eramah udiman 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan sriwijaya (daripada...

23
Naratif Melayu Singapura: Cabaran Berbahasa 20 Julai 2018 CERAMAH ARIF BUDIMAN 14 T UAN HAJI SIDEK BIN HAJI S ANIFF Mantan Ahli Parlimen dan Menteri Negara Kanan (1976-2001) Mantan guru dan mantan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Naratif Melayu Singapura: Cabaran Berbahasa

20 Julai 2018

CERAMAHARIF BUDIMAN 14

TUAN HAJI SIDEK BIN HAJI SANIFF Mantan Ahli Parlimen dan Menteri Negara Kanan (1976-2001)Mantan guru dan mantan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura

Page 2: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

BIODATATuan Haji Sidek Bin Haji Saniff dilahirkan pada 18 April 1938. Beliau merupakan lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Perak. Beliau telah menyambung pelajarannya di peringkat ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti London pada tahun 1975. Pernah bertugas sebagai guru dan melibatkan diri secara aktif di Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS). Semasa di KGMS, beliau pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung dan akhirnya sebagai Yang Dipertua KGMS. Semasa di dalam KGMS, beliau telah memperjuangkan nasib guru-guru bahasa Melayu sehinggakan mendapat status yang setara dengan guru-guru aliran Inggeris. Malah perjuangan beliau secara tidak langsung telah memanfaatkan guru-guru aliran Cina dan Tamil.

Beliau juga merupakan pengerusi Kongres Mendaki I dan II sehinggalah tertubuhnya Mendaki yang berperanan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak Melayu/Islam. Beliau merupakan seorang pendidik sebelum menceburi bidang politik. Di dalam bidang politik, beliau juga merupakan mantan Ahli Parlimen yang pernah berkhidmat di pelbagai kementerian, antaranya sebagai Setiausaha Parlimen (Kementerian Perdagangan dan Industri), Menteri Negara Kanan (Pendidikan) dan bersara dari politik sebagai Menteri Negara Kanan (Sekitaran) pada tahun 2001.

51

Page 3: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

NARATIF MELAYU SINGAPURA: CABARAN BERBAHASA

Tuan Haji Sidek Bin Haji SaniffMantan Ahli Parlimen dan Menteri Negara Kanan (1976-2001)

Mantan guru dan mantan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura

ABSTRAK

Teks ceramah ini menyusur kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu sejak zaman Singapura diasaskan Sang Nila Utama dalam akhir abad ke-13, zaman penjajahan Inggeris, zaman menuntut kemerdekaan dan zaman kemerdekaan Singapura serta pascamerdeka dalam alaf baharu. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pasang surut penggunaan bahasa Melayu secara rasmi dan tidak rasmi di Singapura serta pengaruh dinamisme kerantauan yang masih menonjolkan Asia Tenggara sebagai rantau induk Melayu. Iktibar daripada sejarah ini menjadi landasan dan unjuran untuk memelihara bahasa Melayu di Singapura dari segi disiplin diri pemakainya dan rekayasa bahasa pada zaman selepas ini.

52

Page 4: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

PENDAHULUAN

Kepentingan bahasa Melayu menuntut pemakainya, khususnya orang asal Melayu, untuk memeliharanya. Erti pelihara terletak pada diri ‘pemakai’nya (membawa makna yang lebih besar daripada istilah ‘pengguna’) yang termasuklah menyemai, membaja dan memupuk, menumbuh, mengawal dan memastikan perkembangan yang sihat lagi rapi.

Bagi orang Melayu terdahulu termasuk generasi saya, berbahasa bak mengenakan pakaian yang sopan. Itulah sebabnya, digunakan istilah lebih persis ‘pemakai’ bukan ‘pengguna’.

Bahasa Melayu tidak sekadar sebagai ‘pakaian’ zahir dan rohani yang melambangkan jati diri Melayu. Dua lagi penandanya adalah berbudaya Melayu dan beragama Islam. Demikian takrif jati diri Melayu yang terambil daripada Perlembagaan Malaysia, ketika Singapura menyertai Malaysia antara 1963 hingga 1965.

Namun pada pindaan Perlembagaan Singapura, aspek jati diri Melayu ditakrif sebagai ‘seseorang yang mengakui dirinya Melayu dan dianggap oleh masyarakat Melayu sebagai anggotanya’. Pada Pilihan Raya Presiden 2017 yang hanya diperuntukkan kepada orang Melayu, takrif ini digunakan dan diberikan penafsiran luas. Namun yang pasti, calon Melayu baik dalam pilihan raya umum mahupun presiden, perlulah arif berbahasa Melayu, selain memiliki dua tanda jati diri yang dikatakan tadi.

ZAMAN SANG NILA UTAMA

Peri pentingnya Bahasa Melayu kepada Singapura boleh disusur sejak zaman Sang Nila Utama apabila pulau ini menjadi pusat penterjemahan karya-karya India seperti Ramayana dan Mahabharata daripada bahasa Sanskrit ke bahasa Melayu. Lazimnya usaha sedemikian dilakukan oleh pihak istana. Demikian pendapat Profesor Teuku Iskandar (1924-2012, ketua kumpulan penyusun Kamus Dewan yang pertama) yang mendapati bahawa peranan

53

Page 5: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Singapura dalam abad silam (abad ke-12 sehingga ke-13 Masihi) sudah menepati sebuah tamadun tinggi dalam zaman itu.

