fakta deman denggi

2
FAKTA FAKTA MENGENAI DEMAM DENGGI 1. Apa itu demam denggi ? Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. 2. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?Pesakit akan mengalami tandatanda dan gejala selepas 56 hari gigitan nyamuk seperti: Demam panas Sakit kepala Sakit tulang belakang Sakit sendisendi Loya dan muntahmuntah Sakit biji mata Ruam 3. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan? Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tandatanda di atas dan juga pendarahan seperti: Mudah lebam Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut 4. Apakah rawatan untuk demam denggi? Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tandatanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah. 5. Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi? Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi : a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk b. Membuang bekas yang boleh menakung air c. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup

Upload: jimmy-hor

Post on 16-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ANTI DENGGI

TRANSCRIPT

FAKTAFAKTA MENGENAI DEMAM DENGGI1. Apa itu demam denggi ?Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

2. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?Pesakit akan mengalami tandatanda dan gejala selepas 56 hari gigitan nyamuk seperti: Demam panas Sakit kepala Sakit tulang belakang Sakit sendisendi Loya dan muntahmuntah Sakit biji mata Ruam

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tandatanda di atas dan juga pendarahan seperti: Mudah lebam Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

4. Apakah rawatan untuk demam denggi?Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tandatanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklahmendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

5. Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk b. Membuang bekas yang boleh menakung airc. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutupd. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekalie. Pastikan saliran atap sentiasa mengalirf. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentikjentikg. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk Mengambil langkahlangkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk sepertia. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutupb. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk c. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumahd. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup