fakulti seni gunaan dan kreatif - welcome to the unimas ... binti omar (11641)(24 pages).pdf ·...

24
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA MENGANDUNG Anizan Binti Omar (11641) (Teknologi Seni Reka) GKA 3086 Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir (Tekstil Dan Fesyen) 2006/2007

Upload: hanguyet

Post on 09-Mar-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA

MENGANDUNG

Anizan Binti Omar (11641)

(Teknologi Seni Reka)

GKA 3086 Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir

(Tekstil Dan Fesyen)

2006/2007

Page 2: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

i

KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA MENGANDUNG

ANIZAN BINTI OMAR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 3: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA

MENGANDUNG

SESI PENGAJIAN: 2004/2005

Saya ANIZAN BINTI OMAR

mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. *sila tandakan

Disahkan

__________________________ ___________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

189, Jalan Nuri,

(F) Pengeli Timur,

81000,Kulai Johor

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa

Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan

Sebagai SULIT atau TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT TERHAD

SULIT

TIDAK TERHAD

Page 4: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

iii

Projek bertajuk “Kajian Bukaan Praktikal Untuk Gaun Wanita Mengandung” telah

disediakan oleh Anizan Binti Omar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan

Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Seni reka Tekstil dan Fesyen)

Diterima untuk diperiksa oleh:

__________________________

(Cik Norhayati Binti Suleiman)

Tarikh:

__________________________

Page 5: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

iv

Page 6: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

i

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan ……………………………………………………………....i-iii

Penghargaan ………………………………………………………………iv

Abstrak …….………………………………………………………………v

Abstract …….……………………………………………………………...vi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan …………………………………………………………...1-3

1.1 Pernyataan Masalah …………………………………………………...4

1.2 Objektif Kajian ……………………………………………………......4

1.3 Kepentingan Kajian …………………………………………………...4-5

1.4 Skop Kajian …………………………………………………………….5

1.5 Limitasi Kajian ………………………………………………………..5-6

1.6 Kesimpulan ……………………………………………………………6

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 Pengenalan …………………………………………………………….7

2.1 Metodologi Kajian …………………………………………………….7-8

2.2 Kaedah Primer …………………………………………………………8-10

2.3 Kaedah Sekunder ……………………………………………………….10-11

2.4 Kesimpulan …………………………………………………………….11

BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan …………………………………………………………….12

