faktor kejatuhan kerajaan maratha

16
PENDAHULUAN Kerajaan Maratha memainkan peranan penting dalam sejarah India. Empayar Maratha telah diasaskan oleh Shivaji pada tahun 1663. Shivaji telah dilahirkan di Shivneri pada 19 Febuari 1630 dan dibesarkan oleh ibunya yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadinya. 1 Shivaji telah berjaya merampas India daripada empayar Mughal yang diperintah oleh Aurangzeb yang dikatakan menjalankan dasar anti Hindu 2 . Kejatuhan kerajaan Mughal ke tangan Maratha menyebabkan berakhirnya sebuah kerajaan Islam India yang telah lama bertapak dan bermulanya era kebangkitan kerajaan Hindu di India. Shivaji telah menaiki takhta kerajaan Maratha dan memakai gelaran Vikramaditya. Peshwa atau Perdana Menteri merupakan tulang belakang yang membantu pentadbirannya 3 . Shivaji telah membentuk satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik 4 . 1 P.N.Chopra et al, History Of South India: Vol II: Medieval Period, S. Chand & Company , New Delhi, 1979, hlm.152. 2 Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 242 3 Ibid. 4 J.L Mehta, Advanced Study In The History of Medieval India , New Delhi: Sterling Publisher, 1981, hlm. 537 1 | Page

Upload: cnck

Post on 13-Jun-2015

1.400 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

PENDAHULUAN

Kerajaan Maratha memainkan peranan penting dalam sejarah India. Empayar Maratha

telah diasaskan oleh Shivaji pada tahun 1663. Shivaji telah dilahirkan di Shivneri pada 19

Febuari 1630 dan dibesarkan oleh ibunya yang memainkan peranan penting dalam membentuk

peribadinya.1 Shivaji telah berjaya merampas India daripada empayar Mughal yang diperintah

oleh Aurangzeb yang dikatakan menjalankan dasar anti Hindu2.

Kejatuhan kerajaan Mughal ke tangan Maratha menyebabkan berakhirnya sebuah

kerajaan Islam India yang telah lama bertapak dan bermulanya era kebangkitan kerajaan Hindu

di India. Shivaji telah menaiki takhta kerajaan Maratha dan memakai gelaran Vikramaditya.

Peshwa atau Perdana Menteri merupakan tulang belakang yang membantu pentadbirannya3.

Shivaji telah membentuk satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik 4.

Pada pemerintahannya, untuk mengekalkan taat setia dan mengelakkan pembolotan

dalam kalangan para pembesar, beliau telah membayar gaji dalam bentuk wang tunai kepada

para pembesar, tidak lagi berupa jagir atau ganjaran tanah5. Dengan usaha Shivaji ini, sebuah

empayar seluas 50 000 batu persegi telah berjaya diwujudkan di Deccan.

Selain itu, kerajaan Maratha telah membangun menjadi sebuah kerajaan yang masyur

dengan ialah kerana Maratha yang berada di bawah kekuasaan Peshwa.6 Peshwa ataupun

Menteri ini terdiri daripada golongan yang merupakan ahli di dalam Ashta Pradhan Council.

1 P.N.Chopra et al, History Of South India: Vol II: Medieval Period, S. Chand & Company, New Delhi, 1979, hlm.152.2 Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 242 3 Ibid.4 J.L Mehta, Advanced Study In The History of Medieval India, New Delhi: Sterling Publisher, 1981, hlm. 5375Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 2436 B.L. Grover, S. Grover, A New Look At Modern Indian History, Ram Nagar, Delhi: S. Chand & Company LTD, 1995, hlm. 20.

