pembinaan talian atas

24
PEMBINAAN TALIAN ATAS 1. Arah Mengolek Drum a.Drum pengalir mestilah digolek mengikut arah yang ditunjukkan pada drum pengalir. b.Sekiranya drum pengalir digolek mengikut arah yang berlawanan, pengalir di drum akan terombak daripada gulungnya 2. Kedudukan Drum Pengalir a.Drum pengalir ditempatkan samada di tiang tamatan atau tiang pembahagian (tiang dimana konduktor pengalir ditamatkan). Kedudukan drum tersebut lebih kurang lurus dengan tiang-tiang yang didirikan. b.Untuk menyenangkan perjalanan drum pengalir semasa konduktor pengalir dilarikan, drum tersebut hendaklah dibiarkan di dalam keadaan tergantung. c.Keadaan ini boleh didapati dengan memasukkan satu bar keluli kedalam lubang drum pengalir dan ditempatkan pada jack drum. d.Jack drum ditempatkan pada kawasan tanah yang padat serta rata. e.Konduktor pengalir dikeluarkan dibahagian atas drum pengalir semasa kerja-kerja merentang kabel dijalankan. f.Pada drum pengalir tersebut juga hendaklah dibekalkan papan/kayu sebagai penahan kelajuan drum semasa konduktor pengalir direntang. 1

Upload: mohamad-syukri-abd-rahaman

Post on 07-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

OVERHEAD

TRANSCRIPT

Page 1: Pembinaan Talian Atas

PEMBINAAN TALIAN ATAS

1. Arah Mengolek Drum

a. Drum pengalir mestilah digolek mengikut arah yang ditunjukkan pada drum pengalir.

b. Sekiranya drum pengalir digolek mengikut arah yang berlawanan, pengalir di drum akan terombak daripada gulungnya

2. Kedudukan Drum Pengalir

a. Drum pengalir ditempatkan samada di tiang tamatan atau tiang pembahagian (tiang dimana konduktor pengalir ditamatkan). Kedudukan drum tersebut lebih kurang lurus dengan tiang-tiang yang didirikan.

b. Untuk menyenangkan perjalanan drum pengalir semasa konduktor pengalir dilarikan, drum tersebut hendaklah dibiarkan di dalam keadaan tergantung.

c. Keadaan ini boleh didapati dengan memasukkan satu bar keluli kedalam lubang drum pengalir dan ditempatkan pada jack drum.

d. Jack drum ditempatkan pada kawasan tanah yang padat serta rata.e. Konduktor pengalir dikeluarkan dibahagian atas drum pengalir semasa

kerja-kerja merentang kabel dijalankan.f. Pada drum pengalir tersebut juga hendaklah dibekalkan papan/kayu

sebagai penahan kelajuan drum semasa konduktor pengalir direntang.

3. Perhatian Pada Konduktor Pengalir Aluminium

a. Pengalir aluminium tidak boleh dilarikan/direntang pada permukaan yang kasar, kesat, keras atau pun tajam.

b. Pengalir aluminium tidak boleh ditarik diatas permukaan jalanraya, pagar batu bata, keluli dan besi.

c. Pengalir aluminium juga tidak boleh dilarikan pada pendakap D yang tidak berlapik.

1

Page 2: Pembinaan Talian Atas

Bingkai kayu pelari hendaklah ditempatkan diperantaraan pendakap D dan penebat belenggu semasa merentang/memegang konduktor pengalir.

2

Page 3: Pembinaan Talian Atas

Cara-Cara Menanam Tiang

d. Menggali Lubang Tiang Kayu Bagi Tiang Sesalur Terus

Untuk mendirikan tiang kayu perlulah digali lubang berbentuk empatsegi sama. Saiz ukuran lubang tersebut adalah bergantung kepada saiz yang terdapat pada pangkal tiang kayu. Lubang ini digali lebih besar sedikit supaya menyenangkan tiang tersebut diselaraskan kedudukannya supaya lurus dan tegak.