Menurut Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu, tulisan Tun Seri Lanang, bahawa jurai keturunan raja-raja Melayu bermula dari Singapura. Ini satu naratif yang amat penting nilainya. Mengapakah terpilih bahasa Melayu yang asalnya dari kawasan etnik Melayu yang kecil di Jambi?

Sebabnya, menurut para sejarawan, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6 hingga 13 Masihi) yang ibu kotanya terletak di Palembang.

Kerajaan ini meliputi seluruh Andalas atau Sumatera, selatan Thailand, Tanah Melayu dan hampir seluruh pulau Jawa. Sejak itu, bahasa Melayu kian kukuh berkembang terutama di kota-kota pesisir sehinggakan menurut ilmuwan Malaysia, Profesor Ding Choo Ming, kebolehan berbahasa Melayu termasuk berpantun, memastikan penakatan anak dagang di rantau Melayu (rujuk jurnal Wacana, Jilid. 12 No. 1 April 2010, halaman 115-130).

Dapatan Profesor Teuku Iskandar sejajar dengan tanggapan Dr John Miksic daripada Jabatan Sejarah, Universiti Nasional Singapura (NUS), yang telah menggali sebahagian daripada warisan Singapura, termasuk di kawasan Istana Kampung Gelam, Bukit Larangan (Fort Canning) dan Padang.

Dr Miksic membuat kesimpulan tegas bahawa Singapura mempunyai sejarah silam gemilang sebagai antara kota pelabuhan dalam laluan laut perdagangan Jalan Sutera. Daripada hasil kajiannya itu lahirlah bukunya, Singapore & the Silk Road of the Sea, 1300-1800 (2013, Singapura: NUS Press). Kejayaannya dan kajian sejarah selanjutnya telah mendorong semakan ke atas buku teks sejarah Singapura yang tidak lagi bermula sejak Thomas Stamford

zaman Sang Nila Utama.

54

Page 6: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Peter Borschberg, Profesor Madya di Jabatan Sejarah Universiti Nasional Singapura dalam kajiannya merungkai sejarah dengan menyatakan bahawa secara komersial, sekurang-kurangnya

sebab pelabuhannya yang baik dan potensi komersialnya sebagai petempatan kolonial. Malah, peniaga Belanda Jacques de Coutre yang telah beberapa kali melalui perairan Singapura pada akhir 1500-an dan awal 1600-an memanggil Singapura sebagai ‘Pulau Sabandaria Lama’ sempena kehadiran shah bandar Singapura. Nama-nama lain yang pernah digunakan adalah ‘Pulau Gabenor’ sempena Selat Gabenor bagi Selat Singapura antara 1616 dengan 1819. (Peter Borschberg, Tapi Terbaru Dalam Warisan Singapura, Berita Harian, 16 April 2018). Tentulah banyak peninggalan sejarah watan ini yang perlu digali lagi dan dikaji kaitannya dengan sejarah rantau ini dan juga dua tamadun besar yaitu China dan India.

AKSARA JAWI

Yang jelas dalam zaman silam, bahasa Melayu dalam aksara Jawi telah masuk ke alam Melayu dengan kedatangan Islam. Bukti paling awal tulisan Jawi adalah batu bersurat Terengganu bertarikh abad ke-14 (Asmah Hj Omar, 2008, , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka). Jawi juga telah lama digunakan sebagai bahasa pengantar atau lingua franca dalam surat-menyurat antara raja di rantau ini dan juga di luar rantau ini seperti antara Sultan Iskandar Muda Aceh dengan King James I di England dalam awal abad ke-17 Masihi, menurut Dr Ab. Razak Ab. Karim dari Universiti Malaya.

Malah menurut Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dalam zaman kemasukan Islam di rantau ini, bahasa Melayu diperkukuh dengan aksara Arab yang dipanggil ‘Jawi’ sehingga rumpun Melayu dipanggil juga Kaum Jawi. Cukup erat ikatan ini sehinggakan jati diri Melayu dikaitkan dengan amalan Islam, termasuk aksara jawi.

55

Page 7: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

Seyogia, raja Singapura terakhir yang bernama Permaisura atau disebut Parameswara telah melarikan diri dari pulau ini setelah kedatangan tentera Majapahit (rujuk Buyong Adil, 1980, Sejarah Singapura, Kuala Lumpur: DBP).

Permaisura dikhabarkan telah mengasaskan Kerajaan Melaka dan memeluk Islam. Kerajaan Melaka bertahan lebih seratus tahun dan merupakan tamadun gemilang Melayu-Islam di rantau ini. Namun apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, bermulalah kemasukan penjajah di rantau ini. Menurut kajian para sejarawan seperti R. W. McRobert (Sumber: Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Jilid. 57, No. 1 (246) (1984), halaman 26-39), ia berpunca daripada kepimpinan lemah yang disebabkan tindakan bodoh dan terburu-buru Sultan Mahmud

kononnya cuba merampas kuasa. Portugis telah memusnahkan kota Melaka termasuk membakar pustaka ilmu Melaka yang dikatakan menyimpan khazanah pelbagai aksara Melayu yang tiada ternilai.

Anehnya, kemasukan Portugis yang kemudian diikuti Belanda dan akhirnya British, tidak menjejas kepentingan bahasa Melayu dan Jawi yang terus digunakan dari peringkat rakyat biasa sehingga raja-raja dan kalangan pegawai penjajah sendiri. Cuma yang terencat adalah usaha membina tamadun Melayu menerusi kemakmuran tempatan atau kekangan perdagangan ekoran penjajahan siasah dan penindasan penjajah Barat.

