festival buah setiap daerah mb lancar laporan …...selangortv.my mediaselangor @media_selangor...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 13 - 19 Februari 2020, 19 - 25 Jamadilakhir 1441 MB lancar laporan MBSA di Forum Bandar Sedunia Festival buah setiap daerah galak hasil tempatan RM20 juta baiki bumbung Stadium Shah Alam Bahaya pemandu mabuk 13 kali ganda MUKA 3 MUKA 2 MUKA 23 MUKA 15 Lebih 100,000 hak milik tanah selesai sejak 2008 Amirudin (tengah) bergambar bersama penduduk yang teruja menerima surat tawaran pemilikan tanah (Notis 5A) di Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 7 Februari lalu. Foto oleh Asrie Sapfie SABAK BERNAM - Kerajaan Negeri menyelesaikan isu pemilikan tanah mem- babitkan lebih 100,000 penduduk tem- patan sejak 2008, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata uru- san di pejabat tanah dipermudahkan bagi membolehkan mereka memiliki ta- nah dan rumah untuk diwariskan kepada keluarga. “Ini adalah hasil usaha Kerajaan Negeri untuk selesaikan isu pemilikan tanah yang berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu. “Cuma apabila telah memiliki aset ja- ngan pula dijual semata-mata untuk mem- peroleh keuntungan mudah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kelulusan Pemi- likan Tanah Kampung Desa Kasih Merbau di sini pada 7 Februari lalu. Terdahulu, seramai 108 penduduk kampung berkenaan memperoleh surat tawaran pemilikan tanah (Notis 5A). Desa Kasih Merbau adalah satu daripada sem- bilan kampung yang dibangun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Penempatan itu dimajukan pada 1998 hasil kerjasama YBK, Majlis Agama Islam Se- langor (Mais) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Selangor membabitkan ka- wasan seluas lapan hektar. Amirudin berkata Kerajaan Negeri me- rangka formula terbaik untuk menyelesai- kan isu berkenaan sejak mengambil alih pentadbiran terdahulu. “Banyak penempatan tidak disusun de- ngan baik. Contohnya, YBK beri rumah tetapi tapak kediaman atau tanah milik pi- hak lain. “Ini yang menjadi isu apabila ramai ting- gal di atas tanah kerajaan negeri atau tanah rizab dan mereka berisiko untuk dihalau. “Sejak 2008 Kerajaan Negeri konsisten membantu rakyat. Kita yakin apabila ber- buat baik, rakyat akan menghargai dan terus memberi sokongan,” katanya. OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memberi insentif RM800 kepada pesakit tibi untuk mendapatkan rawatan mulai bulan depan, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari ber- kata inisiatif itu dapat meringan- kan beban kos pesakit selain me- RM2 juta rawat tibi Seorang pesakit terima insentif RM800 mastikan mereka melengkapkan sesi rawatan di hospital. “Bagi membela golongan ku- rang berkemampuan, Belanjawan Selangor 2020 memperuntukkan RM2 juta bagi mencegah tibi yang dianggar memberi manfaat kepa- da 3,750 pesakit. “Insentif pesakit akan dibuat menerusi tiga transaksi iaitu RM200 bagi dua bulan pertama, RM200 dua bulan berikut dan RM400 sehingga selesai rawatan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini pada 6 Februari lalu. Amirudin memandang serius statistik yang menunjukkan 533 pesakit daripada 5,303 kes di ne- geri ini tercicir daripada meneri- ma rawatan pada tahun lalu. Pesakit atau waris boleh mendapatkan borang permoho- nan di hospital dan klinik kerajaan atau pusat khidmat masyarakat di Dewan Undangan Negeri ma- sing-masing. Statistik Jabatan Kesihatan Se- langor mendapati 74 peratus pe- sakit berpendapatan RM1,000 ke bawah gagal mendapatkan ra- watan akibat kekangan kewangan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seba- nyak 33,000 kes baharu di Ma- laysia tetapi hanya 25,000 kes dilaporkan. LAPORAN BERKAITAN DI MUKA 3

Upload: others

Post on 27-Feb-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 13 - 19 Februari 2020, 19 - 25 Jamadilakhir 1441

MB lancar laporan MBSA di Forum Bandar Sedunia

Festival buah setiap daerah galak hasil tempatan

RM20 juta baiki bumbung Stadium Shah Alam

Bahaya pemandu mabuk 13 kali ganda

MUKA 3MUKA 2 MUKA 23MUKA 15

Lebih 100,000 hak milik tanah selesai sejak 2008

Amirudin (tengah) bergambar bersama penduduk yang teruja menerima surat tawaran pemilikan tanah (Notis 5A) di Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 7 Februari lalu. Foto oleh Asrie Sapfie

SABAK BERNAM - Kerajaan Negeri menyelesaikan isu pemilikan tanah mem-babitkan lebih 100,000 penduduk tem-patan sejak 2008, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata uru-san di pejabat tanah dipermudahkan bagi membolehkan mereka memiliki ta-nah dan rumah untuk diwariskan kepada keluarga.

“Ini adalah hasil usaha Kerajaan Negeri untuk selesaikan isu pemilikan tanah yang

berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.“Cuma apabila telah memiliki aset ja-

ngan pula dijual semata-mata untuk mem-peroleh keuntungan mudah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kelulusan Pemi-likan Tanah Kampung Desa Kasih Merbau di sini pada 7 Februari lalu.

Terdahulu, seramai 108 penduduk kampung berkenaan memperoleh surat tawaran pemilikan tanah (Notis 5A). Desa Kasih Merbau adalah satu daripada sem-

bilan kampung yang dibangun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Penempatan itu dimajukan pada 1998 hasil kerjasama YBK, Majlis Agama Islam Se-langor (Mais) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Selangor membabitkan ka-wasan seluas lapan hektar.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri me- rangka formula terbaik untuk menyelesai-kan isu berkenaan sejak mengambil alih pentadbiran terdahulu.

“Banyak penempatan tidak disusun de- ngan baik. Contohnya, YBK beri rumah tetapi tapak kediaman atau tanah milik pi-hak lain.

“Ini yang menjadi isu apabila ramai ting-gal di atas tanah kerajaan negeri atau tanah rizab dan mereka berisiko untuk dihalau.

“Sejak 2008 Kerajaan Negeri konsisten membantu rakyat. Kita yakin apabila ber-buat baik, rakyat akan menghargai dan terus memberi sokongan,” katanya.

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memberi insentif RM800 kepada pesakit tibi untuk mendapatkan rawatan mulai bulan depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata inisiatif itu dapat meringan- kan beban kos pesakit selain me-

RM2 juta rawat tibiSeorang pesakit terima insentif RM800

mastikan mereka melengkapkan sesi rawatan di hospital.

“Bagi membela golongan ku-rang berkemampuan, Belanjawan Selangor 2020 memperuntukkan RM2 juta bagi mencegah tibi yang dianggar memberi manfaat kepa-da 3,750 pesakit.

“Insentif pesakit akan dibuat menerusi tiga transaksi iaitu

RM200 bagi dua bulan pertama, RM200 dua bulan berikut dan RM400 sehingga selesai rawatan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini pada 6 Februari lalu.

Amirudin memandang serius statistik yang menunjukkan 533 pesakit daripada 5,303 kes di ne-geri ini tercicir daripada meneri-

ma rawatan pada tahun lalu.Pesakit atau waris boleh

mendapatkan borang permoho-nan di hospital dan klinik kerajaan atau pusat khidmat masyarakat di Dewan Undangan Negeri ma-sing-masing.

Statistik Jabatan Kesihatan Se-langor mendapati 74 peratus pe-sakit berpendapatan RM1,000 ke

bawah gagal mendapatkan ra-watan akibat kekangan kewangan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seba- nyak 33,000 kes baharu di Ma-laysia tetapi hanya 25,000 kes dilaporkan.

LAPORAN BERKAITAN DI MUKA 3

2Utama

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

Tiga sarang diisytihar bebas dadahSABAK BERNAM - Tiga lubuk dadah di Bangi, Kajang dan Serdang diisytihar bebas dari-pada kegiatan itu selepas loka-si berkenaan digempur pihak berkuasa, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari ber-kata ada antara lokasi itu turut menjadi pusat pengedaran da-dah hingga menjadi tumpuan pembeli di luar Selangor se-belum dipulihkan melalui Op Payung tahun lalu.

Meninjau lokasi di Jalan 1 Ba-gan, Sungai Besar di sini pada 7 Februari lalu, beliau berkata sarang dadah itu dipagar de- ngan kelolaan Jabatan Per-hutanan serta Jabatan Pen-gairan dan Saliran bagi menge-

lakkan ia dibuka semula."Tiga kawasan antara 16 lo-

kasi yang dikenal pasti berlaku kegiatan dadah. Kerajaan Ne-geri akan menggerakkan semua agensi berkaitan bagi mem-bersihkan lokasi panas yang se-benarnya sudah lama dalam pe-merhatian," katanya

Amirudin berkata Majlis Tin-dakan Pembanterasan Dadah peringkat daerah terdiri pel-bagai agensi termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan, polis, Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa tempatan memantau lokasi panas penagihan dadah.

"Isu dadah ini membelenggu pelbagai pihak dan usaha mem-banteras bukan boleh dilakukan sekelip mata," katanya

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM – Kerajaan Negeri bercadang me- nganjurkan festival buah-buahan di setiap daerah bagi menggalakkan hasil tanaman tempatan, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata pelaksanaan itu se-laras dengan dasar negeri untuk memasarkan buah-buahan dan sayur-sayuran berkualiti kepa-da masyarakat.

“Kuala Selangor saya cadangkan festival tem-bikai kerana di sana terkenal dengan tembikai jenis tembikai wangi dan tembikai emas kuning manaka-la Kuala Langat pula nanas, pisang serta durian.

“Tambah menarik apabila harga ditawarkan le-bih rendah dengan potongan mencecah 40 pera-tus,” katanya pada Program Hari Shah Alam Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan di sini pada 9 Februari lalu.

Hampir 5,000 pengunjung program disajikan dengan 1,200 kilogram buah-buahan tempatan seperti mangga susu, jambu batu, kelapa pandan dan nanas MD2.

Festival buah setiap daerahBekal hasil berkualiti kepada masyarakat

Ir Izham melawat gerai buah-buahan tempatan sempena Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 9 Februari lalu

SHAH ALAM - Pesta Buku Se- langor 2020 (PBS2020) bermu-la 27 Februari ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM49,500 menerusi cabutan ber-tuah setiap hari, kata pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Mastura Muhamad berka-ta sembilan pengunjung yang membuat pembelian RM30 di- pilih setiap hari untuk menerima RM500 sepanjang 11 hari pesta itu berlangsung.

“Cabutan bertuah ini di-

umumkan pada 6.30 petang dan 8.30 malam setiap hari dan kami menjangka kehadiran 500,000 pengunjung pada pesta buku kali ini,” katanya kepada Sela- ngorKini.

Bertemakan “Jom Baca Buku”, perasmian PBS2020 bakal di- sempurnakan Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 1 Mac.

Sebanyak 140 gerai jualan disediakan dengan penyertaan 100 pempamer pelbagai syari-kat tempatan dan antarabangsa.

Pesta buku bertujuan mendidik masyarakat dan membudayai kegiatan berkaitan pembacaan.

Antara aktiviti dijalankan ada-lah seminar etnosains Melayu, seminar pemikiran Islam, beng-kel kiub Rubik dan cabaran hot-math, selain slot khas bersama Persatuan The Lost Food Project.

PBS2020 berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari 10 pagi hingga 9 malam dan dilanjutkan kepa-da 10.30 malam bagi Sabtu dan Ahad.

Tawar cabutan bertuah RM49,500

KUALA LUMPUR - Covid-19, yang bermaksud ‘penyakit virus korona’ adalah n a m a rasmi bagi koronavirus 2019, menurut Pertu-buhan Kesihatan Se-dunia (WHO).

Setakat 12 Feb-ruari, virus itu yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disem-ber lalu telah menjangkiti 42,708

orang. Daripada jumlah itu, 1,017 orang meninggal dunia di

negara tersebut.Terdapat 393 kes

lagi dilaporkan di 24 negara termasuk 18 orang di Malaysia.

Angka kematian akibat Covid-19, ter-

masuk satu di Filipina, mengatasi wabak SARS pada

awal 2000-an.

Virus dikenali Covid-19

Utama3SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SABAK BERNAM - Semua pi-hak diingatkan tidak menjadi-kan masjid di Selangor sebagai tempat menyebar fitnah hingga menggugat perpaduan rakyat,

kata Dato’ Menteri Besar.Sebaliknya, Dato’ Seri Amirudin

Shari berkata institusi itu perlu berfungsi sebagai tempat penya- tuan, bukan menyemai kebencian

dalam kalangan masyarakat.“Saya tidak mahu masjid digu-

nakan untuk kepentingan politik pihak tertentu. Ingin ditegaskan sekali lagi saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku di Selangor.

“Semua pihak berkepenti- ngan perlu menghormati perbe- zaan pendapat dan tidak sesekali membawa unsur negatif masuk ke dalam masjid,” katanya sele-pas Majlis Penyerahan Kelulusan Pemilikan Tanah Kampung Desa Kasih Merbau di sini pada 7 Feb-ruari lalu.

Amirudin berkata rakyat per-lu mengekalkan keharmonian dan perpaduan untuk memasti-kan kemakmuran ekonomi terus dinikmati bersama.

Masjid bukan tempat sebar fitnah

SHAH ALAM - Masjid, sekolah dan universiti yang dibina menggunakan dana kerajaan atau sumbangan orang ramai akan menikmati diskaun 50 peratus caruman parit, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar semasa premi-um adalah RM10,000 bagi se-tiap satu ekar dan potongan itu dijangka meringankan beban kewangan institusi itu.

“Perkara ini berkuat kuasa pada 1 Januari lalu setelah diputuskan dalam mesyua-rat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

“Selangor beriltizam un-tuk terus mencari penyele- saian berinovasi bagi men-jayakan program merancak-kan ekonomi dalam menca-pai kemakmuram bersama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat MTES di pejabatnya di sini pada 6 Februari lalu.

Caruman parit perlu diba-yar kepada Jabatan Pe -ngairan dan Saliran bagi bangunan kediaman, per-niagaan, industri sementara RM1,000 satu ekar bagi per-tanian.

Diskaun 50 peratus caruman parit

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan membangunkan kawasan pertanian tidak terancang di Jo-han Setia kepada projek peruma-han dan komersial atau pertani-an moden, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan jangka panjang

itu untuk mengatasi isu pem-bakaran terbuka tanah gambut yang berlarutan sekian lama.

“Antara pertimbangan Kera-jaan Negeri adalah mewujudkan perumahan tersusun atau pusat komersial. Ada juga cadangan supaya kawasan ini kita tukar kepada pusat pertanian moden,”

katanya pada sidang media se-lepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di pejabatnya di sini pada 6 Februari lalu.

Beliau berkata pelan tersebut akan dikaji jawatankuasa khas yang dipengerusikan EXCO Infra-struktur, Kemudahan Awam dan Pertanian Ir Izham Hashim.

Bangunkan kawasan tani tidak terancang

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membentang laporan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) di Pusat Pameran Antarabangsa Abu Dhabi pada 10 Februari lalu.

Pembentangan dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Forum Bandar Sedunia ke-10 (WUF10) yang turut dihadiri Menteri Pe-rumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin serta bebe-rapa EXCO negeri.

