faizuri_ayat mutasyabihat menurut sheikh zainal abidin al-fatani dalam kitab `aqidah al-najin[1]

15
SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II (PEMIKIR II) Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir” 20-22 Julai 2010 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur AYAT MUTASYABIHAT MENURUT SHEIKH ZAINAL ABIDIN AL-FATANI DALAM KITAB `AQIDAH AL-NAJIN Dr. Faizuri bin Abd Latif

Upload: hifni98

Post on 06-Aug-2015

165 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II

(PEMIKIR II)

“Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir”

20-22 Julai 2010 Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya Kuala Lumpur

AYAT MUTASYABIHAT MENURUT SHEIKH ZAINAL

ABIDIN AL-FATANI DALAM KITAB `AQIDAH AL-NAJIN

Dr. Faizuri bin Abd Latif

Page 2: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

1

AYAT MUTASYABIHAT MENURUT SHEIKH ZAINAL ABIDIN AL-

FATANI DALAM KITAB `AQIDAH AL-NAJIN

Oleh:

Dr. Faizuri bin Abd Latif

Ayat mutasyabihat ialah ayat al-Qur’an yang menimbulkan kekeliruan

tentang maksudnya. Ini berbeza dengan ayat muhkamat yang

mempunyai pengertian yang jelas dan nyata. Ekoran itu, timbul

perselisihan pandangan di kalangan beberapa aliran dalam Islam

tentang ayat mutasyabihat. Pertama, aliran yang mengemukakan ayat

mutasyabihat tanpa sebarang pentakwilan. Kedua, aliran yang

mentakwilkan ayat mutasyabihat untuk disejajarkan dengan kehendak

ayat al-Qur`an yang berbentuk “Tanzih”. Ketiga, aliran yang

menghuraikan ayat mutasyabihat dalam bentuk mentasybih dan

mentajsimkan Allah SWT. Justeru, dalam menilai aliran yang terbaik

untuk dijadikan panduan dan ikutan, maka timbul pelbagai pandangan

di kalangan ulama Islam. Selain itu, ulama Melayu juga tidak terlepas

daripada membincangkan persoalan tersebut. Oleh itu, kajian ini

berusaha meneliti corak pemikiran salah seorang ulama Melayu Patani

yang terkenal iaitu Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau lebih dikenali

dengan Tuan Minal tentang ayat mutasyabihat yang terkandung dalam

salah sebuah karyanya iaitu Kitab `Aqidah al-Najin. Pemilihan karya ini

sebagai asas kajian kerana ia merupakan antara karya jawi terbaik

yang pernah dihasilkan oleh ulama Melayu.

PENDAHULUAN

Dalam al-Qur’an al-Karim terdapat dua bentuk ayat iaitu muhkamat dan

mutasyabihat. Kenyataan tentang pembahagian ini dinyatakan dalam al-Qur’an

surah ali Imran, ayat 7.1

Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran

Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

pada 20-22hb. Julai 2010.

Pensyarah di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 1.Maksudnya, ”Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran.

sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata

maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamat itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran. dan

yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyabihat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh

sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-

orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa

yang samar-samar dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan

maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir

maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam

pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu

datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan

orang-orang yang berfikiran”.

Page 3: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

2

Ayat muhkamat tidak menimbulkan banyak perselisihan di kalangan ulama

Islam kerana mempunyai pengertian yang jelas dan nyata, berbanding mutasyabihat

yang terdapat kesamaran dari segi maksudnya. Pokok perselisihan ialah dalam

konteks memahami maksud ayat tersebut. Mereka berbeza pandangan tentang cara

dan pendekatan yang sesuai dalam memahami ayat tersebut samada melalui kaedah

takwil atau tafwid iaitu menyerahkan sepenuhnya maksud ayat tersebut kepada

Allah SWT. Golongan yang mengamalkan pendekatan tafwid digelar sebagai Salaf,

manakala mereka yang mengambil pendekatan takwil digelar sebagai golongan

Khalaf. Justeru itu, persoalan ini terus menjadi topik perbahasan di kalangan ulama

Islam yang berusaha mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan perselisihan ini. Di

samping itu, ulama Melayu tidak ketinggalan mengemukakan beberapa hujah yang

bertujuan membuktikan pandangan golongan Salaf dan Khalaf adalah benar dan

sesuai untuk dijadikan pegangan.

BIODATA SHEIKH ZAINAL `ABIDIN AL-FATANI

Nama penuh beliau ialah Zainal `Abidin bin Muhammad bin Muhammad Dahhan

bin Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh Jaafar atau lebih terkenal dengan gelaran

“Tuan Minal”.2 Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, iaitu sebuah

kampung yang terletak di lembangan Sungai Patani, berdekatan dengan Pekan

Binjai Lama yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Bandar Patani dengan

Bandar Yala, Thailand.3

Tuan Minal mendapat pendidikan secara informal di madrasah kampung

beliau sendiri. Pada zaman tersebut pusat pengajian pondok menjadi pilihan utama

muda-mudi yang berminat terhadap pendidikan agama. Pusat pengajian yang

2 Gelaran ini dikatakan mempunyai kaitan dengan peristiwa Tuan Minal dengan muridnya, di mana

apabila beliau merasa marah atau rungsing terhadap murid-muridya beliau akan membaca surah al-

Nas. Apabila sampai kepada ayat min al-jinnati wa al-nas beliau meninggikan suaranya. Semakin

kuat rasa marahnya, semakin tinggilah tekanan suaranya terhadap ayat tersebut. Ekoran seringkali

menyebut ayat tersebut, maka lama kelamaan melekatlah kalimah min al-jinnah menjadi gelarannya.

