fikrah editor bencana alam : musibah atau azab · institut mendapat hadiah wang tunai sebanyak...

20
1

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2

    Sebagai seorang muslim, kita seharusnya menyedari bahawa segalamusibah seperti gempa bumi, banjir, tsunami, ribut taufan, kemarautanah runtuh dan sebagainya, memang merupakan peristiwa alam‘biasa’ yang sering melanda umat manusia. Musibah seumpama inisebahagiannya merupakan suatu fenomena alam yang telah menjadiqadhâ’ (ketentuan) Allah, yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t. MahaKuasa. Allah s.w.t. berfirman:

    “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula padadiri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh)sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian ituadalah mudah bagi Allah s.w.t.” (Surah al-Hadid [57] : 22)

    Musibah seperti ini bukanlah azab (hukuman) dari Allah s.w.t. ke atasmanusia. Berbanding umat-umat terdahulu seperti umat Nabi Nuh, NabiLuth, azab Allah s.w.t. bagi umat akhir zaman (umat Nabi Muhammadsaw) akan diterima diakhirat kelak bagi semua manusia yangmelakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada-Nya.

    Akan tetapi, boleh jadi, musibah seumpama ini merupakan ‘ujian’ dariAllah s.w.t. untuk menguji tahap kesabaran dan sejauh mana tahapketakwaan manusia

    Sementara itu, sebahagian musibah lainnya adalah akibat tangan-tangan manusia yang senantiasa gemar melakukan kerosakan di mukabumi ini. Musibah seumpama ini lebih merupakan ‘peringatan’ bagiumat manusia baik yang mukmin mahupun yang kafir yang selama inimelanggar perintah Allah s.w.t. agar mereka kembali ke jalan-Nya. Allahs.w.t. berfirman: “Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibatperbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada merekasebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar)” (Surah ar-Rum [30]: 41)

    Menurut Imam Jalalain dan Imam Ibnu Katsir dalam menafsirkan bimâkasabat aydînnâs (akibat perbuatan tangan manusia...) adalahperbuatan-perbuatan maksiat/kerosakan. Ertinya, pelbagai kerosakan didarat dan di laut yang menimpa manusia adalah akibat kemaksiatan/kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Di samping itu,musibah juga boleh terjadi dalam bentuk kesempitan hidup yang sejakakhir-akhir ini dialami oleh umat manusia, khususnya kaum Muslimin.‘Musibah’ seumpama ini lebih merupakan ‘teguran’ sekaligus ‘ancaman’ketika manusia yang berpaling dari peringatan-Nya.

    Seluruh ‘musibah’ di atas sepatutnya menginsafkan dan menyedarkankita, bahawa telah tiba saatnya untuk kita bertaubat kepada Allah s.w.t.Sebab, sebahagian besar musibah yang menimpa kita adalah akibatkurangnya kita mentaati Allah s.w.t. dan bahkan mencampakkan syariat-Nya. Ini kerana kemaksiatan terbesar yang kita lakukan adalah kitatelah berpaling dari peringatan Allah s.w.t., yakni denganmencampakkan syariat-Nya, maka taubat kita yang terbesar lagi sejatiadalah kita kembali kepada syariat-Nya secara menyeluruh. Iaitumenjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur hidup kita secaramenyeluruh (bermasyarakat dan bernegara)

    EDITOR

    Bencana Alam :MusibahAtau Azab

    SIDANG REDAKSIPENAUNG ______________________________Dato' Haji Ismail b. LatiffPengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

    PENAS IHAT______________________________YBrs. Tuan Haji Mahmood Sabri Bin Haji Che LahKPP Pengurusan

    YBrs. Tuan Rafiai Bin OmarKPP Pentadbiran Undang-Undang Keluarga

    YBrs. Mohd Salleh Bin Mat JusohKPP Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah

    YBrs. Encik Ahmed Bin MukhterPP Pentadbiran

    KETUA PENGARANG______________________YBrs Mohd Ghazali Bin Md. LazimKPP Penyelidikan dan Penerbitan

    EDITOR_________________________________YBrs Encik Hasnan Bin Ramli

    PENYELARAS PENERB I TAN ________________YBrs Encik Nik Mohamad Zawawi Bin Ibrahim

    S IDANG PENGARANG____________________YBrs. Tuan Haji Saibon Bin IsmailYBrs. Encik Tuan Anuwa Bin Tuan MatYBrs. Encik Mohd Fadzuli Bin Mohd ZainYBrs. Encik Mohd Ibrisam Bin JalaludinYBrs. Encik Mahzani Bin MuhammadYBrs. Encik Mohd Aznan Bin HamatYBrs. Puan Mahiran Binti Mohd NoorYBrs. Puan Rohani Binti Mohd NoorYBrs. Puan Arnizam Binti AbdullahYBrs. Puan Norlailawati Binti Mamat

    GRAF IK ________________________________Encik Roshdi Amin Bin ShaaryNik Muhammad Bin Nik Abdul Kadir

    JURU FOTO_____________________________YM. Tengku Mohd Zulkifli Bin Tengku Ibrahim

    PENGEDAR______________________________Encik Ayub Bin MusaPuan Rosniza Binti Yusoff

    K A N D U N G A N

    Al-WasilahB I L 2 / 2 0 0 6Fikrah Editor-------------------------------------------------------02Perutusan Dato' Pengarah ---------------------------------03Tokoh Hijratul Rasul 1427H ---------------------------------04Kembali Kepada Al-Quran :Titah Sultan -------------05Kelantan Johan Tiga Kategori ---------------------------06Majlis Ti lawah Al-Quran --------------------------------------07Festival Nasyid --------------------------------------------------08Berita Bergambar Hijratul Rasul --------------------------09Berita Bergambar Majlis Menghafaz Al-Quran-----10Berita Bergambar Festival Nasyid -----------------------11Berita Bergambar Majlis Ti lawah Al-Quran-----------12Tokoh Islam : Al Buzjani --------------------------------------13Kursus Pra Perkahwinan Orang Asli ---------------------14Forum Hijratul Rasul Kuala Krai ---------------------------15Tudung Masa Kini ----------------------------------------------16Galakan Berjabat Tangan ----------------------------------16Dialog Imam Al-Ghazali -------------------------------------17Majlis Menghafaz Al-Quran --------------------------------17Poligami Sunnah Atau Nafsu ------------------------------18Selamat Menempuh Alam Persaraan ----------------19Pertukaran Pegawai -------------------------------------------20

    F I K R A H E D I T O R

  • 3

    Alhamdulillah, dikesempatan ruang yang ada ini saya mengambil kesempatan untukmelahirkan rasa syukur saya kepada Pencipta Yang Maha Agong kerana dengantaufik dan hidayatnya sekali lagi buletin Al-Wasilah sebagai agen informasi JAHEAIKdapat diterbitkan untuk kali kedua bagi tahun 2006 ini.

    Usaha bagi menerbitkan majalah Al-Wasilah ini adalah usaha yang berterusan bagimenyampai maklumat dan ilmu kepada massa di samping menjadikan JAHEAIKsebagai agensi agama yang berwibawa dan bertenaga dalam membawa misi danvisinya agar dihormati oleh masyarakat dalam negeri Kelantan khususnya danseluruh Malaysia amnya.

