elemen klasik melayu - avillion.com · membaca novel, berenang atau sekadar ‘berjemur’,...

2
SINAR HARIAN • KHAMIS 22 FEBRUARI 2018 P ercutian ke Port Dickson kali ini memang ditunggu-tunggu buat saya dan anak-anak. Bukannya tidak pernah ke Port Dickson sebelum ini. Cuma, ini kali pertama kami berpeluang menginap di Avillion Port Dickson setelah beberapa kali ‘terlepas’ kerana bilik penuh – terutamanya ketika hujung minggu atau musim cuti sekolah. Kami tiba di pintu masuk resort ini setelah dua jam memandu dari Shah Alam. Urusan daftar masuk berjalan lancar. Setelah kad akses bilik diambil, kami berjalan menuju ke bilik penginapan yang terletak kira-kira 100 meter dari lobi. Walaupun agak jauh, perjalanan sama sekali tidak membosankan kerana kedatangan kami ‘disambut’ beberapa ekor burung merak yang dilepas bebas berjalan di sekitar landskap menghijau resort ini. Bukan sekadar burung merak. Arnab dan ayam pun ada. Bezanya haiwan-haiwan ini ditempatkan di dalam Pet Farm yang dibina bersebelahan bangunan utama resort Avillion. Kami meneruskan perjalanan melepasi deretan bilik-bilik di gigi-gigi air sepanjang pantai dengan nama yang mewakili beberapa destinasi popular dunia iaitu Goa, Cochin, Rangoon, Acheh dan Tumasek. Bayu lembut menyapa tubuh tatkala berjalan melepasi pepohon menghijau di sepanjang laluan. Mata terpaku sebaik melihatkan bilik penginapan di atas lautan. Inilah Avillion Port Dickson. Menjanjikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan! PESONA AVILLION PORT DICKSON >> 2-3

Upload: dodiep

Post on 03-May-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Elemen klasik melayu - avillion.com · Membaca novel, berenang atau sekadar ‘berjemur’, kedamaian yang anda cari pasti diperoleh di sini. ... (9.2 hektar) > Sejumlah 240 bilik

Sinar Harian • KHamiS 22 Februari 2018

Percutian ke Port Dickson kali ini memang ditunggu-tunggu buat saya dan anak-anak. Bukannya tidak pernah ke Port Dickson sebelum ini. Cuma, ini

kali pertama kami berpeluang menginap di Avillion Port Dickson setelah beberapa kali ‘terlepas’ kerana bilik penuh – terutamanya ketika hujung minggu atau musim cuti sekolah.

Kami tiba di pintu masuk resort ini setelah dua jam memandu dari Shah Alam. Urusan daftar masuk berjalan lancar. Setelah kad akses bilik diambil, kami berjalan menuju ke bilik penginapan yang terletak kira-kira 100 meter dari lobi. Walaupun agak jauh,

perjalanan sama sekali tidak membosankan kerana kedatangan kami ‘disambut’ beberapa ekor burung merak yang dilepas bebas berjalan di sekitar landskap menghijau resort ini.

Bukan sekadar burung merak. Arnab dan ayam pun ada. Bezanya haiwan-haiwan ini ditempatkan di dalam Pet Farm yang dibina bersebelahan bangunan utama resort Avillion. Kami meneruskan perjalanan melepasi deretan bilik-bilik di gigi-gigi air sepanjang pantai dengan nama yang mewakili beberapa destinasi popular dunia iaitu Goa, Cochin, Rangoon, Acheh dan Tumasek.

Bayu lembut menyapa tubuh tatkala berjalan melepasi pepohon menghijau di sepanjang laluan. Mata terpaku sebaik melihatkan bilik penginapan di atas lautan. Inilah Avillion Port Dickson. Menjanjikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan!

