masyarakat majmuk, demokrasi dan pendidikan

Upload: cr-sj-tang-gbk

Post on 07-Apr-2018

324 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    1/70

    Masyarakat majmuk, demokrasi danMasyarakat majmuk, demokrasi danMasyarakat majmuk, demokrasi danMasyarakat majmuk, demokrasi dan

    pendidikanpendidikanpendidikanpendidikan

    Disediakan oleh:

    Muhammad zafran bin abdul gaffor

    D20052024006

    Pendidikan perakaunan

    Universiti pendidikan sulatan idris (upsi)

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    2/70

    2

    ISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

    KANDUNGAN M/S

    Penghargaan 2

    Pengenalan 3

    Masyarakat Majmuk 4 -22

    Demokrasi 23-30

    Pendidikan 31-69

    Kesimpulan 70

    Rujukan 71

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    3/70

    3

    PengenalanPengenalanPengenalanPengenalan

    Dalam negara kita menuju ke arah wawasan 2020, patut kita sedari bahawa negara kita

    iaitu Malaysia adalah negara majmuk yang mana terdiri daipada pelbagai budaya dan

    rakyat yang menganuti pelbagai agama. Dalam tugasan atau kajian yang bertemakan

    masyarakat majmuk, demokrasi dan pendidikan pelbagai budaya di Malaysia kita

    dapat merenung kembali bahawa terdapat perkaitan yang rapat dan penting dari segi

    pendemokrasian dan pendidikan dinegara ini yang terdiri daripada pelbai etnik dan

    budaya. Apa yang hendak dibincangkan disini adalah berkaitan dengan masyarakat

    majmuk yang mendasari demokrasi dan pendidikan dinegara Malaysia ini. Sepertimana

    yang kita ketahui sebelum mencapai kemerdekaan negara kita telah dijajahi oleh

    Perancis, Belanda dan akhir sekali British yang memiliki Tanah Melayu melalui

    perjanjian Inggeris-Belanda. Di zaman pemerintahan British telah membawa masuk etnik

    India untuk memenuhi tenaga kerja di ladang-ladang, manakala Etnik Cina juga dibawa

    untuk memenuhi permintaan kerja_kerja perlombongan. Dasar Inggeris inilah yang

    dikatakan mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia sehingga kini. Apabila Tanah

    Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 31 Ogos 1957, negara ini telah mengalami

    satu sistem politik yang berpecah-pecah dari segi kumpulan etnik, bahasa dan

    kebudayaan. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan sistem pendidikan penjajah yang

    diasaskan mengikut kumpulan-kumpulan suku kaum tadi. Dengan keadaan sosial

    yang ada, unsur-unsur yang boleh membawa ke arah integrasi nasional adalah sedikit

    dan pendidikan dianggap satu daripadanya. Dengan ini pelbagai dasar-dasar yangdigubal oleh kerajaan untuk mewujudkan negara demokrasi yang memberi keadilan

    kepada semua kaum. Selain itu, pendidikan adalah merupakan satu aset yang sangat

    penting kepada perpaduan sesebuah negara terutamanya negara pelbagai kaum dan

    ia akan ditekankan dalam perbincangan ini. Pendidikan moden dinegara ini banyak

    dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh barat yang telah memerintah negara kita

    dahulu kala. Kita akan melihat perubahan sistem pendidikan sebelum merdeka,

    selepas merdeka dan sehingga masa kini serta konsep dan peranan pendidikan itu

    sendiri.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    4/70

    4

    MASYARAKAT MAJMUK

    DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK

    Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang

    hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi

    hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri.

    PENGENALAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

    Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi

    etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang

    berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira kira satu perempat

    daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India.

    Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

    Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum

    bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh puluh kumpulan etnik

    tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke 20, kebanyakan daripada

    mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukarkepada Kristian atau memeluk Islam. Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk

    yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan

    penduduk Malaysia tidak sama dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap

    di Semenanjung Malaysia.

    Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dengan Melayu, Cina dan India hidup

    aman. Melayu ialah masyarakat terbesar dengan mencapai 60% daripada populasi

    Malaysia. Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mempunyai hak politik yang

    besar. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakan kaum Cina

    berkepercayaan Budha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka,

    Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula

    membentuk 7% hingga 10% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu,

    http://www.askfactmaster.com/enc-ms/Melayuhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Bahasa_Melayuhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Indiahttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Sarawakhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Sabahhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Islamhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Islamhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Islamhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Sabahhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Sarawakhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Indiahttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Bahasa_Melayuhttp://www.askfactmaster.com/enc-ms/Melayu
  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    5/70

    5

    bercakap Tamil, Malayalam, dan Hindi, dan tinggal di bandar bandar besar di pantai barat

    semenanjung. Selain itu, ada juga kaum Sikh, Eurasian dan kaum bumiputera lain.

    Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara

    meluas.

    Kaum Bumiputera terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600, 000 orang. Mereka tinggal

    di rumah panjang, dan menetap di Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula

    (170,000) pula tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140, 000) tinggal di

    Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup

    seperti nomad, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden

    Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai

    pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya inidisebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya

    makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli.

    Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada

    diantara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

    Muzik tradisional Malaysia banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan

    Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan

    sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal

    daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan

    kraf seperti batuk, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

    ASAL-USUL KUMPULAN ETNIK

    Malaysia yang pada asalnya merupakan Semenanjung Tanah Melayu mempunyai latar

    belakang sejarah yang panjang. Sejarah etnik Melayu di Malaysia memuncak apabila

    kesultanan Melayu Melaka rnenjadi kerajaan yang besar dan berkuasa di Asia Tenggara

    pada permulaan abad yang ke-15. Orang-orang Melayu sememangnya diakui sebagai

    penduduk asal atau anak bumi kepulauan Melayu. Di Malaysia kedudukan orang-orang

    Melayu dan yang serumpun dengannya memang diakui sebagai bumiputera oleh

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    6/70

    6

    perlembagaan. Sebelum kebangkitan empayar Melaka kepulauan Melayu sebenarnya

    telah dipengaruhi oleh kebudayaan India dan kepercayaan Hindu1. Apabila Melaka

    berkembang sebagai empayar, orang-orang Melayu telah menukar agama kepada Islam

    selaras dengan kepimpinan sultan yang telah memeluk islam. Pada peiringkat awal

    pengislaman orang-orang Melayu telah dilakukan oleh para mubaligh dan saudagar dari

    Timur Tengah dan India., Melaka akhirnya telah menjadi pusat tamadun Islam di Asia

    Tenggara sehinggalah kedatangan pihak kolonial barat yang telah banyak mempengaruhi

    dasar negara secara umumnya dari segi pendidikan, politik, ekonomi, sosial pelbagai

    budaya di Malaysia.

    Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 menandakan permulaan kejatuhan

    empayar Melayu dan bermulanya kolonialisassi Eropah. Penguasaan Portugis

    kemudiannya telah digantikan oleh Belanda pada tahun 1641. Sungguhpun berada di

    bawah koloni Portugis dan Belanda, etnik Melayu masih menjadi penduduk terbesar

    Malaysia kerana belum terdapat kedatangan imigran secara besar-besaran pada masa ini.

    Pengaruh bukan Melayu adalah sangat terhad. Pada tahun 1824 Melaka telah diserahkan

    kepada Inggeris oleh Belanda menerusi perjanjian Inggeris-Belanda. Minat Inggeris

    terhadap Malaysia sebagaimana juga pihak kolonial yang sebelumnya hanyalah tertumpu

    kepada kepentingan perdagangan. Senario kependudukan berubah dengan signifikan

    semasa penjajahan Inggeris apabila kehendak-kehendak ekonomi kapitalis yang

    dibawanyaa menyebabkan kebanjiran pendatang terutamanya dari China dan India ke

    negeri-negeri Melayu. Campur tangan Inggeris sebenarnya telah bermula apabila Francis

    Light menduduki Pulau Pinang pada bulan Ogos 1786. Pada abad ke-19 kepentingan

    perdagangan Inggeris dengan bantuan kekuatan tenteranya secara beransur-ansur telah

    mengawal seluruh Tanah Melayu. Hingga tahun 1826, Inggeris telah menguasai tiga

    pelabuhan perdagangan penting iaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka yang dikenali

    sebagai Negeri-negeri selat. Pada peringkat awal Inggeris dikatakan mengamalkan polisi

    tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu namun tujuan ekonomi

    kapitalis mereka telah menyebabkan polisi bertukar. Menjelang tahun 1895, empat negeri

    iaitu Perak, selangor, Negeri Sembilan dan Pahang secara kolektif dikenali sebagai

    1 (Purcell 1965).

