etnik bab 9a

Upload: ann-koay

Post on 07-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

etnik

TRANSCRIPT

  • HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS)KURSUS WAJIB WAJ3106SEMESTER 3PISMP IPGM / PPPRPET

    (BAB 9)

  • TAJUKHUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DANMASYARAKAT

  • PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

  • Jabatan Perpaduan Negara Pengenalan; Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada tahun 1969 bertujuan untuk menangani isu-isu perkauman. Mulai Oktober 1990, Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

  • Jabatan ini dipertanggungjawabkan dengan lima (5) fungsi, iaitu: Hubungan Kaum Program Perpaduan Negara Penyelidikan Etno-Sosial Rukun Tetangga (RT) Integrasi Negara

  • Objektif Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru

  • Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindak-tanduk politik boleh memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.

  • Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti berikut: Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.

  • Menjelang tahun 2020Malaysia harus menjadi negara yang bersatupadu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.

  • Strategi Politik * Menggalakkan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional; * Menerapkan Nilai-nilai Kewarganegaraan ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu; * Mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah; * Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat; serta * Menyelaras program / aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi Kerajaan, Swasta dan lain-lain.

  • Strategi Ekonomi... sebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik, ekonomi dan sosiobudaya. Masing-masing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri ... rakyat menerima permuafakatan dan kerjasama melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus relevan lebih-lebih menerusi Misi Nasional RMK-9 ...

  • Kaum Cina yang berjaya harus bekerjasama dengan kaum Melayu dan India untuk membantu membina ahli perniagaan baru yang tulen. Kesepakatan dalam pelbagai usaha niaga harus digalakkan. Orang Melayu tidak sepatutnya mengharapkan sokongan kerajaan semata-mata dalam memajukan ekonomi mereka. Jika benar semangat kesetiakawanan wujud, kaum Cina harus menghulurkan tangan membantu secara jujur.

  • Kita merencanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang prinsipnya buta kaum kerana matlamatnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Kebetulan yang paling ramai miskin ialah Bumiputera, maka sasaran utamanya tentulah pada kelompok ini, tanpa sebarang niat merompak hak orang lain. Itulah semangat sebenar DEB.

  • Strategi PendidikanProgram Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.

  • Strategi Penggunaan Bahasa KebangsaanDi Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996

  • Rukun TetanggaSkim diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

  • Stragtegi AgamaPerkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4).

  • Strategi KebudayaanDi Malaysia Melayu merupakan masyarakat terbesar dengan 54% daripada populasi Malaysia. Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

  • Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

  • Strategi Integrasi Wilayah

  • Strategi Keselamatan

  • Strategi Pembangunan KawasanPerkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : - perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) - ekonomi : Perkara 153 (6) - pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)- Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 berhubung dengan tanah rizab Melayu.- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

  • Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

  • Strategi Media Massa

  • Strategi Kesukanan

  • Strategi Perpaduan KaumPERPADUAN tidak boleh diambil mudah dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia. Maka itu rakyat negara ini harus terus memupuk dan memelihara sikap muafakat, bertolak-ansur, bersatu serta saling menghargai satu sama lain. Sesungguhnya Malaysia ini bukan milik mana-mana individu atau kaum, tetapi adalah milik kita bersama setiap rakyat Malaysia, demikian antara amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

  • Memperkasakan Sekolah KebangsaanMemperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) bertujuan supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah

  • * Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. * Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. * Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. * Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

  • Sekolah WawasanSekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.

  • Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang * Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran * Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu * Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah * Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan

  • Terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan iaitu; * Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak * Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah * Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang * Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor * Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

  • Program Latihan Khidmat NegaraMalaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Keamanan yang dikecapi dan keharmonian hidup pelbagai kaum di bumi bertuah ini menjadikan Malaysia ikon terbaik dan dihormati

  • Program Latihan Khidmat NegaraDemi melahirkan generasi yang berwawasan dan berdisiplin, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan khusus untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta dan sayangkan negara. Berlandaskan pemupukan semangat patriotisme serta jalinan integrasi nasional yang harmonis program ini diadunkan dalam usaha mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat berterusan dan kekal utuh.

  • Program Latihan Khidmat NegaraIa dijalankan dengan menyatupadukan kumpulan generasi muda yang dibesarkan dari latar belakang dan keturunan yang berbeza, dengan hasrat dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, yakin diri dan dilengkapi sikap luhur yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

  • Peranan Masyarakat Dalam konteks Hubungan Etnik

  • OBJEKTIFMengukuhkan perpaduan bangsa dan negaraMemupuk dan memelihara keperibadian kebangsaanMemperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi*DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

  • Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Rantau ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja serta kepulauan selatan pasifik.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima*Prinsip dasar kebudayaan kebangsaan

  • Sambungan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.*

  • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Memenuhi keperluan sosio-budaya. Meninggikan taraf dan mutu kesenian. *STRATEGI PERLAKSANAAN

  • Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.*RUMUSAN

  • LATARBELAKANG :Digubal bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah InggerisLahir atas satu Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam ordinan Pelajaran 1957. Disemak semula pada 1960 yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960, kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.1974 JK Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pendidikan.

    *DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

    *DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  • Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Menyatupadukan kanan-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerjaMelahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih*OBJEKTIF

  • Strategi :Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya.Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Kurikulum yg sama.Sistem peperiksaan yg sama.Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.Pendidikan yg menyeluruh,seimbang dan bersepadu.Peluang pendidikan asas selama 9 tahun.Mendemokrasikan pendidikan.Menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM.Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik,*DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  • Strategi : (sambungan)Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti.Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.Menjadikan Bahasa kebangsaan dan B Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang yg sempurna bagi pembelajaran bahasa2 lain.Menggalakkan aktiviti kokurikulum.

    *DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  • PERANAN NGO DALAM HUBUNGAN ETNIK

    *