etika_kerja_sosial

13
PKU3123 Pemulihan Dalam Komuniti Prinsip dan Etika Kerja Sosial Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Darulaman 2014

Upload: daryllichelle

Post on 07-Sep-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

etika kerja sosial

TRANSCRIPT

PKU3112 Pemulihan Dalam Komuniti

PKU3123 Pemulihan Dalam KomunitiPrinsip dan Etika Kerja Sosial

Jabatan Pendidikan KhasIPG Kampus Darulaman20141Prinsip dan Etika Kerja Sosial

Profesional

- Pekerja sosial bersikap professional - Hubungan dengan klien haruslah profesional. Hubungan personal tidak boleh wujud. - Pekerja sosial harus bijak dalam menangani setiap isu dan permasalahan klien. - Terdapat ruang atau batas antara pekerja sosial dengan klien.Kerahsiaan

- Sebarang masalah dan apa yang dibincangkan adalah menjadi rahsia. - Pekerja sosial memegang amanat setiap rahsia klien dengan penuh rasa tanggungjawab. - Jika terdapat isu keselamatan atau mengancam pihak lain, sebagai pekerja sosial perkara ini harus dirujuk kepada pihak atas.

Menerima setiap perbezaan klien

- Tidak boleh membezakan klien - Menerima sesiapa sahaja klien mereka. Contohnya, tiada perbezaan kepada golongan kurang upaya, golongan miskin, kaya, cantik dan sesiapa sahaja. Layanan yang sama rata akan diberikan oleh pekerja sosial.

Komitmen yang tinggi

- Mempunyai komitmen yang tinggi kepada apa sahaja yang dilakukannya. Contohnya, dalam membantu klien pekerja sosial harus bersungguh-sungguh membantu menyelesaikan masalah klien. - Menunjukkan minat yang tinggi kepada setiap masalah klien. - Ketepatan masa - Ketepatan maklumat atau janji-janji dengan klien. Ini memberi keyakinan dan kepercayaan yang tinggi klien kepada pekerja sosial.

Berpengetahuan yang tinggi dan pelbagai

- Berpengetahuan dalam pelbagai aspek. Apabila klien merujuk masalah kepada pekerja sosial, pengetahuan yang diperlukan pekerja sosial amat penting. - Berkongsi pengetahuan bersama klien mampu membina hubungan yang positif bersama.

Komited kepada perubahan sosial

- Seorang pekerja sosial seharusnya menanamkan perasaan untuk memperbaikki kehidupan sosial setiap individu dalam masyarakat terutamanya membela klien yang tidak berkuasa, tertindas dan dirampas hak nya oleh pihak tertentu. - Menjadi tanggungjawab pekerja sosial dalam membela hak klien yang ditindas dan mengalakkan kerjasama antara masyarakat untuk mengutamakan hak mereka.

Nilai dan Etika dalam Pekerjaan Sosial Kod etika NASW (National Association of Social Worker) (Reamer, 1999:26-27; dalam Huda, 2009:142-145):Layanan Prinsip etikanya adalah mengutamakan tujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan memusatkan pada permasalahan sosial. Melayani klien baik individu, keluarga, kelompok, mahupun masyarakat merupakan kewajiban dari pekerja sosial yang harus diutamakan. Tanpa prinsip pelayanan, pekerjaan sosial tidak memiliki aktiviti profesional

Keadilan Sosial

Prinsip etika dari nilai ini adalah pekerja sosial wajib menentang ketidakadilan sosial.

Tujuan pekerja sosial adalah menuju perubahan sosial yang lebih humanis dan mengarah kepada kesejahteraan sosial. Ketidakadilan sosial dan penindasan yang terjadi dalam masyarakat menjadi tanggung jawab pekerja sosial untuk mengubah keadaan tersebut.

Martabat Seseorang

Menghormati martabat seseorang. Keterlibatan langsung ini menuntut dari para pekerja sosial untuk memiliki modal nilai yang menghargai orang lain dalam melakukan interaksi sosial.

Mementingkan Hubungan Kemanusiaan

Mengutamakan hubungan kemanusiaan. Hubungan kemanusiaan (human relationship) adalah unsur yang sangat penting di dalam proses perubahan sosial. Hubungan kemanusiaan adalah sebahagian dari proses pertolongan.

Integriti

Pekerja sosial harus mempunyai perilaku yang dapat dipercayai. Tanpa perilaku yang dapat dipercayai, pekerja sosial tidak dapat menjalankan profesyen tersebut dengan baik. Kompetensi

Dalam hal ini pengetahuan dan skill yang memadai harus dimiliki untuk menunjangi kompetensi pekerja sosial.