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    7/70

    7

    negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ditadbirkan secara pusat yang diketuai oleh

    Residen Jeneral.Inggeris telah menjadi pelindung kepada negeri-negeri berkenaan dan

    residen-residen dikatakan berfungsi sebagai penasihat sultan. Namun dalam pada itu

    dalarn keadaan sebenarnya residen telah mengambil alih peranan raja dalam pentadbiran

    negeri-negeri berkenaan. Antara tahun 1900 hingga 1930, secara beransur-ansur lima lagi

    negeri

    Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah dan Perlis berada dibawah lindungan Inggeris dan

    kemudiannya dikenali sebagai negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sabah dan

    Sarawak juga dalam masa yang lebih kurang sama telah dijajahi oleh Inggeris.

    Menguasai pentadbiran bermakna memudahkan Inggeris menjalankan polisi perdagangan

    yang berpihak kepada kepentingan ekonominya. Terdapat kekurangan tenaga pekerja

    diperlombongan dan perladangan. Inggeris telah mengatasi masalah itu dengan

    menggalakkan atau mengimport kedatangan buruh dari China dan India. Galakan aktif

    telah diberikan oleh pentadbiran Inggeris kepada orang-orang Cina untuk

    memasuki Negeri-negeri Selat dan Sarawak. Selain daripada bekerja di sektor

    perlombongan, orang-orang Cina menjadi peladang, peniaga dan petukang. Komuniti

    Cina juga dianggap bernilai kerana memberikan jaminan pendapatan kerajaan daripada

    cukai perniagaan seperti cukai-cukai candu, khinzir, pajak-gadai dan minuman keras.

    Pertumbuhan ladang-ladang getah pada penghujung abad ke19 telah menjadi faktor

    utama kedatangan beramai-ramai imigran India. Ini ditambah pula dengan pertambahan

    ladang-ladang kelapa sawit pada suku pertama abad ke-20. Peladang-peladang Eropah

    gemar mengambil pekerja-pekerja Tamil berdasarkan pengalaman di Ceylon yang

    mendapati orang-orang Tamil sangat sesuai bekerja di ladang. Orang-orang Tamil yang

    diambil dan direkrut daripada kasta atau lapisan bawah masyarakat2, dianggap sudah

    terbudaya dan patuh kepada pemerintahan British berbanding orang-orang Melayu.

    Orang-orang India juga membekalkan tenaga buruh untuk kerja-kerja awam khususnya

    dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Dengan kata lain imigran India sangat

    dikehendaki sebagai buruh-buruh ladang dan pembangunan infrastruktur.

    2 (Andaya 1982:79)

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    8/70

    8

    Dalam jangka masa lebih daripada satu ratus lima puluh tahun pemerintahan kolonial

    British di Malaysia (1786 hingga 1957), masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu

    telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenis Malaysia yang

    mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

    Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, Melayu membentuk 49.8 peratus daripada

    penduduk, Cina 37.2 peratus dan India 11.3 peratus3. Baki etnik-etnik lain adalah

    daripada kalangan Bajau, Iban, Orang Asli, Arab, Armenian, Eurasian dan lain-lain. Dari

    segi kepercayaan, Melayu masih mengekalkan Islam sebagai agama mereka. Walau

    bagaimanapun kaum-kaum imigran secara majoritinya tidak mengasimilasikan

    kepercayaan mereka dengan agama orang-orang tempatan. Etnik Cina dan India

    mengekalkan kepercayan yang mereka bawa. Lebih kurang 80 peratus imigran India

    adalah Hindu4. Sementara itu kaum Cina selalu danggap sebagai pihak yang paling

    bersikap toleransi dan ringkas, dalam perkara agama. Mereka merupakan golongan yang

    mempercayai roh-roh dan hantu-hantu, tuhan-tuhan dan watak-wattak hero yang berada

    bersama-sama mereka di mana-mana jua mereka berada sebagai sebahagian daripada

    dunia material di sekeliling mereka5. Sungguhpun begitu kebanyakan daripada mereka

    boleh dikategorikan sebagai sama ada menganalkan kepercayaan-kepercayaan Buddha,

    Konfusius, Taoist dan Kristian.

    BANCIAN TERHADAP PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

    Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos, 1957, ia

    mewarisi pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh penjajah British. Di antara yang

    terpenting ialah berhubung dengan masalah kependudukan. Dasar penjajah British yang

    membawa masuk buruh-buruh asing terutama dari negara China dan India untuk tujuan-

    tujuan ekonomi telah mengubah struktur demografi negara ini hingga menimbulkan

    3 (Hock 1987)4 (Arasaratnam 1979)5 (Purcell 1948: 119)

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    9/70

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    10/70

    10

    KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

    Proses dan cara kedatangan masyarakat luar:

    a. Indenture(perjanjian bertulis)

    b. Kontrak

    c. Kangani

    d. Bebas

    SEBAB-SEBAB PENGHIJRAHAN

    i. Faktor Tarikan (Luaran)

    a) Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih

    timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan.

    b) Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British

    membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh

    secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh.

    c) Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan

    industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah

    Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai.

    d) Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing.

    Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya

    merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh.

    e) Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    11/70

    11

    ii. Faktor Tolakan (Dalaman)

    a) Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik yang

    tidak stabil di negara asal imigran(pendatang).

    b) Kekurangan rangsangan ekonomi.

    c) Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan.

    DASAR INGGERIS DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI

    MALAYSIA

    Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan

    pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal

    ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan

    masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap

    kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial.

    Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris

    seperti huraian berikut:

    i. Dasar Politik

    Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi Jabatan Perlindungan Orang Asing,

    dan undang-undang buruh. Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas

    iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris

    seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan

    seperti indenture(perjanjian bertulis), kangani, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza

    dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan

    menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran

    balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga

    menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik

    tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang

    imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    12/70

    12

    bagi merancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi

    melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

    Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Jabatan Perlindungan Orang Asing

    bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi

    gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini

    dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan

    Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat

    tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi

    menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-

    undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang

    sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan

    kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal

    mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini

    keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada

    pemerintah Inggeris.

    Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa

    kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang

    berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah

    mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang

    dihadapi oleh masyarakat pribumi.

    ii. Dasar Ekonomi

    a) Dasar ekonomi komersial - kapitalisme dan bebas.

    b) Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial.

    c) Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah.

    d) Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.

    e) Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    13/70

    13

    iii.Dasar Sosial

    Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar Pendidikan pemerintahan Inggeris.

    Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di

    Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris

    menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di

    Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan

    sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud

    sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti

    setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan

    mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka.

    Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang

    ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya

    mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak

    memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud

    keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal

    ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana

    mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara

    asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan

    mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    14/70

    14

    MASYARAKAT MELAYU

    Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat

    resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-

    bangsa lain di dunia. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak

    sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumantera. Di sana

    letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya

    Kerajaan Srivijaya.Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan

    berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah

    tinggi6.

    Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur

    dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat

    Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi

    seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak

    kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing

    kelompok serumpun tersebut. Walau bagaimanapun jua, dalam artikel ini, definisi

    Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.

    Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing,

    dan lain-lain, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat

    istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi

    yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai

    orang Melayu. Mereka dikatakan telah "masuk Melayu".

    Penyebaran penduduk Melayu di Malaysia

    Mengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya

    berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut,

    6Harun Aminurrrashid,1966Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu,

    hlm 4-5.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adat_resam&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adat_resam&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Etimologi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Etimologi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adat_resam&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adat_resam&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    15/70

    15

    penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk Iban,

    Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri

    daripada penduduk bukan pribumi, yaitu orang Tionghoa (5,4 juta 25,7%), dan orang

    India, Serani (orang Indo) dll (3,1 juta 14,7%).

    Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa,

    di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit

    politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan

    kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

    Sistem Ekonomi

    Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan

    menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit,

    kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota

    kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas, sebagai pekerja di sektor perindustrian,

    perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang

    Melayu bandar secara relatifnya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi

    oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghua.