Kemudian kalimah tersebut disingkatkan menjadi “minal”. Lihat Wan Muhamad Shaghir Abdullah,

(1991), Zainal Abidin al-Fatani, Majalah Dakwah, April, hal. 16; Ahmad Fathy al-Fatani (2002),

Ulama Besar Dari Patani, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 71. 3 Ibid., h .64. Menurut catatan yang dibuat oleh Hj. Yusuf bin Hj. Mustafa Bandar Fatani, Tuan Minal

dilahirkan di Kampung Kerisik atau Angkro dalam Jajahan Patani. Al-Haji Yusuf bin al-Haji

Mustafa Bandar Patani (1991), Sejarah Dan Silsilah Keturunan Tuan Minal, (t.tp), h. 1. Manakala

menurut Hj. Wan Mohd Saghir, beliau berasal dari Kampung Anak Ru Patani. Lihat Wan Mohd

Saghir Abdullah (2007), Tuan Minal al-Fatani, Karangannya Rujukan Ulama Melayu, dalam Wan

Mohd Saghir Abdullah, Ulama Dunia Melayu Yang diperkenalkan Dalam Utusan Malaysia, Kuala

Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 137.

Page 4: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

3

menjadi pilihan beliau ialah pondok Bendang Daya. Semasa berada di pondok ini,

beliau berkesempatan belajar dengan beberapa tokoh ulama pondok yang terkenal

pada waktu itu. Antara guru-guru beliau ialah Sheikh Wan Mustafa bin Muhammad

Faqih al-Patani @ Tok Wan Pa yang merupakan pengasas pondok tersebut,4 dan

Sheikh Abdul Rashid al-Fatani yang terkenal dengan gelaran “Keramat Pulau

Bidan”.Tuan Minal juga berkesempatan belajar ilmu usuluddin dengan Syaikh

Muhammad Thayyib bin Mas`ud al-Banjari al-Qadhi (Kedah).5

Berbekalkan keazaman yang tinggi untuk menambah ilmu pengetahuan,

Tuan Minal sekali lagi menyambung pelajaran ke luar negeri. Kali ini pusat

pengajian yang menjadi pilihan beliau ialah di Masjid al-Haram, Mekah. Pada waktu

itu, pengajian di Masjid al-Haram lebih terkenal sebagai pusat pendidikan sama ada

secara formal atau tidak, dan telah dikunjungi oleh ramai bangsa Melayu bagi

menimba ilmu agama untuk dunia dan akhirat.6 Ketika berada di Mekah beliau

sempat menimba ilmu dengan beberapa tokoh ulama Arab dan Patani yang terkenal

pada waktu itu, antaranya seperti Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasb Allah al-

Makki, Sheikh Wan Ali bin Ishak al-Fatani, Sheikh Abdullah bin Abd al-Rahim al-

Fatani dan lain-lain lagi.7 Di samping turut berguru dengan Sheikh Daud al-Fatani.

8

Tuan Minal tidaklah bermastautin lama di Mekah seperti rakan-rakannya yang lain

yang terus bermukim di sana.9 Ini kerana setelah selesai menuntut ilmu beliau tidak

menetap lebih lama di sana, bahkan terus pulang ke tanahair.10

4 Lihat Sheikh Haji Wan Mustafa al-Fatani dilahirkan tahun 1160 H/ 1747-8 M di Kampung Bendang

Daya, Patani. Beliau merupakan anak Wan Muhamad al-Fatani, merupakan seorang ulama Patani

yang masyhur pada zamannya. Pernah diberikan gelaran sebagai “Hulubalang kepada Sultan Fathani

Darus Salam”, “Hulubalang Wan Pa” dan “Datuk Panglima Kaya”. Sheikh Wan Mustafa dikatakan

mempunyai empat orang anak lelaki, dan semuanya berjaya menjadi ulama yang berkaliber. Anak-

anak beliau ialah Sheikh Wan Muhamad Zin, Sheikh Wan Abdul Kadir, Sheikh Wan Abdul Latif dan

Sheikh Wan Daud. Ahmad Fathy al-Fatani, (2002) op.cit, h. 20; H.M. Bedjo Santoso (2006), Sheikh

Ahmad al-Fatani dan Sumbangannya Terhadap Pengembangan Pemikiran Islam di Pulau Jawa,

dalam Farid Mat Zain, et.al. (eds) Nadwah Ulama Nusantara III, Bangi: Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 244. 5 Lihat Wan Mohd Saghir Abdullah (2007), op.cit, h. 137.

6 Lihat Che Zarrina Sa’ari (2001), Perkembangan Tarikat Ahmadiyyah Di Negeri Kelantan Darul

Naim, dalam Jurnal AFKAR, bil.2, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, h. 62. 7 Lihat Mohd Zamberi A. Malik, (1994), Patani Dalam Tamadun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka, h. 120 8 Lihat Wan Muhamad Saghir Abdullah (2007), op.cit, h. 137-138

9 Kenyataan ini berdasarkan ramai di kalangan ulama Patani yang mengambil inisiatif untuk terus

bermukim di Makkah. Keputusan yang dibuat bukanlah bertujuan melarikan diri daripada

tanggungjawab terhadap masyarakat, tetapi ekoran daripada percaturan politik dan tekanan yang

berterusan daripada kerajaan Thailand terhadap masyarakat Islam yang tidak memungkinkan Islam

mampu disebarkan dengan selamat. Antara ulama Patani yang mengambil inisiatif untuk terus

bermukim di Mekah ialah seperti Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Nik Dir al-Fatani, Tok Sengora,

Page 5: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

4

Selepas pulang dari Mekah, atas kesedaran untuk menabur bakti dan

menyumbang sesuatu yang bermakna kepada masyarakat, Tuan Minal telah

mengambil inisiatif membuka pusat pengajian beliau sendiri, dengan menjadikan

kampung Bendang Badang sebagai lokasi pembinaan pondok tersebut.11

Langkah ini

diambil sebagai mengikut jejak langkah yang diambil oleh ulama-ulama silam

dalam mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Akhirnya dengan

berkat kegigihan dan kesabaran Tuan Minal, beliau berjaya membentuk dan

mencorak pelajar-pelajarnya menjadi ulama yang disegani.