Amirudin melalui hantaran Twitter turut berharap MBSA me-lakar sejarah selaku bandar perta-ma membentang laporan SDGs di New York, Amerika Syarikat pada Julai ini.

“Saya percaya Shah Alam be-rada pada landasan tepat untuk meningkatkan sistem penyam-

paian bagi merealisasikan hasrat pembangunan bandar pintar,” tu-lisnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Haris Kasim ber-kata inisiatif tersebut membuka ruang kepada MBSA mempamer-kan amalan terbaik kepada ma- syarakat dan memastikan ketelu-san serta akauntabiliti kemajuan tempatan.

“Shah Alam juga merupakan antara bandar terpilih dalam membangunkan projek sedia ada dan baharu selain perkongsian amalan terbaik dengan bandar lain di seluruh dunia.

“Visi kita menjadikan Kajian Sukarela Tempatan Shah Alam sebagai contoh pertama bagi mengintegrasikan antara SDGs dan Agenda Perbandaran Baha-ru dalam pendekatan yang siste- matik,” katanya dalam kenyataan pada 11 Februari lalu.

MB lancar laporan MBSA di Forum Bandar Sedunia

Bakal lakar sejarah di New York

Amirudin (tiga, kanan) ketika menghadiri Forum Bandar Sedunia ke-10 di Pusat Pameran Antara-bangsa Abu Dhabi pada 10 Februari lalu

Selangor beriltizam untuk terus mencari penyelesaian berinovasi bagi menjayakan program merancakkan ekonomi dalam mencapai kemakmuram bersamaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

4Utama

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha & Zul Albani Abd Majid& Zul Albani Abd Majid

SHAH ALAM - Permohonan subsidi RM350 untuk mengambil lesen motosikal kepa-da golongan belia dibuka mulai 1 Mac ini, kata EXCO pembangunan generasi muda dan sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata bo-rang diedar ke setiap pejabat Dewan Un-dangan Negeri (DUN) manakala pemilihan dibuat Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Selain itu kita juga merancang adakan beberapa program untuk dapatkan peserta bagi program ini. Kita sedang atur kawasan mana program akan diadakan.

“Keutamaan akan diberikan kepada anak muda dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan atau miskin bandar,” ka-tanya.

Belanjawan Selangor 2020 memperun-tukkan RM1 juta bagi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE). Ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak muda terutama golongan miskin bandar.

Subsidi lesen motor mulai 1 Mac

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bersedia membuka pusat kuarantin bagi memben- dung penularan koronavirus 2019 (Covid-19) pada bila-bila masa, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia su-sulan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor menjadi rakyat Malaysia pertama disahkan positif virus itu dan perbincangan sudah dijalankan bersama EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud.

“Kita sudah ada beberapa cadangan lo-kasi jika diminta Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra anjuran Persatuan Hokkien Malaysia di sini pada 5 Februari lalu.

Sedia buka pusat kuarantin

SHAH ALAM - Selangor tidak membatalkan program berska-la besar di tempat awam kerana koronavirus 2019 (Covid-19) di negara ini masih terkawal, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata tiada keperluan mende-sak untuk berbuat demikian tetapi Kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangan jang-kitan itu.

“Kita belum sampai ke tahap batalkan sebarang program keramaian. Berdasarkan situasi semasa, keadaan adalah terka-wal.

“Malah ada pesakit yang di-jangkiti koronavirus sudah pu-lih sepenuhnya. Alhamdulillah ia perkembangan baik,” kata- nya selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di pejabatnya di sini pada 6 Feb-ruari lalu.

Sebelum ini, Johor menang-guh semua program perhim-punan awam berskala besar sepanjang bulan ini bagi menge-lak risiko penularan Covid-19.

Setakat 12 Februari, seramai 18 orang di Malaysia dijangkiti, sementara kematian di China meningkat kepada 1,017 orang.

Virus terkawal: Program skala besar tetap diteruskan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BATU CAVES - Kerajaan Negeri me- nyalurkan RM315,000 kepada lebih 30 kuil di seluruh Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan penganut Hindu.

“Sejak 2008, lebih 500 rumah ibadat bukan Islam (kuil) dibantu bagi kerja menaik taraf, membaik pulih binaan dan melaksanakan aktiviti keaga- maan.

“Malah, banyak tapak tanah kuil su-dah diwarta dan diselesaikan dalam kadar segera bagi memberi laluan upacara keagamaan diadakan dengan lebih mudah,” katanya pada sambutan Thaipusam peringkat negeri di Kuil Sri Subramaniar di sini pada 7 Februari lalu.

Terdahulu, lautan penganut Hindu berarak memasuki kuil di Batu Caves

sejak 5 petang, malah ada yang turut mendaki 272 anak tangga ke rumah ibadat itu.

Turut hadir, EXCO Pemberdayaan,

V Ganabatirau; Pegawai Daerah Gom-bak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, G Gu-narajah.

Lebih 30 kuil terimaRM315,000

Bantu baik pulih binaan

Kita belum sampai ke tahap batalkan sebarang program keramaian. Berdasarkan situasi semasa. Malah ada pesakit yang dijangkiti koronavirus sudah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah ia perkembangan baikAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

GUANGZHOU - Pasukan perubatan China menjangkakan penularan ko-ronavirus 2019 (Covid-19) memuncak bulan ini sebelum berakhir April.

Pakar epidemik, Zhong Nashan ya-kin penularan wabak tersebut sedang menurun susulan pengurangan kes baharu di Guangdong dan Zhejiang, lapor Reuters.

“Kita tidak tahu mengapa virus ini

sangat mudah berjangkit, justeru telah menjadi masalah besar kepada kami.

“Namun kerajaan berjaya tangani malah keputusan mengisytiharkan perintah berkurung dan penutupan rangkaian wilayah perlu dipuji,” kata Nashan yang berjaya menangani Sin-drom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

Jelasnya, krisis SARS sukar dika-

wal berikutan keengganan kerajaan memaparkan maklumat terkini ber-hubung wabak terbabit.

Bagaimanapun, beliau berkata me-nerusi kepincangan itu, Beijing kali ini mengamalkan dasar lebih telus dan menjalin kerjasama baik dengan Per-tubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), se-kali gus mampu menangani penularan Covid-19.

Covid-19 diramal berakhir April ini

Amirudin menyerahkan replika cek kepada pihak pengurusan kuil ketika sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar pada 7 Februari lalu

Utama5SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

iGems kukuhkan keluarga muda

Tangani isu cerai pasangan Islam

Mohd Khairuddin menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN berjumlah RM300 kepada pasangan belia pada pelancaran iGems anjuran Yawas pada 8 Febuari lalu

SUNGAI BULOH - Lesen motosikal percu-ma menerusi program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) hanya diberi kepada mereka yang berminat menceburi bidang e-pang-gilan (e-hailing), kata Mohd Khairuddin Othman.

EXCO pembangunan generasi muda berkata belia yang mendapat lesen itu berpeluang menjadi pemandu Grab atau menyertai syarikat penghantar makanan.

“Menerusi pengumuman Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Be-lanjawan Selangor 2020, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi program RiDE.

“Golongan belia harus rebut peluang ini,” katanya selepas Pelancaran Insentif Generasi Muda Selangor di Kelab Rahman Putra di sini pada 8 Februari lalu.

RiDE bantu belia sertai e-panggilan

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menya- sarkan sejuta pengguna aplikasi Smart Se-langor Parking (SSP) pada tahun ini, kata EXCO kerajaan tempatan dan pengangku-tan awam.

Ng Sze Han berkata orang ramai perlu memanfaatkan aplikasi tersebut berban- ding kaedah menggunakan kupon atau wang syiling bagi membayar parkir.

“Kita turut menawarkan kredit tambahan percuma bagi menggalakkan masyarakat menggunakannya.

“Jika menambah nilai RM100 mereka diberi kredit RM3 manakala RM1 bagi tam-bah nilai RM50,” katanya pada 8 Februari lalu.

Diperkenalkan pada Julai 2018, SSP menjadi aplikasi parkir nombor satu nega-ra dengan 10 daripada 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor menggunakannya.

Parkir pintar sasar sejuta pengguna

OLEH SHEEDA FATHIL

SUNGAI BULOH - Program pembinaan keluarga Insentif Generasi Muda Se-langor (iGems) mampu mengukuhkan institusi itu, sekali gus mengurangkan kes perceraian dalam kalangan pa- sangan muda.

EXCO pembangunan generasi muda berkata peserta akan didedahkan kepa-da kursus keibubapaan, kewangan dan cara menangani tekanan.

Mohd Khairuddin Othman yakin pro-gram itu membantu mengurangkan

perceraian pasangan Islam di negeri ini berjumlah 12,203 kes pada 2017, ter- tinggi dalam tempoh beberapa tahun.

“Pasangan juga diberi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional ber-nilai RM300,” katanya selepas pelanca- ran iGems di Kelab Rahman Putra di sini pada 8 Februari lalu.

Beliau berkata lebih 1,000 pasangan belia mendaftar dengan iGems yang sebelum ini dikenali sebagai Insentif Perkahwinan Belia pada 2017 sebelum program itu disusun semula.

iGems dilaksana Yayasan Warisan

Anak Selangor dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara atas talian dengan melayari laman sesawang igems.yawas.my/admin/online. Pendaftarannya mula dibuka pada November lalu.

Antara syarat adalah berkahwin dalam tempoh enam bulan, perkah-winan pertama kali, berusia 40 tahun ke bawah ketika memohon, lahir atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun dan kad pengenalan beralamat Selangor.

KUALA SELANGOR - Proses pena- naman padi yang betul tanpa memi-lih jalan pintas mampu menjana ke-untungan lumayan jika dipraktikkan petani masa kini, kata EXCO perta-nian.

Ir Izham Hashim berkata sokon-gan teknologi moden seperti dron mampu menarik lebih ramai pihak menceburi pertanian, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.

“Kita yak in k alau merek a (petani) melakukan tanaman den-gan betul, mereka akan peroleh hasil yang baik, namun kita dapa-ti banyak memilih jalan pintas yang menyebabkan produktiviti menurun,” katanya di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, di sini pada

11 Februari lalu.Bercakap selepas Majlis Gradua-

si Sekolah Ladang Petani (FFS) bagi tanaman padi di kawasan pemba- ngunan pertanian bersepadu Barat Laut Selangor, beliau berkata ba-nyak petani beralih kepada tana-man lain akibat kekurangan hasil.

FFS yang dianjurkan sejak 2016 melahirkan 110 petani kontak me- ngadakan pengajian pada musim kedua tanaman bermula Julai hing-ga Disember setiap tahun.

Berkonsepkan pembelajaran ber-kumpulan meliputi latihan secara amali dengan menjadikan sawah sebagai tempat belajar, peserta ter-diri daripada petani sekitar Kuala Se-langor serta Sabak Bernam.

Kaedah pertanian betul beri pulangan lumayanSHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia memberikan panduan serta khidmat nasihat kepada pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) susulan timbul isu mengenai bumbung rosak di Stadium Shah Alam yang dikatakan mengancam kese-lamatan penonton.

Timbalan Menteri KBS, Steven Sim Chee Keong berkata pihaknya turut terbuka untuk berkongsi perkara itu kepada mana-mana pengelola stadium kerajaan.

Ketika saingan Kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2020 bulan lalu, keadaan Stadium Shah Alam mendapat perhatian pelbagai pihak terutamanya berkaitan bum-bung bocor, termasuk serpihan bumbung stadium jatuh di kawasan tempat duduk penonton. – BERNAMA

KBS sedia bantu Stadium Shah Alam

6Utama

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

SHAH ALAM - Ekspo Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHX) 2020 di Jakarta, Indonesia menjadi landasan terbaik meningkatkan penjenamaan Selangor sebagai destinasi kesihatan unggul di rantau Asia Tenggara, kata pe- ngurus besar Tourism Selangor.

Azrul Shah Mohamad berkata jaringan perhubungan dua hala yang efisien, faktor kebudayaan dan kadar tukaran mata wang antara sebab negara itu berpo-tensi untuk Selangor kembang-kan pasaran pelancongan kesi-hatan.

“Pelancong dari negara jiran itu memilih Selangor atas faktor pelancongan kesihatan di sini terletak di tangga teratas dan daerah Petaling menjadi tum-puan buat mereka,” katanya.

Daripada 142,000 pelan-cong Indonesia antara Januari hingga September tahun lalu, Azrul Shah berkata pesakit yang mendapatkan rawatan di Selangor meningkat daripa-da 135,000 pada 2015 kepada

Pelancongan kesihatan: Selangor jadi pilihan

SHAH ALAM - Tourism Sela- ngor membangunkan aplika-si JomSave bagi membolehkan pengguna memilih produk dan pakej percutian dengan mudah dan mesra, kata pengurus be-sarnya.

Azrul Shah Mohamad berka-ta aplikasi dengan kerjasama JS E-Comm bertujuan menarik lebih pengunjung sempena Tahun Me- lawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Selangor 2021.

“Aplikasi percuma ini mem-bolehkan pelancong mengak-

ses tawaran hebat, sekali gus menikmati ganjaran menarik, menebus baucar tunai pelbagai produk dan perkhidmatan se- perti hotel, hiburan, restoran ser-ta pusat beli belah,” katanya.

Beliau berkata pengusaha industri pelancongan digalak mengambil bahagian untuk me-lihat potensi peningkatan jumlah pelanggan ke premis mereka.

Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pelancong tahun ini berbanding 7.7 juta ta-hun lalu.

JomSave tawar pakej percutian hebat

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah pada 4 Februari lalu bagi menjadi organisa-si berintegriti tinggi, kata ketua komunikasi korporatnya.

Abdul Halem Mat Som berkata komitmen dizahirkan menerusi dasar kerja berpasukan, keikhlasan, profesionalisme dan perkhid-matan terbaik.

“Polisi tiada hadiah dan pemberi mak-lumat, pengisytiharan konflik kepentingan, perjanjian integriti perolehan dan garis pan-duan bukan pakatan adalah langkah awal dipraktikkan,” katanya dalam kenyataan.

Lafaz di hadapan Pengarah Bahagian Pendidikan Komuniti, Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia Razim Mohd Noor di ibu pejabat Air Selangor turut disertai pengurusan kanan Air Selangor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berka-ta pihaknya bertanggungjawab mematuhi ikrar untuk mengelak daripada menerima atau memberi sebarang jenis rasuah.

Beliau berkata siri jelajah antirasuah dalam kalangan warga kerja juga akan di-adakan selama tiga bulan bermula Febru-ari ini.

Air Selangor ikrar bebas rasuah

Suhaimi bersama 16 ketua jabatan Air Selangor menunjukkan plak Ikrar Bebas Rasuah yang ditandatangani pada 4 Februari lalu

OLEH AFIX REDZUAN KUALA SELANGOR - Sekolah Ladang Petani (FFS) yang diper- kenalkan sejak 2016 berjaya me- ningkatkan hasil tanaman dan melahirkan 110 pesawah kontak.

Berkonsepkan pembelajaran berkumpulan meliputi latihan amali di sawah, program disertai petani dari Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Mohamad Shahmi Farhan Ridzuwan, 27, berkata tempoh pembelajaran enam bulan pada musim kedua tanaman (Julai hingga Disember) memudahkan-nya memahami selok-belok per-tanian dengan sistematik.