1 | P a g e

Page 2: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

Antara Peshwa yang menjadi tunggak utama kepada kejayaan kerajaan Maratha ialah Balaji

Viswanath (1713-1720), Bali Rao (1720-1740) dan Balaji Baji Rao (1740-1761). Peshwa-

peshwa ini dikatakan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi sehingga membawa kepada

kejayaan Maratha. 7

Selain itu, Maratha juga mencapai kejayaan kerana kelemahan kerajaan Moghul dan

pentadbirannya yang teratur. Hal ini terbukti dengan Pusat pentadbiran Maratha bertempat di

Poona dan dikenali sebagai Huzur Daftar.8 Jawatan Sarssbahdars telah diwujudkan sebagai

pemerintah di wilayah-wilayah besar sperti di Khandesh, Gujerat dan Carnotic. Di bawah

Sarssbahdars pula terdapat jawatan Mamlatdar yang bertanggungjawab dalam pentadbiran di

bahagian tertentu seperti Sarkar, Subah dan Prant.9

Namun, setiap yang naik pasti mengalami saat kejatuhan, sepertimana yang berlaku

kepada kerajaan Moghul, nasib yang menimpa kerajaan Maratha juga sama. Saat kejatuhan

Maratha berlaku sehingga menyebabkan British Berjaya mendapatkan Maratha dan kuasa

Maratha tinggal kenangan sehingga ke hari ini.

7 Ibid., hlm. 51.8 Ibid.9 Ibid., hlm. 52.

2 | P a g e

Page 3: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN MARATHA.

Kejatuhan kerajaan Maratha adalah disebabkan beberapa faktor yang faktor-faktor yanga akan

dibincangkan didalam esei ini.

Kelemahan para pemimpin kerajaan Maratha

Pada peringkat awal, kerajaan Maratha amat bertuah kerana mempunyai para pemimpin

yang berkaliber seperti Shivanji, Shambji, Sahu dan sebagainya yang mampu memacu

kegemilangan kerajaan Maratha di India. Malangnya, semenjak kematian Balaji Baji Rao,

Maratha mula kehilangan pemimpin yang cekap dan dinamik. Pemimpin memainkan Peranan

penting di dalam jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Seluruh institusi kepimpinan memerlukan

pemimpin yang berkaliber dalam meneruskan sesebuah kerajaan.Sekiranya pemimpin tidak

cekap dan mengabaikan peranannya sebagai pemimpin, maka seluruh institusi itu akan musnah.

Hakikat ini terpaksa juga ditelan oleh kerajaan Maratha. Hal ini diperakui oleh

Azaharudin Mohd Dali (2004) menyatakan bahawa kejatuhan Maratha adalah disebabkan

ketiadaan pemimpin yang benar-benar berkaliber dalam mengetuai pucuk pimpinan kerajaan, di

samping tiada kerjasama antara pemimpin-pemimpin dalam kerajaan10. Perkara ini terbukti

dengan Kelemahan peshwa seperti Baji Rao II dan Daulat Rao Sindhia yang mengawal kerajaan

di Poona telah membawa kepada kejatuhan Empayar Maratha. Baji Rao II yang menaiki takhta

ketika berusia 18 tahun merupakan seorang pemimpin yang tidak berbakat dan mengubah polisi

pentadbiran ayahnya dalam masa 2 hari yang melemahkan kerajaan Maratha.11

10Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 25911 P.N Chopra et al, A New Advanced History of India, New Delhi : Prentice Hall of India Private Limited, 1996, hlmn. 459

3 | P a g e

Page 4: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

Baji Rao II telah bertindak mengadaikan negara Maratha dengan menyerahkan

kekuasaan kepada pihak British melalui perjanjian Bassein Disember 1802 dan beliau juga

dikatakan mempunyai karektor seperti seorang penjenayah12.

Selain itu, Sistem politik empayar Maratha menerima impak yang sangat buruk akibat

kelemahan dan kekurangan wibawa para pemimpinnya. Keadaan politik yang tidak stabil ini

telah mewujudkan peluang kepada wilayah-wilayah taklukan Maratha untuk bertindak pantas

dengan membebaskan diri daripada cengkaman empayar Maratha dan menjadi sebuah negara

yang bebas. Contohnya berlaku semasa pemerintahan Chatrapati dan Peshwa.

