faktor pembelajaran murid dalam model khatam al … | prosiding seminar kebangsaan tamadun &...

12
84 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j-QAF MOHD HANAFI MAMAT 1 & HAMDI ISHAK 1 Abstrak Penguasaan bacaan al-Quran merupakan asas kepada pembentukan jati diri muslim. Pelbagai inisiatif telah diperkenal bagi memastikan modal insan berteraskan generasi al- Quran berjaya di bentuk. Pengenalan program j-QAF pada tahun 2005 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu usaha ke arah merealisasikan hasrat tersebut dengan cara memperkasakan kaedah pengajaran al-Quran dalam kurikulum arus perdana pendidikan sekolah rendah. Setelah sebelas tahun program j- QAF dilaksanakan, Kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kesediaan guru melaksanakan aktiviti pengajaran berada di tahap yang tinggi, komitmen dan tahap pelaksanaannya juga ditahap yang tinggi, namun pencapaian murid dalam bacaan al- Quran masih lagi ditahap sederhana. Hal ini kerana selain daripada faktor pengajaran guru, terdapat faktor-faktor lain dari perspektif epistemologi pembelajaran Islam yang memberi kesan kepada penguasaan ilmu khususnya pembelajaran al-Quran. Faktor- faktor tersebut ialah faktor keluarga yang ditunjangi oleh peranan ibu bapa, faktor persekitaran dan sikap kendiri memberi peranan yang besar dalam pendidikan. Faktor- faktor tersebut akan disingkap bagi melihat peranannya dalam membantu penguasaan murid dalam pembelajaran al-Quran. Kata Kunci: Faktor Pembelajaran, Model khatam al-Quran, Program j-QAF Pengenalan Al-Quran dinamakan sebagai kitab kerana ia merupakan bahan bacaan yang menghimpunkan pelbagai surah di dalamnya dan berperanan membentangkan petunjuk di antara perkara yang benar dan yang batil (Ibn Manūr 2012). Al-Quran mengandungi mukjizat yang diturunkan kepada penutup para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril, _________________________ 1 Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, [email protected], [email protected]

Upload: vankhanh

Post on 18-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 84

Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j-QAF

MOHD HANAFI MAMAT1 & HAMDI ISHAK1

Abstrak

Penguasaan bacaan al-Quran merupakan asas kepada pembentukan jati diri muslim.

Pelbagai inisiatif telah diperkenal bagi memastikan modal insan berteraskan generasi al-

Quran berjaya di bentuk. Pengenalan program j-QAF pada tahun 2005 oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu usaha ke arah merealisasikan

hasrat tersebut dengan cara memperkasakan kaedah pengajaran al-Quran dalam

kurikulum arus perdana pendidikan sekolah rendah. Setelah sebelas tahun program j-

QAF dilaksanakan, Kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kesediaan

guru melaksanakan aktiviti pengajaran berada di tahap yang tinggi, komitmen dan tahap

pelaksanaannya juga ditahap yang tinggi, namun pencapaian murid dalam bacaan al-

Quran masih lagi ditahap sederhana. Hal ini kerana selain daripada faktor pengajaran

guru, terdapat faktor-faktor lain dari perspektif epistemologi pembelajaran Islam yang

memberi kesan kepada penguasaan ilmu khususnya pembelajaran al-Quran. Faktor-

faktor tersebut ialah faktor keluarga yang ditunjangi oleh peranan ibu bapa, faktor

persekitaran dan sikap kendiri memberi peranan yang besar dalam pendidikan. Faktor-

faktor tersebut akan disingkap bagi melihat peranannya dalam membantu penguasaan

murid dalam pembelajaran al-Quran.

Kata Kunci: Faktor Pembelajaran, Model khatam al-Quran, Program j-QAF

Pengenalan

Al-Quran dinamakan sebagai kitab kerana ia merupakan bahan bacaan

yang menghimpunkan pelbagai surah di dalamnya dan berperanan

membentangkan petunjuk di antara perkara yang benar dan yang batil

(Ibn Manẓūr 2012). Al-Quran mengandungi mukjizat yang diturunkan

kepada penutup para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril,

_________________________

1 Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam,

[email protected], [email protected]

Page 2: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 85

di tulis pada mushaf bermula dengan surah al-Fātiḥah dan diakhiri

dengan surah al-Nās yang dipindahkan kepada kita secara tawātur dan

bacaannya dianggap sebagai suatu bentuk peribadatan (al- Ṣabūnī 1985).

Menurut al-Qaṫṫān (2000) al-Quran dikhususkan kepada kata-kata Allah

SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sahaja.