    Sistem Politik

    Sistem politik Melayu sebelum penjajahan adalah sistem feudal di mana setiap negeri

    diperintah oleh Sultan dengan dibantu oleh pembesar dari kalangan bangsawan. Rakyat

    patuh dan taat kepada Sultan dan menganggap Sultan mempunyai daulat (keturunan

    mulia, mempunyai kuasa magik dan lain-lain). Ketika orang Inggeris menjajah Malaysia,

    Sultan hanya diberi kuasa dalam hal-hal yang berhubungan dengan agama dan adat

    istiadat saja. Walaupun Malaysia kini sudah mencapai kemerdekaan, tetapi kedudukan

    Sultan ditetapkan hanya memenuhi fungsi simbolik. Malaysia kini mengikuti sistem

    politik Demokrasi Berparlimen dan Monarki Konstitusional.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    16/70

    16

    Agama dan kepercayaan

    Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun begitu, sisa-sisa unsur agama

    Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak

    dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di

    mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur

    Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengubatan

    tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.

    Adat istiadat

    Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur luar

    selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Tanah Melayu. Dalam

    pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam

    dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan

    adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan

    tapi ia terus diamalkan.

    Kesenian

    Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu: seni persembahan

    (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah,

    kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan,

    tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk

    dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri

    yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur tempatan dan luar. Sistem

    kekeluargaan dan perkahwinan

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    17/70

    17

    Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:

    yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)

    yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)

    Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem

    kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

    Orang Melayu melakukan perkahwinan monogami dan poligami. Bentuk perkahwinan

    endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di

    sebahagian tempat, ia diutamakan. Perkahwinan campur juga ada, tetapi tidak begitu

    popular. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang

    perkahwinan Islam (Mazhab Shafie).

    MASYARAKAT INDIA

    Masyarakat India merupakan kumpulan etnik terkecil diantara 3 kumpulan etnik utama di

    Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah

    masyarakat majmuk di negara kita. Jumlah masyarakat India adalah lebih kurang 10%

    daripada populasi penduduk di Malaysia. Masyarakat India telah datang ke Malaysia

    lebih kurang 2000 tahun tetapi tidak menetap sehinggalah abad ke 19. Kebanyakkan

    mereka datang dari Selatan India, meninggalkan kemiskinan. Setelah tiba di Malaysia,

    ramai golongan India bekerja sebagai penoreh getah, sementara yang lain pula bekerja

    sebagai buruh atau pentadbir dan peniaga kecil-kecilan. Kebanyakkan mereka adalah

    berketurunan Tamil yang menerangkan golongan Selatan India yang datang ke negara ini

    semasa pemerintahan kolonial British. Dengan harapan untuk membebaskan diri daripada

    Sistem Kasta India, mereka datang ke negara ini untuk membina kehidupan yang lebih

    baik. Selain Tamil, masyarakat India Gujerat dan Sindhi Selatan India juga telah datang

    ke negara kita. Selain itu, terdapat juga masyarakat India dari Utara India yang datang

    dan menetap ke negara kita iaitu Punjabi, Bengali, Gujerat dan Sindhi. Pembahagian

    etnik india berkait rapat dengan pengkhususan pekerjaan. Sebagai contoh masyarakat

    India Tamil secara majoritinya bekerja di ladang-ladang getah dan hanya sebilangan kecil

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    18/70

    18

    yang bekerja di Jabatan Pekerjaan Awam kerajaan. Kaum India Telegus juga adalah

    bekerja di ladang getah manakala kaum India Malayalee terbahagi kepada pekerja ladang

    dan profesional. Kaum India dari Utara India kecuali Sikh adalah golongan pedagang dan

    peniaga. Sebagai contoh kaum India Gujerat dan Sindhi memiliki perniagaan tekstil

    penting di Malaya. Manakala kaum India Sikh pula adalah bekerja sebagai polis ataupun

    pemerhati7.

    Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka

    dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan

    oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat

    Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga

    masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itumaklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

    MASYARAKAT CINA

    Kaum Cina merupakan penduduk China yang datang dan menetap di Malaysia.

    Merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah 25% daripada

    populasi Malaysia. Kebanyakkan mereka berketurunan pendatang pada abad ke 19.

    Kemasukan masyarakat Cina ke Malaysia adalah melalui sistem Kanchu. Sebilangankecil peneroka Cina membentuk kumpulan Cina Peranakan atau Cina Selat

    8. Golongan

    Cina terkenal dengan kerajinan dan mahir dalam bidang perniagaan. Masyarakat Cina di

    Malaysia telah menguasai ekonomi negara sejak dulu lagi, tetapi dengan pelaksanaan

    polisi untuk melindungi hak bumiputera oleh kerajaan, bahagian mereka terbatas. Akan

    tetapi, mereka tetap merupakan majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di

    Malaysia.

    7 http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Indian8 http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Chinese

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    19/70

    19

    PENDIDIKAN DAN BAHASA

    Tiga kumpulan masyarakat Cina menggunakan bahasa yang berlainan iaitu Hokkien bagi

    yang tinggal di Utara Pulau Pinang, Kantonis bagi yang tinggal di pusat bandar Kuala

    Lumpur dan Mandarin bagi mereka yang tinggal Selatan Johor.

    AGAMA

    Majoriti masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha atau Taoist dan kebiasaannya,

    mereka menggabungkan elemen Buddhism, Taoism, Confucianism, dan pemujaan nenek

    moyang di amalkan. Kira-kira 19% adalah beragama Kristian(aliran utama Protestan,

    Katolik dan mazhab Protestan) dan hanya sebilangan kecil menganuti agama Islam.

    There is quite a significant number of Christians among the Chinese population in East

    Malaysia.

    KUMPULAN ETNIK ASLI9

    ORANG ASLI

    Orang Asli adalah ungkapan umum bagi semua kumpulan orang asli yang terdapat di

    Semenanjung Malaysia. Mereka terbahagi kepada 3 puak utama iaitu Negrito, Senoi dan

    Proto-Melayu. Masyarakat Asli Negrito biasanya tinggal di Utara. Manakala bagi Senoi

    pula di tengah dan bagi Proto-Melayu mereka tinggal di Selatan.Setiap golongan ini

    mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Some are fishermen, some farmers and some

    are semi-nomadic.

    MASYARAKAT SARAWAK

    Kumpulan yang dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu merupakan

    kumpulan etnik utama di Sarawak. Dayak, yang bermaksud hulu atau pedalaman,

    digunakan oleh populasi pantai Islam sebagai gelaran kepada seramai 200 kumpulan

    9 http://www.tourism.gov.my/corp/about/default.asp?content=history

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    20/70

    20

    puak. Biasanya, golongan ini tinggal di rumah panjang iaitu rumah komuniti tradisional

    yang menempatkan 20 hingga 100 keluarga.

    Iban

    Merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak yang membentuk sebanyak 30%

    daripada populasi negeri Sarawak. Mereka sering kali disalah ertikan sebagai Dayak

    Laut kerana kemahiran bersampan mereka. Mereka sebenarnya adalah puak sungai

    yang datang dari tengah Kalimantan. Pada masa dahulu, mereka merupakan kaum

    pahlawan yang digeruni dan terkenal dengan kegiatan memancung kepala dan

    perlanunan. Mereka menyembah tuhan pemerintahan bertiga di bawah kuasa Singalang

    Burung, iaitu tuhan burung perang. Sungguhpun sekarang beragama Kristian, masih

    terdapat adat tradisional yang diamalkan.

    Bidayuh

    Merupakan pencinta keharmonian, Masyarakat Bidayuh yang beradab terkenal dengan

    layanan baik dan mesra dan juga tuakatau tapai beras. Mereka membina tempat tinggal

    di kawasan bukit dan kebanyakkan mereka adalah petani dan juga pemburu. Pada

    asalnya, mereka adalah pengamal animisme, tetapi sekarang kebanyakkan mereka

    beragama Kristian.

