eseikumpulan 121215230300-phpapp01

20
GE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN : ESEI KUMPULAN TAJUK : PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN NAMA PELAJAR : NIK NURHIDAYAH BINTI NIK AZHAR (A 138251) AZNURI BINTI ADANAN (A 136354) SITI ZARIFATUL AZIMAH BINTI HAJI ISMAIL (A 138752) NAMA PENSYARAH : EN. MD YUSOFF BIN DAUD

Upload: achik-hanan

Post on 19-Jun-2015

515 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

GE 2153

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN :

ESEI KUMPULAN

TAJUK :

PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN

NAMA PELAJAR :

NIK NURHIDAYAH BINTI NIK AZHAR (A 138251)

AZNURI BINTI ADANAN (A 136354)

SITI ZARIFATUL AZIMAH BINTI HAJI ISMAIL (A 138752)

NAMA PENSYARAH :

EN. MD YUSOFF BIN DAUD

Page 2: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

1.0 Pendahuluan

Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor

( MSC ) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara – negara maju di

dunia . Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan teknologi dalam

mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat ( knowledge

based society ) . Kemajuan teknologi seperti internet dan multimedia begitu menonjol dalam

sektor awam dan swasta . Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan

oleh Mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad :

“ In the information age that we are living in the Malaysian society must be information rich .

It can be no accident that today there is no wealthy developed country that is information

poor and no information rich country is poor and undeveloped” . ( Wawasan 2020 , 1991 ,

p36 ) .

Jadi , untuk mencapai matlamat 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat , maka

inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian adalah

perlu tidak kiralah untuk golongan normal mahupun golongan kurang upaya ( OKU ) .

“ Kuasa web terletak pada aspek universal . Ianya boleh dicapai oleh semua orang

walaupun mempunyai kekurangan fizikal ” . Demikian kata Tim Berners-Lee , Pengarah

World Wide Web Consortium (W3C) apabila memperkatakan mengenai internet dan

golongan kurang upaya . Penggunaan teknologi telah berkembang dengan pesat merangkumi

pelbagai aspek dalam masyarakat dan ia sepatutnya boleh digunakan oleh semua golongan

masyarakat termasuk mereka yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal seperti

penglihatan , pendengaran , cacat anggota badan dan lain – lain .

Sejak akhir – akhir ini , kerajaan melaui Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga

dan Masyarakat ( KPWKM ) telah menjalankan beberapa kempen kesedaran untuk

memperjuangkan hak rakyat yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal atau lebih dikenali

sebagai orang kelainan upaya ( OKU ) bagi membolehkan golongan ini ‘ berdiri sama tinggi

, duduk sama rendah’ dengan mereka yang sempurna sifatnya . Rentetan dengan itu , aspek

penggunaan teknologi seperti komputer mahupun telefon bimbit perlu ditekankan kepada

golongan OKU agar mereka tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan teknologi

ini . Seperti sedia maklum , penggunaan alat teknologi , seperti komputer amat berguna

dalam kehidupan seharian manusia pada masa kini .

Page 3: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

Namun , bagi mereka yang lahir dengan kekurangan dari segi fizikal atau mendapat

kemalangan sehingga menyebabkan mereka mengalami kekurangan dari segi fizikal ,

keadaan ini akan membataskan keupayaan mereka untuk menggunakan komputer secara

optimum . Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat , seramai

130,000 orang telah mendaftar sebagai OKU pada 2005 dan pada tahun 2011 jumlah

pendaftar golongan OKU telah meningkat kepada 331,606 orang dan lebih spesifik lagi

40915 orang untuk masalah pendengaran . (sumber : utusan online, arkib 3/11/2011 ) .

Seiring dengan jumlah peningkatan ini , kita perlulah proaktif dalam mengaplikasikan

pengunaan teknologi dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan OKU ini khususnya

bagi golongan yang mengalami masalah pendengaran .

Pendengaran yang baik membolehkan kita hidup sebagai manusia sempurna yang

diciptakan oleh ALLAH S.W.T . Tetapi jika nikmat ini ditarik semula , kita pasti akan

merasai kekurangan dan tidak sempurna jika tidak mempunyai pendengaran yang baik

malahan tanpa pertuturan yang jelas juga sudah tentu kehidupan seharian tidak dapat

dijalankan dengan sempurna .