Menurut catatan sejarah, Singapura terpelihara di sebalik kebangkitan Kesultanan Melaka atau kerajaan Riau Lingga (pengganti Melaka). Sayangnya, gambaran sebaliknya diutarakan

membuka Singapura sebagai loji Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Profesor Syed Hussein Alatas (

56

Page 8: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Schemer or Reformer?, Angus & Robertson, Singapura, 1971) dan yang terbaharu, Nadia H. Wright (William Farquhar and Singapore:

Entrepot Publishing, Malaysia,

kerana rekod peribadi dan kerjanya.

Saya tidak berhasrat melanjutkan bahas atau polemik perihal

1850-an sehingga 1960, Singapura adalah pusat cendekiawan, penerbitan dan hiburan bagi Dunia Melayu. Antara akhbar Melayu terawal di Dunia Melayu adalah (1876-1895) yang terbit di sini. Jika dibandingkan dengan dua pusat iaitu Pulau Pinang dan Melaka, Singapura amat menonjol sebagai pusat penerbitan. Tiga pusat ini juga dipanggil oleh penjajah British sebagai Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) kerana sudah tiada beraja atau bersultan lagi.

Revolusi penerbitan dan sekali gus percetakan Melayu di Singapura boleh dikatakan dirintis oleh mubaligh Kristian. Tujuan mereka untuk menyebarkan agama. Namun Munsyi Abdullah bin Abdul Kader (1796-1854) yang bekerja dan belajar teknik percetakan telah memanfaatkan teknologi percetakan yang antara lain demi menerbitkan bukunya dan mencetak Al-Quran. Terbukti Singapura muncul sebagai pusat penerbitan Islam di rantau ini.

Ketika Singapura dalam tangan penjajah Inggeris, peranan bahasa Melayu masih terus penting sebagai bahasa perhubungan serantau sehinggalah mencakup pelaksanaan sistem perundangan. Dasar perdagangan bebas British dan pelabuhan bebas telah mendorong Singapura menjadi pusat atau hab cendekiawan,

sehingga 1960. Dari segi pendidikan, usaha awal pembukaan sekolah Melayu telah dimulakan dengan kerjasama antara Temenggong Johor dan Governor Inggeris di kawasan Telok Blangah (1855) dan Kampong Gelam (1956). Pada tahun 1892, terdapat 189 sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat. Dengan itu, timbullah keperluan untuk latihan bagi guru. Pada tahun 1878, sebuah

57

Page 9: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Kolej Latihan Guru telah ditubuhkan di perkarangan istana lama Sultan Johor di Telok Blangah. Namun, kerana masalah keciciran para pelajar di sekolah-sekolah vernakular Melayu, Kolej Latihan Guru telah ditutup pada lewat 1890-an (Kamsiah Abdullah, 2007,

Singapura, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim).

Dari segi penerbitan akhbar dan majalah berbahasa Melayu, peranan tokoh-tokoh Peranakan India dan Peranakan Arab tertonjol sebagai pembiaya dan penerbit yang gigih. Gerakan kesedaran Melayu dari segi agama, politik sehingga ekonomi mekar di Singapura seperti penubuhan badan separa siasah perintis (atau penubuhan perintis badan separa siasah?), Kesatuan Melayu Singapura pada 1926 yang dirintis oleh Mohd Eunos Abdullah (1876-1933). Beliau pernah menjadi syahbandar di Muar dan kemudian editor Utusan Melayu (1907-1914). Akhbar ini memanglah semacam terjemahan daripada akhbar Inggeris, The Singapore Free Press. Menurut William R. Rolf (1968) dalam bukunya, The Origins of Malay Nationalism, Eunos telah menampilkan tulisan yang sarat pendapat dan makna. Inilah ciri penting yang menempatkannya sebagai ‘Bapa Kewartawanan Melayu Moden’.

Eunos juga menjadi wakil Melayu pertama dalam Dewan Perundangan Singapura dan telah berkempen untuk mewujudkan petempatan khas Melayu seperti ‘Kampung Baharu’ di Kuala Lumpur. Petempatan ini yang dipanggil Kampung Melayu di timur Singapura adalah demi menampung orang Melayu yang terpaksa berpindah dari kawasan Kallang yang dijadikan lapangan terbang.

Bakti terbesar Eunos adalah memberikan takrif bangsa kepada pelbagai suku kaum Melayu sebagai satu rumpun Melayu. Beliau sendiri berasal daripada keluarga Minang yang kaya dan

lahirnya dipercayai di Singapura, terdapat kajian menyatakan beliau berasal dari tanah Minang di Sumatera, wallahualam. Oleh itu, perlu diadakan kajian mengenai beliau.

58

Page 10: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Dalam memberikan makna ‘bangsa’ Melayu, yaitu berbahasa dan berbudaya Melayu serta beragama Islam, Eunos boleh dianggap sebagai memiliki semangat kebangsaan. Hal ini dipaparkannya dalam penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dianggotai ramai cendekiawan Melayu termasuk Dr Abdul Samad Pagak (doktor perubatan Melayu yang pertama di Singapura), hartawan Ambo Soloh dan Tengku Abdul Kadir dari keluarga diraja Istana Kampung Gelam. Bahkan di Istana Kampung Gelamlah, KMS dilancarkan.