Tokoh ulama yang berjaya dihasilkan Tuan Minal seperti Tok Sheikh Jarum

al-Fatani12

, Sheikh Muhamad Said Linggi13

, Haji Abdullah bin Penghulu Sulaiman

(Datuk Segendung Ilmu), Haji Ismail Mustafa @ Tok Cik Dol, Haji Saman Abdul

Rahman, Pak Chu Yeh Tok Raja Haji (Jambu), Tok Chaok14

, Haji Wan Muhammad

@ Wan Ahmad Semela, Haji Senik bin Salleh, dan daripada zuriat Tuan Minal

sendiri seperti Syeikh Muhammad Saleh bin Zain Al-Abidin15

, Sheikh Umar bin

Zain al-Abidin,16

Tuan Guru Haji Sulong bin Abd Kadir17

dan lain-lain lagi.

Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhamad Zin al-Fatani, Tok Gudang, Sheikh Nik Mat Kechik al-

Fatani dan lain-lain lagi. 10

Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2002), op.cit, hal. 64 11

Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2002), op.cit, hal. 64 12

Nama penuh Tok Sheikh Jarum ialah Wan Muhamad bin Wan Idris bin Haji Wan Jamal. Lahir di

Kampung Bendang Badang pada tahun 1266 H bersamaan 1849 M. Gelaran “Tok Sheikh Jarum”

dikatakan merujuk kepada nama rumpun keluarganya “al-Jarmi atau Jarimi” yang berasal daripada

Hadr al-Mawt . Beliau mendapat pendidikan awal di pondok Bendang Badang milik ayah angkatnya

sendiri Tuan Minal. Selain itu, Tuan Minal jugalah yang bertanggungjawab membawa Tok Sheikh

Jarum menunaikan haji ke Mekah. Tok Sheikh Jarum meninggal dunia pada hari Khamis 6

Rabiulakhir 1329 H bersamaan 6 April 1911 M dalam usia 63 tahun. Lihat. Ahmad Fathy al-Fatani

(2002), op.cit, h. 257-258; Wan Shamsudin Mohd. Yusof (2001), “Tok Sheikh Jarum” (1849-1911)

dalam Ismail Che Daud, Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Majlis Ugama

Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, h.165-167. 13

Beliau ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Lebih terkenal dengan

gelaran Sheikh Muhammad Said Linggi al-Jawi. Dilahirkan di perkampungan Syi`b Ali, Mekah pada

bulan Sya`ban 1292 bersamaan 25 September 1875. Bapa beliau Haji Jamaluddin juga merupakan

seorang ulama yang terkenal dan hidup sezaman dengan guru beliau Tuan Minal. Merupakan seorang

yang bercita-cita tinggi, sehingga pada sesetengah keadaan beliau dilaporkan pernah keluar darah

daripada kedua matanya kerana terlampau banyak membaca kitab. Tokoh tersebut meninggal dunia

dalam usia 54 tahun pada tahun 1888. Lihat. Ismail Che Daud (2001), op.cit, h. 230-232. 14

Tok Chaok ialah Haji Abdullah bin Muhammad `Aqid bin Dinar. Ekoran daripada membuka

pondok di Kampung Chaok dan menjadi mudir di sana, beliau lebih terkenal dengan gelaran tersebut.

Beliau berasal daripada kampung Aur, Nad Tanjung, Jambu, Patani. Pernah menjadi salah seorang

murid Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhamad Zin al-Fatani ketika menuntut ilmu di Masjid al-

Haram. Tok Chaok menghembuskan nafas yang terakhir pada 18 Rabiulawal 1340H bersamaan 18

November 1921M. Lihat Ahmad Fathy al-Patani (2002), op.cit, h. 260 15

Beliau adalah anak Tuan Minal, merupakan datuk kepada Tuan Guru Hj. Sulong, pejuang

kemerdekaan Patani yang berakhir dengan Perang Dusun Nyiur pada tahun 1948. Tokoh ini

meninggal dunia dalam usia muda di Mekah, kira-kira dalam usia 40-an. Antara karya-karya beliau

yang masyhur ialah kitab yang membicarakan tentang tajwid al-Quran seperti Siraj al-Qari pada

Page 6: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

5

Setelah itu, Tuan Minal telah berhijrah ke Seberang Perai, Pulau Pinang.