    Orang Ulu

    Orang Ulu atau orang sungaimerujuk kepada puak sungai di Sarawak. Secara kasar,

    mereka membentuk 5.5% daripada populasi Sarawak iaitu terdapat lebih 100,000 puak

    Orang Ulu. Masyarakat Borneo adalah berbakat seni, ini kerana rumah panjang mereka

    dipenuhi dengan hiasan seni mural dan hasil pertukangan yang halus. Peralatan dapur

    mereka dihiasi dengan manik. Kaum perempuan Orang Ulu menghiasi tubuh mereka

    dengan lukisan tatoo yang halus.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    21/70

    21

    MASYARAKAT SABAH

    Kumpulan etnik Sabah yang terbesar adalah Kadazan, Dusun, Bajau dan Murut.

    Kadazan

    Masyarakat Kadazan Dusun merupakan kumpulan terbesar di Sabah dengan jumlah

    sebanyak 30% daripada populasi negeri.Sebenarnya mereka merangkumi dua puak iaitu

    Kadazan dan Dusun. Tetapi mereka digabungkan kerana menggunakan bahasa dan

    budaya yang sama. Akan tetapi masyarakat Kadazan mendiami lembah rata muara sungai

    yang membantu penanaman padi. Manakala bagi masyarakat Dusun pula, mereka tinggal

    di kawasan bukit dan pergunungan di Sabah.

    Bajau

    Merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah dengan jumlah 15% daripada

    populasi negeri. Mengikut sejarah, masyarakat Bajau adalah pengembara laut yang

    menyembah Omboh Dilaut atau Tuhan Laut. Mereka yang meninggalkan pengembaraan

    laut menjadi petani dan penternak lembu. Golongan Bajau Darat ini digelar Koboi

    Timur sebagai penghormatan kepada kemahiran berkuda.

    Murut

    Masyarakat Murut merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah dengan jumlah

    3% daripada jumlah populasi Sabah. Mereka menetap di Utara kawasan pedalaman dan

    merupakan etnik sabah yang terakhir menolak pemancungan kepala. Sekarang, mereka

    adalah petani yang menanam padi bukit dan ubi kayu. Selain itu mereka juga memburu

    dengan menggunakan penyumpit dan menangkap ikan. Seperti masyarakat Sabah yang

    lain, mereka turut menghiasi pakaian dengan manik.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    22/70

    22

    DEMOKRASI

    DEFINISI DEMOKRASI

    Mengikut Kamus Dewan, demokrasi ialah pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang

    dipilih dalam pilihanraya dan keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas. Istilah

    demokrasi berparlimen pula ialah pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara

    perwakilan.10

    Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan

    struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang

    digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau

    kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan

    yang demokratik. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti

    anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir

    pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada

    kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

    Istilah "demokrasi" berasal dari Yunani Kuno yang diutarakan di Athena kuno pada abad

    ke-5 SM. Negara tersebut biasanya diangga p sebagai contoh awal dari sebuah sistem

    yang berhubungan dengan hukum demokrasi moden. Namun, erti dari istilah ini telah

    berubah sejalan dengan waktu, dan definisi moden telah berevolusi sejakabad ke-18,

    bersamaan dengan perkembangan sistem "demokrasi" di banyak negara.

    Perkataan "demokrasi" berasal dari dua kata, iaitu demos yang bermaksud rakyat, dan

    kratos/cratein yang berertipemerintahan, sehingga dapat diertikan sebagai pemerintahan

    rakyat, atau yang lebih kita kenali sebagai pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan

    untuk rakyat. Konsep demokrasi menjadi sebuah kata kunci tersendiri dalam bidang ilmu

    politik. Hal ini adalah wajar, kerana demokrasi ini disebut-sebut sebagai

    indikator/penentu perkembangan politik sesebuah negara. Demokrasi menempati posisi

    vital dengan kaitanpembahagian kekuasaan dalam sesebuah negara, di mana kekuasaan

    10 Kamus Dewan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wakil_rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anarkismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Komunismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Karl_Marxhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Yunani_Kuno&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Athenahttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abad_ke-5_SM&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abad_ke-5_SM&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Yunani_Kuno&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Athenahttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abad_ke-5_SM&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abad_ke-5_SM&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-18http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemerintahan&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemerintahan&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pembagian_kekuasaan&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pembagian_kekuasaan&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemerintahan&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-18http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abad_ke-5_SM&action=edithttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Abad_ke-5_SM&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Athenahttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Yunani_Kuno&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Karl_Marxhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Komunismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anarkismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wakil_rakyathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan
  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    23/70

    23

    negara yang diperoleh dari rakyat juga harus bertujuan untuk rakyat. Konsep ini menjadi

    sangat penting untuk diambil kira kerana dalam kekuasaan pemerintah yang begitu besar

    ternyata ia tidak mampu untuk membentuk masyarakat yang adil dan beradab, bahkan

    kekuasaan penuh pemerintah seringkali menimbulkan pelanggaran terhadap hak-hak

    asasi manusia.

    Demokrasi dicirikan oleh penglibatan awam, persaingan di antara pelbagai kumpulan

    politik dan pilihanraya yang bebas. Perspektif prosedural sebegini tentang demokrasi

    membataskannya hanya kepada proses pemilihan kerajaan, terutamanya kepada apa yang

    dipanggil "persaingan bersempadan" (iaitu aturcara persaingan formal di antara

    kumpulan) dan "persetujuan bersyarat" (di mana yang kalah menerima keputusan

    persaingan politik sebagai sah dan yang menang tidak menghalang yang kalah daripada

    bersaing lagi di masa hadapan)11

    (Dixon, 1994: 15-16).

    Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

    Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan,

    samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya

    Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan

    seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

    Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara

    bebas dan adil.

    Rakyat diberi hak mengundi.

    Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya).

    Kebebasan akhbardan akses kepada media lain.

    Kebebasan persatuan.

    Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang

    Rule of Law.

    11 (Dixon, 1994: 15-16).

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pembahagian_kuasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_rayahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hak_mengundi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebebasan_bersuara&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebebasan_akhbar&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mediahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebebasan_persatuan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Aturan_Undang-Undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Aturan_Undang-Undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebebasan_persatuan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mediahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebebasan_akhbar&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebebasan_bersuara&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hak_mengundi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_rayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pembahagian_kuasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan
  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    24/70

    24

    Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan

    tanggungjawab sivik.12

    DEMOKRASI DI MALAYSIA

    Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di samping mengekalkan sistem Raja

    Berperlembagaan, dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua

    Negara. Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu

    untuk berkhidmat selama lima tahun. Di peringkat negeri pula, Sultan atau Yang di-

    Pertua Negeri merupakan Pemerintah Berperlembagaan bagi negeri-negeri berkenaan.

    Perlembagaan Malaysia dengan jelas membahagikan kuasa Persekutuan kepada tiga

    cabang, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif. Pembahagian kuasa ini dibuat di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri, selaras dengan konsep persekutuan yang

    menjadi asas pentadbiran kerajaan negara ini.Malaysia juga merupakan sebuah negarayang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.

    Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak ,

    Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan

    Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang

    terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan,

    pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di

    dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara

    yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

    Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan

    institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis

    Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan

    Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-

    Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah,

    Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan

    Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi

    Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah

    12http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanggungjawab_sivik&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanggungjawab_sivik&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rakyat&action=edit
  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    25/70

    25

    Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula

    menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-

    menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

    Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri.

    Berdasarkan perlembagaan Malaysia, perdana menteri mestilah seorang anggota Dewan

    Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti

    dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan

    Rakyat atau Dewan Negara.

    PARLIMEN

    Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-

    undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada,

    memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-

    hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam

    mengenai perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan

    tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah

    memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-

    ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara

    keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu. Kedua-dua Dewan

    berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas

    prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana

    mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak

    keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali

    dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau

    dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang

    bertindak bagi Dewan itu.13

    13 http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-fungsi.htm

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    26/70

    26

    Struktur Parlimen Malaysia

    Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

    1. Yang Di-Pertuan Agong

    2. Dewan Negara3. Dewan Rakyat

    Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara

    mempunyai 69 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan

    Negara), 26 daripadanya dilantik oleh perjumpaan negeri negeri, dan selebihnya dilantik

    oleh Agong. Senator berkhidmat selama 6 tahun. Dewan Rakyat pula mempunyai 193

    ahli yang dipilih semasa pilihanraya dan berkhidmat selama 5 tahun. Kuasa perundangan

    dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaaan negeri.