Sebelum KMS, Eunos dan rakan-rakannya telah menubuhkan Malay Institute yang berfungsi semacam Yayasan Mendaki hari ini. Tujuannya adalah untuk mengajar anak Melayu pelbagai bidang kemahiran. Ucapan Eunos mengenai hal ini pernah dipamerkan di Muzium Negara tidak lama dulu. KMS telah menyuntik kesedaran gerakan pertubuhan masyarakat di rantau ini, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Malah ia diterapkan dalam sejarah Malaysia.

Dari KMS, terhunjam gerakan untuk membentuk syarikat persuratkhabaran Melayu yang dipanggil Utusan Melayu (serupa nama akhbar asuhan Eunos). Ia diuruskan oleh Yusof Ishak (Yang Di Pertuan Negara Singapura dan Presiden Pertama Singapura).

Selepas zaman Pendudukan Jepun (1942-45), KMS telah menubuhkan Anglo Malay Evening School (AMES) yang bertujuan membantu anak-anak Melayu yang beraliran Melayu agar mahir dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri menghadiri kelas malam AMES yaitu di bangunan Sekolah Cina Yock Eng di Bukit Cermin, Telok Blangah. Ketika itu saya masih dalam darjah lima atau enam sekolah Melayu. Antara tokoh besar pendidikan Malaysia adalah Aminuddin Baki (1926-1965) yang pernah belajar di (pemula Universiti Nasional Singapura). Beliau telah mengajar secara sukarela di AMES antara Januari sehingga Mac 1951.

59

Page 11: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN (1942-45)

Tidak ramai yang sedar bahawa Jepun telah lama mengamati rantau Asia Tenggara, terutama rumpun Melayu, sebelum terlibat dalam

Jepun telah terlebih dulu menawan Pulau Okinawa yang dipercayai pernah mempunyai kerajaan Ryukyu. Kerajaan ini dikatakan telah mengutus surat memohon bantuan ketenteraan daripada Laksamana Hang Tuah yang berada di Singapura, menurut Prof Hashim Musa dan Dr Rohaidah Kamaruddin dalam buku mereka, Hang Tuah – Catatan Okinawa (UPM Press, 2016).

Apabila Jepun menguasai Asia Tenggara, termasuk Singapura yang dipanggil mereka ‘Syonan-To’, dasar mereka adalah cuba mempengaruhi rumpun Melayu melalui penerbitan. Antara lain, di Singapura terbit majalah ‘Fajar Asia’ asuhan editornya, Zainal Abidin Ahmad dan dibantu isterinya, Rohana Djamil.

Namanya serupa dengan nama Pendeta Za’ba. Hal ini memang menimbulkan kekeliruan. Namun, selain kededuanya asal Minang, mereka sebenarnya dua individu yang berbeza.

Zainal Abidin merupakan tokoh Islam asal Padang, editor majalah Panji Islam dan kemudian menjadi ketua parti Islam, Masyumi di seluruh Sumatera. Ketika di Singapura, beliau diarahkan agar mengasuh majalah yang dapat merubah pemikiran rumpun Melayu terutama di Tanah Melayu dan Sumatera. Jepun mengenal pasti keterikatan dua kawasan ini sebagai kawasan induk Melayu yang penting.

Maka itu, Zainal Abidin telah menghasilkan sistem ejaan yang baharu. Beliau mengetepikan ejaan ala Belanda bagi Hindia Timur Belanda (nama lama Indonesia ketika dijajah Belanda selama hampir 350 tahun) dan ejaan Sekolah Melayu Za’ba. Sebaliknya, beliau menyeragamkan ejaan rumi bahasa Melayu dua wilayah tadi. Ia dipanggil Ejaan Fajar Asia yang boleh dikatakan berjalan baik,

60

Page 12: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

menurut Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad.

Usaha rintisan beliau tidaklah lama kerana selepas Jepun kalah, Indonesia merdeka dan kembali menurut ejaan pengaruh Belanda dan Malaya pula menurut sistem ejaan Za’ba. Namun usaha tadi menjadi ilham untuk membakukan bahasa Melayu demi kemaslahatan rumpun Melayu yang terpisah oleh penjajahan Barat dan siasah selepas merdeka.

ZAMAN ASAS ‘50

Selepas Perang Dunia Kedua, timbul gerakan kemerdekaan yang sering menggunakan bahasa Melayu sebagai wadahnya.

Rumpun Melayu bertuah kerana mempunyai tokoh bernama Muhammad Ariff Ahmad atau Cikgu Ariff (1924-2016) yang telah mendirikan bersama 18 orang rakannya termasuk dari negeri-negeri Tanah Melayu, sebuah gerakan bernama Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50) di laman rumah sewanya di 24H Henderson Road.

Pada masa yang sama, Cikgu Ariff merupakan ahli Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS) yang aktif. Beliau menubuhkan Asas ’50 setelah mendapati pucuk pimpinan KGMS kurang berminat menyokong penubuhan persatuan persuratan yang baharu pada ketika itu. KGMS lebih menumpukan usaha untuk mengukuhkan kegiatan-kegiatan perjawatan, pendidikan termasuk hal-hal bahasa dan kebajikan masyarakat. Pada 1952, Asas ’50 dengan kerjasama sejumlah badan persuratan di Singapura telah mengadakan pertemuan yang kemudian dikenali sebagai Konferens Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Hotel Sea View, Katong.

