fakulti sains sosial gunaan

Upload: yusmahairi

Post on 12-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MEI / 2014

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI : 840929055417002NO. KAD PENGNEALAN: 840929055417NO. TELEFON: 013-6363657E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN N.SEMBILAN

ISI KANDUNGANPANDUAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. KEMAHIRAN BELAJAR 6

3. KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT 9

4. ANALISIS PERANAN PENGURUS YANG KEDUA 12

5. ANALISIS PERANAN PENGURUS YANG KETIGA 15

6. RUMUSAN 20

7. RUJUKAN

PENGENALANHari ini pendidikan tidak lagi hanya berkisar kepada pendidikan yang dikendalikan secara konvensional di mana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses bersemuka antara guru dengan pelajar. Pada zaman kepesatan teknologi maklumat ketika ini, ada juga kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara terbuka ataupun istilah yang sering diguna pakai ialah pendidikan jarak jauh (PJJ). Apa pun gelaran dan istilah yang diguna pakai ianya merupakan satu kaedah pembelajaran secara separuh masa (bagi individu yang sedang bekerja), kemasukan yang terbuka, pembelajaran secara jarak jauh yang memberi peluang kepada individu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan untuk mendapatkan atau meningkatkan sesuatu kelayakan akademik dengan melakukan pembelajaran secara bebas atau bersendiri. Sistem ini satu sistem pendidikan yang memberi peluang pembelajaran kepada semua, dari segi kelayakan asas, umur, tempat, masa (bila untuk mendaftar dan bila untuk menamatkan pelajaran) dan kelajuan pembelajaran. Jika ingin dilihat dari segi definisi, terdapat begitu banyak definisi PJJ yang telah diguna pakai oleh orang awam, institusi pendidikan tinggi, dan sebagainya. Pada dasarnya, PJJ merupakan satu kaedah pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar tanpa memerlukan pelajar berada secara fizikal di tempat kursus pengajian tersebut ditawarkan. Lazimnya PJJ merupakan satu kaedah pembelajaran yang sering menjadi pilihan golongan berkerjaya untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka yang sedia ada. Bukan sesuatu yang mudah bagi golongan berkerjaya untuk kembali belajar semula. Sudah tentunya terdapat pelbagai bentuk kekangan dan cabaran yang perlu ditempuhi golongan ini.Contohnya kekangan masa, kekurangan sumber rujukan, masalah kewangan dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Rumusannya mudah, jika ingin belajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan. Namun demikian, untuk bergelar graduan PJJ yang cemerlang, ada dua perkara penting yang tidak mungkin boleh dipandang remeh iaitu kemahiran belajar dan kemahiran penggunaan ICT. Jikalau dua perkara ini tidak dapat diaplikasikan dan diterapkan dalam diri setiap pelajar PJJ, sudah tentu amat sukar bagi setiap pelajar PJJ ini untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajian.

KEMAHIRAN BELAJAR Menurut Mohd Yunus (1990), kemahiran belajar ialah keupayaan melaksanakan kegiatan pembelajaran dengan berkesan. Beliau telah memperincikan kemahiran belajar kepada beberapa pecahan iaitu keupayaan mendisiplinkan diri, keupayaan membaca, keupayaan mendengar, keupayaan mencatat nota dan keupayaan mengingat.

1. Disiplin diriMemang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin diri adalah aspek sangat penting dalam pembelajaran. Dalam mendisiplinkan diri terdapat pelbagai langkah yang perlu diambil, antaranya ialah memulakan tugas dengan cepat, menentukan tugas yang hendak dilakukan, menyediakan tempoh untuk melengkapkan tugas, belajar dalam masa yang telah ditetapkan, membahagi-bahagikan masa belajar dan menyediakan jadual belajar (Mohd Yunus,1990). Sehubungan dengan itu, disiplin diri boleh dianggap sebagai kesungguhan individu mematuhi peraturan pembelajaran.