    PILIHANRAYA

    Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti

    politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan

    Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang

    digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon

    yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

    Pilihanraya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.Bagi memudahkan

    pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk

    memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-

    peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:

    Perlembagaan Persekutuan;

    Perlembagaan Negeri;

    Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);

    Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);

    Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;

    Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;

    Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    27/70

    27

    Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan

    proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang

    walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi

    memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis

    1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam

    Negeri, 196014

    .

    Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya ke

    Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan

    Raya(SPR) Semasa menunaikan tanggungjawabnya, Suruhanjaya Pilihan Raya, selaku

    badan bebas, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam mengendalikan pilihan

    raya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pemilihan 222 Ahli ke Dewan Rakyat,manakala Perlembagaan-perlembagaan Negeri pula memperuntukkan pemilihan sejumlah

    Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri.

    Bilangan Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri adalah seperti di Jadual

    1:15

    JADUAL 1 : KERUSI-KERUSI PARLIMEN DAN

    DEWAN UNDANGAN NEGERI

    Negeri Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri

    Perlis 3 15

    Kedah 15 36

    Kelantan 14 45

    Terengganu 8 32

    Pulau Pinang 13 40

    Perak 24 59

    Pahang 14 42

    Selangor 22 56

    Negeri Sembilan 8 36

    Melaka 6 28

    Johor 26 56Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11 -

    Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 -

    Wilayah Persekutuan Labuan 1 -

    Jumlah di negeri-negeri Semenanjung 166 445

    14 http://www.spr.gov.my/proses.htm15 http://www.spr.gov.my/parnstlassbm.htm

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    28/70

    28

    Sabah 25 60

    Sarawak 31 71

    Jumlah di Malaysia 222 576

    Pembentukan kerusi-kerusi Parlimen dan Negeri dibuat melalui urusan kajian danpersempadanan semula seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 dan Jadual

    Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan untuk membenarkan pilihanraya yang lain jika undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri membenarkan.

    Suruhanjaya telah menjalankan pilihan raya untuk pihak berkuasa tempatan/majlis sebelumnyadan Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memberi maklumat tentang perbelanjaanpilihan raya yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pengisytiharan darurat di

    bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964, pada 18 September 1964 pilihan raya pihakberkuasa tempatan digantung. Penggantungan ini tidak pernah dibatalkan dan pada tahun 1976,

    pilihan raya pihak berkuasa tempatan dibatalkan. Semua ahli majlis adalah dilantik olehKerajaan Negeri.

    SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

    Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan pada 4 September 1957. Penubuhan Suruhanjaya

    Pilihan Raya yang dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5

    orang Ahli terkandung di dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Anggota-

    anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas

    berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada perlantikan Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-

    Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu

    Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

    Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di

    Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga

    1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit

    Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan

    P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    29/70

    29

    8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan

    November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya16

    .

    AMALAN DEMOKRASI DALAM PENTADBIRAN TRADISIONAL

    Sistem demokrasi telah lama wujud di negara kita. Amalan demokrasi terdapat dalam

    pentadbiran tradisional:

    1. Pada zaman raja berkuasa mutlak, terdapat Majlis Mesyuarat Pembesar yang

    dianggotai oleh Orang Besar Berempat yang menjadi penasihat raja.

    2. Terdapat pembahagian tugas seperti keselamatan kepada laksamana, kewangan

    kepada bendahari, Perdana Menteri kepada bendahara dll.

    3. Sarawak telah menubuhkan Counsil Negeri dan Supreme Council (Majlis

    Tertinggi) yang anggotanya terdiri daripada jemaah Menteri dan pembesar-

    pembesar Melayu yang membantu Brooke dalam pentadbiran.

    4. Negeri Sembilan pula terdapat sistem pemerintahan dari peringkat atas ke

    peringkat bawah yang didahului oleh raja hingga ke buapak yang mentadbir anak

    buah.

    5. Di Johor pula telah ditubuhkan Dewan Undangan Negeri dan sebuah badan

    Perundangan iaitu State Council yang dianggotai oleh pegawai kanan pentadbir

    Johor.

    Oleh itu sebelum 1957 pun, telah terdapat banyak unsur demokrasi yang dijadikan

    rujukan bagi mewujudkan sistem pentadbiran pada hari ini.

    16 http://www.spr.gov.my/sejarah.htm

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    30/70

    30

    PENDIDIKAN

    DEFINISI PENDIDIKAN

    Mengikut Kamus Dewan pendidikan dedifinasikan sebagai perihal mendidik, ilmu didik,

    ilmu meendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan dan ajaran.17

    Secara umumnya

    pendidikanmerangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga

    sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan,

    pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk

    mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

    Selain itu, pula pendidikan adalah dapat ditafsirkan sebagai suatu proses transmisi secara

    formal dan tidak formal ilmu pengtahuan dan kemahiran yang berlaku antara satu

    generasi kepada generasi yang lain ataupun dalam generasi yang sama. Institusi

    pendidikan pula adalah struktur sosial yang berperanan sebagai tempat transmisi ilmu

    pengetahuan dan kemahiran-kemahiran individu. Persekolahan pula secara khusus ialah

    proses pengajaran dan pembelajaran secara formal yang berlaku dalam suasana bilik

    darjah di sekolah

    SEJARAH PENDIDIKAN

    Mengikut sejarah perkataan sekolah adalah berasal daripada perkataan Greek

    yang bermaksud masa lapang atau rekreasi. Sungguhpun pendidikan telah wujud dalam

    semua lapisan masyarakat, hanya dalam zaman moden pendidikan telah dijalankan dalam

    bentuk sistem persekolahan massa. Sekarang pendidikan dinegara kita telah menjadi

    pengetahuan umum bahawa sekolah merupakan tempat khusus dalam proses

    mendapatkan ilmu pengetahuan. Selain itu, apabila melihat sejarah pendidikan semasa

    zaman praindustri, persekolahan hanya terbuka kepada golongan tertentu yang

    17 Kamus Dewan

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    31/70

    31

    mempunyai keupayaan dari segi kekayaan dan masa lapang. Orang yang paling

    berpelajaran pada zaman ini kebiasaannya adalah terdiri daripada golongan agama yang

    berkebolehan membaca dan menginterpretasi kitab-kitab. Selain daripada itu, golongan

    bangsawan juga mempunyai keupayaan untuk mendapatkan pendidikan. Kebanyakkan

    dari mereka telah mengupah guru persendirian. Bagi kebanyakan rakyat jelata, mereka

    banyak belajar melalui pemerhatian, pengalaman dan contoh-contoh yang diberikan oleh

    orang-orang dewasa. Selain daripada kesukaran untuk mencari tempat belajar, kemahiran

    membaca dan menulis adalah tidak penting dalam kehidupan seharian mereka ini. Oleh

    itu kebanyakan mereka adalah buta huruf.

    Pada zaman tradisional, kitab-kitab dan buku-buku ditulis menggunakan tulisan

    tangan. Dengan itu ia mengambil masa yang lama untuk disempurnakan dan tidak

    mempunyai banyak salinan. Pengedarannnya adalah terhad. Hanya setelah mesin cetak

    diperkenalkan barulah buku-buku dapat disediakan dalam tempoh yang cepat dan

    banyak. Mesin cetak yang dicipta di China dan dibawa ke Eropah telah menyebabkan

    peluang-peluang pendidikan semakin meluas. Namun begitu, pada peringkat awal

    penggunaan mesin cetak, faedahnya belum sampai ke lapisan rakyat jelata. Golongan

    mereka ini belum mendapat peluang sewajarnya. Golongan kaya terus mengambil

    kesempatan daripada perkembangan berkenaan. hanya apabila berlaku revolusi industri,

    keperluan terhadap pendidikan ini tiba-tiba mendadak. Pendidikan dalam bentuk moden

    yang merupakan suatu kegiatan mendedahkan murid-murid dalam bentuk pengajaran di

    bangunan yang dipanggil sekolah brrkembang dengan pesat pada zaman perindustrian.Di

    barat mulai awal abad ke-19 rakyat jelata telah mula berpeluang pergi ke sekolah apabila

    banyak sekolah-sekolah rendah didirikan di Amerika Syarikat dan Eropah.

