fatihah o.k atau k.o? ‘azza wa jalla atas anugerah islam, iman, kesedaran, idea, kreativiti nabi...

62

Upload: nguyencong

Post on 03-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda
Page 2: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

FATIHAH O.K ATAU K.O? 75 KESALAHAN POPULAR BACAAN FATIHAH

yang sering berlaku ketika solat.

Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

© 2011 Mohammad Asraff Ayob Hakcipta Terpelihara

Versi 1.0

PERHATIAN

Ebook ini diberikan PERCUMA dengan pembelian 3 DVD Pakej Fatihah Terunggul.

Untuk mendapatkannya, layari : www.fatihahterunggul.com

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang/menyebarkan mana-mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB. Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.

Page 3: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Surah Al-Fatihah

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh

ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Qur’an yang agung” (Surah Hijr : 87)

Page 4: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Dedikasi [m.s 1] Bab 1 : Benarkah bacaaan Fatihah anda banyak kesilapan? [m.s 2] 2 sebab ebook ini wajib anda miliki. [m.s 3] Mengapa Fatihah dlaam solat penting? [m.s 4] Masalah bacaan orang kita. [m.s 6] Bab 2 : 'Lahnun Jaliy' & 'Lahnun Khofi' : kesalahan yang mana satu? [m.s 8] Tajwid, kesalahan dan perinciannya [m.s 8] Pembahagian kesalahan dalam bacaan Al-Quran [m.s 10] Bab 3 : 24 ’Lahun Jaliy’ (kesalahan besar) bacaan Fatihah [m.s 13] Ayat 1 [m.s 13] Ayat 2 [m.s 16] Ayat 3 [m.s 17] Ayat 4 [m.s 19] Ayat 5 [m.s 20] Ayat 6 [m.s 21] Ayat 7 [m.s 23] Bab 4 : 51 ’Lahun Khofiy’ (kesalahan kecil) bacaan Fatihah [m.s 27] Ayat 1 [m.s 27] Ayat 2 [m.s 32] Ayat 3 [m.s 36] Ayat 4 [m.s 38] Ayat 5 [m.s 40] Ayat 6 [m.s 43] Ayat 7 [m.s 46] Bab 5 : Penutup yang bakal membuka pembelajaran baru... [m.s 54] Istimewa buat anda….. [m.s 56]

Page 5: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Allah ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti

Nabi Muhammad S.A.W

Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya

Ayahanda dan bonda Keranamu berdua angah pergi sejauh ini

Isteriku tercinta, Siti Ujila

Bidadari yang comel & ceria

Si kecil-comel Aliya Altafunnisa Senyuman & tawa-nakalmu memberikan kekuatan

Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu Di atas curahan ilmu dan pedoman

Dan,

Para pembaca ebook ini. Jutaan terima kasih atas perkongsian anda.

1

Page 6: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Assalamualaikum w.b.h. Para pembaca yang dihormati,

Menyentuh tentang solat, kita semua sedia maklum akan kepentingannya.

Selain untuk menyerlahkan perasaan bertuhan serta melahirkan ekspresi ‘jiwa hamba’

kepada Allah Azza Wa Jalla, solat juga merupakan wasilah serta kaedah terbaik untuk

kita ‘berkomunikasi’ denganNya. Melaluinya,

kita boleh merintih kepada Tuhan, mengadu,

memohon taubat bahkan meminta agar

motivasi hidup sentiasa ‘tip-top’.

Junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W amat

mengerti dan ‘pakar’ dalam hal ini. Disebabkan

itulah, Baginda S.A.W mewajibkan solat malam

kepada dirinya kerana Baginda sangat arif,

dakwah ‘almost impossible’ yang sedang

dipikul mudah sahaja bertukar kepada ‘bisa diatur’ jika ‘bateri’ kekuatan dalamannya

dicas dengan solat malam setiap hari.

Melihat kepada kepentingannya, tidak hairanlah solat menduduki tangga kedua dalam senarai 5 rukun islam.

Walaubagaimapun, disebalik keinginan untuk mencapai ‘solat sempurna’

seperti Rasulullah, sesetengah kita banyak menghabiskan tumpuan serta berbeza

pendapat kepada khilaf kecil dalam permasalahan solat seperti :

silang tangan : letak di perut, pusat atau dada?

gerakan jari ketika tasyahud : sekali, dua kali atau berkali-kali?

Qunut solat subuh : sunat atau tidak?

masalah isbal, adakah ia haram, makruh atau tidak digalakkan saja?

Melaluinya, kita

boleh merintih kepada Tuhan, mengadu, memohon taubat

bahkan meminta agar motivasi hidup

sentiasa ‘tip-top’.

2

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com

Page 7: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Para ulama telah menulis berpuluh-puluh kitab menghuraikan panjang-lebar

hukumnya berdasarkan mazhab/ kefahaman & teknik istinbat hukum yang boleh

dikeluarkan dari nas/hadis. Saya tidak akan memperincikannya disini. Terpulang

kepada pembaca untuk mengikuti pendapat mana yang lebih disukai.

Tetapi dalam banyak-banyak ragam pendapat tersebut, kita barangkali terlepas

pandang satu perkara yang lebih besar dari itu, iaitu setepat mana bacaan Al-Fatihah

dalam solat? Bagi saya, perkara ini lebih besar dari perbalahan silang tangan, gerakan

jari tasyahud awal & qunut kerana ia melibatkan perkara pokok, iaitu 13 Rukun Solat.

Dan tahukah anda, lebih ramai diluar sana bacaan Al-Fatihahnya ‘lintang-pukang’ tajwid, makhraj serta sebutannya?

2 SEBAB E-BOOK INI WAJIB ANDA MILIKI.

Ebook ini ditulis selepas saya mendapat ilham dari 2 situasi yang agak

memeranjatkan tentang tahap bacaan Al-Fatihah dalam masyarakat kita :

Situasi 1 :

Ketika mendirikan solat di sebuah surau di negeri xxx, saya hampir-

hampir ‘mufaraqah’ (keluar dari mengikuti imam’ kerana bacaan

Al-Fatihah imamnya sangat tidak teratur dengan kesalahan ‘Lahnun

Jaliy’ (kesalahan besar tajwid) disana-sini.

Berdasarkan bacaan tajwid imam yang sangat tidak teratur, saya tidak

dapat bayangkan, mengapa beliau masih dipilih menjadi imam. Adakah

ia bermaksud, memang sudah tidak ada orang lain yang lebih layak, atau

memang bacaan makmumnya lebih parah dari itu? Wallahu A’lam.

3

Page 8: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Situasi 2 :

Ustaz, nasib baik saya hadir ke kelas intensif hari ini…. Tak sangka ye,

banyak salah bacaan yang saya buat ketika jadi imam selama ini’….

Itulah diantara kata-kata yang masih saya ingati, diucapkan oleh seorang

imam masjid yang menghadiri Seminar Tahsin Al-Quran untuk para

imam dan bilal surau & masjid.

2 situasi di atas memperlihatkan

‘lompong besar’ dalam tahap bacaan Al-Fatihah

sebilangan besar masyarakat kita. Panjang-

pendek tidak sekata, makhraj huruf bertukar-

tukar, sebutan ‘ala melayu’ yang kurang fasih,

curi nafas, serta yang lebih mengharukan,

kadangkala baris pun boleh bertukar!

Semua ini membawa kita kepada satu

kesimpulan : bacaan Fatihah sebahagian kita

sangat jauh dari bacaan sempurna yang Rasulullah ‘amal’kan!

Soalnya, mengapa kesempurnaan bacaan Al-Fatihah dalam solat amat penting?

MENGAPA FATIHAH DALAM SOLAT PENTING?

Jika diperhatikan, dalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah

yang diwajibkan untuk dibaca dalam setiap rakaat sehingga ia termasuk dalam salah

satu dari 13 rukun solat. Ketika membacanya pula, ia hendaklah menurut tertib

mengikut susunan ayat yang betul serta tajwidnya hendaklah dijaga sesempurna

mungkin.

Soalnya, apakah maksud rukun? Rukun menurut kefahaman ulama, ia

Semua ini

membawa kita kepada satu kesimpulan :

bacaan Fatihah sebahagian kita sangat jauh dari bacaan sempurna yang Rasulullah

‘amal’kan!

4

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com

Page 9: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

adalah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh

ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak. Jika ia dilakukan, solat anda dikira tidak sah

(batal).

Bagi saya, rukun juga bolehlah dianggap seperti tiang seri rumah. Bayangkan

apa bakal terjadi kepada banglo agam anda jika tiang serinya tercabut atau tidak

kukuh ‘foundation’nya? Hancur jawabnya banglo jutaan ringgit tersebut!

Begitulah juga dengan solat. Ia akan hancur, sia-sia dan tidak bermanfaat andai

13 ‘tiang seri’nya termasuk Fatihah tidak dijaga betul-betul. Disebabkan itulah,

Rasulullah s.a.w sejak awal-awal lagi memberikan pesanan yang agak serius bila

bersangkutan dengan kepentingan bacaan Fatihah dengan bersabda :

ال صالة لمن لم یقرأ بفاتحة الكتاب

Maksudnya:

“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”.

(Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)

Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain keutamaan Fatihah dalam solat,

jumhur ulama menyatakan bahawa Al-Fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu

dalam solat melainkan Mazhab Hanafi yang hanya menyatakan ia hanya wajib sahaja

bukannya rukun (menurut kaedah mereka yang membezakan definisi wajib serta

fardhu). (Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)

Berdasarkan kefahaman tersebut, kita bergerak kepada persoalan kedua :

apakah implikasinya jika kita tidak membaca Al-fatihah menurut tajwidnya yang betul?

Persoalan ini telah dibahaskan para ulama dengan panjang-lebar dan mereka

telah mengeluarkan satu kesimpulan : tidak sah solat seorang yang membaca Fatihah

tetapi masih terdapat di dalamnya kesalahan besar yang boleh mencacatkan makna

5

Page 10: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dengan makhraj

yang betul, menukar baris atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah serta

lain-lain (Mughni Muhtaj 1/327).

MASALAH BACAAN ORANG KITA.

Penerangan di atas memberikan kita satu kesimpulan yang sangat terang lagi

bersuluh, bahawa membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat

bacaannya maka rosaklah solat tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar

Al-Quran kepada masyarakat kita, ia telah

mendedahkan satu perkara yang agak

mengejutkan iaitu : bacaan Fatihah orang kita

sangat longgar dan ‘rapuh’.

Banyak kesalahan besar kadangkala dilanggar serta kesalahan kecil tidak dijaga.

Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana seperti yang dikatakan sebelum ini,

ia mengakibatkan masalah besar, iaitu solat yang tidak sah kerana salah satu

rukunnya pincang!.

Maka disebabkan itulah, ebook ini ditulis untuk membantu menutupi

kekurangan tersebut. Saya berharap, dengan pendedahan yang dikongsi, ia bakal

memberi kesedaran kepada kita semua supaya lebih memperkemaskan lagi bacaan

Fatihah. Kalaulah ia tidak dapat mencapai tahap kesempurnaan bacaan yang pernah

dialunkan Rasulullah suatu ketika dahulu, Kalau boleh, biarlah ia hampir setaraf

dengan bacaan para imam terkemuka seperti Imam Masjidil Haram dan sebagainya.

Saya akan cuba memperincikan bentuk kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ (kesalahan

besar) dan ‘Lahnun Khofiy’ (kesalahan kecil) yang sering berlaku ketika membaca

...membaca

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila

cacat bacaannya maka rosaklah solat tersebut.

6

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com

Page 11: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Surah Fatihah dalam ebook ini. Semoga melaluinya, bacaan kita akan menjadi lebih

kemas serta teratur tajwid, makhraj serta fasohahnya.

Dan yang lebih utama, biarlah usaha kita meningkatkan kualiti bacaan Fatihah bakal

menjadi modal keikhlasan yang akan menyebabkan Allah menerima solat kita semua.

Amin, Ya Robbal A’lamiin.

7

Page 12: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Berbicara tentang teknik untuk mengenalpasti serta memperbetulkan kesalahan

dalam bacaan Al-Fatihah, tidak boleh tidak fikiran kita akan terarah kepada bentuk-

betuk kesalahan lazim seperti :

kurang panjang ‘mad’

dengung tak cukup sempurna

sebutan huruf ‘ala melayu’

dan sebagainya. Soalnya sekarang, adakah semua kesalahan tersebut, jika

dilakukan akan membatalkan solat secara automatik?, atau sudah ada pembahagian

serta kriteria yang boleh membezakan antara ‘salah kecil’ serta ‘salah besar’ yang

boleh membatalkan solat?

‘Salah kecil’ dan ‘salah besar’ dalam bacaan Al-Fatihah. Dari 2 premis inilah

perbincangan seterusnya bergerak.

TAJWID, KESALAHAN DAN PERINCIANNYA.

Ramai orang selalu bertanya saya : apakah dalil membaca Al-Quran secara bertajwid?

Selalunya, saya akan membacakan kepada mereka 2 firman Allah ini :

1. Surah Al-Baqarah ayat 121.

تھ و تال ق ھ ح ون ل ت ی اب ت ك ال م اھ ن ی ت آ ین ذ ...ال

‘Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (al-Quran) lalu mereka

membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya….’ 8

Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com

Page 13: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

2. Surah Al-Muzammil ayat 4.

تیال ر ت ن آ ر ق ال ل ت ر ...و

‘Dan bacalah al-Qur'an secara tartil……’

Kadang-kadang, sebelum sempat saya menjelaskan maksudnya, ada yang

mencelah ‘tapi ustaz, takda pun dalam ayat tu perkataan ‘tajwid’…. yang ada

perkataan ‘tartil’ je…’

‘Haaa…. disinilah kita kena kuasai bahasa arab secara mendalam, sebab

maksud perkataan ‘tartil’ menurut Saidina Ali r.a ialah - mentajwidkan (membaguskan

bacaan) huruf-hurufnya dan mengetahui tempat-tempat waqaf (berhentinya)’….. Saya

terus mem’bahas’kan jawapannya.

‘…Itu hujah para sahabat… para ulama tajwid

pula seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal

Manyar telah menerangkan makna "haqqa

tilaawatih" dalam ayat Baqarah sebagai :

membacanya secara tartil dan sesuai tajwid

sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad S.A.W….’ Saya menghabiskan

penerangannya.

Pokok-pangkalnya ialah : tajwid Al-Quran diwarisi dari Rasulullah S.A.W,

lengkap dengan panjang--pendek-dengung-qolqolah dan lain-lain komponennya.

Itulah hakikat yang akan kita jumpai jika meneliti semua hadis-hadis yang

bersangkutan tentang teknik penerimaan Al-Quran dari Malaikat Jibril a.s kepada

Baginda S.A.W.

Pokok-pangkalnya ialah : tajwid Al-Quran

diwarisi dari Rasulullah S.A.W, lengkap dengan

panjang--pendek-dengung-qolqolah

dan lain-lain komponennya.

9

Page 14: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Mungkin terkesan dengan kepentingan membaca Al-Quran secara bertajwid,

seorang pakar Al-Quran & Qiraat terulung iaitu Imam Jazari telah mengarang

‘matan’ - semacam bait syair untuk menjelaskan perkara tersebut :

آثـم آن ر الق د و یــج ـم ــن لـ م م م الز تـ وید ح ج ذ بـالتـ األخ و

صال ا و نـ ھ إلـــی ن ذا م ـــكـ ھ ال و ـز ـھ أنــ لـ ھ اإل ـھ ب ألنـ

Pengambilan ( Pembacaan Al-Quran ) secara bertajwid adalah satu kemestian.

Berdosalah sesiapa yang tidak mengelokkan ( bacaan ) Al-Quran.

Kerana sesungguhnya ( Al-Quran ), Allah turunkan dengan bertajwid .

Dan begitulah ( Al-Quran ) daripadaNya sampai kepada kita.

PEMBAHAGIAN KESALAHAN BACAAN AL-QURAN.

Baiklah, sekarang kita bergerak kepada perbincangan seterusnya : apakah kriteria ‘salah kecil’ dan ‘salah besar’ itu?

Dalam ilmu tajwid, para ulama secara umum telah memberi istilah khusus untuk

perkataan ‘salah’ iaitu istilah ‘Al-lahn’. Lahn ini pula dibahagikan kepada 2 bahagian di

mana darinya kita dapat menggolongkan bentuk-bentuk kesalahan yang terjadi pada

bacaan al-Qur'an.

1. LAHNUN JALIY (KESALAHAN BESAR)

Lahnun Jaliy adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran

yang menyalahi kaedah tajwid serta bahasa arab khususnya i'rab sehingga boleh

mengubah maknanya. Ia dinamakan ‘Jaliy’ kerana kesalahan yang dilakukan amat

jelas dan mudah diketahui umum sama ada dari kalangan pakar Al-Quran atau orang

awam. Contoh bagi kesalahan ini seperti :

10

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com

Page 15: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Menukar sebutan sesuatu huruf dengan sebutan huruf lain seperti : Huruf ( ع( pada kalimah )ین م ل ع )ال dilafaz dengan bunyi huruf ) أ(

Menukar baris.

Mengurangkan baris pada perkataan.

Menambah huruf pada bacaan.

Menukar kalimah dengan kalimah lain.

Mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid.

Meringankan huruf yang bersabdu.

Haram hukumnya jika kita melakukan

kesalahan ini dengan sengaja. Malah, jika ia

berlaku dalam bacaan Al-Fatihah dalam solat,

maka ia boleh mengakibatkan solatnya terbatal

atau tidak sah.

2. LAHNUN KHOFI (KESALAHAN KECIL)

Lahnun Khofi (yang bermaksud

tersembunyi) adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran yang

menyalahi sebahagian kaedah tajwid namun tidak menyalahi kaedah bahasa arab. Ia

juga tidak mengubah harakat (baris) dan tidak pula mengubah makna perkataan,

seperti kesalahan pada bacaan izhar, ikhfa', iqlab, dan idgham. Contoh bagi

kesalahan ini seperti :

Tidak memanjangkan sesuatu harakat dengan kadar yang betul. Contohnya

kalimah ین ال iaitu Mad Lazim Kalimi Muthaqqal yang sepatutnya dibaca dengan الض

kadar 6 harakat, tetapi dibaca dengan kadar yang tidak mencukupi.

