fakulti teknologi dan sains maklumat, ukm :. - … terkini.doc · web viewteknologi komunikasi...

37
PENGENALAN Telekomunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. Ia penting dalam aplikasi pelbagai bidang termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat dengan cepat, tepat dan cekap. Tahun 1980 juga dikenali sebagai “Dekad untuk telekomunikasi” oleh sesetengah pihak. Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat sehingga bersaing dengan kadar pertumbuhan komputer. Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak pengurusan atasan. Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar walaupun ia pernah dilihat sebagai "necessary evil". Sebagai satu sumber, telekomunikasi berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai dalam masa yang ditetapkan. PERKEMBANGAN UTAMA DALAM TELEKOMUNIKASI Perkembangan utama dalam telekomunikasi, yang mana perlu dikenalpasti dan diambil tindakan oleh semua pihak yang terlibat dalam adalah seperti berikut : 1

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

PENGENALAN

Telekomunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus

berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. Ia penting dalam aplikasi pelbagai

bidang termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat

dengan cepat, tepat dan cekap. Tahun 1980 juga dikenali sebagai “Dekad untuk

telekomunikasi” oleh sesetengah pihak. Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat

sehingga bersaing dengan kadar pertumbuhan komputer.

Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak

pengurusan atasan. Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar

walaupun ia pernah dilihat sebagai "necessary evil". Sebagai satu sumber, telekomunikasi

berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak

langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai

dalam masa yang ditetapkan.

PERKEMBANGAN UTAMA DALAM TELEKOMUNIKASI

Perkembangan utama dalam telekomunikasi, yang mana perlu dikenalpasti dan

diambil tindakan oleh semua pihak yang terlibat dalam adalah seperti berikut :

Kawalan telekomunikasi tanpa pergantungan kepada pihak lain. Telekomunikasi

adalah asas kepada pembentukan Masyarakat Informasi. Banyak maklumat perlu

diagihkan dengan betul dan teratur.

Bergerak ke arah dunia "digital" sepenuhnya. Perubahan dari dunia "analog" ke

dunia "digital" memberikan banyak kelebihan.

Penyatuan segala maklumat/kepintaran.

1

Page 2: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

1) Berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan melalui perniagaan, perdagangan dan

pentadbiran

cepat dan tepat berbanding dengan sistem lama

maklumat dihantar melalui sistem komputer berangkaian, wayarles, telefon,

internet, bahan-bahan cetak, tele-sidang

Sistem Pejabat Terbuka - urusan pembayaran bil letrik, air, telefon, ASN, ASB

dibuat di Pejabat Pos sahaja

Sistem komputer bank - urusan kewangan dilakukan dengan mudah dan pantas

contoh, GIRO, Maybank Kawanku - menggunakan Auto Teller Machine -

komputer berangkaian

Kerajaan eletronik, perkongsian maklumat melalui komputer yang dirangkaikan

untuk kecekapan pentadbiran.

2) Bidang pendidikan

penggunaan komputer dalam pendidikan, CAI

tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah terpilih

wujud kelab-kelab komputer di sekolah - lahirkan pelajar-pelajar celik komputer

Sekolah Bestari - penggunaan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah

3) Dunia tanpa sempadan

Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995

Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan

lain-lain

Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia

Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia

sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC

Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi sejagat (Global

Village) - wujud masyarakat maklumat

2

Page 3: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

4) Keselamatan, penyelidikan dan kesejahteraan manusia

Satelit kaji cuaca, mengkaji perubahan cuaca dan memberi amaran ribut dan

taufan

Hubungan kapal ke kapal -kecemasan, komunikasi dan laluan pelayaran

Topografi dan kajibumi - pemeliharaan hutan, kawal pencemaran, mengenalpasti

kawasan logam dan kawasan perikanan

5) Ketenteraan dan pertahanan

Sistem satelit NAVSTAR kepunyaan Amerika Syarikat - rangkaian 18 buah

satelit tentera

berfungsi mengintip, mengesan kedudukan musuh, bilangan kereta kebal dan

pesawat, stesen pelancar peluru berpandu mengesan kedatangan peluru berpandu

ICBM dan pangkalan tentera musuh

strategi peperangan ala Star Wars Amerika - dapat mengesan dan memusnahkan

peluru berpandu nuklear sebelum tiba di bumi Amerika.

