faktor pendorong angkatan...pembangunan pendidikan (pipp) kpm 2006-2010 yang menjadi garis panduan...
TRANSCRIPT
-
FAKTOR PENDORONG PEMILIHAN KERJAYA PERGURUAN DI
KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SKUDAI
ANA FARINA BINTI ABDUL FATAKH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
FAKTOR PENDORONG PEMILIHAN KERJAYA PERGURUAN DI
KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SKUDAI
ANA FARINA BINTI ABDUL FATAKH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
-
ii
-
iii
DEDIKASI
Khas Buat.. Abah & Mak
Abdul Fatakh Bin Darus & Hatibah Binti Osman Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,
Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu Tidak akan kulupakan
Menjadi kekuatan dan semangatku Menuju ke puncak kejayaan
Suami Tercinta..Mohamad Yusri Bin Yahya Terima kasih atas dorongan dan semangat darimu
Semoga ikatan pernikahan kita ke akhir hayat
Adik Tersayang..Ahmad Fahmi Bin Abdul Fatakh Perjalanan kita masih jauh…..Berjuanglah hingga ke akhir hayat
Agar kebahagiaan di akhir moktahnya Semoga keakraban kita kekal selamanya
Saudara maraku… Salam penuh kasih sayang
Buat guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu… Terima kasih di atas segalanya
Sahabat seperjuanganku… Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan
Atas segala suka duka tika bersama Tak mungkin kulupakan
Jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian Pahit manis kita lalui
-
iv
Akan ku abadikan diingatan hingga ke hujung nyawa
PENGHARGAAN
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan Taufik dan Hidayah-Nya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna. Harapan semoga segala hasil usaha yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih khas buat Ustaz Mohd Nasir Bin Ripin selaku Penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan sepanjang menyiapkan projek ini.
Sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM dan ucapan penghargaan kepada Pelajar Tahun Satu SPI, SPL dan SPS Fakulti Pendidikan atas kerjasama yang diberikan. Juga tidak lupa kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat. Semoga usaha dan cita-cita yang diimpikan mencapai matlamat.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya, Insya Allah. Amin.
-
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor pendorong pemilihan kerjaya
perguruan di kalangan pelajar tahun satu. Aspek-aspek yang dikaji meliputi faktor
peribadi, faktor profesion perguruan dan faktor luaran. Seramai 104 orang responden
dari kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai telah terlibat dalam
kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang
mengandungi 35 item soalan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini ialah
α=0.899. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan
dan min data. Dapatan kajian menunjukkan faktor pendorong pemilihan kerjaya
perguruan yang paling tinggi ialah faktor peribadi iaitu dengan nilai min 4.00. Secara
keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif
terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa
cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji.
Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
-
vi
ABSTRACT
This study is carried out to look at the factors that contribute the selection of
teaching as a profession among first year students. Aspect studied include personal
factors, teaching profession and external factors. 104 students from first year at Faculty
of Education, UTM, Skudai were used as the respondents. The research instrument that
was used in the study was in a form of questionnaire set that contained 35 items. The
reliability value of the research instrument is α=0.899. Data gathered was analyzed using
Statistical Package For Social Science (SPSS) version 12.0 software to obtain the
frequency, percentage and mean of the data. From the findings, the factor that
contributes most to the selection of teaching as a profession was the personal factor with
4.00 mean value. Overall, findings from the study show that all respondents give
positive perception towards the aspect of the study. At the end of the study, the
researcher has proposed several suggestions to the related parties to ensure full attention
is paid towards the studied problem. Suggestions for further research are also proposed
for further research in the future.