Salah satu perkara asas dalam kerangka keimanan ialah percaya

kepada al-Quran tanpa sebarang keraguan dan berpegang teguh kepada

ajarannya. Al-Quran adalah kitab yang mulia, terhindar dari sebarang

bentuk kebatilan seperti mana yang disifatkan oleh Allah SWT dalam al-

Quran Surah al-Fussilat 41: 41-42 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada

mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya

sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi (41) Yang tidak dapat didatangi sebarang

kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi

Maha Terpuji. (42)”

Kemuliaan dan keunggulan al-Quran ini meliputi semua aspek yang

menjadi panduan untuk kesejahteraan hidup manusia serta dijanjikan

penghormatan, penjagaan dan pemeliharaan oleh Allah SWT dari sebarang

bentuk penyelewengan sehingga ke hari kiamat. Gaya bahasa serta isi

kandungannya mengandungi mukjizat yang bersifat kekal serta universal

sepanjang masa walaupun setelah pemergian Rasul SAW. Kehebatan al-Quran

dalam pelbagai bidang sentiasa tersingkap dari masa ke semasa, mencabar

keintelektualan manusia yang mempunyai mata hati yang tajam dan

memanfaatkan petunjuk cahaya al-Quran dalam melayari bahtera kehidupan.

Keunggulan al-Quran tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana karya

agung ciptaan makhluk walaupun mereka saling berganding bahu untuk

menghasilkan sesuatu yang seumpama dengan al-Quran. Ini jelas sebagaimana

cabaran Allah SWT kepada manusia dan jin berdasarkan firman Allah dalam al-

Quran Surah al-Isra’ 17:88 yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan

tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan

dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-

membantu sesama sendiri.”

Pendidikan Al-Quran ini amat dititik berat di kalangan masyarakat

Melayu yang amat sinonim dengan agama Islam. Islam telah menjadi tulang

belakang ke arah memacu kecemerlangan kualiti dan pembentukan serta berjaya

melakukan anjakan paradigma bangsa Melayu. Mendepani cabaran dalam arus

kemodenan dewasa ini yang dihambat dengan kecanggihan teknologi dunia

tanpa sempadan dan penularan propaganda musuh Islam yang boleh menggugat

nilai-nilai keperibadian dan akhlak generasi Islam, maka mereka seharusnya

dibekalkan dengan jati diri yang mantap berteraskan ajaran Islam yang syumul

Page 3: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 86

berpaksikan Al-Quran dan Hadis. Sebagai langkah permulaan, mereka perlu

didekatkan dengan al-Quran dengan cara mendampinginya melalui bacaan

sebagai wahana untuk menjelaskan kepada mereka asas-asas utama syariat

Islam memahami dan mempraktikkan ajarannya di dalam kehidupan (Indriaty

1995). Melalui pembelajaran dan pembacaan al-Quran, daya berfikir murid-

murid tentang kehidupan dapat ditingkatkan, di samping mendedahkan mereka

kepada keindahan laras bahasa al-Quran, mereka juga dapat memahami mesej

yang terkandung di dalamnya serta membentuk akhlak mereka berlandaskan al-

Quran sejajar dengan hasrat melahirkan modal insan yang berupa generasi al-

Quran.

Pembelajaran al-Quran di Malaysia

Aktiviti pengajian Al-Quran merupakan bentuk pendidikan Islam yang terawal

di negara ini. Sejak ia bermula, aktiviti ini terus berkembang menelusuri empat

fasa bermula dengan pembelajaran secara tidak formal di rumah-rumah guru

atau istana (Sabri & Haron 1988). Pada abad ke-18 pengajian ini kemudiannya

berkembang secara formal pada tahap yang kedua melalui institusi pengajian

pondok dan semakin melebar pada abad ke-19 Masihi dengan banyak pusat

pengajian pondok di tanah Melayu hasil inspirasi yang lahir daripada wujudnya

hubungan dengan Indonesia dan Patani.

Sekitar awal abad 20 aktiviti pembelajaran ini berkembang membawa

kepada penubuhan sekolah agama rakyat atau dikenali juga dengan panggilan

madrasah. Berpandukan Ordinan Pelajaran 1952, mata pelajaran Agama Islam

telah di ajar bersama dengan subjek pendidikan yang lain namun ia di ajar di

sebelah petang di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri dan situasi ini

berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960,

laporan Penyata Razak telah menghasilkan sedikit anjakan perubahan terhadap

pelajaran Agama Islam dan terbentuknya Akta Pendidikan 1961. Menerusi akta

tersebut, pelajaran Agama Islam telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam sistem

persekolahan (Abdullah 1995).