Di Malaysia dianggarkan setiap tahun lebih kurang 2500 bayi dilahirkan menghadapi

masalah pendengaran dan purata yang mengalami masalah ini ialah tiga kes bagi setiap 1000

kelahiran dan berdasarkan perangkaan daripada Kementerian Kesihatan seramai 440 ribu

orang atau dua peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran.

Ramai antara ibu bapa yang tidak mengetahui masalah pendengaran ini boleh dikesan

diperingkat awal iaitu melalui ujian pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi di

hospital – hospital tetapi malangnya sesetengah ibu bapa kurang peka akan hal ini dan

mereka hanya menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran apabila mereka

sudah remaja namun sayang waktu itu sudah terlambat .

Namun , tiada apa yang harus dimalukan apabila kita , saudara atau anak tidak mampu

mendengar kerana berjuta – juta penduduk dunia turut menghadapi masalah tersebut .

Perkembangan teknologi pengkomputeran dan telefon telah memberi sinaran baru kepada

golongan tersebut yang sebelum ini agak terbatas dalam pergaulan dan sukar untuk

menggunakan kemudahan mengakses maklumat .

Antara produk teknologi yang terdapat di pasaran yang boleh membantu golongan

istimewa ini ialah komputer , mesin faks , telefon bimbit , pager , terminal menyokong TTY (

Page 4: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

teletype ) , alat bantuan pendengaran dan sebagainya . Malahan syarikat – syarikat pengeluar

teknologi yang termasyhur tidak pernah mengabaikan golongan ini dalam pembangunan

produk – produk mereka . IBM , Microsoft , Apple , HP dan sebagainya menyediakan

maklumat khas untuk golongan ini menggunakan produk – produk mereka .

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.

Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan , mesin , bahan dan proses

untuk menyelesaikan masalah manusia . Perkataan “technology” berasal dari perkataan Greek

(technologia) yang bermaksud seni , kemahiran , rekaan dan (logia) yang bermaksud

pembelajaran , kajian . Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang

tertentu .

Sebagai contoh teknologi dalam perubatan , teknologi dalm pendidikan dan teknologi

maklumat . Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yang

menggunakan prinsip sains dan proses terkini . Namun begitu , rekaan lama seperti tayar

masih menunjukkan tekonologi . Secara umumnya , teknologi boleh didefinisikan sebagai

aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah dan

kesulitan yang dihadapi oleh manusia dalam menjalani kehidupan seharian .

Manakala , “ cacat pendegaran” ataupun “Masalah Pendengaran” menurut Akta

Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan ( Individuals with Disabilities Education Act ,

IDEA ) bererti “ masalah pendegaran yang sangat teruk sehingga kanak – kanak tidak

berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplikasi

atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya” . Seseorang yang

mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat banu pendengaran

dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya

memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran . ( Brill , MacNeil & Newman ,

1986 ) .

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi pada masa ini ,

tidak mustahillah jika terdapat beberapa alat teknologi yang direka khusus untuk membantu

golongan bermasalah pendengaran ini . Golongan ini wajar dibantu agar mereka dapat

merasakan nikmat kehidupan yang sebenar seperti manusia normal yang lain .

Page 5: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

2.0 Penggunaan Teknologi

Teknologi bukan lagi perkataan yang luar biasa yang jarang digunakan dewasa ini, hal ini

kerana, dunia sekarang sudah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara

untuk melengkapkan dan menyempurnakan sesuatu tugasan yang tertentu. Perkembangan dan

penggunaan ICT ( Information and Communication Technology) atau dikenali sebagai

“Teknologi Komunikasi dan Maklumat” bukan lagi sesuatu yang luar biasa, khususnya di

dalam bidang pendidikan. Penggunaannya telah digunakan secara meluas di merata-rata

tempat dan senang diperolehi.

Perkembangan ICT ini memberi impak yang besar kepada perkembangan pelajar kerana

dengan adanya penggunaan teknologi secara berterusan memberi maklumat kepada para

pelajar untuk mencari segala maklumat yang diinginkan dan menambah ilmu pengetahuan

kepada pelajar. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil

langkah yang bijak dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam meningkatkan

pencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dalam meningkatkan

pencapaian akademik tersebut.

Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajar khas ini menunjukkan kesukaran dalam

keupayaan visual ruang. Mereka menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa dan

sebagainya. Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian

berbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Teknologi ICT yang bagi pelajar

bermasalah pendengaran yang difokuskan ialah berkaitan dengan alat bahan bantu mengajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru yang mana

merangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide .

Selain itu ,penggunaan teknologi ICT boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran samada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Pelbagai cara dapat digunakan

untuk meningkatkan kemahiran pelajar berkeperluan khas walaupun diketahui bahawa pelajar

tersebut mempunyai had yang terbatas. Namun, tidak mustahil untuk meningkatkan

kemahiran pelajar-pelajar walaupun masa yang menentukan untuk menguasai sesuatu

kemahiran.

Page 6: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

Menurut Abdul Rahim Razali, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian

menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas,

terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran,

mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan multimedia dalam

pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang

digunakan, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui

gambar-gambar dan tayangan secara langsung.

Mengenai Penerimaan Guru dan Pealajar Terhadap Penggunaan ICT dalam Program

Pendidikan Khas, menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagoginya, malah ia

memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan

daripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputer

dalam kalangan guru dan pelajar pendidikan khas. Turut dinyatakan oleh Zoraini Wati Abas

(1995) di mana sikap positif yang diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputer

dalam pengurusan sekolah merupkan laluan terhadap penggunaan komputer dalam

pengurusan sekolah merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran

sekolah di masa akan datang.

Peranan guru dalam menarik minat pelajar untuk lebih menggunakan kemudahan yang

disediakan sangat diperlukan bagi menentukan minat secara berterusan dari pelajar-pelajar di

dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap dan

penerimaan yang tinggi oleh guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran

sangat penting bagi melancarkan seruan kerajaan yang mana mahu menerapkan penggunaan

teknologi dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik. Sikap positif

guru juga dapat memupuk semangan dan minat pelajar untuk lebih mendalami penggunaan

komputer kerana keseronokan yang diperolehi melalui pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah juga merupakan salah satu langkah yang berkesan terutamanya dalam meningkatkan

kefahaman dan pengetahuan pelajar. Oleh yang demikian, pendekatan ini harus diperluaskan

melalui kaedah pengajaran yang pelbagai berasaskan komputer, modul interaktif dan

sebagainya yang berkaitan. Dalam era yang serba moden sekarang, penggunaan komputer

amat bersesuaian untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan

Page 7: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data dengan

lebih cekap dan efektif.

Heinich (1993) berpendapat bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran

serta pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Oleh itu, para pendidik

seharusnya mengamalkan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di

sekolah dengan penggunaan komputer sengan modul-modul pengajaran dalam bentuk CD-

ROM, multimedia interaktif, simulasi dan model-model perlu dipertingkatkan. Para pendidik

perlulah bersikap lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran supaya pelajar tidak ketinggalan dan mundur.

Tambahan lagi, pelajar-pelajar pendidikan khas perlu diberi perhatian yang lebih supaya

tidak diperlekehkan oleh mana-mana golongan dan dipandang rendah oleh sesiapa sahaja.

Dengan latihan yang mencukupi dan kesabaran, tidak mustahil pelajar boleh mengikuti

pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu lebih peka dalam

menilai dan membuat penilaian pelajar supaya sentiasa berjaya dan memperolehi keputusan

yang cemerlang.

Menurut Bitter (1998), terdapat beberapa faktor mendorong mengapa komputer dikatakan

sesuai digunakan sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah

berdasarkan kepada implikasi-implikasi penggunaannya di bilik darjah. Antaranya adalah

seperti berikut :

Komputer adalah cekap dan pantas. Pelajar-pelajar yang melakukan kerja-kerja

dengan komputer akan mendapat maklum balas dengan segera terhadap prestasi

masing-masing. Komputer akan sentiasa bekerja pantas berbanding denan pelajar

yang mengoperasikannya, maka dengan ini, pelajar tidak akan hilang minat. Pelajar-

pelajar juga tidak perlu menunggu untuk kerja-kerja mereka disemak dan diberi

markah oleh guru sebelum dipulangkan kepada mereka.