-
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
-
viii
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Faktor 13
1.8.2 Pendorong 13
1.8.3 Pemilihan 14
1.8.4 Kerjaya 14
1.8.5 Perguruan 14
1.8.6 Pelajar 14
1.9 Kesimpulan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Falsafah Pendidikan dan Profesional Keguruan 17
2.2.1 Pengenalan 17
2.2.2 Falsafah Pendidikan Negara 18
2.2.3 Falsafah Profesion Keguruan 21
2.3 Kualiti Seorang Guru 22
2.4 Teori Pemilihan Kerjaya 23
2.5 Faktor-faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan 25
2.5.1 Faktor Peribadi 25
2.5.2 Faktor Profesion Perguruan 27
2.5.3 Faktor Pengaruh Luaran 30
2.6 Kajian Lepas 33
2.7 Kesimpulan 35
-
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Analisis Data 39
3.7 Prosedur Kajian 41
3.7.1 Kajian Rintis 41
3.7.2 Kajian Sebenar 42
3.8 Jangka Masa Kajian 43
3.9 Kesimpulan 44
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Analisis Data : Bahagian A
(Latar Belakang Responden) 46
4.3 Analisis Data : Bahagian B 49
Faktor-faktor Pendorong Pemilihan
Kerjaya Perguruan di kalangan Pelajar Tahun Satu
Fakulti Pendidikan, UTM Skudai
4.3.1 Faktor Peribadi 50
4.3.2 Faktor Profesion Perguruan 56
4.3.3 Faktor Pengaruh Luaran 63
4.4 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Faktor-faktor
Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan di kalangan
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM 69
-
x
4.5 Kesimpulan 73
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 74
5.2 Perbincangan 74
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 75
5.2.2 Faktor-faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya
Perguruan di kalangan Pelajar Tahun Satu
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai 76
5.3 Rumusan 80
5.3.1 Faktor Peribadi Sebagai
Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan 80
5.3.2 Faktor Profesion Perguruan Sebagai Pendorong
Pemilihan Kerjaya Perguruan 80
5.3.3 Faktor Pengaruh Luaran Sebagai Pendorong
Pemilihan Kerjaya Perguruan 81
5.3.4 Faktor Paling Utama 81
5.4 Cadangan 81
5.4.1 Pelajar 81
5.4.2 Fakulti Pendidikan, UTM 82
5.4.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.6 Kesimpulan 85
BIBLIOGRAFI 87
LAMPIRAN
-
xi
SENARAI JADUAL
NO PERKARA MUKA
JADUAL SURAT
3.1 Pengkelasan nombor dalam skala likert 39
3.2 Skala pemeringkatan likert untuk min 40
3.3 Klasifikasi analisis min 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 46
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 47
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 47
4.5 Taburan Responden Mengikut Pencapaian CPA 48
4.6 Petunjuk Skala 49
4.7 Taburan Skor Min bagi item satu 50
4.8 Taburan Skor Min bagi item dua 50
4.9 Taburan Skor Min bagi item tiga 51
4.10 Taburan Skor Min bagi item empat 52
4.11 Taburan Skor Min bagi item lima 52
4.12 Taburan Skor Min bagi item enam 53
4.13 Taburan Skor Min bagi item tujuh 53
4.14 Taburan Skor Min bagi item lapan 54
4.15 Taburan Skor Min bagi item sembilan 55
4.16 Taburan Skor Min bagi item 10 55
4.17 Taburan Skor Min bagi item 11 56
4.18 Taburan Skor Min bagi item 12 56
4.19 Taburan Skor Min bagi item 13 57
-
xii
4.20 Taburan Skor Min bagi item 14 58
4.21 Taburan Skor Min bagi item 15 58
4.22 Taburan Skor Min bagi item 16 59
4.23 Taburan Skor Min bagi item 17 60
4.24 Taburan Skor Min bagi item 18 60
4.25 Taburan Skor Min bagi item 19 61
4.26 Taburan Skor Min bagi item 20 62
4.27 Taburan Skor Min bagi item 21 63
4.28 Taburan Skor Min bagi item 22 63
4.29 Taburan Skor Min bagi item 23 64
4.30 Taburan Skor Min bagi item 24 64
4.31 Taburan Skor Min bagi item 25 65
4.32 Taburan Skor Min bagi item 26 66
4.33 Taburan Skor Min bagi item 27 66
4.34 Taburan Skor Min bagi item 28 67
4.35 Taburan Skor Min bagi item 29 67
4.36 Taburan Skor Min bagi item 30 68
4.37 Rumusan Dapatan Kajian Faktor-faktor yang Menjadi
Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan dalam kalangan
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM 69
5.1 Jumlah Min Setiap Faktor 76
-
xiii
SENARAI SINGKATAN
Bil. Bilangan
FP Fakulti Pendidikan
IPT Institut Pengajian Tinggi
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
NO Nombor
S.W.T. Subhanahu Wa Taala
SPI Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
SPL Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(TESL))
SPS Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Sains Sukan)
SPSS Statistical Packages for Social Science
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
UM Universiti Malaya
UTM Universiti Teknologi Malaysia
% Peratus
-
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A SOAL SELIDIK
LAMPIRAN B SURAT KEBENARAN FAKULTI
LAMPIRAN C SURAT KEBENARAN PERPUSTAKAAN
-
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang menjadi garis panduan
pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun ke dalam
RMK-9. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menekankan enam teras
strategik serta satu pelan tindakan pendidikan yang komprehensif dan bersepadu. Salah
satu daripada teras tersebut ialah Memartabatkan Profesion Keguruan (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, 2006: 3).
Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini
dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan
dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada
institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru peringkat ijazah. KPM
juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan
kebajikan guru.
-
2
Dalam RMK-9, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM23.198 bilion di
bawah peruntukan pembangunan kepada KPM untuk memastikan segala perancangan
pembangunan pendidikan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Peruntukan ini adalah untuk membiayai 17,179 projek dan pelaksanaan PIPP
juga akan disokong oleh peruntukan belanja mengurus yang diperuntukkan setiap tahun
(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006: 32).
Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan
ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan
tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta
terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Menurut perspektif Islam, kedudukan guru
adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat
merupakan satu ibadah yang dituntut. Manusia yang hina dan muflis terdiri daripada
mereka yang tidak berilmu; termasuklah mereka yang berilmu tetapi kedekut dengan
ilmu mereka. Islam menggalakkan manusia menuntut ilmu agar mereka mengenali dan
mengerti yang hak atau benar daripada yang batil atau yang menyesatkan dan agar
manusia itu memperoleh kesejahteraan hidup. Begitulah tingginya kedudukan manusia
yang berilmu dan yang memberi ilmu kepada orang lain (iaitu guru) menurut pandangan
Islam (Sufean Hussin 2004: 476).
Profesion perguruan adalah satu bidang yang memberikan perkhidmatan yang
unik, tetap dan yang diperlukan oleh masyarakat. Hal ini adalah kerana individu dalam
profesion perguruan itu sahaja yang boleh memberi perkhidmatan dalam bidangnya
(Syarifah Alawiyah Alsagoff, 1987: 20). Menurut Esah Sulaiman (2003: 3), bidang
perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang besar tanggungjawab serta
cabarannya. Setiap insan yang menceburkan dirinya dalam profesion perguruan
bertanggungjawab menjaga nama baik profesion tersebut dengan mengamalkan
profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya.
-
3
Menurut perspektif Islam, kedudukan guru adalah setaraf dan sama dengan
pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang
dituntut. Sepertimana firman Allah S.W.T :
äí÷Š $# 4’ nπ ¨Βé& ôM y_Ì÷zé& Ĩ$ ¨Ψ= Ï9 tβρâ ßΔù's? Å∃ρ ã÷èyϑø9 $$Î/ šχöθyγ ÷Ψ s?uρ Ç⎯ tã Ìx6Ζ ßϑø9 $# tβθãΖÏΒ÷σ è? uρ «!$$Î/ 3 öθs9 uρ š∅tΒ# u™ ã≅ ÷δr& É=≈ tGÅ6 ø9 $# tβ% s3 s9 # Zöyz
Ν ßγ ©9 4 ãΝ ßγ÷ΖÏiΒ šχθãΨ ÏΒ÷σ ßϑø9 $# ãΝ èδçsY ò2r& uρ tβθà) Å¡≈ x ø9 $# ∩⊇⊇⊃∪
Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
-
4
segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya) tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(Surah Ali Imran: 110)
Daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Al-Quran menyeru manusia
agar memberi pendidikan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang baik kepada sesama
manusia dengan jalan yang terbaik (Drs. Hanafi Mohamed, 1996: 27).