Pasca kemerdekaan bidang pendidikan Islam ini mengalami beberapa

perubahan serta mendapat perhatian pihak kerajaan terutamanya selepas era 70-

an dengan kemunculan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Perkembangan

ini memperlihatkan mata pelajaran aliran kebangsaan di ajar di sekolah aliran

agama manakala pendidikan al-Quran dimasukkan dalam kurikulum pendidikan

sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. (Mohd. Yusuf 2005;

Mohd Hairudin & Kamarul Azmi 2012),

Aktiviti pembelajaran al-Quran terus berkembang sejajar dengan

perkembangan masa meniti arus kemajuan negara dengan pelbagai bentuk dan

penambahbaikan telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan khasnya dalam

sukatan pendidikan Islam menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) yang telah dilaksanakan pada tahun 1983. Kesan daripadanya telah

Page 4: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 87

memperlihatkan pelajaran pendidikan Islam khususnya pembelajaran al-Quran

semakin dititik beratkan. Pelbagai kajian telah di buat untuk terus memantapkan

lagi kurikulum pendidikan Islam, khasnya dalam penguasaan al-Quran

sebagaimana dapat dilihat pada tahun 2005, diwujudkan kurikulum j-QAF

untuk memperkasakan pendidikan Islam dengan matlamat bukan hanya

melahirkan murid yang boleh membaca al-Quran bahkan mampu khatam al-

Quran dengan baik sebelum menamatkan persekolahan peringkat rendah.

Pada Tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Pengenalan kurikulum baru ini

memperlihatkan bidang pembelajaran al-Quran terus dititikberatkan serta

meneruskan kesinambungan usaha-usaha memperkasakan pendidikan Islam

khasnya di dalam bidang pembelajaran al-Quran.

Isu dalam Pembelajaran Model Khatam al-Quran

Program J-QAF

Program j-QAF merupakan suatu inisiatif untuk memperkasakan sistem

pendidikan Islam. Terdapat lima model utama di dalam program tersebut iaitu

Model Enam Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Pemulihan Jawi,

Model Bahasa Arab dan Model Kem Bestari Solat. Menerusi Model Enam

Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik, program j-QAF ini menyasarkan

murid-murid berupaya mengusai al-Quran dengan baik dan berjaya khatam al-

Quran semasa berada pada tahun enam. (Kementerian Pendidikan Malaysia

2005). Setelah sebelas tahun program ini dilaksanakan, dapatan kajian

menunjukkan bahawa penguasaan murid-murid dalam bidang ini masih lagi

belum mencapai matlamat yang dihasratkan. Sedangkan menurut Haziyah et al.

(2012) aspek kandungan kurikulum j-QAF berupaya meningkatkan lagi tahap

literasi al-Quran di kalangan murid.

Mengikut kajian Misnan Jemali et al. (2013) pada tahun 2009 di seluruh

Malaysia mendapati 75% responden menguasai al-Quran dengan baik.

Manakala dapatan kajian Nurfadilah dan Muhammad Mustaqim (2013) di

Melaka pada tahun 2010 mendapati 57.4% menguasai al-Quran dengan baik.

Fairuz Samsudin (2011) dari hasil kajiannya di Kedah mendapati bahawa 81%

telah menguasai al-Quran, manakala dari aspek kemampuan membaca al-Quran

responden berada di tahap memuaskan dan sejumlah 0.78% tidak berjaya

khatam al-Quran bersama dengan guru. Kajian yang dilakukan oleh Paharudin

& Misnan (2013) pada tahun 2010 di Perak pula mendapati penguasaan murid

berada di tahap baik iaitu 75.77% daripada responden menguasai bacaan al-

Quran. Kajian yang dibuat oleh Suryati Basra (2013) di Selangor mendapati

penguasaan responden kajian dalam modul enam bulan khatam al-Quran

program j-QAF berada pada tahap yang sederhana.

Page 5: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 88

Tinjauan dari aspek pengajaran guru dalam bidang tilawah al-Quran modul

khatam al-Quran j-QAF pula mendapati bahawa, tahap pengajaran mereka

berada pada situasi yang terbaik. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh

Norlela Harun (2007) mendapati kesediaan guru melaksanakan aktiviti

pengajaran berada di tahap yang sangat bersedia. Manakala hasil dapatan

Sabariah Bahrun (2009) di Sabah mendapati komitmen guru pelatih j-QAF

terhadap pelaksanaan kurikulum j-QAF berada pada tahap yang tinggi dan

sederhana tinggi. Mengikut kajian Amal Hayati (2012) di Selangor mendapati

pelaksanaan pengajaran berada di tahap yang tinggi. Kajian oleh Rizuan Mohd

(2016) di Sarawak pula mendapati guru-guru yang terlibat memiliki tahap

komitmen tinggi terhadap pengajaran. Tinjauan dari aspek pelaksanaan model-

model program j-QAF oleh Maimun Aqsa Lubis et al. (2010) mendapati

bahawa keseluruhan model-model tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Manakala Nasithah et al. (2013) melakukan kajian pada 2011 mendapati

pengetahuan dan kesediaan guru j-QAF dalam melaksanakan program j-QAF

berada di tahap yang tinggi.