Dengan ini, guru-guru juga akan dapat menjimatkan lebih banyak masa untuk

melakukakn aktiviti-aktiviti lain seperti menyemak markah pencapaian pelajar,

menulis laporan dan buletin, apabila mengaplikasikan penggunaan komputer di dalam

bilik darjah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

Komputer adalah jitu. Komputer telah diprogramkan dengan maklumat-maklumat

yang benar, maka komputer akan sentiasa menjalankan kerja-kerjanya dengan benar

secara konsisten. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerima maklumat-

maklumat yang sahih apabila bekerja dengan komputer. Kejituan komputer juga

membolehkan guru menjadikan komputer sebagai alat yang berguna menyimpan

rekod-rekod prestasi para pelajar. Komputer boleh bekerja 24 jam sehari. Komputer di

bilik darjah digunakan oleh para pelajar pada setiap masa sepanjang sesi

persekolahan. Selepas tamat sesi persekolahan, guru boleh menggunakan komputer

yang sama untuk merekodkan kehadiran para pelajar ataupun menulis surat kepada

ibu bapa pelajar.

Komputer boleh menjalankan tugasan-tugasan yang sama secara berulang kali tanpa

rasa bosan. Sebagai contoh tidak kira berapa kali pelajar membuat latihan yang sama

menggunakan komputer, komputer tetap memberi latihan yang berkaitan kepada

pelajar walaupun soalan yang sama secara berulang kali melalui perisian-perisian

yang tertentu. Ini membolehkan komputer menjadi sangat berguna terutama dalam

pembelajaran mata pelajaran tertentu, yang mana memerlukan masa yang lebih untuk

membolehkan pelajar menguasai sesuatu kemahiran baru.

Komputer menjadi semakin kecil dan semakin mudah alih. Komputer mikro dapat

diletakkan dengan selesa di dalam bilik darjah tanpa mengganggu ruang

pembelajaran, tidak seperti komputer pada zaman awal ciptaannya yang memerlukan

ruang yang sangat luas seperti bilik yang besar untuk menempatkannya. Komputer

mudah alih juga membenarkannya untuk dikongsi sesama pelajar sewaktu

menggunakannya di dalam bilik darjah disebabkan cirinya yang mudah alih.

Komputer menjadi semakin kurang mahal dan mampu milik oleh semua golongan.

Kos penyediaan, penyelenggaraan komputer, dan juga perisian-perisian adalah faktor

penting yang menjamin penggunaannya di sekolah-sekolah. Dengan penyusutan harga

dari segi kos penyediaan, penyelenggaraan dan perisian yang semakin berkurangan

dari tahun ke tahun, jumlah komputer-komputer di sekolah-sekolah dapat ditingkatkan

dari semasa ke semasa. Ini penting kerana penggunaan komputer dalam pengajaran

Page 9: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

dan pembelajaran di bilik darjah adalah sangat efektif bagi menjamin kecemerlangan

dan perkembangan para pelajar. Lebih banyak komputer di sekolah, lebih ramai

pelajar yang pandai mengambil manfaat dari pembelajaran berasaskan komputer.

Oleh hal yang demikian , tidak dapat dinafikan lagi bahawa komputer ini mempunyai banyak

keistimewaannya . Kelebihan ini harus dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam kehidupan

seharian manusia . Tidak harus dilupakan ialah penggunaan teknologi untuk golongan yang

kurang bernasib baik seperti mereka yang mengalami masalah pendengaran ini .

Page 10: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

3.0 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi Kepada Golongan Bermasalah Pendengaran

Pada abad yang ke-21 ini, kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarang

telah berkembang dengan begitu pesat dan memang tidak dapat kita nafikan bahawa kepesatan

teknologi telah memberi manfaat bukan sahaja terhad kepada orang awam akan tetapi ianya juga

memberi mafaat kepada golongan orang-orang kelainan upaya (OKU) seperti golongan individu yang

mempunyai masalah pendengaran. Dalam bahagian ini kami akan bincangkan beberapa kelebihan dan

juga keburukan teknologi terhadap golongan-golongan yang mengalami masalah pendengaran.

Di antara kelebihan-kelebihan teknologi yang boleh diberikan kepada mereka adalah ianya boleh

membantu dan memudahkan mereka dalam melakukan aktiviti harian mereka. Sebagai contoh,

teknologi komputer dan telefon bimbit dapat membantu mereka untuk mengantar maklumat seperti

mengantar dokumen-dokumen melalui email dan berkomunikasi dengan orang lain. Dari segi

pendidikan pula, mereka juga boleh menggunakan teknologi komputer dan juga telepon bimbit untuk

mencari maklumat dan juga menimba ilmu pengetahuan dengan melayari internet melalui google,

google dan seumpamanya. Tambahan pula, mereka juga boleh memuat turun buku-buku elektronik,

jurnal-jurnal artikel, video-video berunsur pendidikan dan lain-lain.