6) Dunia hiburan

pemain video, televisyen, radio, komputer, beriteks

penggunaan antena parabola - wujud "Multi-channel Society"

Dunia jadi global - tanpa batas sempadan geografi, bangsa, budaya

Di sini kami telah membincangkan beberapa teknologi terkini dalam komunikasi

antaranya ialah teknologi Telefon Suara melalui Protokol Internet, Bluetooth, General

Packet Radio Services ( GPRS ), Wireless Application Protocol ( WAP ) dan 3G( third

generation ).

3

Page 4: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

TEKNOLOGI TELEFON SUARA MELALUI PROTOKOL INTERNET / VOICE

OVER INTERNET PROTOKOL (VoIP)

Sejak telefon dicipta oleh Alexander Graham Bell pada suatu ketika dahulu, kita

hanya diperkenalkan dengan rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) untuk membuat

panggilan telefon. Rangkaian telefon berjenis ini hanya membenarkan komunikasi suara

dan faks sahaja dan tidak membenarkan jenis format maklumat lain seperti data untuk

dibawa bersama semasa komunikasi suara berlaku.

Kini, teknologi semakin berkembang pesat dan perubahan diperlukan dalam

komunikasi telefon iaitu bukan sahaja komunikasi suara tetapi komunikasi data juga

perlu dipertingkatkan lagi. Tetapi, rangkaian suara hanya membekalkan suara bukannya

komunikasi data. Oleh itu, teknologi yang berasingan perlu dibangunkan. Sesiapa yang

berhasrat untuk membuat pertukaran di antara suara dan data, dia memerlukan talian data

dan talian telefon yang berasingan. Ini bermakna kesemuanya adalah berganda seperti

perkhidmatan, kos panggilan, sewa talian, pemasangan dan kesulitan. Situasi ini masih

lagi wujud walaupun beberapa bahagian korporat dan LAN (Local Area Network ) masih

mempunyai ruang atau lebar jalur yang tidak digunakan. Dengan menggunakan lebar

jalur sedia ada pada talian data, kita boleh menghapuskan keperluan untuk menggunakan

dua rangkaian data dan suara yang berasingan. Ini merujuk kepada Telefon Internet iaitu

telefon suara melalui protokol Internet ( VoIP). Melalui teknologi ini, ia membolehkan

pertukaran data dan suara melalui satu rangkaian sahaja.

Teknologi Telefon Suara melalui IP atau VoIP merupakan satu teknologi terkini

yang sedang hangat diperkatakan. VoIP adalah teknologi yang membolehkan panggilan

telefon tempatan dan antarabangsa dapat dibuat melalui protokol Internet (IP)

menggunakan rangkaian suis berpaket dengan kadar panggilan jauh yang lebih murah

berbanding panggilan melalui talian tetap atau selular.

Protokol Internet atau Internet Protokol (IP) merupakan satu dari paras protokol

dalam suatu rangkaian. Dalam erti kata lain, apa-apa sahaja yang dihubungkan melalui IP

bermaksud melaksanakan suatu komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi

terkini yang baik untuk komunikasi data. Banyak syarikat di negara-negara maju tidak

4

Page 5: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

mahu ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi IP ini, Malaysia juga merupakan

salah sebuah negara yang turut terlibat dalam usaha untuk membina rangkaian IP dengan

matlamat untuk menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. VoIP atau

panggilan telefon melalui Internet dengan kos yang jauh lebih murah daripada sekarang

menjadi idea yang ‘dibeli’ pengguna. Ini adalah janji VoIP untuk para pengguna yang

menggunakannya.

Bagaimana komunikasi melalui IP ini dilakukan?

Secara teorinya, panggilan telefon melalui IP ini dilakukan dengan suara pengguna

dimampatkan dan dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet seperti mana yang

dilakukan kepada kandungan emel yang dipindahkan. Paket ini dikenali sebagai paket IP

yang pergi dan kembali dalam Internet, ini membolehkan pengguna bercakap dan

mendengar pada masa yang sama. Dengan proses pemampatan suara ini menjadi paket,

syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP

dalam satu masa berbanding dengan panggilan telefon biasa. Oleh itu, penjimatan dapat

dirasai oleh setiap pengguna perkhidmatan telefon suara melalui IP ini.