“FSS banyak mengajar saya mengenai pertanian lengkap se- perti dalam buku teks antaranya pembajaan sistematik, penggu-naan teknologi moden, kawalan makhluk perosak dan penyediaan tanah berbanding belajar de- ngan orang lama tetapi (informa-si) tidak terperinci,” katanya.

Katanya, kehidupan di kam-pung yang lebih tenang mendo- rongnya untuk lebih berdisiplin meningkatkan hasil kepada sem-bilan tan sejak memulakannya tiga tahun lalu.

“Selepas habis latihan, saya ambil keputusan untuk mengu-sahakan sawah. Dahulu hasil padi sekitar enam tan tetapi sekarang

meningkat kepada sembilan tan.“Menerusi pembelajaran ini,

saya dapat meningkatkan pen- getahuan daripada aspek pengu-rusan bagi meningkatkan hasil,” katanya yang baharu dilantik se-bagai ketua blok sawah Sungai Nibong, Sekinchan.

Pesara Sulaiman Yahya, 59, berpendapat lebih ramai ke-tua blok sawah perlu menyer-tai pembelajaran tersebut bagi membantu mereka meningkat-kan hasil.

Dia yang menceburi pertani-an tiga tahun lalu menyokong penuh inisiatif agensi pertanian meningkatkan hasil pesawah ke tahap lebih baik.

Tingkat hasil tani Sekolah Ladang Petani bimbing pesawah

Ir Izham menyerahkan sijil kepada peserta pada Majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani di Dewan Dato’ Penggawa Permatang pada 11 Februari lalu

240,000 pada 2018.“Ini menunjukkan peningka-

tan purata hampir 13 peratus pada setiap tahun untuk tem-poh tersebut. Justeru usaha promosi pelancongan kesihatan mampu mencatatkan pertum-buhan tiga hingga lima peratus pada tahun ini,” katanya.

Pelancong dari negara jiran itu memilih Selangor atas faktor pelancongan kesihatan di sini terletak di tangga teratas dan daerah Petaling menjadi tumpuan buat merekaAZRUL SHAH MOHAMADPengurus besar Tourism Selangor

Ekonomi7SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Gedung beli-belah Malakat Mall yang bakal beroperasi di Cyberjaya Mac ini menyasarkan pen-dapatan RM300 juta bagi tahun pertama operasinya.

Bagi merealisasikan sasaran itu, ge-dung milik Malakat Mall Sdn Bhd setinggi tiga tingkat dengan 48 lot runcit, meme-terai tiga lagi kerjasama strategik mem-babitkan lima syarikat bumiputera yang menawarkan pelbagai produk di premis tersebut pada 5 Februari lalu.

Syarikat terbabit adalah gedung pa-kaian dan peralatan sukan Tahan Sports; Sportsrevo iaitu jenama sukan tempatan milik bekas kapten pasukan bola sepak Harimau Malaya Safiq Rahim; pengelu-ar produk penyokong sukan bola sepak Capo Apparel, salun dan pusat kecanti-kan Wanita Tun Teja serta pengeluar pro-duk kecantikan tradisional Safah Herbs.

Berteraskan konsep gedung beli-be-lah serba lengkap, Malakat Mall turut dilengkapi pasar raya Raudhah Grocer yang merupakan penyewa utamanya, selain pusat makanan halal bagi kemu-dahan pengunjungnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Fadzil Hashim berkata pihaknya ya-kin gedung beli-belah itu akan dapat mewujudkan komponen pasaran dalam ekosistem ekonomi bumiputera baharu melalui promosi perniagaan golongan

itu yang berkualiti tinggi.“Malakat Mall juga menyediakan

perkhidmatan jualan pukal dan berpu-sat untuk jenama usahawan tempatan dan seterusnya dapat mengurangkan kos operasi mereka,” katanya dalam ke-nyataan.

Mohd Fadzil berkata bahawa daripada perbelanjaan runcit RM100 bilion nega-

ra, hanya lapan peratus disalurkan kepa-da bumiputera manakala 60 peratus ke entiti asing.

“Malakat Mall akan merebut se-kurang-kurangnya 30 peratus perbelan-jaan runcit negara dan menyalurkannya kepada perniagaan serta pengguna tem-patan serta bumiputera,” katanya. – BER-NAMA

Malakat Mall pasaran baharu ekonomi bumiputera

Safiq Rahim (tiga, kanan) bertukar dokumen memorandum pesefahaman (MoU) bersama wakil Tahan Sport Mohd Fuad Rahim (empat, kiri) pada 5 Feb-ruari lalu

PUTRAJAYA - Malaysia tidak berdepan se-barang risiko untuk mengalami kemelesetan walaupun kerajaan berhasrat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi, kata menteri ke-wangan.

Lim Guan Eng berkata pakej yang di- umumkan susulan penularan koronavi-rus 2019 untuk memastikan pertumbuhan ekonomi adalah mampan.

Tanpa mendedahkan tarikh pengumuman pakej tersebut, beliau berkata satu mesyua-rat bakal diadakan dengan wakil sektor pa-ling terjejas bagi mengumpulkan maklumat.

Ditanya sama ada pakej rangsangan akan meliputi aspek seperti rebat cukai dan pe- ngurangan kos tenaga, Guan Eng berkata: “Semua ini akan diambil kira dan dipertim-bangkan,” – BERNAMA

Malaysia tidak berisiko meleset

KUALA LUMPUR - Jumlah perdagangan Ma-laysia dijangka mencecah RM2 trilion tahun ini, kata timbalan menteri perdagangan an-tarabangsa dan industri.

Dr Ong Kian Ming berkata sasaran itu ada-lah berasaskan kepada jangkaan pemulihan persekitaran ekonomi global serta harga ko-moditi yang bertambah baik.

“Sasaran yang sihat adalah untuk melihat (jumlah perdagangan) mencecah hampir RM2 trilion (sebelum penularan coronavirus) atau peningkatan 2.0 peratus dalam import dan eksport.

“Ia adalah sasaran yang baik untuk di- sasarkan kerana kita tidak dapat mencapai- nya tahun lepas. Mungkin dengan situasi global yang bertambah baik serta peningka-tan harga minyak sawit mentah dan harga minyak, yang memberi manfaat kepada ne-gara pengeksport minyak seperti Malaysia,” katanya selepas mengumumkan prestasi per-dagangan Malaysia bagi 2019, di sini pada 5 Februari lalu. – BERNAMA

Jumlah dagangan dijangka RM2 trilion

TANAH MERAH -Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menyediakan RM105 juta dana kepada usahawan pada ta-hun ini, kata pengerusinya.

Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor berharap usahawan yang meminjam dana dengan agensi itu membayarnya dalam masa ditetapkan agar dapat membantu us-ahawan lain yang memerlukan bantuan mo-dal perniagaan.

“Kita menyasarkan untuk mengutip kira-kira RM205 juta dana yang telah dipinjam-kan,” katanya selepas merasmikan pem-bukaan premis Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Tanah Merah 8 Februari lalu. – BERNAMA

Tekun sedia dana RM105 juta

KOTA KINABALU - Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 14-17 Oktober depan disasar men-jana transaksi RM300 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Se- langor, Datuk Hasan Azhari Idris berkata SBS 2020 yang berlangsung empat hari membabitkan penyertaan lebih 800 pempamer dijangka menerima 40,000 pengunjung.

Beliau berkata empat acara utama SIBS 2020 adalah Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE), Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SCDE), Persidangan Perniagaan Sela- ngor-Asean serta Ekspo R&D dan Inovasi Selangor (R&D).

“Acara sampingan lain termasuk Pa-meran Kopi & Teh Antarabangsa Malay-sia (MICT), Persidangan Halal Antara-

bangsa Selangor dan Festival Kulinari Selangor,” katanya.

Acara SIBS 2019 anjuran Invest Sela- ngor meraih transaksi RM247.3 juta.

Hasan berkata SIBS 2020 turut mem-beri peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana meneroka pasaran baha-ru rantau itu yang ada kira-kira 600 juta penduduk.

Penganjur turut menyasarkan untuk membawa kira-kira 300 pembeli antara-bangsa yang boleh mendapatkan beka-lan produk mereka daripada peserta pa-meran.

“Seramai 141 pembeli antarabangsa dari 30 negara hadir pada acara ini tahun lepas dan kita menyasarkan jumlah lebih tinggi pada tahun ini,” katanya.

SIBS 2020 boleh diperolehi di www.selangorsummit.com atau laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram me- nerusi #selangorsummit. – BERNAMA

Sasar urus niaga RM300 juta

Sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor

Seramai 141 pembeli antarabangsa dari 30 negara hadir pada acara ini tahun lepas dan kita menyasarkan jumlah lebih tinggi pada tahun iniHASAN AZHARI IDRISKetua pegawai eksekutif Invest Selangor

8Nasional

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbang melancarkan pakej rangsangan ekonomi untuk men-ingkatkan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi akibat daripada penularan pantas koronavirus 2019 (Covid-19), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata industri pelan-congan merupakan sektor yang paling terjejas akibat daripada pe-nularan virus itu kerana ia mem-punyai kesan langsung terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli masih mengadakan perbincangan de- ngan setiap negeri bagi melak-sanakan kajian semula tarif air.

Menterinya Datuk Dr A Xavier Jayakumar berkata perbincangan berhubung perkara itu telah ber-langsung sejak 15 hingga 20 ta-hun lalu, namun tiada keputusan muktamad.

“Kajian semula tarif air bukan sesuatu yang baharu, ” katanya.

Dr Xavier berkata terdapat

Ekoran penularan wabak Covid-19

Lancar pakej rangsang ekonomi

Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) beramah mesra dengan para delegasi selepas Sesi Dialog bersa-ma syarikat Perancis anjuran CCI France Malaysia di Cyberjaya pada 10 Februari lalu - Foto BERNAMA

2020.Justeru itu, katanya, kerajaan

telah merangka rancangan untuk mengurangkan impak Covid-19 ke atas ekonomi.

“Sewaktu kita mengumumkan kempen tersebut, kita tidak men-jangkakan penularan Covid-19 ini. Tetapi sekarang kita perlu menghentikan penerbangan ke beberapa kawasan di China,” katanya semasa sesi soal jawab bersama syarikat multinasional Perancis, di sini pada 10 Februari lalu.

Masih bincang tarif airnegeri mempunyai masalah dari segi bekalan air perindustrian dan tanpa campur tangan kera-jaan Persekutuan, kawasan ter-libat masih mengalami masalah tekanan air.

Sementara itu, beliau yang menganggap air sebagai isu hak asasi manusia berkata penyer-taan sektor swasta diperlukan untuk pembangunan industri air negara.

Oleh itu, katanya pindaan ke-pada Akta Industri Perkhidmatan

Air 2006 (Wasia) akan menyelaras prosedur dan peraturan dalam pelaksanaannya.

Cadangan pelaksanaan meka-nisme itu melibatkan kenaikan sebanyak 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter, cukup rendah berbanding bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan tele-komunikasi.

Purata kadar tarif air semasa adalah RM1.38 setiap 1,000 liter berbanding kos sebenar RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. – BERNAMA

Dr Mahathir berkata pelan-cong China menyumbang ba-hagian yang besar daripada pasaran pelancong oleh itu ke- seluruhan industri akan berde-pan dengan impak ekoran keti-adaan mereka akibat penularan virus tersebut.

Dilaporkan bahawa syari-kat penerbangan seluruh dunia termasuk Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan banyak penerbangan ke dan dari China di tengah-tengah kebimbangan terhadap Covid-19. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Proses memperkasakan pendigitalan adalah salah satu pendekatan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi nega-ra kekal mampan, kata menteri kewangan.

Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang memberi tumpuan kepa-da proses pendigitalan kerana ia adalah teknologi masa hadapan yang bukan sahaja harus dikuasai tetapi juga sesuatu yang perlu menjadi sebahagian daripada kehidupan harian supaya mampu se- rasi dengan perkembangan terkini dunia.

Menurut Guan Eng, dalam aspek ini, kementerian mengumum-kan program e-Tunai Rakyat dalam Belanjawan 2020 untuk meng-galakkan pembayaran digital secara lebih meluas dalam kalangan rakyat dengan peruntukan RM450 juta.

“Setakat ini kita telah lihat sambutan yang menggalakkan iaitu sebanyak 6 juta permohonan diluluskan (setakat 8 Februari) yang melibatkan perbelanjaan RM180 juta telah digunakan oleh peneri-ma untuk beli-belah,” katanya dalam kenyataan.

Guan Eng berkata walaupun kerajaan mengumumkan RM30 se-tiap orang, tetapi dengan tambahan dan tawaran tambah nilai oleh syarikat pengendali swasta, sebenarnya penerima e-Tunai menda- pat sekurang-kurangnya RM60 untuk membeli-belah. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal melaksan-akan sistem biometrik pada semua dokumen pengenalan diri ter-masuk sijil perkahwinan bagi menentukan pemilik sebenar sekali gus meningkatkan ciri keselamatan dokumen berkenaan.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata antara dokumen pengenalan diri terbabit ialah sijil war-ganegara, kelahiran dan sijil pengangkatan yang kini tidak mem-punyai elemen biometrik, gambar atau cap jari untuk menentukan pemilik sebenar.

Menurutnya, elemen biometrik seperti Bank Data Deoxyribonu-cleic Acid (DNA) akan diwujudkan dalam dokumen berkenaan bagi memudahkan pegawai JPN menjalankan siasatan apabila berlaku- nya kekeliruan atau mengesyaki dokumen itu disalahgunakan.

“Elemen biometrik ini penting…buat masa ini identiti penduduk rakyat bergantung pada cap jari dan kami akan menambah baik ciri keselamatan sedia ada termasuk mewujudkan farecpengenalan wa-jahm” katanya dalam temu bual khas di pejabat JPN baru-baru ini. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai eksport durian Musang King ke China ta-hun ini sebanyak RM50 juta walaupun wujud kebimbangan ia terje-jas berikutan penularan koronavirus 2019 (Covid-19) di negara itu.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata nilai eksport durian itu pada tahun lalu RM30 juta dan berharap Covid-19 di republik itu akan berakhir tidak lama lagi.

“Kita popular dengan durian Musang King yang dieksport. (Pada masa ini) berlaku Covid-19, dan ia bukan pada musim Musang King (berbuah). Oleh itu, ia tidak memberi kesan (kepada eksport ke Chi-na).

“Saya yakin dan percaya peningkatan permintaan terhadap Mu-sang King adalah luar biasa dan harga di sana juga amat menarik jika dibandingkan di sini antara RM40 dan RM90 sekilogram. Di sana, ia boleh dijual antara RM200 dan RM400 sekilogram,” katanya selepas melancarkan My Best Buy FAMA @ Le Tour De Langkawi di sini pada 9 Februari lalu. – BERNAMA

Tumpu teknologi pendigitalan masa depan

Sistem biometrik dalam dokumen diri

Eksport Musang King capai RM50 juta

Nasional9SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ber-kata Malaysia tidak akan mem-bina loji tenaga nuklear sehing-ga terdapat cara selamat untuk melupuskan sisa radioaktif yang dijana.

Beliau menegaskan Malaysia tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang itu.

“Jika anda ada loji tenaga nuk-lear, anda akan mengumpul sisa nuklear yang merupakan radioak-tif dan sehingga kini mereka tidak tahu bagaimana untuk terbalik-kan proses itu. Sebab itu kenapa kita tidak boleh guna bahan nuk-lear kerana ia akan kekal selama berjuta-juta tahun.