Penghijrahan ini telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Ini kerana

penghijrahan ini tidak sedikit pun melunturkan semangat beliau untuk terus

menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada masyarakat, bahkan beliau menjadi

lebih bersemangat lagi untuk meneruskan perjuangannya. Sebagaimana sebelumnya,

perjuangan beliau adalah melalui pembinaan institusi pondok di Patani. Dengan

penghijrahan ini, beliau sekali lagi berusaha membina pusat pengajian yang baru di

Seberang Perai. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan untuk dibangunkan pusat

pengajian ialah di Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang.18

Pada suatu tarikh yang belum dapat dipastikan Tuan Minal telah meninggal

dunia di Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang19

. Menurut andaian

Ahmad Fathy al-Fatani, Tuan Minal dikatakan kembali ke rahmatullah dalam

lingkungan tahun 1913M.20

Bicara Hukum Tajwid Kalam Allah al-Bari dan Tajwid al-Qur’an. Lihat. Mohd Zamberi A. Malik

(1994), op.cit, h. 126; Ahmad Fathy al-Patani (2002), op.cit, h. 254. 16

Sheikh Umar merupakan anak Tuan Minal. Beliau turut bertanggungjawab bersama-sama bapanya

mengarang kitab Miftah al-Murid fi `Ilm al-Tawhid dengan menerangkan sebab-sebab kemurtadan

yang diolah dalam bentuk puisi. Lihat Mohd Zamberi A. Malik (1994), op.cit, h.126 17

Tuan Guru Haji Sulong @ Haji Muhammad Sulum dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anak

Ru, Patani. Merupakan seorang ulama pejuang Patani yang digelar dengan “ Imam Bonjol Patani”.

Perjuangan beliau ialah memperbaiki nasib dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Patani di

bawah pemerintahan rejim Siam. Lantaran sibuk dengan perjuangan, beliau tidak mempunyai banyak

masa untuk mengarang karya. Apa yang diketahui hanya terdapat tiga karya sahaja yang sempat

dikarang oleh beliau iaitu, Khulasah al-Jawahir, Cahaya Islam dan Gugusan Cahaya Keselamatan.

Beliau kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang sangat tragis, di mana beliau telah dibunuh dan

dibuang ke dalam laut Senggora berhampiran dengan Pulau Tikus pada malam Sabtu 13 Ogos 1954.

Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2001), “Tuan Guru Hj. Sulong Patani” (1849-1911) dalam Ismail Che

Daud, Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan Adat

Istiadat Melayu Kelantan, h. 531-549. Sesetengah pengarang seperti Hj. Wan Muhammad Saghir dan

Ahmad Fathy al-Fatani berpendapat bahawa Tuan Guru Hj. Sulong merupakan cucu kepada Tuan

Minal. Tetapi pendapat ini disanggah oleh Hjh. Fauziah bt Salleh yang menyifatkan bahawa beliau

bukanlah daripada keturunan Tuan Minal. Hjh. Fauziah bt. Salleh, generasi kelima daripada

keturunan Tuan Minal, di Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Temubual pada 20

Disember 2006 18

Lihat Ahmad Fathy al-Patani (2002), op.cit, h. 66-67. Menurut Wan Muhamad Saghir,

penghijrahan Tuan Minal ke Sungai Dua, Seberang Perai berlaku setelah pusat pengajian beliau di

Patani telah bertapak kukuh. Lihat Wan Muhamad Saghir Abdullah (2007),op.cit, h. 138. Menurut

Hj. Samad b. Sahabuddin sukar untuk dipastikan lokasi sebenar pondok tersebut kini, memandangkan

kawasan tersebut telah dipenuhi dengan rumah penduduk kampung. Hj. Samad bin Sahabuddin,

Kampung Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Temubual pada 20 Disember 2006. 19

Menurut al-Haji Yusuf, Tuan Minal tidak meninggal dunia di Permatang Sungai Dua, Pulau

Pinang, tetapi beliau kembali ke Rahmatullah di Makkah al-Mukarramah setelah sekali lagi berangkat

ke sana mendalami ilmu pengetahuan agama. Al-Haji Yusuf bin al-Haji Mustafa Bandar Patani

(1991), Sejarah Dan Silsilah Keturunan Tuan Minal, h. 2 20

Penemuan tarikh kematian ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Fathy al-Fatani

terhadap tarikh-tarikh penghasilan karya oleh Tuan Minal. Lihat. Ahmad Fathy al-Fatani (2002),

op.cit, h. 67-68

Page 7: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

6

KITAB `AQIDAH AL-NAJIN

Kitab `Aqidah al-Najin adalah salah sebuah karya yang dihasilkan oleh Tuan Minal.

Tujuan karya ini dikarang adalah untuk mengetengahkan disiplin ilmu Usuluddin

yang merupakan salah satu disiplin ilmu yang sangat penting dalam Islam. Karya ini

turut mengemukakan prinsip-prinsip ilmu Usuluddin atau digelar dengan ilmu

Kalam yang mengabungkan antara dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) dan aqli

(dalil akal) untuk tatapan generasi yang akan datang.

Karya yang mengandungi seratus empat puluh halaman ini selesai dikarang

pada 1308H bersamaan1890M ini.21

Ia merupakan karya ketiga Tuan Minal, iaitu

dikarang tujuh tahun selepas karya pertama beliau yang juga membahaskan tentang

ilmu akidah iaitu Kasyf al-Ghaibiyyat yang dihasilkan pada 1301H bersamaan

1883M, dan setahun selepas penghasilan kitab Kasyf al-Litham `an As’ilah al-Anam

yang dikarang pada 1307H bersamaan 1889M.

