esei lengkap - p.moral

Upload: theresa-stephen-lyi

Post on 06-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Esei Lengkap - p.moral

    1/4

    Nilai-nilai Agama dan Kepercayaan Hindu

    Agama Hindu adalah antara agama tertua di dunia juga dikenali sebagai Santhana

    Dharma (kekal abadi) Agama Hindu tidak diasaskan oleh seorang individu ataupun berasaskan

    wahyu. Agama ini berpusat di kawasan Sungai Indus, satu kawasan luas di India Utara. Kitab

    pertama agama ini ialahVeda. Kitab Veda adalah kitab agama yang mengandungi nyanyian dan

    pujian terhadap Tuhan, legenda Tuhan dan lain-lain. Setiap Veda mempunyai 4 bahagian iaitu

    Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishad. Dalam Kitab Veda, Tuhan teragung ialah Brahman.

    Agama Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang paling agung yang dinamakan Brahman.

    Penjelmaan Tuhan Teragung ini menghasilkan 3 Dewa yang dikenali sebagai Trimurti iaitu

    Dewa Brahman (Pencipta), Dewa Vishnu (Pelindung) dan Dewa Siva (Pemusnah).

    Agama Hindu menganjurkan kepercayaan pada hukum karma iaitu perbuatan baik

    dibalas baik; perbuatan jahat dibalas jahat. Dokrin dan falsafah agama Hindu dijelaskan dalam

    kitab suci agama Hindu seperti Veda dan Bhagavath Gita dan sajak-sajak yang disampaikan oleh

    ulama-ulama teragung (Great Saints) sejak 1500 tahun sebelum masehi. Doktrin karma berkait

    rapat dengan Hukum Kelahiran semula (reinkarnasi). Ia merupakan salah satu bentuk HukumSebab dan Akibat. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan di dunia ini merupakan satu

    kesengsaraan kerana seseorang itu akan menghadapi kelahiran semula yang berulang-ulang

    selagi mereka belum mencapai ke tahap Nirvana. Lingkaran kelahiran semula ini dinamakan

    Samsara. Kelahiran ini memberi peluang kepada jiwa untuk membayar segala dosa dan

    mendapat pehala. Manakala kebebasan dari rantaian kelahiran ini dinamakan Mokhsa. Penganut

    Hindu berharap akan terlepas dari rantai kelahiran.

    Agama Hindu mempratikkan kepercayan dan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada

    Tuhan, tolak ansur, ketabahan, mengawal diri, tidak berdendam dan dengki, mengampuni dan

    memaafi, menimba ilmu, berperikemanusiaan, tidak fanatik terhadap agama, memerangi hawa

    nafsu, mengawal kemarahan, mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda. Selain itu,agama Hindu juga menganjurkan nilai-nilai seperti kasih sayang, larangan minum arak, mentaati

    ibu bapa, mengawal nafsu dan keadilan dalam sistem pemerintahan. But the man who,

    controlling his senses with his mind, undertakes through his action organs the discipline of

    action without attachment, distinguishes himself.(Bagavath Gita.3.7) Sementara itu, salah satu

    petikan daripada Rig-Veda pula menganjurkan toleransi keagamaan dengan ayat bermaksud

    Let noble thoughts come to us from everyside, pure, unobstructed, overflowing. Sehubungan

    ini, Yajur Veda 36.18 pula menganjurkan kemesraan di kalangan sesama manusia dengan ayat

    bermaksud May all beings look on me with friendly eyes; may I look on all beings with friendly

    eyes; may we look on each other with friendly eyes.

    Bagi agama Hindu, tindakan atau amalan (deeds) adalah amat penting kerana Tuhan

    hanya melihat amalan manusia dan bukan keturunan seseorang itu. Dalam hubungan ini, seorang

    Mahaguru Hindu (saint) bernama Thirumoolar mengatakan bahawa seorang insan can reach

    God in services to humanity, charity, love shown to them. Mahaguru agama Hindu ini juga

    pernah menyebut bahawa sekiranya manusia memahami dan menerima hakikat bahawa manusia

    sebagai satu ummah dan Tuhan itu Esa (Unity of God), maka manusia tidak akan menemui

