etika keusahawanan

15
PENGENALAN. Perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini begitu pesat. Ini disebabkan oleh peningkatan dan kemajuan sains dan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat. Dalam dunia perniagaan dan keusahawanan "siapa cepat dia dapat" merupakan suatu peraturan yang diterima ramai. Untuk mengatasi masalah perubahan yang pesat ini, kita memerlukan ilmu, pengalaman dan perhubungan yang luas supaya kita dapat meramalkan perubahan yang akan berlaku dan menanganinya. Kita tidak boleh hanya sekadar tunggu sehingga menjadi terlambat. Persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan dan keusahawanan hari ini sudah tentu makin hebat kerana: pengguna mempunyai berbagai pilihan persaingan dari segi kos dan harga serta kualiti barangan persaingan dari segi perkhidmatan selepas jualan selain daripada cara menjual Apa yang penting ialah segala yang kita usahakan itu mestilah yang paling baik, yang berlainan daripada yang lain, yang ada kelebihan dari sebarang segi, yang berkualiti tinggi, yang cemerlang dalam serba serbi. Selain daripada ilmu, pengalaman dan jaringan yang perlu kita wujudkan, kita juga perlulah mempunyai sikap yang betul untuk terus bersaing. Sikap inilah yang sangat 1

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

1.899 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: etika keusahawanan

PENGENALAN.Perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini begitu pesat. Ini

disebabkan oleh peningkatan dan kemajuan sains dan teknologi, khususnya

dalam bidang teknologi maklumat. Dalam dunia perniagaan dan keusahawanan "siapa

cepat dia dapat" merupakan suatu peraturan yang diterima ramai.

Untuk mengatasi masalah perubahan yang pesat ini, kita memerlukan ilmu,

pengalaman dan perhubungan yang luas supaya kita dapat meramalkan perubahan yang

akan berlaku dan menanganinya. Kita tidak boleh hanya sekadar tunggu sehingga menjadi

terlambat.

Persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan dan keusahawanan hari ini sudah tentu

makin hebat kerana:

pengguna mempunyai berbagai pilihan

persaingan dari segi kos dan harga serta kualiti barangan

persaingan dari segi perkhidmatan selepas jualan selain daripada cara menjual

Apa yang penting ialah segala yang kita usahakan itu mestilah yang paling baik,

yang berlainan daripada yang lain, yang ada kelebihan dari sebarang segi, yang

berkualiti tinggi, yang cemerlang dalam serba serbi.

Selain daripada ilmu, pengalaman dan jaringan yang perlu kita wujudkan, kita juga

perlulah mempunyai sikap yang betul untuk terus bersaing. Sikap inilah yang sangat

bernilai dan berharga. Soalnya, apakah sikap ini dan bagaimana membentuknya?

perlu mengulangi sesuatu itu sehingga menjadi tabiat

perlu mampu membezakan antara tabiat dan sikap

Untuk mencapai kecemerlangan dalam perniagaan dan keusahawanan, kita perlu

Ada tujuan, wawasan, misi atau visi

Membuat perancangan (business plan)

Mempunyai ilmu yang mencukupi

Berusaha dengan gigih dan dedikasi (ini perlukan nilai)

Mempunyai tanggungjawab (etika yang baik)

Sentiasa ingin menjadi seorang yang cemerlang.

1

Page 2: etika keusahawanan

2

Page 3: etika keusahawanan

Definisi Usahawan dan Keusahawanan

o Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”.

o Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis “entrepremdre” yang membawa

maksud memikul tugas atau mencuba.

o Dalam BM, Usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu

perniagaan.

o Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan

mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.

o McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak

pencapaian tinggi(high need for achievement).

o Usahawan berjaya cenderung kearah mengambil risiko yang telah direncanakan dan

mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.

o Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan

pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri.

o Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu

usahawan tersebut.

o Keusahawanan ditakrifkan sebagai perilaku atau gaya usahawan bertindak

terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan

daya maju perniagaan yang telah diterokainya.

Pembaharuan Oleh Individu Usahawan

3

Page 4: etika keusahawanan

o Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru.

o Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru

o Meneroka pasaran baru

o Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru.

o Menyusun semula industtri yang diceburinya.

o Dapat dirumuskan disini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan.

o Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang.

Motif Seseorang Menjadi Usahawan

o Faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan

boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling factor) dan faktor tertolak

(pushing factor).