    Saya menaruh keyakinan yang tinggi bahawa Al-Wasilah bilangan 2 bagi tahun 2006ini dapat memberi impak yang begitu besar kepada pembaca lantaranpenambahbaikan isi kandunganya yang lebih berinformasi dan sarat dengan mutiarailmu.

    Dalam ruangan yang terhad ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadakerabat kerja majalah Al-Wasilah walaupun dihimpit dengan keterbatasan waktu danterikat dengan tanggungjawab masing-masing, tetapi masih lagi boleh menyumbangtenaga dan buah fikiran bagi membantu pihak penerbitan mengeluarkan majalah Al-Wasilah. Kesungguhan dan komitmen inilah yang saya harapkan dari semua wargakerja JAHEAIK dalam setiap program yang dianjurkan oleh jabatan ini demimemartabatkan imej agensi agama di mata masyarakat.

    Buat akhirnya, adalah diharapkan penerbitan majalah Al-Wasilah ini akan dapatmembuka ruang kerjasama yang erat dan mantap di kalangan warga kerja JAHEAIKdan seterusnya dapat dimanfatkan oleh sidang pembaca sekalian. Semoga Allahmemberi ganjaran yang setimpal untuk kita semua.

    Sekian, wassalam.

    Salam hormat dari,

    (DATO’ HAJI ISMAIL B. LATIFF)Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

    PERUTUSAN PENGARAH

    P E R U T U S A N

  • 4

    AL FAL FAL FAL FAL FADHIL ADHIL ADHIL ADHIL ADHIL AL-USTAL-USTAL-USTAL-USTAL-USTAZ AZ AZ AZ AZ YYYYYAHYAHYAHYAHYAHYA BIN SEMAN @ HAJI OA BIN SEMAN @ HAJI OA BIN SEMAN @ HAJI OA BIN SEMAN @ HAJI OA BIN SEMAN @ HAJI OTHMANTHMANTHMANTHMANTHMANtelah dilahirkan pada tahun 1939 di kampung Labok, Dewan Besar,Machang. Beliau merupakan anak ketiga dalam 10 orang adik-beradik. Padatahun 1950, ketika umur beliau baru 11 tahun, beliau dihantar oleh bapanyake Mekah untuk belajar di Madrasah Al-Diniah Darul Ulum, Mekah, Bagimeneruskan pengajian di peringkat menengah. Di samping itu, beliau belajaragama dengan menadah kitab di Masjidil Haram Mekah, dari beberapa tokohulama terkenal, antaranya Sheikh Hasan Masyat, Sheikh Abdul Kadir ALMendili serta Syeikh Mohd al Maliki, anak murid kepada Syeikh Mohd Yasinal-Fadai dalam bidang hadith dan ilmu Mustalahul Hadith.

    Dalam tahun 1959, beliau menyambung pelajaran ke Syria, kemudian keBaghdad di Iraq dan Kaherah, Mesir. Pada tahun 1960, beliau seterusnyamenyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir dalam Kuliyyah SyariahWal Qanun.

    Pada tahun 1966-1967 beliau telah menyambung pelajaran di Fakulti yangsama dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana dalam jurusan Siasah As-Syari'ah. Setelah menamatkan pengajian di peringkat sarjana, beliau telahkembali ke tanah air dan bertugas sebagai pensyarah di Yayasan PengajianTinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan. Beliu pernah menjawat jawatanPemangku Dekan dan Pemangku Naib Yang Dipertua Yayasan PengajianTinggi Islam, Nilam Puri.

    Di samping itu juga beliau pernah menjadi penghubung kepada kerjasama(Mu'adalah) antara Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan denganUniversiti Al-Azhar, sehingga Universiti Al-Azhar memberi pengiktirafanIjazah Pengajian daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan bahkanpelajar-pelajar yang berjaya di Tahun Satu daripada Yayasan Tinggi IslamKelantan dalam Fakulti Syariah dan Usuluddin, boleh memasuki ke TahunDua di Universiti Al-Azhar.

    Beliau pernah dilantik menjadi mushrif untuk mengemaskini pendidikan dankurikulum bagi penubuhan Maahad Dakwah Wal Imamah. Beliau jugapernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kolej Islam AntarabangsaSultan Ismail Petra (KIAS). Di samping itu juga beliau pernah dilantikmenganggotai agensi kerajaan dan swasta diantaranya :

    1 - Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah Hotel Perdana2 - Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Awam Kelantan3 - Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

    S E M A S A

    Selain daripada itu beliau juga pernah menjadi AhliDewan Undangan Negeri Kawasan Banggol Judah,Machang dan telah diberi kepercayaan untukmenjadi Pengerusi Jawatankuasa PembangunanIslam dan Dakwah selama dua penggal.

    Dengan pengalaman yang luas dan ilmu yangbeliau perolehi daripada ulama-ulama terkenal,beliau telah menulis beberapa buah buku dalambahasa Arab sebagai sumbangan kepadamasyarakat Islam seluruhnya, di antara bukutesebut ialah :

    1 - Nizamul Hukmu Fil Islam2 - Al-Maliah Al'Aamah3 - Al-Muamalat Al-Hadithah

    Beliau juga menulis berpuluh-puluh kertas kerjadalam bahasa Arab dan Melayu yang berkaitandengan tarbiah harakiah untuk dibentangkan diseminar-seminar tempatan dan antarabangsa.

    Beliau mempunyai seorang isteri iaitu PuanHabsah binti Haji Hussein Rahimi, anak kepadaseorang ulama terkenal di Bunut Payung, dandikurniakan empat orang puteri yang mana puteri-puteri beliau berjaya menjejakkan kaki ke menaragading :

    1 - Che Salwa - B.Sc Pergigian daripada UniversitiMalaya dan membuka Klinik Pegigian Salwa danZuraida di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

    2 - Najwa - B.A. (Hons) Usuluddin Universiti Malayadan sekarang bertugas sebagai Pendidik diSekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya.

    3 - Surayya - B.A. (Hons) dalam bidang Fiqh danUsul, Universiti Jordan dan sekarang bertugassebagai Pensyarah di KIAS.

    4 - Nidana - Pelajar tahun akhir TESL di UiTM,Shah Alam. TM

  • 5

    Sultan Kelantan mengesa umat Islam menjadikan al-Quransebagai pedoman dan panduan hidup sekiranya ingin menjadiumat yang disegani serta dihormati.

    Titah baginda, umat Islam sekarang masih berhadapan denganbanyak masalah termasuk kerapuhan iman, kurang peganganagama, kebejatan sosial, tiada kekuatan ekonomi, kelemahanberfikir dan kurang cemerlang dalam bidang pendidikan danpenguasaan teknologi.

    “Umat Islam kini akan dapatmenebus kembali kegemilanganyang pernah dikecapi di zamanlampau sekiranya mereka kembalimenjadikan al-Quran sebagaipanduan dalam kehidupan seharian.Umat Islam terdahulu begitu seriusterhadap ilmu sehingga menjadikanmereka cemerlang dan maju.

