faktor yang mempegaruhi kebolehan membaca

22
1 6.3 Punca Masalah Membaca Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu : i. Faktor fizikal ii. Faktor kognitif dan bahasa iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan Faktor Fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll). Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran

Upload: kellylim89

Post on 25-Jun-2015

2.457 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

16.3 Punca Masalah Membaca

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikalii. Faktor kognitif dan bahasaiii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi

Page 2: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

http://anuarsped.blogspot.com/2009_04_01_archive.html

Page 3: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

2Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah:-

terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah.

ii. masa yang diuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak.iii. masa yang diuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak

membaca.iv. sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak.

Page 4: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

3Faktor Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca termasuklah :

1. Diri2. Psikologi3. Fizikal4. Persekitaran5. Sekolah6. Komuniti7. Budaya

Faktor Diri

Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait antara satu sama lain di mana seorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami bahan yang dibaca jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah.

Kecerdasan dapat membantu pelajar dalam aktiviti membaca adalah dari segi membantunya :

Pertama, menumpukan perhatian semasa membaca.

Kedua, murid dapat ingat apa yang dibaca

Dalam proses membaca, pertalian antara kecerdasan dan pemahaman sememangnya wujud.

Kajian-kajian menunjukkan pelajar yang cerdas mempunyai tahap pemahaman yang lebih baik daripada pelajar lain.

Peranan,pengetahuan dan pengalaman sedia ada pada pelajar tersebut membantunya memahami kandungan teks (apa yang dibaca) dengan baik.

Page 5: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

Contoh, seorang pembaca pernah melawat ke suatu destinasi pelancongan. Pengalaman yang diperolehinya memudahkan pembaca itu memahami tajuk berkaitan tempat yang pernah dilawatinya.

Faktor Psikologi

Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca.

Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.

Dorongan dan pemupukan minat perlu disediakan oleh guru dalam persekitaran yang berikut.

a. Menunjukkan kepentingan membaca dalam kehidupan seharianb. Menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan dalam kelasc. Menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaand. Menentukan pemilihan bahan, alatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuaie. Memberikan ganjaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran

Faktor Fizikal

Melibatkan pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar itu mendengar dengan baik dan jelas mungkin boleh menggagalkannya membuat diskriminasi bunyi kata dan teks keseluruhannya.

Kemahiran yang lain adalah ketajaman pendengaran pelajar yang diperhatikan melalui tanda2 berikut :

a. Permintaan yang kerap supaya sesuatu penerangan itu diulangb. Ucapan murid itu sendiri tidak jelasc. Perbuatan membuka mulut ketika mendengard. Perbuatan menyengetkan kepala ketika mendengare. Lemah dalam kebolehan mengejaf. Tidak dapat memberikan perhatiang. Terdapat nanah atau air keluar dari telingah. Selalu demami. Perbuatan meninggikan suara apabila membaca

Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna daripada teks.

Banyak masalah yang timbul apabila deria penglihatan tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya ramai pelajar mendiskriminasikan huruf dan perkataan.

Page 6: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

Di samping itu, kecacatan itu juga menjadikan pelajar itu tidak selesa sdengan teks yang dibaca.

Faktor Persekitaran

Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosio-emosi, corak interaksi dan komunikasi ke atas pembelajaran.

Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Oleh itu :

Rumah yang diisi dengan majalah,surat khabar dan buku mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca

Membaca adalah aktiviti yang bertenaga yang dianugerahkan dengan pengetahuan, celik akal dan perspektif kepada pembaca.(m.thiru 2007)

Faktor Sekolah

Persekitaran sekolah mempengaruhi kebolehan membaca pelajar. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca.

Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi minat membaca, termasuklah :

a. Pemilihan bahanb. Jenis soalan yang ditanyac. Jenis maklum balas yang diberid. Suasana pembelajarane. Doronganf. Pengukuhan yang digunakan.

Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas.

Faktor Komuniti

Komuniti juga memberikan pengalaman hidup yang berbeza yang membentuk pengetahuan asas individu.

Page 7: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

Bagi membezakan tahap pembacaan, pembaca menggabungkan pengetahuan dan nilai yang ada dalam komuniti dengan perspektifnya sendiri

Pengalaman bekerja di ladang, kawasan setinggan atau pun di bandar yang kecil mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Lebih banyak pengalaman dalam komuniti serta penglibatan dalam aktiviti, semakin kaya pengetahuan latar pembaca yang dipenuhi semasa membaca.

Faktor Budaya

Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan artifak yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti pekerja seni, bahasa, muzik, makanan dan sebagainya.