3.1 Pemerhatian ……………………………………………………………13-15

3.2 Temubual ………………………………………………………………15-16

3.3 Analisa Data dari Soalan Kaji Selidik ……………………………….16

3.3.1 Analisa jawapan daripada bahagian A ……………………….17-20

3.3.2 Analisa jawapan daripada bahagian B ……………………….20-24

3.3.3 Analisa jawapan daripada bahagian C ………………………25-39

3.4 Pemilihan Kriteria Mengikut Purata Tertinggi ………………………..39-41

Page 7: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

ii

3.5 Eksperimen & persampelan …………………………………………….41

3.5.1 Sampel pertama ……………………………………………..41-42

3.5.2 Sampel kedua ………………………………………………..42-43

3.6 Kesimpulan ……………………………………………………………43

BAB 4 PRODUK AKHIR

4.0 Pengenalan …………………………………………………………….44

4.1 Reka bentuk pakaian untuk gaun wanita mengandung ………………..45

4.1.1 Rekaan pertama ……………………………………………...45

4.1.1.1Cara bukaan rekaan pertama ……………………….46-47

4.1.2 Rekaan kedua ………………………………………………..48

4.1.2.1Cara bukaan rekaan kedua …………………………49-50

4.1.3 Rekaan ketiga ………………………………………………..51

4.1.3.1Cara bukaan rekaan ketiga ………………………….52-53

4.2 Kesimpulan ……………………………………………………………54

BAB 5 KESIMPULAN

5.0 Pengenalan …………………………………………………………….55

5.1 Kelebihan produk ……………………………………………………...55

5.1.1 Material/bahan ……………………………………………….55

5.1.2 Bukaan dan jenis bukaan …………………………………….55-56

5.1.3 Warna fabrik ………………………………………………....56

5.2 Kelemahan produk …………………………………………………..…56

5.3 Batasan kajian ……………………………………………………….....56

5.4 Kesimpulan …………………………………………………………….56

Page 8: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

iii

LAMPIRAN ………………………………………………………………57

Lampiran A

Borang kaji selidik

Lampiran B

Analisa borang kaji selidik

Lampiran C

Rekaan gaun mengandung pertama

Rekaan gaun mengandung kedua

Rekaan gaun mengandung ketiga

Lampiran D

Harga jualan

RUJUKAN ………………………………………………………………..73

Page 9: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

iv

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulilah kehadrat ilahi, akhirnya dapatlah saya menyiapkan

penulisan ilmiah kajian bukaan praktikal untuk gaun wanita mengandung setelah

setahun penyelidikan dengan bantuan penasihat, rakan-rakan dan mereka yang terlibat

secara tidak langsung.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada penyelia pertama saya

iaitu Cik Norhayati Binti Suleiman dan Dr. Hjh. Nazlina Binti Shaari sebagai penyelia

kedua yang banyak memberi tunjuk ajar dengan penuh kesabaran, sokongan serta

galakkan semasa menyiapkan Projek Tahun Akhir. Para pensyarah dan tutor Teknologi

Seni Reka juga tidak dilupakan kerana banyak memberi kritikan supaya dapat

memperbaiki kelemahan, galakkan dan bantuan kepada saya dalam menjayakan Projek

Tahun Akhir ini.

Ribuan terima kasih buat keluarga dan rakan sekelas di atas restu, galakkan dan

sebagai teman di sisi selama tiga tahun pengajian di Universiti Malaysia Sarawak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas bantuan dan dorongan yang

telah diberikan.

Wassalam.

Page 10: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

v

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mereka gaun mengandung yang mempunyai nilai

tambahan bukaan yang praktikal. Ia bertujuan untuk membantu memudahkan wanita

mengandung memberi ruang pada bahagian perut ketika membuat pemeriksaan

kandungan lazim serta menyapu pelembab yang sememangnya perlu dalam tempoh

mengandung. Rekaan ini tertumpu pada bukaan di bahagian hadapan yang mempunyai

dua lapisan dengan penggunaan jenis kancing zip tersembunyi, loop dan butang serta

Velcro untuk memudahkan proses bukaan dan memberi ruang kepada bahagian perut

tanpa mendedahkan bahagian badan yang lain. Kategori rekaan fesyen adalah pakaian

kasual dengan menggunakan fabrik berasaskan gentian semula jadi yang bertujuan

untuk memberi kemudahan dan keselesaan serta nilai estetika kepada pengguna.

Page 11: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

vi

Abstract

This study is to design a value added maternity dress with functional openings.

The aim is to help pregnant lady access their tummy area for common medical check –

up and to apply lotion, which is frequently needed during this period. The design covers

overlay, front side openings with invisible zips, loops with button and Velcro strips to

give easy opening and access of their tummy without revealing other body part. The

selection of design is focused on casual wear using natural fiber fabric which aims to

give comfort and ease as well as aesthetic value to consumers.

Page 12: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

1

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan

Mengandung merujuk kepada proses pertumbuhan bayi di dalam perut wanita

sehingga melahirkan anak. Lazimnya anggaran tempoh mengandung adalah empat

puluh minggu di antara tempoh akhir haid dan kelahiran iaitu tiga puluh lapan minggu

daripada proses persenyawaan. Pembesaran kandungan dan perubahan fizikal wanita

mengandung terbahagi kepada 3 trimester iaitu trimester 1, trimester 2 dan trimester 3.

Setiap trimester mewakili perubahan di dalam jangka masa 3 bulan.

Pada trimester pertama sehingga trimester ketiga, terdapat banyak perubahan

lazim berlaku dalam tempoh mengandung disebabkan perubahan hormon dan fizikal.

Antara perubahan fizikal adalah pembesaran perut dan payu dara, perubahan kulit

kepada lebih sensitif disebabkan tegangan dan tekanan apabila kandungan semakin

membesar. Perkara ini akan menyebabkan ketidakselesaan sepanjang tempoh

mengandung. Berikutan perubahan ini, terjadilah perubahan emosi pula seperti

perubahan perasaan wanita mengandung iaitu perasaan murung, sedih dan cepat berasa

tidak yakin.