Menipis apa yang wajib ditebalkan serta sebaliknya.

Para ulama menyatakan, walaupun hukum melakukan kesalahan ini dengan

Haram hukumnya

jika kita melakukan kesalahan Lahnun Jaliy dengan sengaja. Malah,

jika ia berlaku dalam bacaan Al-Fatihah dalam

solat, maka ia boleh mengakibatkan

solatnya terbatal atau tidak sah

11

Page 16: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

sengaja adalah makruh, di mana implikasinya tidaklah sampai ke tahap membatalkan

solat, namun kualiti bacaannya jauh dari roh pembacaan Al-Quran yang

dikehendaki serta diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Demikianlah secara ringkas, penerangan 2 jenis kesalahan dalam membaca

Al-Quran. Selepas ini kita akan masuk ke bab yang dinantikan iaitu - 24 ‘Lahnun

Jaliy’ (kesalahan besar) dan 51 ‘Lahnun Khofiy’ (kesalahan kecil) yang dilakukan pada

bacaan Al-Fatihah.

12

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com

Page 17: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Perhatian : Sebanyak 15 dari 24 kesalahan ini ada saya terangkan contoh bacaannya secara praktikal dan terperinci dalam Pakej DVD FATIHAH TERUNGGUL. Dalam ebook ini, kesalahan tersebut ditandakan dengan ayat (CONTOH DALAM DVD). Untuk mendapatkannya, sila layari : www.fatihahterunggul.com

KESALAHAN 1 (CONTOH DALAM DVD) KALIMAH/ HURUF : Huruf (ب) pada kalimah ) هللا م س )ب

JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf (ب) berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut

‘Ismillah...’

BACAAN BETUL : Sebutan dan bunyi huruf (ب) berbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas

dan terang. Mungkin kesalahan ini lebih mudah terjadi jika kita membacanya secara

‘sirr’ (perlahan), dimana banyak lafaz kalimah tidak disebut secara jelas.

KESALAHAN 2 (CONTOH DALAM DVD) KALIMAH/ HURUF : Huruf )س( pada kalimah ) هللا م س )ب

JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf )س ( disebut dengan tebal seakan-akan bunyi huruf (ص). Malah, ia juga

kadangkala dibunyikan seperti bunyi huruf )ث (

AYAT 1

13

Page 18: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Sebutan dan bunyi huruf )س( berbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas

dengan mengeluarkan huruf ) س( dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan cara

mendatarkan lidah, kemudian ia diletakkan dekatkan hujung lidah dengan belakang

gigi hadapan sebelah bawah.

Kemudian, pastikan sifat khusus yang membuatkan bunyinya lebih nipis iaitu sifat

Istifal dan Infitah didatangkan dengan sesempurna mungkin bagi membezakannya

dengan sifat khusus bunyi huruf (ص) yang lebih tebal iaitu sifat Istikla’ dan Itbaq. (Sila

rujuk buku tajwid untuk mengetahui perincian dan perbezaan sifat-sifat huruf ini).

KESALAHAN 3

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه ( pada kalimah ) )هللا

JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf )ه( disebut seperti bunyi huruf )ح ( pedas.

BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ه ( disebut seperti bunyi huruf )ح( . Ia berlaku kerana makhraj (tempat

keluar huruf) kedua-dua huruf ini berhampiran, iaitu makhraj huruf Ha ) ه( terletak di

hujung kerongkong (menyebabkan bunyinya agak ringan), sementara makhraj huruf

Ha pedas )ح( pula terletak di pertengahan kerongkong (bunyinya seperti kita

kepedasan kerana dinding kerongkong tempat keluar laluan suara akan disempitkan

ketika membunyikannya).

Pastikan bunyi huruf Ha ) ه( tidak dibunyikan seperti bunyi huruf Ha pedas )ح(

14

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com

Page 19: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 4 KALIMAH/ HURUF : 2 huruf )ر ( bersabdu pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر

JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf )ر ( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.

BACAAN BETUL : Sebutan dan bunyi huruf )ر ( bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga

jelas perbezaan antara huruf )ر ( bersabdu dengan huruf )ر ( tidak bersabdu. Ini

kerana sebilangan kita, disebabkan ingin membacanya secara cepat, ia akan

menyebabkan bunyi sabdu tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan

seolah-olah huruf )ر ( tidak bersabdu sahaja.

KESALAHAN 5 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : 2 huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر

JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi Ha Maftuhah )ح ( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna

sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh )ه(

BACAAN BETUL : Huruf Ha Maftuhah )ح ( sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya

dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf )ح ( agar bunyinya

dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh )ه(

15

Page 20: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 6 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah ) د م ح )ال

JENIS KESALAHAN : Huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah tersebut dilafaz dengan huruf Ha Marbuthoh )ه(

BACAAN BETUL : Huruf Ha Maftuhah )ح ( perlu disebut secara jelas pada makhrajnya iaitu dengan cara

menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Suara yang keluar akan berbunyi

seakan-akan ketika kita kepedasan.

Bunyi huruf Ha Maftuhah )ح ( juga akan lebih jelas jika kita menyempitkan sedikit aliran

keluar udara pada pertengahan kerongkong. Ini berbeza dengan huruf Ha Marbuthoh

) ه( di mana udara akan keluar begitu sahaja ketika menyebutnya.

KESALAHAN 7

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه ( pada kalimah ) (

JENIS KESALAHAN : Sebutan huruf )ه( disebut seperti bunyi huruf )ح ( pedas.

BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ه ( disebut seperti bunyi huruf )ح( . Ia berlaku kerana makhraj (tempat

keluar huruf) kedua-dua huruf ini berhampiran, iaitu makhraj huruf Ha ) ه( terletak di 16

AYAT 2

Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com

Page 21: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

hujung kerongkong (menyebabkan bunyinya agak ringan), sementara makhraj huruf

Ha pedas )ح( pula terletak di pertengahan kerongkong (bunyinya seperti kita

kepedasan kerana dinding kerongkong tempat keluar laluan suara akan disempitkan

ketika membunyikannya).

Pastikan bunyi huruf Ha ) ه( tidak dibunyikan seperti bunyi huruf Ha pedas )ح(

KESALAHAN 8 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )ین م ل ع )ال

JENIS KESALAHAN : Huruf )ع ( dilafaz dengan bunyi huruf أ( )

BACAAN BETUL : Huruf )ع ( pada kalimah tersebut perlu disebut dengan jelas pada makhrajnya iaitu

dengan cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong.

Kesalahan yang selalu dilakukan ialah kita mengeluarkan bunyi huruf )ع ( dari makhraj

huruf أ( ) iaitu dari pangkal kerongkong. Walaupun makhraj huruf )ع ( dan makhraj

huruf أ( ) terletak bersebelahan iaitu pangkal dan pertengahan kerongkong, namun

bunyi serta sifatnya amat berbeza.

KESALAHAN 9 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( bersabdu pada kalimah ) حمـن )الر

17

AYAT 3

Page 22: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi huruf )ر ( tersebut disebut dengan bunyi huruf )غ(

BACAAN BETUL : Bunyi huruf )ر ( perlu disebut sesempurna mungkin dari makhrajnya iaitu dengan cara

menekan kawasan belakang hujung lidah ke gusi hadapan sebelah atas dengan

melengkungkannya sedikit.

Ia sangat berbeza dengan makhraj huruf )غ ( yang keluar dengan cara menekankan

suara ke permulaan kerongkong. Untuk maklman juga, ia boleh terjadi disebabkan

masalah ‘pelat’ ketika menyebut huruf )ر ( .

KESALAHAN 10

KALIMAH/ HURUF : 2 huruf )ر( bersabdu pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر

JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf ) ر( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.

BACAAN BETUL : Sebutan & bunyi huruf )ر( bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga jelas

perbezaan antara bunyi huruf )ر ( bersabdu dengan ) ر( tidak bersabdu. Ini kerana

disebabkan kita cuba membacanya secara cepat, ia akan menyebabkan bunyi sabdu

tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan seolah-olah )ر ( tidak bersabdu sahaja.

KESALAHAN 11

KALIMAH/ HURUF : 2 huruf Ha Maftuhah )ح ( pada kalimah )حیم الر ن مـ ح )الر

18

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com

Page 23: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi Ha Maftuhah )ح( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna

sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh )ه (

BACAAN BETUL : Huruf Ha Maftuhah )ح( sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya

dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf )ح( agar bunyinya

tidak sama dan dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh )ه (

KESALAHAN 12

KALIMAH/ HURUF : Bunyi sabdu huruf )د ( pada kalimah )ین )الد

JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf )د ( tersebut tidak didatangkan dengan sempurna sehingga

ia dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘miDiin’, sedangkan bunyi tepatnya ialah

bersabdu iaitu ‘miDDiin’.

BACAAN BETUL : Sebutan bunyi sabdu huruf )د ( perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna. Cara

sebutannya hendaklah tepat dan agak berat, sesuai dengan kaedah sebutan huruf

bersabdu yang betul.

Bunyi huruf )د ( juga perlu dikeluarkan dari makhrajnya dengan betul iaitu hujung lidah

yang ditekan ke pangkal gusi gigi depan, agar ia tidaklah sama dengan bunyi huruf ‘D’

yang agak keras.