Perbezaan sosial dan kelompok ekonomi dalam budaya mengakibatkan perbezaan dalam aktiviti membaca.

Sekian,

http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/kemahiran-membaca/

Page 8: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

4Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak

menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus

berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri

dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak

berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun,

berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca,

seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan

yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca

diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak

itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat

perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti

berkeupayaan memahami konsep iaitu;

semua “benda” mempunyai nama,

nama benda boleh ditulis dalam perkataan,

Page 9: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

kedua-duanya saling bertukar,

simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup

dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan

tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang

kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke

pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak

mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-

kanak adalah:

keadaan fizikal

pengalaman dan persekitaran

emosi, motivasi, dan sahsiah

kecerdasan

pengamatan

penguasaan bahasa

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan

organ pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang

memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang

otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita,

lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap

berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Page 10: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan

mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-

kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi

sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat

mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang

cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat

berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang

kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.

Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga

mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat

belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan

baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,

kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru

untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan

membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran

membaca kepada kanak-kanak.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks.

Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga

adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor

Page 11: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang

pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff

(1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua

kategori besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca

ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html

Page 12: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

5Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran MembacaSeperti yang telah dibincangkan, faktor-faktor psikolinguistik yang mempengaruhi kemahiran membaca mempunyai pertalian rapat dengan diri pembaca dan pengetahuan latarnya. Untuk itu, perhatian haruslah diberi ke atas faktor-faktor yang terlibat secara langsung dalam penguasaan kemahiran membaca.

Faktor Fizikal

Pertumbuhan dan perkembangan fizikal ialah salah satu aspek yang boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Kesihatan fizikal amat penting dalam menentukan kebolehan dan kecekapan seseorang kanak-kanak itu belajar membaca. Sekiranya kanak-kanak itu mengalami masalah kecacatan fizikal seperti kurang pendengaran atau penglihatan, maka sudah pasti keadaan itu menjejaskan proses perkembangan membaca bagi kanak-kanak itu. Oleh yang demikian faktor penglihatan dan pendengaran yang baik serta kebolehan bertutur secara normal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.

Dengan memiliki penglihatan yang baik, seseorang kanak-kanak dapat mengamati sesuatu dengan jelas. Lebih penting lagi ialah, dia dapat membezakan bentuk-bentuk visual/perkataan serta mengingatinya . Kebiasaan melihat serta mengamati sesuatu bentuk visual/perkataan akan membolehkan pembaca menyimpannya dalam ingatan jangka panjang.

Pendengaran yang baik juga membantu pembaca membunyikan sesuatu perkataan atau ayat dengan betul. Sebelum itu seseorang pembaca perlu didedahkan dengan sistem bunyi bagi sesuatu bahasa. Kebolehan mendengar dengan tepat setiap bunyi bagi sesuatu huruf atau perkataan membolehkan pembaca membezakan bunyi atau fonem sesuatu bahasa. Proses pendengaran yang dilalui oleh setiap individu dalam menguasai kemahiran membaca dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat:

Page 13: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;ii. memahami bunyi-bunyi tersebut;iii. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; daniv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam proses mendengar deretan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa itu, individu yang berkenaan melalui proses menerima bunyi-bunyi . Bunyi-bunyi yang dimaksudkan itu merupakan bunyi-bunyi yang datang dari unsur luar dan sengaja dihasilkan dengan membawa maksud tertentu. Dalam pengajaran membaca, sesuatu huruf, perkataan atau ayat dibunyikan dengan tepat untuk membolehkan kanak-kanak atau pelajar mendengar dan mengesan bunyi-bunyi tersebut. Proses mendengar dan mengesan ini hanya mampu diterima oleh setiap individu yang mempunyai alat pancaindera dengar yang normal.

Peringkat kedua dalam proses pendengaran ialah memahami deretan bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan kepadanya. Sesuatu deretan bunyi itu biasanya dikaitkan dengan sesuatu maksud yang tertentu. Apabila bunyi –bunyi itu diperdengarkan dan diikuti pula dengan tingkah laku yang tertentu oleh guru, kanak-kanak/pelajar yang mendengarnya akan menghubungkan tingkah laku tersebut dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Proses ini lebih berkesan sekiranya deretan bunyi-bunyi tadi diulang beberapa kali sehingga menjadi kebiasaan kepada pelajar.Pada peringkat ketiga, pelajar telah menguasai makna beberapa perkataan dan memahami persamaan erti serta melihat kelainan makna yang wujud antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam satu bahasa yang sama. Pada peringkat ini pelajar sudah dapat menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan kepadanya.