Wanita mengandung akan memenuhi jadual pemeriksaan kandungan pada setiap

bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor. Pemeriksaan awal dilakukan

bagi memastikan tahap kesihatan wanita mengandung dan kandungan. Pemeriksaan

kandungan di lakukan pada trimester pertama lagi iaitu pada bulan pertama sehingga

keenam, pemeriksaan yang perlu dijalani adalah sekali dalam sebulan. Pada bulan yang

Page 13: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

2

seterusnya iaitu bulan keenam sehingga ketujuh adalah dua kali dalam sebulan dan pada

bulan kelapan hingga menunggu kelahiran adalah empat kali dalam sebulan.

Menurut Nurul Akma Bt Ramlan, jururawat Hospital Besar, Ipoh Perak, semasa

pemeriksaan kandungan, wanita mengandung perlu menjalani beberapa pemeriksaan.

Antaranya memeriksa kepekatan darah, tahap haemoglobin (perlu jika kekurangan

darah) serta imuniti rubella (jika perlu), memeriksa air kencing untuk tahap kepekatan

gula, protein dan ketones, pemeriksaan GTT glucose tolerance test untuk diabetes,

menimbang berat badan, ultrasound scanning untuk melihat imej bayi dalam rahim

serta dapat mengetahui bayi kembar, bayi normal dan abnormal, mendengar degupan

bayi dengan menggunakan foetal heartbeat dan ukuran diameter perut dari symphysis

pubis.

Penjagaan yang betul amat penting bagi membantu perkembangan kandungan

dalam keadaan yang normal dan selamat. Wanita mengandung dinasihatkan mengambil

makanan yang sihat seperti sumber makanan yang mempunyai vitamin A, B, C, D,

Folate, Calcium, Zinc, Iron, Phosphorus dan magnesium.

Pemeriksaan kandungan menggunakan ultrasound scanning adalah bagi

mengetahui jantina bayi, mengesan degup jantung kandungan, meneka pertumbuhan

bayi abnormal atau normal dan pembesaran rahim.

Page 14: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

3

Sumber bahan daripada internet

(Medline Plus Medical Encyplopedia in Pregnancy)

Rajah 1: Pemeriksaan menggunakan ultrasound scanning.

Semasa mengimbas kandungan, wanita mengandung perlu berbaring di atas katil

yang disediakan dan mendedahkan bahagian perut. Bahagian perut akan disapu dengan

gel pengimbas, ini bagi membolehkan transducer membantu mendapat imej kandungan.

Tranducer akan digerakkan di atas kulit perut dengan lembut dan imej akan terpapar di

skrin LCD dan doktor akan menerangkan apa yang dipaparkan di skrin (Rujuk rajah 1).

Sepanjang menjalani pemeriksaan dengan alat pengimbas, wanita mengandung

menghadapi masalah kerana tiada pakaian khas disediakan seperti kemudahan baju x-

ray. Kebanyakkan wanita mengandung lebih gemar memakai gaun mengandung

disebabkan faktor mudah semasa membuat pemeriksaan, mudah ketika membuang air,

tidak panas dan selesa tetapi gaun mengandung sedia ada tidak memberi keselesaan

ketika pemeriksaan perut. Ini adalah salah satu faktor permasalahan yang

mempengaruhi kajian ini.

Page 15: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

4

1.1 Pernyataan Masalah

Kajian ini telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang lazim dihadapi oleh

responden melalui temubual secara tidak langsung. Antaranya adalah responden

menghadapi masalah semasa menjalani pemeriksaan kandungan kerana jarang

disediakan pakaian khas di pusat kesihatan yang dapat memberi keselesaan. Setakat ini

hanya, baju khas x-ray sahaja yang disediakan.

Permasalahan yang kedua adalah, gaun mengandung yang sedia ada dipasaran

tidak mempunyai bukaan yang bersesuaian serta menyukarkan pemakaian. Ini adalah

disebabkan, kebanyakkan rekaan dipasaran mempunyai bukaan di bahagian belakang.