Belum sedia bina loji nuklear“Kita tidak mahu negara ini

penuh dengan sisa seperti itu yang dibuang di serata tempat dan menjejaskan rakyat,” katan-ya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan ko-muniti perniagaan Perancis di Malaysia, di sini pada 10 Febru-ari lalu.

Dr Mahathir pada dialog itu ditanya berhubung visi Malay-sia mengenai sumber tenaga boleh diperbaharui, selepas ikrar dibuat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Pe-rubahan Iklim Yeo Bee Yin baha-wa Malaysia akan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diper-baharui kepada 20 peratus men-jelang 2025.

Menegaskan perlunya sumber tenaga boleh diperbaharui yang tidak menyebabkan pencema-ran, Dr Mahathir berkata Malaysia sedang berusaha mengurangkan penggunaan sumber tenaga tra-disional seperti minyak, gas dan arang batu untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.

“Kita sedang berusaha untuk menjana lebih banyak kuasa me-nerusi panel solar. Juga terdapat kemungkinan untuk kita mengek-sport tenaga bersih kepada jiran-jiran kita.

“Kita ada banyak ruang, malah kita boleh gunakan laut untuk memasang lebih banyak panel (solar), jadi trendnya adalah ke- arah itu,” katanya. – BERNAMA

Lambakan sisa plastik yang dibawa masuk ke Malaysia mencemarkan alam sekitar

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan belum memutuskan un-tuk melancarkan semula pencarian MH370 kerana tiada bukti baha-ru berhubungnya.

Kementerian itu memaklumkan akan mengkaji sebarang bentuk bukti baharu yang diterima secara rasmi.

“Sebagai tambahan, kementerian juga perlu merujuk kepada Chi-na dan Australia, jika sebarang keputusan dibuat bagi melancarkan semula pencarian itu,” katanya dalam kenyataan pada 10 Februari lalu.

Penerbangan MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 pe-numpang.

Satu laporan berita mengenai gerakan pencarian semula dilapor-kan pada 8 Februari menyatakan pencarian kapal terbang MH370 mungkin dimulakan semula dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Laporan itu menyebut, keluarga mangsa dan kerajaan Malaysia kini sedang melihat kemungkinan menghantar pasukan pencarian dasar laut ‘Ocean Infinity’, untuk satu misi baharu bagi mencari kapal terbang yang hilang. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Ambank Research menjangkakan pasaran bu-ruh terus mencabar pada tahun ini, selepas disokong oleh prospek ekonomi yang agak sederhana walaupun kadar pengangguran pada tahun lalu disimpulkan pada kadar sihat sebanyak 3.3 peratus.

Kadar pengangguran dijangka naik antara 3.4 – 3.6 peratus pada tahun ini. Firma penyelidikan itu dalam satu nota makluman berkata pasaran buruh kekal sihat dengan kadar pengangguran Disember berada pada 3.3 peratus, tinggi sedikit berbanding 3.2 peratus yang dicatatkan semasa November.

“Kenaikan ini adalah disebabkan oleh penurunan dalam aktivi-ti penciptaan pekerjaan, ia susut kepada 29,000 daripada 49,400 pada November dan kenaikan dalam pengambilan pekerja seban-yak 3,100 berbanding hanya 1,800 orang pada November.

“Tetapi kadar penyertaan tenaga buruh meningkat 68.9 peratus pada Disember, yang tertinggi sejak Oktober 2013, daripada 68.8 peratus yang dicatatkan pada November,” katanya. – BERNAMA

MH370: Belum putuskan aktif semula pencarian

Pasaran buruh mencabar tahun ini

PUTRAJAYA - Penerima yang layak mendapatkan Skim Perlindun-gan Kesihatan Nasional, mySalam yang didapati dijangkiti korona-virus 2019 (Covid-19) layak menuntut bayaran gantian hilang pen-dapatan bernilai RM50 sehari, sehingga 14 hari.

Seorang pegawai Kementerian Kewangan berkata demikian semasa menjawab soalan media sama ada skim itu meliputi mereka yang dijangkiti wabak berkenaan, ketika ditemui pada Majlis Pelan-caran Skim mySalam lanjutan di sini pada 11 Februari lalu.

Pegawai itu turut mengatakan sekiranya pesakit dimasukkan ke wad akibat komplikasi Covid-19, mereka malah boleh membuat tun-tutan bagi penyakit kritikal yang melibatkan pembayaran “one off” berjumlah RM8,000.

Sementara itu, skim mySalam lanjutan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu meliputi sembilan lagi penyakit kritikal termasuk polio, menjadikan jumlah keseluruhan 45.

Skim lanjutan turut melibatkan peningkatan had umur kepada 65 daripada 55 sebelum ini, penerima Bantuan Sara Hidup bujang dan orang kurang upaya dan kini termasuk kumpulan M40 dengan pendapatan kasar tahunan RM100,000 ke bawah. – BERNAMA

Ahli mySalam positif Covid-19 layak tuntut

KUALA LUMPUR - Menteri Tena-ga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin mengulangi pendi-rian kerajaan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat pem-buangan sisa plastik dunia.

“Itu adalah pendirian kami, kami tidak mahu sisa plastik dan sisa plastik yang tercemar diba-wa masuk secara haram ke ne-gara ini,” katanya sebagai respon dakwaan kumpulan perlindun-gan alam sekitar terkemuka di dunia, Greenpeace bahawa Itali mengeksport sisa plastik berba-haya ke Malaysia.

Beliau berkata demikian pada

Hantar semula sisa plastik

Malaysia bukan ‘tong sampah’

sidang akhbar selepas melancar-kan Inisiatif MESTECC 2020 pada 11 Februari lalu iaitu 130 inisiatif kementerian di bawah lima sektor bagi meningkatkan pencapaian kementerian.

Berdasarkan siasatan Green-peace, bagi sembilan bulan per-tama 2019, kira-kira 2,880 tan sisa plastik dieksport ke Malaysia dan hampir separuh diterima syarikat beroperasi secara haram.

Yeo berkata walaupun beliau tidak pasti jumlah sisa plastik ha- ram dari Itali ke Malaysia, beliau berkata Itali bukan pengeksport terbesar sisa plastik itu ke nega-ra ini.

“Pengeksport terbesar bu-kan Itali tetapi United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun,” katanya.

Yeo, sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia menghantar semula 110 kontena mengan- dungi sisa plastik dibawa masuk ke negara ini secara haram, ke ne-gara asal menjelang pertengahan tahun ini.

Beliau berkata 60 daripada 110 kontena berkenaan dari Amerika Syarikat, Kanada (15), Jepun (14), United Kingdom (sembilan), Bel-gium (lapan) dan masing-masing satu dari Mexico, Hungary, Peran-cis dan Jamaica. – BERNAMA

10Global

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

KUALA LUMPUR - Sekatan per-jalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wu-han, pusat penularan koronavirus 2019 (Covid-19), kini diperluas-kan kepada Wilayah Zhejiang dan Wilayah Jiangsu berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Is-mail berkata ini berikutan tinda-kan pihak berkuasa di China, ter-masuk pihak berkuasa tempatan yang membuat sekatan pergera-kan keluar dan masuk terhadap Wilayah Zhejiang melibatkan lima bandar dan Wilayah Jiangsu (dua bandar).

“Selaras dengan keputusan pada 27 Januari lalu iaitu sekatan perjalanan akan dikuatkuasakan mengikut wilayah yang dikena-kan sekatan pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China, maka diputuskan sekatan perjala-nan yang sebelum ini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei diperluaskan terhadap dua lagi wilayah berkenaan berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da pemberita ketika ditemui se-lepas menghadiri Majlis Jamuan Muhibbah sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persa- tuan Cina Muslim Malaysia yang diadakan di sebuah pusat mem-beli belah di sini pada 9 Februari lalu. – BERNAMA

PETALING JAYA - Dalam nada kri-tikan pedas terhadap `Perjanjian abad ini’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia hanya meneruskan dominasi pen-dudukan seperti dasar aparteid ke atas rakyat Palestin.

“Malaysia mendapati cadangan itu tidak dapat diterima dan amat tidak adil,” kata Dr Mahathir ketika menyatakan cadangan pelan da-mai itu tidak mendekatkan usaha melahirkan sebuah negara Palestin

Berkuat kuasa serta-merta

Sekatan warga China diperluas

Sebahagian pelancong China menggunakan topeng penutup mulut dan hidung bagi mencegah jangkitan Covid-19 di Lapan-gan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Foto BERNAMA

Dominasi Israel ke atas Palestin seperti dasar aparteid

yang berdaulat.Memburukkan lagi keadaan ka-

tanya, ia menyerahkan bandar suci Jerusalem dengan mudah kepada pihak Israel, tanpa mempedulikan perasaan jutaan umat Islam dan Kristian di seluruh dunia.

“Perkara ini hanya membawa lebih banyak konflik di rantau ini, dan kemarahan berbilion masya- rakat di seluruh dunia,” katanya ke-tika merasmikan Persidangan Ke- tiga Liga Parlimen Al-Quds di sini

pada 8 Februari lalu.Dr Mahathir berkata, ia satu ta-

waran berat sebelah yang dipelo- pori oleh Amerika Syarikat dan Is-rael tanpa konsultasi dengan Pa- lestin dan menolak usaha untuk membawa keamanan ke Palestin

“Pelan keamanan ini hanya mengiktiraf kuasa besar yang me- lakukan pendudukan dan pada masa sama mengetepikan hak mereka yang ditindas,” kata Perda-na Menteri. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedu- nia (WHO) memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia mengurus dan membendung penularan jangkitan koronavirus 2019 (Covid-19).

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru ber-kata kerajaan negara ini cemerlang melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.

“Kami (WHO dan orang ramai) boleh melihat semua maklumat, dan maklumat itu dikeluarkan dengan pantas di media sosial serta laman sesawang Kementerian Kesihatan, jadi saya rasa mereka telah melakukannya dengan baik sekali.

“WHO juga sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat (de- ngan pihak berkuasa Malaysia), seperti garis panduan terkini… mereka meminta (garis panduan dalam menangani koronavirus) dan menggunakannya. (Secara keseluruhan) mereka begitu berse-dia, berani dan rajin,” katanya. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Ma-laysia sentiasa bekerjasama erat dengan negara anggota Asean lain dalam berkongsi data dan maklumat mengenai koronavirus 2019 (Covid-19).

Timbalan Perdana Menteri itu berkata maklumat diperoleh nega-ra sentiasa dikongsi dengan kesemua negara blok berkenaan, antara lain melalui persidangan video.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata data diperoleh negara juga dikongsi dengan Pertu-buhan Kesihatan Dunia (WHO).

“Virus ini novel, kita tak tahu secara terperinci bagaimana dia malah apa semua itu, jadi kalau kita ada perkongsian ilmu dan data ini akan banyak membantu,” katanya kepada pemberita se-lepas merasmikan Taska Parlimen Malaysia di sini, pada 7 Februari lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Thai-land memberi kerjasama kepada Indonesia dan negara anggota Ase-an lain bagi membendung penularan virus berkenaan sepertimana diciap Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha dalam akaun twitter rasminya. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan belum berhasrat menyekat kemasukan kapal persiaran yang berlabuh di negara ini berikutan penularan koronavirus 2019 (Covid-19).

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata keputusan sekatan itu hanya dibuat selepas mendapat saranan daripada Kementerian Kesihatan berdasarkan bukti tertentu.

“Kita hanya sekat kepada warganegara China dari wilayah Hubei atau pun mana-mana wilayah yang diisytiharkan oleh China sebagai sekatan pergerakan keluar masuk (lock down).’

“Kalau ada mana-mana wilayah yang diisytiharkan ada curfew atau lockdown oleh kerajaan China, maka kita akan menyekat ke-masukan warganegara China daripada wilayah tersebut,” katanya selepas merasmikan Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tetap mengambil semua langkah pencegahan termasuk memeriksa suhu badan dan tahap kesihatan pelancong di pintu masuk negara. -BERNAMA

WHO puji Malaysia tangani Covid-19

Malaysia kongsi maklumat virus dengan Asean

Belum cadang sekat kapal persiaran

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

Kerajaan Negeri amat memandang serius isu permasalahan dadah dan pelencongan sosial di Selangor. Selaku menteri

besar dan juga pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) negeri, saya berharap isu ini tidak terus merebak dalam kalangan rakyat. Diharap juga ia dapat ditangani secara bersepadu oleh semua agensi berdasarkan Dasar Dadah Negara dan perlu dibantu NGO serta pemimpin setempat.

Bagi merealisasikan Selangor Sejahtera Tanpa Dadah, kita perlu menggerakkan Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Dadah Negara pada peringkat daerah. Saya sangat berharap semua pengerusi MTMD peringkat daerah dapat mengambil serius peranan masing-masing dengan melaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Mesyuarat MTMD daerah sepatutnya digunakan sebagai ruang untuk melihat, membincangkan permasalahan dadah dan mengatur strategi mengatasi permasalahan yang dihadapi. Satu jawatankuasa kerja, yang diterajui AADK Selangor, perlu ditubuhkan bagi mengukuhkan lagi tindakan pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat MTMD sama ada pada peringkat

salah guna dadahBersepadu basmi

daerah mahupun negeri.Kolaboratif dan tindakan bersepadu

adalah kata kunci kepada kejayaan tindakan gerakan membasmi isu penyalahgunaan dadah dan isu pelencongan sosial yang menjadi punca kepada penyalahgunaan dadah.

Saya ingin mengambil contoh bagaimana isu ‘port’ bagan yang telah beroperasi hampir 15 tahun dapat dilumpuhkan melalui tindakan bersepadu 10 agensi dan rakan strategik yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Asalnya, Taman Medan sahaja yang dipilih sebagai Projek Rintis AADK . Alhamdulillah, cadangan saya untuk turut memasukkan Gugusan Felda Hulu Selangor serta kawasan nelayan Sabak Bernam diterima dalam mesyuarat.

Hasilnya, Projek Rintis AADK di Sabak Bernam berjaya mencapai objektifnya. Tindakan bersepadu ini berjaya kita susun hanya dalam masa setahun setelah disepakati hasil mesyuarat MTMD tahun lalu.

Tahniah dan syabas kepada Pegawai Daerah Sabak Bernam merangkap pengerusi MTMD dan Pemadam daerah Sabak Bernam atas usaha proaktif yang telah diambil bersama jabatan-jabatan yang

berkaitan. Saya berharap ia menjadi contoh kepada daerah lain dalam mengambil tindakan bersepadu menangani isu sosial dan keselamatan.

Setinggi penghargaan turut dirakamkan buat Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Selangor, Polis Diraja

Malaysia (Bahagian Narkotik), Majlis Daerah Sabak Bernam, Jabatan Pendidikan Negeri dan semua yang terlibat dalam operasi tersebut.

Pentadbiran ini serius dalam memerangi najis dadah habis-habisan. Bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam mencegah dadah sehingga ke peringkat akar umbi jelas dengan peruntukan RM1 juta yang diberikan pada 2019 dan kita kekalkan jumlah sama tahun ini. Perancangan strategik serta kerjasama antara agensi menjadi kunci dalam menghadapi ancaman dadah secara umumnya, juga dalam mengekang kes berulang dari meningkat.