Di sekolah khas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran akan menjadi lebih aktif

dan melibatkan diri dalam aktiviti pelajaran mereka dengan menggunakan teknologi komputer, seperti

main video game yang berunsur matematik bagi matapelajaran matematik atau menjawab quiz-quiz

pelajaran dengan menggunakan komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar-pelajar akan

menjadi lebih tertarik untuk mengikuti sesi pelajaran tersebut.

Tambahan pula, kerajaan juga telah memberi banyak peruntukan yang banyak untuk pendidikan

pelajar-pelajar yang berkeperluan khas seperti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pendengaran

dengan memberikan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang telah diberikan oleh kerajaan

untuk kegunaan guru-guru khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran juga boleh dikategorikan

sebagai teknologi dari segi pendidikan. Contoh-contoh alat bantu mengajar adalah seperti modal

tangan bahasa isyarat, CD pendidikan dalam bentuk bahasa isyarat dan sebagainya bagi membantu

proses pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan.

Dengan menggunakan teknologi-teknologi ini, individu-individu yang mengalami masalah

pendengaran perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan teknologi - teknologi tersebut.

Kemahiran - kemahiran ini boleh mereka gunakan semasa mereka melakukan kerja sambilan atau

semasa mereka berada di alam pekerjaan di masa yang akan datang. Kemahiran - kemahiran ICT ini

adalah sangat berguna dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi pada zaman sekarang terutama

Page 11: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

sekali jika hendak bekerja dalam pejabat-pejabat syarikat. Tanpa kemahiran dan ilmu ICT, individu

tersebut akan jauh tertinggal dalam era abad ke-21 yang berkembang dengan pesat.

Selain daripada itu, teknologi-teknologi juga boleh memberi kebaikan kepada individu-individu

yang mengalami masalah pendengaran dari segi perubatan seperti alat bantu pendengaran. Alat bantu

pendengaran banyak membantu individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dalam

kehidupan mereka seharian. Dengan menggunakan alat bantu pendengaran ini, mereka boleh

mendengar bunyi-bunyi sekeliling dan berinteraksi dengan orang lain dengan lebih baik.

Contoh teknologi perubatan yang lain pula adalah seperti implan koklea yang boleh dilakukan

kepada individu - individu yang mengalami masalah pendengaran dalam linkungan umur 2-4 tahun.

Implan koklea juga boleh membantu mereka yang menagalami masalah pendengaran agar mereka

boleh mendengar dengan lebih baik. Dalam beberapa kes, mereka yang telah menjalani pembedahan

implan koklea boleh mendengar dan bercakap sama seperti orang - orang yang normal.

Sebagai tambahan, doktor-doktor pakar pendengaran juga boleh membuat ujian pendengaran

kepada individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dengan menggunakan teknologi-

teknologi yang canggih. Dengan adanya teknologi-teknologi yang boleh mengukur pendengaran

seseorang, ianya boleh membantu mengesan tahap kehilangan pendengaran yang dihadapi oleh

individu tersebut dan ini juga boleh membantu ibu bapa dan juga ahli pakar audiologi untuk membuat

intervensi awal kepada kanak-kanak yang telah dikesan mengalami masalah pendengaran.

Individu - individu yang mengalami kehilangan pendengaran juga lebih kepada deria visual dan

oleh kerana itu para pakar elektronik telah mencipta teknologi - teknologi yang berbentuk visual yang

boleh membantu individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dalam aktiviti harian

mereka. Sebagai contoh, teknologi jam timer yang boleh menghasilkan lampu apabila masa yang telah

ditetapkan telah tamat. Alat ini boleh membantu mereka semasa mereka hendak memasak makanan

yang memerlukan mereka untuk menetapkan masa yang tertentu. Contoh yang lain adalah seperti

lonceng pintu yang akan menghasilkan lampu apabila ada orang menekan lonceng pintu tersebut.

Dengan menggunakan alat ini, mereka boleh mengetahui jika sekiranya ada orang menekan lonceng

pintu rumah mereka.

Disini kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarang membawa kebaikan

yang banyak kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran sama ada dari segi pendidikan,

perubatan dan sebagainya. Namun, tidak juga dapat dinafikan bahawa teknologi-teknologi ini juga

mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

Page 12: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

Salah satu kelemahan yang boleh dibincangkan adalah kos teknologi-teknologi yang mahal. Alat-

alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, alat bantu pendengaran dan seumpamanya adalah

sangat mahal bagi mereka yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. Disebabkan sesetengah alat-

alat teknologi ini mempunyai kos yang sangat tinggi, ianya adalah sukar bagi mereka untuk memiliki

alat-alat teknologi tersebut.