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Vedahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vedahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vedahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Veda
  • 8/2/2019 Esei Lengkap - p.moral

    2/4

    penderitaan (Oruvane Thevanum nantre ninaimin namanillai-Bahasa Tamil). Agama Hindu

    percaya pada konsep avatar iaitu kepercayaan bahawa Tuhan boleh menjelma dalam pelbagai

    bentuk dan rupa untuk menyelamat dan membantu manusia daripada kejahatan. Konsep ini

    menyebakan penganut Hindu menyembah kepada pelbagai dewa-dewi yang dianggap sebagai

    penjelmaan Tuhan yang satu atau Esa. Pada masa yang sama, adalah menjadi amalan bagi

    penganut Hindu untuk mendirikan rumah berhampiran dengan kuil ( sama ada kuil yang

    didirikan dalam bentuk bangunan ataupun tempat keramat atau shrine). Penganut Hindu tidak

    digalakkan tinggal dalam kawasan perumahan yang tidak ada kuil.

    Nilai-nilai Agama dan Kepercayaan Sikhisme

    Sikhisme adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak

    dan Sembilan guru lain di Punjab, India pada abad ke-15. Agama Sikhisme adalah agama kelima

    terbesar di dunia dengan lebih daripada 23 juta penganut. Sikhisme berasal daripada perkataan

    Sikh, yang datang daripada kata dasar sisyadalam bahasa Sanskrit yang bermakna murid ataupelajar, atau siksa yang bermaksud arahan. Menurut Vishalachc B. (2006), dua kepercayaan

    utama Sikhisme adalah percaya Tuhan adalah satu yang dipanggil waheguru dan percaya kepada

    ajaran 10 Guru Sikhisme. Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh

    orang guru Sikh, bersama dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib, penggubalan

    penulisan enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut dan mengandungi karya-karya yang ditulis

    oleh orang dari pelbagai latar belakang socio-ekonomik dan agama. Teks dalam Guru Granth

    Sahib telah didekri oleh Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang

    terakhir. Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya

    Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum penceraian India dan Pakistan,

    jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan.Nilai-nilai agama yang diterapkan dalam agama Sikhisme adalah melalui Kitab Suci

    Guru Granth Sahib Ji iaitu Tuhan itu esa dan Tuhan merupakan punca prinsip segala kebenaran.

    Setiap Guru Nanak mengingatkan tentang keesaan Tuhan dan tidak terpesong daripada ajaran

    agama dan guru-guru Sikh amat menentang penyembahan berhala. Dalam Kitab Suci Guru

    Granth Sahib Ji (Adi Granth), dapat dilihat unsur-unsur kemoralan di dalam kitab tersebut. Kitab

    Suci Sikhisme ditulis dalam bentuk puisi dengan tiga komponen penting dalam isi kandungan

    iaitu keperluan perkembangan insan, perhubungan antara manusia dan penyelarasan kewujudan

    roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir. Secara moral, manusia digalakkan membuka

    minda fikirannya supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di persekitarannya.

    Nilai moral yang terdapat dalam ajaran Sikh ini secara tidak langsung dapat menjadikan dan

    mengajar seseorang mempunyai tingkah laku yang lebih adil dan sederhana (Sachiara atau sifat

    kendiri yang sebenar dan terbaik).

    Bukti nilai kerajinan dalam agama Sikh dapat dilihat dalam salah satu K dalam 5K yang

    wajib dilakukan oleh seseorang Sikh saat pembaptisan mereka menjadi Sikh dan K itu adalah

    Kangh atau sikat. Dimana seorang Sikh perlulah rajin untuk membersihkan rambutnya yang

    panjang menggunakan sikat atau kangh agar kesuciannya dapat dikekalkan. Selain itu, nilai

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Guru_Granth_Sahib&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakistanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Punjab_(Pakistan)http://ms.wikipedia.org/wiki/Punjab_(Pakistan)http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakistanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Guru_Granth_Sahib&action=edit&redlink=1
  • 8/2/2019 Esei Lengkap - p.moral

    3/4

    kerajinan dapat dilihat melalui sikap Guru Nanak dalam usahanya untuk menjalankan amanah