Secara keseluruhannya, perkhidmatan telefon suara melalui IP menggunakan

Internet ini memerlukan komputer atau komputer- peribadi (PC). Teknologi VoIP

merupakan gantian kepada rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) yang perlahan dan

berteknologi lama. Walaupun masa yang lama diperlukan untuk menggantikan semua

talian PSTN yang sedia ada, tetapi teknolgi VoIP ini mungkin dapat diperkembangkan

secara berperingkat sehingga semua pihak di negara ini dapat menerima dan memahami

teknolgi tersebut.

Perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING merupakan perkhidmatan terkini

dalam pasaran yang menggunakan teknologi VoIP dengan menggunakan rangkaian

tulang belakang fiber optik Internet yang dipunyai oleh JARING. MIMOS Berhad telah

melancarkan kad pra-bayar FlexiCall JARING iaitu kemudahan untuk membuat

panggilan telefon jauh dan antarabangsa berasaskan teknologi suara melalui Protokol

Internet (VoIP). FlexiCall JARING yang dimajukan oleh MIMOS Internet Services ini

menawarkan harga yang lebih murah dengan kualiti suara yang lebih baik. FlexiCall

JARING ini membolehkan orang ramai menjimatkan bil telefon apabila membuat

5

Page 6: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa kerana ia menawarkan penjimatan

kos dengan masa percakapan lebih lama. Sasaran pengguna bagi FlexiCall JARING ini

adalah para pekerja dan penuntut serta pelancong asing yang berada di negara ini yang

kerap membuat panggilan antarabangsa sama ada untuk urusan peribadi mahu pun

perniagaan.

Kad pra-bayar FlexiCall JARING ini dapat diperolehi dalam nilai RM30 dan

RM50 dengan penjimatan sehingga 80 peratus untuk panggilan jauh dan antarabangsa di

lebih 100 destinasi seluruh negara.Penglibatan MIMOS dalam pasaran baru ini adalah

satu komitmen untuk melengkapkan rakyat dengan teknologi terkini khususnya dalam

bidang teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembangunan teknologi tempatan.

Ianya juga memberi sumbangan besar dalam menjana perkembangan industri di

linkungan akses Internet dan merangsang pertumbuhan perkhidmatan Internet di

Malaysia.

Beberapa syarikat yang bukan dari sektor telekomunikasi telah diberi Lesen

Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Individu di bawah penguatkuasaan syarat-syarat baru

untuk mengawal selia pembekalan dan pengoperasian fasiliti. Syarat-syarat tersebut bagi

membolehkan syarikat bukan telekomunikasi seperti MIMOS Berhad dapat bersaing di

pasaran dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan teknologi VoIP.

Teknologi VoIP dijangka mengalami kepesatan pertumbuhan dalam tempoh 3

hingga 5 tahun akan datang di Asia berikutan permintaan terhadap kos panggilan jauh

yang lebih rendah di samping pasaran bagi teknologi VoIP ini masih baru di rantau ini

berbanding di Amerika Syarikat dan Eropah.

KEBAIKAN TEKNOLOGI VoIP

i. Penjimatan – dengan proses pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia

perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP dalam satu

masa berbanding panggilan telefon biasa.

ii. Penjimatan bil telefon dan masa percakapan lebih lama apabila membuat

panggilan khususnya untuk panggilan antarabangsa.

6

Page 7: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

iii. Menggunakan satu rangkaian sahaja berbanding dua rangkaian yang digunakan

sebelum ini melalui rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) – mengurangkan

sewa talian, perkhidmatan dan kesulitan.

iv. Kos panggilan lebih rendah atau murah:

- kos panggilan telefon jarak jauh dapat dikurangkan melalui panggilan

jalan lencongan PSTN ( calls bypass PSTN ).

- kos panggilan telefon bagi luar kawasan dan dalam kawasan dikurangkan

kerana menggunakan rangkaian korporat sedia ada.

v. VoIP boleh diaplikasikan kepada hampir sebarang keperluan komunikasi suara,

iaitu julat dari ‘simple interoffice intercom’ hinggalah kepada ‘ complex multi-

point teleconferencing’.

vi. Infrastruktur VoIP ini dapat diintergrasikan dengan mudah yang menyokong

semua bentuk komunikasi yang membenarkan lebih piawaian dan mengurangkan

jumlah peralatan kelengkapan .

vii. Penggabungan – bermaksud penggabungan sistem perakaunan adalah amat

berfaedah.

