faktor persekitaran

Upload: alexander-wu

Post on 16-Oct-2015

132 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Faktor Persekitaran

TRANSCRIPT

Persekitaran adalah keadaan yang berada di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi diantara manusia sesama manusia dan alam sekitarnya. Menurut W. Edgar Vinacke (1969) persekitaran adalah segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Amram Schienfeld menyatakan persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula daripada peringkat persenyawaan. Norma L. Munn pula mendefinisikan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. Berdasarkan definisi di atas dapat dikatakan bahawa persekitaran adalah segala apa yang terdapat disekeliling individu yang mampu mempengaruhi seseorang individu.

Faktor PersekitaranPengalaman yang kita lalui dalam persekitaran fizikal dan sosial mempunyai pengaruh penting terhadap pembentukan personaliti dari segi sikap, nilai dan persepsi yang dimiliki. Faktor persekitaran yang mendorong pembentukan personaliti seseorang ialah asuhan keluarga dan faktor sosial.

Asuhan keluargaInteraksi dan keakraban yang wujud antara bayi dan ibu memainkan peranan signifikan dalam pembentukan personaliti anak-anak mereka. Terdapat tiga gaya kepimpinan ibu bapa, iaitu autokratik, demokratik dan laissez-faire. Ibu bapa yang demokratik memberi kebebasan kepada anak mereka untuk meneroka dan berkembang menghasilkan personaliti berdikari, asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian. Jika ibu bapa memberi perlindungan yang keterlaluan, ciri-ciri seperti kurang daya usaha, penarikan diri, mudah cemburu dan rasa kurang selamat akan terbentuk dalam diri anak-anak mereka. Menurut Freud, pengalaman baik atau buruk ketika zaman kanak-kanak yang sebahagian besarnya berkaitan dengan asuhan keluarga mempengaruhi personaliti stabil atau tak stabil pada umur dewasa.

Faktor sosialFaktor sosial yang terdiri daripada pengaruh rakan sebaya, hubungan adik-beradik, pengaruh sekolah, budaya masyarakat dan media massa mempengaruhi personaliti melalui proses peniruan atau modeling. Nilai-nilai subbudaya, tingkah laku dan pegangan yang dipilih untuk meniru adalah berdasarkan hubungan individu dengan persekitaran individu itu berinteraksi. Adik-beradik atau rakan sebaya yang rajin, bertolak ansur dan saling bekerjasama akan menjadi ikutan dan melalui masa, tret-tret yang agak stabil akan terbentuk. Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Media massa seperti filem, televisyen, radio, surat khabar dan majalah, serta Internet merupakan bentuk media massa yang amat kuat mempengaruhi corak tingkah laku seseorang. Ia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan konsep kendiri yang positif dan negatif kepada penonton. Maklumat yang berunsurkan ilmu pengetahuan dapat membentuk perkembangan konsep kendiri yang positif dari segi agama dan moral. Media massa juga turut memberi pengaruh kepada perkembangan konsep kendiri yang negatif kepada remaja seperti terdapat rancangan televisyen cerita dari barat yang memaparkan unsur-unsur negatif seperti budaya kuning yang merupakan budaya masyarakat barat yang mengamalkan gaya hidup bebas. Akibatnya, golongan remaja terdedah dengan pengaruh negatif daripada luar dan mempunyai konsep kendiri yang negatif. Dari sudut budaya pula kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai dalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan kendiri pada setiap individu juga. Dalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi dan tolong-menolong yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu mempunyai kendiri yang positif dan akan menonjolkanpersonaliti yang seimbang.

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

KELUARGASesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupunsuasana didalam rumahtersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan personaliti seseorang individu tersebut. Selain itu,pemakananjuga mempengaruhi didalam perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu. Di samping itu,taraf sosioekonomikeluarga juga memainkan peranan didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

KEBUDAYAANKebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.

PENGARUH SEKOLAHSebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

RAKAN SEBAYARakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.

MEDIA MASSApendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.

PENGALAMAN AWALPengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah.Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.

MASYARAKATAspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.dengan itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan masyarakat yang sanggup menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yag tidak diiingini.

Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.

Pengaruh baka dan persekitaran telah lama diperdebatkan. Ada yang menyatakan pengaruh baka lebih kuat tetapi ada pihak yang menyangkal dan berpendapat persekitaran memainkan peranan yang lebih penting.