exercise

12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 "Negara __________ ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun," jelas Cikgu Chong kepada murid-muridnya. A kita B kami C engkau D mereka 2 Saya meminta maaf kerana lambat membalas surat __________. A aku B kita C saudara D kami Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. 3 Murid itu didenda oleh Guru Besar kerana __________ dinding sekolah. A mencetak B menekap C menconteng D mencatat 4 Kakak sedang __________ surat untuk dihantar kepada kakak yang sedang menuntut di Mesir. A membaca B melakar C mencatat D menulis

Upload: halalahbtabang

Post on 14-Jul-2015

635 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Exercise

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Negara __________ ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun," jelas Cikgu

Chong kepada murid-muridnya.

A kita

B kami

C engkau

D mereka

2 Saya meminta maaf kerana lambat membalas surat __________.

A aku

B kita

C saudara

D kami

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

3 Murid itu didenda oleh Guru Besar kerana __________ dinding sekolah.

A mencetak

B menekap

C menconteng

D mencatat

4

Kakak sedang __________ surat untuk dihantar kepada kakak yang sedang menuntut di

Mesir.

A membaca

B melakar

C mencatat

D menulis

Page 2: Exercise

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

5

Bilik tidur Ahmad sentiasa __________ dan kemas.

A jernih

B lapang

C terang

D bersih

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6 Leftenan Adnan ialah seorang perwira yang __________ menghadapi tentera-tentara Jepun.

A jujur

B tulus

C berani

D ikhlas

7 Saya susah bercakap dengannya kerana __________nya kurang baik.

A kedengaran

B pendengar

C terdengar

D pendengaran

8 Dalam pementasan drama itu, Ah Long __________dengan memegang watak Laksamana

Page 3: Exercise

Cheng Ho.

A pelakon

B lakonan

C berlakon

D melakonkan

9 Jalan kecil di tepi rumah saya semakin ramai orang yang __________.

A terumbang-ambing

B terhuyung-hayang

C bolak-balik

D lalu-lalang

10 Jalan dari Tapah ke Tanah Tinggi Cameron yang __________ itu memerlukan kemahiran

memandu yang tinggi.

A riuh-rendah

B lekuk-lekak

C lenggang-lenggok

D bengkang-bengkok

11 Guru mendenda Aiman __________ dia tidak melakukan kesalahan itu lagi.

A bahawa

B agar

C sejak

D tatkala

12 Konduktor bas mengambil tiket itu __________ mengoyakkannya.

A atau

B dan

C lalu

D untuk

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Page 4: Exercise

13 Puan Kamariah __________ pergi ke Bank Simpanan Nasional untuk menyimpan wangnya

pada pagi itu.

A masih

B pernah

C hendak

D belum

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

14 Rohaya __________ tinggal di situ kira-kira lima tahun yang lalu.

A belum

B masih

C pernah

D akan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Page 5: Exercise

15 En Chow rasa penat kerana dia baru pulang __________ kerja.

A daripada

B dari

C pada

D dengan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

16 Bangunan sekolah itu akan dirasmikan __________ Menteri Pelajaran pada hari Jumaat

hadapan.

A oleh

B dari

C daripada

D kepada

17 Mei Ling memetik tiga __________ bunga cempaka di halaman rumah.

A kuntum

B jambak

C helai

D ikat

Page 6: Exercise

18 Adam telah membeli dua __________ cincin untuk dihadiahkan kepada ibunya.

A biji

B buah

C butir

D bentuk

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

19. "Mereka itu menerima pujian daripada Ketua Pengarah kerana sentiasa bekerja

bersungguh-sungguh," kata Hanafi.

A Hanafi memberitahu bahawa mereka itu mendapat pujian daripada Ketua Pengarah kerana

selalu bekerja dengan penuh minat.

B Hanafi menerangkan bahawa mereka yang bekerja dengan baik main-main sentiasa mendapat

pujian daripada Ketua Pengarah.

C Hanafi memberitahu mereka itu bahawa Ketua Pengarah sedang memuji kerana mereka

sentiasa bekerja bersungguh-sungguh.

D Hanafi menerangkan kepada Ketua Pengarah bahawa mereka itu harus memberi pujian kerana

telah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

20. Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk kampung itu?

A Mereka secara bergotong-royong hendak membaiki jambatan itu.

B Mereka sedang bertungkus-lumus membersihkan jambatan itu.

C Mereka sedang bermesyuarat hendak membaiki jambatan itu.

