‘etika berurusan dengan masyarakat’ (24 november...

9
KHUTBAH JUMAAT ‘Etika Berurusan Dengan Masyarakat’ (24 November 2017M/ 5 Rabiulawal 1439H) _____________________________________________________________________________________________________ Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Segala puji kita panjatkan kepada Allah di atas nikmat keimanan dan keamanan. Marilah kita pastikan agar kita memelihara ketakwaan kita kepada Allah. Semoga dengan berkat ketakwaan itu, Allah subhanahu wata’ala mengekalkan limpahan keberkatan dan keamanan dalam kehidupan ini. Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Sebagai rakyat sebuah negara seorang individu muslim wajar sentiasa menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat tanpa mengira tempat beliau berada. Menyumbang dan membangun sehingga kebaikannya dirasai dan kewujudannya dihargai oleh sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Pada hari ini, mimbar ingin menyentuh satu aspek yang perlu kita perhatikan ketika kita berinteraksi dan berurusan dengan 1

Upload: vuonganh

Post on 25-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KHUTBAH JUMAAT

‘Etika Berurusan Dengan Masyarakat’ (24 November 2017M/ 5 Rabiulawal 1439H)

_____________________________________________________________________________________________________

Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Segala puji kita panjatkan kepada Allah di atas nikmat

keimanan dan keamanan. Marilah kita pastikan agar kita

memelihara ketakwaan kita kepada Allah. Semoga dengan berkat ketakwaan itu, Allah subhanahu wata’ala mengekalkan

limpahan keberkatan dan keamanan dalam kehidupan ini.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Sebagai rakyat sebuah negara seorang individu muslim wajar

sentiasa menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat

tanpa mengira tempat beliau berada. Menyumbang dan membangun sehingga kebaikannya dirasai dan kewujudannya

dihargai oleh sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

Pada hari ini, mimbar ingin menyentuh satu aspek yang perlu kita perhatikan ketika kita berinteraksi dan berurusan dengan

1

masyarakat. Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam

bersabda yang bermaksud:

(( Orang mukmin yang bergaul dengan manusia serta bersabar di atas gangguan mereka lebih baik daripada

orang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia serta

tidak bersabar di atas gangguan mereka )). (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi)

Apakah yang dimaksudkan dengan “bergaul dengan manusia” pada hadis tadi? Imam al-Mubarakfuri rahimahullah

menjelaskan maksud daripada sabda Baginda sallallahu alaihi

wasallam : “bergaul dengan manusia” itu sebagai berikut :

“Ia membawa pengertian seorang Mukmin yang tinggal

bersama manusia, bermastautin di tengah-tengah masyarakat.”

Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Hadis ini merupakan panduan kenabian bagi seorang untuk

hidup bermasyarakat. Ia merupakan pilihan Nabi Muhammad

sallallahu alaihi wasallam dan juga para sahabatnya. Nabi

Muhammad sallallahu alaihi wasallam ketika berhijrah ke kota Madinah, baginda memilih untuk bermastautin di tengah-tengah

masyarakat kota Madinah, dan bukannya hidup sendirian

ataupun beruzlah. Baginda berinteraksi dengan masyarakat,

mendengar keluhan mereka, berurusan dengan mereka. Begitu juga para khulafa’ Ar-Rasyidun. Mereka akan sentiasa

memastikan bahawa bukan sahaja diri mereka, bahkan

2

segenap petugas yang di bawah seliaan mereka, sentiasa

berhubungan dan mengetahui keadaan masyarakat tempatan. Sebabnya, pergaulan dengan masyarakat awam akan

menjadikan mereka mampu untuk berkongsi kebaikan dan

melaksanakan kebajikan serta saling menasihati antara satu dengan yang lain. Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam

Surah Al-‘Asr, ayat 1-3:

Maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam

kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh

dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta

berpesan-pesan dengan sabar.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Hadis yang dibacakan awal tadi, merupakan peringatan serta

panduan akan cabaran yang terkandung ketika berurusan

dengan masyarakat. Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda

“dan dia bersabar di atas gangguan mereka”, ia merupakan satu peringatan bahawa masyarakat ini terdapat pelbagai sifat,

kerenah dan kecenderungan. Kerana itu, kadangkala ketika

seseorang berurusan dengan masyarakat majmuk, terdapat

keadaan yang tidak dijangkanya ataupun salah faham yang

3

tidak dapat dielak. Bahkan mungkin juga ada yang kurang

memerhatikan adab-adab dan etika pada pertuturannya, pergerakannya ataupun pada kenyataan yang dikeluarkannya

di media sosial.