KEBURUKAN TEKNOLOGI VoIP

i. Penggunaan teknologi VoIP ini hanya dihadkan kepada pengguna yang

mempunyai PC yang memerlukan perkhidmatan Internet.

ii. Kualiti suara atau Voice Quality(Qos) adalah rendah semasa panggilan dilakukan.

iii. Kawalan panggilan atau pengisyaratan dimestikan supaya telefon dapat

memanggil proses lutsinar.

iv. Pengurangan panggilan penolakan, kehilangan paket dan mudah putus hubungan

(disconnect ).

v. Melibatkan ‘gateway’ antara persekitaran rangkaian data dan rangkaian suara.

7

Page 8: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Rajah 1 berikut menunjukkan keseluruhan Sistem Rangkaian VoIP:

Rajah 1

8

Page 9: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

BLUETOOTH

Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar

(wireless). Ia menggunakan gelombang radio bagi

membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA atau

laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya

juga boleh diperluaskan lagi kepada desktop dimana desktop

boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa

menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian ini

telah dinamakan sebagai Personal Area Network atau PAN.

Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM

dan Toshiba. Kemudian satu kumpulan yang dikenali sebagai

Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang

terdiri daripada sembilan syarikat utama dalam bidang IT, iaitu 3Com,

Ericsson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba.

Di samping itu, terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam

membangunkan produk yang berasaskan teknologi Bluetooth.

Bluetooth telah dibangunkan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada

pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest

mendapati bahawa terdapat lebih daripada 900 juta pengguna yang menggunakan

pelbagai perkakasan mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh

lima tahun.

Kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian

yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkongsian maklumat seperti nombor

telefon, jadual, fail-fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Ia boleh

9

Kad Bluetooth untuk PDA

Peranti Bluetooth untuk Palm

Page 10: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

menghubungkan pencetak, ‘Mobile Phones’, ‘Handsfree Headsets’, ‘LCD projectors’,

‘Modems’, ‘Wireless LAN devices’, ‘Notebooks’, ‘Desktop PCs’, ‘PDAs’ dan lain-lain.

Sekiranya pengguna masih menggunakan sistem perkakasan yang konvensional

seperti sedia ada, ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula mencari soket

penyambung ) sudah tentu masa akan terbuang begitu sahaja dan bagi memburukkan

keadaan beberapa tranksaksi penting tidak dapat dilakukan.

Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet

LAN korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth,

pengawal jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke Ethernet

dan juga antaramuka yang menghubungkan titik akses ke rangkaian LAN yang sedia ada.

Pengguna dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam rangkaian LAN

asalkan ia tidak terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut.

Terdapat tiga ciri keselamatan yang ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama,

tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri-ciri keselamatan ketika

komunikasi dijalankan. Kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang

memberikan ciri-ciri fleksibal ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga, keselamatan

peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur keselamatan terlebih dahulu

sebelum komunikasi dilakukan.

Pada masa sekarang, teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam

perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar tanpa

wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik, pemain

muzik mudah alih dan juga industri robotik.

10

Page 11: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi radio di sekitar 2.4Ghz. Ia

membolehkan transmisi data dilakukan dengan kadar 712Kb dan julat kawasan operasi

ialah di sekitar 10 meter ( 33 kaki ). Komunikasi di antara peranti-peranti yang

menggunakan Bluetooth ialah berkonsepkan peer-to-peer.

Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan

dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekaligus menjimatkan masa

pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti

lain. Ia juga menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan

telefon bimbit.

Manakala keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan

juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu,

tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin

kerana ia masih lagi baru digunakan. Laman web rasmi bagi Bluetooth ialah

www.bluetooth.com.

11

Pelbagai produk yang berkeupayaan Bluetooth

Page 12: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

3G (THIRD GENERATION)

Kehidupan kita sehari-hari yang akan datang mungkin akan lebih bermakna

dengan Generasi Sistem Telekomunikasi atau biasa disebut sebagai 3rd Generation of

Wireless Communication yang mana sekarang ini tengah berkembang dengan pesatnya.

Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada Bulan Mei 2000. Pada bulan September 2000,

Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( Commisison ) telah berunding dengan

semua pemegang lessen di bawah Tindakan Komunikasi dan Multimedia 1998 ( CMA )

berkaitan dengan pendekatan teknologi 3G di Malaysia.

