emida

7
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w.) dapatlah saya menyiapkan tugasan projek ini iaitu Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (PIM 3106) seperti yang telah ditugaskan kepada saya. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya Ustaz Mohd Nor Bin Jusoh dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral kerana telah banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar yang amat berguna sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail yang banyak memberi kemudahan yang bertaraf lima bintang yang telah memberikan keselesaan sepanjang saya berada di maktab. Kemudahan yang disediakan seperti Perpustakaan Ibnu Sina dan teknologi internet untuk mengakses maklumat sangat bermanfaat dan banyak membantu saya dalam proses penyiapan tugasan projek ini. Di samping itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seangkatan yang disayangi kerana rajin membuat perbincangan ilmiah yang banyak memberi idea untuk diserapkan ke dalam tugasan ini. Tanpa rakan-rakan sekalian, tidak dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan jayanya. Sumbangan

Upload: sweetareda2301

Post on 16-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penghargaan

TRANSCRIPT

Page 1: emIda

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya, selawat

serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w.) dapatlah saya

menyiapkan tugasan projek ini iaitu Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (PIM 3106)

seperti yang telah ditugaskan kepada saya. Setinggi-tinggi penghargaan saya

ucapkan kepada pensyarah saya Ustaz Mohd Nor Bin Jusoh dari Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral kerana telah banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar yang

amat berguna sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

yang banyak memberi kemudahan yang bertaraf lima bintang yang telah

memberikan keselesaan sepanjang saya berada di maktab. Kemudahan yang

disediakan seperti Perpustakaan Ibnu Sina dan teknologi internet untuk mengakses

maklumat sangat bermanfaat dan banyak membantu saya dalam proses penyiapan

tugasan projek ini.

Di samping itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seangkatan yang

disayangi kerana rajin membuat perbincangan ilmiah yang banyak memberi idea

untuk diserapkan ke dalam tugasan ini. Tanpa rakan-rakan sekalian, tidak dapatlah

saya menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan jayanya. Sumbangan idea-idea

yang bernas mendorong saya untuk lebih gigih lagi menyiapkan tugasan projek ini.

Sekalung penghargaan buat ibu bapa tercinta di kampung yang berkerja penat

lelah membanting tulang bagi membolehkan saya terus berada di sini pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah banyak membantu saya secara

langsung mahupun tidak langsung. Bantuan kalian amat saya hargai. Saya sayang

anda semua. Tanpa anda siapalah saya kerana tidak mudahlah bagi saya untuk

menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 2: emIda

PENDAHULUAN

Pengajian sirah bukan sahaja mengkaji peristiwa dan mengabaikan pengajaran yang

terdapat di dalamnya, sebaliknya pengajian ini lebih kepada meletakkannya sebagai

asas dan panduan dalam hidup seseorang individu. Dengan mempelajari sirah Nabi

Muhammad (s.a.w.), kita dapat memahami peribadi Nabi (s.a.w.) yang meliputi

kehidupan hariannya untuk mengukuhkan lagi kefahaman bahawa Nabi (s.a.w.)

bukan sahaja seorang yang hebat dalam kalangan kaumnya, malahan merupakan

seorang yang benar-benar telah diberi bimbingan daripada Allah (s.w.t.) sebelum

kerasulannya.

Pengajian Sirah tidak sama dengan pengajian sejarah. Objkektif utama

pengajian sirah adalah untuk menjadikan Nabi (s.a.w.) sebagai model dan contoh

kepada umatnya. Justeru, sumber pengajiannya pastinya adalah yang terbaik dan

dan tanpa keraguan. Pengajian sirah juga bukan semata-mata menumpukan kepada

peristiwa-peristiwa yang berlaku, sebaliknya pengajaran dan pengiktibaran yang

lebih diutamakan. Terdapat beberapa keistimewaannya yang tersendiri berbanding

dengan pengajian-pengajian ilmu lain.

Setiap bahagian dalam bidang-bidang pendidikan Islam perlu diajar

menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran. Objektif pengajaran sirah yang dikehendaki oleh Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah adalah agar murid-murid dapat

memahami, mencontohi dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah (s.a.w.)

sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

Kaedah merujuk kepada satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan

sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Dalam menerangkan

sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah

yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid.

Page 3: emIda

Sesungguhnya perjalanan hidup rasulullah sebagai manusia yang dimuliakan

Allah tidak terkeluar dari batas kemanusiaan dan tiada bercampur dengan cerita

dongengan yang direka-reka bagi mengukuhkan cerita

Page 4: emIda

PENUTUP

Secara keseluruhannya, konsep sirah amat mudah dipelajari dan difahami kerana

Sirah Rasulullah merungkai Kehidupan Rasulullah (s.a.w.) pada setiap peringkat

hidupnya dengan amat jelas sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu

Baginda, Aminah sehinggalah Rasulullah wafat. Kita mengetahui banyak perkara

tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman remaja, pekerjaan Baginda sebelum

diangkat menjadi nabi ke luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai

Rasul yang mulia. Kita juga mengetahui secara lebih terperinci, jelas dan sempurna

setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan tersebut daripada setahun ke setahun.

Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasululah dan penganalisaannya bukanlah

semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah

ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak

seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan

membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala,

Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buty (2008).

Sejarah Muhammad (s.a.w.) membidangkan kepada kita sejambak contoh

utama bagi seorang pemuda yang waras, peribadinya yang dipercayai orang di

kalangan keluarga dan sahabat, seorang manusia yang menyeru umat manusia ke

jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun serta seorang pejuang yang

mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah,

seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan

pintar, seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang teliti dan bijak

menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri, seorang ketua turus agung

peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang

Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga

dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in). Tidak syak lagi bahawa

mempelajari sejarah hidup Muhammad (s.a.w.) ialah memahami semua sudut

kemanusiaan.

Page 5: emIda

Di samping itu, tugasan ini membawa kita kepada sumber pengajaran yang

membawa makna segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk

membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar

bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar

sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang

melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,

merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Akhir kalam, mempelajari sirah merupakan suatu kewajipan kepada setiap

individu untuk membentuk diri dan tamadun manusia.

Page 6: emIda

RUJUKAN

Abu Kholid Marwan, (2009), Sirah Nabawiyyah Jilid 1, Selangor : Pustaka Haji Abdul

Malik Majid Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam, (2001), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Siri

Pengajian dan Pendidikan Utusan.

Hasnah Hussiin, (2010), Sejarah Isu Demensi, Pahang : Universiti Malaysia Pahang.

Moenawar Chalil, (2001), Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad s.a.w., Jakarta :

Gema Insani Press.

Mohd Taufik Tee Abdullah, (2007), Tauhid dan Fikah Tahap 1, Kelantan : Dian Darul

Naim Sdn. Bhd.

Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti, (2008), Fiqh Al- Sirah, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mustafa As-Syibaie, (2010), Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Pengajaran dan

Pedoman, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nik Abdul Aziz Nik Mat, (2007), Sirah Nabawiyyah Insan Teladan Sepanjang Zaman,

Kuala Lumpur : Nufair Street Sdn. Bhd.

Zawawi Ahmad, (1988), Strategi Pengajaran Agama Islam KBSM, Selangor : Siri

Pengajaran Fajar Bakti.

______, (2011), Penghayatan Sirah Nabi SAW, Kelantan : Persatuan Alumni

Universiti Islam Madinah.