D Mereka sedang bergotong-royong membaiki jambatan itu.

21.

Emak menghalau beberapa ekor ayam yang mendekati padi jemurannya.

Page 7: Exercise

Perkataan seerti bagi menghalau ialah

A menguis

B mengusir

C melempar

D Menepis

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I Rombongan pengantin lelaki itu telah tersesat kerana melanggar jalan yang salah.

II Sebuah bas telah melanggar pagar rumah di tepi jalan itu semalam.

III Tentera musuh sedang bersiap sedia untuk melanggar negara itu.

IV Penunggang motosikal itu disaman polis trafik kerana melanggar undang-undang

jalan raya.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

23. I Dia melepaskan sampah-sarap di tepi jalan itu.

II Encik Daud melepaskan burung merbuk peliharaannya dari sangkar.

III Pak Awang berehat sekejap di atas gerai itu untuk melepaskan kepenatan.

IV Pengerusi persatuan itu ingin melepaskan jawatannya kepada pemimpin yang

lebih muda.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Page 8: Exercise

24 Wang yang saya peroleh daripada ayah akan saya simpan.

Perkataan berlawan bagi simpan ialah

A pungut

B ambil

C buang

D campak

25 Kalau kita bekerjasama, tentu kita boleh maju.

Perkataan berlawan bagi maju ialah

A layu

B kecut

C mundur

D kecil

26 Lina membungkus hadiah itu dengan sehelai kertas yang cantik sekali.

Perkataan seerti bagi membungkus ialah

A menyarung

B memberkas

C mengikat

D membarut

Page 9: Exercise

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tarikh : 25 September 2008

Masa : 9.00 pagi

Semua ahli sudah berkumpul di kantin sekolah. Kali ini kami, ahli Persatuan Alam Sekitar

akan mengadakan lawatan ke Pusat Penternakan Ikan Air Tawar di Sungai Tujuh. Apabila bas

datang, kami diarahkan oleh guru kami, Puan Jamaliah supaya beratur untuk menaiki bas. Selepas

itu, kami bertolak ke Sungai Tujuh.

Masa: 9.30 pagi

Kami disambut oleh pengurus pusat penternakan, Encik Malik. Di pejabat pusat penternakan

itu, kami diberi penerangan oleh Encik Malik tentang cara-cara menternak ikan air tawar itu.

Kami diberitahu, di situ terdapat 20 buah kolam ikan yang digunakan untuk menternak ikan

siakap. Benih ikan dibeli daripada Pejabat Perikanan Daerah.

Masa: 10.00 pagi

Kami dibawa ke kolam ternakan ikan. Kolam ini dibuat daripada pukat yang direndam di

dalam sungai membentuk segi empat. Pukat ini diapungkan menggunakan tong plastik yang

besar. Di atas tong plastik ini diletakkan papan supaya senang untuk pekerja bergerak dari sebuah

kolam ke sebuah kolam yang lain. Ikan diternak di dalam pukat itu.

Kami diberi penerangan tentang cara menternak, cara ikan diberi makan, cara penjagaan, bila

boleh dijual dan kepada siapa dipasarkan. Penerangan diberi oleh Encik Kamal, rakan kongsi

Encik Malik.

Kami diberi peluang untuk memberi makanan kepada ikan yang diternak itu. Apabila

makanan ditabur ke dalam kolam, beribu-ribu anak ikan siakap timbul sambil berebut makanan

itu. Saya berasa sangat gembira melihat ikan-ikan itu berebut makanan. Ikan itu diberi makan dua

kali sehari dan sentiasa diawasi daripada penyakit dan musuh.

Saiz ikan di dalam setiap kolam adalah berbeza supaya penternak dapat menjual ikan ini pada

setiap masa. Ikan yang diternak dapat dijual setelah berusia enam bulan. Berat setiap ikan siakap

yang dijual adalah antara 750 gram hingga 1.5 kilogram. Encik Kamal memberitahu, pulangan

daripada menternak ikan ini sangat memuaskan. Ikan-ikan itu dijual kepada pengusaha-pengusaha

restoran berdekatan, pelanggan yang datang ke kolam itu dan juga dihantar ke luar Kelantan.

Masa: 12.30 tengah hari

Kami dibawa ke Restoran Ikan Siakap berdekatan kolam kepunyaan Pusat Penternakan Ikan

Air Tawar itu. Di situ kami dihidangkan dengan masakan ikan siakap. Kami makan dengan

berselera sekali. Selepas mengucapkan terima kasih, kami pulang dengan gembira dan

kekenyangan.

