emas dalam barangan elektronik terpakai

57
2 EBOOK UNIK PERCUMA: PANDUAN KERJA DI UK RAWATAN DOKTOR PAKAR DALAM BEBERAPA JAM TANPA INSURANS & TANPA BERATUR DALAM BARISAN Dari: TheGuru

Upload: aziz-omar

Post on 01-Jul-2015

1.634 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

2 EBOOK UNIK PERCUMA:

PANDUAN KERJA DI UK

RAWATAN DOKTOR PAKAR DALAM BEBERAPA JAM TANPA INSURANS & TANPA BERATUR DALAM BARISAN

Dari: TheGuru

Page 2: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

PENYATAAN HAKCIPTA

Ebook ini adalah Hakcipta Terpelihara. Anda tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian ebook ini dalam apa-apa bentuk atau apa cara sekalipun dalam fotokopi, elektronik, mekanik atau rakaman, sebelum mendapat izin dari penulis.

AMARAN ebook ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Setiap pembeli akan mendapat salinan yang unik. Penulis boleh mengesan sesiapa yang mengedar ebook ini secara percuma. Penulis akan mengambil tindakan keatas pesalah.

Page 3: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Topik Versi 1:

1. Introduksi

2. Perkiraan Untung

3. Jenis Barangan Elektronik Yang Bernilai

4. Gambar 1 - 4

5. Informasi Tentang Salutan Emas

6. Cara Paling Berkesan Untuk Pisahkan Emas dan Proses Hingga Jadi Emas Tulen

7. Cara Mudah Tanpa Proses (Outsource)

8. Pentingnya Mengumpul Emas Dari Barangan Elektronik Sekarang

9. Cara Untuk Dapatkan Emas Percuma Yang Tersembunyi / Tidak Disedari (Selain Dari Emas Dalam Barangan

Elektronik)

Page 4: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

INTRODUKSI

EMAS PERCUMA DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI/ROSAK (VERSI 1)

Selama ini orang-orang Cina di Malaysia telah focus pada perniagaan ini. Hingga kini berjuta orang tidak tahu akan nilai emas dalam baranagn elektronik atau kita panggil gold scrap.

Pernah satu ketika saya lihat satu orang Cina memproses hingga jadi 1 kg emas!

Ramai orang mahu membuat pelaburan emas, dengan membeli emas di bank, tetapi mereka tidak sedari akan kewujudan emas dalam barangan elektronik.

Adakah anda perasan beberapa iklan seperti ini:

“Kami membeli komputer rosak / lama anda”

“Jual handphone rosak anda”

“Mahu jual TV anda?”

“Kami membeli decoder astro anda RM 50”

Page 5: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

CONTOH IKLAN DI INTERNET

Kenapa mereka sanggup membeli barangan elektronik terpakai atau rosak?

Ini kerana di dalam beberapa barangan elektronik ada salutan emas yang boleh di ekstrak dan diproses hingga menjadi emas berharga dan boleh dijual semula.

Bayangkan dengan satu cip processor dalam computer yang tidak digunakan, telah tersedia salutan emas.

Page 6: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

PERKIRAAN UNTUNG:

1 komputer (CPU) yang lama, bernilai sehingga RM 70 selepas diproses. Jika CPU baru yang rosak, berharga paling kurang RM 10.

Untuk lebih faham:

- 7 CPU lama yang ada cip processor dan RAM di dalamnya boleh diproses hingga menjadi 4 gram emas.

4 gram emas sekarang lebih kurang RM 460.

- 7 CPU baru yang ada cip processor dan RAM di dalamnya boleh diproses hingga menjadi ½ Gram ke 1 Gram emas

½ Gram emas sekarang bernilai lebih kurang RM 57.50.

Jika anda dapat kumpulkan 70 CPU, profit yang anda dapat ialah RM 700 ke RM 4 ribu lebih. Bergantung pada umur computer tersebut.

JENIS BARANGAN ELEKTRONIK YANG BERNILAI

Di antara barangan seperti cip processor, handphone, decoder dan lain-lain, cip processor adalah yang paling banyak emas. Tidak semua cip processor adalah berharga tinggi. Sila lihat list di bawah:

Page 7: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

CIP PROCESSOR (YANG BERNILAI)

1. Intel Pentium2. AMD (Advance Micro Technology)3. Cyrix4. WinChip5. NextGen6. UMC7. Rise

Contoh di dalam gambar ini, cip processor berjenama Intel ada di dalam computer ini.