    Perkembangan sistem persekolahan di barat telah berlaku dengan begitu hebat antara

    awal abad ke-19 (1800-an) hinggalah ke awal abad ke-20 (1900-an).

    Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku banyak perubahan dalam

    masyarakat. Sistem sosial menjadi semakin kompleks dengan adanya ciri-ciri

    pengkhususan. Bandar-Bandar semakin berkembang dan penduduk semakin ramai.

    Bidang pekerjaan yang semakin kompleks memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru.

    Kemahiran yang diperturunkan daripada ibu bapa dan yang hanya berdasarkan

    pengalaman-pengalaman tidak lagi mencukupi. Zaman moden memerlukan kemahiran-

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    32/70

    32

    kemahiran asas eperti mengira, menulis dan membaca. Kemahiran-kemahiran asas juga

    tidak mencukupi apabila berlaku berbagai-bagai perkembangan pelbagai teknologi dan

    ilmu pengetahuan. Ringkasnya manusia sentiasa memerlukan corak pendidikan yang

    lebih sistematik.

    Pada peringkat permulaan kebanyakan sekolah-sekolah barat adalah ditaja secara

    bebas oleh sektor bukan kerajaan seperti pihak persendirian dan pihak gereja. Oleh itu

    pendidikan masih dimonopoli oleh mereka yang mampu. Kemudian barulah kerajaan

    menyelia sekolah-sekolah swasta berkenaan. Pada pertengahan abad ke-20, pihak

    kerajaan mula terlibat secara langsung dalam pembangunan sekolah. Sehingga hari ini

    sistem persekolahan tidak berkembang ke seluruh dunia dan pada umumnya sistem

    persekolahan di barat telah menjadi model yang menjadi ikut negara-negara seluruh

    dunia, termasuklah negara-negara membangun seperti malaysia yang terdiri daripada

    pelbagai etnik atau kaum.

    Selain dari peringkat rendah, pendidikan peringkat tinggi juga telah berkembang

    dengan pesat pada zaman moden. Universiti-universiti telah tumbuh dengan banyaknya

    untuk memenuhi keperluan golongan terpelajar yang semakin ramai. Pendidikan tinggi

    boleh jadi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, separa kerajaan atau swasta. Sebagai

    contoh, di Perancis pendidikan tinggi adalah dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Di

    Britain juga kebanyakkan universiti adalah dibiayai oleh kerajaan. Amerika Syarikat pula

    mempunyai paling banyak universiti swasta. Sungguhpun demikian universiti-universiti

    swasta berkenaan rnasih menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Walaupun pada

    dasarnya tiap-tiap universiti mendakwa mempunyai standard tertentu, sudah menjadi

    tradisi bahawa setiap negara mempunyai universitinya terbaiknya sendiri. Jika di

    Amerika Syarikat Yale, Princerton, Harvard merupakan tiga senarai universiti-universiti

    swasta yang teratas, di Britain ianya adalah tiga universiti kerajaan iaitu Cambridge,

    Oxford dan London. Di Malaysia pula, sekurang-kurangnya atas dasar yang dahulu

    ditubuhkan Universiti Malaya (1961), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti

    Sains Malaysia (1969) dan juga Universiti Teknologi Malaysia selalu diletakkan

    menduduki senarai teratas. Namun penyenaraian seperti ini bukanlah suatu gambaran

    yang tepat kerana setiap universiti mempunyai kekuatan fakulti yang tersendiri.18

    18 Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Amir Hasan Dawi

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    33/70

    33

    LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    Malaysia kini adalah merupakan sebuah negara yang terletak di tengah-tengahAsia Tenggara dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Malaysia Barat atau

    Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Malaysia Barat dan Malaysia Timur

    dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan jarak terdekat lebih kurang 650 kilometer.

    Keluasan Semenanjung Malaysia dianggarkan 131,573 kilometer persegi sementara

    Malaysia Timur lebih kurang 198,160 kilometer persegi. Malaysia mempunyai empat

    belas negeri dengan penduduk pelbagai etnik seramai lebih 23 juta orang. Pada tahun

    1990, kumpulan utama penduduk adalah orang-orang Melayu dan Bumiputera lain yang

    membentuk lebih kurang 57 peratus, kedua etnik Cina lebih kurang 32 peratus, ketiga

    etnik India lebih kurang 10 peratus dan selebihnya adalah kumpulan-kumpulan minoriti.

    Pada tahun 2000 komposisi penduduk mengalami sedikit perubahan bilamana

    Bumiputera telah membentuk 66 peratus, Cina 25 peratus dan India 7 peratus. Malaysia

    secara rasmi mencapai kemerdekaan daripada Britain pada pada 31 Ogos 1957. Semenjak

    daripada kemerdekaannya Malaysia telah berusaha gigih membangunkan negara

    termasuklah memajukan sektor pendidikan. Latar belakang sistem pendidikan dimalaysia

    adalah berpandukan pada kemunculan masyarakat majmuk yang telah dibincangkan

    sebelum ini. Dalam pada itu, sistem pendidikan di malaysia telah melalui beberapa

    peringkat iaitu sistem pendidikan sebelum merdeka, selepas merdeka, selepas tahun 1980

    dan selepas tahun 1990.

    19

    19 Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Amir Hasan Dawi.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    34/70

    34

    SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEMERDEKAAN

    Setelah membincangkan mengenai masyarakat majmuk di Malaysia. Telah jelasditunjukkan bahawa corak kependudukan telah diciptakan semasa era kolonial.

    Kumpulan-kumpulan etnik telah dikenali berdasarkan latar pekerjaan dan tempat tinggal.

    Majoriti besar orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani, etnik India di

    ladang-ladang dan orang-orang Cina di kawasan bandar ataupun kawasan perlombongan.

    Mereka mempunyai kepelbagaian dalam cara kehidupan seharian, berbeza dari segi

    bahasa, agama dan budaya. Corak sebegini diulangi berlaku di sektor pendidikan. Setiap

    kumpulan etnik mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri. Polisi kolonial adalah

    komplemen kepada identifikasi etnik. Secara mudah kita dapat membezakan sistem

    pendidikan berdasarkan bahasa yang digunakan. Ianya adalah sekolah aliran bahasa

    Melayu, aliran bahasa Cina, aliran bahasa Tamil dan sekolah Inggeris.

    Selain itu, Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak),

    tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah 4

    sistem sekolah yang berlainan di Tanah Melayu, iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina,

    Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris. Seperti yang dinyatakan oleh Paul Chang Ming

    Phang, sistem sekolah berbilang bahasa di Tanah Melayu disebabkan oleh 3 faktor iaitu

    struktur penduduk yang berbilang bangsa, usaha individu-individu dan badan-badan

    mubaligh dan ketiadaan satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-matlamat

    yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses nation-

    building selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

    Pendidikan Melayu

    1) Pengenalan

    Sebelum kedatangan institusi pemerintahan kolonial, orang-orang Melayu telah

    mempunyai bentuk sistem pendidikan mereka sendiri. Sistem pendidikan prakolonial

    pada umumnya adalah berlandaskan keagamaan. Ini bermakna pengajian A1-Quran

    menjadi institusi pendidikan yang penting. Pendidikan agama adalah lebih bercorak tidak

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    35/70

    35

    formal dengan menumpukan perhatian kepada pengetahuan Islam, aspek-aspek moral,

    pengetahuan spiritual dan seni mempertahankan diri atau silat. Selalunya guru-guru

    adalah mengajar secara sambilan di rumahnya dan murid-murid pula tidak tertakluk

    kepada peringkat umur tertentu. Pada peringkat yang lebih formal pendidikan agama

    adalah mengikut sistem pondok atau madrasah yang dimudirkan oleh tokoh-tokoh agama

    atau ulama tempatan. Di sekolah-sekolah murid-murid akan memahirkan hukum-hakam

    Islam dan selalunya keluar sebagai guru agama bergelar ustaz. Selain daripada itu

    terdapat juga pelajaran berbentuk pertukangan tangan seperti membuat alatan menangkap

    ikan dan berburu, membuat sampan, parang, keris dan keperluan-keperluan seharian lain.

    Seringkali pengetahuan am masyarakat adalah berdasarkan cerita-cerita lisan yang

    disampaikan melalui penglipurlara.