1.2 Objektif Kajian

• Mengenalpasti jenis-jenis kancing dan perletakkan bukaan yang sesuai untuk

diaplikasikan pada gaun mengandung bagi memudahkan pengguna menjalani

pemeriksaan kesihatan dan memberi ruang pada bahagian perut berdasarkan data

maklumat daripada responden.

• Menghasilkan bukaan gaun mengandung yang praktikal bagi memberi

kemudahan tambahan selain memberi keselesaan kepada pengguna.

1.3 Kepentingan Kajian

Daripada kajian ini, rekaan gaun mengandung akan lebih praktikal dengan

fungsi dan estetikanya. Dengan ini, ia dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan

semasa jangka masa mengandung dan diharap dapat memupuk sikap para ibu yang

bekerjaya untuk tidak memandang keadaan semasa mengandung sebagai satu beban

Page 16: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

5

atau kepayahan. Ini juga dapat mengurangkan rasa malu dan segan ketika pemeriksaan

kandungan.

Pemilihan fabrik adalah daripada kategori gentian semulajadi kerana sifat fabrik

tersebut yang selesa, mudah menyerap peluh, sejuk dan mempunyai tekstura yang

lembut. Ini adalah amat bersesuaian dengan kulit wanita mengandung yang sensitif bagi

memberi keselesaan jika berpeluh dan mengelakkan kegatalan di bahagian perut.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini dilakukan di dua kawasan iaitu India Street, Klinik Jawa (klinik ibu-

ibu mengandung) di sekitar Kuching dan Klinik Kesihatan, Kota Samarahan. Borang

soal kaji selidik telah diedarkan kepada 30 orang wanita mengandung dan 20 orang

wanita yang telah mengandung. Cara ini akan mendapat maklumat dengan lebih tepat

tentang permasalahan yang akan dikaji serta dapat mencapai matlamat objektif supaya

produk yang dihasilkan mempunyai bukaan yang praktikal untuk gaun mengandung.

1.5 Limitasi Kajian

Limitasi kajian ini adalah sukar untuk mendapatkan diameter perut yang tepat

kerana setiap diameter perut ibu mengandung mempunyai ukuran yang berlainan

walaupun badan bersaiz M. Ini adalah kerana faktor genetik, pemakanan ibu semasa

mengandung (bayi kekurangan zat untuk membesar), bayi kembar dan beberapa faktor

yang lain. Manakala kumpulan sasaran pasaran adalah terdiri daripada wanita bekerjaya

yang berpendapatan antara Rm1200 ke atas. Ini disebabkan golongan dalam lingkungan

ini, masih mampu membeli rekaan bukaan praktikal untuk gaun mengandung. Kategori

Page 17: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

6

rekaan fesyen ini adalah kasual. Cadangan rekaan ini amat bersesuaian dengan wanita

mengandung yang gemarkan penampilan bergaya, ringkas dan kemas.

1.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pada akhir kajian ini akan menghasilkan produk gaun

mengandung yang mempunyai bukaan yang praktikal pada akhir kajian ini.

Pengaplikasian bukaan praktikal pada gaun mengandung ini adalah untuk

memperkenalkan produk yang dapat membantu dan memberi keselesaan kepada ibu

mengandung. Produk ini direka khas untuk wanita mengandung untuk menyenangkan

semasa aktiviti pemeriksaan tahap kesihatan sepanjang tempoh mengandung serta masih

praktikal digunakan selepas bersalin.

Page 18: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

7

BAB 2

METODOLOGI KAJIAN

2.0 Pengenalan

Kaedah metodologi dalam kajian akan menekankan kepada aspek pemerhatian,

mengumpul maklumat, mengenal pasti permasalahan dengan mengedarkan borang kaji

selidik supaya dapat memahami kajian serta menghasilkan produk yang baru

berdasarkan permasalahan yang telah di kenal pasti.

2.1 Metodologi penyelidikan

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan 2 kaedah iaitu:

Rajah 2: Menerangkan cabang metodologi kajian.