Dalam lubang yang digali bergantung pada panjang tiang tersebut, jika didapati panjang tiang melebehi daripada 10.5 meter, dalam lubang yang digali ialah 1.8 meter dan sekiranya kurang daripada 10.5 meter hendaklah ditanam 1.5 meter.

Pada satu bahagian lubang dibuat satu lubang alur yang luasnya sama seperti satu permukaan tiang iaitu lebih kurang satu mata cangkul dan mempunyai kecerunan 45 darjah pada lubang tersebut. Alur ini digunakan bagi menyenangkan tiang tersebut didirikan.

e. Bahan-Bahan

i) Kawasan tanah ii) Tiang kayu

f. Alat Perkakas

i) Cangkul ii) Penggaliiii) Rod tenang iv) Tali pengukur 30m/ pengukur 300mm

g. Aturcara

i) Pacakkan peg penanda pada tempat yang akan didirikan tiangii) Buat rangka lubang diparas tanah seperti rajah dibawah:

3

Page 4: Pembinaan Talian Atas

iii)Setelah rangka ini siap dibuat bolehlah digali lubang tersebut dengan menggunakan cangkul dan penggali.

iv) Gali lubang tersebut sehingga dalamnya lebih kurang 1 meter, kemudian gali lubang alur disatu bahagian lubang.

v) Kemudian gali terus lubang tersebut sehingga mendapatkan ukuran yang perlu. Pada paras lebih kurang 1.2 meter daripada paras tanah pangkal lubang alur hendaklah dibuat bagi mendapatkan kecerunannya 45 darjah.

vi) Ukur lubang yang digali dengan menggunakan rod tenang. Cara pengukuran ialah dengan meletakkan rod tenang ditengah-tengah lubang. Bahagian tajam rod tenang hendaklah diletakkan menghala keatas.

Cara-Cara Mendirikan Tiang

Langkah-langkah yang tertentu haruslah diikut apabila mendirikan tiang-tiang elektrik. Tiang-tiang tersebut harus diselaraskan dengan menggunakan tali yang diikat pada kepala tiang. Penyelarasan ini dilakukan supaya tiang sentiasa berada didalam keadaan yang lurus semasa mendirikannya dan tidak akan terjatuh ke kiri atau pun ke kanan.

Apabila tiang tersebut telah didirikan, kedudukan tiang mestilah didalam keadaan yang tegak. Tegak tiang ini diperhatikan dengan menggunakan tali pelambam. Tanah disekeliling tiang hendaklah ditumbuk setiap 150mm (6”) dengan penumbuk bumi supaya ianya padat dan tiang tidak akan tumbang. Perhatian haruslah diambil daripada tiang yang terbenam didalam tanah setelah didirikan.

a. Bahan-Bahan

i) Tiang ii) Tali manilaiii)Papan longsoriv) Lubang yang telah siap digali

b. Alat Perkakas

i) Penjulang tiangii) Cangkul/penggali

4

Page 5: Pembinaan Talian Atas

iii)Tali batu pelambamiv) Penumbuk besi

c. Aturcara

i) Masukkan papan longsor dibelakang lubang tiang yang telah digali.ii) Tolakkan tiang kayu sehingga pangkal tiangnya tersentuh dengan

papan longsor, selari dengan lubang alur lubang tiang.

iii)Angkat pada bahagian kepala tiang dan letakkan tiang tersebut pada pemegang rod besi penjulang tiang dan seterusnya buat ikatan bowling pada hujung tali dan dimasukkan kepala tiang diperantaraan pendakap D di keempat-empat bahagian tiang. Semasa tiang tersebut diangkat, seorang pekerja hendaklah memerhatikan dan memijak bahagian pangkal tiang supaya ia dapat menurun melalui papan gelongsor dengan senang.

iv) Dengan menggunakan tenaga manusia, tolak tiang tersebut dengan menggunakan bahu dibahagian tiang yang terkeluar daripada lubang alur oleh beberapa orang pekerja dan masukkan bingkai penjulang tiang pada tiang tersebut. Semasa tolakan dibuat tali di kiri dan kanan hendaklah diselaraskan supaya tiang sentiasa lurus.

