etika kerja jurulatih

11
ETIKA KERJA JURULATIH Etika berasal dari perkataan Greek, ethos yang memberi makna satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan yang dianggap baik dan buruk. Aristotle pernah memberi pengertian etika sebagai persoalan tentang perkara-perkara yang baik dari segi individu. Etika merujuk kepada peraturan dan prinsip yang menentukan seseuatu kelakuan itu betul atau salah. Amalan pengurusan beretika membawa pelbagai kebaikan bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi membawa kepada kesan yang berpanjangan terhadapa imej organisasi. Ia akan menghasilkan satu pandangan masyarakat yang baik kepada organisasi, di mana organisasi akan dianggap sebagai bertanggungjawab dan tidak hanya menumpukan kepada matlamat ekonomi semata-mata. Antara kebaikan mengamalkan gelagat beretika ialah ianya dapat mengawal pencapaian diri manusia, menjaga nama baik organisasi,mengurangkan kos pengurusan dan mewujudkan suasana yang sihat. Tujuan etika kerja sesuatu profesion diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah laku pengamal agar sesuai dengan keperluan dan harapan pelanggan. Secara amnya, para jurulatih perlu mematuhi perintah Am Kerajaan kerana Perintah Am ini dapat mengawal tingkah laku mereka. Perintah Am boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kod etika kerja seorang jurulatih. Selain

Upload: zulkanean-akim

Post on 09-Dec-2014

312 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Kerja Jurulatih

ETIKA KERJA JURULATIH

Etika berasal dari perkataan Greek, ethos yang memberi makna satu bidang

kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan yang dianggap baik

dan buruk. Aristotle pernah memberi pengertian etika sebagai persoalan tentang

perkara-perkara yang baik dari segi individu. Etika merujuk kepada peraturan dan

prinsip yang menentukan seseuatu kelakuan itu betul atau salah. Amalan pengurusan

beretika membawa pelbagai kebaikan bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi

membawa kepada kesan yang berpanjangan terhadapa imej organisasi. Ia akan

menghasilkan satu pandangan masyarakat yang baik kepada organisasi, di mana

organisasi akan dianggap sebagai bertanggungjawab dan tidak hanya menumpukan

kepada matlamat ekonomi semata-mata. Antara kebaikan mengamalkan gelagat

beretika ialah ianya dapat mengawal pencapaian diri manusia, menjaga nama baik

organisasi,mengurangkan kos pengurusan dan mewujudkan suasana yang sihat.

Tujuan etika kerja sesuatu profesion diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah

laku pengamal agar sesuai dengan keperluan dan harapan pelanggan. Secara amnya,

para jurulatih perlu mematuhi perintah Am Kerajaan kerana Perintah Am ini dapat

mengawal tingkah laku mereka. Perintah Am boleh dianggap sebagai sebahagian

daripada kod etika kerja seorang jurulatih. Selain dari Perintah Am, para jurulatih juga

harus mengamalkan enam belas etika kerja khusus untuk jurulatih iaitu:

i. Mendengar dan menghargai idea orang lain.

ii. Hargai orang yang suka belajar

iii. Kembalikan persoalan kepada pelatih dan galakkan mereka berfikir.

iv. Jadikan penglaman kerja pelatih sebagai contoh

v. Kongsi pengalaman kerja sendiri dengan pelatih

vi. Akui bahawa anda tidak tahu semua jawapan, biar peserta membantu.

vii. Elakkan pertelingkahan dan jangan membuat hukuman.

viii. Tunjukkan anda gembira kerana diberi peluang melatih peserta.

Page 2: Etika Kerja Jurulatih

ix. Gunakan masa tambahan untuk berinteraksi dengan pelatih, apabila ada

peluang.

x. Fokus kepada kebimbangan peserta dan bukan kepada kebimbangan

sendiri.

xi. Tunjukkan keyakinan terhadap pelatih.

xii. Adakan permulaan; kemukakan soalan yang dapat dijawab oleh pelatih.

xiii. Buat catatan akan segala rungutan pelatih dan laksanakan tindakan

susulan.

xiv. Bentuk perlakuan positif melalui maklum balas.

xv. Gunakan perkataan-perkataan yang diberikan oleh peserta apabila

menyenaraikan idea semasa kursus.

xvi. Berikhtiar supaya peserta rasa selesa.