Faktor pengajaran guru memberi pengaruh yang besar terhadap aktiviti

pembelajaran murid. Guru berperanan sebagai pemudah cara yang membantu

murid-murid dalam menjalani proses pembelajaran. Pencapaian murid di dalam

sesuatu bidang banyak dipengaruhi oleh keberkesanan pendekatan pengajaran

yang diaplikasikan oleh guru, tidak terkecuali dalam bidang pembelajaran al-

Quran. Namun demikian, pencapaian murid juga amat bergantung dengan

faktor-faktor pembelajaran yang lain. Memandangkan pembelajaran al-Quran

mereka bersama guru di sekolah hanya terhad dalam waktu pengajaran dan

pembelajaran pendidikan Islam dalam kelas sahaja, maka mereka seharusnya

dibantu oleh pelbagai faktor bagi menyokong usaha-usaha yang telah dirintis

oleh guru agar kesinambungan tersebut berlaku semasa di luar waktu

pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sama ada ketika mereka berada

di sekolah mahupun semasa mereka bersama keluarga dan kawan-kawan.

Faktor-faktor Pembelajaran al-Quran Pembelajaran adalah bermaksud proses (kegiatan) belajar. (Kamus Dewan

2002). Dari segi bahasa, kebanyakan sarjana Islam memberi takrif pembelajaran

hampir sama dengan pengertian pendidikan. Menurut Kamarul Jasmi & Ab.

Halim (2007) pendidikan dari perspektif Islam berasal daripada beberapa

perkataan daripada bahasa Arab salah satunya ialah taᶜallama – yataᶜallamu

– taᶜalluman. Pecahan perkataan ini membawa maksud belajar dan

pembelajaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pendidikan adalah satu

proses yang melibatkan dua aktiviti iaitu proses mengajar dan belajar yang

saling bertimbal balik dengan tujuan untuk memperoleh pengetahuan.

Crow & Crow (1963) berpendapat pembelajaran ialah satu perolehan

tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran suatu tindakan yang berperanan

Page 6: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 89

membantu individu dalam usaha untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan

tingkah laku serta tindak balas individu terhadap pelbagai rangsangan bagi

menghasilkan kesan yang diingini. Menurut Hergenhahn & Olson (2005)

maksud pembelajaran adalah berkait rapat dengan perubahan kekal tingkah laku

atau tingkah laku potensi yang terhasil daripada pengalaman.

Mengikut M. Ngalim (1984) terdapat dua faktor yang mencorakkan hasil

pembelajaran iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Unsur-unsur yang terdapat

di dalam diri yang dikenali sebagai unsur individual seperti kematangan,

kecerdasan, sikap, minat dan motivasi merupakan faktor. Manakala faktor

luaran pula faktor sosial yang menjadi agen-agen perangsang yang terdapat di

luar dalaman individu dan membantu seseorang tersebut untuk menguasai

sesuatu dalam proses pembelajaran mereka seperti faktor keluarga, guru dan

kaedah pengajarannya, instrumen pembelajaran, persekitaran dan peluang.

Faktor Keluarga

Keluarga yang ditunjangi oleh ibu dan bapa merupakan suatu institusi yang

dipandang tinggi dalam Islam. Pembentukan keluarga yang berteraskan syariat

amat dititik beratkan di dalam Islam. Oleh sebab itu, Islam telah meletakkan

asas-asas yang jelas dalam pembentukannya melalui ikatan yang sah iaitu

perkahwinan. Islam juga telah memberi garis panduan bermula dari aspek

pemilihan pasangan mestilah berasaskan agama, akhlak dan keturunan yang

baik supaya zuriat yang dilahirkan itu akan mewarisi sifat-sifat yang baik dan

budi pekerti yang terpuji. Pembentukan pasangan suami isteri yang baik dan

sejajar dengan kehendak agama akan menjadikan rumah tangga itu sebagai

sebuah institusi pendidikan seolah-olah sebuah sekolah yang mana ibu

berperanan menjaga dan mendidik manakala bapa pula bertanggungjawab

menyediakan keperluan-keperluan pendidikan. Permuafakatan di dalam

hubungan suami dan isteri akan menjamin keharmonian institusi keluarga yang

akan membentuk komuniti dalam masyarakat dan negara. Wajah-wajah

masyarakat akan mengikut acuan sebagaimana sesuatu generasi itu di didik dan

didikan tersebut semestinya bermula daripada rumah. Di sini peranan ibu bapa

atau keluarga amat penting mencorakkan keperibadian anak-anak sebagaimana

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada kelahiran (seseorang manusia) kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka

kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Bukhāri 2002)2

_________________________

2 al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-Jana’iz. Bab Iza Aslama al-Sabiy fa Māta, Hal

Yusalli ᶜalaihi, wa Hal Yu’radu ‘ala al-Sabiy al-Islamu.

Page 7: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 90

Pengertian fitrah dari perspektif Islam bukan seperti mana yang difahami

oleh aliran Emperisme dipelopori oleh John Loke yang mengumpamakan

kelahiran manusia seperti kertas kosong, bahkan mereka sebenarnya dilahirkan

bersama potensi yang bersifat fitrah. Menurut Hasan (1980) pengertian manusia

dilahirkan di dalam keadaan fitrah boleh diertikan sebagai manusia dilahirkan

bersama sifat-sifat dan potensi semula jadi manusia.

Menurut al-Qābisī (1986) keluarga merupakan pihak pertama yang

bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada anak-anak bermula sejak

awal lagi ketika anak mula membesar dan keperibadian mereka mula terbentuk.

Ketika urusan keluarga berada di peringkat asas, mudah dan ringkas, ibu bapa

berperanan dalam mencorakkan agama dan akhlak anak-anak sejak awal

kelahiran. Pada situasi ini, tugas mendidik anak-anak adalah dipikul oleh ibu

bapa dan tidak wajar tugas tersebut diserahkan oleh pihak lain.

Namun apabila kehidupan mula berkembang, keluarga makin besar dan

tanggungjawab keluarga kian bertambah urusan pendidikan tersebut boleh di

ambil alih pihak lain seperti guru. Walaupun al-Qābisī berpendapat

membolehkan tanggungjawab tersebut diambil oleh guru kerana terdapat

kekangan dari segi masa dan kemampuan namun ibu bapa tidak seharusnya

meletakkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada mereka. Ibu bapa

seharusnya terlebih dahulu menyemai asas-asas kandungan pembelajaran al-

Quran semasa anak-anak mereka belum memasuki alam persekolahan. Di

samping itu, mereka juga seharusnya meneruskan kesinambungan pembelajaran

anak-anak di sekolah semasa berada di rumah menerusi dorongan, motivasi

serta menghidupkan pembudayaan amalan membaca al-Quran.

al-Qābisī sangat prihatin terhadap soal pendidikan anak-anak dan beliau

mengkritik orang yang mengabaikannya kerana mengelak daripada

mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi tujuan tersebut. Mengikut Ibn

Khaldun (2013) pula, memberikan pengajaran al-Quran kepada anak-anak

merupakan suatu usaha untuk meninggikan syiar agama dan ia merupakan satu

kriteria khusus yang dimiliki oleh umat Islam di seantero pelusuk. Usaha ini

merupakan satu langkah untuk memperkasakan akidah serta menjadi tunjang

kepada penguasaan multi disiplin ilmu yang lain. (al-Na’miy 1994; Gamal

2003)

Faktor Persekitaran

Lingkungan persekitaran yang mendominasi kehidupan seseorang berupaya

memberi kesan kepada proses pembelajaran individu. Proses pembentukan

peribadi boleh berlaku melalui pelbagai corak pembelajaran seperti permodelan,

tindak balas, dorongan dan halangan. Faktor persekitaran sosial seperti

pengaruh sekolah, pengaruh tabiat rakan-rakan serta pengaruh budaya komuniti

boleh menjadi sumber kepada pembelajaran murid serta corak pencapaian

mereka. Menurut Ibn Khaldun (2013) pembentukan tingkah laku amat

Page 8: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 91

terpengaruh dengan persekitaran sosial dan menjadi faktor pembelajaran kepada

individu melalui pengamatan mereka terhadap situasi persekitaran. Persekitaran

yang baik akan menghasilkan tingkah laku yang baik kepada individu yang

berada di dalam lingkungan tersebut. Persekitaran sosial dengan pelbagai faktor

dan sumber akan membentuk perilaku manusia mengikut keyakinannya

terhadap amalan kebiasaan dan adat tradisi serta nilai-nilai akhlak dan agama.