Page 8: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Cip processor yang telah di bawa keluar, sedia untuk diproses.

Page 9: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Contoh-contoh lain yang biasa didapati.

Page 10: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Contoh-contoh yang boleh kita dapati pada computer yang telah dibuka.

Page 11: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

INFORMASI TENTANG SALUTAN EMAS PADA BARANGAN ELEKTRONIK

Pada setiap barangan elektronik memang ada salutan emas kerana untuk memberi barangan tersebut tahan lama. Antara barangan yang paling banyak emas di dalamnya ialah cip processor yang ada di dalam CPU (komputer)

Dalam ebook Versi 1 ini akan difokuskan tentang perkara ini.

CARA PALING BERKESAN UNTUK PISAHKAN EMAS DAN PROSES HINGGA JADI EMAS TULEN

PENERANGAN BERTULIS ADA DI BAWAH

*Jangan risau, anda boleh juga outsource (beri pada orang lain untuk proses) Akan diberi panduannya di bawah nanti. Oleh itu anda boleh fokus pada pengumpulan skrap emas elektronik dan jual kembali atau, pengumpulan hingga harga naik melambung.

Page 12: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Board yang ada di dalam CPU perlu dikeluarkan. Ia mengandungi emas perak dan copper.

Cip Processor yang mengandungi lebih banyak emas dari board.

Page 13: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Keluarkan semua wire yang ada di dalam.

Contoh setelah dipisahkan dari CPU.

Page 14: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Bersedia untuk diproses.

Asid hidroklorik dan asid nitrik di tuang dalam bekas.

Page 15: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Cip processor diletak dalam bekas tersebut untuk memisahkan emas dengan bahan lain pada cip processor.

Proses mengambil masa 8 jam untuk pisahkan emas.

Page 16: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Gambaran setelah proses pemisahan berlaku.

Setelah dikeluarkan dari bekas tersebut, ia menjadi habuk emas.

Page 17: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Habuk emas dibakar untuk menjadi ketulan emas.

Gambaran setelah ia kering.

Page 18: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Hasil setelah berjaya diproses menjadi ketulan emas.

Contoh ketulan emas yang bersedia untuk dijual.

Page 19: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

CARA MUDAH TANPA PROSES (OUTSOURCE) & BAGAIMANA UNTUK TERUS BERMULA

Oleh kerana untuk memudahkan kerja kita, sebab kita juga ada komitmen pada keluarga atau perniagaan lain, bagus sekali kita “outsource” beri pada orang lain untuk proses.

Cara ini kita dapat jimatkan banyak masa. Kerja kita hanya perlu kumpulkan emas terpakai atau rosak dalam barangan elektronik, kemudian beri pada orang yang memproses emas.Panduan untuk anda memilih ada pada tajuk di bawah.

PANDUAN UNTUK MENCARI TUKANG PROSES EMAS YG TIDAK MENIPU ANDA

Mereka ini biasanya akan memilih satu tempat yang jauh dari orang ramai seperti kilang atau hujung kampung.

Ada 2 cara untuk anda dapatkan mereka. Pertama, anda mencari mereka di internet, seperti yang boleh didapati di forum-forum ataupun di classified ads.

Dalam mencari orang yang akan proses emas itu, ada sedikit panduan untuk anda, lihat balik perkiraan tentang keuntungan emas di atas (yang saya telah berikan). Ini kerana tidak semua orang akan memberi jumlah keuntungan sebenar dari emas yang diproses itu.

Page 20: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Kedua, yang saya sendiri syorkan pada anda. Selepas anda mengumpulkan emas-emas tersembunyi ini, kemudian email pada saya di [email protected] atau hantar offline message ym.

Ada tawaran bagus dari tukang emas yang saya biasa berurusan dengannya. Mereka membeli terus 1 CPU baru dengan harga RM 10. Oleh itu kita tidak perlu tunggu proses barang elektronik bertukar menjadi emas tulen.

Jika CPU anda memang jenis lama (banyak emas dalamnya) anda akan diberitahu.