Faktor Tertarik (Pulling Factors)

o Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang.

o Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan.

o Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)

o Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat.

Faktor Tertolak (Pushing Factors)

o Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang yang terbatas.

o Kemelesetan ekonomi.

o Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran.

Peranan Usahawan Kepada Masyarakat dan Negara

4

Page 5: etika keusahawanan

Peranan Usahawan kepada masyarakat.

o Menawarkan perkhidmatan untuk mengisi kehendak dan keperluan masyarakat.

o Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

o Menghulurkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat.

o Menyumbang dalam pembangunan pendidikan masyarakat.

Peranan Usahawan Kepada Masyarakat dan NegaraSumbangan Kepada Negara.

o Menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.

o Menyumbang dalam penerapan teknologi moden yang boleh meningkatkan daya pengeluaran.

o Membangunkan sumber manusia melalui latihan dalam syarikat dan program pembangunan sumber manusia yang dianjurkan oleh syarikat.

o Menyalurkan hasil keluaran negara ke dalam pasaran global.

Perbezaan Antara Usahawan dan Peniaga

o Usahawan mempunyai kehendak dan kemahuan untuk berkembang dan mewujudkan pembaharuan produk dari masa ke masa.

o Usahawan memberi tumpuan kepada pembangunan pelanggan dan mewujudkan pelanggan baru.

o Usahawan berani mencuba pasaran baru berbanding dengan pasaran tradisional.

5

Page 6: etika keusahawanan

KOMEN TENTANG KONSEP KEUSAHAWANAN.

1. usahawan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi Negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dan kemakmuran negara datang daripada

sumbangan para usahawan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat

melalui pembukaan kilang – kilang atau mengembangkan perniagaan mereka.

Dengan ini negara dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam membantu

pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan tenaga manusia dengan sepenuhnya.

2. disamping itu usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan asas penduduk

tempatan dengan mengeluarkan barangan dan mengeksportkan keluar negara untuk

memperolehi pertukaran wang asing. Bagi usahawan yang kreatif dan inovatif akan

mengeluarkan barangan atau memperkenalkan produk baru bagi kehendak

masyarakat. Masyarakat juga dapat menikmati kemudahan hasil daripada

pengubahsuaian barangan lama kepada bentuk yang lebih praktikal oleh usahawan

yang inovatif.

3. usahawan juga membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat memajukan negara.

Peluang pekerjaan yang banyak membolehkan masyarakat menggunakan pendapatan

yang diperolehi untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Usahawan yang

membuka kilang-kilang dapat meninggikan taraf hidup masyarakat yang tinggal di

sekitarnya dengan menyediakan kemudahan infrastruktur. Peranana-peranan yang

diberikan di atas menunjukkan usahawan memainkan peranan yang besar dalam

pembangunan ekonomi negara. Sumbangan usahawan adalah pelbagai bentuk dan

membawa kemajuan kepada negara secara keseluruhan.

6

Page 7: etika keusahawanan

PENUTUP.

7

Page 8: etika keusahawanan

RUJUKAN.

1. INTERNET < WEB USAHAWAN >

8

Page 9: etika keusahawanan

2. BUKU MODULE USAHAWAN -P3117-.

3. RUJUKAN PERPUSTAKAAN PKB.

4. ARTIKEL KEUSAHAWANA.

5. RUJUKAN DARI SENIOR PERDAGANGAN.

LAMPIRAN.

CONTOH USAHAWAN TERKEMUKA :

Usahawan Noor Arfa Bangga Batik

Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu

makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang

perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan

batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara,

untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.

9

Page 10: etika keusahawanan

"Di sana (Kraftangan Malaysia) saya telah mempelajari selok belok membuat batik dan

dalam tahun 1980 saya memulakan perniagaan batik di Kuala Terengganu," katanya.

Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan

RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah

Hanafiah.

Selepas 26 tahun, tuanpunya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang

batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja,

mengeluarkan 150 produk batik.

"Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula

dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang

untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi

di sana," katanya.

Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala

Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.

Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama

batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

"Kami banyak menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas

kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu," katanya.

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan

rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi

tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.

Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang

menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.

Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak

10

Page 11: etika keusahawanan

silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik

kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan

laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara,

katanya.

Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama

dua anugerah Mara -- Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan

Berjaya.

Beliau menerima sijil penghargaan serta wang tunai berjumlah RM15,000 daripada

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin.

11