Selain daripada itu, untuk menggunakan teknologi - teknologi seperti komputer, ianya

memerlukan individu tersebut untuk memiliki kemahiran bagi menggunakan alat-alat teknologi

tersebut kerana tanpa kemahiran ICT, mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakan alat-

alat teknologi tersebut. Untuk mendapat latihan kemahiran ICT tersebut, ianya juga memerlukan kos

yang tinggi. Tambahan pula, sesetengah daripada alat-alat teknologi ini juga memelukan

penyelenggaraan untuk memastikan alat-alat tersebut berfungsi dan sentiasa dalam keadaan yang

baik.

Berbincang tentang kelemahan teknologi dari segi penyelenggaraan, contoh yang boleh kita

berikan adalah seperi alat bantu pendengaran. Sesetengah daripada individu - individu yang

menggunakan alat bantu pendengaran tidak tahu bagaimana untuk melakukan penyenggaraan pada

alat tersebut sehingga menyebabkan alat tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Tanpa cara

penggunaan yang betul dan penyenggaraan, individu yang memakai alat tersebut akan tidak mendapat

kebaikan daripada alat teknologi tersebut. Perkara ini membawa kerugian kepada pemilik alat bantu

pendengaran tersebut kerana tidak dapat kebaikan daripada alat bantu pendengaran itu dengan

sepenuhnya.

Melihat dari segi teknologi alat bantu mengajar pula, peruntukan yang telah diberikan oleh

kerajaan untuk alat bantu mengajar adakalanya tidak digunakan oleh guru-guru untuk mengajar

pelajar-pelajar mereka. Salah satu sebab kenapa alat bantu mengajar ini tidak selalu digunakan oleh

guru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kerana sebahagian daripada

guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan alat bantu mengajar tersebut. Ini akan

menyebabkan alat bantu mengajar tersebut akan terbiar begitu sahaja tanpa digunakan oleh guru-guru

dan membawa kepada kerugian.

Secara keseluruhan, perkembangan teknologi dari masa ke semasa sedikit sebanyak telah

memberi kelebihan kepada individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dan boleh

membantu mereka dalam kehidupan mereka seharian Seperti yang telah kita bincangkan juga,

teknologi-teknologi ini juga mempunyai kelemahan mereka yang tersendiri. Namun, kelebihan dan

kelemahan sesuatu teknologi tersebut juga bergantung kepada individu yang mengunakan teknologi

itu. Jika sekiranya individu tersebut telah menggunakan teknologi itu dengan sepenuhnya yang

memberi manfaat kepada individu tersebut, maka teknologi itu mempunyai kelebihan yang banyak

berbanding daripada kelemahan dan begitu juga sebaliknya.

Page 13: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

4.0 Cadangan-Cadangan Untuk Membantu Golongan Bermasalah Pendengaran

dengan Menggunakan Teknologi .

Di antara cadangan-cadangan yang boleh diberikan untuk memastikan agar teknologi dapat digunakan

dengan sepenuhnya untuk membantu golongan-golongan yang megalami masalah pendengaran:

(1) Guru-guru pendidikan khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran harus diberi latihan

kemahiran ICT dan juga ilmu pengetahuan mengenai teknologi dalam pendidikan agar guru -

guru pendidikan khas boleh menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan tersebut untuk

membantu mereka dalam mendidik pelajar-pelajar mereka dengan lebih efektif.

(2) Membuat satu pertandingan mencipta alat-alat teknologi yang boleh membantu golongan -

golongan yang mengalami masalah pendengaran. Dengan mengadakan pertandingan tersebut,

orang ramai yang pakar mengenai teknologi akan berminat untuk mencipta teknologi -

teknologi yang baru dengan cara yang kreatif.

(3) Mendidik mereka cara menggunakan alat - alat teknologi seperti alat bantu pendengaran

dengan betul dan sentiasa menyelenggara alat teknologi tersebut dari masa ke semasa agar

teknologi tersebut sentiasa berfungsi dengan baik dan individu tersebut dapat menggunakan

alat itu dengan sepenuhnya.