Rundingan ini diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk

‘Concepts and Proposed Principles on the Implementation of Mobile Celular Service in

Malaysia’ pada bulan November 2000 yang kemudiannya telah disiarkan dalam laman

web untuk mengetahui komen dan pendapat orang awam.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh sistem ini ialah

pelayanan video, pengaksesan ke multimedia dan mobile Internet berkecepatan tinggi.

Sistem 3rd Generation akan memperkembangkan lagi perkhidmatan-perkhidmatannya

dalam sistem komunikasi dan maklumat. Sistem ini juga menawarkan pelayanan dengan

kapabiliti yang tinggi, yang mana termasuk peningkatan dari segi kapasiti, kualiti dan

purata data yang ada sekarang.

Antara kebaikan menggunakan sistem ini ialah ia akan menghubungkan dunia

‘wireless’ dan dunia komputer atau internet. Sistem 3rd Generation akan menggunakan

tiga jenis teknologi. Ketiga tiga jenis teknologi sedang diubahsuai supaya ianya sesuai

dan dapat bekerjasama serta dapat diaplikasikan dalam pelbagai jenis telefon bimbit.

Integrasi teknologi ini akan diperkenalkan di seluruh pelusuk dunia.

Sistem 3rd Generation akan menawarkan perkhidmatan pelayanan yang baru pada

Internet dan multimedia yang akan memerlukan skrin yang sesuai. Telefon bimbit akan

12

Page 13: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

ditukarkan ke pelbagai variasi bentuk dari yang sederhana dan kecil seperti bentuk jam

tangan atau yang lebih besar seperti ‘palm-pilot’ untuk melayari Internet.

13

Page 14: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

WAP

Salah satu teknologi komunikasi interaktif terkini di Malaysia ialah perkhidmatan

WAP. WAP atau Wireless Application Protocol merupakan protokol baru dan juga

merupakan satu teknik penyampai dan mengakses maklumat yang canggih. Hanya

telefon mudah alih yang terkini sahaja yang menyokong perkhidmatan ini. Melaluinya

pengguna boleh menggunakan perkhidmatn internet dan beberapa lagi perkhidmatan baru

contohnya seperti mengakses berita semasa dan maklumat bursa saham.

Sebenarnya WAP merupakan protokol ynag terhasil daripada perkembangan

protokol ‘Wireless Data’ yang telah ada sekarang. Sebuah versi piawaian HTML/IP yang

efisien dicipta khas untuk memindahkan maklumat antara rangkaian telefon mudah alih

dengan internet. Terminal-terminal tanpa wayar dengan ‘HDML microbrowser’ atau

pelayar mikro HDML(handled Device Markup Language) dan HDTP(Handled Transport

Protocol) akan berhubung kepada pelayan dan seterusnya berhubung dengan internet atau

intranet yang merupakan pusat di man maklumat-maklumat berada.

Kemudahan WAP dalam sesebuah telefon mudah alih adalah menggunakan

pelayar mikro. Ia digunakan untuk:

1. Membuat arahan dalam WML(Wireless Markup Language) yang merupakan bahasa

kembangan daripada HTML. Biasanya ia digunakan dalam rangkaian tanpa wayar.

2. Mengambil alih maklumat dari sebuah pelayar internet sama ada dalam format piawai

atau dalam format yang telah disediakan bagi peralatan rangkaian tanpa wayar

mengguna arahan dalamWML tadi.

3. Informasi yang diminta ini kemudian akan dikirim oleh ‘WAP GATEWAY’ ke

pengguna yang mengguna telefon mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP

tersebut.

14

Page 15: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Terdapat beberapa faktor yang menarik minat pengguna mendapatkan perkhidmatan

WAP dalam telefon mudah alih mereka. Antaranya ialah:

1. Menyediakan kemudahan untuk mengakses maklumat di internet melalui telefon

mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP tersebut

2. Di Malaysia perkhidmatan WAP ini didokong oleh beberapa syarikat industri telefon

mudah alih yang besar seperti NOKIA, Ericsson, Motorola dan sebagainya. Ini akan

menarik minat pengguna kerana telefon yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang

disebutkan diatas amat diminati.

3. Pengunaan komputer untuk mengakses maklumat di internet hanya terhad di satu

tempat sahaja kerana ia tidak mudah alih. Penggunaan Laptop mungkin salah satu

penyelesaiannya tetapi pengguna lebih gemar menggunakan peralatan yang lebih

kecil dan boleh di bawa ke mana-mana.

