faktor-faktor imperialisme barat negara · pdf filesarekat islam. kerajaan tersebut diketuai...

6
FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT HURAIAN / CONTOH A MAKSUD IMPERIALLISME B FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT MAKSUD / HURAIAN B Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan. B Kuasa Barat merasakan mereka bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis memegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun dan bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur. B Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara China dan India telah menarik minat imperalis barat. A Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. B Tanah yang subur sesuai untuk tanaman seperti kopi, tebu, kelapa sawit, getah dan kelapa dapat membekalkan bahan mentah B Bahan mentah yang konsisten dapat menjamin pengeluaran barangan kilang yang dihasilkan. B Penguasaan negara-negara di Asia Tenggara dapat menjamin pasaran yang luas untuk measarkan barangan mereka. B Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang lebih banyak tetapi juga mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur serta menjimatkan belanja. B Pembukaan terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan diantara Barat dan Timur dan menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos. B Penciptaan telegraf telah membawa perubahan terhadap perhubungan antara Barat dan Timur kerana kuasa mereka dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. B Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme kerana semakin luas tanah jajahan diperolehi, semakin tinggi sanjungan yang diterima dan keluasan tanah melambangkan kekuatan dan kekayaan. B Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme kerana mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun. A Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. NEGARA MENJAJAH DAN NEGARA DIJAJAH NEGARA PENJAJAH PORTUGAL BELANDA BRITISH SEPANYOL PERANCIS AMERIKA SYARIKAT TIADA PENJAJAHAN NEGARA DIJAJAH Tanah Melayu, Sabah,Sarawak, Brunei dan Burma Filipina Thailand IndoChina Indonesia Filipina Melaka dan Timor-Timur PERUBAHAN SISTEM POLITIK CIRI-CIRI UMUM SISTEM BIROKRASI BARAT HURAIAN / CONTOH penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah- wilayah di tanah jajahan Bekerjasama dengan pemimpin tempatan pelaksanaan pentadbiran melaui biro pelantikan gabenor Janeral sebagai ketuia pentadbir di tanah jajahan Menjalankan dasar pecah dan perintah Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro. Pengenalan undang-undang barat. Menjalankan dasar pengagihan kuasa dengan pembesar tempatan PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI FILIPINA TAJUK SEBELUM PENJAJAHAN SELEPAS PENJAJAHAN HURAIAN / CONTOH Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanankan di bawah Sistem Encomienda. Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daeran-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi. Ketua datuk bandar mentadbir wilayah Gabenor Kecil bertindak mentadbir bandar. Di selatan kepulauan Filipina wujud kerajaan- kerajaan Islam. Penyatuan barangay-barangay dikenali encomienda

Upload: vudiep

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT NEGARA · PDF filesarekat Islam. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. ... British turut melaksanakan sistem pungutan

FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT

HURAIAN / CONTOH

A MAKSUD IMPERIALLISME

B FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT

MAKSUD / HURAIAN

B Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

B Kuasa Barat merasakan mereka bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis memegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun dan bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.

B Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara China dan India telah menarik minat imperalis barat.

A Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

B Tanah yang subur sesuai untuk tanaman seperti kopi, tebu, kelapa sawit, getah dan kelapa dapat membekalkan bahan mentah

B Bahan mentah yang konsisten dapat menjamin pengeluaran barangan kilang yang dihasilkan.

B Penguasaan negara-negara di Asia Tenggara dapat menjamin pasaran yang luas untuk measarkan barangan mereka.

B Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang lebih banyak tetapi juga mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur serta menjimatkan belanja.

B Pembukaan terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan diantara Barat dan Timur dan menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos.

B Penciptaan telegraf telah membawa perubahan terhadap perhubungan antara Barat dan Timur kerana kuasa mereka dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.

B Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme kerana semakin luas tanah jajahan diperolehi, semakin tinggi sanjungan yang diterima dan keluasan tanah melambangkan kekuatan dan kekayaan.

B Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme kerana mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.

A Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

NEGARA MENJAJAH DAN NEGARA DIJAJAH

NEGARA PENJAJAH

PORTUGAL

BELANDA

BRITISH

SEPANYOL

PERANCIS

AMERIKA SYARIKAT

TIADA PENJAJAHAN

NEGARA DIJAJAH

Tanah Melayu, Sabah,Sarawak, Brunei dan Burma

Filipina

Thailand

IndoChina

Indonesia

Filipina

Melaka dan Timor-Timur

PERUBAHAN SISTEM POLITIK CIRI-CIRI UMUM SISTEM BIROKRASI BARAT

HURAIAN / CONTOH

penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan

Bekerjasama dengan pemimpin tempatan

pelaksanaan pentadbiran melaui biro

pelantikan gabenor Janeral sebagai ketuia pentadbir di tanah jajahan

Menjalankan dasar pecah dan perintah

Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro.