.

Kajian ini menggunakan kaedah metodologi kajian yang terbahagi kepada dua

bahagian iaitu dengan mengumpulkan data secara primer dan sekunder. Data primer

METODOLOGI

PENYELIDIKAN

DATA PRIMER i) Temubual

ii) Borang kaji selidik

iii) Eksperimen dan

persampelan

DATA SEKUNDER i) Pengumpulan data

daripada pembacaan

ii) Pemerhatian

Page 19: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

8

adalah data yang paling penting kerana ia untuk mengumpul segala maklumat melalui

dengan tiga cara pengumpulan secara langsung iaitu temubual, pengedaran borang soal

kaji selidik serta membuat eksperimen dan persampelan.

Manakala data sekunder adalah data yang diperolehi daripada data kajian

sebelumnya dan pengalaman. Data ini dapat menyokong maklumat yang diperolehi

daripada data primer (Rujuk rajah 2).

2.2 Data primer

Data primer adalah data dengan mengumpul segala maklumat secara langsung,

melalui tiga cara pengumpulan iaitu temubual, pengedaran borang kaji selidik dan

membuat eksperimen dan persampelan.

2.2.1 Temubual

Temubual dilakukan pada pihak daripada pusat kesihatan bagi mendapat

maklumat yang lebih tepat mengenai aktiviti pemeriksaan yang dilakukan ke atas wanita

mengandung Temubual juga dilakukan secara tidak langsung terhadap wanita

mengandung dan wanita yang sudah mengandung. Temubual ini dilakukan adalah bagi

mengetahui masalah penggunaan gaun mengandung yang sedia ada di pasaran semasa

menjalani pemeriksaan kandungan.

Wanita mengandung bersetuju dengan cadangan rekaan bukaan praktikal untuk

gaun mengandung kerana rata-rata berpendapat gaun mengandung yang ada dipasaran

tidak dapat memberi keselesaan ketika pemeriksaan kandungan. Selain itu wanita

mengandung juga memberi sedikit pendapat mengenai idea baru dalam menghasilkan

Page 20: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

9

bukaan praktikal gaun wanita mengandung. Seluruh maklumat yang telah dikumpul dari

temubual secara tidak langsung dan langsung digunakan dalam menghasilkan rekaan.

2.2.2 Borang soal kaji selidik

Borang kaji selidik diedarkan bertujuan untuk mengkaji tentang gaun

mengandung dengan menerima setiap pendapat responden iaitu mengenai cadangan

yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Borang soal kaji selidik ini mengandungi

tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

Bahagian A adalah bahagian soalan demografi iaitu maklumat peribadi

responden. Pada bahagian ini soalan mengenai umur dan status pekerjaan. Manakala

bahagian B pula, adalah bahagian maklumat umum responden. Maklumat ini penting

untuk mengetahui kesesuaian gaun mengandung yang sudah sedia ada di pasaran seperti

maklumat keselesaan responden mengunakan gaun mengandung.

Bahagian C pula adalah mengenai cadangan reka bentuk baru gaun

mengandung. Maklumat ini digunakan untuk mengenal pasti elemen yang tertinggi. Hal

ini dikeranakan untuk membantu penghasilan produk akhir. Data bahagian C

menggunakan kaedah linked scale iaitu kaedah purata menggunakan lima bahagian kod

(Rujuk jadual 1).

Jadual 1: Menunjukkan kod jawapan bagi kaedah linked scale

Sangat tidak setuju

1

Tidak setuju

2

Tidak pasti

3

Setuju

4

Sangat setuju

5

Page 21: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

10

2.2.3 Eksperimen dan persampelan

Hasil daripada pengumpulan data yang telah dianalisa dijadikan elemen utama

dalam mereka gaun wanita mengandung. Elemen utama ini dijadikan sebagai landasan

semasa membuat eksperimen dan persampelan.

Persampelan dilakukan bagi mengenal pasti perletakan yang sesuai dan dapat

memberi keselesaan apabila diaplikasikan pada mana-mana di bahagian hadapan,

bahagian sisi dan diagonal (potongan serong). Selain itu jenis kancing dan saiz kancing

juga diambil kira dalam persampelan. Eksperimen ini juga banyak tertumpu pada

bahagian perut bagi memastikan bahagian perut terbuka tanpa mendedahkan bahagian

badan yang lain.