Namun di sebalik kabaikan-kabaikan di atas, terdapat juga keburukan perkhidmatan

WAP ini. Antaranya ialah:

1. Sangat susah untuk melakukan proses pengkonfigurasian telefon mudah alih yang

dapat mengaplikasikan perkhidmatan WAP.

2. Penggunaan kemudahan Short Message Service(SMS) masih lagi meluas berbanding

perkhidmatan WAP. Ini kerana pembayaran caj perkhidmatan SMS lebih murah

berbanding WAP. Tambahan pula perkhidmatan WAP kurang didedahkan kepada

semua peringkat pengguna.

3. Piawaian WAP masih lagi kurang lengkap.

4. Capaian maklumat di internet adalah terhad. Pengguna yang menggunakan

perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih tidak dapat mengakses maklumat-

maklumat daripada internet seperti mana mengakses maklumat-maklumat melalui

komputer.

15

Page 16: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih adalah satu teknologi tercanggih di masa

kini. Penggunaannya yang banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna

ini perlulah diperluaskan lagi.

16

Page 17: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

GPRS

General Packet Radio Service atau lebih dikenali sebagai GPRS merupakan satu

lagi perkhidmatan tanpa suara terkini yang disediakan kepada pengguna telefon

mudahalih selain perkhidmatan SMS dan WAP. Dijangkakan teknologi baru ini bakal

menggantikan WAP dalam penggunaan Internet tanpa kabel.

Terdapat beberapa kelebihan pada GPRS yang menyebabkannya menjadi cepat

popular di kalangan pengguna Internet tanpa wayar.

1. Kelajuan

Secara teorinya teknologi GPRS ini boleh mencapai kelajuan

maksimum sehingga 171.2 Kbps menggunakan kelapan-lapan slot masa

pada masa yang sama. Kelajuan penghantaran data bagi teknologi jauh

mendahului kaedah penghantaran data secara wayarles yang lain seperti

CDMA (11 hingga 12 Kbps) dan WAP yang menggunakan GSM (9.6

Kbps). Dengan membenarkan data dihantar lebih pantas, ia boleh

mengurangkan kos servis penghantaran data jika dibandingkan dengan

SMS dan Circuit Switched Data.

2. Penyambungan serta-merta.

GPRS menyediakan penyambungan Internet serta-merta tanpa henti

selama 24 jam sehari. Berbanding teknologi WAP yang menyediakan

maklumat terhad kepada pelanggan, GPRS dikatakan mampu

memindahkan data, gambar serta grafik pada kapasiti yang lebih besar.

17

Page 18: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

3. Aplikasi baru yang lebih baik

Beberapa aplikasi baru yang sudah semestinya menyediakan perkhidmatan

lebih baik telah dibangunkan dengan mengkaji keterhadan yang wujud

dalam GSM (kelajuan pada 9.6 kbps sahaja) serta panjang pesanan yang

tidak boleh melebihi 160 karekter dalam SMS. Dengan adanya aplikasi-

aplikasi baru ini, hampir semua aplikasi yang digunakan dalam PC kini

boleh dilaksanakan dalam rangkaian telefon mobil. Ini merangkumi

aplikasi korporat dan aplikasi umum. Antara aplikasi yang dilaksanakan:-

Chat

Menyediakan perkhidmatan yang sama seperti di Internet

di mana sekumpulan pengguna boleh berkomunikasi antara satu

sama lain.

Maklumat berbentuk teks dan visual

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari telefon

mudahalih secara langsung samada senarai harga saham, maklumat

penerbangan, cuaca, berita terkini, peringatan solat serta banyak

lagi. Ia tidak semestinya dalam bentuk teks, boleh jadi juga dalam

bentuk peta, graf mahupun pelbagai maklumat visual lain.

Imej tetap

Pelbagai imej tetap (statik) seperti foto, gambar, e-poskad,

e-kad boleh dihantar dan diterima menerusi telefon bimbit.

Imej bergerak

Dengan teknologi yang berkembang pesat, industri

wayarles mungkin berkembang dari pesanan teks kepada ikon dan

pesanan bergambar malahan pesanan bervideo dan preview filem

boleh dimuatturun ke telefon bimbit menggunakan cara data

18

Page 19: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

stream. Ini boleh dilaksanakan kerana ciri-ciri yang ada pada

GPRS.