    “Ini dapat dibuktikan melalui catatansejarah dengan munculnya ramaitokoh ilmuan yang menguasai danmenerajui pelbagai bidang ilmupengetahuan, seperti Al-Razi, IbnuKhaldun, Al-Farabi, Ibnu Sina dan IbnuRushd,” titah baginda pada sambutanHijratul Rasul peringkat negeri di BalaiIslam.

    Tema sambutan tahun ini iaitu“Keunggulan Ilmu Teras KegemilanganUmmah”.

    Turut hadir DYMM Raja PerempuanKelantan, Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Ampuan Mahkota Kelantan,

    Kembali Kepada Al-QuranUntuk Mengembalikan Kegemilangan Islam : Titah Sultan Kelantan

    KDYMM Al-Sultan Kelantan sedang bertitah s

    empena Majlis Sambutan Hijratul

    Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1427 / 2006

    Nik Ahmad Hilmi Nik Mohd Zaid, 18 muncul sebagai johanPertandingan Menghafaz Al-Quran bagi tahap 30 juzukPeringkat Negeri Kelantan 1427H/2006 yang diadakan di BalaiIslam selama empat hari, empat malam iaitu bermula pada 23hingga 26 Mac 2006. Ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeridengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

    Dengan kemenangan itu, pelajar dari Al-Imam InternationalInstitut mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM5000, sijilpenyertaan dan tiket mengerjakan umrah.

    Nik Ahmad Hilmi juga akan mewakili negeri ini padaPertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaanyang akan diadakan di Perak pada April depan.

    Ahmad Zulkifli Mamat dari Maahad Tahfiz Al-Hidayah RantauPanjang pula muncul johan bagi tahap kedua hafazan 15 juzuk.Manakala Nur Munirah Mohd Nor dari Maahad MuhammadiPerempuan johan bagi kategori hafizah.

    Munirah adalah johan Menghafaz Al-Quran PeringkatKebangsaan 2005 bagi tahap satu (1 hingga 5 juzuk). Dengankemenangan itu mereka memperolehi hadiah wang tunaiRM3000 dan sijil penyertaan.

    Majlis PertandinganMenghafaz Al-QuranPeringkat Negeri Kelantan 2006

    Rochmatul Kubra Abdul Bashari dari Madrasah Tahfiz DarulRiyadh, Rantau Panjang dan Nik Nur Zulaikha Nik Zulkifli dariMaahad Muhammadi Perempuan pula masing-masing johanbagi tahap pertama (1 hingga 5 juzuk) bagi kategori hafiz danhafizah.

    Kedua-dua mereka berjaya membawa pulang wang tunaiRM2500 dan sijil penyertaan. Manakala tempat kedua bagikategori hafiz 1 hingga 30 juzuk dimenangi Abdul MalikMohamad dari Pusat Pengajian Pondok, Bachok dan tempatketiga, Muhammad Issyam Itam @ Ismail dari Maahad TahfizAl-Quran Wal-Qiraat.

    Naib johan tahap kedua bagi kategori hafiz ialah MuhammadMuhaimi Abdul Aziz, manakala kategori hafizah bagi tahapyang sama ialah Asma' Fauzi.

    Tempat ketiga bagi kategori hafiz dan hafizah bagi tahap satuialah Mohd Azizu Salleh, Nur Ainina Abdul Khalid, tahapkedua Mohd Rashidi Ali (hafiz), Hasanah Muhamad (hafizah).

    Kesemua hadiah, sijil penghargaan disampaikan olehMenteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turuthadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam danDakwah, Ustaz Hassan Mohamood, anggota-anggota Exco,wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

    Tengku Amalin A’ishah Putri, Menteri Besar, Tuan GuruDato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar,Dato’ Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, SetiausahaKerajaan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, Pengarah Jabatan HalEhwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato’ IsmailLatiff, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaannegeri serta Pusat.

    S E M A S A

  • 6

    Tiga peserta dari Negeri Kelantan telah menjadi johandalam kategori masing-masing di Majlis MenghafazAl-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-27 Tahun1427H/2006M telah berlangsung dari 21 April hingga24 April 2006 yang telah diadakan di Dewanserbaguna INTIM, Jalan Diari, Ipoh, Perak DarulRidzuan.

    Mereka itu ialah Ahmad Zulkifli b. Mamat, johankategori 1 hingga 15 juzuk lelaki, Nur Manirah bt.Mohd Nor, johan kategori 1 hingga 15 juzukperempuan dan RochmatulKubra b. Abdul Bashari, johankategori 1 hingga 5 juzuk lelaki.

    Majlis telah dirasmikan olehMenteri Besar Perak DarulRidzuan, Dato' Seri Diraja (Dr)Mohamad Tajol Rosli binGhazali pada 21 April 2006bersamaan hari Jumaat, jam9.00 malam di DewanSerbaguna INTIM, Jalan Diari,Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

    Di Majlis Menghafaz Al-QuranPeringkat KebangsaanKali Ke 27 Tahun 1427H/2006M

    KelantanJohan Tiga Kategori

    Seramai 68 orang peserta dari seluruh Malaysiatelah mengambil bahagian dalam majlis pada kaliini. Pertandingan tahunan ini telah dibahagikankepada tiga bahagian iaitu hafazan dari 1 hingga 5juzuk, 1 hingga 15 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk.Negeri Kalantan telah menghantar seramai 5orang peserta ke pertandingan tersebut.

    Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepadapemenang telah disempurnakan oleh Duli YangTeramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan,

    Raja Dr. NazrinShah Ibni SultanAzlanMuhibbuddin Shahpada 24 April 2006Isnin 9.00 malam.

    Gambar-gambar di atas adalah merupakan tiga peserta Kelantan yang sedangmemperdengarkan bacaan mereka masing-masing di majlis Menghafaz Al-Quran di

    INTIM Ipoh, Perak

    S E M A S A

  • 7

    KDYMM Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni AlmarhumSultan Yahya Petra telah berkenan mencemar dulimenyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiahkepada pemenang dan penerima saguhati Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 1427H/2006Mpada 17 Mei 2006 jam 9.00 malam. Turut hadir dalam MajlisPenutup Penyampaian hadiah itu ialah DYMM Raja PerempuanKelantan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, TengkuMahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni SultanIsmail Petra, Tengku Ampuan Mahkota Kelantan TengkuZubaidah Binti Tengku Norudin, Tengku Bendahara KelantanTengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, YangAmat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Binti Sultan IsmailPetra, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik AbdulAziz Nik Mat. Timbalannya Dato' Ahmad Yakob, SetiausahaKerajaan Negeri, Dato' Aiseri Hj Alias serta beberapa orangPegawai Kanan Kerajaan

    Pada tahun ini, qari dari Jajahan Tumpat En. Aziz b. Muhamadmuncul johan qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat NegeriKelantan 1427H/2006M yang telah berlangsung di Dewan BalaiIslam Lundang anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegeriKelantan. En. Aziz memperolehi 78.99 peratus markah, beliaumenerima hadiah wang berjumlah RM5000.00 sertatiket umrah.