Peluang untuk dapatkan CPU secara percuma adalah besar kerana di pejabat-pejabat kerajaan / swasta, mereka akan terus membuang CPU-CPU yang ada. (Kerana mereka tidak tahu nilai setiap CPU)

PENTINGNYA MENGUMPUL EMAS DARI BARANGAN ELEKTRONIK SEKARANG

Ramai telah tahu harga emas telah naik sejak kebelakangan ini, dan harga emas tidak akan jatuh menjunam seperti forex. Malah secara purata keuntungan emas selepas 1 tahun kita simpan ialah, dalam 25% keuntungan.

Oleh itu dengan terbongkarnya rahsia emas percuma ini, harga gold scrap atau emas dalam barangan elektronik ini akan jadi berharga tidak lama lagi. Ia bergantung pada sejauh mana ebook ini dibaca.

Anda boleh juga kumpulkan barangan emas dari elektronik ini, kemudian jual dengan harga yang mahal apabila harganya naik nanti. Atau boleh juga terus proses emas yang anda ada.

Page 21: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Anda adalah orang yang beruntung kerana mengetahui info ini, kerana tidak lama lagi gold scrap akan jadi sejarah, dimana harganya akan naik melambung.

Andalah orang-orang awal yang menyimpan emas-emas dari barangan elektronik ini. Oleh itu mulalah mengumpul.

CARA UNTUK DAPATKAN EMAS PERCUMA YANG TERSEMBUNYI / TIDAK DISEDARI (SELAIN DARI EMAS

DALAM BARANGAN ELEKTRONIK)

CARA UNTUK DAPATKAN:

1. EMAS TERPAKAI SECARA PERCUMA ATAU MURAH2. EMAS DARI BARANGAN ELEKTRONIK

EMAS TERPAKAI SECARA PERCUMA ATAU MURAH

a.) Periksa kotak barangan kemas isteri atau keluarga anda, kerana biasanya di dalam kotak seperti ini, akan ada rantai emas lama yang putus, subang emas yang patah atau tinggal sebelah. Seorang kawan saya pernah cuba periksa kotak barangan kemas

Page 22: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

yang isterinya anggap tidak bernilai lagi, tapi setelah di kumpul dan di proses, ia dapat kumpulkan RM 700.

(Cuba bayangkan jika 5000 rakyat Malaysia sahaja yang proses emas yang ada di dalam rumah mereka, sudah lebih dari RM 3.5 juta dapat dikumpulkan)

b.) Beli “metal detector” boleh mengesan barangan logam. Boleh didapati di ebay.com.my, lelong.com.my atau mudah.com.my. Dalam harga RM 190 yang biasa saya lihat dalam iklan. Atau, anda boleh juga mengupah orang untuk proses ini.

Pergi ke mana-mana pantai selepas pesta, padang atau kawasan lapang selepas konsert, jangan terkejut dengan apa yang akan anda kumpul. Jika anda orang Islam, boleh tanya pada ustaz, bagaimana langkah terjumpa barang hilang, tak silap saya perlu diiklan selama beberapa hari, kemudian anda boleh memilikinya jika tidak ada orang tuntut.

EMAS DARI BARANGAN ELEKTRONIK

Iklankan di classified ads contohnya di mudah.com.my, forum- forum, ebay.com dan subscriber list anda. Oleh kerana ramai tidak tahu akan salutan emas yang ada di dalam barangan elektronik terpakai, lama atau rosak, anda dapat membelinya dengan murah.

Iklankan secara offline juga di kawasan rumah anda. Tampal iklan di tempat tumpuan. Contohnya di kedai.

Page 23: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

*NANTIKAN EMAS PERCUMA DALAM BARANGAN ELEKTRONIK VERSI 2 (PERCUMA UNTUK PEMBELI EBOOK VERSI 1)

* 2 EBOOK YANG UNIK ADA DI BAWAH:

PANDUAN KERJA DI U.K + CARA PERGI PERCUMA + TEKNIK UNTUK TIDAK PERLU KERJA SELEPAS 2 TAHUN

Page 24: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

CONTOH ORANG MALAYSIA YG MENGAMALKAN IDEA INI PADA TAHUN 2008

Page 25: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

ANTARA CONTOH KERJA DI LADANG BUAH-BUAHAN

Page 26: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

CONTOH BERGAMBAR KE 2

Page 27: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI
Page 28: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

INFO BERMULA DI BAWAH:

