fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan...

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN KHAS MAC 2011 HBAE1203 SEMESTER MEI 2012 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI : 710721115403001 NAMA : MOHD SHUKERI BIN TAIB NO. KAD PENGNEALAN : 710721-11-5403 NO. TELEFON : 017-7391789 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE TUTOR : PN. PARVATHY A/P GOVINDAN

Upload: trannga

Post on 11-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP AMBILAN KHAS MAC 2011

HBAE1203

SEMESTER MEI 2012

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 710721115403001

NAMA : MOHD SHUKERI BIN TAIB

NO. KAD PENGNEALAN : 710721-11-5403

NO. TELEFON : 017-7391789

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE

TUTOR : PN. PARVATHY A/P GOVINDAN

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

KANDUNGAN

1. DEFINISI KREATIVITI

2. CIRI-CIRI KREATIVITI

i) Bersifat Fleksibel

ii) Sensitif dan Peka

iii) Idea Yang Asli dan Tulen

iv) Bersifat Terbuka

v) Logik

vi) Berfikiran Bebas

3. STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Kaedah Sumbangsaran

i) Kaedah Pertama

ii) Kaedah Kedua

iii) Kaedah Ketiga

iv) Kaedah Keempat

4. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

5 Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher

i) Rangsangan

ii) Penerokaan

iii) Perancangan

iv) Aktiviti

v) Kajian Semula

5. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

6. PENERAPAN 5 PERINGKAT PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA IMPLIKASI KEPADA

PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN CIRI-CIRI INDIVIDU KANAK-

KANAK.

i) Peringkat Ransangan

ii) Peringkat Penerokaan

iii) Peringkat Perancangan

iv) Peringkat Aktiviti

v) Peringkat Kajian Semula

7. KESIMPULAN

8. RUJUKAN

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

DEFINISI KREATIVITI

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang

kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah

satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan

ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana

minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan

pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan

kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang

diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi

berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.

“Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan seseorang untuk

menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh

berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea,

walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang

ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti.

Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris

berasal dari perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea’’.

Yayasan Inovasi Malaysia, 2010

Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;

”Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan

kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk

baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat

konkrit ataupun abstrak (Rand 1981:6)

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama

kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti

yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang

kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif

biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud

”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus

Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya

kreatif dan kekreatifan.

Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan

kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang

mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan

ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam

mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf

dengan gelaran Bapa Kreativiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang

kreativiti. Antaranya adalah;

a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini

disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan

perasaan ingin tahu.

b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta

sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

(c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan

kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.

i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

ii) menikmati kehidupan yang dialami

iii) menghargai diri sendiri

iv) mengamalkan kebebasan

vi) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran

CIRI-CIRI KREATIVITI

i) Bersifat fleksibel

Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan

dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

ii) Sensitif dan peka

Individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling

termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

iii) Idea yang asli dan tulin

Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada

lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka

berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.

iv) Bersifat terbuka

Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain

mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.

v) Logik

Peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk

sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

vi) Berfikiran bebas

Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu

perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif

lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

i) Kaedah Pertama

Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh

membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak

mampu dilaksanakan.

ii) Kedah Kedua

Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan

dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu

mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana

tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung

menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

iii) Kaedah Ketiga

Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara

sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

iv) Kaedah Keempat

Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal.

Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya

murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

5 Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher

i) Peringkat Rangsangan

Merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa,

siapa, bagaimana dan lain-lain.

ii) Peringkat Penerokaan

Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab

persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul.

iii) Peringkat Perancangan

Menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan

merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui

2 cara iaitu:

perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan

sebagai.

Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.

iv) Peringkat Aktiviti

Bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang segala

aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan

seperti ,”bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?”.

v) Kajian semula

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses

penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan

pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tajuk : Melukis dan Menggambar

Tahun : Tahun 1 Cerdas

Bilangan Murid : 25 Orang

Masa : 10.30 Pagi – 11.30 Pagi ( 60 minit )

Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika

Standard Kandungan : 1.3 Melakukan pergerakan jari-jemari secara bebas

Standard Pembelajaran : 1.3.1 Mengoyak dan menampal secara bebas

Tunjang yang disepadukan : Ketrampilan diri, kerohanian, sikap dan nilai

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mengoyak dan

menampal secara bebas.

Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab, kerajinan dan

tolerasi.

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

PROSEDUR

Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian

Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

Guru memulakan aktiviti dengan induksi set dengan membuka kotak dan mengecam

bahan yang terdapat didalam kotak dan seterusnya menggunakan bahan-bahan tersebut

untuk aktiviti yang seterusnya

Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses untuk mengoyak kertas secara

bebas seterusnya menampal cebisan kertas pada kertas lukisan secara bebas.

Langkah Aktiviti BBM Catatan

Set Induksi

( 5 minit )

1. Murid diberi sebuah ‘kotak hadiah’ yang

besar sambil diperdengarkan lagu

‘Selamat Hari Jadi’.

2. Murid diminta mengoyakkan pembalut

kotak hadiah tersebut mengikut giliran

secara terkawal.

Kotak

Pendekatan:

Permainan

Fasa 1:

Persediaan

(Peringkat 1 –

Rangsangan)

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

Langkah 1

(10 minit)

1. Murid diberi seorang satu kotak hadiah.

2. Murid mengoyakkan hadiah yang diberi

sehingga sempurna.

3. Murid diminta membuka kotak dan melihat

barang-barang yang terdapat di dalam

kotak.

4. Murid menamakan barang-barang yang

terdapat di dalam kotak tersebut .

5. Murid diminta mengambil ketiga-tiga

bahan tersebut mengikut arahan guru.

Gam, kertas

lukisan dan

kertas warna

Pendekatan:

Soal jawab

Tunjang:

Sikap dan nilai

Fasa 2:

Imaginasi

(Peringkat 2 –

Penerokaan)

Langkah 2

(15 minit)

1. Murid melihat guru menunjukkan cara

mengoyak kertas warna secara bebas.

2. Murid mengoyakkan kertas warna yang

diberi secara bebas.

3. Murid melihat guru menunjukkan cara

mengoyakkan kertas warna menjadi saiz

yang lebih kecil.

4. Murid melakukan aktiviti mengoyakkan

kertas warna menjadi saiz yang lebih kecil

dan dimasukkan ke dalam bekas.

Kertas warna

Pendekatan:

Demontrasi/tunjuk

cara

Fasa 3:

Perkembangan

(Peringkat 3 –

Perancangan)

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

Refleksi guru:

Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan kesungguhan

dalam menghasilkan tampalan cebisan kertas secara bebas. Pelbagai bentuk tampalan yang dapat

dilakukan oleh para murid telah dapat dihasilkan. Kreativiti murid dapat dilihat berdasarkan hasil

kerja mereka. Pelajar telah berjaya membuat penerokaan bahan, dan mengembang idea mereka

mengikut acuan dan kehendak mereka sendiri. Secara keseluruhan objektif pengajaran dan

pembelajaran telah tercapai dengan jayanya.

Langkah 3

(25 minit)

1. Murid membuka penutup gam dengan

bimbingan guru.

2. Murid menyapu gam di permukaan kertas

lukisan dan menampal kertas yang telah

dikoyakkan secara bebas dengan bimbingan

guru.

Gam, kertas

warna

Pendekatan:

Multi sensori

motor kasar dan

halus

Tunjang:

Ketrampilan diri

Fasa 4 :

Tindakan

(Peringkat 4 –

Aktiviti)

Penutup

( 5 minit )

1. Murid diminta menunjukkan hasilan kerja

masing-masing sambil menyebut warna

kertas yang digunakan.

2. Murid membantu guru menampal hasilan

masing-masing disudut pameran.

Hasil kerja

murid

Tunjang:

Sikap dan nilai

(Peringkat 5 –

Kajian Semula)

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

PENERAPAN 5 PERINGKAT PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA IMPLIKASI KEPADA

PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN CIRI-CIRI INDIVIDU KANAK-KANAK.

Peringkat 1 - Rangsangan

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, sesi induksi cuba untuk

menerapkan peringkat rangsangan dimana pemikiran kreatif dirangsang dengan guru

memberikan sebuah kotak hadiah kepada setiap murid sambil mendengar lagu ‘Selamat Hari

Jadi’. Melalui pemerhatian yang dibuat ke atas murid tahun 1, jelas menunjukkan secara

tidak langsung pemikiran murid telah dirangsang dengan perasaan ingin tahu isi kandungan

kotak hadiah tersebut. Disamping itu, guru akan bertanyakan pelbagai soalan kritikal untuk

menggalakkan murid meneka isi kandungan kotak tersebut contohnya:

Apakah yang kamu pegang?