    Manakala naib johan qaridisandang oleh peserta dariJajahan Kota Bharu, En.Alwe bin Junos yangmendapat markah 76.65peratus. Beliau menerimahadiah wang berjumlahRM3500.00.

    Sementara tempat ketigadimenangi oleh qari dariJajahan Pasir Mas iaitu johanmenunggu yang mendapatmarkah 74.66 peratus denganmenerima hadiah wang tunaiberjumlah RM2500.00.

    Majlis TilawahAl-Quran

    Peringkat Negeri Kelantan 2006Seramai 8 orang peserta telah terpilih untukmenyertai Majlis Tilawah Al-Quran PeringkatNegeri yang diadakan pada 15 hingga 17 Mei2006 yang lalu. Majlis tersebut telahdirasmikan oleh Timbalan Menteri besarKelantan YB. Dato' Ahmad Yakob pada 15Mei 2006 jam 9.00 malam.

    Pada tahun ini mutu bacaan semua qariadalah memuaskan dan lebih baik padatahun-tahun lepas. Namun begitu masihbanyak lagi ruang-ruang yang perludiperbaiki untuk mempertingkatkan lagi mutubacaan terutamanya dari segi kelancaransebutan, fasih dalam bacaan, menepatihukum tajwid serta alunan suara yang baik.

    Johan tilawah akan mewakili Negeri KelantanKe Majlis Tilawah Al-Quran PeningkatKebangsaan pada 10-15 Julai yang akandiadakan di Negeri Selangor.

    Antara pemenang-pemenang Maj

    lis Tilawah kali ini

    S E M A S A

  • 8

    Pada 26 Mei 2006 yang lalu Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telahmenganjurkan Festival Nasyid Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada 26 Mei 2006 diperkarangan Dewan Jubli Perak, Padang Perdana, Kota Bharu.

    Festival Nasyid itu disertai oleh 4 kumpulan bagi kategori moden dan 4 kumpulan bagikategori tradisi. Mereka semua berentap bagi merebut gelaran johan setiap kategori yangmana johan akan dipilih mewakili negeri Kelantan Ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaankali Ke-17 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11- 15 Jun 2006.

    Kumpulan Nurul Huda (Kategori Nasyid Tradisi) dan Kumpulan As-Syubban (Kategori NasyidModen) telah dinobatkan sebagai johan dalam kategori masing-masing. Manakala lirik terbaiktelah dimenangi oleh kumpulan Soutul Zahab. Bagi persembahan terbaik pula telahdimenangi oleh Kumpulan Nurul Huda.

    Hadiah kepada setiap pemenang telah disampaikan olehYB. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam danDakwah Negeri Kelantan, YB. Ustaz Haji Hassan BinMahmood dengan diiringi oleh Dato' Haji Ismail Bin LatiffPengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegeriKelantan.

    Festival NasyidNegeri Kelantan 1427/2006

    YB Ust. Hj. Hassan Mahmood sed

    ang

    menyampaikan hadiah kepada pem

    enang

    * Salah satu kumpulan sedangmembuat persembahan

    S E M A S A

  • 9

    KDYMM Tuanku Al-Sultan sedang bertitah KDYMM Tuanku Al-Sultan menerima cenderahatidaripada YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar

    YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menjunjung kasih Turut hadir DYMM Raja Perempuan, Tuanku Ampuan danTengku Amalin A’isyah Puteri

    Ust Nik Omar b. Dato’ Nik Abdul Aziz sedang menerimaanugerah Sekolah Menengah Agama Bantuan Terbaik YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sedang memberiucapan

    YB Ust. Hassan Mahmood sedang memberi ucapanalu-aluan

    Di antara dif-dif jemputan yang hadir

    9

  • 1010

    YAB Tuan GuruDato’ MenteriBesar sedang

    menyampaikanhadiah kepada

    peserta

    YAB Tuan GuruDato’ MenteriBesar sedang

    menyampaikanhadiah kepada

    pengerusijemaah hakim

    YB Ust Hassan Mahmood sedang memberi ucapan YABhg Dato’ Hj. Ismail Latiff,Pengarah JAHEAIK sedangmemberi ucapan alu-aluan

    Turut hadir YB Dr. Nik Maziandan SS Dato’ Mufti

    Di antara dif-difjemputan yang hadir

    Para peserta perempuan sedang menunggu giliran

    Salah seorang peserta sedang memperdengarkan bacaan

    Jemaah Hakim sedang menghitung markah peserta

    Para peserta lelaki yangsedang menunggu

    giliran

  • 1111

    Kumpulan Nurul Huda Johan bagi Kategori Tradisi

    Kumpulan As-SyubbanJohan bagi Kategori

    Moden

    Di antara dif-difkehormat yang hadir

    YB. Ust. HassanMahmood sedangmemberi hadiahkepada peserta

    Persembahan istimewa daripadakumpulan Rabbani

    Salah satu kumpulan sedangmembuat persembahan

    Barisan panel hakim yang arif lagibijaksana

    Di antara dif-difjemputan yang hadir

    Salah satu kumpulan sedang bersiap sedia

  • 1212

    Memohon keberkatan Ilahi

    KDYMM TuankuAl-Sultan sedang

    menyampaikanhadiah kepadasalah seorang

    peserta

    Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Al-SultanKeluarga D’Raja

    sedang mendengarceramah agama

    Para hadirin yang hadir

    YAB Tuan GuruDato’ Menteri Besarsedang menunggukeberangkatan tibaKDYMM Tuanku Al-

    Sultan

    YBhg. Dato’ Hj Kamaruddin sedangmenyampaikan ceramah agama

    Johan Tilawah Al-Quran sedang

    memperdengarkanbacaan

    Para hakim yang arif dan bijaksana

    Ketiga-tiga pemenangTilawah Al-Quran

    1427H/2006M

  • 13

    Abul Wafa Muhammad Al-BuzjaniUlama MatematikDan Astronomi

    Menurut catatan sejarah, umat Islam sangat dikenalisebagai umat yang gemilang dalam bidang keilmuanpada kurun yang ke-7 Masihi hingga ke-13 Masihi.Dalam tempoh tersebut terdapat ramai tokoh-tokohilmuan Islam muncul dan banyak memberikansumbangan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.

    Antara tokoh yang jarang kita dengar namanya tetapitelah banyak memberikan sumbangan yang besardalam bidang matematik, astronomi dan geometrikepada umat manusia sama ada di Timur mahupunBarat adalah Abul Wafa Muhammad Al-Buzjani. Dikalangan para ilmuan matematik, beliau lebih dikenalidengan gelaran Al-Buzjani.

    Buzjan merupakan nama satu wilayah dalam negeriKhurasan di negara Iran. Nama sebenar Al-Buzjaniadalah Muhammad bin Yahya Bin Ismail Bin AbbasAbul Al-Wafa Al-Buzjani. Beliau dilahirkan pada tahun328 Hijrah atau bersamaan dengan 940 Masihi di Iran.