Selain etika kerja, para jurulatih juga seharusnya mengukuhkan perwatakan

berpandukan beberapa amalan yang sesuai dengan kehendak dan peribadi seorang

pendidik. Beberapa amalan yang “boleh dan tidak boleh dilakukan” dan harus dihayati

oleh semua jurulatih adalah:

i. Jangan takut bertanya soalan.

ii. Jangan takut berdiam seketika

iii. Jangan bergantung kepada jargon teknikal

iv. Jangan merendahkan pandangan pelatih

v. Jangan mengkritik diri sendiri atau orang lain

vi. Jangan wujudkan kumpulan kerja yang terlalu besar

vii. Wujudkan “pertemuan mata”

viii. Peka kepada isyarat peserta

ix. Beri perhatian terhadap keselesaan

x. Mulakan sesi ikut masa

xi. Pastikan pelatih diberi masa untuk mengasah kemahiran

xii. Periksa semua alat abantu mengajar dan kelengkapan lain

Page 3: Etika Kerja Jurulatih

Profesionalisme jurulatih juga perlu mempunyai identiti tersendiri. Identiti jurulatih

dapat diwujudkan melalui persatuan jurulatih yang akan memperjuangkan hak-hak

jurulatih, menyediakan forum bagi mencetuskan pemikiran dan kreativiti dalam kegiatan

pembangunan sumber manusia dan mewujudkan rangkaian komunikasi antara agensi

dan individu yang terlibat di dalam bidang latihan.

Selain menjalankan peranan membangunkan orang lain, seorang jurulatih juga

perlu membangunkan diri sendiri secara berterusan melalui aktiviti latihan dalam

perkhidmatan dan pendidikan lanjutan. Berdasarkan kepada pengalaman para jurulatih

didapati bahawa kebanyakan kecekapan jurulatih diperolehi dari kursus-kursus pendek,

lawatan sambil belajar dan pembacaan sendiri. Tidak ramai yang mendapat latihan

dalam bidang kejurulatihan atau pembangunan sumber manusia secara formal.

Mengikut Chalofsky (1988) bakal jurulatih perlu dilatih secara formal, dan untuk menjadi

seorang jurulatih yang professional,dia bukan sahaja harus dilatih dalam bidang

kejurulatihan dan pembangunan sumber manusia tetapi dia juga juga perlu emahami

teras kegiatan organisasi tempat dia bekerja. Chalofsky (1988) mencadangkan supaya

jurulatih perlu dibekalkan dengan perkara-perkara berikut sebagai tambahan kepada

kecekapan sedia ada:

a. Memahami teras kegiatan organisasi sendiri.

b. Memahami perubahan teknologi dan kesanya kepada organisasi.

c. Kebolehan menangani keperluan organisasi.

d. Kemahiran menangani pelbagai masalah pekerja dan organisasi.

e. Kepimpinan

f. Pemikiran yang berorientasikan masa depan.

Sebagai strategi am untuk membangunkan diri, beberapa langkah yang sistematik

harus diikuti oleh setiap jurulatih. Langkah-langkah tersebut termasuklah :

a. Analisis diri sendiri

b. Fahami peranan sekarang dan masa depan

c. Senaraikan kecekapan asas untuk setiap peranan

Page 4: Etika Kerja Jurulatih

d. Tentukan tahap kecekapan sendiri.

e. Buat senarai keperlaun latihan mengikut keutamaan

f. Bentuk rancangan latihan dan pembangunan diri

g. Kenal pasti halangan dan sokongan yang diperlukan

h. Laksanakan rancangan latihan

i. Tentukan pencapaian matlamat pembangunan diri

Ciri-ciri Jurulatih yang berkesan

a. Yakin kepada kebolehan diri sendiri

b. Bermotivasi, berminat, berfikiran terbuka

c. Boleh membuat penganalisaan dan penilaian

d. Mudah bergaul, mudah mesra dan menyesuaikan diri

e. Suka membimbing peserta yang kurang aktif

f. Mudah memahami secara empati

g. Suka memberi kepujian kepada setiap penglibatan

h. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam tajuk yang diberikan

i. Berdiplomasi dalam hubungan dengan setiap peserta

j. Dapat mengenali nama setiap peserta

Ciri-ciri Jurulatih tidak berkesan

a. Mengajar secara kuliah

b. Suara pengajar lemah dan tidak kedengaran

c. Melakukan kesilapan semasa menggunakan ABM

d. Pengajar mudah terkeluar dari tajuk

e. Tidak membahagikan masa dengan bijak

f. Tidak menghiraukan emosi, tingkah laku dan pemikiran peserta

Page 5: Etika Kerja Jurulatih

Sikap Jurulatih

a. Menyesuaikan diri dalam suasana kelompok

b. Jujur menghormati ahli kelompok

c. Mengakui kepentingan kehadiran ahli

d. Berfikiran terbuka

e. Tidak bersifat “guru” dan agresif

f. Jangan beranggapan sebagai “pakar” atau “ahli”