v) Ulang langkah iv diatas disamping bantuan dengan rod kayu penjulang tiang dihujung tiang.

vi) Ulang para 4 dan 5 sehingga tiang tersebut dinaikkan lebih daripada 45 darjah kemudian tarik tali dibahagian belakang tiang disamping penolakan dilakukan juga dihadapan tiang sehingga tiang tersebut betul-betul masuk ke dalam dengan sepenuhnya dan berada didalam kedudukan tegak. Timbus semula lubang disekeliling tiang dan padatkan tanah disekelilingnya.

vii) Pada masa ini kerja-kerja mengorek lubang banyak menggunakan jentera pengorek yang dipanggil auger. Alat auger ini selalunya dipasang diatas sebuah lori khas. Memasukkan tiang, selalunya tiang konkrit spun juga menggunakan kren yang juga terpasang diatas lori yang sama.

5

Page 6: Pembinaan Talian Atas

Cara-Cara Memasang Pengalir

h. Sebelum pengalir boleh ditarik dan dipasang pada tiang, peralatan atas tiang yang asas seperti bolt dan nut, D iron, penebat belenggu dan umbang hendaklah dipasang dahulu.

i. Pengalir ditarik daripada drum pengalir dan dimasukkan kedalam bingkah sentap (Snatch Block) ditiang pertama.

j. Pengalir tersebut ditarik kesetiap tiang dan ditempatkan diperantaraan bingkah kayu pelari dan penebat belenggu dengan menggunakan tenaga manusia.

Disetiap tiang sesalur lurus, belenggu ‘U’ hendaklah ditukarkan penggunaannya dengan pendakap D dan penebat belenggu buat sementara semasa kerja-kerja menegang dan merentang pengalir.

k. Apabila konduktor pengalir telah ditarik hingga ke tiang penghabisan seperti tiang tamatan, simpai tamatan dibuat dihujung pengalir (diatas tanah) dan seterusnya dipasang pada pendakap D diatas tiang.

l. Setelah simpai tamatan tersebut dipasang dibahagian atas tiang, drum pengalir hendaklah dipusing balik sehingga pengalir tadi lebih kurang tegang.

m. Ditiang yang pertama tadi, come along tong, pull-lift dan konduktor andoh dipasang pada konduktor pengalir.

n. Sebelum konduktor pengalir dipotong anggaraan panjang yang tertentu hendaklah diberi untuk keperluan membuat simpai tamatan dan konduktor lompatan.

o. Pemasangan talian yang lain dilarikan/direntang mengikut cara-cara yang sama diatas sehinggalah kesemua konduktor siap tergantung ditiang, sebelum kerja menegang pengalir dilakukan.

6

Page 7: Pembinaan Talian Atas

Keperluan Penegangan Talian

Pengalir mestilah ditegangkan dengan betul kerana:

p. sekirangya ia kurang tegang, mungkin kenduran menjadi lebih dan kelegaan yang standad mungkin tidak dapat dicapai, sentuhan diantara pengalir-pengalir aluminium tak bersalut boleh berlaku.

q. sekiranya tegangan berlebihan, daya pada pengalir, tiang dan umbang mungkin melebihi dari beban kerja yang selamat, konduktor boleh putus atau penebat umbang boleh pecah.

7.1 Tegangan Bunuh Dan Tegangan Bina (Killing & Erection Tension)

cara membuat tegangan bunuh dan bina

Saiz (mm) Tegangan bunuh Tegangan binaKN Lb KN Lb

7/4.39 4.88 1096 2.44 5487/3.10 2.42 544 1.21 2723/3.35 1.22 274 0.61 137

Nota: 1KN = 102 Kgf

7.2 Tegangan Bunuh

a. Dilakukan pada setiap pengalir yang baru dikeluarkan daripada drumb. Tegangan bunuh dilakukan selama 1 jam (60 minit)c. Konduktor dapat diluruskand. Lembar-lembar pengalir dapat diperkemaskan dan dirapatkan semula

supaya rintangan elektrik pada pengalir tersebut dapat dilkurangkan.