    Semasa di Iran, beliau mempelajari ilmu matematikdari bapa saudaranya yang bernama Abu Umar al-Maghazli dan Abu Abdullah Muhammad ibn Ataba.Kemudian beliau mempelajari Ilmu Geometri denganAbu Yahya Al-Marudi dan Abu al-Ala Ibn Karnib .

    Setelah tamat menyelesaikan pendidikan di peringkatrendah dan menengah di Iran, maka pada tahun 387Hijrah bersamaan 959 Masihi, Abul Wafa berhijrah keBaghdad, Iraq bagi tujuan mendalami ilmupengetahuan di sana terutamanya dalam bidangmatematik.

    Berkat bimbingan sejumlah ilmuan terkemuka diBahgdad pada ketika itu, maka tak lama kemudianAbul Wafa muncul sebagai salah seorang tokohmatematik di Baghdad sehingga dapatmengembangkan beberapa teori penting di bidangmatematik terutamanya geometri. Sebagai seorangyang dedikasi dan tekun dalam bidang keilmuannyabeliau juga mengajarkan ilmunya di Iraq.

    Disediakan Oleh :Ustaz Tuan Anuwa Bin Tuan Mat

    Penolong Pengarah Siasatan

    Abul Wafa memberikan kontribusi signifikan bagipemecahan soal-soal geometri dengan menggunakankompas, konstruksi ekuivalen untuk semua bidang,polyhedral umum,konstruksi hexagon setengah sisi darisegitiga sama, konstruksi parabola dari titik dan solusigeometri bagi persamaan. Kontruksi bagunantrigonometri yang diilhamkan oleh Abul Wafa sehinggasekarang masih diakui sangat besar manfaatnya.

    Selain itu Abul Wafa juga merupakan orang yangpertama mengemukakan teori relatif segitiga parabola.Tidak hanya setakat itu, beliau juga berjayamengembangkan kaedah baru tentang konstruksi segiempat serta perbaikan nilai sinus 30 dengan memakailapan desimal. Pengembangan sinus melalui formula 2sin2 (a/2) = 1 - cos a dan juga sin a = 2 Sin ( a/2)cos ( a / 2 ).

    Abul Wafa juga melakukan penyelidikan khususmengenai teori tangen dan penghitungan tangen. Diamemperkenalkan secan dan cosecan untuk pertamakalinya, dan berjaya mengetahui relasi antara garis-garis trigonometri yang mana berguna untukmemetakannya serta pula meletakkan dasar bagikeberlanjutan teori conic.

    Banyak buku dan karya ilmiah yang telah dihasilkannya,namun kebanyakannya telah rosak dan tidak dapatditemui. Antara yang masih ada dan dijadikan rujukanpara ilmuan sehingga kini adalah Kitab Ilm Al-Hisab,Kitab Al-Kamil dan Kitab Al-Handsa.

    Ulama yang cukup berjasa ini telah kembalikerahmatullah di Baghdad pada tahun 338 Hijrahbersamaan 998 Masihi. Biarpun jasad beliau sudahtiada, namun ilmunya masih segar dan hidup dikalanganpencinta ilmu.

    Pengembangan sinus melaluiformula 2 sin2 (a/2) = 1 -cos a dan juga sin a = 2

    Sin ( a/2) cos ( a / 2 ).

    T O K O H S I L A M

  • 14

    Mulai tahun 2006, selain dari mewajibkan ujian saringan HIV/Aids kepadabakal pengantin, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

    melalui Bahagian Pentadbiran Undang-UndangKeluarga juga telah memperkenalkan Kursus PraPerkahwinan kepada bakal pengantin masyarakatorang asli di Negeri Kelantan.

    Pada 18 Februari 2006 yang lepas, satu lawatansempena kursus pra perkahwinan kepadamasyarakat orang asli telah diadakan di PosHendrop, Jajahan Gua Musang, yang terletak kira-kira 70 kilometer dari pekan Gua Musang.Rombongan terdiri daripada Al-Fadhil Us. Rafiai BinOmar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian

    Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Al-Fadhil Us. Nik Ahmad Zuhdi Bin Nik Yaacob,Qadhi Jajahan Kuala Krai merangkapPemangku Qadhi Jajahan Gua Musang sertaUs. Mahzami bin Muhammad, PenolongPengarah Pembangunan KeluargaJAHEAIK.

    Kursus kali ini yang disertai oleh seramai 47remaja orang asli (22 perempuan dan 25lelaki) telah dijayakan oleh para fasilitatoryang terdiri daripada penggerak-penggerakmasyarakat orang asli dan dikawal-seliaoleh pihak Majlis Agama Islam dan AdatIstiadat Melayu Kelantan (MAIK).

    Dalam siri lawatan ini juga seramai tigapasangan telah menyatakan hasratmereka untuk berkahwin setelah menerimasijil kursus masing-masing. Kemudianketiga-ketiga pasangan ini telah diakad-nikahkan oleh Al-Fadhil Us. Rafiai BinOmar dengan maskahwin sebanyakRM20.00/-sepasang. Apa yang menarik

    tentang perkahwinan masyarakat orang asli ialah juru nikah yang mengakadnikahkan merekadikehendaki mengeluarkan wang sendiri sebagai maskahwin.

    Menurut Al-Fadhil Us.Rafiai, urusan pendaftaran perkahwinan masyarakat orang asli akandipermudahkan selepas ini, bagi memastikan mereka yang telah memeluk Agama Islammelakukan upacara perkahwinan mereka menurut hukum dan peraturan Islam. Ini adalahkerana setakat ini masih terdapat masyarakat orang asli yang telah memeluk Islam tetapimengamalkan adat mereka di dalam urusan nikah.

    Selain itu pendaftaran kelahiran anak-anak masyarakat orang asli juga akan menghadapimasalah sekiranya perkahwinan mereka tidak didaftarkan secara sah di Pejabat QadhiJajahan.

    Kursus Pra PerkahwinanKepada Orang-Orang Asli

    Oleh : Nik Ahmad Zuhdi b. Nik YaacobQadhi Jajahan Kuala Krai

    S E M A S A

  • 15

    Tiga langkah utama telah diambil tindakan secara drastik olehBaginda Rasulullah s.a.w setibanya baginda di Madinah, iaitupertamanya membina masjid, kedua mempersaudarakanantara orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan ketiganyamengurus-tadbir Kerajaan Madinah berlandaskan hukum Allahs.w.t.

    Ketiga-tiga langkah ini adalah sebahagian daripada pengisianprogram Hijrah Baginda yang berlaku lebih 1427 tahun yanglepas, bagi memastikan Islam terus berkembang dan tersebar,serta mendatangkan kejayaan kepada ummat Islam seluruhnya.

    Demikian antara isi kandungan ucapan Al-Fadhil Qadhi JajahanKuala Krai ketika merasmikan Forum Hijratul Rasul bagi tahun1427H peringkat Jajahan Kuala Krai anjuran Bahagian DakwahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dengan kerjasamaPejabat Qadhi Jajahan Kuala Krai yang diadakan di Masjid MukimBatu Balai pada 18 Februari 2006 bersamaan 19 Muharram1427H.