Page 14: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

5.0 Penutup

Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkembangan teknologi di Malaysia kini telah meluas

dan meliputi banyak aspek . Seperti sedia maklum , teknologi banyak membantu dalam

kehidupan seharian manusia . Tanpa tekonologi , mungkin sukar untuk manusia untuk

menjalani kehidupan ini . Dunia tanpa sempadan membolehkan manusia untuk mendapatkan

pelbagai maklumat hanya di hujung jari dengan hanya menggunakan teknologi . Kemudahan

ini harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat hari ini.

Pun begitu , kita tidak boleh melupakan golongan yang kurang bernasib baik seperti

golongan masalah pendengaran ini . Mereka sepatutnya didedahkan dengan penggunaan

teknologi ini sama seperti masyarakat normal yang lain . Namun , mungkin cara – cara

pengajaran untuk mereka sedikit berbeza berbanding golongan yang lain dek kerana masalah

yang mereka hadapi .

Penggunaan teknologi seperti telefon bimbit , komputer , teknologi koklea implant , pager

, mesin faks , alat bantuan pendengaran dan sebagainya haruslah sering digunakan dan

dipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan masalah pendengaran ini . Hal ini adalah

kerana , sedikit sebanyak mereka akan didedahkan dengan penggunaan teknologi ini dan

dapat membantu memudahkan kerja seharian mereka .

Dengan adanya teknologi seperti ini , secara tidak langsung dapat mendidik golongan ini

untuk menjadi lebih berdikari . Mereka tidak perlu lagi untuk mengharapkan belas kasihan

orang lain dalam kehidupan ini . Selain itu , ia juga dapat membantu untuk meningkatkan self

– esteem gololgan ini khususnya bagi kanak – kanak yang masih belajar . Hal ini adalah

kerana dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran mereka , ia sedikit sebanyak akan

meningkatkan keyakinan kanak – kanak ini untuk belajar . Lantas , mereka akan bersemangat

untuk terus belajar .

Maka , akan wujudlah pembelajaran berorentasikan komputer untuk kanak – kanak khas

ini . Banyak manfaat yang akan diperolehi jika kita mempraktikkan cara ini . Sebagai contoh ,

ia dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak – kanak ini dengan orang lain selain

dapat membantu meningkatkan keupayaan motor kasar dan halus mereka . Secara tidak

langsung , kita dapat memantau perkembangan kanak – kanak ini sama ada ke arah positif

ataupun negatif.

Page 15: Eseikumpulan 121215230300-phpapp01

Selain itu juga , penggunaan audio dan visual yang sistematik juga dapat membantu

gologan yang bermasalah pendengaran ini khususnya bagi kanak – kanak . Mereka boleh

menggunakan alat permainan , cakara padat dan video untuk melatih mereka mendengar dan

berkomunikasi . Realiti maya ini menjanjikan kebebasan untuk kanak – kanak ini mengenal

dunia . Melalui teknologi , mereka dapat mencapai ilmu pengetahuan standing dengan orang

lain .

Sebagai orang yang paling rapat dengan kanak – kanak ini , ibu bapa haruslah memainkan

peranan mereka dengan sebaiknya . Ibu bapa perlulah mengaplikasikan penggunaan

teknologi ini dalam kehidupan anak – anak mereka . Untuk hasil yang lebih berkesan , ibu

bapa boleh menghantar anak – anak mereka ke pusat yang lebih pakar demi membantu anak -

anak mereka lebih arif akan penggunaan teknologi ini . Kita seharusnya meminimumkan

kelemahan mereka dan berusaha semaksima mungkin untuk meningkatakan keupayaan

mereka .

Bagi guru pula , mereka juga memikul tanggungjawab yang sama berat seperti ibu bapa

untuk membantu kanak – kanak ini dalam mempraktikkan penggunaan teknologi ini . Guru –

guru harus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik – baiknya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka . Guru juga harus peka akan setiap perubahan yang

ditunjukkan oleh para pelajar mereka .

Secara kesimpulannya , teknologi banyak membantu golongan kurang upaya khususnya

golongan masalah pendengaran ini dalam kehidupan seharian mereka . Teknologi ini harus

dimanfaatkan dengan kadar maksimum agar golongan ini tidak terus ketinggalan dek arus

pembangunan negara kini . Mereka juga layak untuk merasai nikmat seperti masyarakat

normal yang lain . Kerjasama daripada semua pihak amatlah dituntut agar misi yang suci ini

dapat dicapai dengan jayanya .