1.1Kemahiran Mengurus Masa Pelajar perlu mahir mengurus masa belajar dengan baik. Menurut Salihan Siais (1991), untuk mengurus masa dengan baik, berkesan dan sempurna, pelajar perlu membuat jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, pelajar akan sentiasa menghargai masa dan mempunyai cara hidup yang tersusun rapi dan berdisiplin. Selain itu, pelajar juga akan dapat memberikan tumpuan dengan memberikan keutamaan kepada mana-mana mata pelajaran atau kemahiran yang didapati oleh mereka masih lemah atau belum dikuasai dengan baik.

2. Kemahiran mendengarKemahiran mendengar adalah salah satu kemahiran belajar paling asas dan paling penting diamalkan secara berterusan. Pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data, pengetahuan dan sebagainya daripada tutor semasa proses tutorial (Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, 2007). Mohamad Daud (1994) menjelaskan bahawa mendengar tanpa penanggapan adalah tidak bermakna. Penanggapan pula memerlukan pentafsiran maklumat yang dirakam setelah didengar. Mohd Yunus (1990) berpendapat, mendengar bukanlah semata-mata menerima dan mengenali bunyi di sekeliling kita. Mendengar adalah salah satu proses yang aktif yang memerlukan pemikiran, penilaian dan percantuman. Tanpa tumpuan khusus, pelajar akan ketinggalan perkara-perkara penting dalam pembelajaran. Lanjutan daripada mendengar dengan teliti barulah pelajar boleh mencatat isi-isi penting dan membuat nota. Justeru itu, kemahiran mendengar merupakan satu elemen yang penting ketika proses pembelajaran berlaku di dalam kelas. Penumpuan ketika pembelajaran khususnya mendengar secara teliti dan menyimpan maklumat dalam ingatan akan memudahkan maklumat diingati ketika diperlukan.

3. Kemahiran Membaca Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran tertentu kerana membaca ialah satu proses berfikir yang kompleks. Pelajar mesti tahu membaca secara imbasan (scanning), bacaan luncuran (skimming), bacaan intensif dan bacaan laju. Pelajar juga boleh menggunakan teknik seperti Survey-Question-Read-Recite-Review (SQ3R) dan 24 Know-Want-Learned-How (KWLH) (Baharin Abu, 2003). Ada juga cara membaca secara menyoal tentang isi teks, membuat kesimpulan daripada pembacaan, menerangkan maklumat daripada teks dan menjangkakan soalan yang boleh ditanya daripada maklumat yang telah dibaca. Mengikut Anderson (dlm Abd. Ghani, 1996: 25), kecekapan membaca bergantung kepada kecepatan bacaan dan kefahaman. Beliau menyatakan terdapat tiga penentuan yang perlu dibuat untuk memanfaatkan pembacaan iaitu menentukan tujuan sebelum membaca, menilai bahan bacaan, dan menentukan teknik apakah yang bersesuaian dengan bahan bacaan untuk mencapai objektif bacaan. Beliau juga mencadangkan beberapa teknik bacaan iaitu :a) Membaca dengan menyebut perkataan terutamanya pada peringkat permulaan membaca dan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah.b) Membaca dalam hati seperti menyebut perkataan tetapi perkataan tersebut tak terjelma dalam bentuk suara.c) Memberi tumpuan kepada satu-satu perkataand) Membaca berulang kali.Walaupun kaedah-kaedah yang dicadangkan boleh membawa kepada pembacaan berkesan tetapi semuanya bergantung kepada kebolehan individu. Sekiranya individu itu pintar, cara sebegini mungkin kurang sesuai dan Kamarudin dan Siti Hajar (1996) mencadangkan bahawa bacaan sebegini sesuai untuk pelajar-pelajar kategori sederhana.