Apakah yang terdapat dalam kotak hadiah tersebut?

Apabila mendengar muzik dengan sendirinya murid akan menjadi terangsang kerana elemen-

elemen yang terdapat dalam muzik boleh menarik minat para murid, ditambah lagi dengan

pemberian kotak hadiah sudah pasti akan menimbulkan mood yang ceria kepada para murid.

Bermula dari sini minat murid akan terus dirangsang untuk meneruskan sesi pembelajaran

dengan lebih berfokus. Pada peringkat ini daya ingin tahu para murid akan menjadi lebih

tinggi, disini juga akan bermula proses soal jawab antara murid dan guru. Melalui teori ini

juga perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap murid dapat dilihat secara

perlahan-lahan. Murid-murid juga dirangsang untuk lebih berkeyakinan untuk menjawab

soalan.

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

Peringkat 2 – Penerokaan

Langkah pertama, murid dibenarkan untuk membuka pembalut hadiah tersebut. Murid

diminta untuk membuka kotak dan melihat barangan yang terapat dalam kotak tersebut. Ini

menggalakkan murid untuk meneroka bahan-bahan yang terdapat dalam kotak. Murid-murid

digalakkan menamakan barangan yang ada didalam kotak tersebut dan meneka tujuan ia

diberikan. Secara tidak langsung segala persoalan mengenai isi kandungan kotak tersebut

telah terjawab. Murid telah diberikan tiga bahan yang telah diletakkan di dalam kotak

tersebut iaitu gam, kertas lukisan dan kertas warna dan digalakkan meneroka bahan tersebut

untuk menghasilkan tampalan. Setelah melihat barang-barang yang terdapat didalam kotak

murid pastinya berfikir apakah yang perlu dilakukan dengan barang-barang tersebut, masing-

masing akan membuat telahan sendiri. Penerokaan secara mental dan fizikal akan berlaku,

dimana murid-murid akan cuba berfikir apa yang patut dibuat dengan barang-barang tersebut.

Peringkat ketiga- Perancangan

Guru telah menunjukkan satu hasil kerja daripada tampalan kertas. Guru menerangkan cara

untuk menghasilkan tampalan tersebut. Kemudian, guru menunjukkan cara untuk

mengoyakkan kertas secara bebas. Murid mula mengoyakkan kertas secara bebas. Kemudian

guru mengarahkan murid untuk mengoyakkan kertas kepada cebisan yang lebih kecil supaya

menghasilkan tampalan yang lebih cantik. Murid-murid mula mengoyakkan kertas kepada

cebisan kecil dan meletakkannya di dalam bekas mengikut warna. Ini menggalakkan murid

murid untuk berfikir secara kreatif dan membuat perancangan sebelum melaksanakan sesuatu

tugasan yang diberi. Implikasinya, didalam proses atau langkah kedua ini, murid dilatih

untuk membuat perancangan memalui perbincangan dengan guru dan rakan, pemerhatian dan

interaksi. Murid juga digalakkan membuat perancangan secara visual iaitu melalui contoh

lukisan yang diberi murid dapat membuat gambaran dan merancang tampalan yang

diinginkan. Ini dapat melatih murid supaya belajar untuk merancang bagi melaksanakan

tugasan yang diberi dengan baik dan teratur.

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

Peringkat Keempat - Aktiviti

Peringkat ini merupakan peringkat yang terpenting untuk murid-murid melahirkan pemikiran

kreatif mereka. Segala yang dirancang atau set idea mereka akan diluahkan melalui tindakan

dan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan bimbingan daripada guru untuk

membuka dan menyapu gam. Murid-murid akan menyapu gam pada permukaan kertas

lukisan. Kemudian, murid-murid akan menampal cebisan kertas warna pada permukaan

kertas lukisan mengikut kreativiti mereka. Implikasi aktiviti ini kepada murid-murid ialah

menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif untuk menghasilkan tampalan yang

menarik dan cantik. Murid akan bersaing sesama mereka untuk menghasilkan kerja yang

baik, ini sudah pastinya memberi satu perkembangan yang sihat dikalangan mereka. Pada

masa ini murid akan cuba sedaya upaya untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui hasil

kerja masing-masing.