g. Elakkan perdebatan dan bersifat diskriminasi

h. Pergerakan tangan yang menarik

i. Langkah yang sopan dan senyum mengikut keadaan

j. Pakaian mengikut kesesuaian

Kebolehan memimpin

a. Buat keputusan

b. Melatih dan Mengurus Latihan

c. Analisis kehendak kumpulan dan organisasi

d. Memilih kelompok sasar

e. Membentuk modul

f. Merekabentuk latihan / program

g. Mengendali dan menyampaikan latihan

h. Membuat penilaian

i. Menyediakan laporan

Fungsi semasa Jurulatih

a. Membantu menggerakkan kelompok

b. Membantu ahli-ahli menjadi efektif

c. Membantu kelompok membangunkan program dan aktiviti membantu pemimpin

kelompok berfungsi

Page 6: Etika Kerja Jurulatih

Peranan Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan

A. Peranan Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan di peringkat

kebangsaan – sila rujuk peranan dan tanggungjawab di dalam Skim

Kejurulatihan Kebangsaan kecuali Jurulatih Kanan Negeri

a. Pembantu Jurulatih

b. Jurulatih

c. Jurulatih Kanan Negeri ***

d. Jurulatih Kebangsaan

e. Jurulatih Kanan Kebangsaan

f. Panel Kejurulatihan Kebangsaan

B. Cadangan senarai tugas dan peranan Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat

Kebangsaan di peringkat negeri.

a. Membantu PKK Negeri menyediakan kertas kerja program Pusat

Kokurikulum ( program pelajar dan program peningkatan kemahiran

jurulatih di peringkat negeri )

b. Mencalonkan calon jurulatih kepada Pengurusan PKK Negeri untuk

memenuhi syarat Skim Kejurulatihan Kebangsaan sedia ada.

c. Memastikan jurulatih yang bertugas mematuhi SOP aktiviti yang telah

disediakan.

d. Memastikan jurulatih di PKK Negeri mematuhi etika kerja dan pakaian

semasa menjalankan tugas di Pusat Kokurikulum.

e. Mewujudkan rangkaian kerja yang positif dikalangan jurulatih di

seluruh negara.

f. Membantu menyelia, memantau dan menilai keberkesanan program

dan membuat laporan pemantauan mengikut Borang Pemantauan

yang disediakan.

g. Membantu Pengurusan Pusat Kokurikulum Negeri di dalam

merancang takwim aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan

Page 7: Etika Kerja Jurulatih

program peningkatan kemahiran kejurulatihan Pusat Kokurikulum

Negeri.

h. Merancang, melaksanakan, menyelia, memantau dan menilai semua

program yang berkaitan dengan prestasi jurulatih di peringkat negeri.

i. Membantu membuat agihan kemahiran dan kepakaran jurulatih sedia

ada.

j. Dicadangkan jurulatih peringkat kebangsaan berada di dalam

kelompok jurulatih tetap di Pusat Kokurikulum bagi memastikan

tugasan dan bidang tugas dapat dilaksanakan.

k. Mewujudkan kumpulan kerja di dalam bidang kejurulatihan yang

mantap, berwatak dan berwibawa di setiap Pusat Kokurikulum Negeri.

Kesimpulan

Kejayaan melaksanakan rancangan program pembangunan diri dan sumber

manusia memerlukan sokongan dari pelbagai pihak seperti ketua, penyelia dan kawan

sepejabat. Dalam usaha memartabatkan Jurulatih Pusat Kokurikulum peringkat

kebangsaan barisan Jurulatih peringkat kebangsaan bersama-sama Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu menyediakan garis panduan

yang standard di dalam menentukan siapa dan bidang tugas jurulatih yang bakal

menentukan kejayaan sesuatu program yang dirancang. Peranan jurulatih sebagai

individu yang akan memudahkan pelaksanaan sesuatu program pembangunan

membantu di dalam usaha mencapai keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan

sesuatu program. Sebagai individu yang bakal menguruskan program pembangunan

sumber manusia seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyediakan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif, menyediakan aktiviti

latihan yang sesuai dan relevan dengan peserta, memberi pendedahan yang boleh

menyokong dan memperkuatkan ilmu dan pengetahuan semasa, mengendalikan

proses kelompok secara terbaik mengikut kebolehan, berkongsi pendapat, pengalaman

dengan semua dan bersikap terbuka.

Page 8: Etika Kerja Jurulatih

Rujukan

1. Chek Mat, 2004. Kursus Kejurulatihan Belia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Sdn. Bhd.

2. Hamdan Abd. Kadir, Hanipah Hussin dan Mohamad Saprin, 2004. Teknik Mengajar Dewasa – Panduan untuk Jurulatih. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

3. Ibrahim bin Mamat, 2001. Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan – Konsep Amalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd. Makhbul, 2003. Pengurusan Organisasi Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

5. Rahmat Ismali, 1997. Etika Sosial – satu peradaban dan kehidupan social manusia. Kuala Lumpur. Utusan Pubications & Distributors Sdn. Bhd.