4. Kemahiran Mencatat Nota Pelajar selepas mendengar, mereka perlu mencatat nota bagi mengelakkan lupa. Kajian menunjukkan pelajar akan ingat 90-100% apa yang didengar apabila mencatat nota semasa atau sejam selepas pembelajaran (Pauk, 1984). Kemahiran mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat, isi penting daripada bahan bacaan, bahan yang didengar atau dilihat. Menulis ialah proses merakam dan menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan bertujuan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Mc Crimmon (dlm Kamarudin dan Siti Hajar, 1996: 105) menyatakan bahawa sesuatu kegiatan penulisan itu tidak berlaku dalam ruang kosong sebaliknya dalam satu situasi. Sebuah penulisan selalunya bertujuan untuk menyampaikan atau menghubungkan sesuatu mesej, rayuan, maklumat atau idea kepada seseorang.Kamarudin dan Siti Hajar (1996) memberikan satu definisi umum tentang penulisan kerana beliau berpendapat bahawa penulisan sebagai satu alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan melalui lambang-lambang bunyi. Dalam proses membuat nota, beberapa kemahiran belajar lain perlu bergabung seperti kemahiran mendengar dan membaca. Mencatat nota adalah aktiviti merekod iaitu menulis di atas kertas. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku dan lain-lain lagi.Kesimpulannya, mencatat nota merupakan elemen penting yang dapat membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan memperoleh maklumat yang berguna ketika pembelajaran. Justeru itu, elemen-elemen mencatat nota seperti menggunakan singkatan perkataan serta lambang-lambang tertentu akan memudahkan proses pembelajaran seterusnya memudahkan pemahaman maklumat.

5. Kemahiran mengingatiIngatan merupakan proses intelek yang menyimpan maklumat dan pengalaman secara mental dan dapat dikeluarkan kembali untuk menyelesaikan masalah atau digunakan untuk pembelajaran selanjutnya. Menurut Amir (1986), cara menguatkan ingatan adalah melalui cara pemusatan ingatan dan apabila pelajar dihadapkan dengan sesuatu rangsangan, mereka akan mempunyai kecenderungan untuk menumpukan dan memusatkan fikiran kepada perkara tertentu sahaja. Lee (1997), menjelaskan bahawa ingatan terbahagi kepada tiga sistem iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan yang paling sesuai bermula dengan kegiatan rakaman deria atau ingatan sensor. Ingatan ini hanya berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang daripada satu saat contohnya ingatan ketika menaip. Apabila sesuatu maklumat itu diproses dan dikenali sebagai bermakna atau relevan, ia akan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Ingatan ini akan dapat disimpan dalam beberapa saat, contohnya menguji nombor telefon untuk mendail. Ingatan jangka panjang pula boleh menyimpan maklumat dan pengalaman yang diperoleh dalam bentuk yang kekal dan tersusun. Beliau turut mencadangkan kaedah memupuk kemahiran mengingat seperti :a)Menegaskan isi untuk diingat.b)Pembelajaran bermakna yang ada kaitan dengan kehidupan seharian.c)Pengelolaan pembelajaran berdasarkan idea dan maklumat dikelompokkan dalam susunan untuk memudahkan ingatan.e)Latih tubi dengan mengingati fakta dan konsep secara berulang kali.f)Singkatan maklumat melalui pengekodan dan perlambangan.Justeru itu kemahiran mengingat merupakan perkara yang terpenting dalam pembelajaran. Setakat mana dapat dipertingkatkan bergantung kepada kemampuan dan prestasi pelajar. Hal ini boleh dipelajari dan ditingkatkan melalui latihan yang berterusan. Pengukuhan pembelajaran dengan menggunakan teknik latih tubi mampu mengukuhkan daya ingatan pelajar ketika pembelajaran berlaku.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)Proses pendidikan melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan satu pendekatan baru dari segi pembelajaran dan pengajaran. Ia merupakan suatu pendekatan pendidikan yang bersifat inovatif yang berupaya untuk menangani cabaran serta peluang di alaf baru ini. Kelebihan yang ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini dikatakan dapat menggalakkan penjanaan dan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat global. Menurut Dixon (1996), hampir 75 peratus daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Amerika Syarikat menawarkan sekurang-kurangnya satu program PJJ dalam talian. Di samping itu, terdapat pengusaha persendirian dan konsortium yang membina serta menawarkan pelbagai kursus secara dalam talian. Persaingan ini menurut Ludlow (1994), mempunyai kesan positif kerana ia menurunkan kos PJJ dalam talian dan mempelbagaikan kursus yang ditawarkan. PJJ dalam talian juga menyediakan banyak pilihan dan peluang kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Oleh yang demikian, mahu tidak mahu semua pelajar PJJ harus menguasai kemahiran literasi maklumat untuk mencapai kejayaan dalam pengajian jarak jauh ini. Terdapat beberapa kemahiran literasi yang utama iaitu kemahiran maklumat, kemahiran membaca, kemahiran belajar, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran ICT dan kemahiran komunikasi. Di sini kita sentuh beberapa kemahiran literasi maklumat yang berkaitan ICT.