TEMPAT YG DIFOKUSKAN IALAH LIVERPOOLSILA LIHAT VIDEO DI BAWAH:

http://www.youtube.com/watch?v=z6I3ykXCIEw&feature=fvsr

Page 29: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

PANDUAN KERJA DI U.K + CARA PERGI PERCUMA + TEKNIK UNTUK TIDAK PERLU KERJA SELEPAS 2 TAHUN

PILIHAN 1:1. Passport RM300

2. Sediakan duit visa 'working holiday maker' RM1374.00 (tidak dipulangkan walaupun tidak lulus)

3. Isi borang kat http://www.vfs-uk-my.com/download_app.aspx#3

4. Surat sokongan dari kawan atau saudara di sana yg telah duduk lama, menunjukkan yg kita ada tempat tinggal.

5. Status kewangan lebih kurang 3-6 bulan sara hidup di UK. Contohnya: sebulan belanja 100pound. Jadi, maksmum kena ada RM3600. Lagi banyak lagi senang lulus.

6. Tiket guna air asia RM 1,100 (pergi dan balik) kalau booking 5 bulan sebelum pergi.

Page 30: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

PILIHAN 2

1. Passport RM300.

2. Guna visa melancong yang boleh bertahan 6 bulan (renew bila telah expired)

Single, double and multiple, valid up to 6 months 65pound = RM400

Longer term multiple entry (1, 2, 5 and 10 years) 205pound = RM1300

3. Masa tiba di Imigresen UK, apabila ditanya, apa tujuan melawat, beritahu nak melancong di Eropah dan UK.

4a. Status kewangan lebih kurang 3-6 bln sara hidup kat UK. Contohnya: sebulan belanja 100pound. Oleh itu, maksimum kena ada RM3600. Lebih banyak lebih senang lulus.

atau

4b. Sekurang kurangnya tunjukkan kad kredit atau kad debit dan duit 200 pound ketika tiba. Bagus hari pertama tidur di service apartment atau hotel sebab nakkan correspondance address dalam embarcation card tu.

Page 31: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

5. Tiket guna air asia RM 1,100 (pergi dan balik) kalau 5 bulan sebelum

----------------------------------------------------------------

Biasa kerja yang boleh dibuat oleh orang Malaysia ialah mengumpulkan buah-buahan atau kerja di kedai kek or restoran

Masa bekerja lebih kurang 8 jam

Kerja = 5.25pound/sejamroughly sebulan=1000poundlepas tolak national insurans (wajib) = 80poundsewa umah dgn student=120pound/sebulanmakan+minum+rokok=80pound/sebulantambang bas=50pound

maknanya..bersih saving boleh dpt 550pound sebulan

APA PERLU DIBAWA KESANA

Pakaian adalah seperti biasa di Malaysia, cuma tambahan ialah:1. bersedia dengan 2 jaket baju sejuk tebal2. snow cap3. long john (baju dalam yg berfungsi utk memanaskan badan)

Ini semua untuk persediaan musim sejuk. Anda boleh membeli murah di pasar malam, downtown KL atau Petaling Street untuk jimat.

Page 32: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

PANDUAN KERJA DI U.K + CARA PERGI PERCUMA + TEKNIK UNTUK TIDAK PERLU KERJA SELEPAS 2 TAHUN

Semua orang tahu jika bekerja di United Kingdom (UK), kita akan dapat pendapatan 1000 pound sebulan ke 2000 pound ( RM 5,500 ke RM 11,000)

1000 pound : anda boleh menyimpan dalam 600 pound sebulan ( RM 3,300) Ada cara untuk anda pencen awal (anda akan mendapat pendapatan automatik RM 3,000 sebulan selamanya) Kerja di UK 4 tahun sahaja.

2000 pound : anda boleh menyimpan dalam 1600 pound sebulan ( RM 8,800)Ada cara untuk anda pencen awal (anda akan mendapat pendapatan automatik RM 4,700 sebulan selamanya) Kerja di UK 2 tahun sahaja.

Page 33: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

PASARAN KERJA

Kerja yang mudah ialah kerja mengumpulkan buah di ladang. Contohnya strawberry.

Masa yang sesuai untuk mula kerja adalah bulan Mei hingga bulan Disember. Di antara bulan Disember hingga Mei anda akan berehat di negara menarik (currency rendah dan kos sara diri yang rendah) contohnya di Morocco dan Egypt.