Peringkat Kelima – Kajian Semula

Peringkat kelima ini, murid-murid diminta untuk menunjukkan hasil kerja masing-masing

sambil menyebut warna kertas warna yang digunakan. Murid-murid diminta untuk

membantu guru menampal hasil tampalan mereka di sudut pameran atau sudut hasil kerja

murid. Murid-murid diminta untuk menilai hasil kerja mereka dan rakan-rakan. Murid-murid

juga diminta untuk memberi pendapat atau pandangan terhadap hasil kerja dan aktiviti yang

telah dijalankan. Implikasinya, murid-murid dapat menilai dan membandingkan hasil kerja

mereka dengan rakan-rakan, mereka akan merasa keseronokan belajar setelah berjaya

menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Perasaan gembira jelas tergambar pada

riak wajah mereka serta rasa berbangga kerana hasil kerja mereka ditampal pada sudut

pameran dan dapat dilihat oleh murid-murid yang lain. Semangat mereka untuk berkarya

pada masa akan datang pasti membuak-buak dan sudah tentu akan menggalakkan mereka

untuk membuat penambahbaikan hasil kerja pada masa akan datang.

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori fisher ini membantu perkembangan dan pembelajaran

kanak-kanak secara individunya kerana ia bukan sahaja meransang pemikiran kanak-kanak

malah membantu kanak-kanak meneroka ka arah yang lebih positif dan kreatif malahan

peringkat-peringkat 5 tahap perkembangan kreatif Fisher begitu tersusun dan berupaya menarik

minat para murid untuk terus mengikuti perkembangan pelajaran sehingga selesai. Percambahan

idea berlaku dengan baik sekali yang bermula dengan rangsangan, penerokaan, perancangan,

aktiviti dan kajian semula. Susunan tahap-tahap ini dapat membantu proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan.

Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Melalui pendidikan

seni bermula pengesanan bakat dan juga kreativiti serta inovasi murid dapat dicungkil dan

digilap. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan

dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam

pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari

dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia

pendidikan kita hari ini.

Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif

memberi peluang kepada mereka untuk merealisasikan imaginasi didalam pelbagai cara. Ini

termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraftangan dan sebagainya. Kanak-kanak

seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika dan yang paling penting guru

haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam

menyediakan bahan yang mahu digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik

membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari

aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam

kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni

ini. Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat.

2508 patah perkatan ( tidak termasuk rujukan dan kandungan )

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

RUJUKAN

Kamus Dewan, 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

M. Azhar A. Hamid, 2004. Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Tun Mahathir, 1991. Wawasan 2020: Malaysia Melangkah ke Hadapan (terjemahan).

Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur, 28 Febuari 1991.

Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Edisi Pelancaran.

2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

INNOVATION Enabling Transformation, 2008-2. Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan: Lim Kok

Wing University of Creative Technology

Lowenfeld, V.& Brittain,W.L.(1987). Creative and mental growth, (8th. ed). USA : MacMillan

Pub.

.

Chang Hon Woon (1994). Teori Seni Tampak, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka

Feldman, E.B. (1996). Philosophy of Art Education, New Jersey : Parentice Hall. Inc.

Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei

Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-KanakBerhubung Dengan Pendidikan

Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong

Malim.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP AMBILAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/710721115…fakulti pendidikan dan bahasa smp ambilan khas mac 2011 hbae1203 semester

Mohd Johari Ab Hamid (Ed).(2004) Pendidikan Seni Visual dan Muzik, Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Tanjong Malim:Malindo Printers Sdn.Bhd.

www.yim.my/index.cfm?&menuid=3&lang=EN, Yayasan Inovasi Malaysia, pada 23 Mac 2012

www.sac.sa.edu.au/libraru/Library?Topics/thinking_skills/thinking.html , Catherine McAuley

Library, pada 23 Mac 2012

www.directedcreativity.com/pages/WPModels.html , Paul E Plsek, (1997) pada 28 Februari

2010

www.cdl.org/resourcelibrary/articles/teaching_creativity.php. pada 28 Februari 2010