Suka untuk saya sebutkan di sini peranan Skuad Penerangan Komuniti (Speak) Pemadam Negeri Selangor. Penubuhan Speak di setiap parlimen dalam Selangor dijangka merancakkan kempen Pendidikan Pencegahan Dadah. Speak ini, yang merupakan salah satu bentuk kesukarelawanan (volunteerism) juga akan bekerjasama erat dengan AADK negeri Selangor. Di sinilah terletaknya kekuatan kerjasama sinergistik sebagai teras utama pembasmian dadah.

Ucapan di mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah di Sabak Bernam pada 7 Februari 2020

KOLABORATIF DAN TINDAKAN

BERSEPADU ADALAH KATA KUNCI KEPADA KEJAYAAN TINDAKAN

GERAKAN MEMBASMI ISU PENYALAHGUNAAN DADAH

DAN ISU PELENCONGAN SOSIAL YANG MENJADI

PUNCA KEPADA PENYALAHGUNAAN

DADAH

Album Klik!13SelangorKini 13 - 19 Februari 202012 SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

KIRIPermainan karom menjadi aktiviti riadah bagi penduduk Flat Ken Rimba, Shah Alam l HAFIZ OTHMAN

KANANMendaki menjadi pilihan peminat sukan lasak pada hujung minggu di Gua Damai, Batu Caves I FIKRI YUSOF

KIRIKakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) membaiki robot yang digunakan bagi kelas asas robotik PPAS Tun Raja Uda,Shah Alam l HAFIZ OTHMAN

KANANPPAS memberi peluang kepada kanak-kanak membaca secara percuma di perpustakaan bergerak di Bandar Tasik Puteri, Rawang I FIKRI YUSOF

KIRIAni Othman memeriksa pokok anggur yang ditanam di kawasan Pangsapuri Sri Meranti, Subang Jaya l REMY ARIFIN

KANANPersembahan Tarian Singa ketika Hari Tanpa Kenderaan MBSA di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam l ASRI SAPFIE

KIRIPengunjung menderma darah sempena perayaan Thaipusam di perkarangan Kuil Sri Subramaniar, Batu Cavesl REMY ARIFIN

KANANPeserta merangkak ala komando ketika melepasi halangan di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Hulu Selangor l ASRI SAPFIE

Menyerahkan barangan keperluan asas kepada penduduk Taman Permai, Banting

ADN MORIBHasnul Baharuddin

Bersama peserta Kursus Motivasi Jati Diri dan Kepimpinan Pengawas di Sungai Leman, SekinchanADN SUNGAI PANJANG

Imran Tamrin

Bersama penerima baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas di Tesco, Kuala Selangor

ADN BUKIT MELAWATIJuwairiya Zulkifli

Menyampaikan sumbangan dalam Pesta Ponggal anjuran Persatuan Peniaga Tengku Kelana, Klang

ADN SENTOSAGunarajah George

Menyerahkan bantuan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali, Hulu Langat

ADN DUSUN TUAEdry Faizal Eddy Yusof

ADN KUANGSallehudin Amiruddin

Menziarahi insan yang kurang bernasib baik di Taman Rahmat Jaya, Rawang

14ADN

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N34N34 BUKIT GASINGBUKIT GASING

nNama: Rajiv a/l Rishyakaran

nUmur: 39 tahun nNegeri kelahiran Selangor nMakanan kegemaran: Pasta aglio olio, ketam nAktiviti masa lapang Meluangkan masa bersama keluarga

nFalsafah hidup Jangan ambil rasuah

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Jurutera projek

n Alamat pejabat ADN: 7A, Jalan 52/8, PJ New Town, 46200 Petaling Jaya

nNombor telefon ADN: 03-7954 7490

nE-mel: [email protected] / [email protected]

nFacebook: rajiv4malaysia

N34 BUKIT GASING

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Seramai 449 war-ga emas dan orang kelainan upaya di Dewan Undangan Ne- geri Pelabuhan Klang menerima baucar Jom Shopping pada 8 Februari lalu.

Ahli Dewan Negeri Azmizam Zaman Huri berkata pemberian itu untuk menghargai golongan berkenaan sempena ulang tahun kelahiran pada Disember dan Ja- nuari.

“Usaha Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari yang menghargai golongan warga emas dan OKU ini sangat dipuji dan dihargai,” katanya pada maj-lis penyerahan baucar itu di Giant Bukit Tinggi, Klang.

Beliau berkata bantuan berk-enaan bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan

449 terima baucar Jom Shopping

Hargai warga emas, OKU rendah dan merupakan inisiatif kerajaan Selangor berkongsi ke-makmuran bersama rakyat.

Terdahulu, Amirudin berka-ta perkara itu bertepatan de- ngan hasrat Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM20 juta se-tahun bagi menghargai warga emas, sekali gus mahu mereka menikmati hasil negeri.

Melalui program Jom Shop-ping itu mereka yang berdaftar akan menerima baucar RM100 bagi membeli barang keperluan asas atau ubat-ubatan.

Azmizam berucap pada pro-gram penyerahan baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas di Giant Bukit Tinggi Klang pada 8 Februari lalu

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri Paya Jaras berhasrat menjadikan nurseri di tapak bekas Pusat Ka-walan Kusta Negara (PKKN), Su- ngai Buloh sebagai destinasi tum-puan pelancong.

Mohd Khairuddin Othman bercadang menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan di lokasi berkenaan.

Dibangunkan pada 1926, pu-sat berkenaan ingin diisytiharkan

sebagai Tapak Warisan Dunia Un-esco, agensi pendidikan Pertubu-han Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya akan cadangkan ker- jasama ini dengan EXCO pe- lancongan dan pertanian. Ba- gaimanapun, buat masa ini i- dea lanjut belum ada kerana kita perlu membuat perancangan se-baik mungkin.

“Kita akan menaik taraf logis-tik termasuk landskap di kawasan

nurseri (di PKKN) dan mengisi ka-wasan terbabit dengan acara bu- nga tahunan,” katanya yang juga EXCO pembangunan generasi muda, sukan dan pembangunan modal insan negeri.

Sungai Buloh selama ini dikena-li sebagai pusat pengagihan ta- naman hiasan dan juga dipenuhi dengan tapak-tapak nurseri yang menjual pelbagai jenis bunga dan anak pokok.

Hasrat jadikan nurseri Pusat Kusta tarikan pelancong

15SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Kontraktor penyelenggaraan Tele-kom Malaysia maut dan dua individu lain cedera dirempuh kereta di Jalan Burmah, George Town.

Empat maut, seorang parah dalam ke-jadian rempuh di parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun, Tawau.

Pekerja kontrak maut dilanggar ketika melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Petaling Jaya.

Pelancong Amerika Syarikat maut, manakala isterinya cedera selepas dirempuh kereta ketika melintas jalan di Jalan Padungan, Kuching.

Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang maut dirempuh kenderaan dipandu wanita warga China di George Town.

Seorang penunggang motosikal maut, manakala dua lagi cedera parah di-rempuh trak pikap di Jalan Kebun, Shah Alam.

4 April 2018

9 Julai 2019

25 Oktober 2019

23 Januari 2020

22 September 2019

8 Julai 2018

...............................................

...............................................

...............................................

...............................................

...............................................

...............................................

kematian, 4,090 mangsa parah dan 15,550 lagi cedera. Aliran penurunan berterusan pada 2016 yang mencatatkan 230 kematian, 1,250 parah dan 7,550 lagi cedera.

Mulai 1981, ujian pernafasan untuk menentukan kandungan alkohol dalam tubuh mula diperkenal di UK, diikuti hukuman penjara melibatkan kes kematian sepuluh tahun kemudian.

Paras alkohol tinggi

Malah, doktor juga dibenarkan mengambil sampel darah ketika suspek pemandu mabuk tidak sedarkan diri pada 2002. Mulai 2004, hu-kuman penjara yang hanya lima tahun pada 2001 ditambah tempohnya kepada 14 tahun bagi kes kemalangan maut.

Pada masa sama, kempen kesedaran tentang keburukan memandu dalam pengaruh alkohol di-giatkan, termasuk melalui media massa.

Sebaliknya di Malaysia, sekalipun masalah pemandu mabuk tidak seburuk di UK, tetapi aspek perundangan masih lemah terutama dari segi hukuman penjara.

Pada masa ini, Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan terhadap pemandu mabuk.

Bagi kes melibatkan kematian pula, Seksyen 44 Akta Pengang-kutan Jalan 1987 cuma mem-peruntukkan denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Hukuman di negara kita ini jauh berbeza dengan UK yang memperuntuk penjara antara lima hingga 14 tahun bagi kes seumpama itu antara 1991 hing-ga 2004.

Takrif pemandu mabuk di Ma-laysia berdasarkan kandungan alkohol di dalam darah juga lebih

Oleh NAZLI IBRAHIM

EMALANGAN maut akibat pe-mandu mabuk semakin mendapat perhatian ramai setelah berita kematian kian kerap muncul di dada akhbar. Mereka mula mende-

sak kerajaan menangani masalah tersebut yang dianggap makin sering berlaku.

Masalah itu pernah dilalui kebanyakan nega-ra Barat termasuk United Kingdom, apatah lagi pengambilan minuman keras sebahagian budaya negara-negara berkenaan.

Namun, keupayaan pihak berkuasa negara tersebut yang berjaya mengecilkan kadar kema-tian boleh kita jadikan teladan. Secara ringkas, tindakan di ambil melalui saluran perundangan dan kempen kesedaran secara berperingkat-peringkat.

Misalnya, seramai 1,640 orang terbunuh, 8,300 mengalami cedera parah, manakala 21,490 lagi cedera akibat nahas yang melibatkan pemandu dalam pengaruh alkohol pada 1979 di UK.

Namun, lebih kurang sedekad kemudian, jumlah itu berkurangan. Pada 1990, hanya berlaku 760

K

Sumber: ‘Don’t Drink and Drive’ oleh Megat Farizul Ikhwan Megat Khushairi, Kementerian Pengangkutan

201020112012201320142015201620172018

4933

1362071932292375854

32350475695

1138174

313560738496

1117363

11091

246327333420461212191

Tahun JumlahJumlah Mangsa

Maut Parah Cedera

BahaNANAHASPEmabuk

Risiko kemalangan 13 kali gandaRisiko kemalangan 13 kali ganda

Mangsa pemandu mabuk, 2010-2018

tinggi daripada yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Negara kita menetapkan 80mg dalam 100ml darah tetapi badan dunia itu menyarankan 50mg dalam 100ml darah.

Paras kandungan alkohol ini mengakibatkan sebahagian kaki botol yang sepatutnya dianggap mabuk dalam takrifan WHO terlepas ketika ujian pernafasan dibuat di negara kita.

Pinda undang-undang

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menunjukkan kemungkinan nahas berlaku membabitkan pemandu mabuk 13 kali ganda lebih tinggi.

Antara 2010 hingga April 2015, sebanyak 1,035 nahas melibatkan pemandu mabuk mengakibatkan 618 kematian. Kemalangan itu juga membabitkan pihak ketiga termasuk pejalan kaki.

Justeru, kabinet bulan lalu bersetuju untuk meminda undang-undang berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata akta akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kajian itu akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada seisi kedua pada Jun atau Julai,” katanya seperti dilaporkan 29 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Selangor juga percaya pindaan hukuman sedia ada ke tahap lebih berat mampu mengurangkan nahas jalan raya akibat memandu dalam pengaruh alkohol.

“Pemanduan di bawah pengaruh alkohol boleh dikategorikan sebagai sikap pemandu yang tidak prihatin terhadap keselamatan diri dan orang lain walaupun kesalahan berkenaan termaktub dalam undang-undang iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata S Sasikumar kepada SelangorKini.

Beliau juga menyarankan pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis supaya bersikap lebih tegas dan mereka tidak menjalankan operasi hanya semasa musim perayaan.

Insiden maut

pemandu bawah

pengaruh alkohol

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

SAYA patut mulakan dengan sesuatu yang luar biasa. Misalnya, pagi tadi saya bangkit tanpa kepala selepas matahari hampir membuka

separuh matanya. Saya gagau telefon bimbit, walaupun

saya maklum benar yang tidak pernah ada mesej diterima selain daripada kumpulan borak “Geng Encik Bos” yang terpaksa saya bisukan setiap kali habis waktu bekerja. Setengah jam di atas tilam, membuka media sosial yang sepi sapaan dan membaca berita terkini yang saya cuba ambil peduli. Bagaimana saya melihat semua itu tanpa mata yang letaknya di kepala? Saya tidak pasti.

Waktu saya berdiri di depan cermin di dalam bilik air, mengelak mata bertemu bayangan sendiri, saya masih tidak sedar saya sudah tidak berkepala. Hanya waktu saya ingin menggosok gigi, barulah saya sedar mulut sudah tiada. Bukan sekadar mulut, tetapi juga seluruh kepala. Yang tinggal hanyalah leher dengan halkum bergerak naik turun. Sesak.

Saya kejur, bagaimana hendak hadapi dunia? Tidak, saya tidak rindukan kepala berwajah saya itu. Apalah yang hendak dirindukan kepada wajah bukan hero filem? Orang tidak berupa tidak patut melihat cermin selepas bangun tidur.

Anehnya, saya masih boleh melihat walaupun tidak bermata. Di cermin, leher berlapis lemak saya masih berombak mengagau nafas dan berusaha menahan tarikan graviti daripada menariknya lembik ke bahu. Saya masih boleh menghidu bau nasi lemak ditanak jiran sebelah dan saya masih mendengar anjing menggonggong di luar rumah. Adakah saya sudah jadi Amoeba yang tidak perlukan organ?

Terlalu banyak pertanyaan pagi hari adalah perkara yang memenatkan. Jadi saya teruskan mandi membasuh badan tanpa kepala.

Saya mahu minta cuti hari ini. Tetapi, cuti tahunan sudah habis, mahu ambil MC adalah penyeksaan kerana pintu klinik terhampir rumah saya terpampang poster Dr Mahathir tersengih dengan tulisan Comis Sans besar warna merah darah: “Saya 93 tahun masih bekerja, awak mahu minta MC?”

Jadi, saya terus bersiap untuk bekerja. Keluar bilik, teman serumah sedang berlari-lari anak keliling ruang tamu. Dia mahu sihat untuk hidup seribu tahun lagi, saya tidak mahu. Di rumah bujang, kami mengelak bertembung muka pada awal pagi, sesuatu yang tidak mengasyikkan untuk dipandang. Jadi, dia tidak sedar saya sudah tidak berkepala.

Kerana saya tidak berkepala, saya tidak memandang ke bawah, juga tidak mendongak ke atas di pejabat. Saya hanya memastikan leher stabil dan tidak terlesu di bahu.

Bos saya masuk kerja dengan marah-marah, menjerkah: “Mana otak kau? Buat kerja macam ni!”

Saya hanya tegakkan leher tanpa kepala. Selepas itu, tiada siapa lagi yang

menganggu. Seperti lipas, orang tidak halau kerana bimbang terbang mengacau, tetapi juga tidak hampir kerana kotor. Lipas boleh hidup tanpa kepala selama seminggu. Mungkin juga saya boleh.

Saya patut mulakan dengan sesuatu yang luar biasa.

Misalnya, di stesen KL Sentral selepas habis kerja, walau sudah sepuluh buah gerabak berlalu, saya masih tidak berganjak.

