etika perniagaan

4
Pengenalan etika secara umum dan secara spesifik tentang etika perniagaan. Secara umumnya stiap perkataan yang kita gunakan hampir setiap hari mempunyai makna yang tersendiri, sebagai contoh etika. Dalam perkara ini maksud etika bukannya bermaksud secara terus tetapi makna bagi perkataan ini berasal daripada perkataan latin. Perkataan etika berasal daripada perkataan ethos dalam bahasa yunani yang bermaksud tabii atau perangai. Ia juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan sesuatu kaum. Secara formal etika boleh ditakrifkan sebagai satu teori tentang perlakuan baik buruk manusia dan sejauh mana dapat ditentukan oleh akal. Dalam bahasa latin pula , ethos disebut sebagai mores yang telah menghasilkan kata nama moral.

Upload: muhammad-fitry

Post on 25-Jul-2015

235 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: etika perniagaan

Pengenalan etika secara umum dan secara spesifik tentang etika perniagaan.

Secara umumnya stiap perkataan yang kita gunakan hampir setiap hari

mempunyai makna yang tersendiri, sebagai contoh etika. Dalam perkara ini

maksud etika bukannya bermaksud secara terus tetapi makna bagi perkataan ini

berasal daripada perkataan latin. Perkataan etika berasal daripada perkataan

“ethos” dalam bahasa yunani yang bermaksud tabii atau perangai. Ia juga

didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan sesuatu kaum. Secara formal etika

boleh ditakrifkan sebagai satu teori tentang perlakuan baik buruk manusia dan

sejauh mana dapat ditentukan oleh akal. Dalam bahasa latin pula ,”ethos “

disebut sebagai mores yang telah menghasilkan kata nama moral.

Page 2: etika perniagaan

Manakala moral telah didefinisikan sebagai norma yang sesuai dengan

konsep yang diterima umum sebagai tingkah laku manusia yang baik dan wajar.

Moral dianggap sebagai sebahagian daripada etika juga. Persoalan moral adalah

persoalan praktikal tetapi bukan semua persoalan praktikal itu persoalan moral.

Hal yang demikian kerana moral membincangkan persoalan betul atau salah,

benar atau tidak benar dan apakah yang perlu dibuat atau ditinggalkan dalan

satu-satu perkara.

Sekarang kita beralih kepada apa maksud etika perniagaan yang

sebenarnya. Sepertimana yang kita tahu etika bermaksud tingkah laku seorang

manusia secara umumnya, maksud etika perniagaan ialah pengajian yang

mengandungi betul atau salah, baik atau buruk tindakna seseorang manusia

tersebut dalam kontek perniagaan itu tersendiri. Velasquez(1992) telah

menyatakan bahawa etika perniagaan adalah satu pengajian khusus tentang betul

atau salah moral sesorang. Etika ini menekankan tentang bagaimana standard

moral diaplikasikan kepada polisi perniagaan, institusi dan sikap. Perkara yang

sebenarnya, etika perniagaan bukanlah satu benda yang baru. Sebelum tahun

1960-an, manusia telah membincangkan tentang etika dalam perniagaan

contohnya daripada segi pemberian gaji yang adil , keadaan tempat kerja yang

kondusif dan selesa ,kejujuran dalam pengiklanan dan urusan perniagaan yang

lain. Para pengguna semakin sedar terhadap hak mereka dan mereka mula

mengkritik peniaga kerana tidak mempunyai kesedaran sosial dan tindakan

mereka yang membahayakan pengguna .Pada tahun 70-an, pergerakan etika

perniagaan mula menyerlah. Perbincangan diadakan antara para

peniaga ,pengguna ,tenaga akademik dari sekolah perundangan, perniagaan,

falsafah dan agama. Seterusnya buku, kursus , jurnal dan pertubuhan yang

berkaitan dengan etika perniagaan diperkenalkan. Sehingga kini, terdapat

banyak syarikat yang mempunyai kod etika syarikat mereka sendiri, mempunyai

ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan etika dan menganjurkan

Page 3: etika perniagaan

program-program yang bersangkutan dengan etika . Kerajaan juga

menggubalkan undang-undang yang berkaitan dengan etika perniagaan.

Sekarang kita beralih sedikit pandangan kita kepada maksud etika

perniagaan dari aspek islam. Etika dari sudut islam adalah akhlak seseorang

dalam melakukan sesuatu aktiviti. Set prinsip moral yang diikuti dalam akhlak

adalah kaedah untuk menentukan sama ada sesuatu yang kita buat itu sama ada

betul atau salah. Penilaian tersebut bukan berdasarkan nafsu ataupun keiinginan

tetapi berdasarkan Al-quran dan Sunnah nabi.

Page 4: etika perniagaan

Prinsip etika perniagaan

Menurut De George (1995), etika perniagaan melibatkan 5 jenis aktiviti iaitu:

Pertama berkenaan dengan pemakain prinsip-prinsip asas etika kepada

kes-kes tertentu atau amalan perniagaan. Disini ,etika ini menentukan

sama ada sesuatu keputusan itu betul atau salah atau dapat dijustifikasikan

secara moral atau tidak.

Aktiviti kedua ialah metaetika. Kita mesti mengenal pasti sama ada terma

moral yang biasanya digunakan untuk mengkaji individu dan tindakan

mereka boleh diaplikasikan kepada organisasi perniagaan.

Aktiviti ketiga ialah analisis kepada praandaian perniagaan , iaitu

praandaian moral dan praandaian daripada pendapat moral. Hal ini kerana

perniagaan beroperasi dalam sistem ekonomi dan salah satu daripada

fungsi etika perniagaan ialah untuk mempersoalkan tentang kedudukan

moral dalam sistem ekonomi.

Pihak-pihak yang terlibat di dalam perniagaan kadangkala berhadapan

dengan masalah yang terkeluar daripada bidang etika seperti bidang

falsafah, ekonomi dan teori organisasi.

Aktiviti kelima ialah penjelasan pujian moral dan tindakan contoh sama

ada oleh individu atau organisasi perniagaan.