ada dua iaitu makruh tahrim dan makruh tanzih.

    Para fuqaha sependapat mengatakan orang yang terlupa dan tertidur lalu tidak mendirikan solat mereka wajib mengaqa solat yang tertinggal itu pada masa lain.

    Mengikut jumhur fuqaha, solat fardu ada 13 rukun. Tanpa satu daripadanya, semua rukun solat yang didirikan tidak dikira sah. Antaranya ialah niat, qiam, takbiratulihram, membaca Surah al-Fatihah dan lain-lain.

    Ada tujuh perkara yang membatalkan solat. Antaranya ialah bercakap dengan sengaja dalam solat, makan dan minum dengan sengaja dalam solat, pergerakan yang banyak dan lain-lain.

    Perkara sunat ialah amalan baik yang dianjurkan kepada kita melakukannya sama ada sebelum solat, semasa atau selepas solat. Antaranya ialah azan, iqamah, sunat ab'ad, sunat haiaat, istighfar, zikir dan doa.

    Ada tiga bentuk sujud yang sunat dilakukan iaitu sujud sahwi, sujud syukur dan sujud tilawah.

    Dosa meninggalkan solat Istighfar Makruh tahrim Makruh tanzih Qada solat Sujud sahwi Sujud syukur

    Sujud tilawah Sunat abad Sunat haiaat Sunat solat Waktu yang dilarang solat Zikir selepas solat

  • TOPIK 2 SOLAT FARDU 46

    Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

    Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

    Al-Zuhaili. (1997). al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik: Dar al-Fikr.

    Mustafa, al-Khin. (1987). al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.