Dalam `Aqidah al-Najin persoalan akidah menjadi topik utama dalam

perbahasannya. Situasi ini bertepatan dengan nama karya ini yang meletakkan

perkataan “`Aqidah” dipermulaan tajuknya bagi menjelaskan hala tuju sebenar karya

ini dikarang. Karya ini dinamakan sendiri oleh Tuan Minal dengan `Aqidah al-Najin

fi `Ilm Usul al-Din yang beliau terjemahkan sebagai “ i`tiqad segala orang yang

kelepasan daripada sesat dan bid`ah pada menyatakan ilmu Usuluddin”22

. Gambaran

daripada tajuk ini menampakkan terdapat beberapa mesej penting yang ingin

disampaikan, antaranya bermatlamat untuk membasmi segala bentuk fahaman dan

pemikiran bid`ah yang menular dan meresap ke dalam masyarakat. Selain itu, karya

ini juga berusaha menangani ajaran-ajaran sesat yang semakin berleluasa, dan

berusaha menanganinya dengan bersungguh-sungguh. Dikehendaki dengan ajaran

sesat di sini ialah beberapa fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam

seperti fahaman ahli Falsafah, Zindiq, Barahimah dan sebagainya

21

Dalam `Aqidah al-Najin, Tuan Minal menjelaskan bahawa karya ini selesai dikarang pada hari

Sabtu, bulan Rabi`ul Awwal tahun 1308 H. Lihat Zainal `Abidin al-Fatani, (t.t), `Aqidah al-Najin fi

`Ilm Usuluddin, Bin Halabi Press h. 139; Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani.

Bangi: UKM, h. 65 22

Lihat Zainal Abidin al-Fatani, (t.t), op.cit, h. 3

Page 8: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

7

AYAT-AYAT MUTASYABIHAT MENURUT ULAMA ISLAM

Dalam memahami istilah mutasyabihat terdapat beberapa pandangan ulama

mengenainya. Al-Jurjani berpendapat al-mutasyabih bermaksud sesuatu lafaz yang

tidak diketahui maksudnya kerana mempunyai makna yang tersirat.23

Pandangan

yang hampir sama turut dikemukakan oleh al-Sya`bi dan Sufyan al-Thauri yang

menjelaskan bahawa ayat mutayabihat adalah berbeza dengan muhkamat. Ini kerana

muhkamat adalah ayat-ayat yang diketahui pentakwilannya serta difahami makna

dan mempunyai tafsiran dengan jelas, sedangkan mutasyabihat merupakan ayat-

ayat yang tidak diketahui makna yang sebenar melainkan Allah SWT.24

Berdasarkan

penta`rifan di atas dapat difahami bahawa mutasyabihat bermaksud perkataan atau

ayat yang tidak jelas maksudnya dan mempunyai pengertian yang tersembunyi.

Antara ayat mutasyabihat yang terkandung dalam al-Qur’an ialah ayat yang

menjelaskan tentang sifat Tuhan, istiwa’ (bersemayam)25

, al-maji’ (kedatangan), al-

wajh (wajah)26

, al-yadd (tangan)27

, huruf kependekan di awal surah dan lain-lain.28

Dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat terdapat tiga bentuk perbahasan

yang dikemukakan oleh aliran-aliran dalam Islam. Pertama, aliran yang

mengemukakan ayat-ayat mutasyabihat tanpa sebarang pentakwilan. Kedua, aliran

yang mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat untuk disejajarkan dengan kehendak

ayat al-Qur`an yang berbentuk “Tanzih”. Ketiga, aliran yang menghuraikan ayat-

ayat mutasyabihat dalam bentuk mentasybih dan mentajsimkan Allah SWT.29

Aliran pertama ialah golongan Salaf yang mengambil pendekatan

menyerahkan pengertian ayat mutasyabihat kepada Allah SWT. Setelah ulama Salaf

menetapkan pendirian tidak mentakwil ayat-ayat mutasyabihat. Maka muncul pula

23

Lihat Al-Jurjani (1985), al-Ta`rifat, h. 253 24

Lihat Al-Qurtubi (1988), Al-Jami` li Ahkam al-Qur’an, Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, juz 4, h.

8 25

Firman Allah S.W.T yang bermaksud “(Yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di

atas `arsy”. Al-Rahman 55: 27 26

Firman Allah S.W.T yang bermaksud “ Dan tetap kekal wajh Dhat Tuhanmu yang mempunyai

kebesaran dan kemuliaan”. Ali `Imran 3: 7 27

Firman Allah S.W.T yang bermaksud “ Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada

yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu

(merasa) termasuk orang-orang (yang) lebih tinggi”. Shaad 38: 75 28

Lihat Al-Sayyid Muhamad bin `Ulwi al-Maliki al-Husni (1999), Al-Qawa`id al-Asasiyyah fi `Ulum

al-Qur`an, al-Makkah: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, h. 67. Dihendaki dengan huruf

kependekan di sini ialah huruf-huruf pendek yang terdapat di permulaan surah seperti “ Alif lam min”,

“ Thaha”, “Yaasin” dan lain-lain lagi. 29

Lihat Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit, h. 16

Page 9: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

8

ulama Khalaf yang mengambil langkah yang berbeza dengan pendirian tersebut.

Bagi ulama Khalaf pentakwilan diperlukan bagi menafikan Allah SWT menyerupai

makhluk, seperti berlokasi, bertempat dan beranggota dengan berpandukan kepada

nas-nas muhkamat yang lain.30

Golongan ketiga ialah Mujassimah dan Musyabbihah

yang menggambarkan Allah SWT bersifat seperti makhluk iaitu mempunyai

anggota dan berada dilokasi yang tertentu.

Terdapat beberapa pendekatan ulama dalam memahami ayat mutasyabihat.

Antaranya ialah Abu Hasan Al-Asy`ari yang lebih cenderung kepada pandangan

ulama Salaf yang tidak mentakwilkan ayat-ayat tersebut, seperti firman Allah SWT

yang bermaksud “Tuhan Allah Yang Pengasih bersemayam di atas `arasyh yang

tertinggi”.31

Berhubung ayat ini beliau berpendapat bahawa Allah SWT

bersemayam dengan cara yang layak dengan kebesaranNya, dan tidak selama-

lamanya di atas `arasyh32

. Pandangan ini turut disokong oleh al-Baghdadi yang

berpendapat bahawa tidak layak mentakwilkan ayat tentang “istiwa’” dengan naik

atau turun Allah SWT daripadanya33

.