Saya menunggu Dia. Saya tidak berkepala, tetapi saya masih berdada yang dalamnya ada jantung berdegup kencang. Hati saya masih berdiam menjalankan kerjanya supaya saya tidak jadi manusia kuning tanpa kepala.

Dia selalu muncul tepat jam 6 petang, menunggu di platform yang sama dengan saya. Bertahun, saya setia menanti tetapi tidak sekalipun bertegur.

Saya turun di stesen sebelum Dia, saya tidak pasti Dia turun di mana. Dia mungkin turun di stesen terakhir, mungkin juga di salah sebuah stesen sebelum yang terakhir, saya tidak tahu.

Hari ini, saya berdiri di sebelahnya dan buat pertama kali Dia memandang. Tetapi kerana saya tidak bermata walaupun leher saya berputar ke arahnya, pandangan itu tidak jatuh ke jantung. Barulah saya menyesal tidak berkepala dan bermata hari ini. Tetapi, bukankah lebih menyakitkan jika saya berkepala?

Gerabak tiba dan pintu terbuka. Dia masuk ke dalam dan saya membuntutinya, lagak lelaki penyumbaleweng cari peluang. Di dalam gerabak, manusia kepam berhimpit menolak saya ke arahnya. Dia memalingkan badan ke luar gerabak, tidak

mahu mendepani saya. Leher saya longlai ke bahu, mahu masuk

ke dada membelit jantung pecah. Mungkin saya tidak perlukan jantung, seperti obor-obor yang hanya ikut arus. Obor-obor tanpa jantung boleh hidup berpuluh tahun. Mungkin juga saya begitu.

Saya patut mulakan dengan sesuatu yang luar biasa.

Misalnya, waktu saya duduk luar rumah mengharapkan ada mulut untuk merokok, ada hantu yang mengensot datang. Hantu itu rambutnya panjang lurus menutup muka, sekurang-kurangya dia ada kepala, cuma tidak berkaki. Saya tidak pasti tentang jantung, saya tidak tanya.

“Berikan aku kaki kau, bukan kau guna pun. Aku datang pun kau tak lari,” katanya.

Saya berdehem tanda tidak senang dan tidak mahu.

“Bolehlahhhh,” rayunya dan mengesot makin dekat.

Saya tidak jadi berdehem untuk kali kedua.

Perlahan-lahan hantu itu melilit kaki saya dengan tubuh bawahnya yang seperti ekor ular itu.

Bunyi tulang pecah kedengaran. Saya tidak berasa sakit dan saya tidak mahu melawan. Saya hanya mahu merokok sebenarnya.

Tahu-tahu sahaja, kaki saya sudah tiada. Saya pula yang kini mengesot. Hantu itu sudah berdiri dengan kaki yang pernah jadi milik saya. Tersenyum lebar menampakkan deretan gigi tajamnya. Mukanya masih pucat lesu, matanya merah menyala. Saya tidak tahu apa jenis hantu, jangan tanya.

Dalam ruang kesedaran yang hampir lenyap, saya bertelapati kepadanya.

“Aku tiada kepala, tiada jantung, tiada kaki, apa aku nak buat?”

“Dasar pemalas. Meninggal jerlah,” ejeknya sebelum berlari-lari anak masuk ke dalam semak.

Mungkin saya boleh hidup seribu tahun lagi.

Lanskap kotapada suatu duha

Penghuni kota perlahan-lahan kembali meriuhkan kehidupan pada suatu duha mengisi ruang yang ditinggalkan semalam cahaya tenteram gugur ke segenap kota hinggap di lampu, papan tanda, skrin mega juga mengepung gelap keinginan di dada menjelmalah malaikat, hamba atau raja bertopeng dan tersenyum di sebaliknya.

Di antara pejalan kaki yang bersesakan seorang gadis memikul beban di bahu “ini ialah peninggalan masa silam kubawa bersama ke kekelabuan,” katanya, kini tanpa air mata di pipi beban jelas kelihatan di belakang namun tak dipedulikan manusia sibuk mengejar dan mengutip cebis kesempatan di jalanan.

Matahari bertukar sekuntum bunga putih mekar di atas kepala para penghuni kota yang tertinggal roh dalam potret malam.

Ariff Mustaffa Hamzah Melaka

Oleh TRAMIZI HUSSIN

HARI TANPA KEPALA

Anehnya, saya masih boleh melihat walaupun tidak bermata. Di cermin, leher berlapis lemak saya masih berombak mengagau nafas dan berusaha menahan tarikan graviti daripada menariknya lembik ke bahu. Saya masih boleh menghidu bau nasi lemak ditanak jiran sebelah dan saya masih mendengar anjing menggonggong di luar rumah. Adakah saya sudah jadi Amoeba yang tidak perlukan organ?

17SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Memancing pasti menyeronokkan jika memperoleh hasil tangkapan berbaloi. Lebih-lebih lagi, panorama lokasinya indah lagi mendamaikan. Ada banyak destinasi memancing di Selangor yang menawarkan pakej keindahan alam semula jadi dan lubuk ikan idaman kaki pancing.

Berikut susunan NAZLI IBRAHIM berdasarkan cadangan Tourism Selangor.

Di sini pengunjung akan mendapati terdapat dua ru-mah api, lama dan baharu, yang menghadap antara satu sama lain.

Kebanyakan pengunjung datang ke sini secara berkumpulan untuk memancing sambil menikma-ti pemandangan menakjubkan dari One Fanthom Bank, juga dikenali Permatang Sedepa.

Untuk sampai ke sini, anda perlu mengambil bot dari jeti Pelabuhan Klang atau Tanjung Harapan pada jarak sekitar 24 batu nautika. Kosnya bergantung kepa-da bot dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan.

Pulau Angsa yang terletak di luar pantai Kuala Sela- ngor terkenal sebagai sebuah pulau menghijau dan subur.

Menariknya, selain pemandangan indah dan lubuk kegemaran kaki pancing, pulau ini juga menyimpan banyak sejarah peneroka awal di sini iaitu orang Bugis.

Untuk ke sini, perjalanan mengambil masa dua jam dari Shah Alam ke jeti Pangkalan Jeram yang menem-patkan Medan Ikan Bakar. Dari jeti, pulau itu terletak sejauh 6.8 batu nautika.

Pengunjung perlu mengambil bot dengan meng-gunakan perkhidmatan nelayan di jeti.

PULAU ANGSA Kuala SelangorKuala Selangor

PULAU KETAM Pelabuhan KlangPelabuhan KlangPulau Ketam dikelilingi pokok bakau dan kawasan berlumpur yang didiami majoriti keturunan Teochew dan Hokkien. Ter-dapat empat perkampungan nelayan iaitu Perbadanan Pulau Ketam, Bagan Teo Chew, Sungai Lima dan Sungai Dua.

Untuk ke Pulau Ketam, pemancing perlu menaiki feri dari jeti Pelabuhan Klang dengan tambang perjalanan sehala RM10 untuk dewasa dan RM6 kanak-kanak.

Pemancing juga boleh membeli tiket dua hala dengan har-ga lebih murah iaitu RM18 untuk dewasa dan RM10 kanak-kanak. Jarak dari jeti sekitar 10 batu nautika.

Antara penyelia feri adalah Alibaba Pulau Ketam Cruises yang memulakan operasinya dari 7.30 pagi hingga 7.30 petang pada hujung minggu dan 7.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari bekerja.

Jika penat memancing, pengunjung juga boleh berbasikal pada kadar sewa RM5 sehari dan menikmati makanan laut segar di restoran berhampiran jeti.

Pantai Jeram sering menerima pelawat dalam jum-lah yang besar pada hujung minggu dan cuti umum. Pantai sepanjang dua kilometer terdiri daripada pa-sir, batu dan kerang serta dihiasi banyak pokok Ca-suarina.

Pantai ini menyediakan kemudahan ideal bukan sa-haja bagi kaki pancing, malah untuk bersiar-siar dengan tenang dengan suasana berangin dan santai bersama keluarga.

Antaranya kemudahan disediakan seperti kawasan parkir, tandas dan bilik mandi.

Ada banyak kedai yang rata-ratanya menjadikan makanan laut bakar sebagai menu utama.

Bagi mereka yang ingin memasak sendiri di rumah pula, terdapat gerai menjual pelbagai jenis ikan segar, aneka makanan laut bercengkerang, sotong, udang dan bermacam-macam lagi pada harga murah.

PANTAI JERAM Kuala SelangorKuala Selangor ONE FANTHOM BANK Kuala SelangorKuala Selangor

Tanjung Harapan yang juga dikenali sebagai ‘Cape of Good Hope’ terletak di Pelabuhan Klang. Bersempadan de-ngan Pelabuhan Klang Golf Resort, lo-kasi itu bagai sebuah oasis di tengah- tengah kawasan perindustrian dan ter-minal perkapalan yang sibuk.

Sepanjang benteng dua kilometer, Tanjung Harapan juga lokasi menarik untuk menyaksikan matahari terbenam.

Terdapat banyak jeti yang berada di sepanjang persisiran Tanjung Harapan dan bayaran yang dikenakan bergan-tung kepada pemilik jeti. Sea Lion dan Jeti Pak Harun adalah antara yang ter-kenal dalam kalangan kaki pancing.

18PBT

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang kekal tenang walaupun dikasari ke-tika menjalankan tugas dipuji EXCO kerajaan tempatan.

Merujuk kes wanita mengamuk berikutan keretanya ditarik MBSA di Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20 pada 6 Februari lalu, Ng Sze Han berkata anggota menunjukkan kewibawaan mengendali situasi luar jangka.

“Saya berharap orang awam sen-tiasa mematuhi peraturan kerana ber-tindak agresif ke atas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas ada-lah salah,” katanya dalam kenyataan.

Sze Han berkata keputusan pe-nguat kuasa melepaskan kenderaan bukan kompromi, sebaliknya bagi menghentikan kekasaran yang boleh memudaratkan orang lain.

Tenang walau dikasari

EXCO puji penguat kuasa MBSA

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan permit sementara kepada lebih 1,000 peniaga, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata permit itu membenarkan perniagaan selama empat jam tetapi perlu diperbaharui dalam sebulan.

“Permit sementara serta-merta kepada penia-ga bagi meningkatkan ekonomi mereka selain memudahkan kita mengawal mereka berniaga di kawasan dibenarkan,” katanya.

Seramai 1,176 peniaga tanpa lesen direkod-kan antara Mac hingga Julai tahun lalu. Seba- nyak 3,374 kompaun, 798 notis dan 1,565 sitaan dibuat sepanjang tempoh itu.

1,000 peniaga diberi permit sementara

SHAH ALAM - Pemegang harta di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) digesa men-jelaskan cukai taksiran sebelum 29 Februari bagi mengelakkan caj tambahan, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata sebanyak 273,434 bil cukai berkenaan dikeluarkan bagi penggal pertama (Januari hingga Jun) melalui perkhidmatan pos.

“Ia membabitkan jumlah cukai semasa dan tunggakan sebanyak RM189 juta,” katanya da-lam kenyataan.

Beliau berkata pemunya harta yang belum menerima bil boleh mendapatkan salinan dan menjelaskan bayaran di Jabatan Perbendaha-raan MBPJ.

Bayaran juga boleh dijelaskan di kaunter bergerak EZ-Pay, dalam talian, laman web MBPJ, bank terpilih, pejabat pihak berkua-sa tempatan serta pejabat tanah dan daerah negeri.

Bayar segera, elak caj tambahan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Februari lalu menutup operasi dua restoran di U5 dan Seksyen U16 di sini kera-na kotor, kata ketua bahagian korporat dan per-hubungan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata pemilik premis dike-san mengabaikan kebersihan makanan, perala-tan dan tandas serta pekerja tidak mempunyai suntikan TY2 (anti-typhoid).

“Dua premis itu tidak mematuhi peraturan mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan seksyen 62(1)(b) Undang-undang Ke-cil Pelesenan Establisymen Makanan (MBSA) 2007 (Premis tidak sanitasi),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi sedemikian dijalankan berkala setiap bulan bagi memastikan premis makanan bersih dan mematuhi syarat.

Dua restoran kotorditutup

Sementara itu, Timbalan Datuk Ban-dar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan memaklumkan pihaknya membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

“Sekiranya ada papan tanda tunda kenderaan jangan letak kereta di situ.

Kalau letak dan penguat kuasa tunda ia dilaku mengikut undang-undang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Medan Pasar SS2 beroperasi semula

Mohd Sayuthi pada 10 Februari lalu merasmikan Medan Pasar SS2 yang selesai dinaik taraf baru-baru ini

SHAH ALAM - Medan Pasar SS2 di Pe- taling Jaya yang menawarkan 182 petak niaga dibuka semula selepas dinaik taraf November tahun lalu, kata datuk bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berka-

ta medan pasar itu kini berbumbung, dilengkapi sistem pengumpulan air hu-jan dan kipas.

“Semua kemudahan itu bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan pe-niaga selari dengan hasrat MBPJ mening-

katkan imej gerai di kawasan ini,” katanya ketika merasmikan pasar itu dan sambu-tan Tahun Baharu Cina peringkat MBPJ.

Mohd Sayuthi turut menyampaikan sumbangan RM250 kepada 50 peneri-ma kurang berkemampuan.

19SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

Tiga premis kotor ditutup 14 hariSHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menutup tiga premis makanan di Hulu Selangor selama dua minggu kerana kotor, kata jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awamnya.

Pemilik premis di Kalumpang, Kuala Kubu Bha-ru dan Batang Kali perlu membuat pembersihan sepanjang penutupan berdasarkan Undang-Un-dang Kecil Establisymen Makanan (MDHS) 2007.

“MDHS meminta mereka menjaga kebersihan terutama premis hendaklah bebas daripada seba-rang tikus atau serangga seperti lipas.

“Sekiranya pemilik premis gagal mematuhi- nya, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas seperti notis kompaun atau penutupan premis,” kata kenyataan pada 7 Februari lalu.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke-pada JPSPPA MDHS melalui talian 03-60641050 jika ada premis makanan kotor.

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meroboh pondok tokong di atas rizab Jalan Bidara pada 4 Februari lalu berikutan pemiliknya gagal mematuhi arahan, kata pengarah jabatan korpo-ratnya.

Mohamad Zin Masoad berkata pemilik itu ing-kar berpindah dalam tempoh enam bulan atau se-lewat-lewatnya 1 Julai walaupun notis peringatan diberi.

“Tindakan diambil selaras tatacara operasi piawai penguatkuasaan MPS yang menjalan-kan tindakan perobohan jika tiada pemilik se-lepas tiga hari notis dikeluarkan pada 23 Ja- nuari lalu.

“Sebarang pembinaan struktur di tempat awam perlu mendapat kelulusan,” katanya dalam kenyataan pada 6 Februari lalu.

Ingkar arahan, pondok tokong diroboh

OLEH NORHAYATI UMOR PETALING JAYA - Sebanyak 38,058 no-tis pemberitahuan kutipan caj beg plas-tik 20 sen diedar dalam kawasan pen-tadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak Disember lalu, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata ia bagi mengelak pengusaha membekal-

kan beg plastik secara percuma kepada pelanggan.

“Penggunaan beg plastik secara berleluasa tanpa kawalan penyum-bang utama dalam penjanaan sampah sisa plastik terutama daripada sektor komersil dan MBPJ membelanjakan RM8.6 juta bagi kos pelupusan sampah pada tahun lalu,” katanya dalam ke-nyataan.