7.3 Tujuan Meluruskan Konduktor Pengalir

a. Supaya kadar pengembangan (apabila suhu panas) dari kadar penguncupan (apabila suhu sejuk) bagi setiap konduktor mempunyai kadar yang sama.

b. Daripada keadaan berikut, jarak diantara konduktor (23cm) seperti permulaan pembinaan boleh diperolehi walaupun ditinggalkan didalam jangka masa yang lama.

7

Page 8: Pembinaan Talian Atas

Tegang Bina

a. Tegangan bina dilakukan selepas tegangan bunuh.b. Tegangan ini akan dibiarkan selama-lamanya pada konduktor pengalir

didalam system talian atas.c. Tegangan bina merupakan tegangan yang selamat yang mengesahkan

bahawa konduktor tersebut tidak akan mengalami kerosakan atau putus dengan sendirinya walaupun keadaan cuaca buruk.

Cara Mengukur Tegangan Dengan Dynamometer Dan Papan Kenduran

a. Kenduran didifinasikan sebagai jarak diantara labuhan konduktor yang paling labuh, sehingga garisan lurus diantara konduktor yang ditempatkan atau ditamatkan

b. Tujuan melihat kenduran

Untuk mendapatkan tegangan-tegangan konduktor yang diperlukan, iaitu sebagai pengganti kepada penggunaan jangka dynamometer.

Sebab jangka dynamometer TIDAK digunakan ialah harganya mahal, sukar membaca nilai tegangan ketika sedang melakukan kerja dan memerlukan perhatian yang teliti apabila melakukan kerja-kerja keatas jangka dynamometer.

Carta Kenduran

Span (m) Kenduran Bunuh (mm)

Kenduran Bina (mm)

30 65 13035 90 18040 115 23045 145 29050 180 36055 220 440

8

Page 9: Pembinaan Talian Atas

Cara mendapat carta kenduran

Cara kiraan

Dengan menggunakan formula

K = WL2

8T

dimana K = KenduranL = Span (dalam meter)T = Tegangan (bunuh/bina)W= Berat dawai dalam 1m (kg/m)

Contoh 1

Saiz konduktor 100mm2

Berat konduktor 1m = 0.29 kg/mTegangan bunuh = 500 kgKatalah span = 50m

K = 0.29 x 50 x 50 8 x 500= 0.181 meter= 180 milimeter

Contoh 2

Saiz konduktor 50 mm2

Berat konduktor 1m = 0.145 kg/mTegangan bunuh = 248 kg

K = 0.145 x 50 x 50 8 x 248

= 0.182 meter= 180 milimeter

9

Page 10: Pembinaan Talian Atas

Contoh 3

Saiz konduktor 25 mm2

Berat konduktor 1 meter = 0.072 kg/mTegangan bina = 62 kgKatalah span = 50 m

K = 0.072 x 50 x 50 8 X 62

= 0.362 meter= 360 milimeter

Cara Amali

a. Satu pembinaan talian atas hendaklah dibina mengikut jarak-jarak span berikut seperti 30m, 35m, 40m, 45m, 50m dan maksima 55m.

b. Konduktor pengalir 100mm direntang seperti dalam rajah. Pada bahagian hujung dipasang alat-alat tegangan dan jangka dynamometer.

c. Tegangan-tegangan konduktor boleh dilakukan iaitu tegangan bunuh/bina dengan melihat nilai tegangan pada jangka tersebut.

d. Kemudian nilai-nilai kenduran dicatatkan pada tiap-tiap span bagi tiap-tiap tegangan tersebut.

e. Konduktor untuk 50mm dan 25mm dilakukan dengan cara yang sama untuk mendapatkan kenduran bunuh/bina konduktor tersebut.

f. Daripada ujian ini didapati nilai kenduran bunuh/bina bagi konduktor-konduktor tersebut lebih kurang sama dengan carta kenduran.