Para pembesar tidak bersatu antara satu sama lain malah bermusuhan antara mereka13

terutamanya kerajaan Poona selepas berlakunya Perang Panipat III. Ini berikutan tidak wujud

perpaduan politik yang utuh dikalangan pembesar. Sikap tidak bersatu padu ini sejak zaman awal

lagi mampu menjatuhkan kerajaan tetapi mereka tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada

pengalaman yang berlaku. Contohnya, perbalahan antara Madho dan Ishwari Singh kerana ingin

merebut kuasa setelah kematian bapa mereka, Raja Jai Singh. Ternyata pihak yang satu lagi iaitu

Sindhia dan Holkar mengambil sikap berdiam diri tanpa ingin membantu menyelesaikan

perbalahan yang berlaku. Ternyata semangat bersatu padu tidak wujud antara para pemimpin

politik di Maratha yang menyebabkan empayar Maratha runtuh.

Malahan, kejatuhan kerajaan Maratha juga dikaitkan dengan matlamat pemimpinnya

yang berimpian dalam mengantikan undang-undang islam tetapi hal ini hanya melemahkan

kuasa Peshwa yang memberi laluan kepada kebangkitan kuasa British.14 Hal ini bermakna

12 Ashrini Agrawal, Studies In Mughal History, New Delhi: Motilal Banarsidass, 1983, hlm. 24 13Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 259.14 P.N.Chopra et al, History Of South India: Vol II: Medieval Period, hlm. 389.

4 | P a g e

Page 5: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

kerajaan Maratha tidak mempunyai matlamat yang jelas dan tidak mengambil kira keseluruhan

situasi semasa sebelum menjalankan sesuatu sehingga British campurtangan.

Perang Panipat

Perang Panipat merupakan perang yang dikatakan detik awal kejatuhan kerajaan

Maratha di bumi India. Perang antara Maratha Afgan dan Maratha ini telah menyebabkan

kematian general-general hebat kerajaan Maratha antaranya Bhau, Santaji Rao Ghorpade dan

ramai lagi pemimpin termasuk 75,000 tentera15. Ibrahim Gardi yang dipenjara diseksa dan

dibunuh dengan kejam. Hal ini menyebabkan kelemahan kerana ramai tokoh yang kuat telah

tumbang. Tragedi ini menjadikan Peshwa yang mati dengan kecewa.16

Peperangan ini telah menyebabkan ketenteraan kerajaan Maratha mulai lemah.

Ketenteraan Maratha bertambah lemah kerana terlibat dengan tiga siri peperangan dengan British

iaitu Perang Anglo-Maratha I, Perang Anglo-Maratha II dan Perang Anglo-Maratha III. Hal ini

kerana ianya memakan masa yang panjang, wang yang banyak dan ramai tentera yang terkorban.

Siri peperangan berterusan seperti ini tidak menguntungkan kerajaan Maratha. Peperangan

Panipat III telah mendatangkan bencana kepada kerajaan Maratha . Hal ini ditulis oleh

Elphinstone yang mengatakan bahawa

“ and never was there a calamity that diffused so much consenternation,.Grief and

despondency spread over the whole Maratha people: all felt the destruction of the army as

a death-blow to their national greatness”17

Ketenteraan kerajaan Maratha juga berada dalam keadaan sangat goyah dan tidak stabil.

Semasa zaman awal kerajaan Maratha , iaitu semasa pemerintahan Shivaji pada tahun 1627

15 Ibid. 16 Ibid.17 Ibid., hlm. 390

5 | P a g e

Page 6: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

hingga tahun 1680 sistem ketenteraan Maratha amat kuat sehingga mampu menakluki kawasan

yang luas. Tetapi disaat akhir pemerintahannya, aspek ketenteraan kerajaan Maratha sudah pun

mengalami keadaan yang dipanggil kemerosotan. Hal ini disebabkan teknologi yang lemah,

disiplin dan ketiadaan pemimpin yang hebat terutama selepas perang Panipat III.

Malahan Kerajaan Maratha juga mempunyai tentera upahan yang tidak bersemangat

patriotik dan bersemangat juang yang tinggi kerana Maratha bukan tanah air mereka. Tentera

upahan bukan daripada masyarakat Maratha ini telah diperkenalkan oleh Balaji Baji Rao yang

menyebabkan kelemahan, kehilangan kesatuan dan semangat kenegaraan.18Mereka Cuma

bekerja dibawah Maratha untuk menyara kehidupan dan berkepentingan masing-masing.

Jelasnya, askar upahan ini tidak berminat untuk berjuang habis-habisan untuk mempertahankan

kerajaan Maratha daripada pihak musuh.