Al-Maturidi juga mempunyai pandangan yang sama dengan al-Asy`ari agar

tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat untuk mengelak daripada meletakkan

sesuatu maksud yang bercanggah dengan keagungan dan kebesaran Allah SWT34

.

Ulama Islam yang turut mengetengahkan pandangan tentang persoalan

mutasyabihat ialah Ibn Taymiyyah. Menurut Ibn Taymiyyah, langkah terbaik dalam

menangani persoalan ini ialah menyerahkan penafsiran mutasyabihat tersebut

kepada Allah SWT dan rasulNya. Ini kerana wujud kelemahan dalam diri manusia

untuk membongkar pengertian sebenar perkara tersebut, melainkan maksud yang

telah diletakkan oleh Allah SWT. Justeru, Ibn Taymiyyah berpendapat cara terbaik

ialah mengikut jejak langkah ulama Salaf seperti Rabi`ah, Malik bin Anas, Ibn

Hanbal dan lain-lain yang berkata “ istiwa’ itu diketahui (ma`lum), bagaimana

30

Lihat Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti (Dr) (1992), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah,

Bayrut: Dar al-Fikr al-Mu`asir, h. 140. Ulama Khalaf mentakwilkan istiwa’ dengan kekuatan dan

kerajaan, al-yadd (tangan) dengan kekuatan dan kemuliaan, al-`ain (mata) dengan pemeliharaan dan

penjagaan dan sebagainya. 31

Taha 20 : 5 32

Lihat al-Asy`ari (1977), al-Ibanah `an Usul al-Diyanah, Dr. Fawqiyyah Husin Mahmud (tahqiq).

Kaherah: Dar al-Ansar, h. 105 33

Lihat Al-Baghdadi (1928), Usul al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 113

34 Lihat al-Maturidi (2005), al-Tawhid, Dr. Bekir Tupaloglu et.al (tahqiq). Istanbul: Islam

Arastirmalari Merkezi (ISAM), h. 107-108

Page 10: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

9

keadaannya (al-kayf) tidak diketahui (majhul)”. Dimaksudkan dengan “istiwa’ itu

diketahui (ma`lum)” pengertian dan penafsirannya hanya diketahui oleh mereka

yang mantap ilmunya (al-rasikhun). Manakala “bagaimana keadaannya (al-kayf)

tidak diketahui (majhul)”, bererti tiada yang mengetahui pentakwilannya selain

Allah SWT.35

Selain itu, terdapat ulama yang berpendapat tentang kepentingan

mentakwilkan ayat mutasyabihat. Antara mereka ialah Fakhr al-Din al-Razi yang

berpendapat keenganan memalingkan zahir lafaz mutasyabihat akan menjurus

kepada penjisiman Allah SWT.36

Kesimpulannya, berdasarkan kenyataan di atas, kekeliruan dan salah faham

terhadap pengertian ayat mutasyabihat telah mendorong kepada meluasnya

perbahasan tersebut dalam Islam. Ini kerana kebanyakan ulama Islam berusaha

menggunakan pendekatan samada takwil atau tafwid bagi membuktikan kebesaran

Allah SWT

AYAT MUTASYABIHAT MENURUT SHEIKH ZAINAL ABIDIN AL-

FATANI DALAM KITAB `AQIDAH AL-NAJIN

Dalam perbahasan sebelumnya telah dijelaskan bahawa ulama telah membahagikan

ayat al-Qur’an kepada dua bahagian iaitu muhkamat dan mutasyabihat. Muhkamat

ialah ayat yang diketahui pentakwilannya serta difahami makna dan mempunyai

tafsiran dengan jelas, sedangkan mutasyabihat merupakan ayat yang tidak diketahui

makna yang sebenar melainkan Allah SWT. Justeru itu, dalam perbahasan ini

penulis ingin membongkar apakah pandangan Tuan Minal tentang perkara tersebut.

Berkaitan persoalan ini, Tuan Minal telah membahagikan perbahasannya

dalam kitab `Aqidah al-Najin kepada dua bahagian iaitu muhkamat dan

mutasyabihat. Muhkamat bermaksud mengambil makna yang zahir daripada ayat-

ayat dan hadith-hadith, dan tidak harus ditakwilkan kepada makna yang lain seperti

ayat al-Qur’an yang bermaksud “ dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan beri

oleh kamu akan zakat37

” dan “ jangan kamu hampir akan berbuat zina bahawa zina

35

Lihat Ibn Taymiyyah (1969), Syarh Hadith al-Nuzul. Beirut: Al-Maktab al-Islamiyy, h. 20-22 36

Lihat Fakhr al-Din al-Razi (1935), Asas al-Taqdis Fi `Ilm al-Kalam. Kaherah: Matba`ah Mustafa

al-Babi al-Halabi, h. 172 37

Al-Baqarah 1: 110; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 43.

Page 11: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

10

itu ada ia keji”38

. Kedua-dua ayat tersebut mempunyai pengertian yang jelas dan

nyata, dan tidak perlu kepada sebarang pentakwilan.