Dari UK ke Morocco atau Egypt, anda boleh menaiki syarikat Ryan Air (seperti Air Asia)

CARA UNTUK MENGELAK DARI DIHANTAR BALIK KE MALAYSIA SERTA MERTA

Ada beberapa perkara perlu dibuat.

Jika anda datang dengan kumpulan yang ramai, jangan nampak seperti anda semua datang di dalam kumpulan, sebagai contoh, anda bergelak ketawa dalam kumpulan 7 ke 8 orang. Anda perlu

Page 34: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

berada dalam kumpulan 1 pasang (2 orang sahaja ataupun seperti berseorangan).

Ini kerana pihak imigresen UK akan memberi lebih perhatian pada kumpulan yang mereka syaki, datang untuk salah guna visa lawatan untuk bekerja.

Dapatkan mana-mana debit card yang tertulis Visa atau Mastercard dan pastikan ia valid. Tidak kira berapa jumlah yang ada, biasanya apabila mereka lihat debit kad atau kad kredit kita, mereka akan lepaskan kita.

Boleh juga dengan cara tunjukkan duit 1000 usd pada mereka (hanya tunjukkan ketika di imigresyen.)

Perlu beritahu kita melawat UK hanya untuk 2 minggu. Mereka akan beri anda 6 bulan visa lawatan UK.

Jangan pergi ke sana dengan memakai suit atau “baju kot”.

Perkara ini akan di beri panduan oleh ejen yang akan bersama-sama di dalam perjalanan.

CARA UNTUK PERGI PERCUMA

Ada 2 cara untuk anda pergi percuma.

1. Sesetengah syarikat penerbangan akan memberi anda 1 ticket percuma pergi dan balik jika anda pergi seramai 9 orang atau 10 orang.

Page 35: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

2. Ejen yg uruskan anda untuk ke UK juga akan memberi anda 1 tiket percuma, pergi dan balik.

Oleh itu jika anda kumpulkan rakan-rakan dalam 9 orang ke 10 orang, anda tidak perlu membayar untuk tambang.

Jika anda tidak dapat kumpulkan ramai orang, anda boleh lihat tajuk di bawah.

CARA UNTUK PERGI KE UK DENGAN TAMBANG MURAH

Air Asia membuat penerbangan ke Stanted Airport London. Setelah sampai, anda boleh menaiki bas ke destinasi yg mahu di tuju atau, menaiki penerbangan tambang murah seperti Ryan Air.

Jika anda membuat tempahan 5 bulan sebelum berlepas, anda hanya perlu membayar dalam RM 1,100 sahaja untuk tiket pergi dan balik.

Jka anda mahu pergi 1 bulan sebelum, RM 2,400. Kedua harga ini adalah jumlah keseluruhan caj penerbangan.

Page 36: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

CARA UNTUK PENCEN AWAL SELEPAS 2 TAHUN KE 4 TAHUN KERJA DI UK + GANDAKAN PENDAPATAN HINGGA 2.4 KALI GANDA

Saya akan beritahu 2 perkara di sini.

1. Cara untuk gandakan duit simpanan anda semasa bekerja

2. Cara untuk pencen awal ( anda akan dapat duit setiap bulan secara automatik )

Cara untuk gandakan duit simpanan anda semasa bekerja.

Laburkan di dalam unit trust mutual fund di UK atau Malaysia yang memberi pulangan paling kurang 20% setahun. Dimana duit pelaburan anda dijamin tidak akan hangus.

Contoh di Malaysia: Public Bank Unit Trust

Setiap 12 bulan anda akan dapat 20%:

Tahun pertama: 7200 pound (RM 39,600) tambah 20% keuntungan (paling kurang)

Page 37: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Jumlah total = RM 47,520

Selepas 4 tahun anda buat perkara sama, anda dapat kumpulkan RM 180,000

Cara untuk pencen awal ( anda akan dapat duit setiap bulan secara automatik )

Apa anda perlu buat ialah, RM 180,000 simpanan anda itu, anda terus laburkan di dalam tempat yang sama tadi. Jangan bawa keluar. Anda hanya perlu tunggu satu kali sahaja lagi selama setahun, untuk anda mendapat 20% keuntungan:

RM 180,000 kali 20% = RM 36,000 (keuntungan)

Kemudian, anda bahagikan untuk setahun.