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak tahun 1990, sektor pendidikan telah berkembang pesat dalam
meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan. Namun begitu masih banyak
yang perlu dilaksanakan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang
setara dengan negara maju dan bertaraf dunia. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan
dimantapkan supaya sistem dan institusi pendidikan dapat membangunkan insan yang
menguasai ilmu dan mempunyai daya saing yang tinggi. (Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, 2006: 30)
Di Malaysia, dilema graduan menganggur semakin meningkat angkanya. Lebih
90 peratus daripada graduan universiti awam tempatan yang sedang menganggur
merupakan siswazah Melayu. Lambakan kekosongan jawatan di pasaran bukanlah suatu
jaminan untuk mereka mendapat pekerjaan malah permintaan ke atas golongan itu juga
-
5
adalah tinggi. Senario pengangguran di Malaysia masa kini banyak dikuasai oleh
siswazah Melayu khasnya lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Memburukkan lagi situasi, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn
mendedahkan, sektor swasta di negara ini pula lebih berminat mengambil graduan IPT
dari luar negara. Lepasan universiti asing menjadi pilihan kerana kecekapan penguasaan
dan kemahiran berbahasa Inggeris berbanding graduan tempatan itu sendiri. Di katakan
13 peratus daripada 31,000 graduan menganggur lepasan antara sesi 1997 dan 2002
memiliki ijazah kelas pertama. Ironinya, mereka gagal mendapat sebarang pekerjaan
kerana tidak mampu berkomunikasi khasnya dalam bahasa Inggeris dengan betul. Lebih
malang dianggarkan lebih 90 peratus daripada graduan itu merupakan siswazah Melayu
(MASSA, September 2003: 13-14). Bagaimana pula dengan senario profesion
perguruan?
Dalam profesion perguruan, masalah yang sama turut berlaku. Masalah lebihan
guru menyebabkan guru-guru lepasan ijazah kini ramai menganggur. Menurut Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Utusan Online 15 Mei
2007, beliau menasihati bakal guru agar memilih pengkhususan yang tepat dan
memenuhi keperluan sekolah supaya mereka tidak menganggur apabila menamatkan
pengajian kelak. Katanya, mereka yang berminat untuk menjadi guru mestilah bijak
memilih mata pelajaran yang diperlukan di sekolah supaya tidak berlaku lebihan guru
dalam mata pelajaran tertentu. Menurut Najib, jika terlalu ramai yang salah memilih
pengkhususan terutamanya mata pelajaran yang mempunyai lebihan guru seperti Bahasa
Melayu, ia akan menimbulkan masalah bagi pengambilan dan menempatkan bakal-bakal
guru. Tambah Timbalan Perdana Menteri, masalah pengangguran di kalangan siswazah
yang mengambil jurusan perguruan bukan kerana berlebihan guru, tetapi kerana mereka
tersalah memilih mata pelajaran apabila pilihan mereka tidak menepati kehendak KPM.
Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (1992: 42), amalan menjadikan profesion
keguruan sebagai pilihan terakhir bukan sesuatu yang baru di negara kita. Pelajar-pelajar
-
6
pada masa sekarang ini akan cuba memilih kursus selain dari pendidikan untuk
memasuki IPTA. Mereka hanya akan memilih kursus pendidikan apabila sudah tidak
ada pilihan lain yang sesuai dengan kelayakannya.
"...kemerosotan juga berlaku ke atas status profesion keguruan yang semakin
menunjukkan kecenderungan untuk meneliti nilai-nilai kebendaan. Keadaan ini mungkin
ada kaitannya dengan ketidakseimbangan permintaan tenaga pekerja. Kebanyakan guru
memilih bidang profesion keguruan sebagai jalan terakhir"
Menurut Azhar Rezali (2007: 6), terdapat juga segelintir pelajar yang langsung
tidak memilih kursus pendidikan tetapi mereka ditawarkan kursus pendidikan setelah
kuota kursus yang dipohon telah mencukupi. Sekiranya mereka menolak tawaran
bermakna peluang untuk memasuki IPTA akan terjejas kerana tawaran adalah
muktamad dan tidak boleh ditukar. Bagi pelajar yang tidak meminati profesion
perguruan pula, mereka terpaksa memilih kursus pendidikan disebabkan terikat dengan
syarat-syarat kelayakan yang terdapat di dalam borang permohonan.