    Sistem pendidikan tradisional berterusan pada zaman kolonial. Sikap Inggeris

    terhadap pendidikan orang-orang Melayu adalah dingin sama seperti mana sikap mereka

    terhadap pendidikan orang-orang Cina dan India, selari dengan pandarngan rnereka

    terhadap peranan tiap-tiap kumpulan kaum berkenaan dalam pentadbiran British malaya.

    Hanya sultan-sultan Melayu kelihatan dapat mengekalkan kedudukan dan dalam

    sesetengah keadaan mcreka telah meninggikan prestij melalui asosiasi mereka dengan

    Inggeris (Andaya 1982). ...Adalah benar sehingga agak terlewat tiada usaha gigih

    dilakukan oleh pentadbiran British untuk menyediakan pendidikan yang memuaskan

    kepada orang-orang Melayu (The British Council 1974:3). Pendidikan awal yang

    disediakan adalah dikhaskan kepada anak-anak bangsawan melayu dan golongan kelas

    feudal atasan sahaja. Misalnya penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun

    1905 yang beraliran Inggeris adalah dikhususkan kepada anak-anak lelaki keluarga diraja

    atau aristokrat Melayu. Adalah dikatakan pada mulanya pelajar disekolah ini sengaja

    dilatih untuk menjadi pegawai- pegawai kerajaan.

    Sekolah vernakular melayu disediakan untuk penduduk melayu diluar bandar.

    Sekolah-sekolah berkenaan pada umumnya memang tidak mendapat sambutan daripada

    orang-orang Melayu.Kebencian kepada penjajah, perasaan syak wasangka terhadap

    tujuan Inggeris mengkristiankan ataupun sekurang-kurangnya mengsekularkan orang-

    orang Melayu menghalang merekamemasuki sekolah berkenaan. Mereka lebih rela pergi

    ke sekolah agama ataupun langsung tidak bersekolah. Dalam perkataan lain mereka tidak

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    36/70

    36

    mahu bersekongkol dengan sistem sekular. Penduduk desa lebih dipengaruhi oleh

    sekolah-sekolah agama yang memfokuskan kepada kesedaran dan pengekalan identiti

    Melayu dan perpaduan menentang kuasa kolonial. Oleh itu kita boleh klasifikasikan

    sistem pcndidikan British untuk orang-orang Melayu kepada aliran Inggeris bagi kelas

    bangsawan dan sekolah vernakular Melayu bagi mereka yang di luar bandar.

    2. Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu

    a. Negeri-negeri Selat

    Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka

    di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Pada tahun 1855, sebuah Sekolah Melayu

    telah dibuka di Bayan Lepas (Pulau Pinang). Pada tahun 1856, 2 buah sekolah

    Melayu telah dibuka di Singapura, satu di Teluk Belanga dan satu lagi di Kampung

    Gelam. Di Melaka terdapat 9 buah Sekolah Melayu yang dibuka antara tahun-tahun

    1858-63. Pada tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Butterworth telah

    menyusun semula sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau

    mencantumkan sistem persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. Murid-

    murid mengikuti pelajaran sekular di sebelah pagi dan mereka mengaji Quran di

    sebelah petang. Gaji guru-guru yang mengajar pelajaran sekular dibayar oleh kerajaan

    manakala gaji guru-guru agama dibayar oleh ibu bapa dan murid-murid. Percubaan

    Skinner telah berjaya dan beliau dilantik sebagai Nazir sekolah-sekolah pada tahun

    1872. Bilangan Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat telah meningkat daripada 16

    buah pada tahun 1872 (jumlah murid 596 orang) kepada 189 buah pada tahun 1892

    (jumlah murid 7218 orang). Pada tahun 1884, Kerajaan British telah membuka

    sekolah pertama untuk murid-murid perempuan di Teluk Belanga, Singapura. Pada

    tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian telah dibuka di Pulau Pinang.

    b. Negeri-negeri Melayu Bersekutu

    Guru-guru sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu

    hanya dilantik pada tahun 1897. Bilangan Sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut

    telah meningkat daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    37/70

    37

    perempuan) pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid

    lelaki dan 34 bagi murid perempuan).

    c. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

    Sekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira

    tahun 1897. Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-

    orang besar sahaja. Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah.

    Jawatan Nazir Pelajar diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah

    Melayu yang pertama pada tahun 1903. Terengganu tidak mempunyai sebuah pun

    Sekolah Melayu sebelum tahun 1915 sedangkan Perlis telah mempunyai 5 buah pada

    tahun 1913. Sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di Johor yang

    berhampiran dengan Singapura. Pada tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah

    sekolah.

    3. Tujuan pendidikan Melayu

    Mengikut Dr. Awang Had Salleh, pendidikan sekular Melayu anjuran British

    mempunyai 4 tujuan besar iaitu:

    a. Mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang

    berlebihan.

    b. Mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di

    kampung-kampung sebagai penanam padi.

    c. Menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu,

    penanam padi, nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah.

    d. Menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam

    masyarakat berbilang bangsa.

    Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942 kurang memberi

    peluang kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi.

    Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang

    Melayu.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    38/70

    38

    4. Sukatan pendidikan Melayu

    Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-

    sekolah Melayu yang lebih besar menyediakan pelajaran hingga ke darjah 6. Taraf

    pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917, pengajaran yang diberi di

    sekolah-sekolah Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta

    karangan. Sejak tahun 1917 secara beransur-ansuran, tumpuan juga diberi kepada

    perkebunan dan pertukangan tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah

    rendah mutunya berbanding dengan sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan

    sekolah tidak mempunyai bilik darjah yang sesuai.

    5. Perkembangan pendidikan Melayu

    Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada

    peringkat awal adalah lembap oleh sebab perkara berikut:

    Ibu bapa cemburukan kehilangan tenaga kanak-kanak mereka yang diperlukan

    bagi kerja di rumah.

    Mempunyai syak wasangka terhadap pendidikan sekular yang tidak

    menitikberatkan pengajaran Quran.

    Lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan.

    Mulai abad ke-20 pendidikan Melayu mula berkembang maju. Antara tahun-tahun

    1900-23, Kerajaan British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu

    Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki

    Melayu yang berumur antara 7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama

    setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah. Enakmen-

    enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu di

    Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha

    diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan Bahasa Melayu selepas perlantikan R.J.

    Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    39/70

    39

    memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang

    pertama. Wilkinson juga bertanggungjawab menerbitkan buku-buku klasik Melayu

    yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan kesusasteraannya

    sendiri. Kerajaan British telah menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan

    Melayu bagi meninggikan mutu pengajaran di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun

    1878, Maktab Melayu Singapura telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru. Maktab

    ini ditutup pada tahun 1895. Pada tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan

    dibuka di Melaka. Kemudian pada tahun 1913, sebuah lagi maktab perguruan dibina

    di Matang, Perak. Maktab Perguruan Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab

    Perguruan Sultan Idris yang telah dibuka pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak.

    Pada tahun 1924, sebuah Biro Terjemahan telah ditubuhkan di maktab ini untuk

    menterjemahkan buku-buku Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pada tahun 1935,

    Maktab Perguruan Perempuan Melayu dibuka di Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini

    diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri

    Melayu Tidak Bersekutu.20

    Pendidikan Cina

    Pendidikan Cina di Malaya British telah bermula seawal tahun 1829. Di MalaysiaTimur pula sekolah Cina telah didirikan pada penghujung abad ke-19. Pendidikan Cina

    dalam jangka waktu yang panjang berada di tangan komuniti Cina sendiri. Pendidikan

    Cina di Tanah Melayu ini telah dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Persatuan

    Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos

    1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan oleh

    masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854, sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh

    pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura.Mereka mengusahakan pendidikan untuk

    komuniti Cina di seluruh Malaya dan Borneo. Tujuan pendidikan yang dibiayai oleh

    pemodal-pemodal Cina terutamanya adalah untuk menyediakan pekerja bagi perusahaan

    20 Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia,

    Dewan Bahasa Dan Pustaka.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    40/70

    40

    dan perniagaan mereka. Sehingga tahun 1919 terdapat sebanyak 56 buah sekolah Cina di

    Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Philip Loh 1975).