Melayari laman web

Sebelum ini, melayari laman web merupakan sesuatu yang

tidak efisyen untuk dilaksanakan melalui telefon bimbit kerana

kelambatan proses memuatturun dan memuatnaik data mengambil

masa yang lama. Jika adapun hanya terhad dalam bentuk teks

sahaja kerana jika memuatturun gambar lebih lama, tetapi dengan

adanya teknologi GPRS ini memungkinkan telefon bimbit menjadi

salah satu asset penting dalam perkembangan dunia Internet.

Email korporat

Setiap pekerja perlu sentiasa berhubung dengan pejabat

samada mereka berada di dalam mahupun jauh menggunakan

system email korporat syarikat mereka. Ini samada menggunakan

LAN, Microsoft Outlook, Lotus Notes dan sebagainya. Dengan

adanya GPRS ini maka urusan ini menjadi lebih mudah.

Email Internet

Ia membolehkan pengguna Internet diingatkan sebaik

sahaja ada email baru tiba kerana dengan cara yang lama pengguna

perlu mendail ke peti surat mereka dari semasa ke semasa untuk

mengetahui samada ada email baru atau tidak.

Kenalpasti lokasi kenderaaan

Global Positioning System (GPS) merupakan rangkaian

percuma yang disediakan oleh 24 satelit di bawah seliaan

Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Sesiapa sahaja yang

memiliki alat menerima (receiver) boleh mengetahui kedudukan

kenderaan mereka melalui satelit. Ini amat penting untuk

19

Page 20: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

mengesan kenderaan yang dicuri atau disewa. SMS digunakan

untuk menghantar maklumat kedudukan kenderaaan seperti

longitud, altitud dab bearing. Sebagai alternatif GPRS boleh

digunakan.

Akses ke rangkaian LAN

Bagi pekerja yang berada jauh dari meja pejabat, mereka

tetap perlu berhubung dengan rangkaian LAN di pejabat mereka.

Dengan adanya terminal mobil, mereka masih mampu akses ke

rangkaian dan mendapatkan email korporat mererkawalaupun

tanpa laptop atau notebook.

Pemindahan fail

Data boleh dipindahkan tanpa had saiz. Sumber maklumat

ini boleh jadi salah satu daripada method komunikasi Internet

samada FTP, telnet, http mahupun Java. Oleh kerana itu, sesebuah

telefon itu perlu dilengkapi dengan teknologi GPRS.

Rumah pintar

Gabungan dari aplikasi automatik di rumah dan kawalan

keselamatan dari jauh (remote control). Secara asasnya,kita boleh

mengawasi rumah dari mana sahaja kita berada menggunakan

telefon mudah alih kita.

Setakat ini teknologi GPRS ini telah diimplimentasikan di Amerika Syarikat oleh AT&T

Wireless. Di Malaysia sendiri, teknologi GPRS sendiri masih dalam tempoh percubaan

di mana ia cuba diaplikasikan dalam perkhidmatan telefon mudahalih oleh syarikat

telekomunikasi tempatan seperti Maxis dan Celcom.

Had penggunaan GPRS

20

Page 21: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Oleh kerana teknologi GPRS ini merupakan teknologi yang masih baru maka terdapat

beberapa had dalam penggunaannya.

Had bagi penggunaan serentak.

GPRS menghadkan penggunaan suara dan GPRS serentak di mana

jika GPRS sedang digunakan, telefon suara biasa tidak dapat

digunakan kerana keduanya menggunakan sumber rangkaian yang

sama.

Kelajuan berkurangan dalam dunia sebenar

Walaupun secara teorinya GPRS mampu memindahkan data pada

172.2 kbps namun ia mesti dilakukan oleh seorang pengguna

menggunakan kelapan-lapan slot masa tanpa sebarang ralat.

Hakikatnya sesuatu rangkaian mungkin membenarkan dua tiga

pengguna serentak dengan setiap pengguna hanya menggunakan

satu atau dua slot masa sahaja. Dengan ini kadar pemindahan data

akan berkurangan.

Modulasi suboptimal

GPRS adalah berasaskan kepada suatu teknik yang dikenali

sebagai Gaussian minimum-shift keying (GMSK).

Delay pengangkutan data

Tiada storan dan forward

Berbanding engin stor dan forward dalam perkhidmatan SMS,

tiada mekanisma seperti ini yang piawai bagi GPRS.