19

AYAT 4

Page 24: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 13 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Bunyi sabdu huruf )ي( pada 2 kalimah )یاك )إ

JENIS KESALAHAN : Sebutan bunyi sabdu huruf )ي( tidak didatangkan dengan sempurna sehingga ia

dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘iYaka’, sedangkan bunyi tepatnya ialah

bersabdu iaitu ‘iYYaka’.

BACAAN BETUL : Sebutan bunyi sabdu huruf )ي( perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna agar

ia dapat dibezakan dengan bunyi huruf )ي ( tanpa sabdu.

Ketika membunyikannya juga, pastikan anda tidak ‘berhenti’ seketika pada henjutan

sabdu tersebut.

KESALAHAN 14 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع( pada kalimah ) د ب ع )ن

JENIS KESALAHAN : Huruf )ع( dilafaz dengan bunyi huruf أ( )

BACAAN BETUL : Semasa menyebut huruf )ع ( yang mati pada kalimah ) د ب ع )ن , pembaca perlu berhati-hati

dan cermat agar huruf )ع ( dapat dikeluarkan dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan 20

AYAT 5

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com

Page 25: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Ini kerana, ramai yang

terkadang mengeluarkan bunyi huruf ain dari makhraj huruf أ( )

KESALAHAN 15 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )ین ع ت س )ن

JENIS KESALAHAN : Huruf )ع( dilafaz dengan bunyi huruf أ( )

BACAAN BETUL : Memang huruf )ع ( berbaris bawah pada perkataan ini agak sukar dibunyikan dengan

tepat. Ini kerana bunyinya berada dalam keadaan lemah kerana huruf tersebut berba-

ris bawah. Namun begitu, kita tetap perlu membunyikannya dengan tepat hingga ia

dapat dibezakan dari bunyi huruf أ( ) iaitu dengan cara menekankan suara pada

pertengahan kerongkong.

KESALAHAN 16 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf (ص) pada kalimah ) رط )الص

JENIS KESALAHAN : Huruf (ص) dilafaz dengan bunyi huruf )س(

BACAAN BETUL : Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf (ص) akan mudah bertukar menjadi bunyi huruf )س (

terutamanya ketika huruf (ص) berbaris dibawah. Ini kerana, huruf (ص) dan huruf )س ( 21

AYAT 6

Page 26: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah, kemudian hujung

lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.

Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf

memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan (ص)

dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf (ص) lebih ‘tebal’ dari huruf )س(

KESALAHAN 17 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf (ت) pada kalimah ) قیم ست )الم

JENIS KESALAHAN : Huruf (ت) dilafaz dengan bunyi huruf (ط)

BACAAN BETUL : Bunyi huruf (ت) boleh bertukar menjadi bunyi huruf (ط) jika ia tidak dilafaz dengan

betul. Kesalahan ini terjadi kerana huruf (ت) terletak bersebelahan dengan huruf (ق)

yang tebal dan berat bunyinya. Maka, jika pembaca tidak berhati-hati, kita akan terikut

‘menebalkan’ bunyi huruf (ت) menjadi bunyi huruf (ط)

Oleh itu, pembaca perlu berhati-hati ketika melafazkan perkataan ini dengan

membunyikan huruf (ت) pada makhrajnya secara tepat.

KESALAHAN 18

KALIMAH/ HURUF : Huruf (ق) pada kalimah ) قیم ست )الم

22

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com

Page 27: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

JENIS KESALAHAN : Huruf (ق) dilafaz dengan bunyi huruf (ك)

BACAAN BETUL : Huruf (ق) disini mudah disebut secara salah menjadi bunyi huruf (ك) kerana ia

berbaris di bawah. Tambahan pula, huruf selepas dan sebelumnya berbunyi agak

ringan.

Walau bagaimanapun, apabila huruf (ق) berbaris bawah, bunyinya hanya menjadi

kurang tebal, bukannya nipis hingga bertukar kepada bunyi huruf (ك) pula. Oleh itu,

kita perlu menjaga bunyi serta sifat ‘isti’la’ pada huruf (ق) dengan membunyikannya

pada makhraj yang betul.

KESALAHAN 19 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf (ص) pada kalimah ) رط )ص

JENIS KESALAHAN : Huruf (ص) dilafaz dengan bunyi huruf )س(

BACAAN BETUL : Seperti perkataan ) رط ) ص pada ayat 6, kesalahan sama mungkin bakal berulang pada

perkataan ini. Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf (ص) akan mudah bertukar menjadi

bunyi huruf )س ( . Kesalahan ini akan lebih mudah terjadi memandangkan huruf (ص)

dan huruf )س ( berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah,

kemudian hujung lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.

23

AYAT 7

Page 28: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf

memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan (ص)

dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf (ص) lebih ‘tebal’ dari huruf )س(

KESALAHAN 20 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ذ ( pada kalimah ) ین ذ )ال

JENIS KESALAHAN : Huruf )ذ ( dilafaz dengan bunyi huruf )ز(

BACAAN BETUL : Huruf )ذ ( jika betul-betul disebut pada makhrajnya iaitu hujung lidah yang dikeluarkan

lalu ditekan ke hujung gigi hadapan sebelah atas, ia akan mengeluarkan bunyi yang

agak kurang desiran ‘zzzz’nya berbanding huruf )ز(

Namun kesalahan yang sering dilakukan, kita membunyikannya dengan bunyi huruf )ذ (

atau lebih tepat seperti bunyi huruf ‘Z’, sedangkan jika dirujuk ilmu tajwid, tempat

keluar makhraj kedua huruf tersebut amat jauh berbeza.

KESALAHAN 21 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )مت نع )أ

JENIS KESALAHAN : Huruf )ع ( dibunyikan bukan pada makhrajnya sehingga bertukar bunyi huruf tersebut

kepada huruf أ( )

24

Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com

Page 29: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Ketika menyebut kalimah )مت نع )أ , ada sebilangan tersasul ketika menyebut huruf )ع (

sehingga menyerupai sebutan huruf أ( ). Kesalahan ini agak popular dilakukan

memandangkan huruf )ع ( pada perkataan ini memang agak sukar disebut dengan

tepat pada makhrajnya. Maka, terjadilah kesalahan popular iaitu bunyi huruf أ( ) yang

dikeluarkan.

Walaupun ia agak sukar, namun kita tetap perlu mendatangkan makhraj dan sifat

huruf )ع ( dengan sempurna agar maknanya tidak berubah.

KESALAHAN 22 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ض ( pada kalimah ) وب غض الم یر )غ dan kalimah )الضالین(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ض ( dilafaz dengan bunyi huruf )د(

BACAAN BETUL : Memang huruf )ض ( sukar dibunyikan dengan sempurna. Ini kerana makhrajnya agak

unik iaitu dengan menekan salah satu sisi (tepi) lidah ke sepanjang gigi geraham atas.

Tambahan pula, huruf )ض ( memiliki sifat khususnya iaitu sifat Istitolah.

Walaubagaimanapun, pembaca boleh mempraktikkan sebutan huruf )ض ( berulangkali

agar bunyi huruf )د ( yang selalu dilafazkan pada perkataan ini dapat dihindarkan.

KESALAHAN 23

14 tasydid (sabdu) selain dari yang telah disebutkan seperti tasydid pada kalimah ) ) هللا

ب ( )ر dan lain-lain. Bunyi tasydid (sabdu) semua perkataan tersebut hendaklah

didatangkan sesempurna mungkin. 25

Page 30: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 24 (CONTOH DALAM DVD)

Kesalahan ketika mewasalkan (menyambungkan) bacaan iaitu :

Tidak membunyikan baris huruf terakhir ketika mewasalkan bacaan. Selalunya

ketika pembaca membaca wasal, mereka menggunakan teknik waqaf iaitu memba-

riskan ‘mati’ huruf terakhir pada kalimah akhir ayat.

Sepatutnya, jika ingin membaca secara wasal, pembaca perlu menghidupkan baris

akhir tersebut, bukannya mematikannya.

Contohnya ialah pada ayat 3 dan 4 :

Jika ayat 3 hendak disambung kepada ayat 4, huruf mim م ( ) pada perkataan

حیم ) الر ) hendaklah dihidupkan ‘baris bawahnya’ menjadi bunyi (rohiiimimaaliki),

bukannya dimatikan iaitu (rohiiimMaliki). Hukum tajwidnya juga sudah bertukar, dari

Mad A’rid Lissukun yang panjangnya 4 atau 6 harakat menjadi Mad Asli iaitu 2

harakat sahaja.

26

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com

Page 31: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Perhatian : Sebanyak 30 dari 51 kesalahan ini ada saya terangkan contoh bacaannya secara praktikal dalam Pakej DVD FATIHAH TERUNGGUL. Dalam ebook ini, kesalahan tersebut ditandakan dengan ayat (CONTOH DALAM DVD). Untuk mendapatkannya, sila layari : www.fatihahterunggul.com

KESALAHAN 1

KALIMAH/ HURUF : Huruf (ب) pada perkataan )بسم(

JENIS KESALAHAN : Huruf tersebut dibunyikan dengan tebal.