Kemudian Asas ’50 mendorong diadakan konferens, selanjutnya digunakan istilah Kongres Kedua di Seremban pada 1954 dan Kongres Ketiga di Johor Bahru dan Singapura pada 1956. Kongres Ketiga ini yang amat besar kesannya kerana lebih rapi dan lagi ilmiah dengan penyertaan ramai tokoh termasuk penggubah muzik

61

Page 13: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Ketiga membuat ketetapan agar dibentuk ‘Balai Pustaka’ (sempena nama sebuah agensi penerbitan di Indonesia) yang kemudiannya dinamai Dewan Bahasa dan Pustaka yang dibentuk di Johor Bahru (kemudian berpindah ke Kuala Lumpur). Selain itu, Kongres Ketiga telah menyarankan diperluas penggunaan tulisan rumi tanpa mengetepikan kepentingan tulisan Jawi.

Memandangkan Singapura masih jajahan British, maka ketetapan Kongres Ketiga digalas dua jawatankuasa – satu untuk Malaya atau Tanah Melayu (merdeka pada 31 Ogos 1956) dan satu lagi untuk Singapura yang dipanggil Lembaga Tetap Kongres. Selain itu, Kongres Ketiga menyeru penyeragaman ejaan bahasa Melayu di rantau ini (Malaya/Brunei/Singapura dan Indonesia).

Ketika bakal memasuki dan berada dalam Malaysia selama tiga tahun, Singapura mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan pelbagai daya galak untuk rakyat mempelajari dan menggunakannya. Singapura mempunyai Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan atau DBKK (1960-68) yang pernah diseliakan oleh Profesor Slamet Muljana dari Indonesia.

Misalnya, kelas malam diadakan untuk para pegawai pemerintah yang akan mendapat elauns khas setelah lulus bahasa Melayu. Majoriti mahasiswa Universiti Nanyang atau Nantah belajar bahasa Melayu sehingga muncul para tokoh seperti Dr Tan Ta Sen, Dr Liaw Yock Fang, Profesor Yang Quee Yee dan lain-lain. Singapura telah mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Kongres Bahasa Kebangsaan oleh DBKK yang terletak di bawah naungan Kementerian Kebudayaan.

Daripada sudut pendidikan, Sekolah Menengah Sang Nila Utama, sekolah menengah Melayu yang pertama, telah dibuka pada 1961. Ini diikuti dengan penubuhan Sekolah Menengah Tun Seri Lanang pada tahun 1963. Kemudian kelas-kelas aliran Melayu dimulakan pada 1963 di Sekolah-sekolah Bersepadu atau Integrated School, sehingga terdapat sebelas Sekolah Bersepadu yang mempunyai aliran Melayu, contohnya: Sekolah Menengah Swiss

62

Page 14: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Cottage, Sekolah Menengah Telok Kurau, Sekolah Menengah Kaki Bukit, Sekolah Menengah Monk’s Hill, Sekolah Menengah Jalan Teck Whye. Sekolah-sekolah ini dibuka kerana lebih ramai murid Melayu lulus Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) (Deniisha Chand, 2015/2016, Remembering the Forgotten: Malay secondary Schools in Singapore 1959-1987, National University of Singapore).

Namun kegigihan Singapura menjulang bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu rakyat berubah selepas merdeka ekoran perpisahan penuh debar daripada Malaysia pada 1965.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Singapura menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan atas dasar pragmatik. Dasar ini merupakan lanjutan sejak Singapura mencapai taraf Berkerajaan Sendiri pada tahun 1959. Dasar pragmatik ini dipilih untuk memanfaatkan kedudukan strategiknya bagi membina ekonomi dan penakatan Singapura dengan berpacukan keharmonian dalam negara yang berbilang bangsa, bahasa, budaya dan agama.

Dasar dwibahasa yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dalam pendidikan dan pekerjaan serta bahasa Ibunda sebagai bahasa kedua menjadi asas pembangunan identiti negara. Penggunaan bahasa Ibunda sebagai bahasa rasmi negara terus digalakkan sebagai pemampan budaya untuk memastikan penerapan dan penghargaan pada budaya dan nilai-nilai masyarakat dan negara yang akan menghalang penghakisan budaya dan pengasingan atau alienation.

Namun, dasar yang dilaksanakan membawa kesan yang mencabar kepada Singapura. Ramai penulis asal Tanah Melayu, misalnya, kembali ke Malaysia kerana perpindahan akhbar Utusan

Ketika melalui detik-detik cemas 1960-an dengan rusuhan

63

Page 15: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

kaum, saya hanyalah seorang guru biasa lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) tetapi bercita-cita besar untuk meraih ijazah dan menyumbang kepada masyarakat. Saya telah menyertai Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS) sejak 1959 dan terpikat dengan iltizam kalangan pemimpinnya seperti Cikgu Muhammad bin Simin.

Di KGMS, saya diberi amanah sebagai editor warta KGMS, yaitu ‘Guru’, setiausaha agungnya (1962-1965), naib yang dipertua atau naib presiden (1965-1970), dan kemudian yang dipertua atau presiden (1970-1976).

Di KGMS, saya mendapat galakan daripada Cikgu Muhammad bin Simin (1917-1978) yang merupakan antara orang kuatnya sejak 1952 sehingga menyandang jawatan yang dipertuanya selama sedekad (1960-1969). Beliau juga antara pengasas dan aktivis Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).

Menyedari kesan dominan suasana berbahasa Inggeris demi penakatan ekonomi Singapura dan bimbang akan jati diri orang Melayu, KGMS telah menampilkan gagasan yang dipanggil Pelan Pendidikan Kebangsaan (National System of Education, NSE). Pelan ini bak serampang beberapa mata kerana kami juga mengambil kira masalah kepupusan Bahasa Ibunda Cina dan India, khususnya Tamil, akibat kemerosotan pelajar dan penutupan sekolah vernakular.