Setelah ketiga-tiga peringkat dilalui dan dikuasai , peringkat terakhir ialah bertindak terhadap apa yang didengar. Pelajar boleh melakukan sesuatu mengikut apa yang didengar atau menyebut sesuatu perkataan atau ayat seperti mana yang sebetulnya. Sehubungan dengan itu, peringkat yang seterusnya ialah kemahiran bertutur yang merupakan satu lagi aspek kemahiran bahasa yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang menguasai kemahiran membaca. Kemahiran bertutur amat penting kerana ia menentukan penyebutan sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Sekiranya seseorang pelajar menghadapi masalah dalam pertuturan contohnya gagap, dia akan menghadapi kesukaran untuk membunyikan sesuatu ujaran. Secara tidak langsung keadaan ini akan menjejaskan penguasaan terhadap kemahiran membaca dengan baik.Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah kepada kita betapa ciri-ciri fizikal

Page 14: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

seseorang memainkan peranan yang penting dalam membantunya untuk menguasai kemahiran membaca. Kecacatan fizikal , iaitu yang melibatkan pancainderanya akan menjejaskan penguasaan kemahiran membaca.

Faktor Kecerdasan (Mental)

Pada umumnya, kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad, kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu yang bermasalah (Atan Long,1978).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesempurnaan pemelajaran dapat dinilai dari segi senang susahnya dan cepat lambatnya pemahaman seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari. Pemahaman ini sebahagian besar bergantung kepada taraf kemampuan mental seseorang yang belajar untuk memahami apa yang dipelajarinya. Dari segi psikologi, dikatakan bahawa kadar pemahaman seseorang terhadap apa yang dipelajari dipengaruhi oleh darjah kecerdasannya.Dalam aspek penguasaan kemahiran membaca,kecerdasan otak dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan membaca seseorang itu. Di Amerika, satu kajian yang telah dibuat di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai otak yang cerdas dan sederhana cepat menguasai kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan di bawah paras sederhana.

Oleh yang demikian, dalam pengajaran membaca, seseorang guru haruslah peka terhadap perbezaan yang wujud di kalangan para pelajarnya agar dia dapat menentu dan memilih bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar sekurang-kurangnya dapat membentuk dan memupuk minat membaca serta penguasaan terhadap kemahiran membaca secara berperingkat-peringkat. Pembelajaran bacaan seperti ini lebih berkesan dan menjamin penguasaan kemahiran membaca yang baik dalam jangka masa panjang.

Faktor Emosi

Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap benda atau keadaan. Bagi orang yang mengalami kebangkitan emosi, aspek emosi yang paling nyata ialah perasaan yang berhubung dengan emosi itu. Dia mungkin berasa takut, gementar, gugup, suka, seronok, sedih dan sebagainya. Sekiranya emosi seseorang itu terbangkit berhubung dengan sesuatu yang telah memberikan pengalaman yang menyenangkan, maka dia akan digerakkan untuk

Page 15: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

mencapai matlamat yang diinginkan. Sebaliknya, emosi yang terbangkit oleh sesuatu yang mendatangkan kesakitan pada masa lepas akan menggerakkan seseorang melarikan diri atau menjauhkan dirinya daripada matlamat yang hendak dicapai. Pada dasarnya, setiap orang akan dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan jayanya jika dia mempunyai keyakinan diri. Dalam konteks ini, keyakinan diri membantu seseorang itu menguasai kemahiran membaca dengan lebih mudah daripada pelajar yang mempunyai perasaan rendah diri. Selain itu, seseorang yang dalam keadaan fikiran yang tidak tenteram, bimbang dan kecewa akan mengalami kesukaran untuk mempelajari sesuatu dengan berkesan. Lebih-lebih lagi jika guru mengambil tindakan yang negatif (seperti menyuruh pelajar berdiri di hadapan kelas, mengeluar kata-kata yang menyentuh perasaan pelajar dan sebagainya) terhadap pelajar yang tidak dapat membaca dengan baik akan menimbulkan gangguan emosi yang boleh menjejaskan proses perkembangan membacanya.