BACAAN BETUL : Huruf (ب) termasuk dalam kumpulan huruf Istifal, iaitu huruf yang direndahkan lidah

ketika menyebutnya. Tambahan pula, huruf tersebut berbaris bawah, dimana ia akan

menyebabkan bunyinya agak nipis. Kesalahan lazim yang dilakukan ialah apabila ia

dibunyikan secara tebal. (Untuk mengetahui lebih tepat beza bunyi nipis dan tebal,

anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)

KESALAHAN 2 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )س ( pada perkataan )بسم(

AYAT 1

27

Page 32: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

JENIS KESALAHAN : Terdapat bunyi tambahan pada huruf )س ( yang dimatikan.

BACAAN BETUL : Bunyi sepatutnya bagi huruf )س ( pada kalimah ini ialah (BIS-MI), dengan cara

mematikan sepenuhnya bunyi )س ( tersebut tanpa mengeluarkan bunyi tambahan atau

bunyi seakan Qolqolah selepasnya. Namun, ada juga sesetengah pembaca yang

menyebut huruf )س ( dengan bunyi tambahan iaitu (BIS-SE-MI). Bunyi tambahan yang

tidak diundang itu akan dapat diatasi jika pembaca mematikan huruf tersebut dengan

tepat.

KESALAHAN 3 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf م( ) pada kalimah ) هللا م س )ب

JENIS KESALAHAN : Ia dibunyikan dengan bunyi kurang tepat iaitu ‘MEL’

BACAAN BETUL : Huruf م( ) yang berbaris bawah yang bersambung dengan huruf ) ل ) Lafzul Jalalah

sepatutnya berbunyi ‘MIL’, bukannya ‘MEL’. Kesalahan ini terjadi kerana kita tidak

membunyikan baris bawah huruf م( ) dengan sempurna.

KESALAHAN 4 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه( pada kalimah )هللا(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ه( berbaris bawah tidak disebut dengan tepat pada makhrajnya. 28

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com

Page 33: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Masalah pada huruf ini ialah, kadang-kadang ia disebut dengan bunyi begini

(MILLAH -IR), dimana kelemahan bunyi ini ialah, bunyi hembusan ‘HHH’ huruf )ه (

dihilangkan. Sepatutnya, bunyinya yang tepat ialah begini (MILLAH-HIR), dengan

bunyi hembusan ‘HHH’ kedengaran dengan jelas. Pastikan huruf )ه( dibunyikan

dengan tepat pada makhrajnya.

KESALAHAN 5 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه( pada kalimah )هللا(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ه ( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘HER’

BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf )ه ( berbaris bawah yang bersambung dengan

huruf )ر ( yang dimatikan ialah ‘HIR’ bukannya ‘HER’. Kesalahan kecil sebegini kerap

terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi

huruf )ه ( berbaris bawah.

KESALAHAN 6 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Bunyi huruf )ر ( bersabdu pada kalimah )الرحمن(

JENIS KESALAHAN : Bunyi sabdu pada huruf tersebut telah dipanjangkan tanpa sebab.

29

Page 34: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Walaupun diakui, huruf )ر( bersabdu agak berat/bergetar dan berbeza bunyinya

dengan )ر( tidak bersabdu, ia tidak bermakna bunyinya perlu dipanjangkan untuk

menunjukkan perbezaannya. Selalunya, kesalahan dilakukan dengan memanjangkan

bunyi (HIRR) sebanyak satu setengah harakat. Cara bacaan sebegini kurang tepat

kerana bunyi panjang atau ‘mad’ hanya wujud pada keadaan khusus sahaja. (secara

asasnya pada huruf Alif, Wau dan Ya)

KESALAHAN 7

KALIMAH/ HURUF : Bunyi huruf )ر( bersabdu pada kalimah )الرحیم (

JENIS KESALAHAN : Bunyi ‘NIR’ tersebut telah dipanjangkan tanpa sebab.

BACAAN BETUL : Kesalahan ini sebenarnya lebih kurang sama dengan kesalahan di atas, iaitu

memanjangkan bunyi huruf )ر( bersabdu lebih dari sepatutnya. Sebaiknya, kesalahan

ini perlu dielakkan kerana dengan memanjangkan bunyi huruf )ر ( bersabdu, ia seolah-

olah seperti kita menambah satu lagi huruf )ر ( pada perkataan tersebut.

KESALAHAN 8 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ر ( berbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAH’

30

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com

Page 35: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ر ( yang tepat pada 2 perkataan ini ialah dengan bunyi ‘ROH’ bukan

‘RAH’. Ini adalah kerana, asal bunyi huruf )ر ( berbaris atas adalah ‘RO’ bukannya

‘RA’. Begitu juga, huruf )ر ( berbaris atas ini perlu ditebalkan bunyinya. (Untuk

mengetahui lebih tepat cara menebalkan bunyi huruf ini, anda digalakkan

mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)

KESALAHAN 9

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم(

JENIS KESALAHAN : Getaran pada huruf ) ر( berbaris atas dibunyikan lebih dari sepatutnya.

BACAAN BETUL : Walaupun diakui, huruf )ر( memiliki sifat khususnya iaitu Takrir yang bermaksud

bergetar, namun kadar getarannya tidaklah terlalu berlebihan. Bunyi getaran tersebut

adalah sederhana, cukup hanya didengari oleh pembaca sahaja (Untuk mengetahui

lebih tepat kadar bunyi getaran ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-

Quran berpengalaman)

KESALAHAN 10 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن( pada kalimah ) الرحمن( dan )الرحیم(

JENIS KESALAHAN : Huruf ) ن( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘NER’

31

Page 36: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf ) ن( berbaris bawah yang bersambung dengan

huruf )ر( yang dimatikan ialah ‘NIR’ bukannya ‘NER’. Kesalahan kecil sebegini kerap

terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi

huruf )ن ( berbaris bawah.

KESALAHAN 11

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي ( pada kalimah )الرحیم (

JENIS KESALAHAN : Huruf )ي ( tidak dipanjangkan dengan kadar mad sepatutnya.

BACAAN BETUL : Hukum bacaan pada huruf mad )ي( yang diwaqafkan ialah Mad 'Aridh Lissukun. Kadar

panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya dipanjangkan tidak

kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang ditentukan.

KESALAHAN 12 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada kalimah )الحمد (

JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan ‘LE’ yang tidak diperlukan.

32

AYAT 2

Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com

Page 37: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf )ل ( berbaris mati ialah ‘AL-HAMDU’. Namun, ada juga

sesetengah pembaca yang menambah bunyi pada bunyi mati huruf )ل ( tersebut

menjadi ‘ALE-HAMDU’. Walaupun bunyi tambahan ini kurang jelas, ia perlu dielakkan

dari berlaku kerana bacaan kita akan kurang kesempurnaannya.

Cara yang paling mudah untuk elakkan kesalahan ini ialah dengan menekankan tepi

hujung lidah ke gusi atas sepenuhnya dan pastikan tiada sebarang bunyi ’LE’ keluar

ketika hendak mula menyebut makhraj huruf selepas huruf )ل( iaitu huruf Ha pedas )ح(

KESALAHAN 13 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )م ( pada kalimah )الحمد(

JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan ‘ME’ yang tidak diperlukan.

BACAAN BETUL : Kesalahan ini adalah lebih kurang sama dengan kesalahan di atas, iaitu terdapat bunyi

tambahan selepas bunyi huruf )م ( yang dimatikan iaitu begini ‘ALHAME-DU’. Bunyi

yang tepat ialah begini ‘ALHAM-DU’, iaitu dengan cara mendatangkan bunyi mati huruf

) م( itu sepenuhnya tanpa sebarang bunyi tambahan selepasnya.

KESALAHAN 14 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada perkataan )(

JENIS KESALAHAN : Ia dibaca dengan bunyi kurang tepat iaitu ‘LEL’ 33

Page 38: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Asas bunyi huruf )ل ( yang berbaris bawah ialah ‘LI’. Maka dalam kes ini, bunyinya

yang tepat ialah ‘LIL’ bukannya ‘LEL’. Kesalahan sebegini mudah terjadi kerana ketika

membaca Al-Quran, kita terpengaruh dengan lafaz ‘lidah melayu’ yang agak ringan

sebutannya.

KESALAHAN 15

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ه( pada kalimah )(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ه( berbaris bawah tidak disebut dengan tepat pada makhrajnya.

BACAAN BETUL : Ada 2 jenis kesalahan bagi huruf ini :

1. Kadang-kala, ia disebut dengan bunyi begini (LILLA-IROBBIL), dimana kelemahan

bunyi ini ialah, bunyi ‘HHH’ huruf )ه ( kurang kedengaran. Sepatutnya, bunyi yang tepat

ialah begini (LILLAH-IROBBIL), dengan bunyi hembusan udara ‘HHH’ kedengaran

dengan jelas, menunjukkan huruf )ه ( telah dibunyikan denan tepat pada makhrajnya.

2. Huruf )ه ( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu begini (LILLA-HE).

Sepatutnya, bunyi tepat bagi huruf ini ialah (LILLA-HI).