Manakala tentang pengertian mutasyabihat, Tuan Minal tidak pula

menjelaskan definisi istilah tersebut, bahkan terus kepada ayat yang berkaitan

dengannya seperti firman Allah SWT yang bermaksud “tangan Allah di atas tangan

mereka itu”39

, “dan kekal oleh muka Tuhan engkau ya Muhammad40

”, “ dan telah

datang Tuhan engkau41

”, “ Mereka itu takut kepada Tuhan yang di atas mereka”42

,

dan “ Tuhan Allah yang Maha Pengasih bersemayam di atas `arasyhnya yang

tinggi”.43

Berhubung persoalan muhkamat, Tuan Minal tidak menghuraikan lebih

lanjut tentang perkara tersebut, memandangkan ianya tidak menjadi perdebatan di

kalangan ulama. Aspek yang menjadi perhatian beliau ialah berkaitan mutasyabihat,

memandangkan perkara ini sering menjadi perselisihan di kalangan kumpulan dalam

Islam. Antara golongan yang sering memperdebatkan persoalan ini golongan Salaf

dan Khalaf.44

Menurut Tuan Minal, pada hakikatnya golongan Salaf tidak sepenuhnya

menolak takwil, bahkan membenarkan takwil secara ijmal (ringkas) sebelum

menyerahkan maksudnya kepada Allah SWT45

. Pandangan ini pada zahirnya dilihat

mempunyai persamaan dengan golongan Khalaf yang menggalakkan pentakwilan,

38

Al-Isra’ 17: 32; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 43 39

Al-Fath 48 : 10 40

Al-Rahman 55 : 27 41

Al-Fajr 89 : 22; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 43 42

Al-Nahl 16 : 50. Ayat ini ditakwilkan oleh ulama Khalaf dengan maksud ketinggian atau

kebesaran. 43

Taha 20 : 5. Ayat ini ditakwilkan oleh ulama Khalaf sebagai memerintah atau memilik. 44

Lihat Al-Bajuri (2002), Hasyiah al-Imam al-Bajuri `ala Jawharah al-Tawhid. `Ali Jum`ah

Muhammad al-Syafi`i (tahqiq). Kaherah: Dar al-Salam, h. 156; Al-Sheikh Ahmad bin Muhammad al-

Maliki al-Sawi (2005), Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid. Dr. `Abd al-Fattah al-Nabram

(tahqiq). Dimasyq: Dar Ibn Kathir, h. 216; Lihat Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49 Golongan

Salaf yang dimaksudkan oleh Tuan Minal ialah mereka yang hidup lima ratus tahun daripada zaman

Rasulullah s.a.w, atau mereka yang berada dalam generasi yang pertama iaitu generasi Sahabat,

Tabi`in dan Tabi` Tabi`in. Manakala golongan Khalaf pula ialah mereka yang hidup lima ratus tahun

selepas generasi Salaf, atau mereka yang hidup selepas daripada generasi Tabi` Tabi`in. 45

Dimaksudkan dengan takwil secara ringkas (ijmali) yang dilaksanakan oleh golongan Salaf ialah

dengan memalingkan makna daripada zahir ayat, tanpa meletakkan sebarang maksud lain sebagai

ganti, bahkan menyerahkan maksud lafaz tersebut kepada Allah SWT. Lihat Zainal Abidin al-Fatani

(t.t), op.cit, h. 49; Al-Bajuri (2002), op.cit, h. 156; Al-Sheikh Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-

Sawi (2005), op.cit, h. 216

Page 12: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

11

namun pada hakikatnya wujud perbezaan antara dua golongan tersebut46

.

Perselisihan antara golongan Salaf dan Khalaf berkisar tentang kefahaman terhadap

ayat al-Qur’an,

Ertinya, “ padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir

maksud yang sebenarnya) melainkan Allah. Dan orang yang

tetap teguh serta mendalam pengetahuan dalam ilmu agama”.

Ali Imran 3: 7

Bagi golongan Khalaf kebenaran untuk mentakwil ayat mutasyabihat

dikhususkan kepada mereka yang mempunyai kemantapan ilmu. Manakala

golongan Salaf lebih cenderung menyerahkan maksudnya kepada Allah SWT

berdasarkan firman Allah SWT

Ertinya,“ Dan tiada mengetahui takwilnya melainkan Allah..”47

.

Ali Imran 3:

Bagi menzahirkan perbezaan antara dua golongan tersebut, Tuan Minal telah

mengemukakan nas al-Qur’an, sebagaimana firman Allah SWT,

Ertinya,“ Tuhan Allah Yang Pengasih bersemayam di atas

`arasyh yang tertinggi”.

46

Meskipun nampak seolah-olah wujud persamaan antara Salaf dan Khalaf dalam mentakwilkan ayat

dan hadith mutasyabihah, namun pada hakikatnya adalah berbeza. Ini kerana golongan Salaf tidak

menggantikan lafaz yang ditakwilkan. Berbeza dengan Khalaf yang menggantikan kalimah yang

sesuai bagi lafaz yang ditakwilkan tersebut. 47

Lihat Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (1992), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah. Beirut: Dar

al-Fikr al-Mu`asir, h. 138-141; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49

Page 13: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

12

Taha 20 : 5

Berhubung ayat ini golongan Salaf berpendapat, kami tidak mengetahui

tentang atas, tetapi Maha Suci Tuhan daripada bertempat di atas `arasyh. Manakala

golongan Khalaf menjelaskan, dikehendaki dengan “di atas `arasyh” bermaksud

pemerintahan atau pemilikan.48

Mengenai dua golongan tersebut, Tuan Minal lebih cenderung kepada

golongan Khalaf yang menggalakkan pentakwilan secara terperinci (tafsili). Antara

