embong yahya

12

Click here to load reader

Upload: syiqah-sapian

Post on 08-Nov-2015

172 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

tokoh

TRANSCRIPT

EMBONG YAHYA (NGUMA) PENULIS KELUARAN MPSI

EMBONG YAHAYA (NGUMA) PENULIS KELUARAN MPSI

Oleh TALIB SAMAT

Salah seorang penulis keluaran Maktab Perguruan Sultan ldris(MPSI) yang terkenal ialah Datuk Embong Yahaya atau nama samarannya Ngumba, Beliau dilahirkan pada 15 Oktober 1918 di Mersing,Johor. Beliau meninggal dunia pada 23 Mac 1982 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Ledang, Johor semasa hayatnya. Mungkin itulah antara sebab Persatuan Karyawan Ledang pimpinan Mohd.lsnin Tawaf mengangkat ketokohan penulis ini sebagai warga Ledang,daerah baru di Johor.

Menurut penyusun buku Wajah Biografi Penulis, Mohd. Thani Ahmad dan lain-lain,Embong Yahaya adalah penulis yang telah meninggalkan lapangan penulisan dan menukar haluannya ke arena politik. Beliau banyak menghasilkan sastera kreatif seperti sajak dan novel, buku-buku untuk bacaan umum serta bahan-bahan bacaan untuk sekolah rendah dan kelas dewasa. Dalam banyak kajian mengenai perkembangan kesusasteraan Melayu sebelum perang,karya Embong Yahaya tidak dilupakan terutama dalam kegiatannya menulis sajak yang menggunakan nama Ngumba.(1988: 260). Jika ditelusuri latar belakang pendidikan tokoh ini, penyusun buku Wajah Biografi Penulis ,Mohd.Thani Ahmad mencatatkan,Pendidikan Embong bermula di Sekolah Melayu Mersing hingga tamat pendidikan rendah.Kemudian dari tahun 1937 hingga 1940, beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan ldris(MPSI), Tanjung Malim. Sesudah itu Embong menjadi guru di Sekolah Melayu Ayer Molek, Melaka hinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua. Sepanjang zaman pendudukan Jepun hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan(1957), beliau tetap bertugas sebagai guru.Pada tahun 1958, Embong berpeluang mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum ,Johor Bahru selama setahun.Beliau juga belajar bahasa lnggeris secara bersendirian.(1988:260).

Embong Yahaya juga pernah bertugas di pelbagai institusi dan sektor pekerjaan sesuai dengan cita-citanya pada ketika itu. Beliau pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pengarang sebelum menjadi Pengarah Pelajaran Kelas Dewasa(kelolaan) Kementerian Pembaangunan Luar Bandar).Kemudian Embong Yahaya bertugas pula sebagai Pengarah Jabatan Perang Urat Saraf(Psychological Warfare) di Kementerian Penerangan. Pada tahun 1977, beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Wilayah. Apabila berlaku rombakan kabinet pada tahun 1978, beliau dipindahkan ke Kementerian Penerangan dengan jawatan yang sama. Di samping itu, beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Bidang penulisannya meliputi puisi,novel,buku umum,kajian sastera dan sebagainya yang telah menyumbangkan jasa pada era kehidupannya masing masing Penyusun buku Wajah Biografi Penulis ,Mohd. Thani Ahmad dan lain-lain menyebutkan ,Embong telah menghasilkan sajak sejak tahun 1930-an lagi. Kemudiannya dapat digolongkan sebagai penyair sebelum perang kemerdekaan. Sebagai penyair Melayu seelum perang, Embong atau Ngumba dapat dibariskan bersama penyair-penyair seperti Kasmani Hj.Ariff,Nijar Abdul Hamid, Anggerik ,Anum, Bayu,Danial Din,Cintati dan ramai lagi. Sajaknya yang kerap dibicarakan sama ada untuk memperlihatkan kemampuannya sebagai penyair ialah Rayuan Tanahair yang dihasilkan dalam tahun 1941. Meskipun sumbangannya terhad kepada beberapa buah sajak sahaja, beliau tetap mendapat perhatian para pengkaji yang rata-rata menyifatkannya penyair sebelum perang yang amat sedar akan pergolakan dan kegelisahan di sekitarnya.(1988:261)

Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh beliau dalam tahun-tahun

50-an dan 60-an lebih bersifat memberi nasihat kepada anak-anak muda

seperti buku Dari Hati ke Hati dan Pengasuh Cita-cita.Novelnya yang berjudul

Bahagia Teratai terbitan Geliga Limited,Singapura pada tahun 1959 merupakansebuah novel setebal 149 halaman yang baik biarpun ianya bersifat terlalu

didaktik dan penuh dengan pengajaran.Bagaimanapun novel ini sukar untuk

dicari di mana-mana perpustakaaan negara ini termasuk di DBP sendiri,

tempat beliau pernah bertugas dahulu.