    Tuhan untuk mnyebarkan ajaran Sikh. Guru Nanak mengembara ke luar kawasan daerahnyauntuk menyebarkan ajaran Sikh yang dianutinya dengan gigih. Nilai kejujuran turut diterapkan

    dalam ajaran agama Sikh melalui perbuatan dan perlakuan Guru Nanak. Guru Nanak berharap

    dirinya bercakap kebenaran sahaja dan tidak berbohong. Nilai kejujuran diamalkan melalui cara

    yang kedua iaitu cara kirat karni iaitu pengikut Sikh perlu mencari nafkah dengan jujur tanpamengamalkan eksploitasi atau penipuan. Petikan three things are there in the vessel; Truth,contentment and intellect. The ambrosial Name of God is added to it, The Name that is

    everybodys sustenance. He who absorbs and enjoys it shall be saved. One must not abandon

    this gift; it should ever remain dear to ones heart. The dark ocean of the world can be crossed by

    clinging to His feet. Nanak, it is He who is everywhere (Guru Arjan Dev, Mundawani) turut

    menjadi bukti bahawa nilai kejujuran itu menjadi kunci ataupun perkara penting dalam agamaSikh. Kerjasama turut diamalkan dalam ajaran Sikh melalui pembentukan sangat oleh GuruNanak. Guru Nanak berharap semua Sikh dapat menjadi ahli persekutuan sangat yangdibentuknya. Melalui pembentukan sangat ini kita dapat lihat bahawa Guru Nanak mahu semua

    Sikh menyertai persekutuan suci itu untuk memupuk nilai kerjasama antara mereka. Buktinya,

    semua mereka yang ingin melayani kemanusian melalui Sikhisme harus bergabung dengan Panthsebagai ahli biasa dan menerima pembaptisan sebagai langkah awal. Tujuan persekutuan sangat

    adalah menghapuskan sistem kasta dan melarang persaingan antara lelaki dan wanita. MenurutSandeep Singh Brar ada mengatakan bahawa. Recognise the light (of God) and do not ask for

    the caste, There is no caste in the next world (Guru Nanak, Asa). Kesimpulanya, Sikhisme

    adalah satu agama yang bukan sahaja mementingkan nilai kerajinan, kasih sayang dan kerjasamatetapi juga nilai-nilai disiplin dalam kehidupan, mengutamakan kesempurnaan, kerohanian dan

    ketenteraman dalam diri seseorang serta kewajipan sosial.

    Nilai-Nilai dan Kepercayaan Taoisme

    Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze (604-524 S.M.) dan Zhuang Tze (369-286 S.M).

    Lao Tze mengasaskan mazhab pemikiran Falsafah Taoisme (Dao Jia). Mazhab ini menegaskankepada perkara-perkara yang berkaitan dengan dimensi sosial seperti kebijaksanaan (wisdom)

    dan usia yang lebih tua (seniority). Lao Tze merupakan seorang ahli falsafah kuno pada abad ke

    5 S.M. dan sezaman dengan Pengasas Ajaran Confucius. Manakala, Zhuang Tze mengasaskan

    mazhab kepercayaan kerohaniaan Taoisme (Dao Jiao). Fokus aliran mazhab ini adalah berkaitan

    dengan dimensi hidup yang berkaitan dengan hal-hal kebatinan. Mazhab ini menekankan

    kepercayaan mengenai keabadian roh melalui menjalankan upacara amal (ritual). Kedua dua

    mazhab tersebut dicantum dan menjadi ajaran Taoisme.

    Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang

    terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius

    menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran

    Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud "cara" atau

    "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah

    gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh

    diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf. Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik

    diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan

    duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia

  • 8/2/2019 Esei Lengkap - p.moral

    4/4

    seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang

    tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan

    konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian

    kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam

    semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah

    yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag

    dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan

    diminati di kalangan penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik

    daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

    Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara keduniaan.

    Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Manusia

    tidak boleh mangubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan

    kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu

    seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu

    mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusiadapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar

    ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah

    kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil

    penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak

    pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira. Sumbangan

    penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan

    tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli. Taoisme juga

    membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku

    Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan

    yang terkenal.