Kerajaan Selangor meluluskan kuti-pan caj beg plastik melalui pihak berkua-sa tempatan (PBT) bermula 1 Januari dan hasilnya disalur ke Tabung Amanah ne-geri untuk program alam sekitar.

Semua premis perniagaan berdaf- tar boleh mendapatkan borang di PBT masing-masing. Nombor pendaftaran dan sijil wajib dipamer di kawasan mu-dah lihat.

Edar notis kutip caj 20 sen

Didik masyarakat tanpa beg plastik

RAWANG - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melulus-kan peruntukan RM5 juta untuk 18 projek penyelenggaraan perumahan di Majlis Per-bandaran Selayang (MPS).

Ahli Parlimen Selayang, William Leong ber-kata permohonan badan pengurusan bersa-ma kepada KPKT tahun lalu diluluskan melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malay-sia, lapor Sinar Harian.

“Sebanyak sembilan projek diluluskan di Parlimen Selayang manakala selebihnya projek di kawasan Gombak, Damansara dan Sungai Buloh.

“MPS membuat taksiran sebelum proses tender pada April ini. Dijangka kerja penye-

lenggaraan akan bermula secara berpe- ringkat Mei ini,” katanya selepas membuat tinjauan di Pangsapuri Taman Pelangi di sini pada 5 Februari lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat berkata em-pat projek penyelenggaraan perumahan di Rawang diluluskan melibatkan peruntukan hampir RM2 juta.

“Pangsapuri terlibat adalah Las Palmas Bandar Country Homes, Taman Tun Teja, Desa Sri Bayu dan Taman Pelangi.

“Kebanyakan projek adalah membaiki bumbung, ada juga libatkan membaiki lif, paip, penghadang tangga, pendawaian elektrik, tangki air dan lain-lain,” katanya.

RM5 juta selenggara 18 projek rumah

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meluluskan pemberian permit meletak motosikal dan basikal yang dipamer di luar premis perniagaan, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata kelulusan itu dibenarkan kepada peniaga di premis komersial dan industri.

Bagaimanapun, katanya, syarat pemberian per-mit perlu mengambil kira lebihan siar kaki untuk laluan awam dan orang kelainan upaya.

“Bagi peniaga di kawasan industri mereka dikenakan sewa mempamerkan kenderaan di luar premis dengan kadar RM400 sepetak sebulan manakala bagi peniaga di bangunan komersial mereka hanya perlu memperoleh permit sebagai kebenaran meletak kenderaan di luar premis,” ka-tanya dalam kenyataan.

Pada tahun lalu, sebanyak 687 sitaan direkod-kan atas kesalahan halangan tempat awam.

Lulus permit pamer di siar kakiSHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas

Mengenai Keupayaan, Kebertanggung-jawaban dan Ketelusan (Selcat) dijadual bersidang 20 Februari ini bagi menilai prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusinya, Ng Suee Lim berkata seramai 17 saksi dipanggil memberi ke- terangan di bangunan Dewan Negeri Se-langor.

“Antara saksi ialah EXCO Kerajaan Tem-

patan Ng Sze Han, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing R Rishyakaran, ADN Jeram Mohd Shaid Rosli dan ADN Pela-buhan Klang Azmizam Zaman Huri.

“Saksi lain membabitkan datuk ban-dar, yang dipertua, ahli majlis dan wa-kil persatuan penduduk,” katanya di sini pada 12 Februari lalu.

Suee Lim berkata, perkara yang bakal dibangkitkan pada sesi itu ialah ber-

kaitan isu sampah dan sistem penyam-paian selain langkah memperkasakan lagi PBT.

Selcat dianggotai ADN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamalud-din, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Nilai prestasi PBT 20 Februari

20Pendidikan

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

Tiada murid tercicir sekolah menengah

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai peneraju dalam men-didik dan melahirkan modal insan ne-gara, akan menyesuaikan dasar dan hala tuju selaras dengan agenda Wawa-san Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), kata Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku menteri pendidikan berkata bagi 2020, fokus utama KPM akan ter-tumpu ke arah ‘Merealisasikan Kemak-muran Bersama Melalui Pendidikan’.

Katanya, satu daripada tujuh teras strategik dalam wawasan yang dilan-carkan kerajaan itu ialah strategi trans-formasi modal insan.

“Transformasi ini harus fokus kepada penyediaan hala tuju sumber tenaga yang lebih produktif, efektif, berkema-hiran, berteknologi dan bernilai tinggi, termasuk dalam industri ekonomi baha-ru,” katanya pada majlis amanat dan as-

pirasi bersama warga KPM di sini pada 6 Februari lalu.

Dr Mahathir dalam pada itu turut menyarankan supaya satu kurikulum Pendidikan Islam baharu diadakan bagi menekankan penyemaian nilai-nilai ke-hidupan Islam.

“Kita gemar menyatakan bahawa

Islam bukan sahaja satu agama teta-pi ia juga adalah satu cara hidup. Kita perlu tahu apakah cara hidup Islam. Umpamanya adakah cara hidup Islam menyuruh kita berperang dan mem-bunuh?” katanya.

Dalam masa sama, katanya KPM turut menyediakan Perincian Pemetaan Pen-didikan Sivik yang merangkumi Modul Exemplar untuk kurikulum, Manual Per-himpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam kokurikulum.

Pada peringkat pendidikan ting-gi pula, katanya pembentukan nilai ditekankan melalui aktiviti Service Learning Malaysia – University For Society (SULAM), iaitu kaedah pem-belajaran yang memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar melalui penyelesaian permasalahan komuniti. – BERNAMA

KULAI - Kementerian Pendidikan menyasarkan si-far keciciran berhubung kemasukan murid sekolah rendah ke sekolah menengah tahun ini.

Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata sasaran itu boleh dicapai kerana terdapat pening-katan peratusan dalam transisi kemasukan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah pada tahun lalu.

Beliau berkata pada 2019, peratusan bagi transi-si kemasukan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 98.42 peratus berbanding 96.81 peratus pada 2018.

“Kalau boleh semua murid selepas tahun enam menyambung pelajaran ke sekolah menengah.

“Kita akan bersungguh-sungguh mencapai mat-lamat tersebut,” katanya selepas merasmikan pro-gram Ziarah Cakna peringkat kebangsaan di sini pada 9 Februari lalu.

Nie Ching berkata Ziarah Cakna adalah program yang dijalankan serentak di 16 lokasi di seluruh ne-gara bagi membolehkan guru menyantuni keluar-ga murid kurang berkemampuan. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan giat me- laksanakan usaha memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) serta menggan-tikannya dengan undang-undang lebih baik dan komprehensif, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha itu selaras Janji 50 Kerajaan dalam manifesto Paka-tan Harapan (Pakatan) untuk mengembalikan kewibawaan universiti awam dan pendidikan tinggi.

“Saya berharap akta baharu menggantikan Auku menjurus kepada kualiti dan kecemerla- ngan universiti bagi mewujudkan institut pengaji-an tinggi yang peka dan berupaya bertindak balas dengan keperluan perubahan persekitaran,” ka-tanya yang juga pemangku menteri pendidikan.

Pada majlis amanat dan aspirasi bersama war-ga Kementerian Pendidikan pada 6 Februari lalu, Dr Mahathir melahirkan harapan Majlis Pendidi-kan Tinggi Negara dapat diaktifkan semula untuk memantapkan sistem tadbir urus dan penghar-monian Akta Pendidikan Tinggi baharu yang se-dang digubal. – BERNAMA

Undang-undang lebih baik ganti Auku

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melancarkan pelan strategik bergelar institusi pe- ngajian tinggi terkemuka dunia menjelang 2025 di sini pada 6 Februari lalu.

Pelan berkenaan menggariskan tiga teras utama iaitu pendidikan berkualiti, kecemerlangan global dan prestasi berasaskan nilai, lapor Sinar Harian.

Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim berkata bagi mencapai pendidikan berkualiti, warga universiti perlu mendukung tema utama iaitu Pendidikan 5.0 UiTM, graduan holistik dan berteraskan keusahawanan serta aksesibiliti lebih meluas.

UiTM sasar universiti terkemuka dunia 2025

Transformasi pendidikan negara

Selaras Wawasan Kemakmuran Bersama

SHAH ALAM - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) merai-kan 92 pelajar asnaf cemerlang dalam Anugerah Inspirasi Kecemerlangan Mahasiswa pada 6 Februari lalu, kata timbalan rektor pengurusannya.

Dr Zulkifli Abd Hamid berkata ia bertujuan meraikan mereka yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 ke atas dengan 30 peratus peningkatan berbanding semester lalu.

“Kejayaan pelajar asnaf ini diraikan bersama pembayar zakat bagi mem-

buktikan agihan zakat Kuis dibuat adalah telus dan jelas.

“Mereka mampu cemerlang jika kita menyantuni dengan baik malah pahala ganjaran yang tinggi di sisi Allah,” katanya dalam kenyataan.

Majlis memasuki siri kelima anju-ran Bahagian Zakat, Wakaf dan In-faq Kuis dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan Kelab Asnaf Zakat D’Kuis di Hotel Bangi Resort turut di-hadiri wakil Syarikat Kembara Cekal, Zam O Lima, Poliklinik Mahkota serta penyumbang individu.

Kuis rai 92 pelajar asnaf cemerlang

Kejayaan pelajar asnaf ini diraikan bersama pembayar zakat bagi membuktikan agihan zakat Kuis dibuat adalah telus dan jelas

DR ZULKIFLI ABD HAMIDTimbalan rektor pengurusan Kuis

Pelajar asnaf bersama kakitangan Kuis dan pembayar zakat ketika Anugerah Inspirasi Kecemerlangan Mahasiswa di Bangi Resort Hotel, Bangi pada 6 Februari lalu

KENYATAAN TENDER1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan Unit Perancang Ekonomi

Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:

BIL NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANG

HARGADOKUMEN

1. MPSepang (BGN) 400-10/12/01

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BERKALA UNIT PENGHAWA DINGIN DI PEJABAT CAWANGAN, DEWAN-DEWAN KOMUNITI/SERBAGUNA, STADIUM MINI BBST, STUDIO DAN PEJABAT AHLI MAJLIS UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2020

CIDB, SPKK,G3 ATAU G4,

E 04 DAN M 01 & UPEN

RM200.00

1. MPSepang (BGN) 400-10/12/04

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN MEMBAIKPULIH BUMBUNG, GUTTER, RWDP DAN SILING DI KOMPLEKS MAJLIS UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2020

CIDB, SPKK,G3,

B 24 ATAU B 04& UPEN

RM200.00

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 18hb Februari 2020 hingga 10hb Mac 2020 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskhah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 18hb Februari 2020 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 10hb Mac 2020.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

MAJLIS PERBANDARAN SEPANGPersiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA Selangor Darul Ehsan

21SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

Agama

Selaras Wawasan Kemakmuran Bersama

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Se- langor (Mais) menggalakkan orang ramai mewakafkan buku bagi manfaat ilmu se-lain sebagai amal jariah, kata setiausaha-nya.

Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata bu-ku-buku yang mahu diwakaf kepada Per-pustakaan Wakaf Mais perlu dimasukkan ke kotak di Wisma Mais, No. 2-1-04, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3.

“Perpustakaan Wakaf Mais akan me- ngagihkan buku-buku terbabit kepada se-

kolah, hospital kerajaan, rumah anak yatim dan Perpustakaan Awam Selangor,” kata- nya dalam kenyataan pada 7 Februari lalu.

Sejak Kempen Wakaf Buku Mais dilan-carkan April 2013, agensi itu menerima lebih 12,000 buku termasuk berbentuk kajian ilmiah pelajar pengajian awam.

Sebarang pertanyaan hubungi pe- gawai Pusat Pengetahuan Mais di talian 03-5510 8631 atau layari laman sesawang http://libmais.gov.my atau www.perpus-takaanwakaf.blogspot.com

Wakaf buku kepada Mais

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mempelawa orang ramai menyertai pertandingan penulisan khutbah bertajuk “Peranan ummah menyantuni anak yatim di Selangor” sebelum 17 Februari ini.

Pengurus Besarnya, Nur Mohd Razali Ab-dullah berkata pertandingan terbuka kepa-da orang ramai khususnya warga Selangor dengan syarat mematuhi rukun khutbah dan mengupas tajuk dengan teliti serta memberi kesan baik kepada masyarakat.

“Tiada had umur buat peserta. Peserta digalak menggunakan dalil al-Quran dan hadis sahih serta mengikut pandangan ahli

sunnah wal jamaah semasa menulis,” kata- nya dalam kenyataan pada 6 Februari lalu.

Pemenang bakal menerima RM250, tempat kedua RM150 dan tempat ketiga RM100. Penyertaan perlu dihantar dalam bentuk salinan digital ke alamat e-mel [email protected].

“Khutbah terpilih akan dihantar kepada Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor untuk dibacakan di seluruh masjid di negeri ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan hubungi Eksekutif Kebajikan, Muhammad Zubair Azizan di ta- lian 017-756 9476.

Jom sertai pertandingan tulis khutbah

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengutamakan aspek pendidikan termasuk institusi masjid bagi me- lahirkan lebih ramai modal insan berkualiti dan cemerlang, kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni .

Pembantu EXCO pendidikan dan agama Islam berkata masjid bukan hanya untuk solat dan berzikir tetapi ia harus dikembangkan melalui pro-gram Pengajian Bersijil.

“Program seperti ini membuk-tikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam usaha mem-perkasakan Islam dan sambutan setiap tahun daripada semua pihak menggalakkan,” katanya pada Maj-lis Konvokesyen Program Pengaji-an Bersijil ke-19 di Masjid Negeri di sini, 9 Februari lalu.

Seramai 820 pelajar program berkenaan menamatkan pengaji-an antaranya talaqi al-Quran, tara-num, bahasa Arab dan syariah serta

820 pelajar tamat program Pengajian Bersijil

Lahir modal insan berkualiti

hafazan.Mohd Zawawi mengingatkan pe-

lajar supaya memanfaatkan ilmu ke-pada diri, keluarga dan masyarakat serta ia tidak terbatas kepada usia muda semata-mata.

Program itu dikelola Unit Penga-jian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dimulakan 2001 dalam beberapa peringkat daripada asas, menengah hinggalah ke peringkat lanjutan.