Pelajar yang tidak berminat untuk belajar dalam kursus pendidikan mengambil
sikap acuh tak acuh terhadap pelajaran mereka. Mereka belajar sekadar untuk lulus
sahaja, bak kata pepatah "sekadar melepaskan batuk di tangga" dengan harapan mereka
dapat menjadi guru seperti guru yang lain dan mendapat ganjaran seperti mereka.
Sekiranya para pelajar menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan terakhir
berkemungkinan juga fenomena lain akan wujud seperti sikap sambil lewa terhadap
pekerjaan mereka, keengganan ditempatkan di kawasan luar bandar dan juga masalah-
masalah disiplin seperti datang lewat dan balik lebih awal dari waktu persekolahan,
melanggar pekeliling sekolah dan lain-lain lagi. Pelbagai masalah akan timbul dan
pengurusan sekolah juga akan merosot.
-
7
Seandainya fenomena ini berterusan, halangan-halangan akan wujud dalam
melahirkan generasi yang bakal menjadi jentera penggerak negara. Sedangkan, hanya
menerusi pendidikan, sesebuah negara itu dapat dibangunkan dan diperkembangkan dan
hal ini sesuai dengan kata-kata Mohd. Yusman dan Khairunnisa, 1996 (dalam Nor
Eliana Haron, 2004: 9) bahawa profesion perguruan adalah badan yang
dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang
serba canggih sebagai jentera penggerak negara khususnya semasa era Malaysia sebagai
negara industri pada tahun 2020 nanti.
Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Utusan
Online 19 Mei 2006, kerajaan akan mengetatkan syarat kemasukan pelajar ke Maktab
perguruan dan institusi pendidikan perguruan mulai tahun 2007. Beliau berkata, kerajaan
akan melihat sama ada calon yang memohon memasuki maktab atau institusi itu dapat
mengisi opsyen (subjek) kritikal dan penekanan ketika temuduga akan ditumpukan ke
arah usaha mendapatkan guru komited. Hishammuddin berkata, zaman orang melihat
perguruan sebagai kerjaya pilihan terakhir sudah berlalu dan kerajaan serius serta
mahukan guru yang komited dan sanggup mengajar di mana saja di seluruh negara.
Berdasarkan petikan daripada Datuk Abdullah Ahmad Badawi dalam Utusan
Malaysia 16 Mei 2006, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa profesion
keguruan harus diberi keutamaan sejajar dengan sumbangannya dalam pembangunan
negara dan bukan sekadar dijadikan pilihan kedua dalam kerjaya. Menurut beliau lagi,
tanggapan perguruan sebagai kerjaya kelas kedua adalah tidak tepat dan perlu diubah
kerana ia merupakan satu tugas yang mulia.
“Yang pentingnya walau apa pun saya masih nak katakan profesion keguruan
mestilah dijadikan pilihan utama. Kalau ia (guru) tidak menjadi pilihan utama, maka
mereka yang terlibat dengan kerja perguruan mungkin tidak bersungguh-sungguh untuk
bekerja sebagai guru”.
-
8
Cabaran kerjaya keguruan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Dr.
Nathesan, Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Batu Pahat
apabila diminta pendapatnya, beliau mengatakan cabaran guru sekarang tidak sama
dengan cabaran guru pada masa dahulu. Guru sekarang menghadapi pelbagai cabaran,
yang mungkin tidak dihadapi guru pada masa dahulu. Menurutnya, guru sekarang
hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu keguruan untuk menjalankan tugas sebagai
pendidik dengan cekap dan berkesan. Kebanyakan pelajar hari ini lebih maju berbanding
dengan pelajar masa dahulu. Hal ini demikian kerana ledakan maklumat yang berlaku
akibat perkembangan sains dan teknologi telah banyak mengubah pemikiran pelajar.