RM 36,000 bahagi 12 bulan = RM 3,000

Maknanya anda telah dapat wang RM 3,000 seperti gaji setiap bulan tanpa bekerja (dan duit RM 180,000 di dalam bank akan kekal atau naik sedikit demi sedikit jika anda tinggalkan 2% setahun)

INFO LANJUT

Apabila anda telah bersedia, anda akan di interview latarbelakang, kerana kita tidak mahu orang yang ada rekod jenayah atau tidak serius untuk bekerja.

Page 38: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Briefing kali terakhir dan update akan diberikan juga sebelum pergi.

Boleh terus email pada [email protected] apabila telah bersedia, untuk membuat temujanji, biasanya persediaan untuk pergi pada bulan Mei setiap tahun.

Page 39: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

MENDAPAT RAWATAN PAKAR DALAM MASA BEBERAPA JAM TANPA ADA INSURANS DAN TIDAK PERLU BERATUR

Intro

Masalah yang biasa dihadapi oleh kita adalah, untuk mendapat rawatan pakar. Ini kerana terlalu ramai yang tidak dapat membayar untuk private hospital untuk rawatan cepat, kerana terlalu mahal.

Ini adalah untuk kes yang ditolak oleh hospital atau klinik biasa, dan tidak sampai ke tahap kecemasan.

Rawatan di private hospital biasanya bermula dengan RM 2000 ke atas untuk kes yang kecil.

Pada yang ada insurans perubatan adalah yang mampu membayar premium setiap bulan dan, hanya kes yang dimasukkan ke hospital sahaja yang dibiayai oleh syarikat insurans.

Oleh itu, memang tidak ada jalan lain untuk berjumpa dengan pakar. Samada terpaksa menunggu giliran di hospital kerajaan atau terpaksa menanggung kesakitan atau risiko kematian.

Page 40: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

Jalan Penyelesaian

Ramai tidak sedar akan servis yang diberikan oleh 2 hospital pakar di Malaysia.

Ia di panggil full paying patient (pesakit bayar penuh). Ia ada di hospital putrajaya dan hospital selayang. Langkah-langkahnya ada di bawah:

Langkah-langkah:

Telefon pada nombor hospital putrajaya / selayang. Minta disambungkan ke “ pesakit bayar penuh”

Operator akan menjawab dan menentukan doktor mana yang anda perlu jumpa.

Katakan anak anda sakit, dan perlu rawatan pakar dgn segera, terus operator akan hubungi doktor bahagian kanak-kanak. Samada anda akan bercakap terus dengan doctor, atau operator akan bantu anda.

Doktor akan memberi anda masa temujanji untuk jumpa. Bergantung pada kes.

Biasanya dlm beberapa jam.

Masa anda sampai ke hospital, terus daftar di bahagian “pesakit bayar penuh”. Anda hanya perlu bayar RM 110 sahaja untuk

Page 41: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

rawatan. Bayangkan jika di private hospital, paling kurang ialah RM 2000.

Anda akan diutamakan, walaupun ada 30 orang sedang menunggu dalam barisan. Anda akan dibawa oleh jururawat ke dalam bilik secara terus.

Selepas berjumpa pakar, jika anda / anak anda perlu dimasukkan ke wad, anda terus boleh minta untuk menjadi pesakit biasa. (Tidak perlu masuk ke bilik first class dan bayar mahal)

Untuk ubat-ubatan, anda perlu bayar, tetapi mengikut harga biasa.

Jika ada rawatan ulangan, anda hanya perlu membayar RM 60 sahaja untuk setiap kali jumpa. Tidak seperti di private hospital yg lebih tinggi kosnya.

Kelebihan hospital pakar putrajaya /selayang

Peralatan yg canggih.

Jururawat yg terlatih dan lebih bersopan.

Rawatan pakar dari doktor yang terlatih.

Bilik-bilik wad yang baru dan lebih baik dari hospital biasa.

*Gambarajah HOSPITAL PUTRAJAYA 1 ke 4 di bawah

Page 42: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI
Page 43: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI
Page 44: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI

TAMAT

Page 45: EMAS DALAM BARANGAN ELEKTRONIK TERPAKAI