Page 10: Exercise

31 Siapakah Encik Kamal?

A Ketua rombongan.

B Rakan kongsi Encik Malik.

C Pekerja pusat penternakan ikan.

D Pengurus pusat penternakan ikan.

32 Di manakah ahli rombongan diberi penerangan tentang penternakan ikan itu?

A Di dalam bas.

B Di kantin sekolah.

C Di kolam penternakan ikan.

D Di pejabat pusat penternakan ikan.

33 Bagaimanakah untuk menentukan ikan ternakan sentiasa sihat?

A Diberi makan dua kali sehari.

B Ikan diternak dalam kolam berpukat.

C Diletakkan papan di atas tong plastik.

D Dipelihara berdekatan restoran tuan punya pusat penternakan ikan.

34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Ikan-ikan itu diternak di dalam sangkar.

B Modal untuk penternakan ikan itu dikongsi oleh dua orang.

C Rombongan itu membuat lawatan ke restoran ikan air tawar.

D Ahli rombongan itu memperoleh pengetahuan tentang penternakan ikan air

tawar.

35 Rangkai kata sentiasa diawasi dalam petikan bermaksud

A selalu dijaga.

B dijaga bersama.

C jangan dialpakan.

D bergilir-gilir menjaga.

Page 11: Exercise

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cuti hujung minggu yang lalu, Kittiksak bersama-sama keluarganya telah pulang ke rumah

datuk dan neneknya di Kampung Paya Bemban, Kota Bharu. Pada suatu petang, Kittiksak

berbual-bual dengan nenek di dalam biliknya.

Nenek : Kamu belum tidur lagi, Kittiksak?

Kittiksak : Belum mengantuk lagi nenek.

Nenek : Cucu nenek tidak letih ke?

Kittiksak : Tidak nenek. Nek, mengapakah nenek tidak tinggal bersama-sama kami di Kuala

Lumpur?

Nenek : Nenek ada banyak kerja di kampung. Banyak perkara yang nenek perlu lakukan di

sini. Oleh sebab itu, nenek dan datuk tidak dapat mengikut cucu tinggal di bandar.

Kittiksak : Tapi, kalau nenek tinggal bersama-sama kami dapatlah saya bermain-main dengan

nenek setiap hari.

Nenek : Nenek bukannya tidak suka tinggal di bandar. Tapi, siapa pula yang akan menjaga

ayam dan itik nenek?

Kittiksak : Kittiksak berasa bosan tinggal di bandar. Ayah dan ibu sentiasa sibuk. Mereka

selalu pulang lewat dan tidak ada masa untuk Kittiksak.

Nenek : Kalau begitu, nenek dan datuk berjanji akan datang ke rumah Kittiksak sebulan

sekali. Jadi, tidaklah cucu nenek berasa bosan duduk di rumah.

Kittiksak : Terima kasih, nenek.

Nenek : Sama-sama.

36 Apakah perkara yang dibincangkan oleh Kittiksak dengan neneknya?

A Neneknya mempelawa Kittiksak tinggal bersamanya.

B Nenek dan Kittiksak hendak pergi bermain bersama.

C Kittiksak mengajak neneknya tinggal bersama.

D Nenek dan datuknya banyak kerja.

37 Mengapakah Kittiksak hendak neneknya tinggal di bandar?

A Berasa bosan tinggal berseorangan.

B Ayah dan ibunya sentiasa sibuk berniaga.

C Ayah dan ibunya jarang pulang ke rumah.

D Kittiksak banyak kerja sekolah yang terpaksa dibuatnya.

Page 12: Exercise

38 Nenek tidak mahu mengikut Kittiksak ke bandar kerana

A perlu memelihara ayam dan itik di kampung.

B dapat bermain dengan cucu-cucunya.

C hendak menjaga datuk di kampung.

D Nenek tidak suka tinggal di bandar.

39 Pernyataan yang benar tentang petikan ialah

A Kittiksak berasa bosan tinggal di kampung.

B nenek dan datuk ingin menjaga cucunya di bandar.

C nenek berjanji akan datang ke bandar sebulan sekali.

D banyak perkara yang nenek dan datuk perlu lakukan di kampung.

40 Rangkai kata berasa bosan dalam petikan bermaksud

A berperasaan jemu.

B berperasaan gembira.

C berfikiran mengalah.

D berfikiran memualkan.