    Majlis forum yang julung-julung kalinya diadakan di mukim ini, telah mendapatsambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk setempat. Dianggarkan lebih400 orang penduduk setempat serta penduduk sekitar mukim ini yang terdiri daripelbagai lapisan masyarakat hadir bagi menghayati roh hijrah yang telah dilalui olehRasulullah s.a.w. dan pada Sahabat Baginda.

    Barisan ahli panel bagi forum tersebut ialah Us. Mohd Suhaimi bin Muhammad,Penolong Pengarah Dakwah dan Us. Abdul Rashid bin Mohd Noor, PenolongPegawai Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Manakala pengerusiforum pula ialah Us. Mohamad bin Mat Sulaiman, Pegawai Halaqat Kuala Krai yangjuga Imam Tua Mukim Pasir Era.

    Menurut Us. Mohd Suhaimi, lebih ramai muda-mudi patut diterapkan dengansemangat hijrah Baginda Rasulullah s.a.w. bagi mengukuh dan menguatkankeimanan mereka di zaman yang penuh dengan godaan dan cabaran ini, dengancara menarik mereka supaya menghadiri majlis-majlis agama seperti ceramah-ceramah dan forum-forum agama. Bagi menggarapkan minat muda-mudi ke arah itu,beliau mencadangkan supaya majlis sebegini diadakan di tempat-tempat yang lebihterbuka di masa-masa hadapan seperti padang sekolah atau dewan orang ramai.

    Forum Hijratul Rasul S.A.W 1427HJajahan Kuala Krai

    Oleh : Nik Ahmad Zuhdi b. Nik YaacobQadhi Jajahan Kuala Krai

    Sebahagian daripada penduduk Mukim Batu Balai

    sedang mendengar dengan penuh khusyuk dan

    bersemangat kupasan dan olahan oleh ahli panel

    Forum Hijratul Rasul Jajahan Kuala Krai bagi

    tahun 1427H.

    S E M A S A

  • 16

    Oleh : Puan Norlailawati bt. MamatPenolong Pengarah (Khidmat Nasihat)

    Memakai tudung atau dengan kata lain menutup auratmerupakan suatu perkara yang wajib dilakukan olehsemua wanita Islam. Ianya diperintahkan oleh syarakdengan tujuan untuk menghindarkan pelbagai fitnahyang mungkin timbul.

    Menutup aurat sebagaimana yang disyorkan di dalamIslam terhadap wanita ialah dengan menutup seluruhtubuh badannya dari pandangan lelaki ajnabi kecualimuka dan tapak tangan sahaja.

    Berpakaian sopan dan tidak sendat yang bolehmenampakkan bentuk badan. Tidak jarang dan tidaknipis, manakala tudung pula disyaratkan labuh yangboleh menutup sehingga ke bahagian bawah dada.

    Menjaga aurat dari pandangan lelaki ajnabi adalah suatusikap yang patut dipuji kerana dengan cara ini seseorangwanita itu boleh menjaga maruah diri, keluarga danmaruah suaminya. Wanita bermaruah tidak akanmempamerkan tubuh badan di khalayak ramai malahmereka tampil di hadapan masyarakat bersesuaiandengan landasan syarak samada dari segi carapemakaiannya atau pun tingkah lakunya.

    Senario hari ini kita lihat ramai di kalangan wanita dangadis-gadis memakai tudung tetapi kita tidak tahu sejauhmanakah fahaman mereka tentang aturan bertudung danmenutup aurat yang sebetulnya.

    Kita lihat ada yang memakai tudung tapi singkat yangboleh menampakkan leher, dada, dan dalam masa yangsama mereka memakai ' T-Shirt ' lengan pendek yangsendat dan singkat menampakkan pusat. Dikenakanpula dengan jeans yang juga ketat sampaimenampakkan bentuk badan dengan sempurna, amatjelas cara goyang dan lenggangnya apabila berjalan.

    Dari segi perlakuannya bergaul mesra dengan lelakiajnabi, berjalan berpegangan tangan dengan mesrasekali. Membonceng motosikal dalam keadaan tanganmemeluk erat lelaki yang bukan mahram.

    Ada pula yang memakai tudung tetapi mengenakan kainbelah bawah yang mempamerkan betis, menampakkanrambut di bahagian depan { jambul } dan sebagainya.Selain itu pelbagai warna dan fesyen tudung turut direkaagar lebih menarik apabila memakainya.

    Oleh : Mohd Aznan b. HamatTimbalan Pendakwa Syarie

    Ramai manusia menyalahtafsirkan kemudahan dankebaikan yang telah diberikan oleh Islam yang meliputisegala kebaikan kepada umat manusiakeseluruhannya. Antara kebaikan dan kecantikandalam tuntutan agama Islam adalah amalan berjabattangan atau bersalam-salaman di kalangan umatIslam.

    Berjabat tangan ketika berjumpa atau bertemu adalahmenjadi salah satu tuntutan Syarak dan adalah sunathukumnya menurut Ijmak Ulama' kerana ia bolehmengeratkan hubungan persahabatan. Rasulullahs.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yangdiriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud: " DariAl-Bara' bin Azib katanya: Rasulullah s.a.w. telahbersabda: Tiada daripada dua orang Islam yangberjumpa maka berjabat tangan keduanya, melainkandiampun bagi keduanya sebelum berpisah keduanya".

    Sebenarnya berjabat tangan ini adalah menunjukkankesempurnaan penghormatan kepada orang yang kitatemui, tetapi ia hendaklah dimulakan dengan ucapansalam terlebih dahulu kemudian barulah menghulurkantangan dan bersalaman. Sebaliknya pula jika kitabersalam terlebih dahulu sebelum memulakan dengansalam ia adalah menyalahi peraturan Syarak. Iniadalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.yang diriwayatkan oleh Iman Tirmizi yang bermaksud: "Dari Ibnu Mas'ud daripada Nabi s.a.w. sabdanya : Darikesempurnaan penghormatan itu ialah denganberjabat tangan".

    Oleh itu konsep menghormati orang lain adalah sangatdititikberatkan dalam Islam sehingga apabilaseseorang Islam bertemu dengan saudaranya yanglain ia digalakkan memberi salam dan bersalamanuntuk menzahirkan penghormatan terhadapnya. Danada pula dari kalangan umat Islam yang bukan sahajamenghulurkan salam bahkan mencium tangan untukmenunjukkan bahawa orang yang dijumpai itu adalahorang yang sangat dihormati. Sebagai contohnyaseorang anak mencium tangan ibu bapanya untukmenunjukkan bahawa ibu bapa adalah model ikutandan juga yang patut dihormati. Begitu jugalah dengankaitannya dengan hubungan di antara seorang gurudengan muridnya, seorang kakitangan sesebuahjabatan dengan pegawai atasannya dan sebagainya.Bahkan perlu diingatkan bahawa berjabat tangansambil mencium tangan itu bukannya bertujuan untukmengagung-agungkan orang yang dicium tangan itubahkan ia hanya semata-mata ritual untukmenunjukkan perhargaan dan penghormatan terhadapseseorang itu.