Faktor-faktor persekitaran dalam konteks pembelajaran al-Quran boleh

diukur dalam pelbagai aspek persekitaran sosial merangkum persekitaran kelas

dan sekolah, pergaulan dengan kawan-kawan, persekitaran rumah dan budaya

sosial masyarakat. Faktor persekitaran sekolah dan kelas adalah merujuk kepada

usaha dan inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu pembelajaran murid.

Contohnya, penyediaan kitab-kitab al-Quran, bahan bantu mengajar berbentuk

carta ayat, tulisan khat ayat al-Quran, kemudahan dan kelengkapan surau serta

penganjuran aktiviti yang boleh mendekatkan murid dengan pembelajaran al-

Quran seperti majlis bacaan al-Quran secara mingguan, majlis tadarus dan

majlis khatam al-Quran.

Faktor kawan-kawan juga memberi kesan kepada cara pembelajaran dari

segi usaha dan sikap. Kawan mampu mempengaruhi pencapaian seseorang hasil

daripada pergaulan mereka seharian. Oleh sebab itu, al-Zarnūjī (1996)

menyarankan agar dalam memilih kawan, carilah mereka yang bersungguh-

sungguh dan warak serta jauhkan dari mereka yang bersikap negatif seperti

malas, suka bertangguh dan banyak bercakap, mencetuskan huru-hara dan

penyebar fitnah.

Faktor Sikap

Aktiviti manusia seharian merupakan proses pembelajaran yang sentiasa

berlaku dan berterusan sama ada dalam bentuk langsung au tidak langsung.

Mengikut Ibn Khaldun, epistemologi Islam mempunyai kaitan yang rapat

dengan potensi kognitif yang terdapat dalam prinsip-prinsip psikologi. Dalam

proses belajar, peranan akal berfungsi untuk memperoleh ilmu dan memainkan

peranan sebagai daya untuk manusia memahami sesuatu di luar dirinya.

Menurut Robiah Sidin (1998) penekanan disiplin dan pembentukan sikap

seperti rajin, bersungguh-sungguh, sikap ingin mencuba dan tidak putus asa

harus dipraktikkan kepada pelajar sebagai langkah untuk meningkatkan

pencapaian mereka dalam pelajaran.

Ibn Khaldun (2013,2000) berpendapat unsur malakah boleh

mempengaruhi aktiviti pembelajaran serta merencanakan pencapaian seseorang.

Beliau telah menyebutkan perkataan ini berulang kali di beberapa tempat yang

membawa pelbagai konotasi mengikut kesesuaian maksud di mana ia disebut.

Salah satu daripada maksud malakah seperti mana yang di fahami oleh sarjana

ialah satu sifat yang sejati dalam badan manusia. Pengertian ini boleh

dimaksudkan sebagai satu sifat yang kekal terpahat dalam diri seseorang

Page 9: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 92

melalui perlakuan yang sama berulang kali sehingga ia membentuk sikap yang

sebati di dalam diri ini kerana konsep malakah bukan hanya bermaksud

pencerahan semata-mata (insight), malah ia mempunyai kecenderungan kognitif

serta merangkumi unsur afektif dan psikomotor (Syahrul Riza 2010).

Kecenderungan ini merupakan satu bentuk tindak balas terhadap sesuatu

rangsangan apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu situasi. Ketiga-tiga

komponen ini merupakan unsur utama dalam membentuk sikap. Aspek kognitif

ialah merujuk suatu bentuk kefahaman atau kepercayaan seseorang terhadap

sesuatu fakta yang mana maklumat tersebut di nilai dan membawa kepada suatu

bentuk tindakan. Unsur afektif pula melibatkan aspek-aspek perasaan dan emosi

yang sukar dieksploitasi dan membentuk suatu sikap sama ada positif mahupun

negatif. Manakala unsur psikomotor pula ialah kecenderungan untuk memberi

tindak balas terhadap rangsangan membentuk suatu perlakuan yang diingini

atau sebaliknya.

Sikap adalah suatu kecenderungan untuk berfikir atau merasa mengikut

cara yang tertentu dan saluran-saluran tertentu (Witherington 1978). Ia

merupakan suatu unsur berbentuk dalaman yang amat sukar untuk difahami

kerana bukan semua dapat diterjemahkan dengan tingkah laku. Dari perspektif

Islam, sikap lebih ditumpukan kepada akhlak oleh sebab itu seseorang yang

mempunyai sikap yang baik akan dianggap mempunyai akhlak yang baik. Sikap

bukanlah sesuatu yang boleh dianggap milik mutlak seseorang secara semula

jadi, sebaliknya ia mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang

bergantung pada pengalaman dan pembelajaran individu. Melalui sikap

seseorang individu dapat mempelajari pelbagai ilmu untuk meningkatkan

potensi diri. Sikap individu dibantu pula dengan faktor-faktor luaran akan

mempengaruhi bentuk pencapaian seseorang.