NSE juga mengambil kira Dasar Dwibahasa yang bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai dua bahasa – Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Namun NSE mengesyorkan agar bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dipelajari oleh setiap murid demi perpaduan negara.

Agak lama KGMS membahaskan gagasan ini – dari sejak kemerdekaan sehinggalah mengadakan pertemuan dengan badan-badan Melayu-Islam dan pertubuhan-pertubuhan politik dan berdialog dengan badan-badan bukan Melayu.

64

Page 16: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

Bagaimanapun, gagasan KGMS dilanda kritikan di media. Saya dan rakan-rakan KGMS cuba bertahan diri dan amat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Ini disebabkan api kemarahan perkauman marak ketika itu sehingga Editor akhbar Cina, Nanyang Siang Pau, Shamsuddin Tung dan dua penolongnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). PM Lee Kuan Yew telah mengeluarkan amaran keras sebagaimana dilaporkan akhbar

pada 7 Sep 1971:

develop in the region. We must nip some of these problems in the bud. Take the recent Nanyang Siang Pau agitation,

of instruction. Malay, compulsory as second language. All

someone else’s game. They both stopped, but only after they

act against the majority, everyone else got the message.”

Kisah KGMS dengan gagasannya terpapar semacam drama dalam memoir saya, “Sidek Saniff - Langkah Liku Selayang Kenangan” yang baru-baru ini dilancarkan PM Lee Hsien Loong. Dapatkanlah buku ini untuk mengetahui cerita lebih lanjut.

Dipendekkan cerita, NSE ditolak oleh pemerintah.

Setelah meraih ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Melayu dan Indonesia serta Sosiologi sebagai subjek sampingan dari University of London menerusi pengajian jarak jauh, saya dilamar menjadi calon Parti Tindakan Rakyat.

Nah, bayangkanlah suasana ketika itu apabila saya yang dianggap pejuang Melayu dikatakan berpaling tadah. Saya teringat seorang guru senior, Subari Taib yang membuat teguran membina: “Sidek sudah berkhidmat untuk kita, biarlah dia berkhidmat untuk

65

Page 17: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

seluruh negara.”

Sebenarnya, saya amat teliti dalam membuat pertimbangan. Ketika itu, cendekiawan Melayu lebih diwakili guru dan wartawan. Orang Melayu dalam bidang profesional boleh dibilang jari. Seyogia, Bancian Penduduk Singapura 1960 menunjukkan hampir tiada anak Melayu yang meraih lulusan universiti dan hanya beberapa orang saja pada 1970.

Saya menganggap kemasukan saya ke dalam politik sebagai Perkhidmatan Negara dan cuba merubah nasib orang Melayu, terutama dari segi pendidikan sebagai kuncinya ‘dari dalam’. Jika ini tidak dilakukan segera, akan berlaku ‘kegenjotan’ dan akan merugikan bukan saja orang Melayu, bahkan seluruh Singapura. Itulah iltizam saya.

DARI JAWATANKUASA EJAAN KE MAJLIS BAHASA

Pada 1983, saya diamanahkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura.

Asalnya, ia dikenali sebagai Jawatankuasa Ejaan Melayu yang dibentuk Kementerian Kebudayaan pada 1981 dan dipengerusikan sahabat saya, Wan Hussin Hj Zoohri yang ketika itu Setiausaha Parlimen Kebudayaan dan Kesihatan.

Pada 1982, Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura (Majlis Pusat) yang merupakan induk lebih 40 persatuan pendidikan, persuratan, seni dan kebajikan serta agama, telah menganjurkan Bulan Bahasa. Tindakan Majlis Pusat dianggap sebagai reaksi terhadap Kempen Bertutur Bahasa Mandarin yang diadakan awal daripada itu. Namun selepas itu, Majlis Pusat tidak menganjurkan Bulan Bahasa Melayu selanjutnya kerana masalah dana tanpa mengalpakan kepentingan sosiobudaya dan kebajikan masyarakat setempat.

Dalam majlis yang memberi penghormatan kepada mantan

66

Page 18: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

wartawan ternama yang kemudian menjadi Presiden Keempat Singapura, Dr Wee Kim Wee pada 1987, penganjurnya Persatuan Wartawan Melayu Singapura telah menggesa Jawatankuasa Bahasa Melayu mengadakan Bulan Bahasa Melayu secara teratur. Dari tugas memantau sistem ejaan bahasa Melayu di Singapura, fungsi Jawatankuasa Bahasa Melayu diperluas kepada mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu di Singapura. Maka saya gagahi menyahut seruan tadi dengan mendorong diadakan Bulan Bahasa Melayu pada 1988.

Dengan peluasan bidang kerjanya, jawatankuasa tersebut telah dinaikkan statusnya menjadi sebuah majlis. Dengan itu, pada bulan September 1992, jawatankuasa tersebut telah dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Antara tugas MBMS adalah untuk:

• membakukan sistem ejaan bahasa Melayu di Singapura;

• membincangkan, memutuskan, dan memilih istilah-istilah yang sesuai serta menyelesaikan masalah berkenaan istilah bahasa Melayu;

• menangani masalah pencemaran bahasa di Singapura; dan

• mengembangkan, mempertingkatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di Singapura.