    Perlu ditegaskan bahawa orang-orang Cina telah terbudaya dan secara tradisinya

    mengagungkan pendidikan. Pada penghujung abad ke-19 dan pertengahan pertama abad

    ke-20 semakin banyak sekolah persendirian yang dibiayai oleh ibu bapa Cina yang

    berasaskan pengetahuan klasik konfusius. Guru-guru dan buku-buku dibawa masuk

    daripada tanah besar China. Sekolah-sekolah ini adalah bermodelkan dan berorientasikan

    China yang sepenuhnya China dari segi bentuk dan pengisian (Phang 1973: 18).Di

    antara tahun 1854-84, lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah

    Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa

    pengantar. Murid-murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan bagaimana

    menggunakan capua.

    Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad ke-20 akibat pengaruh

    pemimpin-pemimpin politik negara China seperti Kung Yu Wei dan Sun Yat Sen. Tujuan

    mereka ialah untuk memupuk kesedaran politik dan perasaan kebangsaan di kalangan

    orang Cina seberang laut. Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan

    sains moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.Di antara tahun 1911-

    19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru dan

    buku teks dibawa dari negara China. Di sesetengah sekolah, perkembangan politik di

    negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.Mulai tahun 1920, bahasa

    Mandarin (Kuo Yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina.

    Hal ini adalah selaras dengan perkembangan di negara China di mana Mandarin dijadikan

    bahasa kebangsaan. Pada tahap awal, Kerajaan British membenarkan sekolah-sekolah

    Cina berkembang dengan pesat dan bebas. British tidak membantu atau mengawal

    sekolah-sekolah Cina. Namun demikian, pada tahun 1920, Kerajaan British telah

    meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawasi sekolah Cina. Hal ini adalah

    kerana sekolah Cina telah mula dipengaruhi oleh politik negara China.

    Setelah revolusi dan penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1911, sikap

    anti Inggeris semakin berkembang di sekolah-sekolah Cina. Semangat China bertambah

    apabila ramai pelarian revolusi yang datang ke Tanah Melayu menjadi guru dan

    menanamkan pemikiran sayap kiri. Keadaan ini kemudiannya didapati mengganggu

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    41/70

    41

    autoriti British yang kemudiannya menyebabkan British mengubah dasar untuk

    mengawal sekolah-sekolah berkenaan. British mengawal sekolah-sekolah dengan

    memperkenalkan undang-undang pendaftaran sekolah. Melalui undang-undang ini,

    sukatan pelajaran dan pendaftaran guru telah dikawal. Sekolah yang tidak mengikut

    peraturan akan ditutup.Di bawah Enakmen Pendaftaran Sekolah, semua guru dan sekolah

    dikehendaki mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan British mula memberi bantuan

    kewangan kepada sekolah Cina pada tahun 1923.Kerajaan British melantik seorang Nazir

    sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah Cina. Sekolah Cina mempunyai

    pelajaran rendah 6 tahun, menengah rendah 3 tahun dan menengah atas 3 tahun. Sekolah-

    sekolah menengah menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di

    China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran sekolah Melayu

    dan sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari, peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah

    bertambah berlipat ganda menjelang tahun 1938.Kawalan British semakin ketat selepas

    Perang Dunia Kedua.21

    Pendidikan India

    Pada tahun 1821, sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free

    School. Pada tahun 1850, terdapat sebuah sekolah Anglo-Tamil yang dibantu oleh

    kerajaan di mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian, seperti dinyatakan

    oleh Paul Chang Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu

    bermula dengan perkembangan ladang kopi, gula, kelapa dan akhirnya getah.

    Sekolah-sekolah India yang awal telah didirikan di kawasan-kawasan ladang ini. Mulai

    tahun 1870, sekolah-sekolah kecil telah dibuka di ladang-ladang di mana penduduk India

    memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan

    hasil usaha persendirian. Kerajaan pada masa itu tidak menganggapnya perlu bagi

    memberi pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada tahun

    1905, terdapat 13 buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil persendirian

    21 Pendidikan Di Malaysia: Arah Dan Cabaran,

    JawatanKuasa Penerbitan Khas Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    42/70

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    43/70

    43

    Pada tahun 1932, Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah

    Tamil.22

    Pendidikan Inggeris

    1. Pegenalan

    Pendidikan Inggeris buat kali pertamanya diperkenalkan di Malaya dengan

    penubuhan Penang Free School pada tahun 1816. Ini diikuti dengan Singapore Free

    School (1824) dan Malacca Free School (1826). Mubaligh-mubaligh Kristian memainkan

    peranan utama dalam mengembangkan sckolah Inggeris di Semenanjung, Sabah dan

    Sarawak. Sungguhpun semua kaum boleh memasuki sekolah Inggeris namun peratusan

    besar muridnya adalah daripada kcturunan Cina. Ini sebahagian besarnya mungkin kerana

    fakta sekolah-sekolah berkenaan pada kebiasaannya berada di kawasan bandar di mana

    menjadi tempat tinggal sebahagian besar orang-orang Cina. Ini juga kerana dasar

    pendidikan Inggeris yang cuba mengelak menggalakkan terlalu ramai orang Melayu

    mendapatkan pendidikan berbahasa Inggeris kerana adalah dirasakan pendidikan

    Inggeris sepatutnya tidak melanggar keseluruhan semangat dan tradisi Melayu.

    Berdasarkan perbincangan di atas, adalah jelas ketiga-tiga kumpulan etnik yang

    utama tidak berinteraksi antara satu sama lain. Majoriti orang-orang Melayu menerima

    pendidikan sama ada di sekolah vernakular Melayu ataupun sekolah agama, sementara

    Melayu golongan bangsawan dididik di sekolah Inggeris moden. Etnik Cina mempunyai

    sistemnya sendiri yang berasaskan matlamat dan nilai-nilai yang didatangkan dari negeri

    China. Begitulah juga kaum India yang kita bincangkan tadi juga diorientasikan dengan

    kurikulum dan guru-guru latihan dari India. Sekolah-sekolah Tamil kebanyakannya

    terletak di lokasi ladang-ladang getah yang membolehkan kanak-kanak India mempunyai

    hubungan dengan kebudayaan India dan kepercayaan Hindu.

    Walaupun terdapat sekolah Inggeris, hanya segelintir tertentu yang mempunyai akses

    ke sana. Mereka yang memasuki sekolah Inggeris adalah terdiri daripada pelbagai etnik -

    India, Melayu dan lain-lain. Mereka diorientasikan ke arah pemerintahan dan

    perdagangan barat yang dianjurkan oleh British. Sungguhpun begitu kebanyakan sekolah-

    22 Sandhu, K.S 1969. Indians in Malaya, Immigration and Settlement.

    Cambridge: Cambrides University Press.

  • 8/3/2019 Masyarakat Majmuk, Demokrasi Dan Pendidikan

    44/70

    44

    sekolah ini terletak di bandar-bandar Semenanjung dan Borneo British. Secara

    semulajadinya lokasi sebegini menafikan akses kepada penduduk-penduduk kampung

    (Melayu) dan ladang (India). Sebaliknva memberikan kelebihan peluang kepada

    bangsawan Melayu dan etnik Cina yang tinggal di kawasan-kawasan bandar. Di

    samping,itu, kebanyakan orang-orang Melayu yang berpegang teguh kepada agama

    Islam, lebih suka menghindarkan diri daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan

    oleh paderi-paderi kristian. Halangan budaya, corak ekonomi tradisi, prejudis dan

    kebimbangan terhadap sistem pendidikan sekular barat masih menjadi faktor utama

    menentukan orientasi pendidikan. Keseluruhannya, pendidikan semasa zaman kolonial

    tidak memungkinkan perhubungan yang rapat antara kumpulan-kumpulan etnik ini.

    Setiap kumpulan etnik mempunyai cara mereka sendiri dan ini memperluaskan jurang

    perbezaan budaya. Sistem pendidikan tidak mempunyai maksud

    mempromosikanperpaduan dalam Malaysia.

    2. Sekolah Free

    Sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-

    mubaligh. Sekolah ini dinamakan Sekolah Free kerana ia menerima murid-murid

    dari pelbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di Tanah

    Melayu) ialah Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. Hutchins pada

    tahun 1816. Sekolah Free yang lain ialah Singapore Free School dan Malacca Free

    School. Semenjak ditubuhkan, Sekolah Free berada di bawah naungan kerajaan.

    Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan sekolah tersebut. Sekolah

    Fre