esei profesion keguruan nabil

Upload: nabil-fikri

Post on 11-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Profesion keguruan

TRANSCRIPT

PENGENALANProfesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Di dalam sistem pendidikan, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan dahulu yang hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Selaras dengan perubahan sistem pendidikan kini, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya dan sentiasa memikirkan pendekatan baharu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pada masa kini seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Peningkatan kualiti ini merujuk kepada kualiti proses dan yang paling penting ialah kualiti produk. Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merujuk kepada satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Bagi konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru Ornstein dan Levine (1993) menyatakan terdapat empat ciri di dalam satu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran diberi kepada suatu profesion oleh masyarat untuk beroperasi.Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, dapat dinyatakan di sini bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, guru profesional perlu mempunyai sasiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga merupakan pemimpin yang dapat mempengaruhi pelajar untuk berubah, berkembang, berdikari, bertanggungjawab dan mencapai matlamat. Guru yang berkesan mempunyai kemahiran moral, intelek dan sosial untuk menggunakan kepimpinan demi kebaikan pelajar, rakan sekerja dan ibu bapa.Oleh yang demikian, seorang guru perlu berusaha keras bagi meningkatkan dan memantapkan lagi profesionalisme diri guru dari peringkat pra perkhidmatan sehingga menjadi seorang guru yang profesional. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh seorang guru bagi menjadikan dirinya sebagai seorang yang berkeyakinan serta mempu berhadapan dengan semua golongan masyarakat. Selain itu juga, setiap peringkat yang dilalui dapat memberikan ilmu serta pengetahuan baru kepada guru untuk menjadikan diri sebagai seorang guru yang berkrebiliti tinggi serta berwawasan.1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme GuruDaripada dahulu lagi, para pendidik bermint untu mengetahui dan memahami proses melahirkan seorang guru dari peringkat praperkhidmatan sehingga menjadi seorang guru yang profesional. Terdapat pelbagai perbincangan tentang bagaimana seorang guru melalui perubahan bermula dari peringkat praperkhidmatan ke peringkat guru profesional.Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Di antara lima peringkat tersebut ialah :

Rajah 1 : Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme Guru

2.0 Cara Guru Mencapai Peringkat Perkembangan dan Tahap ProfesionalismeSetiap guru mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh mereka untuk mencapai tahap profesionalisme dalam bidang perguruan. Untuk berganjak dari peringkat awal iaitu peringkat novis dan menjad seorang yang pakar dalam bidangnya, guru akan mengambil jangka masa di antara 10 hingga 15 tahun. Menurut Trotter (1986), guru memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk berganjak ke peringkat mahir dan hanya segelintir daripada merka akan mencapai perkembangan di peringkat pakar. Guru-guru praperkhidmatan mungkin akan bergerak dari peringkat paling bawah iaitu peringat novis ke peringkat novis lanjutan dan mulai menuju ke peringkat cekap apabila mereka menjadi guru permulaan di sekolah.Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk menjadi seorang pakar dalam bidang yang diceburinya. Lima peringkat perkembangan tersebut bermula daripada peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan yang terakhir ialah peringkat pakar. Seperti yang dinyatakan oleh Berliner (1988), dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, hanya segelintir kaum guru berjaya menamatkan perjalanan kerjaya keguruannya hingga ke peringkat guru pakar.Pendedahan kepada peringkat-peringkat perkembangan guru mungkin dapat membantu guru untuk menyediakan diri menempuhi setiap peringkat tersebut. Peringkat pertama yang akan dilalui oleh setiap guru untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang diceburi ialah peringkat novis. Peringkat ini akan bermula apabila anda telah mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru dalam Program Ijazah Perguruan. Antara cara guru mencapai peringkat perkembangan pada peringkat novis ini ialah guru novis ini akan berusaha mempelajari fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan peraturan asas untuk bertindak. Selain itu juga, pada tahap ini, guru sedang belajar dan berusaha untuk membentuk suatu pandangan secara menyeluruh untuk memahami pengertian menjadi seorang guru. Beberapa kemahiran asas harus diperolehi dan dicapai pada peringkat perkembangan ini seperti mempelajari cara mengajar serta menguasai peristilahan yang berkaitan dengan profesionnya. Guru juga mula menghimpunkan idea-idea awal tentang tugas mengajar dan mereka dapat membentuk dan mempraktikkan satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang guru profesional. Walaupun guru pada peringkat novis masih belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan pengajaran di dalam sesebuah kelas, mereka akan mempelajarinya pada kursus yang telah ditawarkan dalam Program Ijazah Perguruan seperti pengenalan kepada psikologi dan perkembangan kanak-kanak, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan Negara.Soalan (A)Bagaimanakah guru dapat menambahkan nilai profesionalisme bagi menghadapi dunia pendidikan yang penuh mencabar. Bagi meningkatkan nilai profesionalisme seseorang guru, Sistem pementoran boleh dilaksanakan sebagai salah satu strategi yang berkesan. Pementoran bermaksud seorang guru yang lebih berpengalaman akan bertindak sebagai role model, penasihat dan pembimbing kepada guru-guru lain yang kurang berpengalaman. Proses ini melibatkan sesi pengajaran, bimbingan, galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga wajar mengamalkan konsep belajar seumur hidup, member peluang kepada diri sendiri membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Konsep ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningatkan profesinalisme guru tersebut. Ilmu pengetahuan sahaja yang boleh menjadikan manusia itu bertaqwa kepada Allah, mengagumi Allah dan mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Kepesatan globalisasi dan multimedia, akses jalur lebar dan internet memungkinkan guru-guru bertukar-tukar maklumat dan berhubungan secara lebih baik dalam dunia tanpa sempadan. Amalan reflektif di kalangan guru juga membantu guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Guru boleh memasukkan nilai tambah pada sesi pengajaran seterusnya. Pihak sekolah juga boleh menjadikan program Bimbingan Rakan Sekerja sebagai salah satu usaha membantu guru-guru lain di sekolah untuk meningkatkan mutu pengajaran. Pihak kementerian juga boleh menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru-guru yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang. Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar. Berkualiti dari Segi Jasmani seperti Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.Selain itu Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar. Berkualiti dari Segi Emosi dimana aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan serta Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

Minat suka membaca juga membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan.Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan.Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil.Oleh itu sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru. Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT dimana Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti,setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini.Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagog. Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal seperti mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar ibubapa masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti. Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. Kebersihan Diri. Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala kekotoran adat atau syarak iaitu mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, pemarah atau mempunyai sifat-sifat lain yang keji. Keikhlasan Dalam Bekerja.Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang menbdorong kearah kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang guru, antara cirri-ciri keikhlasan yang perlu wujud dalam dirinya ialah:i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat.ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar.iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa.iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya.v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya.Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berterusan berusaha untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan merasa dirinya sebagai murid yang sedang mencari kebenaran.