Saya bertuah kerana dapat meyakinkan pemerintah bahawa akan berlaku kemerosotan penggunaan bahasa-bahasa ibunda, termasuk Melayu, di Singapura akibat suasana dominan bahasa Inggeris. Hal ini terpapar dalam hasil Bancian Penduduk dan juga tinjauan akademik. Memandangkan saya juga berada di Kementerian Pendidikan (dulu dikenali sebagai Kementerian Pelajaran), saya juga terlibat dalam memastikan ‘proses patah tumbuh, hilang berganti’ dalam perguruan bahasa Melayu.

Golongan guru lulusan SITC seperti saya kian pupus dek

67

Page 19: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

kematian, masalah kesihatan dan persaraan, oleh itu amat perlu diganti dengan guru muda yang trampil. Selain Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), saya berpendapat perlu guru bahasa Melayu dilatih di universiti negara jiran seperti Universiti Malaya (UM) atau setidak-tidaknya di maktab ‘ibu kandung’ saya, yaitu SITC yang kini telah dinaik taraf sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Maka bermulalah usaha menghantarkan guru bahasa Melayu setempat untuk belajar di UM. Alhamdulillah kebanyakannya lulus cemerlang di UM – meraih sarjana muda kepujian yang membanggakan! Ada juga yang selanjutnya meraih ijazah kedoktoran atau PhD seperti Dr Fadilah Isnin, Dr Suriani Atan, Dr Sahri Mohd Salleh, Dr Mohd Aidil Subhan dan Dr Pitchay Gani, walaupun daripada universiti yang berlainan seperti UM, dan NIE, Universiti Teknologi Nanyang.

Untuk merakyatkan semula bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu pula, kempen Bulan Bahasa telah diluaskan ke peringkat akar umbi. Di samping itu, MBMS juga melantik ‘Duta Bahasa’ daripada kalangan karyawan Melayu dan aktivis budaya Melayu untuk membuktikan kejayaan mereka tanpa meninggalkan jati diri Melayu, khususnya kemahiran berbahasa Melayu. Dalam pada itu, MBMS merintis usaha mengadakan Anugerah Persuratan yang dulunya dianjurkan oleh Majlis Pusat tetapi telah terhenti selama beberapa tahun sehingga meresahkan kalangan sasterawan tanah air.

Anugerah Persuratan telah diadakan sebagai peningkatan daripada Hadiah Sastera oleh Majlis Pusat. Kami memberikan pengiktirafan tertinggi yang dipanggil Anugerah Tun Seri Lanang bagi tokoh yang ada dan Anugerah Anumerta bagi mengenang tokoh persuratan yang telah berpulang. Kemudian muncul beberapa anugerah lain pula.

Pada 1992, MBMS telah melaksanakan kempen ‘Sebutan Baku’ yang merupakan langkah terakhir dalam proses pembakuan bahasa Melayu di Singapura setelah pembakuan daripada segi

68

Page 20: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

ejaan, peristilahan, tatabahasa, dan laras bahasa. Ia mencetuskan polemik kerana sesetengah orang, termasuk pengacara di radio, berasa janggal. Namun alah bisa, tegal biasa, kini ramai anak muda kita dapat bertutur dengan sebutan baku dengan baik.

Sebutan Baku telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sejak tahun 1993 dan di peringkat sekolah menengah dan prauniversiti pada tahun 1994 setelah kabinet Singapura meluluskan pelaksanaannya. Tujuannya adalah sebagai satu usaha penyatuan pragmatik berbahasa dalam situasi formal di peringkat nasional. Penggunaannya dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian masih tekal dan menggalakkan.

Pengamatan ahli akademik mendapati bahawa Sebutan Baku memudahkan para pelajar belajar bahasa Melayu khususnya bagi bacaan kerana sebutannya yang mengikut huruf secara fonemik. Ini memudahkan pelajar untuk membina keupayaan bacaan asas dan meningkatkan tahap celik huruf Melayu di Singapura. Setelah hampir 25 tahun dilaksanakan kita mula melihat kesan dasar Bahasa Baku Singapura yang terbukti mempersiapkan masyarakat Melayu bagi menghadapi cabaran perubahan sosiolinguistik Melayu Singapura yang semakin dicabar arus pascaglobalisasi. Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat kita lakarkan demi memastikan keberdayaan bahasa yang kita cintai ini.

Sejak pertengahan 1980-an, MBMS menghantar pemerhati ke persidangan Majlis Bahasa Melayu Brunei-Indonesia-Malaysia. Singapura keberatan menjadi ‘penentu’ istilah dan kebahasaan Melayu. Namun, syukurlah pada 2013, ketika MBMS dipengerusikan

(Ehwal Dalam Negeri dan Ehwal Luar), Singapura memohon dan diterima menjadi anggota Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). Ini memandangkan persuratan atau kesusasteraan lebih luas ruang lingkupnya tambah lagi kesannya merakyat di seluruh rantau ini.

69

Page 21: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

IKTIBAR SEMASA DAN JANGKA PANJANG

Sebagaimana tertera dalam Perlembagaan Singapura, pemerintah serius dalam memelihara ehwal kepentingan rakyat, khususnya kaum-kaum minoriti termasuk orang Melayu. Dasar Dwibahasa akan berterusan kerana ia sudah menjamin penakatan Singapura sebelum ini.

Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan yang menurut Profesor Kishore Mahbubani, ketika menyandang Dekan Sekolah Pengajian Dasar Lee Kuan Yew, merupakan satu daripada enam syor untuk meneguhkan jati diri seluruh rakyat Singapura (The Straits Times, 14 Jun 2014). Cakap mudahnya, beliau menggesa setiap warga Singapura belajar dan bertutur bahasa Melayu yang tetap merupakan bahasa utama di rantau ini.