Sebahagian pelajar di Majlis Konvokesyen Program Pengajian Bersijil ke-19 di Masjid Negeri, Shah Alam pada 9 Februari lalu

13 - 19 Februari 202019 - 25 JAMADILAKHIR 1441

13 Khamis 6:09 6:19 7:25 1:30 4:50 7:29 8:4014 Jumaat 6:09 6:19 7:25 1:30 4:49 7:29 8:4015 Sabtu 6:09 6:19 7:25 1:30 4:49 7:29 8:4016 Ahad 6:09 6:19 7:25 1:30 4:49 7:29 8:4017 Isnin 6:08 6:18 7:25 1:30 4:49 7:29 8:3918 Selasa 6:08 6:18 7:25 1:30 4:48 7:29 8:3919 Rabu 6:08 6:18 7:25 1:30 4:48 7:29 8:39

13 Khamis 6:12 6:22 7:27 1:33 4:52 7:32 8:4214 Jumaat 6:12 6:22 7:27 1:33 4:52 7:32 8:4215 Sabtu 6:12 6:22 7:27 1:33 4:52 7:32 8:4216 Ahad 6:11 6:21 7:27 1:33 4:52 7:32 8:4217 Isnin 6:11 6:21 7:27 1:33 4:51 7:32 8:4218 Selasa 6:11 6:21 7:27 1:33 4:51 7:32 8:4219 Rabu 6:11 6:21 7:27 1:33 4:51 7:32 8:42

13 Khamis 6:09 6:19 7:26 1:31 4:50 7:30 8:4114 Jumaat 6:09 6:19 7:26 1:31 4:50 7:30 8:4115 Sabtu 6:09 6:19 7:26 1:31 4:50 7:30 8:4116 Ahad 6:09 6:19 7:26 1:31 4:49 7:30 8:4117 Isnin 6:08 6:18 7:26 1:31 4:49 7:30 8:4118 Selasa 6:08 6:18 7:26 1:31 4:49 7:30 8:4119 Rabu 6:08 6:18 7:26 1:30 4:48 7:30 8:40

Kejayaan pelajar asnaf ini diraikan bersama pembayar zakat bagi membuktikan agihan zakat Kuis dibuat adalah telus dan jelas

DR ZULKIFLI ABD HAMIDTimbalan rektor pengurusan Kuis

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kempen keseda- ran barah menjadi acara pembu-ka tirai Karnival 3W (Kesihatan, Kebajikan, Wanita) di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang dekat sini pada 29 Februari ini, kata EXCO Kesihatan.

Selain bimbingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental, Dr Siti Mariah Mahmud berkata karnival itu juga menyediakan

pemeriksaan pengesanan barah payu dara mamogram percuma kepada wanita berusia lebih 40 tahun.

“Karnival 3W juga menjadi landasan untuk mempromosi perkhidmatan kesihatan dita-warkan Kerajaan Negeri secara percuma kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Kanser Sedunia 2020.

Mengikut Pertubuhan Kesi-

hatan Sedunia, Dr Mariah ber-kata barah penyebab kematian kedua paling tinggi di dunia iaitu satu daripada setiap enam kematian pada 2018.

“Amalkan tip bagi mengu-rangkan risiko barah iaitu ama-lan pemakanan sihat, lakukan aktiviti fizikal, ujian saringan, jangan merokok, tidak minum air beralkohol dan elak terde- dah kepada cahaya matahari,” katanya.

Dr Wan Azizah (empat, kiri) menyaksikan persembahan kanak-kanak Taska Parlimen, Kuala Lumpur sempena perasmian taska tersebut pada 7 Februari lalu - Foto BERNAMA

Mohon dana bina Taska

Karnival 3W saji pelbagai pengisian

Kempen kesedaran barah buka tirai

KUALA LUMPUR - Agensi Kerajaan Perse-kutuan yang memerlukan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), terutama bagi ka- kitangan bekerja syif diminta memohon dana yang diperuntuk kerajaan dalam Be-lanjawan 2020.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sehing-ga kini hanya 36 agensi yang memohon peruntukan berjumlah RM30 juta itu.

“Agensi-agensi yang memohon ini juga kita kena periksa, boleh atau tak… kita juga nak fikirkan kalau mereka dah ada, mereka nak naik taraf,” katanya pada si-dang media selepas merasmikan Taska Parlimen Malaysia di sini pada 7 Februari lalu.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Mai-din dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata peruntukan itu dijangka dapat menambah

150 Taska di tempat kerja sektor awam di seluruh negara, tahun ini berbanding 64 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta tahun lalu.

“Penubuhan Taska di tempat kerja memudahkan urusan keluarga dan pe- kerja di setiap agensi,” katanya sambil menambah bahawa keutamaan permo-honan diberikan kepada hospital dan se-kolah, juga di agensi-agensi yang mempu-nyai kakitangan yang bekerja syif.

Dr Wan Azizah berkata sehingga bulan lalu, sebanyak 241 Taska sudah berope- rasi di tempat kerja bagi sektor awam di seluruh negara dan penyediaan kemuda-han itu selari dengan iltizam Pakatan Hara-pan untuk memastikan ekonomi negara peduli wanita.

Katanya, statistik menunjukkan jum-lah wanita yang berkahwin dan bekerja meningkat setiap tahun dengan jumlah terkini sehingga suku ketiga tahun lepas 3.65 juta, meningkat daripada 3.54 juta ta-hun sebelumnya dan 3.41 juta pada tahun 2017. – BERNAMA

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM/MOF), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam Kod Bidang yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada 17 Februari 2020 (Isnin) pada waktu pejabat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) – Bahagian Khidmat Pengurusan.

Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada pemilik syarikat atau wakil-wakil syarikat yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil syarikat hendaklah membawa dokumen asal Surat Wakil Kuasa Syarikat (sekiranya wakil), Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Salinan Pengesahan Pendaftaran dengan UPEN Selangor serta Slip Pengesahan Kehadiran Taklimat Tender dan perlu mengemukakan sesalinan sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT.

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang menyatakan tajuk kerja serta nombor Tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari 16 Mac 2020 (Isnin), kepada:-

PENGARAH EKSEKUTIF Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No Tel: 03-5544 7537, No Faks: 03-5513 5568

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran tender.

Kenyataan Tender ini juga boleh dirujuk melalui Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti berikut: http://lphs.selangor.gov.my

Iklan ini bertarikh: 17 Februari 2020

Butir-Butir Tawaran Syarat-Syarat Pendaftaran

Harga Dokumen

Tarikh dan Tempat Taklimat Tender

Pembelian Dokumen

MENGKAJI,

MENGANALISA, MEREKA BENTUK,

MEMBANGUN, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH

SISTEM PERAKAUNAN STANDARD BAGI AGENSI

KERAJAAN (SAGA) UNTUK LEMBAGA PERUMAHAN DAN

HARTANAH SELANGOR

No. Tender : LPHS/T/BP/20/01

No. Fail :

LPHS.UPO.400-5/9/2 Jld. 2

Berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia

(KKM/MOF) &

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM)

Kod Bidang : 210104 (System

Development)

Dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor

RM50.00

(Tidak Akan Dikembalikan)

Bayaran dalam

wang tunai

Tarikh: Khamis

24 Februari 2020

Masa: 2.30 Petang

Tempat:

Bilik Mesyuarat Alamanda, Tingkat 5, LPHS

Kehadiran Taklimat adalah

WAJIB

Kehadiran Taklimat Tender hanya dibenarkan kepada

penama yang dinamakan di dalam Sijil Akuan Pendaftaran

Syarikat sahaja (Sila bawa Sijil Asal & salinan serta salinan Kad Pengenalan untuk semakan & pengesahan)

Bermula

25 Feb 2020 sehingga

13 Mac 2020

Waktu Pejabat:-

(8.00 pagi- 12.45

tengahari dan

2.00 petang- 3.30 petang)

Kecuali Jumaat

(8.00 pagi- 12.00

tengahari dan

2.45 petang- 3.30 petang)

KENYATAAN TENDER

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM/MOF), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam Kod Bidang yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada 17 Februari 2020 (Isnin) pada waktu pejabat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) – Bahagian Khidmat Pengurusan.

Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada pemilik syarikat atau wakil-wakil syarikat yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil syarikat hendaklah membawa dokumen asal Surat Wakil Kuasa Syarikat (sekiranya wakil), Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Salinan Pengesahan Pendaftaran dengan UPEN Selangor serta Slip Pengesahan Kehadiran Taklimat Tender dan perlu mengemukakan sesalinan sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT.

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang menyatakan tajuk kerja serta nombor Tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari 16 Mac 2020 (Isnin), kepada:-

PENGARAH EKSEKUTIF Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No Tel: 03-5544 7537, No Faks: 03-5513 5568

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran tender.

Kenyataan Tender ini juga boleh dirujuk melalui Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti berikut: http://lphs.selangor.gov.my

Iklan ini bertarikh: 17 Februari 2020

Butir-Butir Tawaran Syarat-Syarat Pendaftaran

Harga Dokumen

Tarikh dan Tempat Taklimat Tender

Pembelian Dokumen

MENGKAJI,

MENGANALISA, MEREKA BENTUK,

MEMBANGUN, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH

SISTEM PERAKAUNAN STANDARD BAGI AGENSI

KERAJAAN (SAGA) UNTUK LEMBAGA PERUMAHAN DAN

HARTANAH SELANGOR

No. Tender : LPHS/T/BP/20/01

No. Fail :

LPHS.UPO.400-5/9/2 Jld. 2

Berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia

(KKM/MOF) &

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM)

Kod Bidang : 210104 (System

Development)

Dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor

RM50.00

(Tidak Akan Dikembalikan)

Bayaran dalam

wang tunai

Tarikh: Khamis

24 Februari 2020

Masa: 2.30 Petang

Tempat:

Bilik Mesyuarat Alamanda, Tingkat 5, LPHS

Kehadiran Taklimat adalah

WAJIB

Kehadiran Taklimat Tender hanya dibenarkan kepada

penama yang dinamakan di dalam Sijil Akuan Pendaftaran

Syarikat sahaja (Sila bawa Sijil Asal & salinan serta salinan Kad Pengenalan untuk semakan & pengesahan)

Bermula

25 Feb 2020 sehingga

13 Mac 2020

Waktu Pejabat:-

(8.00 pagi- 12.45

tengahari dan

2.00 petang- 3.30 petang)

Kecuali Jumaat

(8.00 pagi- 12.00

tengahari dan

2.45 petang- 3.30 petang)

KENYATAAN TENDER

23SelangorKini 13 - 19 Februari 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan membaik pulih bumbung Stadium Shah Alam yang rosak membabitkan kos keseluruhan hampir RM20 juta, kata EXCO sukan.

Menyifatkan pembaikan itu penting demi keselamatan penonton, Mohd Khairuddin Othman berkata perkara tersebut pada peringkat kelulusan ke- rana ia melibatkan kos tinggi.

“Kita akan selesaikan nanti termasuk bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya mengulas spekulasi skuad Red Giants terpaksa melupakan hasrat bermain di stadium itu pada Liga Malaysia (Liga-M) 2020 akibat kerosakan bumbung.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter memaklumkan pihaknya su-dah mengarahkan Darul Ehsan Facili-ties Management berbincang dengan Menteri Besar Pemerbadanan dan Per-modalan Negeri Selangor Berhad untuk memulihkan bumbung stadium.

Katanya, ia bagi kesejahteraan dan keselamatan penyokong Merah Ku-ning menjelang musim ini.

Pada masa sama, ketua jurulatih Se-langor harap beberapa masalah mem-babitkan Stadium Shah Alam dapat diselesaikan sebelum Liga-M bermula hujung bulan ini.

B Sathianathan yakin ia mampu dise-lesaikan walaupun beliau mengakui banyak aspek terjejas jika pemain tidak dapat beraksi di situ, lapor Berita Harian.

Beliau bimbang corak persembahan terjejas jika Red Giants terpaksa berak-

si pada sebelah petang di Stadium Se-layang.

“Sayanglah kalau kita tidak dapat main di Stadium Shah Alam kerana ini memang tempat kita, rumah kita. Ka-lau kita terpaksa main di tempat lain, sudah tentu ia akan menyukarkan ba-nyak pihak.

“Apa yang paling saya kasihankan adalah penyokong. Katakanlah kita main di Stadium Selayang, kita terpak-sa main petang dan kapasiti juga tidak mampu menampung perlawanan be-sar,” katanya.

SHAH ALAM - Sebanyak 3,500 pas bermusim skuad Red Giants bagi perlawanan Liga Malaysia (Li-ga-M) 2020 terjual setakat ini, kata setiausaha agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Dr Johan Kamal Hamidon berkata jumlah itu di-jangka meningkat sebelum tarikh tutup hujung bu-lan ini.

“Ia positif memandangkan ramai penyokong mahu datang ke stadium, malah mereka menunjuk-kan sokongan mahu menjadi sebahagian daripada pasukan sepanjang musim,” katanya.

Antara keistimewaannya, pemegang pas itu tidak perlu beratur membeli tiket perlawanan dan ber- peluang menyertai peraduan.

KOTA KINABALU - Kemen-terian Belia dan Sukan (KBS) tidak menghalang atlet ne-gara untuk bertanding atau menjalani latihan di China walaupun negara berkenaan sedang berdepan dengan penularan koronavirus 2019.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan kementerian telah mengelu-arkan garis panduan berhubung perkara berkenaan dan terpulang kepada atlet untuk mematuhinya.

“Beberapa atlet telah kembali semula (dari China) atas pilihan mereka sendiri, dan kita telah pun menasi-hati mereka (atlet kebangsaan), namun paling pen-ting untuk kita mengikut ketetapan Kementerian Kesi-hatan,” katanya ketika menyaksikan majlis pengenalan pasukan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Padang Merdeka di sini pada 5 Februari lalu.– BERNAMA

Pastikan Stadium Shah Alam selamat

RM20 juta baik pulih bumbung

SHAH ALAM - Atlet Selangor yang menyertai Sukan Orang Pekak Ma-laysia (Sopma) pada Jun ini dicabar mempamer prestasi terbaik seterus- nya menyumbang pingat.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Adi Faizal Ah-mad Tarmizi berkata insentif diberi jika atlet berjaya menempatkan ne-geri pada kedudukan ketiga.

“Saya lihat pencapaian mereka sa-ban tahun amat baik dan jika berjaya kali ini, MSN akan keluarkan peruntu-kan lebih untuk menghargai pengor-banan atlet,” katanya selepas menyam- paikan insentif kepada pemenang pi-ngat kejohanan Sopma 2018 di pe-jabat MSN di sini pada 10 Februari lalu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabran Abd Bahar

dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor (Seldeaf ) Sarkunan Balakrishnan. Seramai 23 atlet mene- rima insentif wang tunai RM3,800 da- ripada Tabung Seldeaf.

Johor menganjurkan Sopma pada 22 hingga 27 Jun ini sebelum Sukan Malaysia (Sukma) pada 11 hingga 19 Julai, diikuti Para Sukma pada 15 hing-ga 22 Ogos 2020.

Tidak halang atlet sertai kejohanan, latihan di China

TM bangkitkan semangat Liga-MKUALA LUMPUR - Ra-kan kongsi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyifatkan kehadiran semula Telekom Malay-sia (TM) sebagai penaja rasmi Liga Malaysia (Liga-M) mampu menaikkan semangat pasukan untuk me- mulakan saingan pada musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sela- ngor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon berkata, mere-ka berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin dan dalam masa sama mengharapkan perjanjian yang dimeterai itu dapat mengubah hala tuju bola sepak tempatan ke arah yang lebih cemerlang.

Beliau berkata dengan kehadiran semula TM, ia dapat memberikan semangat baharu kepada semua pasukan dan berharap syarikat telekomunikasi itu akan sentiasa menyokong liga tersebut.

“Apabila ada penaja, sudah tentu hak penyiaran menjadi kepentingan dan percaya tidak akan timbul isu hak penyiaran pada musim ini,” katanya dalam kenyataan pada 8 Februari lalu.

TM, menerusi anak syarikatnya, TM Multimedia (TMM) menandatangani perjanjian kerjasama sela-ma tiga tahun bersama MFL. – BERNAMA

Atlet Sopma raih pingat dapat ganjaran

Atlet yang menyumbang pingat pada kejohanan Sopma 2018 menerima insentif di pejabat MSN Selangor pada 10 Februari lalu

Lebih 3,000 pas bermusim terjual

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor