fem 3203 teknologi maklumat, globalisasi dan … fem3203... · 2 kertas kerja – diari harian –...

4
FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP TUGASAN INDIVIDU

Upload: lykhuong

Post on 17-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN … FEM3203... · 2 Kertas Kerja – Diari Harian – Pengaruh Globalisasi/ICT (20 markah) Tujuan tugasan ini adalah untuk membuatkan

1

FEM 3203

TEKNOLOGI

MAKLUMAT,

GLOBALISASI

DAN KUALITI

HIDUP

TUGASAN INDIVIDU

Page 2: FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN … FEM3203... · 2 Kertas Kerja – Diari Harian – Pengaruh Globalisasi/ICT (20 markah) Tujuan tugasan ini adalah untuk membuatkan

2

Kertas Kerja – Diari Harian – Pengaruh Globalisasi/ICT (20 markah)

Tujuan tugasan ini adalah untuk membuatkan pelajar berfikir, menganalisis dan membuat

laporan tentang pengaruh globalisasi/ICT yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Tugasan ini mempunyai tiga matlamat: memahami pengaruh globalisasi/ICT di sebalik

perjalanan kehidupan anda, memahami kesan pengaruh tersebut, dan memberikan anda

peluang untuk menilai implikasi terhadap kualiti hidup anda.

Kaedah menjalankan tugasan adalah seperti berikut:

1. Bagi tempoh DUA (2) MINGGU, anda mesti menyimpan diari kehidupan yang anda

lalui seharian. Kehidupan ini boleh dilihat dari pelbagai sudut (mengikut pengalaman

sendiri) seperti dari segi pembelian, komunikasi, pembelajaran, gaya hidup dan

sebagainya yang melibatkan aspek globalisasi dan/atau ICT. Sudut kehidupan ini

mestilah yang dirasakan sesuai oleh pelajar dan menarik (i.e., mengandungi

pengajaran) untuk dibincangkan.

Cth: bagi aspek pembelian – diari ini akan melibatkan satu penyenaraian produk, bila,

dan di mana anda membuat pembelian.

Lakukan ini setiap hari (hari bekerja sahaja).

2. Pada akhir setiap minggu, cari tiga (3) bahan yang sesuai (cth: pembelian – produk;

komunikasi – jenis dan bentuk komunikasi dsb.) yang anda rasa paling kerap atau

konsisten digunakan, kemudian fikir kembali pada hujung minggu tersebut dan

analisis:

a) Mengapa anda membeli lagi produk tersebut (bagi contoh pembelian) / Apakah

tujuan anda melakukan komunikasi tersebut dan dengan siapa?

b) Apakah perkara positif dan/atau negatif yang terhasil daripada pembelian

produk/komunikasi (dsb.) tersebut?

c) Bagaimanakah kepuasan/ketidakpuasan yang anda rasai hasil daripada

pembelian/komunikasi (dsb.) tersebut?

d) Apakah implikasi bentuk, cara komunikasi dsb. (bagi contoh komunikasi) ke atas

kualiti kehidupan anda di masa akan datang?

3. Pada akhir tempoh dua (2) minggu, berdasarkan tiga (3) bahan yang dipilih dalam #2

di atas, lakukan analisis tentang pengaruh globalisasi dan/atau ICT serta aplikasinya

yang boleh memberi kesan ke atas kualiti hidup anda. Nyatakan sebab-sebab tertentu

mengapa anda fikir ia adalah perkara yang paling mempengaruhi dalam konteks

kehidupan yang dipilih.

Page 3: FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN … FEM3203... · 2 Kertas Kerja – Diari Harian – Pengaruh Globalisasi/ICT (20 markah) Tujuan tugasan ini adalah untuk membuatkan

3

Panjang maksimum setiap kertas tugasan adalah 15 muka surat yang menggunakan selang dua

baris (double spacing), dengan margin 1 inci dan saiz font 12 Times New Roman. Diari perlu

dilampirkan bersama.

Pemarkahan akan dibuat berdasarkan kepada tiga kriteria utama:

1. Keupayaan anda untuk merumuskan secara ringkas aplikasi globalisasi/ICT

berkaitan.

- anda mesti menunjukkan bahawa anda memahami proses yang terlibat dan

bagaimana ia berfungsi.

2. Keupayaan anda untuk membincangkan dengan berkesan aplikasinya dalam

kehidupan anda.

- anda perlu berupaya menunjukkan secara khusus bagaimana ia terpakai kepada

aspek kehidupan yang dipilih.

3. Kejelasan dan keberkesanan komunikasi anda berbanding dengan orang lain di

dalam kelas.

- dalam hal ini, gaya penulisan adalah sangat penting kerana ia adalah sebahagian

daripada komunikasi yang berkesan.

Kreativiti pelajar dalam melakukan analisis sangat dititik beratkan.

Semua pelajar akan memulakan tugasan ini pada 22hb. September 2014. Kertas

akhir mesti termasuk perbincangan lengkap dua minggu tugasan anda.

Tarikh akhir penghantaran tugasan adalah pada 3hb. Disember 2014.

Pembentangan (10 markah)

- Melibatkan perkara penting, iaitu:

1. Menyediakan slaid "pembentangan" daripada tugasan di atas – markah akan diberi

kepada isi, persembahan dan kreativiti serta tarikan pada "pembentangan".

- Setiap pelajar perlu menghantar salinan slaid "pembentangan" kepada pensyarah bersekali

dengan kertas kerja (letakkan di belakang kertas kerja).

Page 4: FEM 3203 TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN … FEM3203... · 2 Kertas Kerja – Diari Harian – Pengaruh Globalisasi/ICT (20 markah) Tujuan tugasan ini adalah untuk membuatkan

4

Setiap pelajar perlu memilih salah satu daripada bahan dalam tugasan masing-masing (yang

mana anda pilih adalah terpulang kepada diri masing-masing). Anggaran pembentangan

(dengan andaian – jika dibuat di dalam kelas) adalah dalam tempoh 8 hingga 10 minit

maksimum. Pembentangan boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti melalui penggunaan

Prezi, powerpoint dan sebagainya yang sesuai sebagai pembentangan di dalam kelas.

Pembentangan itu akan digredkan kepada pemahaman anda terhadap konsep pengaruh

globalisasi/ICT yang berkaitan, keupayaan anda untuk merumuskan secara ringkas proses

yang berlaku, dan keupayaan anda untuk berkomunikasi dengan jelas dalam tempoh masa

yang singkat.

Dr. Syuhaily Osman

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia

43400 UPM Serdang

Selangor

e-mail: [email protected]

Tel: 03-89467109

H/P: 012-3838745