Kesimpulan

Sememangnya tidak dinafikan bahawa, kaedah dan teknik pengajaran guru amat

signifikan terhadap pencapaian murid-murid khususnya di dalam pembelajaran

Model Khatam al-Quran. Namun demikian, faktor-faktor pembelajaran yang

lain juga amat penting sebagai pendokong kepada usaha guru malah ia dilihat

saling melengkapi antara satu sama lain. Jika diteliti, masa murid bersama guru

adalah amat terhad. Peruntukan masa untuk pembelajaran pendidikan Islam

disekolah ialah sebanyak 180 minit (6 waktu), tiga waktu daripanya (90 minit)

adalah dikhususkan untuk pembelajaran al-Quran ditambah pula 60 minit untuk

tasmik al-Quran yang menjadikan jumlah keseluruhannya 150 minit untuk

pembelajaran al-Quran. Walaubagaimanapun sekiranya di ukur secara purata

berdasarkan konsep pengajaran secara kolaboratif yang digunakan dalam

pengajaran model khatam al-Quran j-QAF melibatkan 14 orang murid dan

seorang guru dalam satu-satu masa, setiap murid mempunyai sekitar 11 minit

dalam seminggu untuk belajar al-Quran secara talaqqi dan musyafahah bersama

Page 10: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 93

dengan guru. Oleh itu, situasi ini memperlihatkan pentingnya faktor-faktor

pembelajaran yang lain diberi perhatian secara mendalam bagi membantu

usaha-usaha guru agar matlamat melahirkan generasi al-Quran tercapai.

Rujukan

Al-Quran.

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amal Hayati Mohd Nor. 2012. Penilaian Pelaksanaan Tilawah al-Quran Program j-QAF

dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Disertasi Sarjana, Fakulti

Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Bukhārī, Abī ᶜAbd Allah bin Muḥammad bin Ismāᶜil. 2002. Dimasyq. Dār Ibn

Kathīr

Crow, L.D., & Crow, A. 1963. Educational Psychology. New York: Van Nostrand

Reinhold.

Fairuz Samsudin. 2011. Tahap Pencapaian Murid-Murid Tahun Enam dalam Modul

Khatam al-Quran j-QAF, Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Muda

Yan. Disertasi Sarjana,Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Universiti Terbuka

Malaysia.

Gamal Abdul Nasir. 2003. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam. Bentong: PTS Publication

& Distributor Sdn. Bhd.

Hasan Langgulung. 1980. Beberapa Pemikiran Tentang Pendidikan Islam. Bandung:

PT Al-Ma’arif.

Haziyah Hussin, Ridzawana Sirajuddin, & Fadlan Mohd Othman. 2012. Sumbangan

Program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) Terhadap Pendidikan Literasi

al-Quran di Malaysia. Dlm. Prosiding Seminar Serantau Maqasid al-Quran 2012.

Dinamika Ilmu Qiraat Sebagai Sumber Turath (Warisan Ilmu) Islam, hlm. 113–

125.

Hergenhahn, B.R. & Olson, M.H. (2005) An Introduction to Theories of Learning. Edisi

ke-7.New Jersey. Pearson Prentice Hall.

Ibn Khaldūn, ᶜAbd. al-Rahmān bin Muhammad. 2013. Muqaddimah Muqaddimah Ibn

Khaldūn. Lubnān: Dār Maktabah al-Maᶜārif.

Ibn Khaldun, Abd. al-Rahman bin Muhammad. 2000. Muqaddimah Ibn Khaldun. Terj.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indriaty Ismail. 1995. "Antara Media dan al-Quran: Pengaruh Dan Kesan Dalam

Pembentukan Peribadi Masyarakat Islam Malaysia Masa Kini. Dlm. Prosiding

Seminar Islam & Tantangannya Menghadapi Abad ke-21, hlm. 104–107.

Ibn Manẓūr, Jamal al-Dīn Muhammad bin Mukarram. 2012. Lisān Al-ᶜArab. Jil. 11.

Beirut: Dār Ṣādir.