Pemilihan Span Untuk Melihat Kenduran

a. secara praktiknya diketahui tegangan konduktor didapati dengan cara melihat kenduran

b. didalam satu pembinaan talian atas (dalam satu bahagian), hanya satu span sahaja yang dipilih untuk melihat kenduran

c. span yang dipilih untuk melihay kenduran adalah:

Jarak span yang paling panjang Keadaan tanahnya rata

10

Page 11: Pembinaan Talian Atas

Kawasan span yang lapang, tiada objek menganggu penglihatan

Jarak Span Yang Panjang

a. Jarak span yang panjang sesuai dipilih disebabkan ukuran kendurannya lebih labuh daripada span yang pendek. Contohnya bagi span 30 meter ukuran bunuhnya 65mm tetapi bagi span 50 meter ukuran kenduran bunuhnya 180mm.

b. Dengan memilih jarak yang panjang, kenduran yang tepat dapat dilihat dengan senang disebabkan labuhan konduktor yang bawah jelas kelihatan.

Keadaan tanah yang sama rata

a. Bagi tanah yang sama rata, labuhan dawai yang paling bawah terletak dipertengahan jarak span tersebut

b. Dengan keadaan ini, papan kenduran dapat ditempatkan rapat pada tiang dan kenduran dapat dilihat secara mendatar

c. Sekiranya pemilihan pada tanah yang tak sama rata, kenduran konduktor terpaksa dilihat didalam keadaan yang bersudut (iaitu sudutnya sama seperti kecerunan tanah)

Tempat Yang Lapang

a. Keadaan ini dipilih untuk mendapatkan satu penglihatan yang baik tanpa gangguan

b. Span yang tidak mempunyai alat-alatan kerjac. Span yang tidak terlindung dari cahaya dan lain-lain lagi

Melihat Dan Melakukan Kenduran

a. Jarak span yang akan dilihat kenduran mestilah diperolehi dan ukuran untuk kenduran bunuh/bina didapati daripada carta kenduran.

b. Papan kenduran mestilah dipasang mengikut ukuran yang didapati daripada pertengahan lubang yang pertama pada kedua-dua tiang di span tersebut (bahagian yang berwarna berhadapan diantara satu sama lain).

c. Dengan memerhatikan kedua-dua papan kenduran dalam keadaan selari, konduktor fasa merah ditegang sehingga kenduran ini (kenduran bunuh).

d. Kenduran konduktor-konduktor lain didapati dengan mengimbangi jarak 230mm diantara satu sama lain.

e. Kenduran bunuh (tegangan bunuh) ini dibiarkan selama 60 minit dan setiap 20 minit kenduran tersebut diperiksa dan diselaraskan jika perlu.

11

Page 12: Pembinaan Talian Atas

f. Selepas itu, baharulah papan kenduran diubah ke ukuran kenduran bina dan konduktor fasa merah diselaraskan ke kenduran ini.

g. Konduktor-konduktor yang lain juga diselaraskan ke kenduran bina dengan cara pengimbangan jarak 230mm diantara satu sama lain.

h. Setelah kesemua kenduran konduktor-konduktor diperolehi baharulah kerja-kerja tamatan pengalir ditiang yang terdapat alat-alat tegangan dilakukan.

Melakukan Kerja-Kerja Simpai

a. Simpai tamatan mestilah dibuat terlebih dahulu ditiang yang terdapat alat-alat tegangan.

b. Sebelum simpai tamatan ini dibuat, langkah-langkah berikut hendaklah diiukti untuk mengelakkan daripada tegangan pengalir turun.

c. Konduktor hendaklah diluruskan selari dengan rantai pull-liftd. Penebat belenggu hendaklah ditolak kehadapane. Lebihkan sedikit ukuran daripada tepi penebat belenggu (selalunya lebihan 2

jari dibuat) dan tandakan pada konduktorf. Pada tanda tersebut bengkokkan untuk dawai simpai tamatan dilakukan.

