esei moral spm

Upload: tengkusuhaida

Post on 14-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Esei Moral SPM

    1/2

    Esei Moral SPMBAHAGIAN B [ 20 MARKAH ]

    9Menurut Jabatan Pendaftaran negara, kadar penceraian di Malaysia meningkat pada setiap tahun.

    Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri untuk mengelakkanpenceraian.[10 markah]

    Setiap pasangan suami isteri haruslah mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga.Merekaharuslah mempunyai perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam untuk mengelakkanpenceraian.Sebagai contoh,mereka sepatutnya menghargai percintaan mereka kerana pengekalanhubungan perkahwinan yang bahagia bukannya mudah.Mereka juga patut mempunyai perasaan cinta,kasih dan sayang yang berkekalan untuk mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,mereka haruslahsaling membantu sekiranya pasangan mereka menghadapi sebarang konflik atau tekanan hidup.Selainitu,pasangan hidup haruslah mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga.Merekasepatutnya memuliakan setiap anggota keluarga untuk mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,si isterisepatutnya menghormati si suami sebagai ketua keluarga manakala si suami sepatutnya memikirkanpendapat serta pandangan si isteri sebelum membuat sebarang keputusan.Pasangan hidup sepatutnya

    berinteraksi dan member layanan bersopan untuk mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,merekaharuslah berkomunikasi secara bersopan-santun dan lemah-lembut untuk mengelakkan kebencian mana-mana pihak.Seterusnya,setiap pasangan hidup sepatutnya mengamalkan nilai rasional.Merekasepatutnya bolehberfikir kesan berlakunya penceraian.Sebagai contoh,anak-anak mereka akanmembesar tanpa kasih sayang ibu atabapa.Pasangan hidup sepatutnya bertindak wajar denganmengelakkan penceraian.Sebagai contoh,mereka sepatutnya menghadiri kursus perkahwinan danberumah tangga untuk menyediakan mereka untuk memikul tanggungjawab rumah tangga.Teo Yi Wen (5 Sn)

    10.Buruh kanak-kanak meningkat di seluruh dunia

    Huraikan nilai-nilai yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha membanteras gejala tersebut. [10 markah]

    J1. Kerajaan mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak.Pihak kerajaan sepatutnya membela danmemberi naungan kepada kanak-kanak dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak.Sebagaicontoh, pihak kerajaan memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin daripada melakukan kerja-kerjaburuh kerana mungkin akan mengakibatkan kematian kanak-kanak kerana keletihan.Pihak kerajaanharuslah memelihara hak kanak-kanak dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak.Sebagaicontoh, pihak kerajaan haruslah memastikan kanak-kanak memperolehi peluang untuk bersekolah danmenimba ilmu bukannya menanggung sumber pendapatan keluarga melalui aktiviti buruh.Kerajaanharuslah mengamalkan nilai bertanggungjawab.Kerajaan Sebagai contoh, kerajaan haruslah memastikanpihak yang melanggar peraturan dan akta perlindungan kanak-kanak akan dikenakan hukuman denda

    dan penjara.Selain itu,pihak kerajaan haruslah mengamalkan nilai rasional.Pihak kerajaan sepatutnyaboleh berfikir kesan pengambilan buruh kanak-kanak.Sebagai contoh,buruh kanak-kanak yangkekurangan ilmu pengetahuan tidak dapat menyumbangkan bakti kepada negara dengan itu tidakdapatlah misi negara kita direalisasikan.Pihak kerajaan haruslah bertindak wajar denganmengurangkanbilangan kanak-kanak buruh.Sebagai contoh,pihak kerajaan bolehlah memaparkanrencana mengenai tindakan yang akan dikenakan sekiranya seseorang itu terlibat dalam pengambilanburuh kanak-kanak.haruslah memikul tugas dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak.Sebagaicontoh,kerajaan haruslah merangka akta yang melindungi kanak-kanak daripada terlibat dalam aktivitiburuh.Kerajaan juga harus melaksanakan kewajipan dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-

  • 7/30/2019 Esei Moral SPM

    2/2

    kanak. Teo Yi Wen (5 Sn)

    J2. Kerajaan mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak .Pihak kerajaan membela hak kanak-kanakdengan berusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan menggubalundang-undang bahawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan bekerja .Pihak kerajaanmemelihara hak kanak-kanak dengan berusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak yang melibatkankanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan mengenakan hukuman terhadap peniaga yangmengeksploitasikan kanak-kanak sebagai buruh .Selain itu ,Pihak kerajaan mengamalkan nilaibertanggungjawab .Pihak kerajaan melakukan sesuatu tugas serta kewajipan dengan sempurna denganberusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan selalu melakukanoperasi terhadap peniaga-peniaga di negara kita untuk memastikan meraka tidak menjadikan kanak-kanak sebagai buruh .Pihak kerajaan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna denganberusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan memberikan bantuankewangan kepada keluarga yang miskin untuk menghalang mereka menjadikan anak-anak merekasebagai buruh untuk mendapatkan sumber kewangan . Keu Pei San (5SN)

    11. Berikut ialah kempen yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

    Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?DAFTARLAH SEKARANG !!!PILIHAN RAYA BOLEH BERLAKU BILA-BILA MASA

    Huraikan nilai-nilai yang sepatutnya menjadi amalan setiap warganegara Malaysia.[ 10 markah ]

    Setiap warganegara Malaysia sepatutnya mengamalkan nilai penglibatan diri dalam pembangunannegara. Mereka sepatutnya melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan nagara denganberdaftar sebagai pengundi. Contohnya, mereka sepatutnya mengundi untuk memilih bakal pemimpin.Mereka sepatutnya mematuhi Perlembagaan Malaysia dengan berdaftar sebagai pengundi. Sebagaicontoh, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan setiap warganegara Malaysia sepatutnya mengundidalam pilihan raya. Selain itu, setiap warganegara Malaysia sepatutnya mengamalkan nilai cinta akannegara. Mereka sepatutnya mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara dengan berdaftar

    sebagai pengundi. Contohnya, mereka sepatutnya berasa megah kerana Malaysia menggunakan carademokrasiiaitu pilihan raya untuk memilih pemimpin. Mereka sepatutnya meletakkan kepentingan negaramelebihi kepentingan diri dengan berdaftar sebagai pengundi. Sebagai contoh, mereka sepatutnyamengutamakan dan mengambil berat tentang politik negara. Di samping itu, setiap warganegaraMalaysia sepatutnya mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka sepatutnya memikul kewajipandengan berdaftar sebagai pengundi. Contohnya, mereka sepatutnya melibatkan diri dalam pilihan raya.Mereka juga sepatutnya melaksanakan tugas sebagai seorang warganegara Malaysia dengan berdaftarsebagai pengundi. Sebagai contoh, mereka sepatutnya menjalankan amalan mereka, iaitu mengundi.Chang Wan Ling(5SN)