Justeru, sebagai seorang mukmin yang hidup dengan panduan

agama, kita memahami bahawa Islam mengajar kita

kepentingan seseorang menjaga adab etika serta bersabar pada setiap saat dan ketika. Ketika orang berbudi, seharusnya

kita berbahasa. Bahkan ketika seseorang berkelakuan kurang

elok, walaupun marah dan keinginan peribadi ini ingin

membalas kata-kata kasar itu, dengan suatu tindakan yang sama kasarnya, Islam tetap mengajar kita untuk kekal beradab

dan beretika.

Kerana sekiranya suatu perangai yang buruk kita balas dengan

keburukan juga, maka tiada perbezaan antara kita dengan

pihak yang berkelakuan kurang sopan tersebut. Maka tindakan yang terbaik ialah apa yang diajar oleh Nabi Muhammad

sallallahu alaihi wasallam kepada kita sebagai umatnya iaitu

memelihara lisan kita, dan mensucikan hati kita. Biarkan situasi

tersebut berlalu. Kemudian pada waktu yang sesuai, berilah teguran serta nasihat dan panduan dengan penuh hikmah. Dan

bukannya sindiran ataupun kata-kata sinis yang boleh

mengeruhkan lagi keadaan.

Imam Al-Ghazali rahimahullah, memberi kita suatu penjelasan,

yang amat bermakna, berkaitan apakah maksud memberi nasihat? Beliau menjelaskan bahawa memberi nasihat itu,

4

adalah untuk kita menginginkan kekalnya nikmat Allah ke atas saudara kita.

Subhanallah! Sekiranya kita amati kata-kata Imam Al-Ghazali rahimahullah ini, ternyata padanya terkandung hikmah dan

pengajaran. Imam Al-Ghazali rahimahullah berpendapat

bahawa ketika anda memberi nasihat kepada seorang teman,

tujuannya bukanlah untuk menjatuhkan teman, bukan juga untuk memuaskan rasa marah di hati ataupun membalas

keburukan dengan keburukan yang sama, tetapi nasihat itu

bermula dengan menaruh niat ikhlas serta mengharapkan

kebaikan untuk semua. Inilah akhlak dan ciri yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang ingin mengamalkan sunnah nasihat

menasihati antara satu dengan yang lain. Perhatikan

keikhlasan di hati, tatkala ingin menegur teman.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Pengajaran yang terakhir yang ingin di kongsikan adalah, ketika kita berhadapan dengan cabaran dalam interaksi kita dengan

masyarakat, ataupun tatkala berhadapan dengan suatu situasi

yang negatif, ia tidaklah seharusnya memutuskan semangat

kita. Bahkan ia seharusnya menjadi pemangkin semangat untuk sentiasa menyumbang dan berusaha membawa kepada

perubahan dan kebaikan.

Ia memerlukan kepada suatu anjakan sikap, yang sentiasa

melihat kepada kebaikan insan, yang melihat kepada potensi

setiap individu untuk menyumbang, dan bukannya hanya melihat kepada aspek negatif. Begitulah kehidupan Nabi

5

Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Lebih-lebih lagi di awal

Islam, ketika baginda sallallahu alaihi wasallam berhadapan dengan cabaran dan permusuhan ketika berdakwah. Baginda

tidak pernah putus asa. Bahkan baginda sentiasa melihat

kepada kebaikan insan. Melihat kepada potensi setiap individu, sekiranya bukan hari ini, akan tetapi potensinya di masa depan.

Kita berdoa kepada Allah agar Allah subhanahu wata’ala sentiasa mengurniakan kepada kita hati yang suci, minda yang

bersih serta ketaqwaan diri untuk terus berbakti dan berkorban

demi kesejahteraan ramai. Dan semoga melalui sumbangan

yang mampu kita hulurkan tersebut, ia bakal menjadi sebab kita memperoleh keberkatan hidup di dunia dan kebahagiaan abadi

di akhirat Amin.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah, Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak

Tahun 1439H/2017M, mimbar ingin menyeru masyarakat Islam di Bahagian Kuching terutamanya, untuk turut sama menghadiri

Majlis Kesyukuran yang akan diadakan di Masjid Jamek Negeri

Sarawak, pada hari Khamis, 30 November 2017, bermula dari

solat Maghrib, dan Majlis Perhimpunan pada hari Jumaat, 1 Disember 2017M, seawal jam 6.00 pagi, bertempat di Dataran

Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching.