    Fesyen Tudung Masa KiniApakah Ia Memenuhi Tuntutan Agama

    Galakan Berjabat TanganDan Relevannya

    - Gambar Hiasan -

    B I C A R A

  • 17

    65

    4

    3

    21

    Pada suatu hari Imam al-Ghazali telah mengemukakansoalan kepada murid-muridnya iaitu " Apakah yang palingdekat, jauh, besar, berat, ringan dan tajam di dunia ini."

    Pelbagai jawapan yang telah diberikan oleh murid-muridbeliau terhadap persoalan yang telah dikemukakan ituyang mana ke semuanya adalah tidak tepat. Jawapanterhadap persoalan tersebut ialah :-

    Perkara yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah"MAMAMAMAMATITITITITI" kerana ia merupakan janji Allah, di mana setiapyang bernyawa pasti akan menemui kematiansebagaimana yang terkandung di dalam Firman Allahdalam surah Ali-Imran : 185

    Perkara yang paling jauh dengan diri kita di dunia ini ialah"MASA LALMASA LALMASA LALMASA LALMASA LALUUUUU" kerana setiap saat yang berlalu pastitidak akan kembali lagi sebagaimana sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud , " Rebutlah lima perkara sebelumdatangnya lima perkara iaitu masa muda sebelum tua,masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk,masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati."

    Perkara yang paling besar di dunia ini ialah "NNNNNAFSUAFSUAFSUAFSUAFSU"kerana nafsu yang tidak terkawal akan menjerumuskan dirike jalan kesesatan dan kehinaan sebagaimana FirmanAllah di dalam surah al-A'Raf : 179 yang bermaksud "Dansesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanamkebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hatitetapi tidak memahamkan dengan hatinya, mempunyaimata tetapi tidak melihat dengan matanya dan mempunyaitelinga tetapi tidak mendengarkan dengan telinganya.Orang-orang itu seperti binatang, bahkan lebih sesat itulahorang-orang yang lalai. "

    Perkara yang paling berat di dunia ini ialah "MEMEGANGMEMEGANGMEMEGANGMEMEGANGMEMEGANGAMANAMANAMANAMANAMANAHAHAHAHAH" kerana orang yang tidak dapatmenyempurnakan amanah dengan baik tergolong di dalamorang-orang munafik dan setiap manusia akan disoalberkaitan dengan amanah yang telahdipertanggungjawabkan kepadanya.

    Perkara yang paling ringan di dunia ini ialah"MENINGGALKAN SOLAMENINGGALKAN SOLAMENINGGALKAN SOLAMENINGGALKAN SOLAMENINGGALKAN SOLATTTTT" kerana mementingkankehidupan duniawi ini manusia seringkali mengabaikan,melengah-lengahkan kewajipan terhadap PenciptanyaYang Maha Agung.

    Manakala perkara yang paling tajam di dunia ini ialah"LIDLIDLIDLIDLIDAH MANUSIAAH MANUSIAAH MANUSIAAH MANUSIAAH MANUSIA" kerana melalui lidah yangdikurniakan oleh Allah S.W.T ini manusia seringkalimenyalahgunakan kurniaan Ilahi ini untuk menyakiti hatidan perasaan saudaranya sendiri.

    Imam Al-GhazaliOleh : Puan Arnizam bt. AbdullahPenolong Pengarah (Maklumat)

    Dialog R E N U N G A N

    Pada suatu hariImam al-Ghazali

    telahmengemukakansoalan kepada

    murid-muridnyaiaitu “Apakah

    yang paling dekat,jauh, besar, berat,ringan dan tajam

    di dunia ini”

  • 18

    Bila mata bertentang mata, hati pasti berdebar-debar.Bila hati dah bersatu, janji taat setia pasti menjadihalwa telinga: "Demi you, I sanggup terjun ke lautanapi, gunung yang berduri sanggup I daki, hutan tebalsanggup I tempuh, demimu sayang."

    Apabila dah kahwin, awal-awalnya: "Abang berjanjiakan menjagamu dan anak-anak kita kelak sehingga kehujung nyawa abang, sayanglah isteri abang yang satu,tiada yang kedua, demimu sayangku, abang akan salutitubuhmu dengan emas permata tanda cintakupadamu."

    Tapi apabila umur perkahwinan menjangkau umursepuluh tahun: "Mak nyer...kenapa la muka hang penuhbedah sejuk?..rupa tepung gomak!, awak ni jalansikitpun tak larat... rupa macam kura-kura dah sayanengok!, awak ingat saya ni bank bergerak ke? Semuabarang kemas kat KB MALL tu awak nak saya beli!

    Itu semua lumrahkan? Tapi ada satu lagi lumrah...

    "Yang...kalau abang kahwin lagi, ayang bagi tak?..."ataupun..." Awak ni tak pandai jaga badan, tak macammula-mula dulu...sakit mata saya memandang! kalaumacam ni saya nak kahwin lagi satu la... "

    Jika sebut sahaja perkataan poligami, berbanding pihakisteri yang mewakili wanita, pihak suami (sudah tentumewakili pihak lelaki) pasti akan tersenyum lebar.Masakan tidak, tidak akan dipanggil lelaki sekiranyatidak memiliki keinginan untuk berkahwin lebih daripadasatu (Mungkin ada yang bersyukur dengan seorang,tetapi boleh dihitung jumlahnya).Yangmembataskannya hanyalah ketumpatan kocek danpersetujuan isteri pertama! (walaupun alasan keduatidak berapa kukuh!) kemampuan batiniah? Tidakmenjadi masalah kerana produk-produk ´yangberkaitan´ menimbun di pasaran!

    Alasan yang sinonim dengan isu poligami pula adalahmengikut sunnah Rasulullah s.a.w, walhal kebanyakanmereka yang memberi alasan tersebut tidak berapatahu atau tidak mahu ambil tahu alasan mengapaRasulullah s.a.w pada ketika itu berkahwin lebihdaripada satu. Mengikut sirahnya, Rasulullah s.a.wberkahwin lebih daripada satu hanya selepas

    PoligamiSunnah Atau Nafsu

    pemergian isteri kesayangan baginda, Siti Khadijah kerahmatullah. Malah, wanita-wanita yang dinikahibaginda majoritinya adalah terdiri daripada wanita-wanita yang mana suaminya syahid di medan perangketika berjihad. Hanya seorang sahaja isteri bagindayang masih lagi perawan ketika dinikahinya iaitu AisyahAbu Bakar as-Siddiq.

    Cuba pula dibandingkan keadaan pada masasekarang. Lelaki yang ingin berpoligami kebiasaannyalebih cenderung memilih wanita-wanita yang masih lagiperawan untuk dijadikan isteri kedua, ketiga danseterusnya keempat. Jarang rasanya lelaki memilihjanda atau balu untuk dijadikan calon melainkan´usaha´ memikat si anak dara tidak berhasil!