Kamarul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah

Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan. 2002. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2005. Buku Panduan Dasar Pelaksanaan Dan

Pengurusan Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Program J-QAF. Putrajaya: Bahagian

Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Page 11: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 94

al-Qābisī, Abu Hasan ‘Alī. 1986. Al Risālah Al-Mufassilah Li Ahwāl Al-Muta’allimīn

Wa Al-Ahkam al-Mua’allimīn wa al-Muta‘allimīn. Ahmad Khālid (pnyt.). Tunis:

al-Syarikah al-Tunisiyyah.

al-Qattan, Mannā’ Khalīl. 2000. Mabāhith Fī ‘Ulūm Al-Qurān. Kaherah: Maktabah

Wahbah.

M. Ngalim Purwanto. 1984. Psikologi Pendidikan. Bandung: Remadja Karya.

Maimun Aqsha Lubis, T. Subahan Mohd. Meerah, Ab. Halim Tamuri, Nik Mohd.

Rahimi Nik Yusoff, Mazalah Ahmad, & Sabariah Sulaiman. 2010. Pelaksanaan

Model-Model Program j-QAF dalam Bilik Darjah: Satu Rumusan Kajian. Dlm.

Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara kali ke-4 Transformasi dan Inovasi

dalam Pendidikan Negara, hlm. 937–950.

Mālik bin Anas. 1951. Al-Muwatta’. Muḥammad Fu’ad al-Bāqī (pnyt.). Kaherah: Dār

Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.

Misnan Jemali, Ibrahim Hashim, Zanariah Noor, Muhammad Akramin Kamarulzaman,

Abdul Nasir Abdul Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, Mohd. Abdul Aziz

Mahmud, & Hasanudin Abd. Hamid. 2013. Perlaksanaan Dan Pencapaian

Program j-QAF: Kajian Seluruh Malaysia. Dlm. Seminar Kebangsaan

Penyelidikan j-QAF 2013, hlm. 51–91.

Mohd. Yusuf Ahmad. 2005. Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Hairudin Amin, & Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Sekolah Agama Islam Di

Malaysia Sejarah Isu Dan Cabaran. Johor: Penerbit UTM Press.

al-Na’miy, Abdullah Al-Amin. 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn

Khaldun dan Al-Qabisi. Terj. Mohd. Ramzi Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Nasithah Abd Hamid, Zalina Ahmad Zainuddin, Latip Muhammad, Maimunah Muda,

Ahmad Zaafar Ismail, Salmah Mohd Salleh, & Nur Liyana Husna @ Aloha

Shaari. 2013. Kajian Penilaian Impak Program j-QAF Dlm. Seminar Kebangsaan

Penyelidikan j-QAF 2013, hlm. 83–105.

Norlela Harun. 2007. Tahap Kesediaan Guru j-QAF dalam Melaksanakan Model

Khatam Al-Quran, Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Daerah Hulu Langat. Tesis

Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurfadilah Mohamad, & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. 2013. Penguasaan

Kemahiran Tilawah Al-Quran Menerusi Program j-QAF: kajian kes di Melaka.

Dlm. Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013, hlm. 307–320.

Paharudin Arbain, & Misnan Jemali. 2013. Pencapaian Tilawah Al-Quran Program j-

QAF di Perakᶜ: Suatu Tinjauan Awal. Dlm. Seminar Kebangsaan Penyelidikan

j-QAF 2013, hlm. 321-327.

Rizuan Mohd. 2016. Amalan Penyeliaan Pengajaran oleh Pentadbir dan Komitmen

Guru dalam Program j-QAF. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Sabariah Bahrun. 2009. Kajian Pelaksanaan Kurikulum j-QAF oleh Guru Pelatih

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Disertasi

Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

al-Ṣabūni, Muhammad ‘Ali. 1985. Al-Tibyān Fī ‘Ulūm Al-Qur’ān. Beirut: IIlm al-

Kutub.

Page 12: Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al … | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Faktor Pembelajaran Murid dalam Model Khatam al-Quran j …

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 95

Sabri Salamon, & Haron Din. 1988. Masalah Pendidikan Islam Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Al-Rahmaniah.

Suryati Basra. 2013. Respon Murid Terhadap Model Enam Bulan Khatam Al-Quran

dan Tasmik di Bawah Program j-QAF Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat.

Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syahrul Riza Hamzah. 2010. Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn

Khaldun. Noor Shakirah Mat Akhir (pnyt.). Kuala Lumpur: Scholarmind

Publishing.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. 2000. Kuala Lumpur. Darul

Fikir

Witherington, H.C. 1978. Psikologi Pendidikan. Terj. M. Buchori. Jakarta: Aksara

Baru.

al-Zarnūjī, Burhān al-Islām. 1996. Ta‘līm Al-Muta‘allim Tarīq Al-Ta‘allum. Marwān

Fabānī (pnyt.). Beirūt: al-Maktab al-Islāmī.