Pesona avillion

Port Dickson

>>2-3

Page 2: Elemen klasik melayu - avillion.com · Membaca novel, berenang atau sekadar ‘berjemur’, kedamaian yang anda cari pasti diperoleh di sini. ... (9.2 hektar) > Sejumlah 240 bilik

Editor: Darina OsmanPereka Grafi k: Hazemi Nazahar, Asfalili Kasim, Syed Zulfadzli Syed Ahmad Azaruddin, Syed Mohd Badril Hisham S.A Khalid

REDAKSI

KHAMIS 22 FEBRUARI 2018 | SINAR HARIAN SINAR HARIAN | KHAMIS 22 FEBRUARI 2018

Mata terpegun tatkala melihat ruang dalam Premium Water Chalet yang kami pilih. Dekorasi dalaman memperlihatkan

dominasi perabot dan susun atur hiasan yang didominasi material kayu dengan gabungan gaya klasik Melayu serta elemen kontemporari.

Terdapat verandah dengan pemandangan Selat Melaka yang indah di bahagian tepi bilik yang menghadap laut. Bilir air yang turut menempatkan tab jakuzi pula cukup luas dengan konsep ‘langit terbuka’. Berendam sambil melihat keindahan bintang waktu malam. Sungguh mengasyikkan!

Anak-anak pula kelihatan ceria bermain di atas pangkin yang turut berfungsi sebagai tempat berehat. Seperti dijangka, resort Avillion menawarkan katil Four Poster Bed dengan spesifi kasi tilam tebal, empuk dan katil tinggi – memberikan pengalaman tidur yang selesa dan nyaman.

Bilik-bilik penginapan di sini berkonsepkan villa dan chalet. Ia terbahagi kepada kategeri tertentu iaitu Garden Chalet, Water Chalet, Premium Water Chalet, 1-Bedroom Water Villa, 2-Bedroom Water Villa, 3-Bedroom Water Villa, Superior, Duplex dan 3-Bedroom Duplex. Untuk merasai pengalaman indah menginap di atas air, penulis syorkan anda memilih samada bilik jenis Water Chalet atau Bedroom Villa. Sungguh penulis masih terbayang saat cuba melelapkan mata sambil kedengaran deruan ombak perlahan di bawah bilik penginapan yang begitu

Elemen klasik melayu & gaya kontemporari

AVILLION PORT DICKSONBatu 3, Jalan Pantai,71000, Port Dickson, Negeri SembilanTel: 06-647 6688 Emel: [email protected]

mendamaikan.

SELERA TIMUR & BARATKami menjamu selera di Village Court

yang terletak bersebelahan lokam renang utama resort ini. Restoran yang menampilkan konsep terbuka ini menawarkan sajian popular masyarakat Malaysia dan antarabangsa merangkumi sarapan pagi buffet, sajian pembuka selera, snek, pasta dan pizza.

Pada hari kedua menginap di sini, penulis ke The Verte bagi mencuba sajian antarabangsa yang tidak terlalu berat. The Verte merupakan kafe dalam kawasan taman menghadap ke Selat Melaka dengan

konsep al-fresco. Ia mementingkan keaslian dan kesegaran

dalam bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Terdapat teres

dengan tanaman herba di sini yang digunakan oleh

tukang masak untuk menghasilkan sajian yang segar.

Penulis sempat mencuba Smoke Salmon Rosti, sajian yang menampilkan gabungan buah

avocado, bayam, salmon yang

dipanggang beserta lapisan kentang, buah

sitrus dan telur rebus yang disusun seperti sebiji burger

– begitu enak terutama apabila salmon yang lembut isinya

dikunyah bersama pecahan telur rebus dan buah sitrus. Terasa seperti berlaku ledakan pelbagai perisa di dalam mulut!

Selain The Verte, tetamu boleh singgah ke The Galley, sebuah restoran berkonsepkan bar yang menawarkan pelbagai jenis minuman dan snek. Untuk sarapan pagi, para tetamu boleh menikmati

pelbagai sajian popular Asia dan Continental di Crow’s Nest. Restoran ini menampilkan konsep rekaan kontemporari berinspirasikan budaya tempatan dengan dominasi penggunaan kayu jati pada siling dan rotan untuk perabot. Ruang dalam restoran ini sangat besar. Ia mampu memuatkan sehingga 140 tetamu pada satu satu masa.

Jika mahukan suasana moden, aVi Lounge adalah pilihan tepat. Ia dibuka untuk sarapan pagi, minum petang serta bersedia menerima tempahan majlis orang perseorangan atau berkumpulan.

