etikakerja

Upload: zulkifli-mohd-sidi

Post on 30-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 EtikaKerja

    1/5

    PUSAT LATIHAN PENGAJAR &

    KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

    Jabatan Pembangunan KemahiranKementerian Sumber Manusia

    KERJA BERETIKA

    ZULKIFLI B.MOHD SIDI

    PROGRAM KEMAHIRAN PROFESIONAL (SPD),CIAST

    JAN 2008

    * Berasaskan kepada beberapa rujukan artikel

  • 8/9/2019 EtikaKerja

    2/5

  • 8/9/2019 EtikaKerja

    3/5

    10. Rasa Hormat, hormati hak-hak orang lain, berurusan dengan kepelbagaiankebudayaan/kaum dan tidak sekali-kali berurusan dengan perkara-perkara

    yang menyalahi undang-undang.

    Teras kepada nilai-nilai murni CIAST, JPK

    Nilai-nilai murni yang disediakan di dalam soft-skills oleh pihak JPK adalah seperti

    contoh berikut, walau bagaimana pun nilai-nilai selain yang disebut boleh ditambahmengikut keperluan.

    1. Semangat Setia kawan (Communal spirit)

    2. Kesesuaian (Compliance)

    3. Bekerjasama (Cooperation)

    4. Ketabahan (Courage)

    5. Rajin (Diligence)

    6. Bersyukur/Berterima kasih (Gratitude)7. Ikhlas/Jujur (Honesty)

    8. Keadilan (Justice)

    9. Ketelitian (Meticulous)

    10. Kesederhanan (Moderate)

    11. Kesabaran (Patience)

    12. Bersopan-santun (Politeness)

    13. Menepati waktu (Punctuality)

    14. Rasional/Masuk Akal ( Rationality)

    15. Rasa Hormat ( Respect)

    16. Mempercayai diri sendiri (Self-reliance)

    Teras di atas adalah digunakan dalam pembelajaran untuk digunakan bagi mengukur

    nilai-nilai murni di dalam latihan kemahiran negara, ia juga dinamakan sebagai unsur-

    unsur social values yang diperlukan oleh manusia dalam latihan kemahiran.

    (Sumber: Sistem Latihan Dual nasional (SLDN), JPK)

  • 8/9/2019 EtikaKerja

    4/5

    Faedah Etika Kerja

    Bakal-bakal pengajar mendapat faedah dari kelakuan serta amalan yang dinyatakan,

    ianya juga memberi faedah kepada CIAST, JPK sebagai institusi melatih bakalpengajar kemahiran Malaysia. Tujuan kepada amalan ini adalah:

    Membantu memudahkan pelajar-pelajar memasuki alam pekerjaan dengankemahiran beretika yang positif.

    Membantu majikan mendapatkan pekerja yang berminat untuk bekerja. Membantu pihak institut meninggikan motivasi untuk melatih bakal pengajar

    yang beretika.

    Pelajar-pelajar akan berjaya membawa kemahiran personel kepada majikan dengan

    sikap yang positif untuk bekerja (serta semasa di dalam kuliah). Semua akan gembira,

    termasuk pelajar sendiri akan gembira dengan kelakuan mereka menjadi kesukaan

    orang di persekitaran.

    Industri di mana pelajar-pelajar bekerja akan lebih produktif dan pelajar-pelajar akan

    berdaya saing di pentas global bersama kualiti pengajaran yang dihasilkan.

    Kriteria Etika Kerja

    Kriteria etika bekerja adalah sama ada di dalam bilik kuliah dan semasa menjalankan

    internship. Dinyatakan beberapa deskripsi piawaian untuk menilai sejauh mana pelajarmempunyai etika kerja yang diperlukan.

    Kehadiran;Bersedia untuk ke kuliah apabila ia bermula

    Kembali semula tepat pada waktunya setelah rehat

    Memaklumkan ketidak hadiran ke kuliah sebelum ia bermula

    Personaliti;Mempunyai keikhlasan yang jelas apabila bekerja sama ada dalam kuliah atau

    amali/internship

    Menerima kritikan apabila berlaku kesilapan

    Bekerja dengan sikap tanpa kebergantungan dengan pihak lain.

    Teamwork;Bersama-sama bekerja dengan staf-staf yang lain dengan tujuan

    menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan

    Membersihkan tempat kerja bersama setelah menyelesaikan kerja

    Bersedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang berbeza dalam kuliah

    mahupun bengkel

    Menjauhkan diri dari menyalahkan rakan-rakan apabila kesilapan berlaku

    Sahsiah;Membantu menyokong kepada program kod berpakaian yang dijalankan

    Menggunakan peralatan keselamatan diri (Personel Protection equipment)

    (jika perlu)

    Menimbangkan perspektif serta idea orang lain

    Sikap;Menimbang kehendak-kehendak orang lain lebih dari kehendak sendiri

    Mengurus konflik di tempat kerja dengan mengambil kira pandangan-

    pandangan orang lain

    Mengawal suasana stress atau masalah diri dengan baik

  • 8/9/2019 EtikaKerja

    5/5

    Produktiviti;Bekerja secara tanpa bergantung pada individu lain

    Mencari kerja-kerja lain yangperlu diselesaikan setelah kerja-kerja sendiri

    telah selesai bagi membantu rakan-rakan lain

    Menggunakan masa secara berkesan

    Kemahiran BerorganisasiBersedia untuk kuliah

    Menggunakan perancangan mingguan untuk tugasan dan sebagainya

    Bersedia dengan tugasan yang akan diberikan mengikut masa

    Menggunakan sumber-sumber yang ada untuk menyelesaikan tugasan

    Uruskan tugasan yang diberikan dalam dokumen atau borang-borang yang

    disediakan, supaya semua tugasan dicatat dan berdokumen

    Komunikasi;Menggunakan perkataan serta istilah yang betul semasa menulis dan bercakap

    Menjelaskan dengan terperinci, jika diperlukan

    Memperkenalkan diri apabila baru memulakan tugas di tempat baru

    Menggunakan bahasa yang sesuai di dalam komunikasi dengan pengajar

    Gunakan bahasa yang sesuai di dalam kuliah yang dikendalikan

    Bekerjasama;Menunjukan sikap sebagai ketua dan bekerjasama dengan pelajar-pelajar dan

    rakan-rakan setugas lain

    Bersedia untuk menerima pandangan di dalam menyelesaikan tugasan yang

    diberikan

    Bekerja dengan baik di dalam kerja berkumpulan

    Rasa Hormat;Hormati rakan-rakan yang lain mempunyai budaya, bangsa, umur dan

    personaliti yang berbeza

    Menghargai kebolehan rakan/pelajar yang berbeza

    Mengelak dari bercakap perkara yang negatif atau kritikan kepada rakan, staf

    dan pengajar-pengajar

    Dedicated to: TM001 Pedagogy Students