    Namun, berpoligami tidaklah menjadi masalah jikalelaki tersebut ´mampu´ berlaku adil di dalamrumahtangganya. Apa salahnya sekiranya niat untukberpoligami adalah atas dasar kebajikan dan rasabertanggungjawab untuk menolong wanita yang ingindinikahinya sebagai contoh wanita tersebut telahpunkematian suami dan hilang punca pendapatan untukmenyara anak-anaknya. Walau bagaimanapun, apayang lebih penting, sebelum mengambil keputusan,lelaki tersebut haruslah berbincang terlebih dahuludengan isteri dan anak-anaknya.

    Namun, penting rasanya di sini penulis memetik firman-firman Allah s.w.t sebagai ´rujukan´ sebelum para lelakiini memasang niat untuk berpoligami! Wahai lelaki,sebelum anda memasang niat untuk bernikah lagi satu,hayatilah firman Allah yang bermaksud:

    "Kemudian jika kamu TAKUT tidak mampu berlaku adil,maka kahwinilah seorang sahaja." (an-Nisaa´: 3)

    Ternyata syarat ini sangatlah berat kerana dalam ayatal-Quran yang lain ada menyatakan bahawa lelaki tidakakan mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya.

    "Dan sekali-kali kamu tidak akan dapat berlaku adildiantara isteri-isterimu, walaupun kamu sangat inginberbuat demikian." (an-Nisaa´: 129)

    Bolehkan anda berlaku adil? Cuba-cubalah menilaikemampuan anda, janganlah cuba-cuba mengambilrisiko jika anda tidak mahu tidur di luar!

    Oleh: Mohd Anwan Bin Ab. MuttalibHakim Syarie Kuala Krai

    R E N U N G A N

  • 19

    HJ. ABD. RAHMAN B. MUHAMMADBeliau yang dilahirkan pada 08 Februari 1950 mula berkhidmat dengan Jabatan HalEhwal Agama Islam Kelantan pada 16 Oktober 1982. Beliau adalah merupakan graduandaripada Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awamselama 24 tahun sebelum bersara pada 08 Februari 2006. Antara jawatan beliau semasaberkhidmat di bawah bumbung Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ialah :

    1- Penyelia Agama Kota Bharu 16 Okt 19822- Penyelia Agama Gua Musang 01 Okt 19833- Penyelia Agama Machang 01 Jun 19964- Qadhi Jajahan Tanah Merah 16 Jul 19985- KPP Penguatkuasaan dan Pendakwaan 01 Feb 20016- KPP Dakwah

    HJ. HASSAN B. SULONGBeliau yang dilahirkan pada 13 Februari 1950 merupakan lulusan Universiti SainsMalaysia. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 01 Julai 1978 sebagai PegawaiTadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri Kelantan. Beliau telahbersara daripada penjawat awam pada 13 Februari 2006 setelah berkhidmat selama 28tahun. Antara jawatan beliau semasa berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri ialah :

    1- Pen. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang 01 Jul 19832- Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang 16 Mei 19843- Pen. Setiausaha Perkhidmatan 01 Jun 19854- Setiausaha Majlis Daerah Machang 01 Jan 19885- Pen. Pengarah Yayasan Islam Kelantan 01 Jan 19896- Pen. Kanan Ketua Jajahan Bachok 16 Mei 19917- Pen. Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) JKR 01 Jan 19978- Pen Kanan Ketua Jajahan Kuala Krai 01 Jul 20009- KPP (Pengurusan) JAHEAIK 03 Mac 2002

    HJ. ZULKIPLI B. NORBeliau yang dilahirkan pada 04 Januari 1950 mula berkhidmat dengan Jabatan HalEhwal Agama Islam Kelantan pada 16 September 1976. Beliau adalah merupakangraduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai penjawatawam selama 30 tahun sebelum bersara pada 04 Januari 2006. Antara jawatan beliausemasa berkhidmat di bawah bumbung Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ialah :

    1- Penyelia Agama Kota Bharu 16 Sep 19762- Qadhi Jajahan Tumpat 01 Ogo 19893- Qadhi Kota Bharu 01 Jun 19954- Qadhi Jajahan Gua Musang 16 Jul 19985- Qadhi Jajahan Bachok 01 Feb 19996- KPP (Penyelidikan dan Penerbitan) 01 Apr 2003

    HJ. ABDULLAH BIN MAMATBeliau yang dilahirkan pada 23 Januari 1950 meupakan lulusan Universiti Baghdad Iraq.Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 01 Julai 1981 sebagai Pegawai TadbirUgama Islam negeri Kelantan. Beliau telah bersara daripada penjawat awam pada 23Januari 2006 setelah berkhidmat selama 25 tahun. Antara jawatan beliau semasaberkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Ugama Islam ialah :

    1- Penyelia Ugama Pasir Mas 01 Feb 19832- Qadhi Jajahan Bachok 16 Ogo 19853- Qadhi Jajahan Gua Musang 16 Mei 19884- Penyelia Ugama Kota Bharu 01 Nov 19895- Penyelia Ugama Pasir Puteh 01 Jun 19966- Qadhi Jajahan Pasir Mas 01 Apr 2003

    Selamat MenempuhAlam PPPPPererererersarsarsarsarsaraanaanaanaanaan

    P E N T A D B I R A N

  • 2020

    Mohd Ibrisam b. Jalaludin(Ketua unit Penguatkuasaan)* Qadhi Jajahan Gua Musang

    Wan Nazri b. Wan Md. Nor(Qadhi Jajahan Machang)

    * Penguatkuasa Jajahan Jeli

    Anuar bin Haji Hashim(Qadhi Jajahan Gua Musang)

    * Penguatkuasa Jajahan Machang

    Tuan Anuwa b. Tuan Mat(Pen. Pengarah Penyiasatan)

    * Pen. Pengarah Pemb. Keluarga

    Mohd Anwan b. Abd. Muttalib(Hakim Syarie Kuala Krai)

    * Timbalan Pendakwa Syarie

    Mohd Fadzuli b. Mohd Zain(Pen. Pengarah Kemajuan Agama)

    * Penguatkuasa Jajahan Tanah Merah

    Khairuddin b. Mohamed(Qadhi Jajahan Pasir Puteh)* Penguatkuasa Kota Bharu

    Suratemi b. Mat Yusof(Qadhi Jajahan Tumpat)

    * Timbalan Pendakwa Syarie

    Wan Rafhan Syah b. Wan Abd. RashidPenolong Pengarah

    (Penguatkuasa Jajahan Tanah Merah)

    Mohd Aznan b. HamatTimbalan Pendakwa Syarie

    Muhammad Hilmi b. ZakariaPenolong Pengarah

    (Penguatkuasa Jajahan Jeli)

    Mahzami b. MuhammadPenolong Pengarah

    (Pembangunan Keluarga)

    Mohd Norhasdi b. HashimPenolong Pengarah

    (Penguatkuasa Jajahan Machang)

    Nik Mohamad Zawawi b. IbrahimPenolong Pengarah

    (Penerbitan)

    Rosmadi b. RamliPenolong Pengarah

    (Penguatkuasa Kota Bharu)

    Mohd Khairol Azdmi B. Mohd RazaliPenolong Pengarah

    (Penguatkuasa Jajahan Tumpat)

    * Jawatan Sebelum

    P E N T A D B I R A N