zahirkan kesyukuran dengan roh ramadan 1.09.08 (rumi)

13
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ” ZAHIRKAN KESYUKURAN DENGAN ROH RAMADAN ” ( 1 Oktober 2008 / 1 Syawal 1429H ) 1

Upload: eidda

Post on 05-Feb-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

Page 1: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

” ZAHIRKAN KESYUKURAN DENGAN ROH RAMADAN ”

( 1 Oktober 2008 / 1 Syawal 1429H )

1

Page 2: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan

mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hanya

mereka yang benar-benar taat kepada Allah SWT akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT yang mengurniakan kepada kita

kekuatan dapat melaksanakan kewajipan dan tuntutan Ramadan 1429 hijriah. Kita

doakan mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amal ibadah yang kita lakukan.

Kini Ramadan telah pergi meninggalkan kita dan kita tidak pasti dapat bersama

Ramadan yang akandatang. Justeru banyaknya rahmat dan keberkatan Ramadan maka

Rasulullah SAW dan para sahabat akan menangis setiap kali berpisah dengan

Ramadan.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Dengan perginya Ramadan dan datangnya 1 Syawal seluruh umat Islam disegenap

pelosok dunia akan merayakannya dengan laungan takbir, tahmid dan tasbih sebagai

tanda menzahirkan kesyukuran dan kemenangan setelah berjaya menunaikan ibadah

puasa di bulan Ramadan. Sesungguhnya pengertian Idulfitri membawa makna yang

mendalam iaitu bererti kembali, perayaan atau ulangtahun. Manakala

bermaksud berbuka atau makan minum, di mana seluruh umat Islam pada hari ini

diwajibkan berbuka dan diharamkan berpuasa. Ia juga membawa maksud fitrah atau

tabiat asal kejadian manusia yang suci bersih, di mana setelah sebulan berpuasa di

bulan Ramadan ditambah dengan amalan sunat yang lain seperti membaca al-Qur’an,

tarawih, qiamullail, berdoa, bersedekah dan lain-lain dengan penuh keinsafan dan

2

Page 3: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

keikhlasan kepada Allah SWT. Maka amalan-amalan tersebut akan melebur dan

membersihkan dosa kita.

Muslimin Muslimat Sekelian,

Ramadan adalah merupakan nikmat kurniaan Allah untuk mengangkat martabat kita

menjadi insan Rabbani dan perayaan 1 Syawal juga merupakan satu lagi nikmat tanda

tercapainya kejayaan kita melalui ujian Allah Azza Wajalla. Allah SWT menuntut kita

mensyukuri nikmat tersebut dengan bertakbir mengagungkannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

Maksudnya: ”Dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk dan supaya kamu bersyukur”.

Imam Ghazali rah.a telah menggariskan beberapa langkah yang perlu

dilaksanakan sebagai bukti syukur kepada Allah SWT iaitu:

Pertama: Memastikan hati sentiasa mengingati Allah SWT yang mengurniakan

nikmat.

Kedua: Lidah hendaklah mengucapkan ’Alhamdulillah’ ketika mendapat nikmat dan

melazimkannya berzikir, beristighfar, membaca al-Qur’an dan menyampaikan seruan

dakwah.

Ketiga: Memastikan nikmat tubuh badan digunakan kejalan kebaikan iaitu mata untuk

melihat perkara-perkara baik bukannya melihat benda-benda yang haram yang

merangsang syahwat dan lain-lain. Tangan untuk mencari nafkah yang halal,

melakukan amar makruf dan nahi munkar. Kaki hendaklah melangkah kemasjid dan

3

Page 4: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

tempat-tempat yang diredhai Allah SWT bukannya tempat maksiat. Mulut

mengucapkan kata-kata baik bukan untuk menabur fitnah, memaki hamun, mengumpat

dan menyeru kepada kesesatan. Telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah, peringatan

dan perkara yang bermanfaat bukannya perkara-perkara yang sia-sia dan merosakkan.

Muslimin Muslimat Sekelian,

Sepanjang bulan Ramadan yang telah lalu kita dilatih dengan sifat sabar, banyak

bersedekah, bertadarus al-Qur’an, berjemaah di masjid, memperbanyakan amalan

sunat, memelihara mata, telinga, mulut, nafsu makan minum dan nafsu seks agar tidak

merosakan ibadah puasa. Sehubungan itu, marilah kita meneruskan kesinambungan

amalan-amalan tersebut di sepanjang tahun ini sebagai tanda kejayaan memperolehi

hasil taqwa daripada ibadah Ramadan. Allah SWT menuntut kita supaya beristiqamah

dalam mempertahankan amalan soleh.

Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 112:

Maksudnya: ”Oleh itu hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu. Dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian. Dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan”.

4

Page 5: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

Muslimin Muslimat Sekelian,

Hariraya merupakan hari yang mulia dan hari untuk melahirkan rasa kesyukuran kerana

kejayaan mengawal hawa nafsu di bulan Ramadan. Justeru janganlah kesucian Idulfitri

ini dicemari unsur-unsur maksiat seolah-olah hariraya merupakan hari untuk

membebaskan nafsu daripada sekatan sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Ingatlah! Bukanlah hariraya itu untuk berpakaian baru dan perhiasan luaran yang

cantik, tetapi sebenarnya perayaan itu adalah menzahirkan rasa syukur kepada Allah

Azza Wa Jalla dengan memperbanyakkan tasbih, tahmid dan zikir di samping

menikmati rezeki kurniaan Allah dengan penuh rasa syukur dan tidak sama sekali

melakukan pembaziran.

Muslimin Muslimat Sekelian,

Marilah dihari yang mulia ini, sama-sama kita saling bermaafan, menghubungkan

silaturahim dan ziarah menziarahi kedua ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan

jiran tetangga. Hayatilah etika dan akhlak pergaulan yang ditunjukkan oleh Nabi

Muhammad SAW iaitu bermahabbah, bermesra, berkasih sayang, bersopan santun dan

saling hormat menghormati. Lupakanlah segala perselisihan faham serta buangkan

perbezaan fahaman atau ideologi politik dan suburkanlah bibit-bibit persaudaraan demi

tertegaknya perpaduan ummah. Sesungguhnya Allah SWT memerintah kita agar

mengukuhkan tali silaturahim di kalangan kita.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: ”Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”.

5

Page 6: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini ingin menarik perhatian para

jemaah akan besarnya fadilat puasa 6 Syawal yang menjadi amalan Nabi SAW dan

para sahabat Radhiallah ’Anhum. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah

SAW telah bersabda:

Maksudnya: ”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka seumpama ia berpuasa sepanjang tahun”.

Sehubungan itu, marilah sama-sama kita menunaikan tuntutan puasa 6 Syawal

sebagai pelengkap kepada kejayaan puasa Ramadan yang lalu.

6

Page 7: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

KHUTBAH KEDUA IDULFITRI

Pada pagi yang penuh keberkatan ini marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk

mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT dan mensyukuri di

atas segala nikmat yang telah dikurniakan.

Muslimin Muslimat Sekelian,

Bersyukur kepada Allah SWT pada hari ini kita dapat menyambutnya dengan khyusuk,

tawadduk dan merendah diri. Marilah kita menghidupkan Idulfitri dengan ibadah di

samping tahlil, tasbih dan tahmid.

7

Page 8: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

An-Nasaie meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: ”Hiaslah hariraya kamu dengan takbir, tahmid, tahlil dan taqdis”.

Dan sabda baginda lagi:

Maksudnya: ”Sesiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dengan penuh mengharapkan kasih Allah hatinya akan mati pada hari yang mati padanya hati (kiamat)”.

Muslimin Muslimat Sekelian,

Jangan kita lupa mengambil peluang pada hari ini untuk menjalin ikatan persaudaraan

yang kukuh sesama kita, melupakan sengketa lalu dan membina ukhuwwah Islamiah

yang sebenar. Ikatan persaudaraan yang padu adalah amat penting bagi menghadapi

cabaran yang melanda Islam dan ummah. Insaflah bahawa kejatuhan Islam dan

kelemahan ummah selama ini adalah berpunca daripada perbalahan dan perpecahan di

kalangan umat Islam sendiri. Oleh itu marilah kita jadikan pengajaran daripada tragedi

tersebut dengan meningkat dan mengekalkan perpaduan supaya umat Islam di negara

ini terus terpelihara dan Islam dapat dipertahankan.

Hayatilah firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 103:

8

Page 9: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

Maksudnya: ”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenanglah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya”.

9

Page 10: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

10

Page 11: Zahirkan Kesyukuran Dengan Roh Ramadan 1.09.08 (Rumi)

11