hujahan beliau ialah, pertamanya pandangan Khalaf diutamakan dalam bait sya`ir

Sheikh Ibrahim al-Laqani yang menyebut,

أوله أو فوض ورم تنزيها* وكل نص أوهم التشبيها

Ertinya “ dan tiap-tiap nas al-Qur’an atau hadith yang memberi

waham ia akan tasybih Allah itu dengan baharu, takwil olehmu

akan pengetahuan itu kepada Allah, dan qasad olehmu akan suci

Allah Taala daripada menyerupai dengan segala yang baharu”. 49

Kenyataan tersebut menunjukkan kecenderungan Tuan Minal terhadap

fahaman al-Laqani yang lebih cenderung kepada golongan Khalaf. Ini kerana konsep

pentakwilan yang dipraktikkan oleh golongan Khalaf dianggap paling sesuai dan

releven, memandangkan penting untuk mentakwil dengan memberi makna lain yang

bersesuaian dengan kebesaran Allah SWT. Langkah ini dianggap mampu menangkis

sebarang bentuk penyerupaan dengan makhluk, berbanding menggunakan konsep

golongan Salaf yang menyerahkan sepenuh (tafwid) maksud ayat tersebut kepada

Allah SWT.

Keduanya, pendapat ini lebih kuat dan jelas serta mampu mematahkan hujah

musuh. Persoalannya kenapakah pendapat ini dianggap mampu mengalahkan hujah

musuh berbanding pandangan Salaf. Menurut Tuan Minal konsep pentakwilan yang

48

Lihat Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 50;. Selain ayat ini, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an

yang ketengahkan oleh Tuan Minal untuk menerangkan perbezaan pandangan antara golongan Salaf

dan Khalaf seperti ayat yang membincangkan tentang ketinggian (fauq), datang (ja’a), tangan (yadd),

kekal (yabqa) dan sebagainya. 49

Lihat Al-Bajuri (2002), op.cit, h. 156; Al-Sheikh Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Sawi (2005),

op.cit, h. 216; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49. Mengenai persoalan ini menampakkan

bahawa Tuan Minal lebih cenderung kepada pemikiran al-Laqani.

Page 14: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

13

diamalkan golongan Khalaf adalah dianggap sebagai langkah terbaik untuk

menjawab propagandatohmahan musuh. Ini kerana dengan meletakkan makna yang

sesuai pada ayat yang ditakwilkan mampu memberi kefahaman yang mantap tentang

perkara tersebut. Sekiranya tidak ditakwilkan atau menyerahkan keseluruhan

maksud ayat tersebut kepada Allah SWT, pasti akan menimbulkan tafsiran yang

berbeza daripada pihak musuh. Ini kerana musuh Islam sentiasa mencari ruang

untuk memburuk-burukkan Islam. Lantaran itu, mereka pasti akan membuat

pelbagai rumusan dan kesimpulan yang negatif terhadap Allah SWT, dan pada

waktu yang sama menjadi kesukaran untuk menjawab propaganda yang

dikemukakan mereka.

Meskipun Tuan Minal lebih cenderung kepada fahaman dan pandangan yang

dikemukakan oleh ulama Khalaf, namun beliau turut menerima pandangan golongan

Salaf yang dianggap lebih selamat kerana menyerahkan keseluruhan maksud ayat

mutasyabihat kepada Allah SWT50

. Memandangkan dengan menyerahkan maksud

sesuatu ayat kepada Allah SWT dapat menyelamat seseorang daripada

mengemukakan pengertian yang bercanggah dengan kehendak Allah SWT.

Menerima kedua-dua golongan tersebut bukanlah suatu yang luar biasa, kerana bagi

Tuan Minal kedua-duanya merupakan golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah51

.

Lebih-lebih lagi golongan Salaf dan Khalaf berusaha menyucikan Allah SWT

daripada sifat kekurangan.

Berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh Tuan Minal, penulis bersetuju

dengan pendekatan al-Buti yang berusaha mengharmonikan pandangan Salaf dan

Khalaf dengan menyifatkan bahawa kedua fahaman tersebut adalah benar dan sesuai

untuk dijadikan pegangan. Menurut al-Buti, golongan Salaf dan Khalaf hidup pada

zaman yang berbeza. Pada zaman Salaf tidak timbul banyak persoalan tentang ayat

mutasyabihat, berbanding zaman Khalaf yang lahir banyak aliran pemikiran serta

muncul pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak membincangkan

persoalan majaz, tasybih dan isti`arah52

. Justeru itu, pada zaman Khalaf pentakwilan

menjadi suatu keperluan bagi menjawab propaganda yang dikemukakan oleh musuh

Islam

50

Lihat Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49 51

Ibid., h. 51 52

Lihat al-Buti (1992), op.cit, h. 141

Page 15: Faizuri_ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-najin[1]

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)

20-22 Julai 2010

14

KESIMPULANNYA

Kekeliruan dan salah faham terhadap maksud ayat mutasyabihat telah mendorong

kepada meluasnya perbahasan tersebut. Ini kerana kebanyakan ulama Islam

berusaha mentakwilkan ayat tersebut bersesuaian dengan kebesaran dan keagungan

Allah SWT, dan terdapat sebahagian lain yang mengambil pendekatan menyerahkan

pengertian tersebut kepada Allah SWT. Berhubung perkara ini Tuan Minal telah

mengambil pendekatan yang terbaik dan sederhana, kerana tidak menyalahkan

mana-mana aliran. Memandangkan bagi beliau semua aliran samada Salaf atau

Khalaf berada dipihak yang benar, meskipun secara peribadi beliau lebih cenderung

kepada fahaman Khalaf. Kecenderungan Tuan Minal kepada fahaman Khalaf adalah

berdasarkan situasi semasa yang memerlukan kepada pentakwilan pada waktu

tersebut. Namun sekiranya keadaan tidak mendesak, sudah tentu beliau akan

memihak kepada fahaman Salaf yang dianggap paling selamat