faktor guru masa kini kurang menggunakan bahan bantu mengajar boneka

4
KOAY BEE LENG 29056 890627-08-5720 Soalan 2 (Individu) Pada pandangan saya, guru-guru pada masa kini kurang menggunakan bahan bantu mengajar dengan menggunakan boneka adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor utama yang menghalang penggunaan bahan bantu mengajar boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana kadang-kadang seseorang guru memerlukan masa yang khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan terhadap bahan bantu mengajar boneka yang agak sukar dihasilkan. Pada masa kini, para guru perlu menghadap komputer berjam- jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis sistem atas talian seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SPPPBS, NILAM, e-SPLG, e-Operasi, HRMIS dan lain-lain lagi. Dengan adanya sistem PBS, beban tugas guru semakin bertambah. Kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS menyebabkan para guru menghabiskan banyak masa dalam memasukkan data ke dalam sistem ini. Di samping itu, kerja- kerja PBS seperti membina instrumen sendiri, menyemak dan menyusun evidens turut menggunakan masa yang banyak untuk menyiapkannya.

Upload: ann-koay

Post on 13-Apr-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

faktor

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Guru Masa Kini Kurang Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Boneka

KOAY BEE LENG

29056

890627-08-5720

Soalan 2 (Individu)

Pada pandangan saya, guru-guru pada masa kini kurang menggunakan bahan

bantu mengajar dengan menggunakan boneka adalah disebabkan oleh beberapa

faktor. Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor utama yang menghalang

penggunaan bahan bantu mengajar boneka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana kadang-kadang seseorang guru memerlukan masa yang

khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan terhadap bahan bantu

mengajar boneka yang agak sukar dihasilkan.

Pada masa kini, para guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya

untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis sistem atas talian seperti

SAPS, SMM, APDM, SSDM, SPPPBS, NILAM, e-SPLG, e-Operasi, HRMIS dan lain-

lain lagi.

Dengan adanya sistem PBS, beban tugas guru semakin bertambah. Kelemahan

sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS menyebabkan para

guru menghabiskan banyak masa dalam memasukkan data ke dalam sistem ini. Di

samping itu, kerja-kerja PBS seperti membina instrumen sendiri, menyemak dan

menyusun evidens turut menggunakan masa yang banyak untuk menyiapkannya.

Selain itu, guru-guru perlu melakukan kerja perkeranian, kerja pemfailan,

penandaan buku latihan, terlibat dalam majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus,

mesyuarat dan lain-lain lagi. Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan

kerja-kerja ko-kurikulum, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program,

menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi. Dengan pelbagai tugasan ini, guru-guru

tidak mempunyai masa untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar boneka.

Page 2: Faktor Guru Masa Kini Kurang Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Boneka

Faktor yang kedua adalah guru kurang inisiatif untuk memantapkan pengetahuan

dan kemahiran guru dalam bilik darjah. Kebiasaan guru menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sumber primer seperti bahan

bercetak, buku teks dan lain-lain untuk meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran kepada para pelajar. Disebabkan oleh reka cipta bahan bantu mengajar

boneka yang mengambil masa lebih, jadi para guru mengambil inisiatif untuk

melakukan proses pengajaran bersumberkan sumber primer sahaja.

Faktor yang ketiga ialah pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan

Pembelajaran. Pada abad ke-21 ini, guru-guru lebih suka menggunakan pengaplikasian

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kebanyakan guru-guru

masa kini mempunyai kemahiran berkaitan dengan komputer. Mereka dibekalkan

dengan alat sokongan pembelajaran seperti unit komputer, bahan perisian lain seperti

CD pembelajaran dan sebagainya. Guru menggunakan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan

bakat serta kemahiran.

Keperluan pelajar pada masa kini adalah berbeza daripada pelajar pada masa

dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan

pembelajaran mereka di sekolah lebih menarik dan mencabar. Aplikasi persembahan

elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia

dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian

tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan.

Selain itu, kini pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam

kurikulum sekolah. Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan

pengetahuan dan kemahiran literasi ICT, terutama kepada semua pelajar sekolah. Guru

memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari

laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas

maklumat. Kemahiran ICT yang didedahkan kepada pelajar dapat melahirkan pelajar

yang kreatif dan inovatif yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan

menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan dating.

Page 3: Faktor Guru Masa Kini Kurang Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Boneka

Faktor yang keempat ialah Dasar Transformasi Pendidikan Negara dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Dasar kerajaan untuk memanfaatkan

ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ICT akan membantu

memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Murid akan

memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif. Mereka akan

dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih luas

melalui program jarak jauh.

Guru akan mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan komuniti di

dalam dan di luar negara bagi membantu meningkatkan kualiti amalan mereka.

Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa

jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan

dilengkapi kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan

bermakna.