KESALAHAN 16 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah )رب(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ر ( berbaris atas tidak ditebalkan bunyinya. 34

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com

Page 39: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

BACAAN BETUL : Sebenarnya terdapat 2 kesalahan pada huruf ini iaitu :

1 - Huruf )ر ( berbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAB’, sedangkan bunyi yang

tepat ialah ‘ROB’, mengambilkira asal bunyi huruf )ر ( berbaris atas ialah ‘RO’.

2 - Huruf )ر ( berbaris atas tidak ditebalkan bunyinya, sedangkan ia wajib dibunyikan

dengan tebal (tafkhim) kerana menuruti criteria huruf )ر( yang perlu ditebalkan

bunyinya. (Untuk mengetahui lebih tepat cara membunyikan )ر( tebal, anda digalakkan

mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)

KESALAHAN 17 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada perkataan )العالمین رب(

JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan ‘LE’ yang tidak diperlukan.

BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf )ل ( yang dimatikan ialah ‘ROBBIL’. Tetapi ada sebilangan

pembaca yang tidak cermat ketika mendatangkan bunyi matinya hingga menyebabkan

ada sedikit bunyi lantunan tambahan wujud iaitu begini ‘ROBBIL-E’. Maka, pastikan

huruf )ل ( dimatikan sesempurna mungkin bagi mengelakkan kesalahan tersebut

terjadi.

KESALAHAN 18

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )العالمین(

35

Page 40: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

JENIS KESALAHAN : Bunyi huruf )ع ( disebut secara sengau kerana keluar dari rongga hidung.

BACAAN BETUL : Makhraj bagi huruf )ع ( ialah dari pertengahan kerongkong dan sepatutnya ia

ditekankan dengan sempurna bagi mendapatkan bunyi huruf )ع ( yang diinginkan. Jika

ia dapat dilakukan dengan sempurna, sudah tentu kesalahan membunyikannya dari

secara sengau iaitu dari hidung akan dapat dielakkan.

KESALAHAN 19

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ر( berbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAH’

BACAAN BETUL : Sebutan huruf )ر ( yang tepat pada 2 perkataan ini ialah dengan bunyi ‘ROH’ bukan

‘RAH’. Ini adalah kerana, asal bunyi huruf )ر ( berbaris atas adalah ‘RO’ bukannya

‘RA’. Begitu juga, huruf )ر( berbaris atas ini perlu ditebalkan bunyinya.

(Untuk mengetahui lebih tepat cara menebalkan bunyi huruf ini, anda digalakkan

mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)

36

AYAT 3

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com

Page 41: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 20

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada kalimah ) الرحمن ( dan )الرحیم (

JENIS KESALAHAN : Getaran lidah ketika menyebut huruf )ر ( berbaris atas dibunyikan lebih dari

sepatutnya.

BACAAN BETUL : Walaupun diakui, huruf )ر ( memiliki sifat khususnya iaitu Takrir yang bermaksud

bergetar, namun kadar getarannya tidaklah terlalu berlebihan. Bunyi getaran tersebut

adalah sederhana, cukup hanya didengari oleh pembaca sahaja (Untuk mengetahui

lebih tepat kadar bunyi getaran ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru

Al-Quran berpengalaman)

KESALAHAN 21

KALIMAH/ HURUF : Huruf ) ن( pada kalimah الرحیم الرحمن( )

JENIS KESALAHAN : Huruf )ن ( berbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘NER’

BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf )ن( berbaris bawah yang bersambung dengan

huruf )ر( yang dimatikan ialah ‘NIR’ bukannya ‘NER’. Kesalahan kecil sebegini kerap

terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi

huruf )ن ( berbaris bawah.

37

Page 42: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 22

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي ( pada kalimah ) الرحیم(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ي( tidak dipanjangkan dengan kadar mad sepatutnya.

BACAAN BETUL : Hukum bacaan pada huruf mad )ي( yang diwaqafkan ialah Mad 'Aridh Lissukun. Kadar

panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya dipanjangkan tidak

kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang ditentukan.

KESALAHAN 23

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( pada kalimah )ملك (

JENIS KESALAHAN : Wujud kesalahan membunyikan huruf tersebut kepada bunyi ‘LE’.

BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf )ل( berbaris mati ialah (LI = MAALIKI). Namun, ada juga

sesetengah pembaca yang tidak mendatangkan bunyinya dengan tepat sehingga

keluar bunyi salah iaitu (LE = MALEKI). Kesalahan ini mungkin berlaku kerana

pembaca ingin menyebutnya secara cepat hingga menyebabkan huruf tersebut tidak

dibunyikan dengan sempurna.

38

AYAT 4

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com

Page 43: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 24 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )و( pada kalimah )یوم(

JENIS KESALAHAN : Bunyi huruf )و ( dipanjangkan seakan-akan seperti hukum Mad Asli

BACAAN BETUL : Huruf )و ( berbaris atas pada kalimah tersebut merupakan huruf Mad Lin bukannya

Mad Asli. Maka ia hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja. Jika kita

membacanya secara wasal (sambung - bacaan biasa), maka ia tidak harus

dipanjangkan.

KESALAHAN 25

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي( pada kalimah )الدین(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ي( tidak dipanjangkan dengan kadar mad yang sepatutnya.

BACAAN BETUL : Hukum bacaan pada huruf mad )ي( yang diwaqafkan pada kalimah tersebut ialah Mad

'Aridh Lissukun. Kadar panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya

dipanjangkan tidak kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang

ditentukan. Begitu juga, pastikan kadar panjang mad yang dipilih sekata dan sama

dengan panjang Mad ‘Aridh Lissukun ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Jika anda

memilih 4 harakat, maka semua waqaf Mad Aridh Lissukun pada surah ini akan dibaca

dengan kadar yang sama.

39

Page 44: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 26 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada kalimah )الدین(

JENIS KESALAHAN : Waqaf pada huruf )ن ( dengan mendengungkannya.

BACAAN BETUL : Untuk makluman, hukum ‘Wajibul Ghunnah’ hanya wujud pada huruf )ن ( dan )م ( yang

bersabdu sahaja. Manakala huruf )ن ( dalam kalimah ini tidak termasuk dalam hukum

tersebut kerana ia tidak bersabdu. Maka pastikan, bunyi )ن ( itu tidak didengungkan

atau dipanjangkan bacaannya.

KESALAHAN 27 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ي ( bertasydid pada kalimah )إیاك(

JENIS KESALAHAN : Bunyi tasydid yang dibuat terlalu kuat.

BACAAN BETUL : Ada sesetengah pembaca membunyikan tasydid pada huruf )ي( dengan begitu kuat/

berat sehingga ia seakan bunyi huruf Jim )ج( iaitu begini ‘IJJA’. Sepatutnya, bunyi

tersebut hendaklah didatangkan dengan tidak terlalu berlebihan, cukup sekadar bunyi

tasydidnya jelas kedengaran iaitu ‘IYYA’.

40

AYAT 5

Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com

Page 45: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 28 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada kalimah ( د ب ع ( ن

JENIS KESALAHAN : Menebalkan bunyi huruf )ن ( pada kalimah tersebut.

BACAAN BETUL : Huruf )ن ( merupakan huruf Istifal yang nipis bunyinya. Kesalahan terjadi bila ia

dibunyikan secara tebal dengan bunyi ‘NOK’, sedangkan bunyi yang tepat ialah ‘NAK’.

Ia berpunca kerana huruf )ن ( terletak sebelah huruf )ع ( dan disebabkan makhraj

keduanya agak jauh, iaitu )ن ( di hujung lidah sementara )ع ( di tengah kerongkong,

maka untuk mengambil jalan mudah, kita cenderung membunyikan )ن ( dari tengah

lelangit yang menyebabkan bunyinya agak tebal.

KESALAHAN 29 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah ( د ب ع ( ن

JENIS KESALAHAN : Huruf )ع ( tidak dimatikan dengan sempurna hingga terdapat bunyi tambahan.

BACAAN BETUL : Bunyi mati huruf )ع ( perlu dimatikan dengan sempurna dengan bunyi ‘NAK-BUDU’.

Jika ia dilakukan dengan baik, tidak akan keluar bunyi tambahan seperti

‘NAK-E-BUDU’. Walaupun bunyi tambahan ‘E’ biasanya tidak kuat, namun ia boleh

mencacatkan kesempurnaan bacaan Fatihah.

41

Page 46: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 30

KALIMAH/ HURUF : Huruf )و ( pada kalimah )وایاك(

JENIS KESALAHAN : Membunyikan huruf )و ( secara kurang tepat.

BACAAN BETUL : Kesalahan terjadi bila huruf )و ( dibunyikan begini ‘WAK-IYYAKA’, sedangkan bunyi

tepat agak lembut dan berterusan sambungan bunyinya dengan huruf Alif selepasnya

iaitu begini ‘WA-IYYAKA’. Walaupun kesalahan ini dianggap agak kecil, namun ia

patut dielakkan bagi mencapai bacaan yang sifar kesalahan tajwid.

KESALAHAN 31 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : huruf )س( pada kalimah )نستعین(

JENIS KESALAHAN : Huruf ) س( dibunyikan secara kurang sempurna hingga muncul bunyi tambahan

selepasnya.

BACAAN BETUL : Terdapat bunyi tambahan selepas huruf )س( yang dimatikan iaitu begini

(NAS-SE-TA’IIN), sedangkan bunyinya yang tepat ialah mematikan huruf )س( dengan

sempurna dengan bunyi begini (NAS-TA’IIN).