Sejarah mencatatkan di Maktab Perguruan Sultan ldris,Embong Yahaya

tergolong ke dalam golongan pelajar-pelajar yang cukup aktif dalam perjuangansemangat kebangsaan.Kesedaran kebangsaan ini menemukan bentuknya dalam

puisi dan lain. karyanya yang dihasilkannya.

Pada jam 2.50 pagi,23 Mac 1982,beliau menghembuskan nafas

terakhirnya di Hospital Universiti,Petaling Jaya kerana lemah jantung

ketika berusia 64 tahun.

Beliau meninggalkan sejumlah warisan karya yang perlu dihargaisewajarnya dan perlu pentafsiran semula oleh para peneliti sastera.

Puisi-puisinya ikut dimuatkan dalam kumpulan puisi bersama penulis-penulis lain seperti Puisi Baharu Melayu:Zaman Permulaan terbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka(1959) dan Embun Pagi terbitan Dewan Bahasa

dan Pustaka(1981).

Di antara warisan karyanya yang bersifat umum termasuklah

Dari Hati ke Hati terbitan The Annies Printing Works(1985), setebal

67 halaman,(Johor Bahru), Mahkota Yang Terguling terbitan Merdeka

Press, Johor Bahru(1947) setebal 44 halaman, Bacaan Mudah(Buku 1-5), terbitan Geliga Limited (1959),,Asas Pengetahuan Bahasa terbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kuala Lumpur(1961) setebal 46 halaman.

Buku-buku umumnya yang lain termasuklah Baik Sangat Mulia

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur(1961) seteal 47 halaman dan Belajar Rumi Dengan Kaedah Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

(1961),setebal 49 halaman.

Di samping itu buku umumnya yang lain termasuklah ltik

Dengan Kura-kura terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

(1961) setebal 26 halaman,Pekerjaan Saya terbitan Bhagian Pelajaran Dewasa,,Kementerian Pemangunan Negara dan Luar Bandar,Kuala Lumpur(1962)

setebal 30 halaman.Beliau juga menghasilkan buku umum yang bertajuk

Mari ke Sana yang lebih merupakan acaan tambahan bagi pelajaran kelas

dewasa peringkat tinggi terbitan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar

Bandar,Kuala Lumpur(1966) setebal 30 halaman dan buku Bahasa Dewan

(Buku 1-3) teribian Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur(1970).

Buku-buku untuk pengajaran Kelas Dewasa karya Embong

Yahaya memang sangat popular dan masyhur digunakan oleh masyarakat

Melayu pada era l950-an,1960-an dan 1970-an untuk mengatasi isu dan

masalah buta huruf dan tidak boleh membaca di kalangan rakyat Malaysia

yang baru merdeka ketika itu.

Sepanjang hayatnya banyak juga liputan akhbar yang diterimanya.

Di antaranya termasuklah Saya Sedia Terima Lagi Jika Dilantik-Embong

(Utusan Melayu,4 Julai 1981), Mbong Yahaya Tewas Ketua Bahagian

(Utusan Melayu,20 Mac1982), Embong Yahaya Dies(Malay Mail, 23 Mac

1982), Embong Yahaya Selamat Dikebumikan(Utusan Melayu, 24 Mac 1982)

dan Embong Yahaya Dalam Kenangan(Utusan Melayu,24 Mac 1982).

Kesimpulannya,kehilangan Embong Yahaya atau Ngumba bukansahaja dirasai oleh warga sastera tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang

mengenali beliau tanpa mengira fahaman politik.Beliau jugamerupakan pejuang

kemerdekaan yang perlu didendangkan semula budi dan jasanya khususnya

bagi kawasan daerah Ledang, Johor mahupun UPSI,Tanjong Malim,Perak kerana

beliau merupakan salah seorang produk keluaran MPSI (SITC) yang

tersohor jasanya.

Tanjong Malim,Perak

5 Mei 2015,jam 3 petang,Selasa.

yangPAGE 3