Penutup

Hasil daripada perbincangan, jelaslah kepada kita bahawa faktor-faktor psikolinguistik begitu berpengaruh dalam menentukan tahap penguasaan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak dan pelajar. Untuk membolehkan seseorang kanak-kanak atau pelajar menguasai aspek membaca, dia seharusnya dapat bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi.

http://aliassidek.blogspot.com/2009/06/faktor-faktor-psikolinguistik-dalam.html

Page 16: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

6Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehbacaan

Menurut Keith, istilah kebolehbacaan merujuk kepada semua faktor yang mempengaruhi kejayaan pembacaan dan pemahaman sesuatu teks. Faktor-faktor tersebut ialah: i. minat dan motivasi pembaca ii. cetakan dan ilustrasi teks iii. kerencaman perkataan dan ayat

Aspek minat merupakan satu faktor yang penting dalam kebolehbacaan tetapi malangnya faktor ini amat sukar untuk dikawal. Misalnya seorang kanak-kanak akan membaca bahan bacaan yang diminatinya tanpa menghiraukan tahap senang-sukarnya. Bagi aspek motivasi pula, faktor ini dapat diubah dengan memberi penghargaan atau merit kepada seseorang murid. Beberapa aspek yang berhubung dengan faktor cetakan dan ilustrasi ialah jenis huruf yang digunakan (sama ada huruf besar atau huruf kecil), reka bentuk teks (size, panjang-pendek sesuatu baris, jarak antara baris), jenis kertas dan warna. Kesemua faktor ini secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi kebolehbacaan. Faktor ketiga ialah perkataan dan ayat yang digunakan oleh penulis. Faktor ini merupakan faktor yang paling mudah untuk dikuantitikan. Dengan menggunakan formula kebolehbacaan untuk membuat pengiraan, tahap sukar-senang sesuatu bahan bacaan akan dapat ditentukan sama ada sesuai dengan ‘umur membaca’ (reading age). Menurut Keith, ‘umur membaca’ ialah umur kronologi pembaca. Misalnya, suatu teks dengan ‘umur membaca’ 12 tahun akan dapat dibaca dan difahami oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Menurut Laporan Bullock, 1975 (dlm. Keith)

Page 17: Faktor Yang Mempegaruhi Kebolehan Membaca

taburan statistik kebolehan membaca untuk sesuatu populasi pembaca akan menunjukkan taburan normal.

“The statistical distribution of reading ability in a population of a given age is ‘roughly normal’, ….. The expectation is that the range of reading achievement is likely to be two-thirds of the median chronological age of the group. ie. in a mixed-ability class of 12-year-olds, the reading ages would vary from 8 to 16.”

Bagi Ahmad Md. Sharif, 1989 (dlm. Nadzeri, 1998) aspek yang menentukan senang-sukarnya sesuatu bahan bacaan ialah aspek linguistik dan konsep bahan itu sendiri. Dari sudut linguistik, aspek-aspek yang akan mempengaruhi kebolehbacaan bahan bacaan itu ialah aspek leksikal, morfologi, sintaksis dan semantik. Misalnya perkataan jatuh boleh disinonimkan dengan perkataan gugur, turun, luruh, merosot, terbenam dan tumbang. Penggunaan perkataan yang berkaitan dengan sosiobudaya dan bersifat eufemisme pula boleh mengelirukan pembaca dan secara langsung akan mempengaruhi kebolehbacaan bahan tersebut. Penggunaan rangkai kata yang biasa digunakan tentulah memudahkan pembaca berbanding penggunaan rangkai kata yang kurang kerap digunakan. Kecenderungan penulis memasukkan bahasa slanga atau rangkai kata ciptaan sendiri juga boleh menyukarkan pembaca mengagak maksud sebenar dan seterusnya boleh menjejaskan kebolehbacaan bahan. Dari segi ayat, jenis dan struktur ayat yang digunakan dalam penulisan teks memainkan peranan penting dalam menentukan kebolehbacaan. Bahan yang mempunyai ayat-ayat majmuk atau campuran yang banyak sudah pasti mempunyai tahap kebolehbacaan yang lebih tinggi. Mengikut Keith,

“…factor affecting readability is concerned with the words and sentences used by an author…. Consider two examples: i. This short sentence needs a reading age of less than nine years. ii. This longer sentence, which contains an adjectival clause and polysyllabic words, has a reading age of more than sixteen years.”

Dari sudut konsep sesuatu bahan, adalah jelas bahawa bahan bacaan yang mengemukakan konsep-konsep yang mudah difahami atau membicarakan konsep-konsep yang berada dalam lingkungan pengalaman dan pengetahuan pembaca akan mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi. Pembaca sudah semestinya lebih mudah memahami konsep konkrit berbanding dengan konsep abstrak.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2005/tayjp2005.pdf