42

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com

Page 47: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 32

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( pada kalimah )نستعین(

JENIS KESALAHAN : Huruf ) ع( dikeluarkan bunyinya dari hidung.

BACAAN BETUL : Untuk pengetahuan, makraj bunyi huruf )ع ( tidak ada kena-mengena dengan hidung.

Ini kerana ia keluar dari pertengahan kerongkong. Masalah terjadi bila huruf )ع (

berbaris bawah itu dibunyikan dari hidung seperti dengung sedangkan bunyi huruf

yang keluar dari hidung hanya 2 sahaja iaitu huruf )ن ( dan )م ( yang bertasydid. Maka

disarankan kita berhati-hati dalam perkara ini. (Untuk mengetahui lebih tepat bentuk

kesalahan ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran

berpengalaman)

KESALAHAN 33 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf ا ( ) pada kalimah )اھدنا(

JENIS KESALAHAN : Huruf tersebut dibunyikan secara kurang tepat.

BACAAN BETUL : Kesalahan berlaku apabila huruf ا ( ) berbaris bawah dibunyikan begini (EH-DINAS),

sedangkan bunyi tepatnya ialah (IH-DINAS). Maka pastikan bunyi baris bawah

huruf ) ا ) dibunyikan sesempurna mungkin. 43

AYAT 6

Page 48: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 34 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada kalimah )اھدنا(

JENIS KESALAHAN : Ia telah dibunyikan secara kurang tepat.

BACAAN BETUL : Ramai yang membunyikan huruf )ن ( yang bersambung dengan huruf )ص ( ini secara

tebal iaitu begini (NOS-SIROOTOL). Kesalahan ini terjadi kerana kita terpengaruh

dengan bunyi huruf )ص ( yang merupakan huruf Istikla selepasnya. Maka bunyi yang

tepat ialah mendatangkan asal bunyi nun berbaris atas iaitu (NA) secara tepat bila

menyambungkannya dengan bunyi huruf )ص ( iaitu begini (NAOS-SIROOTOL).

KESALAHAN 35 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر( pada kalimah ) رط )الص

JENIS KESALAHAN : Huruf )ر( dilafaz secara nipis dengan bunyi (RA)

BACAAN BETUL : Huruf ) ر( pada kalimah di atas sepatutnya dibunyikan dengan tebal iaitu (RO) kerana

ia berbaris di atas. Tetapi kadangkala ada sebahagian kita yang membunyikannya

dengan nipis iaitu (RA). Disebabkan huruf )ر ( merupakan huruf yang sering berubah

sifat bunyi tebal dan nipisnya bergantung kepada baris, maka kita perlu berhati-hati

ketika mengecam bunyi paling tepat bagi huruf ini berdasarkan keadaannya.

44

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com

Page 49: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 36

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ط ( pada kalimah ) رط )الص

JENIS KESALAHAN : Huruf )ط ( dilafaz secara nipis dengan bunyi (TAL)

BACAAN BETUL : Huruf )ط( merupakan huruf Istikla yang perlu ditebalkan bunyinya. Bunyi yang tepat

ialah (TOL), iaitu dengan mendatangkan kesemua 6 sifatnya secara sempurna. Jika ia

dibunyikan dengan sebutan nipis iaitu bunyi (TAL), ia dianggap kurang tepat kerana

bunyi itu telah menghilangkan sifat Istikla yang sepatutnya tebal dan berat bunyinya.

KESALAHAN 37

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ق( pada kalimah )المستقیم(

JENIS KESALAHAN : Bunyinya ditebalkan lebih dari hadnya.

BACAAN BETUL : Walaupun Huruf ) ق( termasuk huruf Istikla yang tebal bunyinya, namun bunyi tebalnya

akan berkurangan bila ia berbaris bawah.

Pastikan ketebalan bunyinya dikurangkan sedikit, tetapi berhati-hati juga ketika

mengurangkan ketebalannya agar ia tidak menjadi nipis sehingga bertukar bunyi

seakan huruf )ك(

45

Page 50: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 38

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر ( pada pada perkataan )صراط(

JENIS KESALAHAN : Huruf tersebut dibunyikan dengan kurang tepat.

BACAAN BETUL : Untuk makluman, huruf ) ر( yang berbaris di atas bunyinya adalah (RO) bukannya

(RA). Kesalahan berlaku apabila pembaca membunyikannya dengan bunyi tarqiq )ر (

(nipis) iaitu (SIRAATOL), sedangkan bunyi tepatnya ialah (SIROOTOL) kerana huruf

) ر( tersebut perlu ditebalkan bunyinya kerana ia berbaris di atas.

KESALAHAN 39

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ط ( pada kalimah )صراط(

JENIS KESALAHAN : Huruf )ط ( dilafaz secara nipis dengan bunyi (TAL)

BACAAN BETUL : Huruf )ط ( merupakan huruf Istikla yang perlu ditebalkan bunyinya. Bunyi yang tepat

ialah (TOL), iaitu dengan mendatangkan kesemua 6 sifatnya secara sempurna. Jika ia

dibunyikan dengan sebutan nipis iaitu bunyi (TAL), ia dianggap kurang tepat kerana

bunyi itu telah menghilangkan sifat Istikla yang sepatutnya tebal dan berat bunyinya.

46

AYAT 7

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com

Page 51: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 40 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن ( pada perkataan )أنعمت (

JENIS KESALAHAN : Terdapat bunyi tambahan selepas bunyi )ن( yang dimatikan

BACAAN BETUL : Ramai pembaca menambah bunyi yang tidak diperlukan selepas bunyi )ن( yang

dimatikan iaitu begini (ANA-AMTA), sedangkan bunyi tepat ialah menyempurnakan

bunyi matinya iaitu begini (AN-AMTA). Kesalahan ini berlaku kerana kecuaian

pembaca ketika membunyikan hukum Izhar Halqi pada huruf Nun mati itu dengan

sempurna.

KESALAHAN 41 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf م( ) pada perkataan )أنعمت(

JENIS KESALAHAN : terdapat bunyi tambahan selepas bunyi م( ) yang dimatikan

BACAAN BETUL : Ramai pembaca menambah bunyi yang tidak diperlukan selepas bunyi م ( ) yang

dimatikan iaitu begini (AN’AME-TA), sedangkan bunyi tepat ialah menyempurnakan

bunyi matinya iaitu begini (AN’AM-TA). Kesalahan ini berlaku kerana kecuaian

pembaca dalam membunyikan hukum Izhar Syafawi pada huruf Mim mati itu dengan

sempurna.

47

Page 52: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 42

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ع ( dalam kalimah )انعمت علیھم(

JENIS KESALAHAN : Membunyikan huruf )ع ( secara kurang tepat, seakan-akan ada tasydid padanya.

BACAAN BETUL : Kesalahan terjadi bila huruf )ع ( dibunyikan begini (AN’AM-TAK-ALAIHIM) seolah-

olahnya ada sabdu pada huruf )ع ( sedangkan bunyi tepatnya agak lembut dan

berterusan sambungan bunyinya iaitu begini (AN’AM-TA-ALAIHIM). Walaupun

kesalahan ini dianggap agak kecil, namun ia patut dielakkan bagi mencapai bacaan

yang sifar kesalahan tajwid.

KESALAHAN 43 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ھـ ( pada 2 perkataan )لیھم )ع

JENIS KESALAHAN : Ia dibunyikan dengan bunyi begini - (HEM)

BACAAN BETUL : Bunyi tepat bagi huruf ) ھـ( berbaris bawah ialah (HI) bukannya (HE). Oleh itu, bunyi

tepat pada perkataan tersebut ialah (ALAIHIM). Tetapi kadangkala, ada juga

sebilangan pembaca yang tidak membunyikan kasrah huruf ) ھـ( dengan tepat dengan

sebutan seperti (ALAIHEM). Oleh itu, pastikan pembaca membunyikan huruf )ھـ(

berbaris bawah yang diikuti dengan mim mati sesempurna mungkin menurut bunyinya

yang tepat.

48

Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com

Page 53: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 44 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf ghain غ ( ) pada kalimah ر ـی )غ )

JENIS KESALAHAN : Ia telah ditipiskan bunyinya tanpa sebab.

BACAAN BETUL : Sebenarnya, bunyi bagi huruf غ ( ) yang tepat dari segi makhraj dan sifatnya

kedengaran agak tebal dan berat bunyinya iaitu (GHOIRIL). Tetapi, banyak juga

pembaca membunyikannya secara nipis iaitu (GHAIRIL). Cara sebutan sebegini

sebenarnya kurang tepat kerana ia tidak memenuhi salah-satu dari sifat huruf غ ( ) iaitu

Sifat Isti’la.

KESALAHAN 45 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ر( pada kalimah ر ـی ) غ )

JENIS KESALAHAN : Huruf )ر( berbaris bawah disebut secara salah iaitu (REL).

BACAAN BETUL : Bunyi yang tepat bagi huruf )ر( tersebut ialah (GHAIRIL), bukannya (GHAIREL). Ia

berdasarkan asal bunyi huruf )ر ( berbaris bawah iaitu (RI), bukannya (RE). Pastikan

para pembaca membunyikanya dengan bunyi yang tepat.