Bercakap tentang masalah disiplin pelajar di sekolah, beliau menyatakan, "Disiplin
pelajar sekarang masih sukar dikawal oleh guru. Guru sekarang kurang dihormati,
perintahnya diingkari, malah guru dicabar oleh pelajar. Banyak kejadian yang berlaku
menunjukkan bahawa guru tidak berupaya mengawal disiplin pelajar. Jika guru
mengambil tindakan disiplin, mereka bimbang akan diserang, atau dimaki, dan kadang
kala kereta mereka pula dicalarkan oleh pelajar" (Dewan Masyarakat, Mei 2005: 23).
Perubahan pesat yang berlaku dalam teknologi tidak pernah mengurangkan
kepentingan tugas guru terutama dalam pendidikan. Mook Soon Sang (1992: 17),
menyatakan bahawa reformasi pendidikan yang bermula awal 80-an menuntut komitmen
yang lebih tinggi dari seorang pendidik. Teknologi maklumat contohnya membawa
kepada kepelbagaian alatan atau teknik baru dalam pengajaran. Selari dengan itu, guru
mestilah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menguasai dan
mengendali sumber tersebut. Kepentingan tugas guru bukan bermakna guru ataupun
profesion perguruan suatu tugas yang mudah. Malah semakin hari profesion perguruan
menghadapi pelbagai cabaran, kritikan, cemuhan dan rungutan terutamanya dari aspek
mutu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan
merupakan pemangkin untuk memastikan pembangunan modal insan berminda kelas
-
9
pertama. Guru mempunyai tugas terpenting. Dalam proses belajar dan mengajar, guru
menempati posisi penting dalam penentu berhasil tidaknya pencapaian tujuan sesuatu
proses pembelajaran. Sekalipun proses pembelajaran telah menggunakan pelbagai model
pendekatan dan metod yang lebih memberi peluang siswa aktif, kedudukan dan peranan
guru tetap penting. Sebenarnya, interpretasi pandangan masyarakat terhadap budaya dan
peranan guru adalah berbeza-bezaa. Ada yang mementingkan peranan guru dalam
kebolehan akademik dan ada yang mengutamakan sahsiah guru dalam pergaulan dengan
masyarakat.
Melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul terutamanya dalam
profesion perguruan itu sendiri, penyelidik berminat untuk mengkaji apakah faktor-
faktor pendorong pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Pembentukan kerjaya seseorang pelajar untuk menjadi seorang guru amat berkait
rapat dengan faktor yang mendorong mereka memilih profesion keguruan. Pendorong
dalam pemilihan profesion keguruan sebagai kerjaya mereka sudah tentunya disebabkan
oleh faktor dalaman ataupun faktor luaran.
Justeru itu, berdasarkan kepada latar belakang masalah seperti yang dinyatakan,
penyelidik berminat untuk mengetahui dan merasakan bahawa kajian ini perlu dilakukan
untuk melihat sendiri faktor-faktor manakah yang menjadi pendorong pemilihan kerjaya
perguruan di kalangan pelajar.
-
10
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pendorong pemilihan kerjaya
perguruan di kalangan pelajar. Secara khususnya, objektif kajian penyelidikan ini adalah
berdasarkan perkara berikut :
1.4.1 Mengenal pasti faktor peribadi sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan
di kalangan pelajar.
1.4.2 Mengenal pasti faktor profesion perguruan sebagai pendorong pemilihan kerjaya
perguruan di kalangan pelajar.
1.4.3 Mengenal pasti faktor pengaruh luaran sebagai pendorong pemilihan kerjaya
perguruan di kalangan pelajar.
1.4.4 Mengenal pasti faktor paling utama sebagai pendorong pemilihan kerjaya
perguruan di kalangan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan
berikut:
-
11
1.5.1 Adakah faktor peribadi sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan di
kalangan pelajar?