CONTOH PERKAKASAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN GPRS

21

Page 22: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Telefon Motorola Timeport P280

Telefon Motorola Timeport P280 yang terbaru merupakan salah satu daripada

telefon bimbit yang ada menyediakan teknologi GPRS. Berdasarkan ujian servis

VoiceStream Wireless iStream, ia telah mencapai keputusan yang baik. Semasa menguji

kelajuan penghantaran data, satu laman web 220K telah dimuatturun dengan

menggunakan P280 sebagai modem wayarles dan disambungkan kepada laptop. Ujian

yang sama dilakukan menggunakan telefon CDMA serta sambungan menggunakan talian

darat biasa. Hasil mendapati kelajuan memuat turun menggunakan GPRS adalah empat

kali ganda CDMA dan hampir menyamai kelajuan modem 56K.

P280 ini membenarkan pengguna akses ke korporat email, berhubung dan

membuat rujukan. Ia turut menyokong penggunaan Microsoft Outlook, Exchangedan

Lotus Notes. Akses ke AOL mail serta AIM juga merupakan piawai bagi telefon ini.

MotorolaTimeport P280 ini sesuai untuk pengembara, peniaga dan sebagainya yang

memerlukan penghantaran data yang segera.

Kesimpulan

22

Page 23: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

GPRS menyediakan penggunaan dan kelebihan secara besar-besaran dalam

teknologi pemindahan data secara wayarles. Ini diperkukuhkan lagi dengan ciri-ciri

GPRS yang fleksibel, efisyen dan pantas. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah

berapa lama tempoh untuk teknologi canggih ini mengambilalih serta mendominasi dunia

pemindahan data.

KESIMPULAN

23

Page 24: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Walaupun terdapat pelbagai teknologi terkini yang muncul dan heboh

diperkatakan, kita tidak seharusnya terus sahaja menerima sesuatu teknologi tersebut

tanpa berfikir terlebih dahulu. Kita seharusnya mengkaji dan menyelidik dahulu sesuatu

teknologi itu sama ada ianya mendatangkan kebaikan atau pun keburukan. Tidak semua

teknologi terkini yang muncul itu bersesuaian dengan persekitaran negara kita, Malaysia

yang merupakan sebuah negara membangun yang sedang meningkat maju dan berdaya

saing.

Walaupun begitu, jika sesuatu teknologi itu sudah dikaji dan didapati bahawa

ianya membawa kebaikan kepada pembangunan negara dan rakyat, teknologi tersebut

haruslah diterima dan diaplikasikan demi kebaikan bersama.

Mungkin terdapat sesetengah individu yang sukar untuk menerima sesuatu

perubahan yang dibawa oleh sesuatu teknologi terkini, oleh itu langkah-langkah perlu

dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak syarikat dan kerajaan. Contohnya,

MIMOS Berhad yang telah melancarkan perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING

yang menggunakan teknologi Telefon Suara melalui Protokol Internet ( VoIP ) iaitu

sebuah teknologi yang masih baru di negara ini, pihak MIMOS seharusnya menjalankan

promosi dan memberi penerangan yang lebih jelas dan mendalam mengenai teknologi

VoIP dan kad pra-bayar tersebut kepada pengguna. Oleh itu, individu yang masih kabur

mengenai teknologi tersebut akan lebih memahami dan akan cuba menerimanya sedikit

demi sedikit.

Teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara

dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada

tahun 1999. Penubuhan MSC adalah sebagai langkah kerajaan untuk menggunakan

sepenuhnya keupayaan teknologi komunikasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara

maju menjelang tahun 2020.

24

Page 25: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan negara kita

tidak ketinggalan dalam apa jua bidang dan teknologi terkini yang kebanyakannya lebih

awal muncul di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Teknologi-

teknologi terkini ini dapat membantu dalam kemajuan negara kita dan menjadikan

Malaysia sebuah negara yang berteknologi, mempunyai rakyat yang celik IT dan menjadi

sebuah negara yang dihormati oleh seluruh dunia.

25

Page 26: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM :. - … terkini.doc · Web viewTeknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan

RUJUKAN

1. http://www.gsmworld.com/technology/gprs/index.shtml

2. http://www.pcmag.com/article/0,2997,s%253D1470%2526a%253D22074,00.asp

3. http://www.nwfusion.com/edge/news/2001/1205wlessdata.html

4. http://www. CNETAsia.com/ProductReviews/htm

5. Artikel 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bluetooth, Majalah PC, bil

62, keluaran Februari 2002, Karangkraf.

26