Pengenalan undang-undang barat.

Menjalankan dasar pengagihan kuasa dengan pembesar tempatan

PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI FILIPINA

TAJUK

SEBELUM PENJAJAHAN

SELEPAS PENJAJAHAN

HURAIAN / CONTOH

Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanankan di bawah Sistem Encomienda.

Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daeran-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu

Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi.

Ketua datuk bandar mentadbir wilayah

Gabenor Kecil bertindak mentadbir bandar.

Di selatan kepulauan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam.

Penyatuan barangay-barangay dikenali encomienda

Page 2: FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT NEGARA · PDF filesarekat Islam. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. ... British turut melaksanakan sistem pungutan

PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI INDONESIA

TAJUK

SEBELUM PENJAJAHAN

SELEPAS PENJAJAHAN

HURAIAN / CONTOH

Penubuhan Volskrad iaitu Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kearah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan sarekat Islam.

Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.

Penubuhan Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.

Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapabuah kerajaan berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.

Belanda memperkenalkan pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral

Pada peringkat pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembaesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.

Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.

Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau bupati (Jawa)

PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI BURMA

TAJUK

SEBELUM PENJAJAHAN

SELEPAS PENJAJAHAN

HURAIAN / CONTOH

Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung.

Penubuhan jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan pelajran.

Raja bertindak sebagai ketua pemerintah dan penaung kepada sami Buddha.

Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi Burma menghapuskan sistem beraja Dinasti Konbaung dan jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus.

Terdapat Huttaw atau majlis Raja

Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai perbandran).

Ahmadun atau pegawai raja terdiri daripada pegawai khas raja.

Athi atau pembesar-pembasar tradisional mengetuai pentadbiran daerah.

British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional.

Di peringkat pusat terdapat Wun (pegawai tinggi kerajaan) yang membantu raja.

Sistem undang-undang barat telah diperkenalkan dengan penubuhan Majlis Perundangan.

Di peringkat bandar terdapat Myothugyi atau ketua bandar yang mengetuai pentadbiran.

PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI INDOCHINA

TAJUK

SEBELUM PENJAJAHAN

SELEPAS PENJAJAHAN

HURAIAN / CONTOH

Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

Leftenan gabenor mengetuai pemerintahn wilayah jajahan atau naungan diikuti Residen Jeneral dan Residen Wilayah

Setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin yang dipengaruhi sistem pentadbiran Tanah Besar China.

Selepas dikuasai Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris

Golongan ini dipilih melalui pepriksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.

Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.

Sebelum kedatangan Perancis, negeri-negeri di Indo China ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.

PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU

TAJUK

SEBELUM PENJAJAHAN

SELEPAS PENJAJAHAN

HURAIAN / CONTOH

British turut menubuhkan balai polis untuk tujuan keselamatan.

Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Hukum Kanun Melaka dan Undng-undang laut Melaka.

British telah memperkenalkan sistem kehakiman Barat.

Sebelum kedatangan Portugis, kesultanan Melayu Melaka mengamalkan institusi beraja di Melaka.

Penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja di Melaka.

Semasa pemerintahn Belanda, institusi raja terus terhapus.

Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang Dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat (NNS)

Page 3: FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT NEGARA · PDF filesarekat Islam. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. ... British turut melaksanakan sistem pungutan

Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan dibantu olehresiden kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

NNMB telah diperkenalkan Sistem Residen.

NNMTB telah diperkenalkan Sistem Penasihat

Residen dan Penasihat British diletakkan dibawah Gabenor NNS.

Tugas utama residen ialah untuk menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

British turut melaksanakan sistem pungutan cukai tanah.

British turut melakukan pembahagian negeri kepada beberapa daerah.

Kesultanan Melayu Melaka turut mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.

Peranan raja dan pembesar Melayu telah terjejas.

PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI THAILAND DAN KESAN PENJAJAHN BARAT

TAJUK

PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI THAILAND

KESAN PENJAJAHAN BARAT

HURAIAN / CONTOH

Birokrasi Barat di Thailand telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkon.

Di tanah Melayu walaupun sistem pemerintahan beraja dikekalkan tetapi peranan raja hanya berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat sahaja.

Peranan Pembesar daerahyang mengetuai pentadbiran daerah terhapus dan digantikan dengan pegawai Barat.

Birokrsi barat yang mengambil alih peranan raja dan pembesar membawakepada tercetusnyagerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

Raja dan pembesar yang bertindak mengutip cukai diambil alih oleh pihak Barat dengan memperkenalkan pelbagai jenis cukai dan peraturan tanah yang ketat.

Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.

Tugas pembesar diperingkat pusat digantikan dengan biro atau jabatan yang diketuai oleh pegawai barat.

Penasihat kastam dan ketenteraan di bawa dari AS dan Perancis.

Raja Chulalongkon telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.

Sistem perundangan tradisional telah digantikan dengan perundangan barat dengan mengwujudkan Badan Kehakiman dan Mahkamah.

Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.

Menghapuskan sistem orang suruhan yang dimiliki oleh raja dan pembesar tradisional.

Sistem pemerintahn beraja terhapus seperti yang berlaku di Indonesia dan Burma diganti dengan Gabenor Jeneral

Daerah dan wilayah disatukan dan diletakkan dibawah satu pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral atau Pesuruhjaya Tinggi.

Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis di bawa dari Britain,

Walaupun jawatan penghulu dan pembesar tempatan dikekalkan tetapi tugas mereka sentiasa diawasi oleh pegawai barat.

Kuasa barat telah menubuhkan balai polis untuk mengawal keselamatan bagi mengantikan tugas pembesar daerah.

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

TAJUK

MAKSUD NASIONALISME

DASAR PENJAJAHAN BARAT

PENGARUH AGAMA

KARYA KESUSASTERAAN

SISTEM PENDIDIKAN

KEMUNCULAN GOLONGAN INTELEKTUAL

PENGARUH MEDIA MASSA

SISTEM PENGANGKUTAN

PERHUBUNGAN

PENGARUH LUAR

HURAIAN / CONTOH

Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta Penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma telah menunjukkan peranan agama sebagai lat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.

Di Tanah Melayu, al-ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah akhbar yang menyebarkan idea membenci penjajahan.

Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme di negar itu tetapi juga menjadi ispirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara.

Pengaruh luar turut mencetus nasionalisme iaitu kejayaan Jepun mengalahkan China pada tahun 1895 dan mengalahkan Russia pada tahun 1905 telah membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan negara kecil megalahkan negara besar.

Di Tanah Melayu pula, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme.

Kewujudan perhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan dikalangan nasionalis.

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

Page 4: FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT NEGARA · PDF filesarekat Islam. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. ... British turut melaksanakan sistem pungutan

Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden.

Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha.

Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo di Filipina telah menindas penduduk peribumi.

Penjajah hanya memberi pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.

Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemnasukan imigran pula meniimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat tempatan kerana penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.

Pengaruh agama berjaya menyatu rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.

Pengalaman mereka di Barat dan Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri.

Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk Filipina untuk menetang kuasa tersebut kerana penganut agama Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut agama Kristian berbangsa Sepenyol.

Karya kesusateraan merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.

Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yan serba kekurangan.

Di Indonesia, cerpen Kerikil Kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh.

Perjuangan Mathma Ghandi di India menentang British juga telah memberi inspirasi kepada nasionalis di negar-negar Asia Tenggara.

Penjajah mengamal sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

Pembinaan jalan raya dan kereta api dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya terpisah dan ini telah memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang idea-idea nasionalisme.

Di Indonesia, anak golongan priyayi dibserikan pendidikan yang trrsendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakkan bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

Di Vietnam, Tribute Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh.

Di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

Kemunculan golongan intelektual yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.

Penjajah juga telah menwujudkan jurang sosial dengan menganggap mereka berada dalam kelas yang tersendiri dan hanya layak bergaul dengan golongan elit tempatan sahaja.

Golongan ini kemudiannya telah memimpin gerakan nasionalisme setelah kembalike tanah air.

Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajahan kepada rakyat jelata.

PERKEMBANGAN NASIONALISME

TAJUK

TAHAP PERTAMA

TAHAP KEDUA

HURAIAN / CONTOH

berorganisasi

Bermatlmat menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri

Pemimpin daripada golongan yang berpendidikan Barat / Asia Barat

Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera.

Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri.

Bercorak sederhana

Bercorak radikal

Tidak berorganisasi

Pemimpin berpendidikan luas dalam kebudayaan dan ilmu barat.

Bermatlamat menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki.

Penekanan adalah terhadap kesedaran politik dan bukannya tindakan politik.

Penekanan terhadap tindakan politik kesan daripada kesedaran politik.

PERKEMBANGAN NASIONALISME PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

TAJUK

TAHAP PERTAMA

TAHAP KEDUA

HURAIAN / CONTOH

Pada tahun 1896 , Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.

Penentangan secara radikal dan bermatlamat untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.

Page 5: FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT NEGARA · PDF filesarekat Islam. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. ... British turut melaksanakan sistem pungutan

Mereka menuntut supaya bagsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Agunaldo pada tahun 1897.

Aguinaldo telah mengisytiharkan kemerdekaan tetapi tidak disahkan oleh AS dan menyebabkan beliau melancarkan revolusi dan akhirnya beliau telah ditangkap pada tahun 1901.

Filipina mendahului negara lain di Asia Tenggara gerakan nasionalisme merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang mempunyai pengaruk kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan barat.

Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898.

Mereka menuntut supaya Fiplipina dijadikan wilayah Sepanyol.

Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan apabila partinya, iaitu Parti Nasional memenangi pilihan raya tahin 1907.

Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

Gerakan nasionalisme tahap kedua bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andreas Bonifacio.

Apabila tuntutan kurang mendapat tindak balas, Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina dengan tujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.

Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat iaitu Kalayan.

Kerajaan Sepanyol merasa terancam lalu menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Mandanao.

Penyingkiran Sepanyol telah bermula penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.

Mereka menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperolehi bangsa Sepanyol.

Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan pertubuhan parti-parti sederhana .

Pada tahun 1930an, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinana AS bertukar kepada yang lebih liberal.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA

TAJUK

TAHAP PERTAMA

TAHAP KEDUA

HURAIAN / CONTOH

Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas dengan menagkap pemimpin yang radikal termasuk Soekarno.

Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untu kaum wanita melaui karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa yang telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.

Parti PNI telah diharamkan oleh Belanda.

Pada tahap pertama, para nasionalis Indonesia memberi tumpuan terhapa isu-isu pendidikan kerana hanya pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.

Pada tahap ini, parti-parti polityik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan.

Perjuangnya telah menjadi aspirasi kepadapejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah.

Tahap kedua gerakan nasionalisme memeperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal seperti sarekat Islam (SI), pParti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI).

Muhamammadiyah merupakan pertubuhan yang terpentingbermatlamat untuk menyebarkan Islam yang benar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian dengan membina sekolah, klinik dan masjid.

PNI dibawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat memepengaruhi rakyat Indonesia.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDOCHINA

TAJUK

TAHAP PERTAMA

TAHAP KEDUA

HURAIAN / CONTOH

Gerakan nasionalisme di IndoChina tertupu di Vietnam serta dipeloporo oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan mandarin dan mereka memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

Sikap keras Perancis telah menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana dibawah pimpinan Maharaja Bao Dai.

Phan Boh Chau telah menubuhkan Vietnam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa pembenrontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.

Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja disekat, malah baginda dilarang melibatkandiri dalam gerakan nasionalisme.

Perancis bertindakbalas dengan menagkap pemimpin-pemimpin VNQDD termasuk menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc dan Ho Chin Minh pemimpin PKV telah melarikan diri ke Hong Kong.

Golongan menengah berpendidikan barat pula memperjuangkan pendidikan barat dikalangan rakyat dipimpin oleh Phan Boh Chau memimpin satu revolusi tetapi gerajkan tersebut gagal.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT NEGARA · PDF filesarekat Islam. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. ... British turut melaksanakan sistem pungutan

Gerakan nasionalisme pada tahap ini memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quang Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).

Phan Boh Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BURMA

TAJUK

TAHAP PERTAMA

TAHAP KEDUA

HURAIAN / CONTOH

Gerakan tahap pertama memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat.

Pengenalan Perlembagaan Burma 1935, memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri dan telah muncul golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.

Pertubuhan ini menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.

Dr Ba Maw yang memenangi pilihan raya tahun 1937 telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama.

Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma.

Para pemimpinnya terdiri daripada Aung San,Kyaw Nein dan U Nu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Tuan”.

Pada tahun 1916, Persatuan Belia Buddha telah dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe.

Gerakan tahp kedua bermula apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.

Revolusi pelajar telah tercetus dan mereka menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.

Golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi telah mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketuai oleh Saya San iaitu bekas pongyi dan pemimpin Tharawaddy.

Gerakan seterusnya berlaku apabila Liga Antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan Burma.

Pemimpin –pemimpin Persatuan Belia Buddha kemudian menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma pada tahun 1920 yang lebih radikal.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

TAJUK

TAHAP PERTAMA

TAHAP KEDUA

HURAIAN / CONTOH

Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.

Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberi pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berpelembagaan kepada golongan intelek Thailand.

Hasil daripa kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapat semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu. Phibul Songram

Nasionalisme di Thailand bermula apabila kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh golongan raja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

Phibul Songram telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina, malah sekolah dan akhbar Cina turut dibubarkan.

Parti Rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram.

Gerakan tahap kedua bermula apabila timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat rakyat tidak berpuas hati.

Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha.

Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 yang berjaya menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.