1.5.2 Adakah faktor profesion keguruan sebagai pendorong pemilihan kerjaya
perguruan di kalangan pelajar?
1.5.3 Adakah faktor luaran sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan di
kalangan pelajar?
1.5.4 Apakah faktor paling utama sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan di
kalangan pelajar?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu iaitu :
1.6.1 Pelajar
Memberi gambaran tentang tanggapan dan sikap pelajar sekolah menengah
dalam memilih profesion keguruan sebagai kerjaya mereka dan menyedarkan mereka
bahawa pentingnya membuat pemilihan yang tepat terhadap sesuatu kerjaya.
-
12
1.6.2 Fakulti Pendidikan
Membantu Fakulti Pendidikan UTM, Skudai dan Fakulti Pendidikan di
universiti-universiti tempatan yang lain mengambil langkah yang sewajarnya dalam
proses pengambilan dan pemilihan bakal guru untuk melahirkan bakal guru yang
berpendirian prestij terhadap kerjaya sebagai guru.
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Perancangan
Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam menentukan ciri-ciri dan
kriteria bakal guru ke universiti tempatan dan institusi-institusi pendidikan yang lain.
Perkara ini perlu diketahui dengan jelas demi meningkatkan lagi taraf pendidikan dan
kualiti latihan perguruan di negara ini.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dan
terbatas dari segi saiz sampel kerana hanya melibatkan Pelajar Tahun Satu Fakulti
Pendidikan UTM sahaja. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahun satu di bawah
Jabatan Sains Sosial yang meliputi pelajar program perdana bagi sesi 2007/2008. Oleh
itu, hasil dapatan hanyalah terbatas kepada responden yang menjadi gambaran
keseluruhan pelajar di Fakulti Pendidikan, UTM.
-
13
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Faktor
Kamus Dewan, (2007: 405) mendefinisikan faktor adalah unsur atau sebab yang
menyumbang kepada sesuatu hasil.
Faktor-faktor yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah unsur atau sebab-sebab
yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun satu Fakulti
Pendidikan UTM.
1.8.2 Pendorong
Kamus Dewan, (2007: 363) mendefinisikan pendorong sebagai sesuatu atau
orang yang mendorong, penggalak, pemberangsang.
Pendorong dalam kajian ini ialah faktor-faktor yang menjadi penggalak atau
pemberangsang kepada pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun satu
Fakulti Pendidikan UTM.
-
14
1.8.3 Pemilihan
Pemilihan pula didefinisikan oleh Kamus Dewan, (2007: 1207) sebagai hal atau
perbuatan memilih.
1.8.4 Kerjaya
Kerjaya menurut Kamus Dewan, (2007: 763) bermaksud perjalanan atau
kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan.
1.8.5 Perguruan
Kamus Dewan, (2007: 492) mendefinisikan perguruan sebagai pengajaran dan
hal yang berkaitan dengan guru.
1.8.6 Pelajar
Pelajar menurut Kamus Dewan, (2007: 21) mendefinisikan pelajar sebagai orang
yang belajar (seperi murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang
mengaji (menyelidiki ilmu).
Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar tahun satu
Fakulti Pendidikan sesi 2007/2008 di UTM, Skudai.
-
15
1.9 Kesimpulan
Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020 amat bergantung pada peranan dinamik sektor pendidikan dan
profesion keguruan yang menjadi pelaksana dasar negara. Dalam melaksanakan dasar-
dasar negara, pendidikan dan profesion keguruan memikul tanggungjawab memberi
pendidikan berkualiti dan membentuk masyarakat berpengetahuan dan produktif sesuai
dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku. Profesion keguruan perlu diperbaiki dari
semasa ke semasa. Guru-guru yang memiliki ciri-ciri profesionalisme keguruan yang
tinggi amat diperlukan dalam dunia perguruan. Setiap bakal guru mempunyai pendorong
pilihan yang tersendiri mengapa mereka memilih untuk memasuki dunia perguruan.
Pendorong-pendorong tersebut mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan
kejayaan mereka bekerja sebagai pendidik.