Oleh itu, saya menilai MBMS tidak lagi setakat berkempen menanamkan rasa bangga dan ghairah orang Melayu pada Bahasa Ibundanya, tetapi juga mengangkat kempennya untuk seluruh warga Singapura. Ertinya, tidak cukup bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa ketiga untuk murid bukan Melayu di sekolah atau kepada peminat di balai rakyat atau kelab masyarakat. Strategi khas perlu diusahakan dan ini akan membantu masyarakat Melayu lebih gigih untuk memperhalus bahasanya dan tidak lagi janggal apabila bertutur secara santai atau diwawancara secara mengejut oleh media.

Lihat sahajalah ketika Pilihan Raya Presiden baru-baru ini, soal kemampuan bertutur bahasa Melayu telah ditimbulkan. Hendaknya, hal ini tidak berlaku lagi pada mana-mana orang Melayu yang ingin berjawatan tinggi dan perlu berinteraksi dengan masyarakat.

Dalam jangka panjang, saya ingin melihat usaha menjayakan bahasa Melayu dilakukan dengan strategi teguh dan bukan untuk sekadar mengisi jadual tahunan.

Di Asia dan bahagian dunia yang lain, bahasa Inggris cukup

70

Page 22: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

menonjol. Walaupun bahasa Melayu dikatakan mempunyai 300 juta penutur yaitu keenam terbesar di dunia, namun ini hanya dari segi luaran saja. Kebanyakan karya bermutu tinggi, baik persuratan mahupun sains dan teknologi tertulis dalam bahasa-bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Cina dan Jepun. Bahasa Cina dianggap bahasa terbesar dunia kerana terdapat lebih 1 bilion orang Cina.

SARANAN

Antara syor saya adalah:

1. Rahat (Retreat) Tahunan Para Tokoh dan Wakil Lembaga Bahasa demi menggariskan strategi masing-masing dan strategi besama – demi mengelakkan pertindanan atau duplikasi dan memanfaatkan sumber yang terhad. Maksud Lembaga Bahasa seperti pertubuhan persuratan sehingga Jabatan Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi.

2. Lahirkan tokoh: Pakar bahasa dan budaya Melayu di Singapura amat terhad, apatah lagi yang boleh dianggap bertaraf ‘Pendeta’ seperti Almarhum Dr Muhammad Ariff

sebagainya untuk memupuk golongan istimewa ini yang boleh membentuk semacam Dewan atau Majlis Tetua untuk menasihati orang Melayu, guru, lembaga sehingga pemerintah.

3. Tingkatkan Mutu Persuratan: Selain skim seperti Anugerah Persuratan dan sebagainya, Singapura perlu memupuk penulis sehebat Harun Mohd Amin dan sebagainya. Kini, Alhamdulillah, ada penulis kita yang karya mereka sudah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain seperti Isa Kamari, Suratman Markasan, Mohd Latif Mohamed dan Johar Buang. Namun yang utama adalah penulis kita perlu menghasilkan karya bermutu dan tugas MBMS pula menguar-uarkannya untuk diberi perhatian dunia. Mungkin satu masa nanti ada penulis kita yang meraih Hadiah Nobel untuk sastera,

71

Page 23: ERAMAH UDIMAN 14 · 2020. 2. 25. · diangkat sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna ‘cahaya gemilang’) yang beragama Buddha (abad ke-6

mudah-mudahan.

4. Tonjolkan Keluarga Contoh: Sebagaimana kita menonjolkan Ibu Mithali (anjuran Jamiyah Singapura) atau Bapa Mithali (anjuran Persatuan ‘Ain), wajar juga kita tonjolkan keluarga Melayu dan bukan Melayu yang dapat bertutur bahasa Melayu dengan baik lagi yakin. Kesannya akan membawa limpahan pada masyarakat.

5. Peranan Media: Selain radio, TV dan akhbar berbahasa Melayu, peranan media sosial amat penting dalam menaik atau menjatuhkan mutu bahasa Melayu. Oleh itu, peranan media perlu dipantau, ditegur dan dipertingkat.

Saya yakin Perdana Menteri dan kalangan menteri Singapura serta para pegawai tinggi akan cuba berbahasa Melayu sedaya mungkin.

Melayu rantau ini. Saya kagum akan kefasihan Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertutur dalam bahasa Melayu ketika pelancaran Bulan Bahasa 2015 di Taman di Persisiran sehingga mengagumkan kalangan undangan dari negara-negara jiran.

PENUTUP

Bahasa menunjukkan bangsa. Maka, yang pertama dan utama adalah sikap orang Melayu Singapura sendiri sebagai pemakai bahasa Melayu. Sopan, indah atau tidak pakaian bahasa mereka itu bergantung pada diri mereka sendiri. Demikianlah letak nilai harga diri atau maruah orang Melayu. Seyogia, kian ramai orang bukan Melayu yang fasih dan menjadi pakar dalam bahasa dan persuratan Melayu. Usah nanti, orang Melayu yang ketinggalan menguasai bahasa ibundanya sendiri.

Saya yakin bahasa Melayu akan kekal di nusa ini selagi ada kegigihan yang ikhlas menjayakan Dasar Dwibahasa dan ketabahan rangkaian institusi yang memastikan kemajuannya serta keluarga Melayu yang terus menggunakannya.

72