Sebagai mengakhiri khutbah, marilah sama-sama kita

menghayati firman Allah subhanahu wata’ala di dalam Surah al-

Ahzab, ayat 21 :

6

Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang

sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik)

hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

ـاكـــم بــما فــيه مـــن إيـ بــارك اهلل لــي ولــكم فــي الــقرءآن الــعظيم، ونــفعني وميع ـــه هـــــو الــــس اآليــــات والــــذكـــــر الــــحكيم، وتــــقبل مـــــني ومـــــنكم تـــــالوتــــه، إنـالـــــعليم. أقـــــول قـــــولــــي هـــــذا، وأســـــــــتغفر اهلل الـــــعظيم لــــي ولـــــكم، ولــــسائـــــر ــه هــــو الـمســـــــلمني والـمســـــــلمات، والــــمؤمــــنني والــــمؤمــــنات، فـــاســـــــتغفروه إنـ

الغفور الرحيم .

7

KHUTBAH JUMAAT KEDUA _____________________________________________________________________________________________________

ـھ إال هللا ـ الـحـمد >، الـحـمد > حـمدا كـثیرا كـما أمـر. أشھـد أن ال إلھم دا عـبده ورسـولـھ. الل وحـده ال شـریـك لـھ، وأشھـد أن سـیدنـا مـحـمد وعـلى ألـھ وأصـحابـھ أجـمعین. صـل وسـلم وبـارك عـلى سـیدنـا مـحـمقوا هللا حـق تـقاتـھ لـعلكم تـفلحون. قـال هللا ـا بـعد، فـیا عـباد هللا، اتـ أم

تعالى:

ذیـن آمـنوا صـلوا عـلیھ إن هللا ومـآلئـكتھ یـصلون عـلى الـنبي یـا أیـھا الـوسلموا تسلیما

د، كـما صـلیت د وعـلى أل سـیدنـا مـحـم ھم صـل عـلى سـیدنـا مـحـم اللعـلى سـیدنـا إبـراھـیم وعـلى أل سـیدنـا إبـراھـیم، وبـارك عـلى سـیدنـا د، كـما بـاركـت عـلى سـیدنـا إبـراھـیم وعـلى د وعـلى أل سـیدنـا مـحـم مـحـمھم عـن أل سـیدنـا إبـراھـیم، فـي الـعالـمین، إنـك حـمید مــجید. وارض الل ، اشـدیـن الـمھـدیـین، سـاداتـنا أبـي بـكر وعـمر وعـثمان وعـلي الـخـلفاء الـرھم اغـفر یـن. الل حابـة والـتابـعین لـھم بــإحـسان إلـى یـوم الـد وعـن الـصللمســلمین والـمســلمات والـــمؤمــنین والـــمؤمــنات األحــیآء مــنھم واألموات. إنك سمیع قریب مـجیب الدعوات ویا قاضي الحاجات. Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan

muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun

yang telah meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian

dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini,

lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara

kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

8

Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya

Tuan Yang Terutama Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami,

tingkatkanlah amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah

rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi

pekerti yang mulia, bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai,

lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau

panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran.

Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon ke hadratMu ya Allah,

jadikanlah setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia

generasi pelapis negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah,

bertanggungjawab, dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah

masyarakat yang baik, aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat daripadaMu, ya Allah. Peliharalah

kami serta generasi yang mewarisi kami, daripada terlibat dalam apa jua

unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat

dan negara.

نـیا حـسنة وفـي اآلخـرة حـسنة وقـنا عـذاب الـنار. أمـین، نآ أتـنا فـي الـد ربـأمـین یـا رب الـعالــمین. عـباد هللا. إن هللا یـأمـر بـالـعدل واإلحـسان. وإیـتآء ذي الــقربــى وینھــى عــن الــفحشآء والـــمنكر والــبغي. یــعظكم لــعلكم ـرون. فـاذكـروا هللا الـعظیم یـذكـركـم. واشـكروه عـلى نـعمھ یـزدكـم. تـذكواسـألــوه مـن فـضلھ یـعطكم. ولـذكـر هللا أكـبر. وهللا یـعلم مـا تـصنعون.

الة. أقیموا الص

9