Malahan, Kerajaan Maratha juga kekurangan kelengkapan peperangan yang canggih dan

moden serta masih menggunakan teknik perang gerila dalam peperangan mereka. Hal ini berbeza

sama sekali dengan situasi musuh Maratha iaitu pihak tentera British yang mempunyai sistem

ketenteraan yang moden, terlatih serta tektik peperangan yang moden dan canggih.

Walaupun terdapatnya penggunaan tentera bersenjata atau meriam tetapi penggunaan

yang tidak cekap telah membantutkan pelaksanaannya. Kelemahan inilah yang membuatkan

British Berjaya dalam mengalahkan kerajaan Maratha dan menaikan bendera Britain di India.

Malahan pihak Inggeris telah dipimpin oleh pemimpin yang cekap seperti Elphinstone, John

Malcolm dan Jonathan Duncan.19Jelaslah menunjukkan bahawa sistem ketenteraan yang lemah

mengundang kepada kejatuhan empayar Maratha.

18 Ibid.,hlm. 459.

19 B.L. Grover, A New Look At Modern Indian History, hlm. 178

6 | P a g e

Page 7: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

Kemerosotan ekonomi

Ekonomi merupakan tunjang kekuatan dan kestabilan sesebuah empayar. Kekuatan

ekonomi membayangkan kelangsungan sesebuah tamadun dan kerajaan. Sebaliknya telah

berlaku kepada empayar Maratha kerana kelemahan polisi ekonomi kerana kebergantungan

terhadap pungutan cukai di wilayah-wilayah taklukannya.20

Malahan sistem ekonomi Maratha juga lemah ketika berlakunya peperangan antara

kerajaan Maratha menentang Kerajaan Moghul yang menyaksikan para petani dipaksa

meninggalkan aktiviti pertanian mereka untuk turut sama dalam peperangan. Situasi ini ialah

sesuatu yang tidak sistematik dan Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi Maratha kerana tiada

dasar yang jelas dalam pembangunan ekonominya. Pada tahun 1804, kebuluran telah berlaku di

Deccan dan menyebabkan ramai yang terkorban dan kehilangan harta-benda.

Empayar yang luas

Maratha merupakan sebuah empayar yang luas. Keluasan Maratha adalah amat luas iaitu

seluas 50 000 batu persegi di Deccan yang diasaskan oleh Sivanji akibat perluasan kuasa.

Apabila kerajaan ini memerintah terlalu las, maka wujudlah masalah perhubungan antara darat,

udara dan laut. Selain itu, wujud juga kesukaran kepada pemerintah untuk menguasai pelbagai

kaum dan agama yang ada. Apabila pemerintah tidak dapat menguasai kesemua kawasan yang

ditaklukinya maka telah menyukarkan pemantauan dan perpaduan. Hubungan antara satu

kawasan tidak utuh dan setiap wilayah yang ditakluki pula sentiasa mencari peluang untuk

melepaskan diri daripada jajahan Kerajaan Maratha.

20 Ibid.

7 | P a g e

Page 8: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

Selain itu, tiada sebarang langkah yang diambil bagi mewujudkan perpaduan. Lebih-lebih

lagi telah berlaku peperangan antara pemimpin seperti Madho Singh dan Ishwari Singh selepas

kematian bapa mereka. Malahan, empayar Maratha yang bercorak feudal telah mewujudkan

jurang antara pemimpin dengan rakyat. Empayar-empayar Peshwa di Poona tidak disatukan

dibawah satu unit politik dan para pembesar juga tidak lagi menghormati kedaulatan kerajaan

Pusat.

Hal ini dapat dilihat apabila tentera Maratha hanya menakluki kawasan di sebelah utara

sahaja kerana kawasan selatan lebih dipengaruhi oleh pemerintahan Islam. Diskriminasi

kawasan ini terjadi kerana empayar Maratha terlalu luas dan sukar untuk dikawal.

Ketidaksatuan yang wujud ini memudahkan British untuk menjatuhkan kerajaan Maratha dan

menawannya.