Nota 1: Penanda pada konduktor (bahagian c) hendaklah dilakukan oleh seorang pekerja sahaja untuk kesemua konduktor dan bengkokkan (bahagian d) juga dilakukan oleh seorang pekerja sahaja untuk kesemua konduktor bagi memastikan keseragaman.

Nota 2: Setelah simpai tamatan siap dibuat baharulah simpai-simpai dipertengahan tiang dapat dilakukan iaitu simpai sesalur terus, simpai belenggu U dan simpai sudut.

Nota 3: Tiang-tiang elektrik mestilah diselaraskan didalam keadaan yang tegak sebelum simpai-simpai tersebut dibuat.

4. Cara-Cara Memasang Umbang

a. Pada Tiang Tamatan

12

Page 13: Pembinaan Talian Atas

Oleh kerana pengalir mengalami tegangan, daya akan terdapat di talian, umbang mestilah dibina didalam keadaan yang lurus dan selari didalam satu garisan dengan talian pengalir yang direntang pada tiang tamatan.

b. Pada Tiang Sesalur Terus

Tegangan (daya) adalah sama nilainya dikedua belah tiang, umbang tidak perlu dibina.

c. Tiang Sesalur Terus Bersudut

Kedudukan umbang mestilah ditempatkan didalam garisan yang selari dengan daya keputusan (resultant force) yang terjadi disebabkan oleh tegangan pengalir tersebut. Umbang mestilah dibina bertentangan dengan daya keputusan (dengan cara bisecting).

13

Page 14: Pembinaan Talian Atas

i) Bisecting Dengan Jangka Sudut

ii) Bisecting Menggunakan Tali Pengukur

14

Page 15: Pembinaan Talian Atas

Berpandukan gambarajah diatas:

Rod tenang No 2 dan No 3 hendaklah ditempatkan didalam garisan yang sama sepertimana sesalur yang akan dibina.

Jarak diantara rod tenang No 1 ke No 2 dan rod tenang No 1 ke No 3 hendaklah sama dikedua-dua bahagian, katalah 3 meter.

Pancang keputusan boleh didapati dengan membuka tali pengukur, lebih kurang 10 meter panjang.

Tempatkan angka 0 pada pancang No 2 dan angka 10m pada pancang No 3.

Rentang tali sehingga tegang, pada angka 5m dan pancang keputusan ditempatkan.

Kedudukan umbang yang betul bolehlah ditempatkan disetiap titik didalam garisan lurus yang didapati diantara rod umbang No 1 sehingga pancang keputusan.

5. Carta Penentuan Umbang

Carta penentuan umbang adalah digunakan untuk sistem 3 fasa dan neutral berserta sistem lampu jalan.

15

Page 16: Pembinaan Talian Atas

Jenis Tiang Bilangan & Saiz Umbang

Jarak Umbang Minima4x100mm2+25mm2 4x50mm2+25mm2

Tamatan 2x7/3.25 6m 4.4mTiang bersudut melebihi 60º

4x7/3.25 6m 5.5m

10º 1x7/2.65 3m 2m20º 1x7/2.65 3.5m 3m30º 1x7/3.25 4.5m 3.5m45º 2x7/3.25 4.5m 4.5m60º 2x7/3.25 6m 5.5m

Cara pembacaan carta umbang:

Contoh 1 Jika saiz pengalir yang digunakan ialah 4x100mm2 +25mm2

Sudut peralihan 30º Bilangan umbang yang perlu = satu (1) Saiz umbang = 7/3.25mm Jarak umbang minima untuk umbang biasa = 4.5m

Contoh 2

Jika saiz pengalir yang digunakan ialah 4x50mm2+25mm2

Sudut peralihan 50º Bilangan umbang yang perlu = dua (2) Saiz konduktor umbang = 7/3.25mm

16

Page 17: Pembinaan Talian Atas

Jarak umbang minima untuk umbang biasa = 5.5m

17