49

Page 54: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

KESALAHAN 46 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )م ( pada kalimah )المغضوب(

JENIS KESALAHAN : Ia telah dibunyikan secara tebal.

BACAAN BETUL : Huruf )م ( adalah huruf istifal dan sepatutnya ia dibunyikan secara nipis. Kesalahan

membunyikannya secara tebal berlaku kerana bunyinya telah dipengaruhi oleh bunyi

huruf غ( ) selepasnya yang merupakan huruf Istikla. (Untuk mengetahui lebih tepat

beza bunyi nipis dan tebal, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran

berpengalaman)

KESALAHAN 47 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf غ( ) pada kalimah )المغضوب(

JENIS KESALAHAN : Wujud bunyi tambahan yang tidak diperlukan selepas huruf غ( ) berbaris mati.

BACAAN BETUL : Bunyi sepatutnya bagi huruf غ( ) pada kalimah ini ialah (MAGH-DUB), dengan cara

mematikan sepenuhnya bunyi (غ) tersebut tanpa mengeluarkan bunyi tambahan atau

bunyi seakan Qolqolah selepasnya. Namun, ada juga sesetengah pembaca yang

menyebut huruf (غ) tersebut dengan bunyi tambahan iaitu (MAGH-E-DUB). Bunyi

tambahan yang tidak diundang itu akan dapat diatasi jika pembaca mematikan huruf

tersebut dengan tepat.

50

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com

Page 55: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Begitu juga, diharapkan kita tidak terlupa untuk mendatangkan sekali bunyi ‘tebal’

pada huruf (غ) kerana ia termasuk dalam kumpulan huruf Istikla.

KESALAHAN 48 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل ( dalam kalimah )وال الضالین(

JENIS KESALAHAN : Menebalkan huruf ) ل( - (Lam pada huruf LAM-ALIF)

BACAAN BETUL : Huruf )ل ( (kecuali Lam Lafzul Jalalah) adalah huruf istifal dan sepatutnya ia dibunyikan

secara nipis. Kesalahan membunyikannya secara tebal berlaku kerana bunyinya telah

dipengaruhi oleh bunyi huruf )ض ( selepasnya yang merupakan huruf Istikla. (Untuk

mengetahui lebih tepat beza bunyi nipis dan tebal, anda digalakkan mempelajarinya

dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)

KESALAHAN 49

KALIMAH/ HURUF : Hukum Mad Lazim Kalimi Musaqqal pada kalimah )وال الضالین(

JENIS KESALAHAN : Ia tidak dipanjangkan dengan tepat pada harakatnya.

BACAAN BETUL : Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, ia menjadi

hukum Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan kadar panjang harakatnya ialah 6 harakat.

Masalahnya ialah, ada sebilangan pembaca yang melafazkannya kurang dari 6

51

Page 56: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

harakat. Diharapkan, ia dapat dipanjangkan menurut kadarnya sepatutnya seperti

yang ditetapkan oleh ulama Tajwid.

KESALAHAN 50 (CONTOH DALAM DVD)

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ل( bersabdu pada kalimah )وال الضالین(

JENIS KESALAHAN : Ia telah dipanjangkan bunyi tanpa sebab.

BACAAN BETUL : Huruf )ل( bersabdu sering disalah bunyi dengan memanjangkan sedikit (lebih kurang 1

setengah harakat) tanpa sebab. Kesalahan ini terjadi mungkin berpunca akibat

keinginan untuk mendatangkan secara tepat bunyi ‘sabdu’ huruf )ل ( tersebut. Maka

pastikan, bunyi sabdunya didatangkan dengan tepat tanpa memanjangkan kadar

bacaannya.

KESALAHAN 51

KALIMAH/ HURUF : Huruf )ن( pada kalimah )وال الضالین(

JENIS KESALAHAN : Waqaf pada huruf )ن( dengan mendengungkannya

BACAAN BETUL : Untuk makluman, hukum ‘Wajibul Ghunnah’ hanya wujud pada huruf ‘Nun’ dan ‘Mim’

yang bersabdu/bertasydid sahaja. Manakala bagi huruf )ن( dalam kalimah ini, ia tidak

termasuk dalam hukum tersebut kerana ia tidak bersabdu. Maka pastikan, bunyi )ن (

itu tidak didengungkan atau dipanjangkan bacaannya ketika waqaf. 52

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com

Page 57: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

53

Page 58: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Alhamdulillah, kita telah mengetahui 75 kesalahan bacaan Fatihah (kesalahan

besar dan kecil) yang mungkin ada kita lakukan tanpa sengaja. Jika ia terjadi dalam

bacaan Fatihah anda, cadangan saya, ia bolehlah diperbetulkan, digilap dan

diperkemaskan sekarang. DVD FATIHAH TERUNGGUL insyaAllah sedia

membantu anda.

Selain itu, ada beberapa point penting yang ingin saya tekankan iaitu :

1. Sebenarnya, selain 75 kesalahan ini, masih

banyak lagi kesalahan kecil yang tidak saya

masukkan.

Ini kerana jika ia benar-benar hendak

diperincikan, mungkin jumlahnya bakal

mencecah 200-300 kesalahan pula. Namun

begitu, kebanyakannya tidak relevan kerana

bentuk kesalahannya terlalu kecil dan amat

jarang berlaku. Lagipun saya menganggap bacaan Fatihah anda berada di tahap

'pertengahan' : agak mantap, cuma perlukan penelitian lebih mendalam. Berdasarkan

tahap inilah, 75 kesalahan sahaja dipilih dan diketengahkan dalam ebook ini.

2. Saya mengakui : lain orang, lain kesalahan. Ada yang mungkin langsung tidak

melakukan kesalahan yang disenaraikan, tetapi ada juga sebaliknya.

Malah, barangkali ada dikalangan pembaca melakukan kesalahan kecil yang tidak

saya senaraikan dalam ebook ini. Ini kerana, kualiti bacaan fatihah masyarakat kita

berbeza-beza. Maka natijahnya, 'standard' Fatihah kita juga berbeza.

3. Anda perlu kerap berlatih membaca Fatihah pada bunyi yang betul walaupun anda

sudah mengetahui 'teori' bentuk kesalahannya dan mengetahui bunyi tepatnya dari

DVD TAJWID TERUNGGUL.

‘Alhamdulillah,

saya 100% tak buat pun kesalahan - kesalahan

ni…. mungkin sikit-sikit je lah terbabas sebut ‘Ha pedas’ jadi ‘Ha kurang

pedas’……’

54

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com

Page 59: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Ini kerana, ilmu ini hanya dapat dikuasai melalui jalan praktikal. Berdasarkan

pengalaman saya mengajar Al-Quran, jika anda membaca Fatihah dengan bacaan

kurang tepat selama 10 tahun, anda barangkali sukar mengungkapkan bacaan tepat

dan mengekalkannya dengan sekali baca sahaja. Oleh itu, saya sarankan sekali lagi :

Praktikkan, praktikkan, praktikkan. InsyaAllah, lama kelamaan, kesalahan semakin

mengecil dan bacaan Fatihah anda semakin sempurna.

4. Jika anda punya kesempatan, carilah tuan Guru pakar Al-Quran dan ber’talaqqi’lah

secara intensif dengan mereka.

InsyaAllah, kita akan mengetahui kaedah lebih tepat mendatangkan sebutan sabdu

serta beza sebenar bunyi huruf ‘Ha pedas’ dan ‘Ha gulung’. Tuan guru juga akan

mendedahkan beberapa kesalahan lain yang mungkin anda lakukan tetapi tidak

tersenarai dalam ebook atau DVD ini, terutamanya dalam hal yang bersangkutan

dengan makhraj, sifat serta fasohah sebutan kalimah.

Akhir kalam, saya berharap anda semua memperoleh manfaat besar dari ebook

ini. Tetapi, jika pembaca punya pandangan, idea, atau sebarang cadangan positif

untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan kita, saya amat gembira untuk

mengetahuinya melalui :

[email protected] [email protected]

Www.facebook.com/asraffayob

Akhir sekali, jika ada sebarang khilaf serta kesilapan, kepada Allah S.W.T saya

memohon hidayah & keampunan.

Wassalam.

Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz 25 September 2011

55

Page 60: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

56

Page 61: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda
Page 62: FATIHAH O.K ATAU K.O? ‘Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda

Ebook 145 Fakta Menarik & Menakjubkan

mengenai Al-Quran yang jarang anda ketahui walaupun

membacanya setiap hari!!

Ebook KAEDAH JIBRIL

Kaedah mudah & praktikal menghafaz surah Al-Quran khusus

untuk gol. Awam yg sibuk setiap

Ebook QURANOLOGY

Panduan efektif memahami Teks dan konteks Al-Quran, agar

Anda teruja membacanya!

Video panduan KAEDAH JIBRIL

Video penerangan bergambar Oleh Ustaz Asraff mengenai Kaedah ini secara terperinci.

4 PRODUK HEBAT

1 tiket percuma ke seminar kaedah hafazan super utk sicilik

‘KAEDAH XXX’ (berharga RM 125)

Dan

1 tiket DISKAUN seminar sama berharga RM 25 sahaja