MANDI-MANDASelain mandi di pantai persendirian Riau,

kami memilih untuk ‘berendam’ dalam dua buah kolam yang terdapat di sini. Buat mereka yang berkeluarga, Village Pool pilihan sesuai untuk ibu-bapa bersama anak-anak mandi manda. Jika mahukan lebih privasi, Cochin Pool harus dikunjungi kerana kolam renang ini dikhaskan untuk orang dewasa sahaja. Membaca novel, berenang atau sekadar ‘berjemur’, kedamaian yang anda cari pasti diperoleh di sini.

Jelas, menginap di Avillion PD tidak akan membuatkan anda terperap dalam bilik. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam kawasan resort. Tempah sekarang dan rasai pengalaman percutian yang pasti menyeronokkan!

Anak-anak pula kelihatan ceria bermain di atas pangkin yang turut berfungsi sebagai tempat berehat. Seperti dijangka, resort Avillion menawarkan katil Four

spesifi kasi tilam tebal, empuk dan katil tinggi

kategeri tertentu iaitu Garden Chalet, Water Chalet, Premium Water Chalet, 1-Bedroom Water Villa, 2-Bedroom Water Villa, 3-Bedroom Water Villa, Superior,

konsep al-fresco. Ia mementingkan keaslian dan kesegaran

dalam bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Terdapat teres

dengan tanaman herba di sini yang digunakan oleh

tukang masak untuk menghasilkan sajian yang segar.

salmon yang dipanggang beserta

lapisan kentang, buah sitrus dan telur rebus yang

disusun seperti sebiji burger – begitu enak terutama apabila

salmon yang lembut isinya

disusun seperti sebiji burger

> Avillion Port Dickson terletak dalam kawasan

pantai seluas 23 ekar (9.2 hektar)

> Sejumlah 240 bilik ditawarkan

> aVi Lounge berjaya memenangi anugerah Hiasan

Dalaman Terbaik Asia Pasifi k (APIDA) pada

tahun 2010

AktivitiRawatan manja tubuh di aVi SpaMelihat pelbagai spesies burung dari Afrika Selatan di AviaryBermain bola tampar pantaiMelihat lebih 30 spesies burung di sekitar resortPersembahan dan cuba bermain alat muzik tradisional caklempongSewa alatan dan memancing ikan di balkoni bilikMenyertai aktiviti melukis, bermain video dan alat solek di Kids’ Cabin & Kids’ SpaMelihat matahari terbenam di beberapa lokasi tinjau di sekitar resort Melihat keindahan orkid di Pondok OrkidMengenali herba-herba dan rempah ratus tempatan di Spice FarmBermain kayak dan luncur angin serta sauna

Pembaca Sinar Harian berpeluang memenangi pakej penginapan di Avillion Port Dickson dengan menjawab

soalan di bawah yang bermula pada 22 Februari, 1 & 8 Mac 2018.

SOALAN A: Nyatakan alamat lengkap

Avillion Port Dickson?

3 X 3H2M Avillion Port Dickson Water Chaletdengan sarapan pada hari bekerja

2 X 3H2M Avillion Port Dickson Garden Chaletdengan sarapan pada hari bekerja

5 X 2H1M Avillion Port Dickson Water Chalet dengan sarapan pada hari bekerja

Kumpul 3 soalan dan lengkapkan jawapan bermula 22 Feb, 1 dan 8 Mac 2018Sila guna borang peraduan asal dari akhbar Sinar Harian sahajaLengkapkan butiran berikut:

Nama : ......................................................No. KP : ......................................................No telefon : ...............................................Email : ........................................................

Pemenang yang berjaya akan dihubungi oleh Sinar Harian

Tarikh tutup peraduan ialah pada 15 Mac 2018.Hantarkan borang peraduan kepada :

Peraduan Kumpul dan Menang Avillion Port Dickson & Sinar HarianMarketing Sinar HarianNo 1, Jalan Renggam 15/5, off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah AlamSelangor.

Untuk maklumat lanjut hubungi: 03-51017541/42

HADIAH UNTUK

DIMENANGI!

Terma dan syarat penyertaan:

2D E S T I N A S I 53

KUMPUL & MENANG