Kecekapan Inggeris Berdiplomasi, Pengintipan Inggeris yang Superior dan Sikap Inggeris

yang Agresif

Akibat kelemahan dalaman yang wujud di Maratha, Para pembesar Maratha telah

meminta bantuan pihak Inggeris yang pada saat itu sentiasa mengintai peluang untuk bertapak di

India. Apabila ditawarkan EIC tidak menolak peluang untuk mengambil kesempatan dan

betsikap cukup berhati-hati untuk memastikan kemenangan dipihaknya. Kemenangan EIC

mudah dicapai kerana tiada permuafakatan dalam kalangan pamimpin Maratha. Di dalam Perang

Maratha II, pihak Inggeris telah memperolehi kemenangan di Gaekwar dan Jagindar.21 Sistem

perisik kompeni Inggeris juga sangat baik. Pegawai kompeni di India memberi maklumat kepada

secretariat kompeni Inggeris. Maklumat perisik ini telah membawa kekalahan kepada Maratha

kerana pihak Inggeris telah memanfaatkan maklumat itu.

21 Ibid., hlm. 179.

8 | P a g e

Page 9: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

Malahan, kebanyakan pegawai British di Maratha telah mempelajari bahasa Maratha

sehingga boleh bertutur dan menulis dalam bahasa tersebut. Sikap pegawai Inggeris ini

memudahkan mereka memahami sepenuhnya keadaan sebenar masyarakat Maratha. sebaliknya

telah berlaku di dalam masyarakat Maratha. Mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai sistem

kerajaan British dan tidak memahami bahasa Inggeris.22

Masyarakat Maratha sangat kuat terikat dengan ajaran dan fahaman lama. Baji Rao II

lebih memberi perhatian terhadap agama dan mengagihkan pekerjaan dalam kalangan Brahmin

di samping memberi tumpuan kepada urusan negara. Hal ini sangat berbeza dengan negara

Britain. Di Britain, telah ada gerakan dalam membebaskan diri daripada pihak gereja yang telah

mengongkong kehidupan mereka sebelum ini dan telah mula memberikan perhatian dalam

bidang seperti rekaan saintifik, dalam bidang pelayaran dan sebagainya lagi. Semasa Inggeris

menyerang Maratha, pihak British telah memiliki kuasa yang jauh amat moden daripada

Maratha.

Penutup

Tuntasnya, sejarah kejatuhan Maratha adalah disebabkan oleh kelemahan dalaman

disamping beberapa faktor luaran. Kejatuhan empayar Maratha telah membawa satu lembaran

22 Ibid.

9 | P a g e

Page 10: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

baru dalam sejarah India apabila kuasa barat mula campur tangan dan menjajah bumi India.

Kelemahan Maratha dari segala aspek seperti kepimpinan, ekonomi , pertahanan dan sebagainya

menjadikan sejarah Maratha terkubur dalam lipatan sejarah.

BIBLIOGRAFI

10 | P a g e

Page 11: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

Andre Nink. 1986. Land and Sovereignty in India (Agrarian Society and Politics Under The

Eighteenth-Century Maratha Svarajya). London : Cambridge University Press.

Ashrini Agrawal. 1983. Studies In Mughal History. New Delhi : Motilal Banarsidass.

Azharudin Mohd Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

B.L. Grover, S. Grover. 1995. A New Look At Modern Indian History ( From 1707 7 to the

Present Day). Delhi: S. Chand & Company LTD.

Jawaharlal Nehru, The Discovery of India, 1961. Bombay: Asia Publishing House

Mehta, J.L. Advanced Study In The History of Medieval India. 1981. New Delhi : Sterling

Publisher

Majundar, R.C. (Ramesh Chandra), History of the Freedom Movement in India, Calcutta: Firma

K.L. Mukhopodhyay, 1963, hlm. 39.

P.N Chopra et al, A New Advanced History of India. 1996.New Delhi : Prentice Hall of India

Private Limited.

P.N.Chopra et al, History Of South India: Vol II: Medieval Period, , 1979, New Delhi: S. Chand

& Company

R.L. Majumdar. An Advanced History of India. London: Mac Millan & Co Ltd. 1988.

2147 patah perkataan

11 | P a g e

Page 12: Faktor Kejatuhan kerajaan Maratha

12 | P a g e