Kemahiran ICTKemahiran ini antara kemahiran yang penting di dalam persekitaran pengajian jarak jauh. Dalam era globalisasi ini,sukar untuk kita menafikan kepentingan penggunaan komputer ataupun komputer riba. Setiap pelajar PJJ wajib menguasai kemahiran menggunakan alatan ini untuk tujuan akses dan aktiviti PJJ. Selain kemahiran penggunaan komputer, pelajar juga perlu mahir untuk menggunakan perisian Microsoft Word bagi tujuan menyiapkan tugasan. Jika setiap pelajar dapat menguasai kemahiran ini dengan baik, sudah tentu proses pembelajaran kendiri dan proses melengkapkan setiap tugasan yang diberikan akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Internet Sepertimana yang kita ketahui, bahawa proses pembelajaran PJJ banyak menggunakan kemudahan literasi maklumat dan ICT. Namun tanpa rangkaian jalur lebar ataupun apa yang kita kenali sebagai internet, maka tiadalah proses PJJ pada hari ini. Dengan adanya internet, pelbagai maklumat boleh kita perolehi dengan mudah. Tambahan pada masa kini, rangkaian internet ini boleh diakses di mana-mana sahaja sama ada secara berbayar ataupun percuma. Mahu tidak mahu, penguasaan pelajar PJJ dalam menggunakan internet akan banyak memberi manfaat bagi mereka yang bergelar pelajar separuh masa atau PJJ. Sebagai contoh pelajar perlu menyelesaikan tugasan dan mencari bahan atau artikel berkaitan tugasan yang diberikan. Cuba bayangkan jika tiada internet, sudah tentu pelajar terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk mencari maklumat di perpustakaan. Kebanyakkan institusi pengajian pada hari ini menyediakan perkhidmatan perpustakaan atas talian untuk memudahkan para pelajar mencari maklumat secara maya. Secara tidak langsung ini akan memudahkan pelajar mencari maklumat dan bahan belajar selain menjimatkan masa untuk pergi ke perpustakaan sebenar. Selain untuk tujuan pencarian maklumat, kemahiran menggunakan internet juga perlu untuk pelajar PJJ berkomunikasi dengan tutor dan rakan sekuliah jika timbul sebarang persoalan berkaitan pembelajaran mereka.

E - Portal

Jika anda pernah bergelar sebagai pelajar PJJ, sudah tentu anda tahu tentang portal yang disediakan oleh pihak IPT untuk diakses para pelajar mereka. Sepertimana yang anda boleh lihat, terdapat banyak maklumat yang terdapat di dalam portal untuk dimanfaatkan pelajar PJJ. Tanpa kemahiran ICT yang baik,mana mungkin pelajar PJJ dapat menggunakan kemudahan seperti forum untuk tujuan perbincangan, kemudahan mendapatkan modul pembelajaran, melihat markah tugasan, yuran pengajian dan sebagainya.

1. http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/GARIS%20PANDUAN/GPPJJ.pdf2. http://eprints.uitm.edu.my/1660/1/LP_KHAIRUL_ANWAR_RASMANI_NORAZNISHAHARI_95_24.pdf3. http://nursarinar.blogspot.com/2009/04/kemahiran-belajar.html4. http://www.cais.unimas.my/media/media/pkma/CAIS%20Publication/Bull2/8.pdf5. http://eprints.oum.edu.my/347/1/prof_mansor_peranan.pdf6. www.slideshare.net/GendraSerra/pendedahan-teknik-belajar-f67. http://maziahrashid.blogspot.com/p/kemahiran-maklumat.html8. http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=ujxggoggzbxe1rkpdxoel49pyfjwhvko201107131759464539. http://www.jtpm-meta.com/resources/JTPMV1N1Mac2011/JTPM%20V1N1%20-%202001%20-%20Rosnaini%20-%201.pdf