Tujuan persampelan dan reka bentuk adalah untuk membantu menghasilkan

produk yang mempunyai kedudukan bukaan yang sesuai dan selesa bagi menyelesaikan

masalah produk yang sedia ada dan dapat memberi nilai estetika pada baju

mengandung. Selain itu, dapat menghasilkan produk yang baik dan dapat memberi

kemudahan tambahan berbanding daripada gaun mengandung yang sedia ada sekarang.

2.3 Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang diperolehi daripada data kajian sebelumnya dan

pengalaman.

2.3.1 Pengumpulan data melalui pembacaan

Kajian ini telah menggunakan seluruh maklumat melalui laman web, majalah

dan buku. Ini bertujuan bagi mendapat lebih maklumat tentang jenis-jenis bukaan gaun

Page 22: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

11

mengandung, maklumat mengenai wanita mengandung, jenis fabrik dan jenis-jenis reka

bentuk gaun.

2.3.2 Melalui Pemerhatian

Melakukan pemerhatian mengenai bukaan, jenis kancing, reka bentuk gaun dan

jenis-jenis gaun mengandung di pasaran dan mengetahui kehendak serta pendapat

responden mengenai gaun mengandung.

2.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menggunakan kaedah metodologi kajian

bagi mendapat maklumat yang tepat tentang permasalahan gaun mengandung serta

mengumpul data serta cadangan daripada responden berdasarkan tajuk kajian bukaan

praktikal untuk gaun wanita mengandung.

Page 23: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

12

BAB 3

HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bagi mendapat maklum balas mengenai maklumat-maklumat berkenaan dengan

rekaan gaun wanita mengandung, borang soal kaji selidik telah diedarkan kepada 50

orang responden. Borang soal kaji selidik telah diedarkan kepada 2 kategori iaitu 30

orang responden yang sedang mengandung dan 20 orang responden yang telah

mengandung.

Borang soal kaji selidik telah diedarkan di pusat kesihatan ibu-ibu mengandung

iaitu Klinik Jawa, Kuching dan Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Borang soal kaji

selidik ini banyak diedarkan di pusat kesihatan. Pengedaran borang soal kaji selidik

bertujuan untuk mendapat lebih maklumat yang tepat bagi membantu kajian ini serta

mengenal pasti elemen-elemen yang perlu ada pada gaun mengandung bagi memenuhi

kehendak responden.

Borang soal kaji selidik ini telah di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu

bahagian demografi pada bahagian A iaitu maklumat peribadi responden, maklumat

responden mengenai gaun mengandung pada bahagian B dan cadangan reka bentuk baru

gaun mengandung pada bahagian C. Hasil daripada analisa jawapan responden ini

dapatlah mengetahui masalah gaun mengandung yang sedia ada tidak sesuai dipakai

untuk pemeriksaan kandungan.

Page 24: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf · Alamat Tetap: 189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor Catatan: *Tesis/Laporan

13

3.1 Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenalpasti permasalahan gaun

mengandung yang ada di pasaran. Sepanjang pemerhatian yang telah dilakukan

mendapati gaun mengandung mempunyai bukaan biasa iaitu bukaan di bahagian

hadapan dan belakang tetapi selalunya bukaan untuk memasukkan kepala, menjadi

design line sebagai nilai estetik pada kolar dan ada sesetengah rekaan gaun mengandung

tidak mempunyai bukaan. (Rujuk rajah 3 dan 4).

Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan, keperluan bagi wanita

mengandung semasa pemeriksaan kandungan adalah keselesaan. Responden

mencadangkan gaun mengandung yang akan dihasilkan dapat menutup pada bahagian

yang tidak sepatutnya terdedah tanpa menyelak kain ke paras dada. Secara

keseluruhannya, responden mementingkan keselesaan, masa jangka panjang dan

kecantikan.

Rajah 3: Gaun mengandung yang tidak mempunyai bukaan pada mana-mana bahagian.